Assalamualaikum w.b.t
hari ni dah isnin, kejap aje masa berlalu. hari 30hb Januari 2012.
abc sudah cuba untuk siapkan cerpen bulan Januari kan... sudah siap, but yang tu abc join 7streetwriters ^^
so kena tunggu sama ada, cerpen abc terpilih atau tidak untuk jadi 7 cerpen.
abc hantar cerpen Mencari Adam dalam Yusof. yang bestnya, 7 cerpen terawal akan dapat cover yang direka oleh pihak 7streetwriters. so nice! I really hope that I can be among the 7 luckiest. ^^
cerpen pertama dah di post (SINI)
back to the title written ups there!
jujurnya, abc nak tulis cerpen yang simple, relax dan santai... bila baca kita rasa macam di awang-awangan, macam duduk di tepi pantai dengan angin yang meneru laju.... perghhhh!
tapi sayang. takde! kenapa la lately abc macam serius semacam aje... erm... stress tak habes-habes!
semua penulisan abc kena tempias emosi abc yang serius ni. erm.. dah jadi Farhan aje ni!
i need my 'sense of humor' back! so that i can write a story just like before ;)
abc sedang menyambung Mr. S (Senyap tapi Singa), sudah lupa kronologi nye.. hik-hik-hik. boleh merapu la lepas nih.
Moga Allah memberikan saya ketenang jiwa dan fikiran. moga dibuahkan saya dengan ilham yang baik. ameen.
p/s: masa study untuk exam. ide mencurah macam air turun dari langit! bila dah free sangat-sangat otak tepu!
Monday, January 30, 2012
baru cerita kata kecewa.... tup-tup....
Speechless!
baru semalam abc post entri (SINI) tentang cerita cinta Shahz Jaszle.
pagi ni, bukak 8tv, dengar berita Hotfm...
cinta Shahz dan Miera sudah retak.
seriously, abc doakan mereka bersama bukan retak... SANGAT TERKEJUT!
bila godek lagi internet pagi ni.... haiyakkk! daripada disember 2011 orang dah bercerita tentang diorang ni.. abc nampak sangat ketinggalan hal-hal artis nih... kata minat! hahahaha (SINI)
hujung tahun 2011, kecoh mereka putus, tapi belum sah, kira gosip je la. (SINI)
erm... niat dah baik untuk bersama, moga ada sinar cinta buat mereka berdua ye ;)
both of them sangat muda... abc terpikir jugak malam tadi, er... Shahz Jaszle ni umur dia berapa eh?
++++
abc tak suka cerita gossip artis ni. berdosakan kalau menyampaikan sesuatu yang salah dan cerita hal orang lain. tapi ini hanya kebetulan ^^v hati saya sudah tergoda sama ke'cool'an dia lah. hehehe *gurau-gurau only*
p/s: jadi selebriti ni payah kan, semua orang nak tau. aishhhh!
kompilasi hari bahagia.... mereka ^^
abc nak kongsi gambar perkahwinan kawan-kawan abc.
mereka cantik
mereka manis
mereka bagai puteri
tapi benar... merekalah ratu sehari ;)
Fatin Sherina |
Fatin Sherina |
Noorehan |
Noorehan |
Mashitah |
Mashitah |
sebenarnya, ada lagi dua orang kawan abc yang kahwin, tapi itu tak dapat pergi, jauh di Timur ;)
moga mereka bahgia bersama pasangan hingga ke akhir hayat.
jeles jugak ^^
mereka sudah bertemu pemilik tulang rusuk mereka, tapi abc? bila ye....
moga yang hadir persis yang abc mahukan. Yang Terbaek semua dari Allah. insyaAllah.
Sunday, January 29, 2012
abc minat dia tapi...
dia hensem. dia cool. dia nampak tampan.
semua ni abc nampak masa abc tengok cerita kat TV3, "Di Langit ada Cinta" (dah ulang banyak kali kan?)
so so so in love dengan Ustaz yang dilakonkan oleh Shahz Jaszle.
tapi memang dia sentiasa cool dalam cerita apa pun kan. macam "Asmara" ^^v
abc ingat dia solo, godek-godek internet, ala... dah nak kahwin!
dengan Miera Liyana, tak kenal sangat Miera tu hehehe (pernah tengok dalam drama kat Gua TV)
gaduh jugak dengan adik perempuan abc, abc ingat Shahz ni dengan Neelofa, rupa-rupa salah orang hehehe...
mula ingat nak buat jadik hero cerpen Mr. S (senyap tapi singa) abc, tapi.... dah nak kahwen tak jadik la... =.=" kecewa!
Miera cinta dia zaman sekolah. cinta yang tak terluah habaq mai! ^^v tak caya? takkan tak baca kut.. (abc yang baru amek tau!) nak tahu lanjut, klik-klik lah link kat bawah ye ;)
p/s: erm... lepas ni nak berangan sapa eh? Hazama AF tu boleh? senyuman dia menggoda kut! ^^
AJL 26 : Siapa pilihan anda?
Salam Ahad!
hari yang dinanti-nantikan oleh para finalis AJL 26 telah pun tiba!
daripada orang lama sampai la orang baru yang menjadi finalis AJL ke 26 kali nih.
abc tak mau cakap banyak, sebab sangat excited nak tunggu AJL nih! ^^
semua sangat hebat, dan memang juara. so siapa pilihan korang?
bagi abc, abc sangat suka kan lagu ni, lagu yang memuja wanita ;) siapa lagi?
sangat yakin 90% diorang akan menang malam ni.
nak tau kenapa?
lagu Wanita Seluruh Dunia, sangat bermakna, mendalam! dan pastinya diorang akan bawak red roses atas pentas!
+++
lagu yang dengar-dengar akan menang, BERIBU SESALAN!
yeah! lagu ni memang hebat, abc dengan kawan-kawan penah karok lagu ni, memang hancusss... payah weh,, memang diorang 3 aje yang boleh bawak ^^v
korang rasa siapa ye??
hari yang dinanti-nantikan oleh para finalis AJL 26 telah pun tiba!
daripada orang lama sampai la orang baru yang menjadi finalis AJL ke 26 kali nih.
abc tak mau cakap banyak, sebab sangat excited nak tunggu AJL nih! ^^
semua sangat hebat, dan memang juara. so siapa pilihan korang?
bagi abc, abc sangat suka kan lagu ni, lagu yang memuja wanita ;) siapa lagi?
sangat yakin 90% diorang akan menang malam ni.
nak tau kenapa?
lagu Wanita Seluruh Dunia, sangat bermakna, mendalam! dan pastinya diorang akan bawak red roses atas pentas!
+++
lagu yang dengar-dengar akan menang, BERIBU SESALAN!
yeah! lagu ni memang hebat, abc dengan kawan-kawan penah karok lagu ni, memang hancusss... payah weh,, memang diorang 3 aje yang boleh bawak ^^v
korang rasa siapa ye??
menggila dengan Header!
Walaupun penat. tapi... bila dah start bukak adobe, and photoscape + siwon menemani.
abc ter'over excited' buat header nih. aish... ;p
yang ni abc agak puas hati...hehehe
practice make perfect, tak gitu?
abc ter'over excited' buat header nih. aish... ;p
yang ni abc agak puas hati...hehehe
practice make perfect, tak gitu?
Saturday, January 28, 2012
Hari Bahagia Dia!
Alhamdulillah. Selamat sampai ke kenduri Kak Ann walaupun sesat sekejap sampai ke Balai Polis nak tanya jalan ^^v
along tak biasa/tak pernah ke situ. jadik tak tahu jalan. ada dua jalan, baru dan lama. konpius-konpius! nak masuk ke rumah Kak Ann sangat jauh... huhuhu sebelum ni Kak Ann cerita tak terbayang sejauh itu!
Kampung Chepor,Lenggong.. korang pernah pergi? jom usha gambar-gambar siang tadi ;)
lepas balik kenduri, terus ke K.K atau panjangnya Kuala Kangsar.
jujurnya, abc tak pernah ke K.K, first time pergi Masjid Ubudiah, SubhanaALLAH. tersergam gah!
nanti abc kongsikan gambarnya, rumah Kak Ann dekat sangat dengan Muzium Arkeologi Lenggong, sempat singgah jugak ;) abc akan kongsikan gambar nanti
badan sudah letih, mau tidur!
p/s: i love history! Lenggong/K.K is the best place for me! I guess hehehe
tukar header lagi.
Salam Malam Sabtu ;)
abc tak berapa sempat untuk mengupdate, tapi curik masa nak betulkan header.
oke la kan header nih ;)
abc akan gunakan untuk satu tempoh masa. Siwon bagi semangat sikit nak menulis ;)
esok abc akan ke Lenggong Perak. Kenduri kawen lagi!
malam baru boleh sambung menulis ^^v
p/s: esok takkan ada di rumah sehari!
abc tak berapa sempat untuk mengupdate, tapi curik masa nak betulkan header.
oke la kan header nih ;)
abc akan gunakan untuk satu tempoh masa. Siwon bagi semangat sikit nak menulis ;)
esok abc akan ke Lenggong Perak. Kenduri kawen lagi!
malam baru boleh sambung menulis ^^v
p/s: esok takkan ada di rumah sehari!
Friday, January 27, 2012
Header Blog = besar gedabak!
abc hanya boleh ketawa. ^^v
besaq la pulak.. tapi oke la kan? hehehe
bukak-bukak terus nampak muka abc dan my lovely SIWON! hahahaha (sengaja buat-buat gila k-pop)
komen sikit!
besaq la pulak.. tapi oke la kan? hehehe
bukak-bukak terus nampak muka abc dan my lovely SIWON! hahahaha (sengaja buat-buat gila k-pop)
komen sikit!
keputusan semester 7!
Salam Jumaat!
abc sangat sedih hari ini. kecewa dengan keputusan subjek rekacipta (3 kredit).
masa tenaga wang semua kami habiskan untuk subjek ni.
boleh lecturer bagi B-???
siapa kita nak persoalkan... erm....
terima seluas hati. belum tetap lagi markah ni, moga ada perubahan ameen!
*Alhamdulillah masih dekan, masih kelas pertama. syukur!
abc sangat sedih hari ini. kecewa dengan keputusan subjek rekacipta (3 kredit).
masa tenaga wang semua kami habiskan untuk subjek ni.
boleh lecturer bagi B-???
siapa kita nak persoalkan... erm....
terima seluas hati. belum tetap lagi markah ni, moga ada perubahan ameen!
*Alhamdulillah masih dekan, masih kelas pertama. syukur!
Thursday, January 26, 2012
payah!
Assalamualaikum w.b.t
maaf ye korang. abc agak payah nak update lately.
abc tak berapa sihat (alahan) dan agak busy dekat rumah ;)
doakan ilham abc datang mencurah-curah ye
happy holidays!
maaf ye korang. abc agak payah nak update lately.
abc tak berapa sihat (alahan) dan agak busy dekat rumah ;)
doakan ilham abc datang mencurah-curah ye
happy holidays!
Wednesday, January 25, 2012
Melodi CINTA = bohong
Senyap
tidak bererti diam
Diam
tidak bererti setuju
Setuju
tidak bererti mahu
Dalam
diam, saya kadangkala menangis. Dalam ketawa, saya kadangkala menangis. Kisah
itu tidak terpadam, malah kian melebar dan membiak bagai barah pada manusia.
Saya tidak dapat melupakan walau sedikit daripada kisah itu. Kisah itu bak
kisah hitam dalam diri saya. Harus bagaimana untuk saya melupakan? Dalam doa
setiap kali nafas saya hembuskan, saya mohon moga Allah membantu saya melupakan
kisah itu. Saya bagai hidup dalam bayang-bayang hitam, penuh ketakutan, penuh
kebimbangan!
Bohong
jika saya kata saya tidak tenang. Ya! Saya tenang. Kerana kini dalam setiap
tingkah dan langkah, saya sentiasa mengingat DIA Yang Mencipta. Bohong jika
saya kata saya tidak redha. Saya redha ini adalah ujian daripada DIA. Tanda
kasihNya buat saya yang masih dalam pandangan dan perlindunganNya.
Namun,
bohong juga andai saya kata, saya sudah mampu melupakan. Kerana saya sentiasa
diingatkan. Kotor yang saya cipta hanya dalam satu tempoh masa singkat itu,
akan saya kenang dalam tangisan selama hayat saya dimuka ini, mungkin!
Bagaimana
saya boleh lupakan? Bantulah saya!
“Tunjukkanlah
kami jalan yang lurus. Jalan mereka yang Kau berikan nikmat. Bukan jalan mereka
yang Kau murkai, bukan juga jalan mereka yang sesat.”
