Tuesday, November 29, 2011

blog abc di hacked!!!!




alahai... diorang nih.... maen-maen pulak dalam blog nih...
fire dengan matahari baru tau.
dapat cop akubersamacahya terus! ;p


okay guys. i will 'tulis' about u'ols lagi lepas nih. nak?
hua-hua-hua

kontroversi!

Sunday, November 27, 2011

aku kutuk hampa???


who is 'apit'?

erm... abc anggap macam classmate abc aje lah.

bila pulak abc kutuk hang?

"kami"? siapa kami tu?

on what issue?

kadang-kadang bila dah dilumur cili, baru terasa pedasnya hati orang lain yang terasa dengan kata2 yang kita lemparkan.

++++

haishhhh... hot la pulak blog abc ni.
kalau dah kawan kelas baca akubersamacahya ni, maksudnya abc tak boleh nak bersuara melebihi had.

karang ada yang "terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata buruk padahnya!"

huahuahua

rindu mak!

mama, ibu, mak, bonda, ummi, mummy, ma, amma, omma, 

saya rindu insan yang melahirkan saya ke dunia ni.

hari ini abc 'homesick'

terlalu rindu dekat mak.

nak mesej, takut mak call and abc nanges! =.=

mak, i miss so much. dunno why, today i felt so empty inside of me.

tak putus-putus doakan mak sehat sentiasa.

tanpa mak, hidup iqah, dan adik beradik lain, akan berubah 100%

moga mak sehat selalu!

RINDU!


Saturday, November 26, 2011

Satu Muharam!

Selamat Tahun Baru Islam.

buku baru.
perbanyakkan amalan.
perbanyakan ibadah.
perbanyakan kebaikan.

insyaAllah.

cinta dan CINTA


 antara cinta dan CINTA
mana jadi pilihan?

antara cinta manusia dan cinta ALLAH 
mana jadi pilihan?




kita mesti kata kita pilih kedua-duanya
mencintai manusia kerana Allah
mencintai manusia untuk mencapai cinta Allah

memerlukan cinta manusia dalam mencari cinta Allah?

terkadang kita lalai
konon mahu mencari cinta yang penuh redha
dalam masa yang sama cinta manusianya itu penuh dosa dan noda.
ada sahaja zina hati dan mata

abc pun tak terlepas darinya.
bagaimana?
tepuk dada tanya iman!

>>>> mencari jalan pulang<<<<

Thursday, November 24, 2011

cuti 5 hari bermula hari ini!


bermula hari ini 24.11.2011 sampai isnin 28.11.2011
abc cutiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!

cuti yang kena duduk dekat UTM hohoho
boleh mereng nih....

walaupun kerja banyak tapi... bila cuti terlalu banyak
kemalasan pun banyak
=.="

jom ber'jimba'!

celaru...

Assalammualaikum

al kisah cinta?
abc malas nak cerita.
kisah yang panjang dan takkan habes.

pening untuk fikir
jadi abc biarkan
tapi adakah manusia yang mampu bersabar?

pencarian cinta takkan habis
sebagaimana kisah novel cinta
sebab ia juga satu kehidupan.
kehidupan takkan habes
selagi nyawa dikandung badan.

abc mencari imam
yang datang juga imam
namun dalam pencarian keinsafan
abc tak mampu membimbing
kerna abc jua harus dipimpin.

jadi bagaimana?
Allah jua tempat hamba luahkan segala....

cinta datang lagi
menyata rindu dia

yang ada, hilang entah kemana
setelah aku dia sesatkan.

Allah.... bantu hamba!

Monday, November 21, 2011

hadapi dengan senyuman...

cekalkan hati sendiri dalam menghadapi stress.

dalam beberapa harini, abc dalam keadaan stress,
pelbagai cubaan abc lakukan bagi mengelakkan berada dalam tekanan.

Alhamdulillah.
abc cuba jauhkan pikiran negatif. =.="
abc ni suka sangat pikir susah dari senang.
bff pun dah tau sikap abc.

kadang abc sendiri sedar
"aku suka stress dengan benda yang entah apa-apa"

susah jugak nak kawal diri.
Allahuakhbar.

benarnya, banyak abc nak update
tapi kepala sudah pening, agak lewat sudah sekarang ni, esok kelas awal pagi
kena tunggu bus seawal 7.30 pagi. =.="

inilah cabaran belajar.
(jeles juga kadang, dengan pelajar yang sudah mampu berkereta)

+++

moh bersahur, esok boleh puasa sunat ^^v

Sunday, November 20, 2011

bila aku kata aku stress....

salam siang ahad.

alhamdulillah.
line wireless UTM laju untuk pagi nih.
sempat abc nak update.

bila saja abc stress, pasti ada satu ayat yang abc karang
dan post di FB.
konon macam status update.
but i'm sharing my own feeling

setiap bait itu, abc tulis untuk menenangkan hati sendiri
dan bila abc dah post, confirm ada yang komen and like.

komen diorang, selalu nyatakan yang abc ni kuat
i'm strong enough to handle those problems.
sejauh mana kuat pun abc ada goyahnya.
tapi abc kuat kerana ALLAH ada bersama abc ^^v


dalam kehidupan, abc sentiasa mahu yang terbaik.
sama macam abc berblog nih.
abc sentiasa mahu jadi antara blogger terbaik.

tak salah bukan?

+++

doakan LIF terpilih untuk dipublishkan.
abc dah tambah 5 bab baru. ;)

doakan juga abc berjaya dalam mengahrungi liku2 kehidupan.

Friday, November 18, 2011

getting stress... getting tired!

banyak perkara perlu diubah
salah satunya
pengurusan kehidupan
ah! tekanan yang hebat bila pikirkan PSM (projek sarjana muda)

abc tekanan hingga tekad larikan diri
bukan lari kemana
lari naek katil
and skip perjumpaan dengan lecturer

minggu pertama lepas raya dah stress
aishhh

dengan YES yang b**o
call suruh datang isnin
pergi isnin tak dapat
pergi rabu suruh tunggu call
aishhh...

Moga Allah sabarkan diri hamba

namun setiap itu ada hikmah
Allah menjadi tempat pertama tiap kali hati gundah

masa?
teratur.

++++

being ignore by a friend that we close, 
its hurt more, than break up with our love one.
betulkan?

itu yang abc rasa sekarang

sudahlah banyak benda nak fikir..erm

she's ignore me than i ignore her too ^^

pentingkan mana yang lagi penting, boleh macam tu?

Saturday, November 12, 2011

Kota Kuala Kedah


Alhamdulillah.
abc berkesempatan untuk pergi lagi untuk kesekian kali ke Kota Kuala Kedah 
berhampiran dengan Kota Marina.

nice place!
sejarah lama yang perlu kita ambil tahu. ^^


batu-batu kecik tu, tapak rumah dulu-dulu.

muzium Kota Kuala Kedah
bukak weekdays je, malam dah tutup
kena masuk baru tau cerita sebalik Kota nih.


abc in the museum!

duit 5 sen pun duit kertas kan. 


abc berlatar belakangkan menara api.
tangga tu tak boleh naek.
tau kenapa?
kalau orang dok naek, confirm dah takde tangga lepas nih. reput!

+++

ramai yang datang sini untuk shot gambar.
pengantin pun ada tau!
abc nanti nak mai sini gak la.
hehehe

tak sabar nak ke Muzium Arkeologi pulak!
(tahun depan la... cuti sem bulan 1 2012 =.=")

stressful saturday!


tak mau balik!

Thursday, November 10, 2011

mencari pulau bunting!

hari  ni abc menjelajah kedah.

before pergi menjelajah abc seacrh dulu tempat2 best nak lepak.
and dalam pencarian tu, dapat tahu pasal pulau Bunting.
actually, teringat kawan sekolah abc penah cerita dulu. (she's now at japan)

abc search and memang ada orang pergi.

tadi siang pergi cari tak jumpa jalan =.="


dari kejauhan.. nampak la juga jambatan tu. =.="

++

nanti abc kongsikan gambar penjelajahan abc di negeri Kedah! ^^v

tak sama.


dah tengok episod 1.
tak sama macam novel

kata Nora Danish masa WHI semalam.
tajuk dia sepatutnya lain, tapi ditukar.

so lain lah jalan cerita dia ^^

tak sabar nak tengok Adi and Nora
love both of them ^^



pic: google/images

Tuesday, November 8, 2011

bila novel menjadi drama/filem!


abc mengira waktu untuk menunggu tayangan filem OR ni
01.12.2011

tarikh ni, pakcik-pakcik yang promote novel kat abc yang gitau,
pakcik tu geng2 karangkraf. betul la kut ^^

tak sabar!
 
 
 

bicara hati dah bertukar kepada drama.
tapi tayangannya kat Astro.
uishhh.. piring Astro mama wat jemur asam keping dah! =.="

tentang dhia
 
 

cerita baru menggantikan cerita Soffiya kat tv3
tajuk aje dah teringatkan abc dekat novel tentang dhia.
abc pun search kat google, and betul ada novel tentang dhia
 
but abc taktau la jalan cerita dia sama or hanya tajuk aje yang sama.

+++

fenomena Lagenda Budak Setan + Nora Elena banyak memberi kesan kepada dunia penulisan dan perfileman kan ^^ 
ewahh ayat abc skema.

tapi sebelum2 nih dah banyak novel dijadikkan drama dan filem
contoh:
trilogy cinta, dari mata arissa, kau laksana bulan, stanza cinta

dan abc rasa ada banyak lagi.
abc nak promote drama Kau Laksana Bulan.
 
cerita dia tiptop! best gila.
gandingan Ayu Raudhah and ZulHuzaimi
 
masa abc baca novel dia, abc pening, sebab banyak konflik tapi lepas tengok cerita dia.. pergh! syiokkk!
^^

+++

nak ulas cerita yang diadaptasi dari novel memang tak habes.
sekarang abc tengah tunggu, cerpen2 yang gila best kat P2U jadik cerekarama kat TV3 setiap sabtu. hehehe

Cinta Skodeng jadi cerita tv ke.. kan syiok.. keh3 perasan!







pictures: semua google punya ^^

fasa bertunang.




 Alhamdulillah. ^^

tahniah buat kakak-kakak sekuliah/sekelas.
tahun depan abc dah kena atur tarikh and simpan duet nak pegi kenduri diorang huh! ramai ni.
ramai nak kawen before posting. =.="
abc la yang nak kena pergi sabah/sarawak nih.

nak sambung Master!!!!














pic: kedaiemasnazman.blogspot.com

Sunday, November 6, 2011

super junior ~ again?

I'm addicted.
^^v

 
mungkin dengan gambar ni boleh buat abc ingat nama 13 orang SUJU ni..huhuhu

tak ingat pun takpe kan.. asal siwon tetap dalam hati.. ^^



p/s: abc amek pic ni dalam google image!

Saturday, November 5, 2011

nasi ayam gulai.

 hari kedua abc kat kelate. belum ke mana-mana... but it was nice to be here. hohoho...

abc sangat suka bercuti di kelantan. ^^v
pagi-pagi dah makan nasik

pagi ni pekena nasi ayam gulai.
gulai dia perghhh! enak banget!

abc teringin sangat ke PCB.
walupun dah banyak kali ke sini
tapi belum jejak ke sana,

ore kelate. tokse bawa kawe g situ ke?





p/s: abc takde kamera huhuhu so curi gambar dalam google.

Friday, November 4, 2011

selamat sampai!

alhamdulillah.
hampir 14 jam dalam train.
walaupun amek yang 1st class.. tetap penuh sampai depan toilet orang tidur.

kesian. mungkin sebab nak raya ni, jadi tiket habes.
too much sweet and good experience i have learned dalam tempoh 14 jam tu.

akan abc story kan nanti.

orang-orang kelantan. jemput2 la ambe ke rumah deme ^^b




p/s: pic from Mr.Google ;)

Thursday, November 3, 2011

balik kampung!


abc akan pulang ke kelantan (saya bukan orang kelantan ye^^v)
holiday!

+++

penat seharian, sembelih ayam-ayam yang 42 hari dibela. ;)

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders