N & N
(Noh Daniel + Nur Nadia)
Part
12
Nadia
termenung di tingkap bilik. Malam itu bulan kelihatan suram. Langit gelap. Sama
seperti hatinya ketika itu. Kepalanya asyik memikirkan mesej-mesej rakan
sekuliah. Kata-kata Nasuha. “Siapalah aku hendak berdampingan dengan Noh
Daniel.” Kata- kata itu sering melintas di kepalanya ketika ini. Nadia mengeluh
lagi.
“Kenapa
ni Nadia? Ada masalah?” Tegur Mashitah. Segelas air nescafe dihulurkan.
Sama-sama berdiri di tingkap sambil memandang jauh ke langit malam.
“Tak
ada apa-apalah, teringat apa yang Nasuha cakap siang tadi.” Mashitah
menggeleng.
“Aku
dah cakap jangan fikir. Kau dah kahwin pun dengan Encik Noh. Biarkan aje orang
cakap apa. Mulut Nasuha tu memang busuk.” Ujar Mashitah siap dengan mimik muka.
Nasuha memang cantik tapi hati busuk!
“Ada
betul apa dia cakap.” Nadia bersuara lemah.
“Pedulikan
jelah. Haa... ada baiknya sekarang kau cerita dekat aku dari A sampai Z macam
mana kau boleh kahwin dengan musuh ketat kau tu? Bila?” Mashitah menuntut
janji. Nadia tersenyum tawar. Musuh ketat? Sangat ketat!
“Panjang
weh... tapi aku yakin ini semua perancangan Allah.”
“Panjang
ke tak, sebelum pukul 12 kena habis cerita ya. Esok kelas pagi. Cepat-cepat.”
Mashitah sedikit mendesak. Nadia menarik nafas dalam-dalam.
“Sebelum
aku cerita, aku nak kau janji dulu. Jangan marah dan jangan bagitahu sesiapa
pun hal ni. Rahsia sampai Encik Noh sendiri yang bagitahu dekat semua orang.
Okay?” Nadia mengangkat jari kelingkingnya mahu Mashitah berjanji. Mashitah
memaut jari kelingking Nadia dengan jari kelingkingnya. Janji!
“Okay.
Kami sebenarnya kena perangkap. Tak tahu dengan siapa tapi tak sampai kena
tangkap basah. Kami bangun pagi tu, kami tak pakai apa-apa dalam bilik hotel.
Kau bayangkan perasaan aku? Tak pakai apa-apa dan Encik Noh dekat sebelah.”
Mashitah menekup mulutnya. Terkejut besar. Nadia meneruskan ceritanya. Sesekali
Mashitah beristighfar dan menggeleng kepala tidak mencelah sedikit pun sehingga
Nadia habis menerangkan situasi dia dan Encik Noh.
“Macam
tu la kisahnya.”
“Allahuakbar.
Sampai macam tu? Kenapa Encik Noh dengan kau?” Soal Mashitah kurang faham.
“Kami
pun tak tahu, musuh aku ke musuh Encik Noh. Tapi kami adalah beberapa orang
suspek. Encik Noh pun mula merangka pelan nak cari siapa yang buat kami macam
tu.” Ujar Nadia.
“Suraya?
Kan haritu aku dapat telefon dari dia.” Mashitah cepat sahaja menyuarakan.
Nadia mengangguk.
“Antara
suspek. Tapi tak tahulah. Baik je dia selama kenal dengan aku.” Nadia tidak
mahu buruk sangka.
“Itulah
takut pula nak cakap sesiapa nanti jadi fitnah.” Mashitah bersetuju. Terlalu
awal untuk membuat andaian.
“Encik
Noh suruh aku takut-takutkan Suraya. Nanti aku nak tanya pasal telefon tu.”
“Kesian
kau Nadia. Macam-macam hal.” Mashitah menggosok lengan Nadia perlahan seakan
menyalurkan kekuatan.
“Rezeki
aku. Haaa... Mashitah, pak cik aku datang tau jumpa papa dengan mama Encik
Noh.” Mashitah terlopong.
“Habis
jadi macam mana? Kau jumpa dia?”
“Mujur
semua baik-baik je. Aku terpaksalah jumpa juga, Encik Noh suruh selesaikan
masalah. Mujur ada Encik Noh, mama dan papa. Semua selesai walaupun kecoh
jugak.”
“Encik
Noh jadi hero la eh?” Mashitah
mengusik.
“Sangat
hero, macam prince charming selamatkan princess.”
Nadia membalas usikan membuatkan Mashitah membuat muka menyampah.
“Selesai
semua masalah? Keluarga Encik Noh okay tak lepas tu?” Mashitah kembali menyoal.
“Semua
selesai. Mashitah, keluarga Encik Noh terlalu baik. Baik sangat. Aku macam
dapat keluarga aku balik. Mama dengan papa macam ibu dengan abah. Allah sayang
aku kan? Encik Noh yang sebelum ni yang benci sangat dekat aku pun sekarang
jaga aku sebaik-baiknya.” Ujar Nadia, matanya bergenang. Air mata bahagia.
Terlalu bahagia.
“Dah
tu kenapa tadi kau fikir sangat apa orang kata? Cuba bersyukur.” Perli
Mashitah. Nadia mengangguk lemah.
“Sebab
aku rasa aku ni membebankan Encik Noh. Dia bagi aku semua yang indah-indah tapi
aku bagi dia beban dan masalah. Aku rasa aku ni tak layak untuk dia.” Nadia
payah hendak jelaskan suara hatinya.
“Kau
fikir lebih sangat ni.”
“Kau
tak faham Mashitah, aku ni... entahlah...” Payahnya bila soal hati. Kita rasa
tak sama macam orang rasa dan nampak.
“Solat
banyak-banyak. InshaAllah semua baik-baik aje..” Pesan Mashitah, mengakhiri
perbualan mereka malam itu. Nadia mengeluh lagi. Hatinya berat dan terasa penuh
dengan sesuatu. Payah bila soal hati, luah salah tak luah resah.
Hari
Khamis. Perjumpaan Kelab Silat yang selalu diadakan hari Rabu telah diubah ke
hari Khamis atas permintaan ahli kelab. Nadia berdebar. Rancangan yang telah
dirancang perlu dijalankan. Noh Daniel telah pun dimaklumkan. Sejak kejadian
hari isnin, Nadia menjauhkan diri daripada Noh Daniel. Panggilan Noh Daniel
tidak diangkat. Mesej sekadar yang mustahak. Nadia juga sering termenung.
Seolah-olah kembali menjadi Nadia yang sebelum ini. Banyak menyendiri dan
memendam rasa.
"Assalamualaikum Suraya." Nadia
menegur sebaik sahaja tiba. Suraya agak terkejut dengan kehadiran Nadia petang
itu. Sudah dua kali perjumpaan Nadia tidak hadir. Kehadiran Nadia petang itu
mengejutkan dirinya. Tergagap-gagap dia menjawab salam. Suasana antara mereka
agak kekok. Nadia cuba sehabisnya supaya Suraya tidak menghidu rancangan yang
ingin dijalankan.
"Eh...malam
haritu yang kau ajak aku minum kat kolej kau tu, kenapa kau tak datang eh? Lama
aku tunggu tau." Nadia memulakan rancangannya, sebaik habis latihan.
Suraya sudah menarik muka cuak.
"Aku pun tunggu kau. Tapi kau tak ada.
Jadi aku balik bilik terus." Suraya teragak-agak menjawab.
"Kenapa
tak call je?" Nadia menjerat.
"Aku call
tapi tak berangkat." Suraya menipu dan terjerat dalam jawapannya sendiri.
"Bukan
kau ada bagi telefon aku dekat Mashitah ke besok tu?" Nadia sudah
memerangkap Suraya. Suraya sudah berpeluh satu badan. Cepat-cepat dia memakai
kasut.