Surah
Al Fatihah: ayat 6 dan 7
Saya bagai menghuni jalanan penuh
kegelapan tanpa cahaya haluan!
Tuesday, January 24, 2012
Gatal Kulit, alahan ke?
Alhamdulillah.
2 kenduri kawan sekampus sekuliah sekelas dapat abc hadir.
malangnya lagi dua iaitu 26hb. Jan dan 03hb feb, kemungkinan tak dapat. jauh sangat!
kenduri Noorehan (Kak An) insyaAllah abc akan pergi (dah kena warning untuk wajib hadir!), rumah dia tak jauh makan 3 jam perjalanan. pergi dengan Along, so tak kecut sangat, akan jadi 2 jam je kut. hehehe
Kak An ada pesan. "jangan bercinta lama-lama, dah kenal, terus aje kahwin"
she had the 'sad' experience' once. and me too! everyone had it at least for once, maybe! ;)
yang tepi gambar Kak An. cun kan? insyaAllah, gambar kahwin dia akan abc upload. she is the coolest sis among kakak-kakak yang lain! ;)
aiyakkk (tampaq dahi!) entri tajuk lain, isi lain pulak. sebenarnya nak mengadu... (mood sedih + menggaru-garu)
abc sejak balik kedah, penuh badan naik biji-biji yang menyebabkan abc tergaru-garu. tapi malam aje. start maghrib aje, abc akan terus gatal-gatal. erm... malang lagi, klinik banyak tutup untuk pergi dapat rawatan. Farmasi? tak boleh. abc ada alahan ubat! ;(
sangat memerlukan pakar kulit! hope esok ada klinik yang bukak.
p/s: gamaknya, air dekat sini yang bermasalah kan? erm....
2 kenduri kawan sekampus sekuliah sekelas dapat abc hadir.
malangnya lagi dua iaitu 26hb. Jan dan 03hb feb, kemungkinan tak dapat. jauh sangat!
kenduri Noorehan (Kak An) insyaAllah abc akan pergi (dah kena warning untuk wajib hadir!), rumah dia tak jauh makan 3 jam perjalanan. pergi dengan Along, so tak kecut sangat, akan jadi 2 jam je kut. hehehe
Kak An ada pesan. "jangan bercinta lama-lama, dah kenal, terus aje kahwin"
she had the 'sad' experience' once. and me too! everyone had it at least for once, maybe! ;)
yang tepi gambar Kak An. cun kan? insyaAllah, gambar kahwin dia akan abc upload. she is the coolest sis among kakak-kakak yang lain! ;)
aiyakkk (tampaq dahi!) entri tajuk lain, isi lain pulak. sebenarnya nak mengadu... (mood sedih + menggaru-garu)
abc sejak balik kedah, penuh badan naik biji-biji yang menyebabkan abc tergaru-garu. tapi malam aje. start maghrib aje, abc akan terus gatal-gatal. erm... malang lagi, klinik banyak tutup untuk pergi dapat rawatan. Farmasi? tak boleh. abc ada alahan ubat! ;(
sangat memerlukan pakar kulit! hope esok ada klinik yang bukak.
p/s: gamaknya, air dekat sini yang bermasalah kan? erm....
Sunday, January 22, 2012
Dia telah bergelar isteri, abc??
Alhamdulillah. harini, sehari di seberang perai, Pulau Pinang.
kawan sekelas di UTM Skudai kahwin ^^v
perbezaan umur kami, hanya setahun. jadik next year abc pulak la kut! keh3
tahniah untuk Fatin Sherina! kamu sangat cantik harini dan setiap hari (dia memang cantik!)
semoga bahagia bersama pasangan hingga ke akhir hayat!
fatin dan Sheikh Omar bercinta dari zaman sekolah tau! itu yang *sweet*nya wedding diorang berdua!
esok ke rumah Kak Eitah pulak, kawan sekuliah ^^v
ramai tau yang kahwin cuti semester nih!
makan-makan-makan... sedaapppp! hehehe
Melodi CINTA = tewas
Bukan tak
tahu
Bukan
jua buta
Tapi
bagai menanti seru
Untuk
terus setia
Sekali lagi. Menangis gila!
Kutuk tampar diri, bak orang hilang akal warasnya. Sekali lagi. Menyesal tiada
kata. Ulangi dosa itu untuk kesekian kalinya. Kerap saya terfikir, bila akan
terus benar-benar setia taubat nasuha?
Keluh tidak guna. Menyesal apa
kali kedua, tiga? Entah. Diri terasa bodoh. Hati terasa lenguh. Iyalah, sampai
bila nafsu yang kawal kesemuanya? Bila ia saya lakukan, ada dicelah jiwa
membisik melaung kata dosa. Diri enggan menghentikan. Sesaat dua. Tangan bagai
mahu menampar pipi. Tapi hati kata, buat
apa? Kau yang gila!
Dosa itu bagai mereka. Memang
mereka. Gelak ketawa besar tatkala saya mengulangi langkah sumbing itu. Menari
atas nama dosa, gerakannya memalukan manusia! Mereka akan ketawa. Mereka akan
suka andai saya terus terikut kata pujukan mereka. Allahuakbar.
Saya tewas untuk kesekian
kalinya. Dan jauh disudut hati ada berkata, tak mustahil ia berulang untuk hari
seterusnya. Bagaimana kuat lagi perlu saya bentukkan diri?
“Perangilah
mereka itu, sehingga tidak ada fitnah dan adalah agama sekaliannya bagi Allah.
Sekiranya mereka berhenti, sesungguhnya Allah Maha Melihat apa yang mereka
kerjakan.”
Surah
An Anfal:ayat 39
Saya takut. Nafsu bagai
gelombang yang tidak berisyarat.
Friday, January 20, 2012
Tahniah dan Takziah.
satu entri untuk dua berita: gembira dan sedih!
Tahniah buat pasangan Ally Iskandar dan Farah Lee atas pernikahan mereka siang tadi.
akhirnya Ally menemui jodohnya, insyaAllah yang lebih baek. sama-sama kita doa kan. ;)
sumber gambar: Oh Bulan!
Takziah buat keluarga Izwan Pilus atas pemergian beliau (Izwan Pilus).
agak terkejut(sangat!) bila dengar berita ni di TV3 kejap tadi. Innalillah...
Izwan Pilus adalah penyanyi feveret abc, suara dia sangat merdu.
sama-sama kita doakan, agar arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. insyaAllah.
Al-Fatihah.
sumber gambar: google image.
Cerpen: Mencari Adam dalam Yusoff
Langkah di atur kemas namun perlahan
menuruni anak tangga Masjid. Dilabuhkan duduknya ke anak tangga. Stokin di
dalam kasut dicapai untuk dipakai, namun pandangannya entah hanyut ke mana.
Suara tangisan itu sekali lagi mengganggu fikirannya. Bukan sekali, namun hari
ini sudah masuk kali ke empat suara tangisan itu singgah ke telinganya sejak
semalam. Siapa? Manusia atau….? Ah! Ini masjid la Yusoff! Astagfirullah…
Mungkin bisikan syaitan yang menghembus di telingaku tika aku cuba khusyuk
menunaikan solat. Bisik hati kecil Yusoff, bagi menenangkan gundah di hati.
Sejak Yusoff menunaikan solat zuhur
semalam, esakan kecil itu menjengah ke cuping telinga. Perlahan sahaja, tapi
penuh hiba. Pada awalnya, Yusoff cuma membiarkan. Mungkin ada hamba Allah yang
sedang mencari ketenangan dengan menangis di depanNya, ujar hati Yusoff. Namun,
apabila Yusoff ke Masjid untuk solat asar, sekali lagi dia mendengar, dan
sehingga hari ini dia mendengar esak tangis itu. Lama, bukan seminit dua.
Hatinya tertarik-tarik untuk menjengah ke ruang solat wanita, tapi apa pula
kata orang yang melihat? Hati Yusoff benar-benar tertarik mahu tahu, siapa
pemilik tangisan itu? Kenapa berat sungguh dengarnya tangisan dia?
Yusoff menepuk perlahan seluarnya,
membuang habuk yang ada. Beg digalas ke bahu, jam di tangan dibelek. Ada lagi
15 minit sebelum pukul 2, kelas Dr Rozaimah batal pula hari ini, mahu ke mana?
Pulang ke bilik atau ke perpustakaan yang betul-betul di sebelah masjid?
Sebagai pelajar tahun akhir, Yusoff lebih banyak menghabiskan masanya di
perpustakaan bagi mencari bahan-bahan rujukan untuk menyiapkan penulisan projek
akhir. Belum sempat memulakan langkah, kelibat gadis berbaju biru itu mencuri
pandangannya. Pantas dia kalih memandang, dalam masa yang sama, si gadis turut
memandangnya melemparkan satu senyuman kecil. Senyuman sapaan, tiada maksud
lain. Mata Yusoff tetap memandang langkah si gadis yang kian hilang di balik
tiang-tiang di kaki lima. Hati Yusoff bagai menyatakan sesuatu namun masih
kabur, masih tidak pasti. Ah! Mainan hati sahaja!
+++++++++++++
“Assalamualaikum.” Pintu bilik
terkuak dari luar. Muazzam menggeleng melihat Yusoff yang sedang termenung di
meja belajarnya. Salamnya tidak dijawab, seperti ada sesuatu yang mustahak yang
sedang difikirkan oleh Yusoff. Beg yang digalas diletakkan di atas katil,
Yusoff di dekatinya. Bahu Yusoff ditepuk perlahan. Nyata, Yusoff sememangnya
tidak sedar, tersentak dek tepukan Muazzam.
“Eh abang Azam, bila balik? Tak dengar
pun bagi salam?” Muazzam hanya ketawa kecil dan menggeleng kepala dengan
tingkah Yusoff.
“Siapa insan bertuah yang berjaya
menakluk hati Ustaz Yusoff kita nih?” Muazzam berseloroh, dia melabuhkan duduk
di birai katil Yusoff. Yusoff hanya tersenyum dengan kata-kata Muazzam. Yusoff
membetulkan duduknya.
“Tiada siapa, masih dalam pencarian.
insyaAllah suatu hari nanti.” Muazzam hanya mencebik dan mengangguk, bukan dia
tidak kenal sikap Yusoff. Bukan memilih, namun berhati-hati. Isteri bagi Yusoff
adalah seorang bidadari. Biar tak cantik luaran namun indah dalamnya, pesonanya
dia kerana imannya.
“Sudah tu, kenapa yang termenung aje?
Nak tembus dinding tu rasanya, sampai abang bagi salam kau tak dengar. Kenapa
nih? Apa yang difikirkan tu?” Yusoff mengeluh perlahan. Ya, dia memang
memikirkan sesuatu. Memikirkan pemilik tangisan itu.
“Ishh Ustaz Yusoff ni, mengeluh
kenapa?” Muazzam makin pelik dengan sikap Yusoff. Jarang sekali, atau ayat yang
lebih tepat, Yusoff tidak pernah mengeluh sebelum ini.
“Erm… ada sesuatu yang buat Yusoff
pelik dan terfikir-fikir sampai sekarang.” Muazzam memperkemaskan duduknya mahu
mendengar dengan teliti cerita Yusoff.
“Dah dua hari Yusoff dengar suara
esakan orang menangis dalam Masjid. Tiap kali Yusoff solat zuhur dan asar. Masa
pertama kali dengar, Yusoff biarkan, tapi ini dah kali ke empat Yusoff dengar.
Siapa? Manusia ke apa ke….”
“La… ye ke… dalam Masjid, nak kata
iblis tu pelik la pulak... erm…” Mereka berdua terangguk-angguk, dalam fikiran
masing-masing memikirkan perkara tersebut.
“Dah tanya dengan Ustaz?”
“Belum, ingat isnin nanti, Yusoff ada
satu kelas aje isnin, lepas kelas Yusoff nak ke MSI jumpa Ustaz.” Muazzam
mengangguk lagi.
“Ha… itu yang terbaik, lagi cepat
lagi bagus. Macam misteri aje cerita Yusoff nih. Sekarang jangan termenung dah,
tunggu isnin nanti, insyaAllah dapat jawapan.” Yusoff tersenyum, mungkin,
mungkin akan terjawab segala persoalan yang ada di dalam kepala dia sekarang
ini.
“Memang tak sabar nak tunggu isnin,
dah serabut kepala Soff fikir bang.” Muazzam menggeleng.
“Yang dipikirkan sangat kenapa?”
Yusoff tersengih.
“Misteri kan… mesti la fikir. Yusoff
rasa macam ada sesuatu. Yelah setiap kali Yusoff solat mesti dengar, ada tanya
dekat orang dekat-dekat tempat Soff solat tu, diorang kata takde pun dengar.
Siap kata Soff buat diorang seram.” Yusoff ketawa kecil begitu juga Muazzam.
“Yelah, tetiba pergi tanya macam tu,
abang dengar tadi pun dah seram.”
“That’s why la Yusoff tak sabar ni.
Nak sangat tahu apa or siapa. Nak pergi esok tapi mungkin Ustaz takde. Lagipun
Yusoff nak ke Masjid lagi esok, nak siasat dulu, kalau tak dengar dah, confirm
manusia, sebab week days memang ramai orang solat kat Masjid kan.” Muazzam
mengangguk bersetuju dengan kata-kata Yusoff.
“Kalau macam tu, abang ikut Yusoff
esok ye, abang pun nak jadi Conan jugak.” Yusoff berkerut mendengar kata-kata
Muazzam.
“Conan bang?”
“Yelah, nak selesaikan misteri.”
Terkekek Muazzam dapat kenakan Yusoff. Yusoff hanya ketawa kecil, malu bila
diperli oleh Muazzam, abang yang 3 tahun lebih tua daripadanya. Dalam tempoh
empat tahun pengajian dia di UTM, selama itu juga Muazzam menjadi teman
biliknya. Serasi, dengan sikap Muazzam yang ceria dan sentiasa menjadi
penasihatnya. Muazzam keluaran daripada UTM KL, dengan diploma yang ada dia
menyambung pula pengajian di peringkat Ijazah. Manakala Yusoff keluaran ‘fresh’
daripada Matrikulasi. Muazzam mengambil jurusan kejuruteraan mekanikal,
manakala Yusoff mengambil jurusan pendidikan. Biarpun berlainan jurusan, itu
bukan masalah buat mereka berdua untuk kekal serasi bersama.
p/s: akan disambungkan kemudian, apa komen korang? ^^v
Melodi CINTA = sendiri.
Tidak sepi
sendiri
Sunyi
hati, berisi
Mudah
jua mencari
Redhanya
ilahi.
Lumrah dalam hidup. Tambahan
pula, pabila umur menginjak dewasa. Saya sedar itu. Namun tidak pernah sedar
natijahnya membawa pulang cinta yang hanya mainan jiwa remaja. Sukar bila keluarga
sudah mula bersuara. Perlukah sekali lagi saya katakan, “hanya kawan?”.
Acapkali saya berfikir sendiri, kenapa terlalu mudah hati ini menerima? Teman
pernah memberi kata semangat, yang lepas
adalah sejarah, lupakan! Teruskan
kehidupan dengan cara baru.
Saya sedang mencuba. Mencari
jalan yang terbaik untuk meneruskan perjalanan kehidupan ini. Kisah lama? Tidak
akan saya lupa walau secebis. Saya biarkan dalam kotak ingatan. Ya memang
menyakitkan dan memeritkan jiwa, tetapi ia menyedarkan saya, membetulkan
bengkoknya jalan yang saya lalui kini. Alhamdulillah. Dalam buruknya dosa yang
saya sendiri ukir, saya lihat ada baiknya ia untuk masa sekarang.
Manusia sering sahaja bertanya
kepada saya, kenapa dan mengapa serta bagaimana. Saya tidak pernah mampu menjelaskan.
Saya hanya menjawab dengan satu senyuman, “adalah, biar saya dan DIA yang
tahu”. Hanya itu, walaupun tidak cukup memuaskan hati seorang manusia, akan
tetapi itu jawapan terbaik. Perkara itu ‘aib’ bagi saya. Biarlah bukan apa-apa,
tetapi ia memalukan. Moga Allah mengampunkan saya.
“Sesungguhnya
yang paling utama di antara kamu di sisi Allah adalah mereka yang paling
bertaqwa.”
Surah
Al-Hujurat: ayat 13
Saya mencari imam buat diri,
kerna saya tidak mampu mengimami.
Subscribe to:
Posts (Atom)
FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA
FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way. jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders
-
Sekuat mana hati wanita, tatkala sang lelaki menidakkan haknya sebagai isteri? Inilah kisah Shadha Shadiqah, yang berusaha menamba...
-
Alhamdulillah. dah tengah hari. 16hb Februari 2012 abc dah janji nak post cerpen kedua untuk Februari kan? baca dan komen yek! ...
-
maaf kerana mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan cerpen ini ^^v enjoy and comment! +++ Panggilan telefon dari mama petang t...