Friday, August 26, 2011

benci ustaz syauki!

arghh.. stress tengok cerita tahajud cinta. geram!

kenapa taksub sangat isteri2 ustaz syauki, ayah seri dengan ustaz syauki yang terang terpesong! guna ayat quran dan hadis untuk kepentingan diri sendiri.

citra boleh pesongkan seri dengan dunia? statement paling Bo*** ustaz syauki dan ayah seri boleh pulak percaya. nampak sangat ustaz syauki takutkan citra yang boleh melawan dia.

geram!

kenapa lah seri boleh jadi lemah macam tu? erm.

Tuesday, August 23, 2011

miss him!


tak sabar menunggu 28hb/8/2011
amir haziq balik kampung ^^v

miss my anak!


p/s: updating cerita cinta with love..

Monday, August 22, 2011

LIF SE : maaf!

salam ramadhan.

maaf untuk readers yang menunggu LIF SE dan cerpen2 abc. (maaf jugak kalau ayat macam perasan..huhuhu)

abc tak dapat nak siarkan lagi LIF SE dan lain2, seperti yang abc war2kan iaitu sepatutnya pada minggu lepas. abc kesuntukkan masa untuk pelbagai benda. abc sedang sibuk dengan persiapan raya, projek akhir sarjana muda abc, dan hal peribadi.

abc akan cuba siarkan secepatnya.. insyaAllah.

maaf sekali lagi.

+++

p/s: doakan kesihatan abc ye! (asthma menyerang.. =.=")

Sunday, August 21, 2011

4 dalam pembikinan? 5 laaa…

salam ramadhan

alahai, sunyi rasa blog ni, entri terbaru takde kan?

abc stop kejap mengupdate blog (update secara serius ^^v)

abc membizikan diri dengan meyiapkan cerpen dan novel.

its my passion, can i say it like that?

he-he-he

++

seriously dalam simpanan abc , ada 3 cerpen yang separuh jalan dan satu novel baru.

tak sabar nak menulis, tapi masa tidak mengizinkan.

ALAMAK! its 5 actually. termasuk LIF SE.

semua dah ada draft, cuma mood jiwang tidak kemari.

sara (penulis JIMK) kata kena tengok cerita jiwang, baca cerita jiwang.

oh! i should buy new novels. =.=”

mintak dekat My BFF la fulus untuk beli novel, mesti boleh kan3 sebab dia punya gila novel (sori sayang, i said it here..hahaha)

+++

jom review tajuk and cover cerita-cerita cinta itu ^^v

Novel: Janji Terpateri

novelJP

Novel : Love Is Forever (Special Edition)

LOVE IS FOREVER[2]

Cerpen: Cinta Si LIDI

Cerpen: Mr S ( Silent tapi Singa)

Cerpen: Setia Cinta Fakeer – cerpen ni macam nak ubah aje tajuk,

+++

mana nak keluar dulu?

cuba teka. hehehe

Love U’ols

bahasa jiwa bangsa.

salam ramadhan.

hari ke 21 ramadhan.

bahasa jiwa bangsa. bahasa melambang identiti bangsa. siapa kita, kenal dari bahasa kita. betul? ya betullah, kalau tak, takkan ada slogan " bahasa jiwa bangsa". =)

abc tak nak merapu meraban. cuma nak cakap.

rimaslah bila baca tulisan short-short yang tak berapa nak sedap dibaca.

itu aje. ^^v

++

saya sayang bahasa saya! (walaupun kadang2 buat bahasa sendiri)

Saturday, August 20, 2011

9 hari lagi..

salam ramadhan, hari ke 20.

tidak sedar, masa cepat sungguh berlalu. terasa bagai semalam baru mendengar isytihar puasa. harini dah siap beberapa biskut raya.

pemergian ramadhan ditangisi. namun tetap persediaan untuk hari kejayaan perlu dilakukan. hari itulah ikatan ukhwah kita dan saudara2 islam lain kian erat. yang saling bermusuh, akan bermaafan. hari itu, hati semuanya lembut menerima segala. amarah? perkara kedua. ^^v

hari kejayaan itu perlu dirai bersama-sama. tidak berlebih-lebih. ingat pada yang tidak berkemampuan. kenapa kita gembira tetapi mereka itu tidak? =)

sayang nya meninggalkan ramadhan. sungguh! setiap kebaikan yang kita lakukan adalah ibadah. subhanAllah.