"Aah...
aku bagi sebab...sebab... haaa aku jumpa ada dalam beg aku."
"Telefon aku selalunya aku letak dalam
beg aku. Tak pernah keluarkan pun masa latihan silat. Macam ni." Nadia
menunjukkan telefon yang berada dalam beg. Suraya gelabah.
"Entahlah.
Aku terambil kut. Aku balik dulu Nadia. Dah lewat ni. Jumpa minggu depan."
Suraya mencapai beg dan terus melangkah laju. Nadia tidak pula menahan, hanya
melihat Suraya melangkah pergi dalam kelam kabut. Apa kau dah buat Suraya? Hati
Nadia menyoal. Kemudian kelihatan Anuar mengejar langkah Suraya. Jadi telahan
mereka benar? Nadia hanya menggeleng kepala. Tiada jawapan atas apa yang mereka
berdua telah lakukan.
Nadia
juga tidak tunggu lama. Habis bersalaman dengan rakan-rakan kelab dia berjalan
pulang. Jam sudah menunjukkan 11 malam. Tiada lagi bas yang beroperasi waktu
ini. Selalunya Suraya yang menghantar dia pulang ke kolej. Nadia teragak-agak
untuk menghubungi Noh Daniel walaupun Noh Daniel telahpun berpesan dalam mesej
terakhir supaya menghubunginya sebaik tamat latihan. Nadia sebolehnya tidak
mahu berjumpa dengan suaminya buat seketika. Hatinya bergolak.
"Degil. Orang suruh call habis latihan tapi tak call.
Degil." Suara Noh Daniel yang begitu hampir di belakang begitu mengejutkan
Nadia yang sedang asyik berjalan sambil membelek telefonnya.
"Terkejut saya!" Nadia membentak
kecil. Noh Daniel memandangnya tajam.
"Nak pergi mana ni sorang-sorang lewat
malam?" Noh Daniel menyoal, sedikit tegas. Kedua-dua tangan bersilang di
belakang.
"Nak balik kolej tapi nak singgah kafe
Perdana dulu. Lapar, rasa nak makan berat sikit." Nadia tidak selesa
apabila Noh Daniel memandangnya begitu.
"Saya pun lapar. Saya tunggu awak nak
makan sama-sama. Sampai hati awak nak makan tanpa tanya saya dah makan ke
belum." Noh Daniel menarik muka. Nadia tiada jawapan.
"Saya
call awak dari malam selasa tapi awak
langsung tak angkat. Mesej macam nak tak nak. Saya suruh tunggu lepas kuliah
tadi tapi awak tinggal saya macam tu je. Sikit pun awak tak fikir hati saya.
Terima kasih Nadia." Noh Daniel terasa hati. Nadia tidak dapat bersuara.
Membela diri pasti akan lebih memburukkan keadaan. Mengiyakan akan lebih
melukakan Noh Daniel. Habis macam mana?
Melihatkan Nadia hanya berdiam tidak bersuara,
Noh Daniel terus sahaja melangkah laju ke arah kereta. Nadia tidak menahan atau
cuba menghalang. Kereta Noh Daniel berlalu pergi menghilang dalam malam gelap.
Nadia bukam. Hatinya berperang. Hilang terus selera makan dan rasa lapar.
Nadia
melangkah selemahnya pulang ke kolej. Kolejnya agak jauh, kira-kira 6 km.
Terpaksalah bersenam di malam hari. Telefon yang berbunyi dikeluarkan. Satu
mesej diterima. Mesej yang membuatkan hati Nadia berdegup laju. Jika Noh Daniel
menerima gambar di dalam bilik hotel, kali ini Nadia menerima gambar mereka
melangkah keluar dari hotel. Siapa yang mengambil gambar ini? Suraya atau
Anuar? Atau? Nadia tiada jawapan.
Bunyi hon yang panjang mengejutkan Nadia. Laju
sahaja dia melompat naik ke atas pembahagi jalan, mengelak dilanggar. Nadia
melihat kereta tersebut yang telah pun berhenti di depannya, Polo Hitam. Kereta
Encik Noh Daniel.
Pintu dibuka dari dalam. Noh Daniel tidak
cakap apa-apa. Nadia memandang Noh Daniel yang berada di dalam kereta namun Noh
Daniel memandang terus ke depan dengan wajah mencuka. Marah atau merajuk? Nadia
tidak mahu memanjangkan cerita, dia melangkah masuk ke dalam kereta. Sesaat
Nadia menutup pintu, terus sahaja kereta itu bergerak. Marah betul!
"Eh awak, kolej saya kena masuk simpang kiri.
Kita nak ke mana pula ni?" Soal Nadia apabila melihat mereka bergerak ke
arah luar universiti. Nadia kalih memandang Noh Daniel namun suaminya itu tetap
sama. Serius!
Beberapa minit meninggalkan kawasan universiti
membuat Nadia tahu destinasi yang Noh Daniel ingin pergi. Balik ke rumah
mereka.
"Awak marah atau merajuk?" Soal
Nadia, tidak betah membiarkan Noh Daniel membatukan diri sebegitu. Noh Daniel
tetap mengunci mulut.
"Kalau
awak marah, saya minta maaf. Kalau awak merajuk, walaupun saya tak pandai
pujuk, saya akan cuba pujuk." Ujar Nadia, jujur.
"Dua-dua."
Noh Daniel bersuara, mendatar. Nadia menelan air liur yang terasa kasar. Jenuh!
Nadia berfikir sendiri cara untuk memujuk suaminya. Noh Daniel orangnya tegas.
Bengis amat kalau marah.
Nadia merapati Noh Daniel yang sedang memandu.
Lengan Noh Daniel dipeluk perlahan. Kepalanya dilentukkan ke bahu Noh Daniel.
Noh Daniel begitu terkejut dengan perbuatan Nadia. Sepanjang perkahwinan mereka
yang baru mencecah satu bulan, ini kali kedua Nadia memeluknya. Kali pertama
semasa Nadia menangis di dalam pejabatnya. Jantung Noh Daniel berdegup pantas,
seolah-olah dia baru habis berlari.
"Saya silap, saya terlalu ikut hati. Saya
sebenarnya rasa saya tak layak ada di sisi Encik Noh Daniel." Nadia
meluahkan rasa hatinya yang dipendam beberapa hari. Mata dipejam erat
menyebabkan air mata yang bergenang ditubir mata mengalir laju sehingga menitik
dilengan Noh Daniel. Noh Daniel terpempan.
"Saya bukan tak nak angkat call awak. Saya takut saya nangis kalau
dengar suara awak. Lagi-lagi bila awak tanya saya okay ke? Saya tak apa-apa ke?
Awak baik sangat dengan saya. Saya minta maaf sebab tak jadi isteri yang baik
untuk awak. Saya minta maaf, saya buat awak berlapar. Saya minta maaf sebab
buat awak marah dan merajuk. Maafkan saya ya Encik Noh." Nadia memandang
Noh Daniel. Pelukan dieratkan setelah Noh Daniel hanya diam tidak bersuara.
Riak wajah masih tegang dan mencuka. Nadia terasa bersalah. Kerana terlalu
mengikut kata orang, dia tenggelam dalam perasaan sendiri tanpa mengendahkan si
suami. Terasa begitu berdosa!
"Pukul berapa nak jumpa? Dekat
mana?" Suara Noh Daniel mengejutkan Nadia yang baru sedar dari tidur.
Dalam kesamaran mata yang berpisat, Nadia hanya memerhatikan Noh Daniel yang
sedang berbual di telefon, sambil mengeringkan rambut dengan tuala. Jam telah menunjukkan
jam 6.30 pagi. Nadia bingkas bangun daripada
pembaringan.
"Good
morning." Ucap Noh Daniel melihatkan Nadia yang sudah bangun tidur.
"Macam
mana saya masuk bilik malam tadi? Macam tak ingat apa-apa je." Soal Nadia
sambil membetulkan rambutnya yang sedikit kusut.
"Saya dukunglah. Awak kena senaman banyak
sikit, berat betul."
"Siapa
suruh angkat? Kan boleh je kejut?"
"Dah kejut beratus kali. Rasanya kalau
letak bom pun tak bangun-bangun."
"Letih.
Kan semalam latihan silat."
"Letih menangis sampai meleleh hingus
sama. Habis baju saya lencun dengan hingus awak." Nadia baru teringat hal
malam tadi. Adeh malunya!
"Ala... sorry. Saya basuhlah nanti." Nadia sudah bangun dari katil.
Sedang menyikat rambut di depan cermin, Nadia terperasan sesuatu.
"Semalam saya pakai t-shirt silat
kan?" Nadia menyoal Noh Daniel. Pagi ini dia lengkap memakai baju tidur
Noh Daniel!
"Saya
tukarkan. Sebab tu saya kata letak bom pun tak bangun." Noh Daniel
membalas, selamba.
"Awak!"
"Apa
dia?"
"Ambil
kesempatan." Nadia sudah merengek mahu menangis.
"Busuk peluh. Tak sanggup saya nak tidur
sebelah awak. Pening!"
"Alasan!"
"I am your husband Nadia." Noh
Daniel masih selamba, tiada rasa serba salah.
"Ya tapi kita belum sampai tahap
tu."
"Dah
lama sampai. Sebelum kahwin lagi."
"Eiii awak ni! Tak sama. Benci!"
Nadia membentak.
"Aip! Baru semalam dia minta maaf kat
kita harini buat lagi." Noh Daniel berdecit.
"Saya
tarik balik maaf saya tu!" Ujar Nadia sebelum masuk ke bilik air.
"Tarik balik dengan hingus awak sekali
eh." Noh Daniel mengusik. Nadia menjeling tajam sebelum menutup pintu
bilik air. Noh Daniel ketawa.
Noh
Daniel masih ketawa sewaktu mereka bersarapan pagi. Nadia masam mencuka. Nadia
malu, malu semalu-malunya!
"Bukan main dia gelak, semalam marah
sangat." Nadia memerli. Noh Daniel sekadar menjungkit bahu.
"Awak
tu kalau saya baik sangat, awak buat tak tahu je. Kalau saya garang baru awak
nak dengar." Noh Daniel memulang paku buah keras. Nadia diam.
"Awak tak patut ambil kesempatan."
Nadia menutur perlahan. Masih tidak puas hati dengan tindakan Noh Daniel.
"Nadia,
mana ada aurat antara suami isteri." Ujar Noh Daniel.
"Ya
saya tahu tu. Tapi awak tak boleh buat sesuka hati je.
Minta la izin dulu" Ujar Nadia dalam nada membentak.
"Eh
kenapa tak boleh? Kenapa kena mintak izin pulak? Saya suami awak." Noh
Daniel membalas, membela diri.
"Kan dah janji dulu. Apa-apa yang kita
nak buat kita minta izin dulu. Termasuklah hal-hal macam tu. Bukan termasuk,
TERUTAMANYA." Nadia menekan kata. Noh Daniel mengangguk dalam senyuman.
"Okay. Sorry for what I have done last night.
Malam ni, bolehlah kita..." Noh Daniel tidak meneruskan kata-kata, cuma
mengangkat-angkat keningnya dengan riak wajah penuh makna. Nadia jadi meremang
bulu roma. Bibir bergerak-gerak mahu membalas kata tetapi tiada suara.
"Dah
habis makan kan? Bagi saya pinggan, nak basuh." Nadia cuma mengalih topik
perbualan. Tidak mahu melayan. Seram! Noh Daniel ketawa. Nadia bingkas bangun
membawa pinggan kotor ke sinki. Sedang asyik membasuh pinggan Noh Daniel datang
merapati dan berbisik dekat di telinga.
"Awak
curi hati saya tak minta izin pun." Nadia kalih memandang, Noh Daniel sudah
pun melangkah ke ruang depan. Bisikan yang membuatkan Nadia tersenyum sendiri.
Hati yang semalamnya kelam, hari ini cerah siap dengan pelangi!
Nadia
mengambil tempat di sebelah Noh Daniel. Noh Daniel yang sedang menonton
televisyen memandang ke arah Nadia yang sudah memandangnya sedari tadi sambil
tersenyum-senyum. Noh Daniel memandang ke arah tangan Nadia yang memegang
kertas dan pensil. Noh Daniel bingkas bangun dan mengubah kedudukan ke sofa single. Nadia turut bangun dan duduk
bersimpuh betul-betul di depan Noh Daniel.
"Nadia,
hari ni jumaat. Saya tak buka ofis.". Ujar Noh Daniel sambil mata tetap
pada skrin televisyen. Noh Daniel sudah tahu kehendak Nadia ketika itu.
"Ala... awak tolonglah. Satu soalan je.
Memang tak boleh sangat-sangat nak buat. Dah tanya kawan-kawan lain. Semua kata
tak dapat jawab lagi. Isnin nak kena hantar." Nadia merengek manja. Noh
Daniel merengus.
"Isnin nak hantar tapi tak siap lagi?
Kalau saya bukan suami awak, agak-agak Isnin ni awak boleh hantar tak assigment
ni?" Tajam pula soalan Noh Daniel. Nadia berfikir sejenak.
"Pernah
ke Nur Nadia tak hantar tugasan Encik Noh?" Nadia kembali menyoal. Noh
Daniel menjeling sebelum membalas.
"Tak
pernah tapi soalan yang susah mesti salah. Orang lain boleh aje datang jumpa
saya dekat ofis, tapi awak tak. Rasanya isnin haritu kali pertama awak datang
ofis saya kan?"
"Tak. Saya pernah je pergi tapi Mashitah
yang masuk jumpa. Saya duduk luar." Jawab Nadia jujur.
"Kenapa
tak masuk?"
"Tanya lagi? Seperti menempah maut
sendiri la kalau saya masuk jumpa Encik Noh. Lupa apa Encik Noh pernah buat
masa saya jumpa Encik Noh dekat depan kuliah dulu." Nadia memutar masa ke
belakang. Saat mereka langsung tidak boleh bertemu empat mata. Noh Daniel diam
sejenak, kembali mengingat apa yang berlaku. Kemudian dia tersenyum sendiri.
"Kesiannya isteri saya. Okaylah sebagai
tanda minta maaf saya tolong ajarkan soalan yang awak tak reti sangat tu."
Noh Daniel masih ingat perlakuannya. Agak melebih tapi Nadia bukan seorang yang
cepat mengalah. Bersabar dan diam sahaja sehingga dapat jawapannya.
"Terima kasih. Ni... saya dah buat tadi.
Separuh macam betul tapi bila dapat jawapan jadi salah pula." Noh Daniel
mengambil soalan dan melihat jalan kerja yang Nadia telah lakukan. Dengan tekun
Nadia mendengar penerangan Noh Daniel. Sesekali dia akan menyoal apa yang dia
keliru. Noh Daniel dengan sabar menerangkan satu persatu sehingga semuanya
selesai.
"Alhamdulillah. Terima kasih Encik
Noh" ujar Nadia dengan nada dan gaya yang manja. Noh Daniel mencuit hidung
Nadia dengan hujung jarinya.
"Manja."
Ujar Noh Daniel. Nadia tersengih.
"Mama kata awak nak sambung study lagi eh? Phd kan?" Soal
Nadia. Kertas-kertas tugasan disusun kemas.
"Ya. Dalam 2 bulan lagi. Kenapa
tanya?"
"Sambung sini atau luar negara?"
Nadia kembali menyoal.
"Kalau
ikut perancangan, luar negara. Universiti saya ambil master haritu. Kenapa
Nadia?"
"Saja
tanya. Mesti perkahwinan ni tiada dalam perancangan awak kan?"
"Memang
tak rancang nak kahwin awal. Saya ada fikir-fikir nak kahwin lepas habis Phd,
tapi mana ada calon. Tak tahu pula Allah hantar jodoh awal. Kenapa ni?"
Noh Daniel menyoal lagi, melihat perubahan riak wajah Nadia yang suram.
"Saya
rasa macam mengganggu awak. Maksud saya mengganggu hidup awak." Noh Daniel
berkerut dahi mendengar kata-kata itu. Dia menggeleng laju.
"Eh...
kenapa pula cakap macam tu? Saya rasa awak ni salah faham banyak benda ni. Cuba
awak luahkan semua yang ada dalam hati awak tu Nadia. Jangan simpan."
Nadia cuba menguntum senyum dalam kesuraman wajahnya.
"Tak
adalah. Cuma... apa pun perancangan awak sebelum ni saya nak awak teruskan.
Sambung study awak. Jangan sebab saya
awak hentikan apa sahaja rancangan awak. Boleh?"
"Of
course. Saya memang akan teruskan. Nadia, tell me. Kenapa yang emosi sangat
dari Isnin haritu?" Noh Daniel sudah pun duduk bersila di depan Nadia.
Nadia menarik nafasnya dalam-dalam.
"Diorang bergosip dalam group. Diorang memang tak suka saya dan
lagi tak suka saya rapat dengan Encik Noh. Diorang kata saya cuba tackle Encik Noh Daniel. Siap ada yang
dah warning saya, kata Encik Noh dia
yang punya." Nadia menerangkan. Noh Daniel berkerut kening. Kemudian dia
ketawa.
"Itu
je yang buat awak stress?" Nadia menampar paha Noh Daniel sehingga lelaki
itu mengaduh sakit. Namun masih bersisa ketawa.
"Seriuslah.
Sebab tu malas nak cerita." Nadia menarik muka. Masam.
"Okay-okay.
Lepas tu?"
"Saya
pun fikirlah balik. Memang saya tak sesuai dengan awak. Tengok awak. Ada rupa.
Ada gaya. Saya? Macam awak pernah kata... old
village sangat." Noh Daniel menggeleng dalam senyuman. Nadia rendah diri.
Masih tiada keyakinan atas kelebihan diri sendiri.
"Sebab ni lah mesej macam tu hari tu?
Sebab ni juga yang buat awak tengok saya dalam kuliah semalam macam nak tembus.
Sampai gelabah saya kat depan awak tau tak. Ingat baju koyak ke seluar tak zip
ke?" Noh Daniel teringat akan kuliah kelmarin. Nadia memerhatikan dia tak
berkelip, atas bawah atas bawah dipandang. Mesej tidak berbalas. Suruh tunggu
tapi Nadia terus pulang ke kolej. Semua kerana hal ini sahaja?
"Ada
betul apa yang diorang cakap tu kan?" Nadia menelan rasa.
"No. Salah. Diorang dengki je tu. Nadia,
awak 100 kali lebih baik daripada diorang. Sebab tu
diorang cakap macam tu. Awak nak tackle
saya? Salah tu... awak sebenarnya menggoda saya."Noh Daniel yang
membetulkan apa yang salah dan mengusik Nadia di hujung kata-kata.
"Ish...
main-main lagi." Nadia marah. Noh Daniel ketawa.
"Lah
betullah. Saya rasa seperti digoda bila dengan awak." Laju sahaja paha Noh
Daniel menjadi mangsa cubitan Nadia. Noh Daniel tak habis-habis mengusik.
"Seriuslah
Encik Noh!" Nadia marah lagi. Noh Daniel menggosok paha yang dicubit
Nadia.
