ASSALAMUALAIKUM!
ABC tak dapat nak balas komen satu persatu. terima kasih atas kesudian korang datang ke blog ABC yang dah lama sangat bersawang. sudi baca karya ABC dan sudi komen!
dah seminggu ABC mula kembali berkerja. jadi, sibuk sikit. inshaAllah tengah sesuaikan jadual kerja dan hobi abc (menulis). inshaAllah next cerita hujung minggu ni. tapi bila mula cerita baru tak boleh everyday ada entri ya. busy. mungkin seminggu dua kali aje. maaf ya. memang tak sempat bukak laptop.
abc cuba untuk sentiasa ceriakan hari-hari korang dengan cerita abc. mungkin nak buat cerita menangis pula. cerita seram ke (macam abc berani aje!) inshaAllah. abc akan post cerita DOKTOR SYAFIQ ATAU BUKAN KERNA TERPAKSA (cerita ni pernah post dah dulu.)
banyak sebenarnya, antara sempat atau tidak saja. maaf ya. takmau berjanji sangat nanti kena marah. haritu pun ada ANON marah sebab abc kata nak post bagi habis tapi post satu persatu pulak. maaflah. baru thrill kalau post satu persatu, iye dak.
doakan abc ya. CAP tengah siapkan sinopsis sahaja sebelum hantar kepada publisher. doakan abc tau!
Monday, April 30, 2018
Wednesday, April 25, 2018
Mini Novel 2018: Tuan Haji Esmael (THE) Part 15
Part 15 (End)
Tuan Haji Esmael dan Nur Annisa tiba
di rumah Hanem dan Sulaiman tepat jam 5 petang. Seperti yang dijanjikan
semalam, selepas Asar mereka mereka tiba di rumah ibu dan abah Nur Annisa. Bunyi
keriuhan di belakang rumah membuatkan mereka berdua terus ke belakang tanpa
berlengah lagi.
“Jangan lari sayang, hati-hati.” Pesan
Tuan Haji Esmael kepada Nur Annisa yang kelam kabut mahu cepat sampai. Nur
Annisa menarik tangan Tuan Haji Esmael supaya mereka beriringan ke belakang
rumah.
“Omar, hang kata hang akan kahwin
dengan aku kalau aku buang yang aku kandung. Anak tu dah tak ada. Aku nak
kahwin dengan hang… hang dah janjikan.” Nur Ain memegang kuat kaki Omar yang
sudah pun berada di atas motor. Nur Ain kelihatan lemah, berkain batik.
“Kau jangan nak perasan sangatlah
Ain. Aku nak badan hang saja, untuk kahwin dengan hang? Aku minta maaflah,
kalau dulu Nisa yang dara pun aku tak mau ini kan pulak hang yang kena tebuk
merata dengan ramai jantan.” Omar terus menghidupkan motornya. Sulaiman yang
sejak dari tadi hanya memerhati mula masuk campur.
“Hang dah buat anak aku lagu ni hang
tak mau bertanggungjawab. Hang yang ajaq dia jadi lagu ni. Hang memang tak
guna!” Sulaiman mahu menampar Omar namun lelaki itu lebih cepat menepis.
“Saya tak pernah nak ajaq dekat dia,
dia yang ajaq saya termasuklah aniaya Nisa dulu. Ain yang ajaq saya untuk
burukkan Nisa. Ain juga yang upah saya dengan Cik Hussin untuk racun semua
lembu dan kambing Tuan Haji. Saya balaci saja Cik Man, anak Cik Man yang
rancang semuanya. Saya dah meringkuk dalam penjara lama, saya tak mau terus
dipenjara sebab Ain. Saya balik dulu.” Nur Ain yang masih berpaut pada kaki
Omar, ditolak dengan kuat sehingga tersungkur di tanah. Hanem menangis di sisi
Nur Ain yang meraung.
“Sudahlah Ain, bertaubatlah nak
bertaubat…” Hanem bersuara dalam sendu. Nur Ain yang terpandang Nur Annisa yang
elok memeluk lengan Tuan Haji Esmael terus bangkit dan berdepan dengan Nur
Annisa. Tuan Haji Esmael yang perasaan gerak geri Nur Ain terus menolak Nur
Annisa ke belakangnya.
“Jangan pernah fikir nak sakitkan
Annisa!” Tuan Haji Esmael terus menempelak sebelum Nur Ain sempat bersuara. Nur
Ain memandang Tuan Haji Esmael dengan pandangan yang tajam.
“Sebab Nur Annisa aku jadi lagu ni. Aku
rosak sebab dia! Perempuan sial!” Satu tamparan kuat hinggap ke pipi Nur Ain.
Nur Ain terpempan.
“Jangan sesekali kamu sebut lagi
tentang tu. Abah haramkan kamu dan sesiapa saja untuk gelarkan Nur Annisa
dengan gelaran macam tu.” Sulaiman bersuara tegas, tangannya yang menampar Nur
Ain masih menggeletar. Kali pertama naik tangan ke atas anak-anaknya.
“Abah dengan ibu yang ajaq Ain untuk
gelarkan Nisa anak sial. Salah ibu abah, kenapa la ni abah nak tampaq Ain?” Nur
Ain bersuara keras.
“Ain kamu jangan kurang ajaq dengan
abah. Ya, memang kami yang selalu gelarkan Nisa dengan gelaran tu tapi waktu tu
kami jahil, kami buta dan kamu buat kami jadi lebih buta. Sudahlah Ain,
sedaqlah dengan keadaan kamu sekarang ni. Kamu yang pilih semua ni, kenapa nak
salahkan Nisa? Ada Nisa suruh kamu juai diri kamu?” Hanem menempelak. Sebelum ini
dia tidak pernah memarahi Nur Ain, tetapi dengan semua yang telah terbongkar,
Hanem sedar inilah kesan dia mendidik Nur Ain dengan cara yang salah.
“Oh, jadi semua salah Ain? Salah Ain lah sebab bencikan Nisa?
Siapa yang tumbuhkan rasa tu dalam diri Ain, siapa? Sekarang bila jadi macam ni
semua salah Ain? Mana salah ibu, mana salah abah?” Nur Ain masih membela
kesalahan dan keburukan sendiri.
“Nur Ain! Cukuplah, takkan kamu tak
sedaq diri lagi? Ya memang kami salah tapi ada kami suruh kamu juai diri kamu? Juai
maruah kamu, ada? Cukup baik abah tak halau kamu keluar dari sini.” Sulaiman
bersuara tegas, Nur Ain semakin melampau!
“Ahhh! Semua salah Ain. Semua salah
Ain. Ain benci keluarga Ain!” Nur Ain kemudian mahu berlari masuk ke dalam
rumah. Entah silap di mana, Nur Ain tergelincir di muka pintu dapur, membuatkan
dia tersungkur dan terhantuk di penghadang pintu. Nur Ain rebah dan terus tidak
sedarkan diri. Sulaiman dan Hanem laju sahaja mendapatkan Nur Ain. Tuan Haji
Esmael dan Nur Annisa kemudian mengikut di belakang.
“Ya Allah, Ain… Allah….” Hanem
menangis semahu-mahunya. Sulaiman mengangkat Nur Ain ke atas pangkuannya. Tubuh
Nur Ain sudah kaku, tiada lagi nafas yang menghembus dari hidungnya.
“Abang… Kak Ain…” Mata Nur Annisa
mula berkaca. Dia melorot jatuh ke tanah, betul-betul di kaki Nur Ain. Tuan
Haji Esmael merendahkan tubuh, memeluk bahu Nur Annisa erat.
~Dari Allah
kita datang, kepada Allah jua kita kembali.~
Majlis tahlil malam itu sungguh
sayu. Sulaiman dan Hanem masih lagi berendam air mata. Nur Ameena tiba lewat
maghrib bersama-sama Abdul Fateh. Berita yang mengejutkan seisi kampung. Baru sahaja
tersebar berita Nur Ain keguguran anak luar nikah, sekarang tersebar pula
berita Nur Ain telah meninggal dunia. Maka, terdiamlah mulut-mulut yang
menyebar cerita. Ajal, entah bila akan tiba. Tak lewat tak cepat. Tepat.
“Sebenaqnya petang tadi, ibu nak
cerita dekat Ain pasal Nisa. Ibu dengan abah silap pi percaya khurafat yang
satu kampung hebohkan. Bila jadi benda buruk sebaik Nisa lahir, ibu dengan abah
seakan tak redha dan sama-sama salahkan Nisa yang tak tahu apa-apa. Ibu nak Ain
minta maaf dengan Nisa. Tapi Ain dah jauh pi, tak sempat pun.”Hanem membuka suara
saat mereka berkumpul satu keluarga.
“Nisa dah maafkan semuanya ibu. Nisa
tak pernah ambil hati. Nisa tau, kak Ain sayangkan Nisa.” Ujar Nur Annisa,
sememangnya dia telah lama memaafkan Nur Ain. Tidak pernah simpan di dalam
hati.
“Ibu dengan abah pun nak minta maaf,
kami tak adil dengan Nisa. Kami tak bagi kasih sayang yang elok untuk Nisa. Kami
minta maaf.”
“Apa ni ibu, abah… tak perlu nak
minta maaf. Nisa ni anak, Nisa yang patut minta maaf dengan ibu dan abah. Ibu dengan
abah bagi cukup dah dekat Nisa, tengok Nisa sekarang dah berjaya habih belajaq
pun. Semua hasil penat lelah ibu dengan abah hantaq Nisa pi belajaq jauh.”
“Kami memang suka kamu pi jauh Nisa,
sebab kami buta. Bagi kami bila kamu pi jauh, sial yang kami kata tu tak lekat
dekat rumah ni. Jahil betul ibu dengan abah. Jahil betul.” Sulaiman mencelah. Nur
Annisa menggeleng laju.
“Taka pa abah. Bila pi jauh, Nisa
belajaq banyak benda. Nisa nak terima kasih dekat ibu dan abah, sebab tak
pernah buang Nisa. Nisa sayang ibu dana bah.” Nur Annisa memeluk Hanem dan Sulaiman.
Pelukan pertama yang terasa ikhlas. Sebelum ini, setiap kali Nur Annisa ingin
memeluk, pasti mereka akan mengelak sehabis daya. Nur Annisa bersyukur, Allah
telah kirimkan dia sebuah bahagia yang tidak pernah dibayanginya.
“Nisa ingat lagi, abang ada nak
cerita sesuatu kan? Masa kak Meena datang rumah dulu… Allah mudahkan abang
untuk dapat Nisa?” Nur Annisa menyoal sebaik membaringkan tubuh ke atas katil. Tuan
Haji Esmael yang baru hendak berbaring sama, tersenyum lebar.
“Ingat lagi? Baru ingat nak
rahsiakan selama-lamanya.”
“Apa dia tu… cepat cerita. Tak mau
ada rahsia ya antara kita.” Nur Annisa mengingatkan. Tuan Haji Esmael
membetulkan pembaringannya sebelum membuka cerita.
“Kisahnya bermula bila abang dengan
Imam pi Pekan sebab nak cari sejadah baru untuk surau kita tu. Lepas kami
selesai beli sejadah, kami singgah makan dekat kedai Cendol yang famous dekat
Pekan tu.”
“Cendol Sarip tu?” Nur Annisa
mencelah.
“Betui. Tempat kerja Nur Annisa yang
segak ni.” Tuan Haji Esmael mencuit dagu Nur Annisa. Nur Annisa berkerut
kening.
“Macam mana tau?” Soal Nur Annisa,
setahunya dia tidak pernah bercerita tentang kerja-kerja sambilan yang dia lakukan
di Pekan kepada Tuan Haji Esmael.
“Sat, bagi abang cerita dulu sat.”
“Kami pun order lah cendoi pulut
istimewa. Lagi istimewa bila yang ambik order tu Nur Annisa.” Tuan Haji Esmael
meneruskan ceritanya. Nur Annisa mendengar dengan tekun.
Flashback: Kedai Cendol Sarip
“Imam apa habaq? Sihat ka, ustazah
lagu mana?” Nur Annisa yang sudah memberikan order kepada Sarip, berbual
sebentar dengan Imam Ahmad.
“Sihat saja. Ustazah pun sihat. Nur
Annisa tak mau balik kampung ka? Lama tak mai rumah.” Imam Ahmad kembali
menyoal. Nur Annisa tersenyum saja.
“Tak apalah imam, senang lagu ni. Sapa
pun tak sakit hati.”
“Kahwinlah, senang sikit. Ada orang
boleh jaga, ustazah tu dok risau dekat Nur Annisa setiap hari.” Nur Annisa
tersenyum, makin lebar.
“Kahwin? Hat dok mai minang tu,
semua tak boleh pakai. Buat merana saja imam kalau terima. Saya pun belajaq ada
satu semester lagi. inshaAllah, Allah jaga saya.”
“Saya dengan ustazah boleh carikan
kalau Nur Annisa nak yang elok. inshaAllah ramai dok ada.” Imam Ahmad
memberikan cadangan.
“Ustaz ka? Berkenan tu memang tapi
saya ni bukan baik mana Imam. Mengaji pun kena perbetul lagi.” Nur Annisa
merendah diri.
“Tak payah ustaz jauh-jauh, ni depan
saya ni. Tuan Haji. Lama membujang.” Tuan Haji Esmael terus sahaja tersedak
cendol yang dihirup sejak tadi. Tidak menyampuk perbualan Imam dan Nur Annisa,
hanya mencuri pandang ke arah gadis itu. Wajahnya tenang sekali, tenang untuk
terus dipandang.
“Ish… tak mau Nisa, pak cik-pak cik…
Nisa pi buat reja dulu nah Imam, kirim salam Ustazah.”
Nur Annisa menekup mulutnya, menahan
ketawa mendengar cerita Tuan Haji Esmael.
“Mesti abang kecik hatikan? Nisa
memang tak cam abang waktu tu. Rasanya tak perasan pun sapa. Nisa tak kenal
Tuan Haji Esmael yang popular kat kampung ni.” Nur Annisa masih bersisa ketawa.
“Kecik la jugak. Pak cik sekali dia
bagi. Masa tu kali pertama abang jumpa dengan Annisa dan mula sukakan Annisa.”
“Cinta pandang pertama ka?” Nur
Annisa mengusik.
“Lebih kuranglah… abang mula
bertanya dengan imam tentang Nur Annisa. Tak banyak yang abang tanya sebab
abang risau imam perasan yang abang syok dekat Annisa. Jadi, abang hanya
curi-curi pandang kalau Annisa balik kampung. Sampailah kejadian dekat tepi
bendang tu. Remuknya hati abang masa mula-mula dapat berita yang Nur Annisa
kena tangkap basah dengan Omar.”
“Mujur abang ni jenis cool saja
dulu. Jenis dengaq bagi habih. Sebab tu boleh kahwin dengan Nur Annisa. Kalau jenis
kalut, time dok remuk hati tu abang lari balik, tak dapatlah Nur Annisa.” Tuan
Haji Esmael bercerita dengan diiringi ketawa.
“Alhamdulillah, Allah mudahkan. Semudah
itu saja Nur Annisa menjadi milik Tuan Haji Esmael. Abang doa hari-hari tau,
dekatkan jodoh kita. Abang berkenan habihlah dengan sayang.” Nur Annisa
tersipu-sipu malu.
“La ni berkenan lagi ka? Nisa ni
ketegaq.” Nur Annisa menyoal.
“Sampai bila-bila, abang akan
berkenan dekat Annisa seorang saja, Umi kepada anak abang.” Tuan Haji Esmael mengusap
lembut perut Nur Annisa yang mula menunjukkan diri. Nur Annisa tersenyum
memandang Tuan Haji Esmael.
“Bila Annisa mula sukakan abang?”
Soalan yang menjerat Nur Annisa. Nur Annisa mula berkira-kira sendiri.
“Ka tak pernah sukakan abang?” Soal
Tuan Haji Esmael apabila Nur Annisa hanya berdiam diri.
“Kalau tak suka rasa-rasa boleh
hasil ka baby ni?” Nur Annisa membidas.
“Dah tu… senyap saja.”
“Sat la. Nisa dok kira, bila masanya
Nisa tak jatuh cinta dengan abang. Setiap saat dok jatuh cinta, jadi payah nak
ingat bila kali pertama Nisa jatuh cinta dengan abang.” Kata-kata yang
membuatkan Tuan Haji Esmael mencubit pipi Nur Annisa. Senyuman lelaki itu kian
melebar. Pandai sungguh Nur Annisa mencuit hati Tuan Haji Esmael.
“Abang dok beremosi tak betui macam
la ni pun dok jatuh cinta?”
“Abang kerut kening pun Nisa dah
cayaq… abang berdehem pun cayaq… mau tak jatuh cinta. Ini kan pula abang kena
tempias alahan Nisa yang mengandung ni, lagilah cayaq. Tanda suami Nisa ni,
sayangggg sangat dekat Nisa.” Pandai sungguh Nur Annisa bermain kata-kata. Betullah
kata Imam Ahmad, dalam hati Nur Annisa penuh kasih sayang dan kini Tuan Haji
Esmael seakan dilimpahi kasih sayang yang tiada penghentian.
“Terima kasih sayang, sebab jatuh
cinta setiap saat untuk abang.”
“Terima kasih Tuan Haji Esmael, doa
setiap hari untuk jadikan Nur Annisa isteri. Berkat doa tu Nisa bahagia
sangat-sangat sekarang.”
“Okay, jom tidur. Annisa perlukan
rehat yang cukup.” Nur Annisa kemudian memperbetulkan bantalnya.
“Maaf naa kalau abang berdengkuq
kuat, hidung ni tak selesa hari ni.” Suara Tuan Haji Esmael sebelum menutup
lampu tidur.
“Takpa. Abang berdengkuq pun Nisa
cayaq…”
“Erm… main-main…”
“Dak… sungguh. Setiap apa Tuan Haji
Esmael buat, Nisa cayaq.”
“Sat nak kentut…”
“Kentut pun wangi… cayaq.”
“Main-main sungguh!”
“Sungguh… cayaq.”
“Dah… tidoq.”
“Okay. Good night Tuan Haji Esmael,
jumpa dalam mimpi naa. Kalau tak rindu…”
“Iyalah Nur Annisa, jumpa sat gi. Tak
sabaq nak jentik dahi. Main-main sungguh!”
Bahagia kita yang cipta. Allah beri
perkara yang kita usaha dan minta. Kadang kita rasa, kenapa kita di uji begini
dan begitu? Yang kita tak tahu, Allah nak kita dekat dengan Dia. Allah suka
mendengar rintihan kita. Ujian Allah bukan sesuatu yang sia-sia, ia adalah satu
permulaan kepada sesuatu yang kita mahukan. Jadi, senyum dan terus berjalan.
Allah ada untuk kita, sentiasa!
THE END
HABIS DAH. OKAY TAK MINI NOVEL KEDUA 2018?
Tuesday, April 24, 2018
Mini Novel 2018 : Tuan Haji Esmael (THE) Part 14
Part 14
Walaupun dengan kejadian yang
tiba-tiba sahaja berlaku semalamnya, hari ini majlis Nur Ameena dengan
pasangannya, Abdul Fateh berjalan dengan lancar dan sempurna. Ada juga
bisikan-bisikan yang didengari mereka sekeluarga berkenaan dengan Nur Ain
tetapi dibiarkan sahaja. Nur Ain masih di hospital, keguguran. Kandungan sudah
pun memasuki usia, empat bulan.
“Hang seronokkan tengok aku macam
ni? Aku jadi macam ni semua sebab hang. Hang punca semua ni.” Nur Ain masih
menyalahkan Nur Annisa sebaik sahaja melihat Nur Annisa datang menziarahinya di
hospital malam semalam. Dalam keadaan yang masih lemah, Nur Ain masih lagi
tidak mahu mengaku kesalahan dan keburukan sendiri.
“Bersyukurlah Nur Ain, Annisa
sendiri beria-ria datang nak ziarah kamu sebab tak ada ahli keluarga kamu yang
boleh datang melawat kamu malam ni. Bersyukurlah.” Tuan Haji Esmael menempelak.
“Aku tak minta pun sesiapa datang.
Dia sengaja datang sini nak gelakkan aku. Pi baliklah.” Nur Ain masih bongkak.
“Ibu dengan abah dah tau semua yang
kak Ain buat dekat Pekan. Nisa harap kak Ain bertaubat lepas ni. Kalau ibu
halau kak Ain nanti, Nisa akan cuba pujukkan ibu untuk maafkan kak Ain.” Nur
Annisa bersuara, tetapi Nur Ain terus ketawa dengan menjengkelkan.
“Hang nak pujuk ibu? Piiirahhh… aku
ni anak kesayangan ibu. Apa yang aku buat, ibu mesti maafkan, lagi pun ibu
percaya ke semua tu. Hang jangan nak beranganlah.” Nur Ain masih tiada
keinsafan.
“Seingat Nisa, masa ibu tengok
gambar-gambar kak Ain tu, itu macam terkejut besaq, tak taulah. Tak apalah
kalau kak Ain dah cakap lagu tu. Takziah ya atas baby kak Ain yang masih baru tu. Nisa balik dulu.” Nur Annisa
seakan menempelak Nur Ain secara halus. Nur Ain terdiam. Malu sendiri. Nur Ain memandang Nur Annisa yang berlalu
pergi dengan berpegangan tangan dengan Tuan Haji Esmael. Dalam hati dia terus
berdendam untuk memusnahkan kebahagiaan Nur Annisa sekarang. ‘Kau tak boleh
lebih dari aku!”
“Kak Meena nak terus balik JB?” Soal
Nur Annisa saat melihat Nur Ameena sudah siap mengemas pakaiannya. Nur Ameena
mengangguk dengan senyuman.
“Semalam akak dah mesej abang Fateh,
terangkan semua, jadi dia faham. Akak tak boleh nak pandang ibu dengan abah
sekarang ni. Hati akak rasa marah. Akak nak pi tenangkan diri dulu.” Ujar Nur
Ameena. Nur Annisa mengeluh perlahan.
“Baru tadi habis kenduri, tak letih
ka?”
“Kami singgah Taiping dulu, rumah
abang Fateh. Esoknya kami bertolak ke JB.” Nur Annisa mengangguk perlahan.
“Terima kasih buat semuanya untuk
Nisa.” Nur Ameena memandang Nur Annisa sekilas.
“Demi ibu dengan abah juga. Sampai
bila nak berpemikiran macam tu. Syirik.”
“Ibu dengan abah tetap ibu dengan
abah Nisa. Walau macam mana pun depa.”
“Dan tetap derhaka kepada anak
namanya. Jangan ingat anak aje yang derhaka dengan ibu bapa tau, ibu bapa pun
kadang kala tak tersedar yang depa derhaka dengan anak. Macam ibu dengan abah,
dari Nisa baby lagi, langsung macam
tak ada kasih atau sayang. Kak Meena nampak semua tu.”
“Nisa tak pernah anggap depa buruk
lagu tu. Ibu dengan abah tetap syurga Nisa.”
“Nisa ni… baik sangat. Patut pun
dapat Tuan Haji Esmael tu…” Nur Annisa tersenyum lebar.
“Tak boleh sama baik macam abang
Aji, dia baik sangat, cuma semalam, terkejut Nisa bila dia garang lagu tu. Tak
pernah tengok lagi dia lagu tu.” Ujar Nur Annisa sambil membantu Nur Ameena
meletakkan beg ke tepi bilik.
“Kak Meena pernah tengok dah Tuan
Haji mengamuk, sekali masa kita kecik dulu. Sebab bekas tunang dia tuduh dia
curang kut, tapi sebenaqnya bekas tunang dia tu yang dok curang dengan banyak
laki. Lepas tu memang orang kecut habislah.” Nur Ameena membuka cerita.
“Awat Nisa tak tau pasal tu?”
“Nisa kan dok asrama, mana nak tau.
Hal lama. Ni kak Meena nak pesan, hang balik-balik jenguk ibu dengan abah
selalu. Depa tak okay lagi tu. Kak Ain pun dalam pantang, esok baru keluar wad.
Hang jangan jadi macam kak Meena tau, lantang sangat cakap semalam. Kak Meena
tau dosa tapi kak Meena nak bagi reda dulu, nanti kak Meena balik sini untuk
minta maaf dengan ibu dan abah.” Nur Ameena mengukir senyum nipis senyuman yang
sekadar menyedapkan hati sendiri.
“Nisa rasa ibu dengan abah tak marah
pun dengan akak. Depa cuma serba salah. Yalah, selama ni tak pernah nak teguq
kak Ain buat apa pun. Mungkin depa tak sangka sampai macam tu sekali kak Ain
buat. Nisa pun mula-mula payah nak terima tapi nak buat macam mana, dah itu
yang berlaku. Terima jalah.” Nur Annisa mengeluh perlahan.
“Allah uji kita Nisa, sebab Allah
sayang kita. Allah beri Tuan Haji dekat Nisa tanda kasih Dia. Jaga Tuan Haji
elok-elok, jaga diri. Kak Meena sentiasa doakan yang terbaik untuk Nisa.” Tubuh
Nur Annisa ditarik ke dalam pelukannya.
“Terima kasih kak Meena, Nisa pun
sayang kak sangat-sangat.”
Nur Annisa dan adik-adiknya
melambaikan tangan ke arah Nur Ameena dan Abdul Fateh yang sudah pun beransur
pulang. Mereka melambai sehingga hilang kereta yang dinaiki pengantin baru itu
dari pandangan.
“Jom Annisa, dah lewat ni.” Tuan
Haji Esmael menyarung siap sandalnya. Nur Annisa sekadar mengangguk kepala.
Adik-adik menyalami Nur Annisa seorang demi seorang dan setiap seorang Nur
Annisa berpesan supaya menjaga ibu dan abah dengan baik.
“Alia, ingat ya, ada apa-apa terus
telefon akak. Nombor akak dah tulis dalam buku telefon tu.” Nur Alia mengangguk
laju.
Nur Annisa kemudian naik ke beranda
dan menyalami kedua orang tuanya yang masih berendam air mata.
“Nak balik juga Nisa?” Hanem menyoal
selepas Nur Annisa menyalami tangannya.
“Abang ajak balik dah tu, esok dia
kerja. Dah tiga hari dia tak pi tengok ladang dia.” Ujar Nur Annisa, mahu ibu
dana bah memahami keadaannya. Hanem dan Sulaiman mengangguk sahaja. Tahu, Nur
Ameena merajuk dengan mereka dan Nur Annisa takut dengan mereka berdua. Takut dihina
dan dimaki oleh ibu abah kandung sendiri.
“Esok ibu dengan abah nak bawa kak
Ain balik, Nisa mai rumah naa, ada hal ibu nak cakap dekat Nisa dengan Ain.”
Ujar Hanem sebaik sahaja Nur Annisa siap mahu ke kereta. Nur Annisa memandang ke
arah Tuan Haji Esmael, memohon keizinan.
“Esok kami datang, tapi lepas asar.”
Tuan Haji Esmael membalas. Nur Annisa menguntum senyum.
Tuan Haji Esmael mengeluh lagi dan
lagi. Nur Annisa yang berada di sebelah hanya memandang tidak lepas.
“Awat ni…?” Nur Annisa menyoal. Lengan
Tuan Haji Esmael disentuh perlahan.
“Geram tak habih.”
“Istighfar… Astagfirullahal’azim…”
Nur Annisa seakan memimpin Tuan Haji Esmael untuk istighfar beberapa kali.
“Kenapalah Cik Man dengan Mak Cik
Hanem boleh sayang lagi Nur Ain, cuba kalau Annisa yang jadi macam tu, rasanya
dah lempaq jauh kut.” Nur Annisa tersenyum, perkara ini yang mengganggu emosi
Tuan Haji Esmael ketika ini.
“Ibu dengan abah…”
“Tak biasa, lagi pun abang ni bukan
beza banyak pun rasanya.”
“Tetap ibu dengan abah… ada
sebabnya. Anak, seburuk mana pun anak tetap anak. Salah siapa kalau anak tu
buruk kalau bukan ibu bapa yang mendidik. Kalau pun di didik dengan baik,
mungkin anak itu ujian Allah bagi untuk ibu bapa. Ujian kasih Allah.”
“Abang tahu, cuma…”
“Mana abang Aji Nisa yang penyabar,
yang tak suka cakap tentang orang lain, yang sentiasa bersangka baik?” Nur
Annisa seakan menempelak halus Tuan Haji Esmael. Tuan Haji Esmael mengeluh
perlahan.
“Maafkan abang. Terlalu terbawa-bawa
dengan emosi. Tak bolehlah kalau orang kacau Nur Annisa abang ni.”
“Jangan jadikan Nisa sebagai satu
sebab yang buat abang menghimpun dosa. Nisa tak mau lagu tu. Jangan sebab Nisa
abang jadi negatif.” Ujar Nur Annisa dengan nada penuh kerisauan.
“inshaAllah… beremosi sangat abang
belakangan ni. Cepat nak marah, cepat nak sedih. Entahlah.” Tuan Haji Esmael
meluahkan rasa.
“Bulan mengambang ka?” Gurau Nur
Annisa. Tuan Haji Esmael memandang sekilas dengan renungan yang penuh tanda
tanya.
“Dah dekat empat bulan kita kahwin,
abang tak pernah tau pun bila Annisa tak boleh solat? Tak pernah bulan
mengambang?” Soalan yang membuatkan Nur Annisa terus terdiam dan berkira-kira.
“Last
period, sebelum kita nikah… takkanlah?” Nur Annisa terdiam, tak mahu
menerus kata, takut terlalu berharap. Tuan Haji Esmael terus menukar haluan
jalan. Terus ke Pekan!
to be continue.
part 15 akan jadi part akhir.
apa yang Hanem nak bagitau dekat Annisa dan Ain?
Ain kata nak balas dendam, macam mana tu? Apa lagi Ain nak buat ni?
Tunggu Esok ya!
Subscribe to:
Posts (Atom)
FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA
FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way. jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders
-
Sekuat mana hati wanita, tatkala sang lelaki menidakkan haknya sebagai isteri? Inilah kisah Shadha Shadiqah, yang berusaha menamba...
-
Alhamdulillah. dah tengah hari. 16hb Februari 2012 abc dah janji nak post cerpen kedua untuk Februari kan? baca dan komen yek! ...
-
maaf kerana mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan cerpen ini ^^v enjoy and comment! +++ Panggilan telefon dari mama petang t...