Monday, March 19, 2018

Mini Novel 2018: N&N (Part 19)


Part 19

Nur Nadia dan Mashitah duduk di meja kafe. Sambil makan tengah hari mereka membincangkan soalan-soalan tahun sebelumnya. Persediaan untuk peperiksaan jam 2.15 petang nanti.

“Hah... sini pun kau Nadia. Penat aku cari kau merata.” Hadi yang tercungap-cungap melabuh duduk di hadapan Nadia.

“Kenapa cari aku?” Soal Nadia.

“Ni haa... soalan ni diorang kata keluar kejap lagi. Aku tak dapat buat, tu nak tanya kau.” Ujar Hadi. Nadia mengambil soalan dari Hadi dan mula membaca.

“Aku dah buat ni. Kejap aku cari... ni ha...” Nadia mula menerangkan jawapan yang diperolehnya. Mashitah turut sama mendengar, sebelum beberapa orang rakan lain menghampiri. Penuh meja mereka dengan beberapa orang rakan sekelas yang turut bertanya beberapa soalan yang dijangka akan keluar.

“Apasal aku tengok Nasuha macam nak datang sini je? Apahal muka dia macam tu?” Ujar Hadi yang sedang mengemas buku-buku dan notanya. Nadia kalih sebentar sebelum menjungkit bahu, malas hendak ambil tahu.

“Nadia, aku rasa...” Belum habis kata-kata Mashitah, Nadia sudah bermandi air teh ais dan kuah kari ayam. Nadia terkejut besar sehingga terdiri dia di situ. Nasuha ketawa besar.

“Ni makanannya untuk perempuan yang gatal dan tak ada maruah!”

“Nasuha, apa ni?” Nadia menyoal dalam ketar, menahan marah dan tangisan.

“Woi! Kau gila ke?!” Mashitah membentak, mahu sahaja dia menghentak Nasuha ketika itu namun Nadia menghalang. Mashitah merengus marah.

“Kau jangan nak sembunyi sangat dibalik tudung besar kau, konon sopan santun, baik, alim tapi kau ni tak lebih macam perempuan murah!” Pekik Nasuha penuh amarah. Tangannya mahu naik menampar Nadia sebelum ditahan dengan tempikan yang lebih kuat.

“Nasuha!” Noh Daniel sudah berdiri di belakang dengan renungan mata yang tajam. Tangannya dikepal erat-erat. Kalau Nasuha lelaki tentu sahaja bersepai gigi dibuatnya. Nadia mengalih tubuh dan pandangan ke arah Noh Daniel.

“Sayang...” Noh Daniel melangkah laju ke arah Nadia yang sudah bermandi air mata sekarang.

“Abang...” Nadia memanggil Noh Daniel dalam tangisan. Nasuha mencebik penuh benci dan meluat melihat Noh Daniel mengelap wajah Nadia dengan tisu yang ada. Hadi kemudian di arah oleh Noh Daniel untuk mencari lebih banyak tisu.

Well, well... semua orang mari tengok, merpati dua sejoli. Tak tahu malu. Tunjuk sangat yang korang ni buat maksiat. Tak cukup dekat luar,sampai dalam kampus pun nak buat maksiat?” Nasuha memerli. Ketika itu sudah ramai pelajar berkumpul di kafe dan melihat adegan itu.

“Maksiat? What do you mean by maksiat? Nur Nadia is my wife. So, is there any problems with it? It is still call maksiat?” Noh Daniel memegang erat tangan Nadia. Nadia masih dalam sendu. Mashitah sudah tersenyum lebar. Sweet sangat! Rata-rata pelajar yang melihat terkejut besar dengan kenyataan yang diluahkan oleh Noh Daniel. Nasuha yang paling terkejut.

Wife? Nadia... isteri... kahwin?” Nasuha sudah tergagap-gagap.

Yes. Nur Nadia yang awak mandikan dia sekarang ni adalah isteri saya. Ada masalah? Kalau awak ni lelaki Nasuha, memang esok dah pakai gigi palsu. Saya bagi amaran yang terakhir, jangan pernah awak berani maki isteri saya lagi atau ada hati nak angkat tangan sentuh isteri saya. Sekali lagi awak buat macam ni, saya tak akan teragak-agak untuk ambil tindakan.” Noh Daniel memberi amaran dengan tegas. Nasuha sudah cuak.

“Saya... saya...” Nasuha masih tidak dapat bersuara.

No more excuses. Saya tak nak dengar apa-apa. Bear in your mind, I won’t let it go again next time.” Noh Daniel kemudian terus menarik tangan Nadia keluar dari kafe dan melangkah ke kereta.

“Sayang ada exam, macam mana ni?” Nadia sudah merengek dengan tangisan. Tudung dan bajunya sudah basah lencun dengan kari ayam dan air teh ais.

Exam pukul berapa?”

“2.15 kejap lagi.”

“Sempat. Sekarang baru 1.30. Kita balik. Jom cepat.” Noh Daniel terus sahaja menghidupkan enjin kereta. Meluncur laju pulang ke rumah. Mujur sahaja dia cepat ke situ, niatnya hanya mahu makan bersama-sama Nadia tetapi lain pula yang jadi. Mujur sahaja dia sempat menahan Nasuha dari naik tangan ke muka Nadia. Nadia memang tegas tetapi dia lemah bila kejadian sebegitu berlaku di luar jangkaannya.

Mujur sahaja sempat Nadia sampai ke dewan peperiksaan walaupun lewat sepuluh minit. Nadia membaca doa sebelum mula menjawab soalan. Nasuha yang duduk jauh di tepi dewan hanya memerhati dengan ekor mata. Masih terkejut dengan kenyataan Encik Noh Daniel pujaan hatinya adalah suami kepada Nur Nadia.

“Bukan Encik Noh benci Nadia ke?” Soalan yang penuh di dalam whatsapp group mereka. Senang sahaja Mashitah membidas mereka yang masih tidak berpuas hati kenapa Nadia menjadi pilihan; ‘Nadia tak busuk hati macam korang, dari benci jadi sayang. Korang semua jealous gilakan? Nadia dah la cantik, pandai, dapat pulak Encik Noh kegilaan ramai. Gigit kukulah korang.’ Seorang demi seorang mulai ‘left group’ selepas dibidas tajam oleh Mashitah. Bagi Mashitah pula; ‘Ada aku kisah?’

Peperiksaan berlangsung selama satu jam setengah sahaja. Noh Daniel sudah pun menunggu Nadia di luar dewan kuliah. Beberapa orang pelajar yang keluar dewan, memberi salam hormat kepada Noh Daniel.

“Sayang.” Noh Daniel memanggil Nadia yang baru menjengah keluar dewan. Tangan sudah pun dihulurkan. Dalam segan, Nadia tetap menyambut huluran itu.

“Kenapa tunggu sini?” Nadia menyoal.

“Saja nak tunjuk kita buat maksiat.” Noh Daniel masih mengusik. Kalau Nasuha dengar mesti bengang! Nadia tersenyum dengan matanya dikecilkan.

“Nakal Encik Noh ni.” Mereka melangkah ke kereta. Beberapa orang rakan sekelas Nadia memandang dan tersenyum-senyum kepada Nadia. Naik segan Nadia dibuatnya.

“Amboi... sweet-sweet pula dua orang ni.” Mashitah menegur. Nadia menekup muka dengan sebelah tangan. Noh Daniel tidak lepas genggaman tangannya malah dieratkan lagi.

“Mashitah, aku balik rumah terus tau. Habis paper last nanti baru aku balik bilik. Next semester aku dipaksa duduk rumah.” Nadia mengerling ke arah Noh Daniel.

“Tempat isteri di sisi suami. Suami pun kena pastikan isteri di sisi naa...” Ada bidasan halus di situ dari Mashitah kepada Noh Daniel.

“InshaAllah Mashitah. Nanti kenduri saya nak minta tolong awak jemput pelajar-pelajar yang saya ajar boleh? Kad dah siap nanti saya bagi.” Ujar Noh Daniel. Faham sangat Mashitah sayangkan Nadia.

“Boleh je Encik Noh, tak ada hal. Tapi satu syarat, kalau bersanding saya nak jadi pengapit, boleh?” Mashitah mengangkat-angkat kening.

“Mungkin tak ada sanding kut, saya risau Nadia penat sangat nanti. Masjlis lebih kepada majlis kesyukuran je.” Mashitah memandang Nadia pelik.

“Nadia sakit ke?” Soal Mashitah risau. Nadia memandang Noh Daniel dengan senyuman lebar. Mashitah ditarik sebelum Nadia berbisik di telinganya.

“Allahukbar. Alhamdulillah.” Mashitah menekup mulut dengan kedua-dua belah tangannya.

“Rahsia tau. Baru lagi. Doakan ya Mashitah, semua selamat.” Ujar Nadia. Mashitah mengangguk perlahan.

“Eh jomlah, kami hantar awak balik kolej. Boleh borak panjang dalam kereta.” Mereka bertiga bergerak ke kereta yang diparkir di bawah pokok. Mashitah lega. Lega melihat Nadia tidak lekang dengan senyuman di bibirnya. Noh Daniel sentiasa membuat Nadia ketawa. Sesekali Mashitah mencelah dan menambah, semakin gamat keadaan dalam kereta jadinya.

Kertas terakhir telah pun berjaya dihabiskan. Lega. Semua kertas telah berjaya dibuat sehabis baik. Alhamdulillah. Nadia telah pun selesai mengemas semua barangannya. Malam ini dia akan tidur di kolej untuk terakhir kalinya. Semester depan akan jadi semester yang mencabar buat Nadia. Semester terakhir untuk menamatkan Ijazah Sarjana Muda. Dalam masa yang sama membawa anak dalam perut.

“Kalau kau tak kahwin, kau nak buat apa ye habis semester tahun depan?” Mashitah yang sedang berbaring sambil membaca novel menyoal Nadia yang baru melabuh duduk di katilnya.

“Aku kan kerja dekat kedai buku. Aku rancang untuk kerja situ sampai aku konvo dan mungkin sampai aku posting.” Ujar Nadia. Mashitah mengangguk.

“Boss tu dah tau ke kau tak kerja cuti semester ni?” Soal Mashitah.

“Tahu. Aku dah call dia awal haritu. Nanti nak jumpa bagi kad kahwin.”

“Baik eh dia?”

“Dia janda anak tiga. Suami lari sebab hutang Ah Long. Bukan terus naik berjaya macam tu ja. Macam-macam dia lalui sampai berjaya sekarang. Dia nak tolong aku, sebab dia kata Allah tolong dia untuk dia tolong orang lain.” Nadia menjelaskan. Puan Nurbaya. Orang yang sangat rendah diri dan sentiasa positif. Bagaimana boleh kenal? Semua atas aturan Allah. Waktu itu Nur Nadia sudah hampir putus asa dalam mencari kerja sehinggalah dia ternampak Puan Nurbaya terkial-kial mahu mengangkat stok buku masuk ke kedainya, terus sahaja dia menghulurkan bantuan. Dari situ Nadia diterima bekerja dengannya untuk setiap cuti semester.

“Alhamdulillah. Dalam susah payah kau lalui hidup kau, ramai orang baik yang kau jumpa. Salah seorangnya, aku.” Mashitah ketawa. Nadia juga.

“Perasan eh. Tapi betul, kau salah seorangnya. Terima kasih.”

“Sama-sama. Dah eh, jangan nak sentimental. I don’t like it.” Mashitah memberi amaran awal-awal. Mashitah si cengeng!


ONE MORE PART TO GO!
much love readers! 


2 comments:

Nur Adibah said...

lepas jgk rindu kt N&N ni 😊

Yasmin Syamimi said...

Bahagia sudah....😍😍😍