"Okay-okay
saya serius. Nadia, awak dah jadi isteri saya. Bukan awek, bukan tunang.
ISTERI. Apa yang diorang cakap tu langsung tak penting malah memburukkan hubungan
kita suami isteri. Apa yang awak buat hanya jadikan awak isteri yang berdosa
pada suami tau." Nadia tersentap dengan ayat akhir Noh Daniel.
"Sepatutnya
awak kongsi dengan saya. Cerita. Bukan ignore
saya sampai saya jadi serba salah. Tengok semalam saya jadi marah dengan awak.
Kan dah burukkan hubungan kita yang baru nak mula. Boleh faham?" Nadia
mengangguk sebelum bersuara.
"Saya
tahu. Memang saya nak mesej dan call awak
malam tu tapi saya berfikir sendiri. Saya dah banyak susahkan awak dengan
masalah-masalah saya. Saya rasa saya bagi awak beban. Saya macam masukkan awak
dalam masalah hidup saya." Nadia meluahkan apa yang dipendam. Tangan Nadia
dicapai dan digenggam.
"Itulah
perkahwinan. Kongsi suka dan duka. Saling bantu membantu." Noh Daniel
menambah. Nadia mengangguk setuju dengan kenyataan itu.
"Tapi
awak sentiasa bagi saya suka dan saya hanya bagi awak duka."
"Itu
yang awak fikir. Tapi sebaliknya saya rasa gembira dapat keluarkan awak dari
semua tu. Sudahlah. Jangan fikir sorang-sorang lagi lepas ni. Apa pun yang jadi, saya nak
awak janji dengan saya sekali lagi... jangan sesekali berahsia dengan
saya." Nadia hanya mengangguk. Genggaman tangan berbalas. Lega rasa hati
dapat meluahkan semua yang terbuku selama beberapa hari.
"Hah...siapa
yang warning awak kata saya dia punya
tu?" Soal Noh Daniel,tiba-tiba. Nadia mencebik.
"Nasuha."
"Seriously? Nasuha? Wow! Patutlah selalu
datang ofis jumpa saya." Ada keseronokan luar biasa dari riak wajah Noh
Daniel membuatkan Nadia cemburu.
“Dia
selalu pergi ofis? Sorang-sorang ke ramai-ramai?” Nadia menyoal, laju.
“Sorang-sorang.”
Noh Daniel mengangkat-angkat kening dengan senyuman tak lekang. Nadia
mengecilkan mata. Berang! Hatinya terasa panas sekali.
"Suka
la tu. Benci. Lelaki sama je. Pantang tahu perempuan lawa suka kat dia,
mulalah". Nadia mula membebel panjang dan terus bangun dan melangkah naik
ke bilik. Noh Daniel ketawa.
"Nadia!"
Panggil Noh Daniel sedikit menjerit.
"Apa?!" Soal Nadia dengan nada marah
merajuk.
"I love you."
Mujur Nadia tidak terjatuh di tangga. Kakinya terasa lemah seketika selepas
kata azimat itu dilafazkan Noh Daniel dengan bersahaja tanpa memandang Nadia.
Hanya senyuman yang terlihat dibibir lelaki itu. Nadia tersenyum. Hilang rasa
marah kerana cemburu. Hatinya berbunga bunga pelangi mulai berbisik, "I love you too!"
to be continued ...
much love readers!
leave some comments ya!!!
6 comments:
Sape ye yg Noh nak jumpa tu...
Seseorg yg tahu siapa dalang...
makin lama, makin sweet.. cair kita =) smbung cpt pls..tiap2 hari bkk blog ni cek next chapter.. hehehe
sori. jumaat Sabtu ahad Tak dapat post. isnin ya. akan Ada 2 entry n&n.... tq dik!
Kak,goodjob!saya suka sbb ade pgajaran cara noh sampaikn.cerita ni habis blog ke kak?
ya habis diblog. mini novel aje. hehehe :)
Post a Comment