+++

9 malam terakhir.. moga banyak kebaikan yang dapat ku lakukan. berharap ia adalah malam2 yang terbaek dapat aku lakukan. insyaAllah.

Friday, August 19, 2011

the sim. i addicted!

alamak.

kesekian kali, abc termain game FB and ter'addicted' pulak!

abc akan main game ni, setiap masa yang ada. owh.. bila nak menulis nih! =.="

maaf, game dah panggil..

err... kalau korang maen jugak game ni, add abc as neighbor eh. thanks! ^^v

puding triffle + oreo.

salam ramadhan al mubarak.

Alhamdulillah. sudah masuk hari yang ke 19. 10 hari lagi untuk kita meninggalkan bulan yang penuh barakah.

Tapi! masih sempat kita nak buat juadah yang simple sangat macam PUDING TRIFFLE OREO nih. ^^v

P8170448 P8160447

Bahan-bahan:

  1. kek swiss roll (boleh guna lebih2 kek yang dijual dekat kedai kek, or kek span)
  2. oreo
  3. koktel buah-buahan
  4. susu penuh krim (300ml)
  5. telur (sebijik)
  6. tepung kastad (1 sudu besar)
  7. gula pasir (80gm)
  8. serbuk jelly
  9. air

Cara-cara:

  • Masak Kastad
  1. masukkan susu, telur, tepung kastad dan gula dalam periuk.
  2. kacau bahan2, dan guna api perlahan. (masak kastad kena selalu kacau, takut berketul2)
  3. masak sampai likat.
  • Masak Jelly
  1. masukkan jelly dan air dalam periuk hingga mendidih
  • Masuk ke dalam bekas
  1. bekas diisi isi siap dengan kek dan oreo yang dihancurkan. (buat lebih awal, before masak kastad)
  2. masukkan kastad yang siap dimasak tadi.
  3. sudukan koktel buah-buahan
  4. tuangkan jelly yang telah siap dilarutkan
  5. sejukkan.

+++

SIAP!

mudahkan? dulu abc pun ingat susah ^^v, okay jangan lupa untuk mencuba ye.

hari Mama!

menulis dengan cinta.

ramadhan ke 16, hari lahir mama ke 55 tahun.

Alhamdulillah, masih dapat kami meraikannya. doa kami anak2 moga mama sehat senantiasa dan dipanjangkan umurnya. moga mama dapat merasai kejayaan semua anak2nya. amin. insyaAllah.

Mama, iron woman kami. Mama cinta hati kami. Mama ratu kami. Mama, we love you.

P8160454

waktu nak berbuka dah ni.. suprise yang menjadi ^^v thanks to Along!

P8160452

Along sangat pandai pilih kek, soooodaappp…

++

abc boleh pulak kagum dengan kekemasan hiasan kek ni, al maklum pernah belajar decorate kek! ^^v

Thursday, August 18, 2011

Kisah Puasa: Mat Salai , Malaysian Produk

 

salam ramadhan.

Al kisah puasa kali nih, perihal adik bongsu abc lah. (he always makes my day!)

masa awal-awal puasa, abc dengan adik selalu pergi bazaar. bukan nak beli apa-apa pun, sekadar beli air, ais dan apa yang nak makan aje. one day, kami pergi bazaar, kami nampak gerai yang jadik favourite adik. Mat Salai!!!

korang tau Mat Salai? pernah makan?

mat salai

ni dia.. macam-macam ada… ayam, daging, roti john, mat salai (ni dia punya speciallah) and air. selalu yang kami beli, ayam and daging, air takde la pulak abang tu jual.

lepas 2 kali kami beli awal puasa, abang Mat Salai ni dah tak menjual. adik pun macam tak semangat aje nak ke bazaar. so.. dah lama tak pergi, semalam abc terasa nak pergi bazaar. and Alhamdulillah, abang Mat Salai ni ada jual. apa lagi, memang beli lah! ^^v

++

muka abang Mat Salai ni, macam Fadzil dalam Ana Lu’lu.. hehehe

ana lulu

sebijik.. (laen seket la.. hehehe)

++

petang ni mat salai lagi?

Biskut Chip Coklat Badam!

salam ramadhan.

abc bukanlah jenis yang suka buat biskut raya nih. entah kenapa, mood nak buat dan semangat itu datang ^^v

biskut chip coklat

sangat mudah nak buat biskut ni. tambahan buat orang yang malas macam abc nih. ^^v jom kita tengok, macam mana abc buat biskut nih.

bahan-bahan:

  1. tepung gandum 200gm
  2. serbuk koko 20gm
  3. serbuk vanilla 1camt
  4. badam 50gm
  5. coklat chip (hershey’s kalau nak nampak ketul2) 50gm
  6. mentega 150gm
  7. gula perang 150gm

cara-cara:

mentega

campur mentega dan gula pasir, pukul hingga kembang

tepung koko

sementara tu, ayak tepung gandum, serbuk koko dan serbuk vanilla.

badam

apabila mentega dan gula dah kembang, masukkan bahan2 ayak ke dalamnya, dan akhir sekali masukkan badam dan coklat chip.

biskut raya

kemudian, bentuk2kan biskut raya anda! ^^v

bakar dalam ketuhar bersuhu 180’c selama 20 minit.

+++

senangkan? jadi gadis2 dan jejaka2 bujang tiada alasan untuk tidak mencuba! hehehe

anak2 dara bolehlah mencuba, mana tau leh menambat hati mak mentua waktu raya nanti =)

p/s: satu adunan boleh dapat 100 biji.

Wednesday, August 17, 2011

biskut chip coklat.

(entri lemau dan basi)

salam ramadhan

abc mengupdate dengan keadaan busyuk..^^v belum mandi.
baru lepas siapkan kad raya adik. bukan nak pos. ini kerja sekolah dia. mama cikgu seni dia, tapi dia wat dek je bila mama dok pesan, yang dia belum hantar lukisan kad raya! =.="
parah~~

selalu dapat C aje mama bagi, sebab dia malas. tetiba abc terRajin and tolong buat kan. Cantik! (perahsan sedikit ye ^^v)



+++

tajuk entri adalah satu hasrat hati. sepatutnya harini dah siap satu biskut raya. tapi kemalasan juga yang tinggi godaannya. ^^v esok pagi. i promise!

panas dan lemas.

salam ramadhan.

cuaca sangat menguji hamba2Nya yang berpuasa. panasnya Ya Allah. biarpun kipas siling terpasang, kipas meja terpasang. pelbagai kipas sedia ada. Aircond aje takde nih ha..

dah lemas. lemaih peghot! (ayat orang kedah)

nak menulis pun tak selesa. aish.. teringat cuaca dalam opis yang macam dekat kutub utara. pergh! selesanya. nyaman!

apa nak buat time panas2 nih.. teringat ais blended anggur susu aje!


Puding Triffle, enak!

salam ramadhan.

semalam abc terajin sedikit untuk buat puding triffle untuk famili.

ini first time buat tau. Alhamdulillah, jadik! ^^v

P8160447

comot sket, hehehe..

P8170448

after makan, abc tau, yang sepatutnya lapisan bawah kena tebal sikit lagi.

over all. ^^b enak!

abc tambah oreo, sebab masa praktikal cikgu tu buat letak oreo. hehehe

+++

sedap-sedap-sedap

(puji diri sendiri)

nanti abc kongsi resipi okei!

orang bujang memang boleh buat punya!

emosi itu biasa

salam ramadan.

sementara ini, abc sudah hilang semangat untuk menulis. tapi jangan risau LIF SE sudah hampir siap semuanya. insyaAllah, dalam minggu ini abc akan selesaikan semuanya dan hidangkan buat bacaan anda semua. harap ia tidak mengecewakan pembaca. ^^v

semangat menulis yang abc katakan, adalah untuk berblog. entah. idea tiada, ilham apatah lagi. resah andai penulisan abc hanya sia-sia, tiada kebaikan tiada hiburan tiada isi kandungan. erm! abc mahu dapat walaupun sedikit kebaikan dalam setiap penulisan abc untuk yang membaca. bila dia membaca, dia dapat sedikit baiknya entri abc itu, dan menjadikan hari2nya lebih bermakna. walaupun hanya sebagai penghilang bosan. =)

buat apa ramai followers, buat apa trafik berjuta, namun tiada apa2 yang kita sajikan buat mereka yang membaca. mesti yang mengikut itu kecewa, yang datang itu hampa. abc mahu kesemuanya, entri penuh makna, rakyat berjuta, trafik sesak berjela-jela, manfaatnya? kita kongsi bersama2. ^^v

namun apa daya. abc juga seakan, blogger jalanan, masih banyak perlu dibaiki lagi. ilmu masih banyak belum dipenuhi. masih mencari identiti sendiri. abc masih cuba melakukan pelbagai benda, untuk menarik lebih pembaca dan memberikan satu makna selepas mereka menjengah ke sini. ^^v

+++

2 entri yang penuh dengan huruf! sengaja mencuba. try and error. ^^b
seronok jugak, tak payah mencari rajah. tapi abc tahu pembaca tak suka bila ada karangan. ini cuma bila emosi itu terlalu biasa menjengah dalam hari2 abc, hati ini terlalu mau untuk berbicara kadang mahu pula bersyarah.^^v

rindu zaman sekolah. rindu mahu menulis karangan tidak kurang 350 patah perkataan. dulu terseksa, sekarang mahu semahu-mahunya.

with love.. nur wateeqa

Tuesday, August 16, 2011

hidup?

salam ramadhan buat semua umat islam di dunia, Malaysia khususnya.

sudah hari ke 16, kita berpuasa. dan hari ini hari bermakna buat bonda tercinta. Alhamdulillah, bonda sudah 55 tahun, masih sihat, masih kuat menjalankan tugasnya sebagai ibu dan juga sebagai guru. biarpun sudah dimamah usia, mama masih tabah menjalani kehidupannya, dan masih setia menguruskan keluarga dan mendidik anak2nya yang sudah dewasa. anak yang dewasa lagi sukar dikawal, payah untuk kenal kemahuan, payah untuk tahu keinginan, moga kami menjadi anak2 mama yang sentiasa menyenangkan hati mama, yang sentiasa menggariskan senyuman pada wajah mama.

+++

abc dalam jiwa yang berkecelaruan. kadangkala gembira, dan kadang ada gundahnya. entah kenapa, awal pagi lagi, jiwa dan hati ini berkocak kuat. ah! abc kecundang pada dunia. dunia yang penuh dengan dosa dan noda. dan sepenggalnya hari, abc mula terfikir, dan mulai muhasabah diri. kenapa dan mengapa? dan terfikir, adakah ini yang aku mahu dalam kehidupanku? baik atau buruk? abc cukup dewasa dalam membedakan dosa atau pahala, cerah atau gelap, putih atau hitam. tapi, tak cukup matang dalam merealisasikan.

doa?

kerapkali bila masanya sayu terundang dihati, doa pada Ilahi. ketenangan, kegembiraan dan kebahagiaan. sejuk itu datang, tapi diri sendiri yang menghalau kedinginan dengan kehangatan seronoknya dunia. Allah! betapa daku ini tidak pernah mensyukuri.

malu?

malu usah tanya, usah dipersoal dua seratus kali. kerap teriak, selalu hujan, sentiasa tangis diri ini. malu pada DIA, malu pada semua. tak pernah sangka, aku sembunyi dibalik helaian kain yang besar itu! malunya usah kira kerana tidak terhitung sudah! Astagfirullah.

taubat?

ini yang malu. abc nasihat manusia lain. taubat Allah itu besar. taubat Allah itu luas seluasnya. tidak ada masa, kerana ia sentiasa. jangan lambat hingga saat maut sudah mencengkam. tapi abc sendiri? lalai dalam saat diri hendak berubah. Allah, ampunkan hambaMu ini.

hidup?

abc tidak tahu sejauh mana hayat yang terkandung. mungkin selepas selesai penulisan ini, atau seminit selepasnya? atau abc diberi 100tahun masa. Matikanlah daku dalam diri suci dari dosa dan noda. Matikan daku dalam iman. hidup yang diberikan adalah masa untuk kita mencari Allah, mengutip pahala dan nah! balasannya syurga yang penuh nikmat, syurga yang abadi selama-lamanya.


moga Allah tidak menjarakkan dirinya dengan hambaNya ini.. Allahuakbar.

Monday, August 15, 2011

taking a nap…

salam ramadhan.

ini cerita semalam.

semalam abc tidur lewat, around 3 a.m

tidur

lepas tu bangun sahur 4.30 a.m

sahur2

abc bukan jenis terus tidur lepas solat subuh (dulu ye, sekarang tak ^^v)

abc akan bertadarus sorang2 kemudian menulis sikit2, selalunya pukul 8 lebih akan “taking a nap”.

tapi semalam, baru aje nak tidur, adik abc balik, kena bukak pintu.

bila dah tidur 10 minit, Along call ajak pergi tesco Stargate!

Stargate_NowOpen

tengok jam dah pukul 8.15, pukul 9 nak pergi tesco. kira 8.30 kena bangun mandi and siap.

tidur juga2, 8.50 baru sedar, dan kelam kabut, thank God along sampai 9.10, selalunya 10 minit awai dari janji!

(Along sangat tepat masa and kadang2 awai dari masa!)

itu pagi, balik rumah dah pukul 10.45 pagi.

nak landing kat depan tv, pastu maen2 internet, bila dah maen blog nih, akan terus maen2 sampai mama balik baru tutup.

BLOG blog1

solat zuhur, then ingat nak tidur, hujan weh!

alamak! cerita BARA plak, layannnn~~ abc tak boleh nak pejam mata pun. entah la!

bara

tengok2 dah asar.. janji dengan mama nak masak HATI LEMBU MASAK PEDAS.

lepas asar, abc pun tersasar.. 5.30 petang, bangun terus ke dapur.

masak2, kacau2 adik abc. dah berbuka.

pas maghrib tengok berita kejap, tengok stanza (kantoi tak pergi terawih! hujan lebat la..^^v)

stanza cinta

mengantuk..

solat isyak, tadarus..

mesej2 BFF.. sampai merajuk.

then lena!

tidoq

+++

3.17 a.m

sejuk! nak terkucil!

……………

+++

mengantuk kan?

tak mengantuk cuma letih2 aje.

kita kena rehat yang cukup! tidur yang berkualiti.

Sunday, August 14, 2011

Grrr... Geram!

abc buta IT.

hai la.. punya la buat banner kemain.
bila nak url banner tu.
abc taktau nak cari kat mana.

korang tau tak?

feningggggg!

++

susahnye nak mencuba sesuatu yang baru!

BEN ASHAARI TANYA BLOG SAYA BEST TAK ?


BEN ASHAARI TANYA BLOG SAYA BEST TAK ?

++

korang rasa?

=.="



(klik gambar untuk join! ^^v)

HOW? : nak shoutbox?

salam ramadhan.

abc bukannye pandai sangat dalam bab tutorial or nak ajar bab2 widget2 dalam blog. abc pun belajar dari blog2 lain. tapi untuk memudahkan abc komen2 dalam blog orang, as requested by kak zie, abc cuba tunjukkan jugak. tetapi secara ringkas aje. abc tak pandaila mengajar dalam blog (even dah nak jadik cikgu nih!) oke2 kita mulakan ye.

langkah pertama:

sb2 

ini gambar shoutbox yang ada dalam blog kite! ^^v

langkah kedua:

sb

klik simbol yang dibulatkan dalam gambar. atau

sb3

klik words dalam kotak merah tersebut.

langkah ketiga:

sb4

selepas klik2, page ini akan keluar. ikut arahan2nya dan… siap!

+++

mudah tak? semudah ABC kan?

p/s: sebarang soalan atau kritikan abc terima..hehehe

Our only Anak.. Amir Haziq

salam ramadhan.

untuk kesekian kalinya abc nak post entri tentang anak abc (anak angah abc ^^v).

kali ini entri bergambar la, amir dah gomok sekarang, nak lawan Mak Lang la ye.. =P

i miss him so much!

205904_268263359857381_100000211578035_1317296_2640915_n

gambar pertama: wauuu panahan mata nan menggoda! tengah makan. feveret dia, telur rebus + kicap. erm! mau tak gemok.

229657_268263326524051_100000211578035_1317294_1641241_n 281484_268264973190553_100000211578035_1317348_4412678_n

gambar kedua dan ketiga: angah kata amir sekarang suka pakai cap! ni besar nak jadi macam aaron aziz kut, hero malaya! hehehe

P7300352 P7300348 P7300350

gambar ke 4, 5 dan 6 : he loves mak’s car so much! kete ayah dia tak pulak nak buat cam gini. he knows that, kalau pulas kunci nanti kete pun start. cuba la dukung bawak dia kuar dari kete, mau mengamuk sakan.

P7300359

gambar ke 7: opss.. sensor! mujur dari tepi kan amir..hehehe dia nak kamera yang mak lang pegang nih..hehehe

P7300372 P7300369

gambar ke 8 dan 9 : bila jumpa pak Long, ayah pun dia lupa. semua nak pak long aje. aishh.. manja ni dengan pak long. balik aje kedah, cari pak long dulu insteads of mak. kami makan dekat tanjung dawai. pekena laksa (mak punya lagi best!) amir dan pak su makan koteow goreng. sangattttt sedap! amir pau air sirap mak lang. amir3.. mujur comey and the only anak.. ^^v

+++

bersembang dengan mak pasal anak, amir haziq aje lah cucu mak. takde lain lagi. bila lagi nak tambah cucu. mak dengan senang menjawab. “tunggu anak iqah la”

=.=” mungkin masa abc dapat anak, anak2 abc dah bukan yang kedua ketiga, mungkin ke enam atau ke lapan? lambat lagi makkkkkkk.

+++

one of our adopted cat named: Ramadhan.

abc: sedapkan mak nama ramadhan, nanti sapa2 ada anak boleh letak nama mohd ramadhan.

mak: anak iqah la..

abc: not again. =.=”

p/s: adakah mak bagi lampu hijau untuk abc? hua3

cinta + jiwang = novel?

dalam mencari mood jiwang

punya usaha nak ilham

abc tengok cerita cinta tengah2 malam sambil menulis novel

moga cinta yang lahir, cinta yang suci nan abadi

=)


++

Bff dengan Bf berbeza ke sama je?

=.="

"in love with BFF"

Saturday, August 13, 2011

aku, suami juga teman baek?

salam ramadhan.

sudah 2 minggu kita berpuasa kan. puasa kali ini sedikit mencabar dengan cuaca yang panas terik. Alhamdulillah hari sejuk sesejuknya. hujan dari pagi sampai petang.

melihat tajuk etri mungkin korang terpikir abc nak sembang tentang cerpen abc lagi kan?

suami=teman baik copy

alhamdulillah. penerimaan yang baik dari para pembaca di penulisan2u. komen sangat membina. sebenarnya., abc kurang berpuas hati dengan cerpen ini, terasa hambar dan kosong. mungkin abc menulis berhenti-henti, yelah buat sekerat berapa bulan kemudian baru sambung. hehehe. to all readers, thanks! komen anda sangat membantu abc.

++

berbalik kepada tajuk entri.

hari ni abc sempat tonton cerita hindustan kat TV3, mula terfikir, mesti bosan sebab takde shahRukhkhan, or salman khan, ada amitabh bachan aje. tapi meleset! ceritanya totally awesome!

cheeni_kum

CHEENI KUM

percintaan lelaki 64 tahun dan gadis 34 tahun. cerita dia komedi romantik. and memang komedi pun!

tapi, payah kalau tengok dengn budak kecik. adik abc tanya apa tu KONDOM. alamak! mampus aku nak terang. then dengan hemah abc jawab, barang orang dewasa punya. (abc tau adik masih blur… oh man.. apa patut abc jawab?)

berbalik kepada cerita, tidak banyak halangan kepada percintaan diorang, cuma bila nak kawen ayah perempuan tu tak bagi sampai mogok lapar. of cause la, menantu tua 6 tahun dari mertua!

cheeni-kum-6

apa yang menarik cerita ni bagi abc, pengisian dia. tidak salah untuk bercinta dengan lelaki yang lebih berusia bukan? dan sememangnya cerita ini betul, ya! perempuan sangat suka lelaki yang matang. teringat ayat Neena “ lelaki sangat lambat untuk matang, dan kenapa saya perlu tunggu untuk itu?”

so do i! pernah abc menulis entri tentang kenapa abc suka lelaki matang. (SINI) tetapi lelaki sangat kompleks. kadang2 usia baru belasan tetapi dia lebih matang dari lelaki berumur 30tahun. ada juga lelaki tua tetapi pemikiran masih belasan. ini mungkin disebabkan perjalanan hidup mereka. pengalaman mematangkan kita bukan?

bila dah tengok cerita ni, mula teringatkan Idris dan Adam. Haikal, Qaiser, Adam Asyaaf.

cheeniKUm

abc suka dengan watak yang lebih tua dan sikap matang diorang, macam idris sulaiman (Selagi ada dia) dan adam (adam dan hawa). perbezaan umur yang ketara dan cara mereka dalam mengawal sikap pasangan juga cinta mereka yang tidak kerana nafsu semata2. Aishhh.. tergoda!

kalau difikirkan, korang perasaan atau tidak, watak2 dalam karya abc juga, abc suka men’tua’kan si lelaki berbanding perempuan. takde yang sebaya, semua lelaki lebih tua. kematangan jejaka sentiasa menjadi idaman! ^^v

+++

usia bukan satu perbandingan. tetapi kematangan menjadi pertaruhan. wanita suka dibelai, salah ditegur penuh hemah, bukan cacian atau makian atau sumpah seranah. wanita suka hatinya diusik kata cinta, bukan kata nista tatkala amarah menusuk jiwa. wajah tidak perlu kacak mana, asal hati memberi cinta sepenuhnya. diri tak perlu semewah mana, asal ikhlas dalam bicara kerinduan. ^^v

+++

abc tak kata lelaki muda tak matang, cuma janji mereka kadang2 penuh kepalsuan. dan cinta kadang jadi permainan.

namun cinta satu pengalaman. pengalaman yang mematangkan!

namun kadang abc sendiri bertindak tanpa kematangan. =.=”

 

p/s: jangan terasa bagi yang membaca, ini hanya perkongsian.

teringat waktu usia tak matang, ^^v

salam ramadhan

walaupun dalam kesihatan yang tidak berapa baik, tapi abc taknak bertangguh dalam menulis entri. bila lagi nak jadi blogger berjaya, setiap jam patut ada entri tau! Oh..MrBen i adore you!

abc membelek gambar2 sepanjang aktiviti sebelum puasa hari tu. ada satu gambar yang membuatkan abc tersangat nak berkongsi dengan anda semua. kenangan semasa abc kecik2, sewaktu kami tinggal sekampung dengan penduduk orang asli di Pos Dipang Perak. waktu tu abc 6 tahun. hanya setahun kami di situ tetapi kenangannya macam 10 tahun. sampai sekarang abc ingat semua yang abc main di sana. Tok Batin yang memaksa mama pindah, katanya ada bala. ya, setahun lepas tu, kawasan mereka dilanda banjir lumpur yang dasyat. ramai yang kami kenal telah mati dalam kejadian tu.

okey, bukan kisah sedih. kisah kenangan.

P7300378

korang tau buah apa ni? cuba teka?

nama dia, buah berangan. sedap!

dulu, belakang rumah  kami ada pokok nih, setiap petang, along angah akan eprgi kutip dan bawak balik, banyak gila! tapi saiz dia taklah gedabak macam dalam gambar. abc 6 tahun masa tu, masih ingat abc masak buah ni sendiri. buah ni kita masak dengan pasir dalam kuali.

kacang berangan

erk.. masa cari dalam google images, baru tau buah berangan ni kulit luar dia macam buah rambutan aje. =.=” dah berapa tahun ni baru tau. hahaha

pape pun.. buah berangan sekarang mahal gilaaaaa! sebungkus RM5! tu dia… i miss my old time. sob..sob..sob..

++

orang asli sangat baik, tambah-tambah bila dengan seorang guru. I miss my kawan2 di sana.. =)

Jangan Menyerah: D’Masiv

 

terbaek dari D’masiv

enjoy!

Jangan Menyerah!

Jangan Menyerah : D’Masiv

dmasiv

tak ada manusia
yang terlahir sempurna
jangan kau sesali
segala yang telah terjadi
kita pasti pernah
dapatkan cobaan yang berat
seakan hidup ini
tak ada artinya lagi


syukuri apa yang ada
hidup adalah anugerah
tetap jalani hidup ini
melakukan yang terbaik

tak ada manusia
yang terlahir sempurna
jangan kau sesali
segala yang telah terjadi


Tuhan pasti kan menunjukkan
kebesaran dan kuasanya
bagi hambanya yang sabar
dan tak kenal putus asa

Source: http://liriklaguindonesia.net/d/dmasiv/dmasiv-jangan-menyerah/#ixzz1UwN8ffI5

+++

bukan sekadar tiada idea untuk berkongsi entri baru. cuma sejak dari abc dengar lagu ni. abc dah jatuh cinta dengan bait2 liriknya. lagu yang baik untuk motivasi diri dan pengisian rohani kita tika lemah atau berduka. cuba dengar dan hayati lagu ni. memang tiada yang sempurna ^^v

Buat Kak Zie ( Adhwa: Diary Hidupku)


entri untuk kak zie, yang selalu datang blog abc (thanks!)


Salam Ramadhan buat akak dan keluarga.

abc selalu menjenguk blog akak, namun sayang abc tak dapat memberikan komen2 pada entri akak, nak cop jejak pun takde cbox or shoutbox. macam mana ye akak?
mungkin akak kena setting semula =)
takde tempat nak bagitau. so dalam entri abc aje lah.

+++

blog kak zie. seorang guru menyajikan mengenai kisah harian beliau. susunan ayat yang teratur dan kemas sentiasa membuatkan abc membaca hingga ke titik terakhir. ah! besar sungguh penangan kata bicara seorang guru bukan.

ayat-ayat penulisan beliau sangat matang dan memang lain sangat dengan penulisan abc atau bakal2 guru yang berblog.

entri kak zie sentiasa bernafaskan sesuatu yang positif. abc jarang baca (takde kut) entri yang berbaurkan negatif, which mean marah2 atau apa2 yang berkaitan panas hati.

+++

nak jenguk/ziarah kak zie? klik gambar kat atas ye. =)



p/s: kak zie, sori buat entri ni tanpa cakap dulu, just nak gtau yang abc takleh nak komen entri2 kak zie, hehehe


FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders