Wednesday, September 29, 2010

Bau + kisah silam



salam petang yang nyaman

waaahhhhh.. dalam tak sedar LM aku tinggal lagi 17hari.. alhamdulillah... guru pebimbing aku yakni kak radziah kata aku dah makin yakin mengajar... (markah pun tinggi dah wei!)
aku sesorang nih,,, menyiapkan report yang sepatutnya hantar before raya...

selamat hari raya,
kepada saudara serta saudari...


opsss... aku memang suke sambung ayat dengan lagu,,, (housemate aku marah gile ngan peel aku nih... aku dah terbiase!)

okeh dah la mengarut.merapu,merepek.

al kesah nya sekarang aku nak cerita pasal bau dan kisah silam. korang rasa pasal ape ye????

begini......

pada waktu zuhur tadi, aku seperti biasa akan ke surau.
solat dan rehat.
aku amek wuduk.
bentang sejadah.
amek telekung yang siap disediakan pihak sekolah.
aku amek yang selalu aku amek.
kain hijau.
erm...
aku pakai.
suddenly, i smell something that remind me to the past.
iaitu zaman sekolah dahulukala.
selalu jadi kat aku.
bau-bauan yang mengingatkan aku kepada
zaman purbakala aku.
bau tu dah sinonim dengan aku masa sekolah-sekolah.
korang penah rasa??

*picture masa darjah 3. sir jamil jadi guru kelas.
mana satu wathiqah?





reminder: aku rindu kawan baik aku masa sekolah! dia rindu aku kah?

Saturday, September 25, 2010

hidup tanpa suara~


indah hidup kala bahgia
tika duka serasa mahu pergi selamanya


++++++++

salam ukhwah.
aduh.masalah.problem.
bukan aku cari.
datang dengan sendiri.
aku bersoal jawab dengan hati.
did i do something wrong?
nope. not at all.

huh! sungguh!
aku tak mulakan
aku tak balas.
aku hanya diam dan iyakan
aduh!
makan hati. mengalah?
aku tak berlawan. aku diam.
tak bersuara walau sikit.
jadi salah!
kalau aku balas?
aku terus jadi bersalah!
erm!
semua kerana iri hati.
aku tau!
biarla~
aku ada Allah.
Allah akan tunjuk andai itu salah aku.
aku tau. ini juga ujian.
sekarang aku hanya akan senyum!
=)

Friday, September 24, 2010

contest bersama si kecil~

oh! no.. not again.. =)
yup again I'm joining a contest.
=) sekarang bukan sesaja jenguk.. mencari contest!! =)

++++++++++++

contest bersama si kecil. mujur de gambar dengan amir haziq.. walaupun aku ternganga.. wuahaha~

the sesyarat is:

* Wajib letakkan tajuk 'Contest Bersama si Kecil' .... done already!
* Letakkan banner di sidebar anda linkkan kepada halaman contest ini... okeh!
* Sertakan link entry korang pada entry ini..... wajib!
* Wajib gambar anda sendiri & bersama anak@ anak sedara@ adik .... there!
* Tag kepada 3 orang rakan blogger anda (pastikan mereka tahu)..... no hal!


contest nih habes 10.10.10 .. so cun lah!!!


where is my pic?????


here you are!


* amir: mak lang.. tudung senget tuh!
mak lang: hah!




i should tag 3 of my friend!


a. aqmar
b. zati
c. fatin


hehehehehe.... korang mesti tension ngan aku kan... huhuhuhu aku suke contest!!!!

Wednesday, September 22, 2010

i'm on candid camera!!

again... aha... meh la korang.. join contest bebanyak... best woo... kali nih pasal candid camera lak...
wah! best kan... ade gambar candid? pe ag meh join!...

sesyarat nye:: mudah!

1) Terbuka kepada semua bloggers...
2) Wajib folo blog aku....nnt korang gak senang dapat info Contest ni...
3) Up-load gambar Candid yang korang rase paling menarik...Xkesahlah gambar korang sendiri ke.. family ke... aweks ke... kawan2 ke... janji Candid... 1 gambar sahaja....
4) Letak Banner Contest ni kat slidebar blog korang..
5) Tag 5 orang kawan korang.. biar meriah sikit....
6) Jangan lupa tinggalkan link korang kat comment post..

Tarikh Tutup :

29 September 2010

Pemenang akan diumumkan pada 1 Oktober 2010

Hadiahnya :

3 Orang Pemenang akan mendapat "Piala Pin Boling"

.... nak tau lagi lanjut klik: candid camera


so my candid pic is.....



kena tag 5! sape ek:

1. aqmar
2. zati
3. fatin
4.dayah@ngex
5.my blogger friend, wan hairi

oh! so sweet~

oh! i'm addicted... what???

takde lah.. tengok2 blog orang...jumpe lagik contest... kali ni cweeetttt sangat lah! =) contest senyuman maneh!! sweet2 candy gitu! =) jum join.. tengok-tengok la sesyaratnye eh...


Syarat-syarat Pertandingan :
>Mestilah menjadi followers blog Gadis Kampung Separa Bandar

>buat N3 pasal contest ni.
Pic yang dipertandingkan mestilah hak milik sendiri. >Anda diwajibkan berada dalam gambar tersebut dan bebas sama ada nak gambar sorang, bersama kawan ataupun family.
>Hanya satu pic saja dibenarkan untuk dipertandingkan.

>Letakkan dan link banner contest di side bar blog anda dan tinggalkan link anda di komen ini.

>Tag minimum 2 atau lebih raka
n anda.
> Tarikh tutup adalah pada 10-10-2010.
>Hadiah adalah topup bernilai RM30.

>Jika pemenang menggunakan line prabayar, nilai tersebut akan ditukarkan kepada wang tunai dan akan di bank-in kan ke dalam akau
n anda.

klik je link nih: senyuman maneh!


gambar aku pertaruhkan ialah......



like usual, i would like to tag:
AQMAR

ZATI

FATIN

Monday, September 13, 2010

love is forever~ 04


Cahaya yang terik diwajah membuatkan aku tidak selesa. Namun masih terasa malas untuk membuka mata. Aku berpusing ke kira dan kanan. Dan tiba-tiba aku teringat sesuatu, lantas membuatkan aku membuka mata. Betul, aku bersama Haikal sedari malam tadi. Aku bangun daripada pembaringan. Aku lihat tudungku tersangkut kemas. Yang masihku ingat, aku tidak membuka tudung sehinggalah aku terlelap. ”pasti kerja dia..”rungut hatiku.. Haikal tiada dalam bilik, entah ke mana. Aku melangkah ke bilik air membersihkan badan. ”Ah...baju tak bawak pulak”rungutku sendirian. Perasaanku sebal. Membuatkan permulaan hari yang tidak selesa bagiku.

Selesai membersihkan badan tanpa menukar pakaian, aku keluar dari bilik air. Haikal sudahpun ada bersama sarapan pagi. Aku menutup rambutku dengan tuala. Haikal menghadiahkan senyuman padaku.
"Pergi mana?” ujarku sambil melangkah mendapatkan beg tanganku. Mujurlah aku seorang yang agak well-prepare, perfume,bedak,losyen dan beberapa kelengkapan lain sentiasa aku bawa kemana-mana saja.
“Keluar shopping kejap..”jawab Haikal ringkas dan menghulurkan aku beberapa beg kertas. Aku mengambil tanpa banyak soal. Ada baju, tudung dan …. Sungguh aku tak percaya.
“ Ni pun awak beli?” ujarku sambil mengangkat dua set pakaian dalam.
“ Ye la.. awak bawak ke sayang?” ujarnya sambil tersenyum penuh makna..
Aku tahu aku dah tersilap soalan. Pipiku terasa kebas. Lalu aku terus ke bilik air,menyalin pakaian. Cantik. Hanya itu yang terucap melihat tudung yang Haikal belikan. Warna hijau daun pisang memang warna yang paling aku suka.

++++++

Aku mengambil tempat ditepinya untuk bersarapan. Ringkas tapi nampak enak. Nasi goreng seafood, itu yang tercatat. Nampaknya tak dapatlah aku merasa sarapan. Aku alah dengan makanan laut. Aku menuang air teh dan menghirup perlahan. Haikal leka dengan telefonnya. Sedari tadi membelek telefon, entah apa yang dia buat.
“ kenapa baju and lain-lain tu abang beli dua, satukan dah cukup?” ujarku memecahkan keheningan antara kami.
“ Kejap lagi kita nak pergi jalan-jalan, esok petang abang hantar sayang balik UTM.” Jawapan yang membuat aku kan aku hampir-hampir tersembur.
“Eh.. jangan main-main ye, semalam masa abang ambil Zu, abang kata satu malam je.” Marahku.
“Sayang takde kelas pun kan… semalam kita tidur je, tak sempat meluang masa..” jawapan yang menyakitkan hati. Aku tak suka diperlakukan seperti itu, menyakitkan hati. Aku mengambil langkah untuk hanya mendiamkan diri.
“ tak makan?” soalnya. Aku buat taktahu. Majalah yang ada aku belek, membiarkan soalannya tiada jawapan.
“Sayang…abang tanya ni…” panggil Haikal, nada yang agak keras. Aku buat taktahu. Aku seakan memberontak dengan mendiamkan diri. Majalah ditanganku direntap. Rentapan yang menyebabkan cawan yang berisi teh tertumpah ke pahaku. Mujur dah tak berapa panas. Aku jerling Haikal. Haikal mengambil beberapa helai tisu dan mengelapkan air yang tertumpah.
“Abang cakap, tak jawab.. ni lah balasan… suami cakap dengar..jawab…” entah apa lagi yang dia omelkan.. aku dah pun ke bilik air membersihkan seluar, tak banyak pun yang tumpah.
Aku ambil kertas yang tertulis menu dan hulurkan kepadanya.
“Nasi goreng seafood..So…” soalnya.
“Zu tak boleh makan seafood…alergik.” Jawabku sambil membetulkan tudung.
“ kenapa tak cakap….abang order lain ye..” ujarnya sambil melangkah ke telefon.
“ Tak payah la, nanti kita makan kat luar je..” jawabku. Haikal hanya mengangguk dan kembali mengambil tempat disisiku..
“Panas tak air tadi…” ujarnya sambil memandang terus kepadaku. Aku membalas pandangannya, lantas aku tertawa. Teringat bebelannya sebentar tadi. I never thought of marrying a guy who is nagger.
“Gelak pulak…serius ni..” Haikal tarik muka. Terasa hati.
“ tak panas pun… abang ni kuat berleteran ek…ibu pun tak berleter macam abang..” ujarku sambil ketawa panjang.
“ Biarlah…” ujarnya ringkas, merajuk. Aku berhenti ketawa namun masih bersisa dengan senyuman.
“Kita nak ke mana?” ujarku tidak mahu Haikal dengan rajuknya.
“Excited ye sayang?” soalnya seakan hilang rajuknya tadi. Aku menjuihkan bibir.
“Tanya aje la.. Eh.. Thanks tudung ni and lain-lain tu.. pandai ek abang pilih.” Ujarku sambil membetulkan tudung dikepala. Haikal hanya tersenyum dan mengangguk perlahan.
“By the way.. How do you know, Zu takde kelas..?” soalku mahukan kepastian. Haikal seakan tahu segala-gala mengenai aku. Haikal mengangkat telefon ku dan menunjukkan satu nama. Ayuni.
“Abang bukak telefon Zu.. ei…” geram, aku terus mengambil telefonku daripadanya.
“Sayang, no secret between us…” ujarnya sambil menyuap nasi yang masih berbaki. Sayang katanya kalau tak makan, ,membazir. Mendengar jawapannya membuatkan aku terus mengambil telefonnya dan membelek semua nombor yang ada.
“ Nombor aweks je banyak..” ujarkan dan meletakkan telefonnya ke meja. Aku kembali menghirup teh yang baru dituangkannya kepada ku.
“Jealous ke… well.. u know me..” ujarnya sambil membuat gaya model. Aku ketawa melihat gayanya. Keadaan ketika itu seperti kami yang dulu, saat kami berkenalan. Kegembiraan dan kesenangan yang sama seperti dulu. Sikapnya sentiasa membuat aku senang berdampingan dengannya.

Thursday, September 9, 2010

love is forever~ 03


Jam telah menunjukkan jam 8.00 malam kiranya sudah hanpir tiga jam aku tidur. Mengenangkan aku belum lagi bersolat maghrib lantas aku bergegas mencapai tuala dan ke bilik mandi. Di sini bilik mandi nya berada di hujung bahagian setiap aras. Bilikku di aras tiga. Bangunan asrama di Universiti Teknologi Malaysia terdapat pelbagai bentuk, seperti rumah, apartmen dan ada juga seperti rumah pangsa. Itu lah yang dikatakan pelajar-pelajar di sini. Alhamdulillah, kursus yang aku ambil di sini membolehkan aku mendapat kolej di bahagian lingkaran dalam di mana bangunannya seperti sebuah rumah. Memang benar, kami yang di dalam setiap rumah seperti sebuah keluarga.

Aku cuma membersihkan badan sedikit kerana sudah hampir masuk isyak. Setelah selesai aku bergegas mendirikan solatku, terasa segar dan tenang jika solat selepas mandi, alhamdulillah. Selesai mengaminkan doa aku membaca sedikit ayat suci al-quran. Ibu sentiasa berpesan supaya aku mengamalkan pembacaan ayat suci al-quran selepas setiap solatku dan yassin di akhir setiap solat subuhku. Alhamdulillah aku sudah membawa kebiasaan ini sedari sekolah lagi. Alunan azan isyak kedengaran dari masjid yang tidak jauh dari bilikku. Aku terus mendirikan solat selepas selesai azan. Banyak lagi tugasan yang perlu aku selesaikan selepas ini.

Telefon yang ku matikan dibawah bantal aku ambil dan hidupkan. Aku bukanlah seorang pelajar yang sibuk dengan telefon sepertimana pelajar lain yang hangat bercinta, jadinya aku tidak akan mempunyai kemasukan sms yang banyak jika aku matikan telefon biarpun seharian. Namun, saat ini telefon ku tidak lagi berhenti dengan deringan tanda kemasukan sms. Siapa? Tiada nama cuma nombor sahaja yang tertera. Aku berdebar-debar. Haikal? Ya Allah hampir terlupa aku, setiap mesej yang ku terima aku buka. Tiga mesej selepas aku putuskan talian, dan tiga lagi pada jam 8.00 malam, dan mesej-mesej itu membuat aku terpana. Haikal di sini???

- Sayang... maafkn abg.
- Sayang .... nape x angkat call abg???
- Sayang….

- Salam sayang… abg kat UTM ni… syg kolej mane??

- Syg... nape tak on enset ni?? Abg tggu syg ni...

- Syg, abg depan blok syg ni....

Aku keluar dari bilik dan menjenguk keluar tingkap di bahagian depan arasku. Aku terlihat sebuah kereta honda wish di hadapan blok, dan terdapat seorang lelaki berpakaian kemeja bersandar dipintu kereta sambil membelek-belek telefonnya. Haikal?? Aku menghubunginya untuk kepastian.

” Abg kat mane?” ujarku sejurus talian disambung kepadanya, mata ini terus melihat ke arah lelaki tadi yang juga sedang menjawab panggilan. Aku pasti dia adalah Haikal.

” kat depan blok sayang la.. lama abg tunggu.” jawab Haikal penuh sopan, suara yang memujuk.

” kejap, 5 minit Zu turun.” jawabku terus matikan talian.

Tidak sampai lima minit aku sudahpun siap untuk bertemu dengannya. Gugup. Namun langkah ku teruskan. Dari jauh aku lihat dia tenang sahaja. Tetap bersandar di kereta. Setelah melihat kedatanganku dia tegak berdiri dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya. Senyuman yang bisa menggoda setiap wanita. Aku membalas senyumannya.

“Dah lama tunggu? Maaf...” suara ku setelah kami bertentang mata.
” lama juga.. tapi demi Zu seribu tahun pun abang sanggup..”jawabnya sambil tertawa kecil.

“nak tunggu sini sampai seribu tahun la? Zu naik bilik semula la kalau macam tu,” selorohku selepas mendengar jawapan darinya.

“ Eh.. jangan la.. tak kesiankan abang ke? Abang tak makan lagi tau…” ujar Haikal sambil memegang perutnya. Aku tersenyum dengan keletahnya.

“ Abang dah solat belum?”
“ Sudah.. dekat masjid UTM..” jawabnya seperti suatu kebanggaan baginya. Aku hanya mampu tersenyum.

“ abang tidur mana malam ni?” soalku seakan seorang isteri yang begitu mengambil berat. Aku tidak tahu soalan itu akan terkeluar dari bibirku. Ah... biarkan saja.. bicara hatiku.

“ Risau ke isteri abang ni…” soal Haikal sambil menarik tanganku ke dalam genggamannya.

“ Dah orang tu datang jauh-jauh nak jumpa kita takkan la tak nak ambil tahu kan..” jawabku sekadar menutup rasa malu di hati.

Tanganku digenggam erat.

“ Zu, teman abang malam ni? Boleh? ” kata-katanya membuat aku terpana. Yang keluar dari bibir ini hanya lah “kenapa?”

“Please sayang.. Only one night.. jauh abang datang ni..” jawabnya seakan-akan merengek. Aku mendiamkan diri mencari helah lain.

“ kalau sayang taknak, abang takkan berganjak dari sini. Biar sampai pengawal datang halau abang sekalipun abang takkan berganjak.” jawab haikal tekad.
Aku tidak dapat lari lagi kali ini. Aku mengalah.

“Okay, satu malam saja tau..” ujarku sambil menarik perlahan tangan yang digenggamnya sedari tadi.

“thanks..” jawabnya sambil membuka pintu kereta untukku. Aku masuk tanpa kata dan Haikal sedari tadi tersenyum gembira.

Aku sempat memaklumi Ayuni melalui khidmat pesanan ringkas(sms). Keretanya terus meluncur laju keluar dari kawasan universiti. Haikal agak cekap dengan kawasan sekitar sini. Daripada perbualan kami, dia sudah selalu datang memberikan ceramah untuk bengkel-bengkel atau seminar UTM yang memerlukan khidmatnya. Jadi dia tidak lagi kekok dengan kawasan di Johor. Lagi pula, salah sebuah cawangan syarikatnya ada di sekitar Johor.

Kami menikmati makan malam bersama di sebuah hotel terkemuka Johor Bahru. Aku hampir terlupa aku belum lagi makan malam, dari petang aku hanyut dibuai mimpi. Bila menu sudah digenggaman baru lah berbunyi perut ini minta diisi. Tak banyak yang di bualkan sepanjang kami menikmati makan malam Cuma bertanya khabar masing-masing dan keluarga. Haikal juga bertanyakan pelajaran aku di sini. Sedari dulu Haikal memang seorang yang mengambil berat akan pelajaran. Dari awal perkenalan kami, sering sahaja dia bertanyakan tentang pelajaranku dan banyak nasihat yang diberikannya. Apabila aku gagal dia yang berusaha menaikkan semangatku kembali. Dulu begitu indah, sehingga hati remajaku tercuit dengannya.

“ Kita check-in hotel ni je la kan, tak payah pergi jauh-jauh..” ujar Haikal setelah kami habis menjamu selera.
“ Kita? Tidur sini ke? ” jawabku penuh persoalan. Jangan main-main dia ni , takkan aku nak tidur sini dengan dia, soal hatiku.
“ habis sayang nak pergi mana malam-malam macam ni?”
“ suruh Zu habiskan malam ni dengan abang, ingat nak round Johor ke..” jawabku
“I’m tired honey… spent your night with me… actually there were lots of things that we have to discuss...” jawab Haikal serius.
“Tadi cakap lain, sekarang lain pula..” ujarku tidak suka dengan tindakannya.
“comel sayang abang ni… just spent your night with me, sayang takkan rasa rugi..” ujarnya sambil ketawa penuh makna. Aku tetap mencuka. Aku tak suka terlalu lama berada disampingnya. Aku rasa cinta. Aku rasa rindu. Aku takut dia tahu rasa cintaku padanya.

“Sayang tunggu sini, abang pergi check-in kejap.” Ujar Haikal lagi dan terus berlalu ke kaunter.

“2184.. ni dia bilik kita…” Haikal memecah keheningan antara kami. Aku masih serabut memikirkan aku akan bersama dengan dia satu malam. Satu malam bukannya singkat.. aduh… Tanpa di sedari dia menggenggam erat tanganku…

“Sayang tak suka ya abang buat macam ni?” soal Haikal setelah aku hanya mendiamkan diri sedari tadi. Aku tak menghiraukan pertanyaannya. Ku menghempaskan diri di katil yang empuk, ini kali pertama aku menyewa hotel Lima bintang. Patut lah lima bintang, banyak sungguh lampu-lampu yang terdapat dalam bilik ni. Seloroh hatiku, sekadar membuat resah yang bertapak sedari tadi. Tanpa sedari ia mengukir senyuman dibibir, Haikal menyedarinya.

“sayang ..senyum sorang-sorang.. ade ape..?” soal Haikal dan mula melabuhkan pembaringan di sebelahku.. Kerana tidak biasa dengan keadaan itu membuatkan aku terus bangun dari pembaringan. Haikal juga memberi reaksi sama apabila aku memberikan respon mendadak.
“kenapa?”soal Haikal. Soalan yang ada jawapan.
“tak biasa lah macam ni..”jawab ku spontan.
“thats why kita kena biasa kan.. Zu..” bisik Haikal perlahan..namun hinggap jua ditelinga.
”Kata penat tadi.. tido la..” ujar ku lalu berlalu ke tandas... Haikal hanya mampu memandang sepi..

Hampir berjam-jam lama nya aku menghabiskan masa di dalam bilik air. Aku cuba melarikan diri dari situasi yang kurang menyenangkan aku. ” Biarkan dia tido dulu..”bisik hati kecilku. Setelah aku merasakan keadaan sudah selamat, aku memberanikan diri melangkah keluar, gayaku seakan-akan melarikan diri daripada penjahat, apakan daya terpaksa. Sewaktu keluar daripada bilik air, haikal sudah pun tertidur di atas katil dengan pakaian yang belum di salin. Kasihan melihatnya, sampai bila dia akan bersabar dengan sikap aku? Aku hampiri tubuhnya yang terbaring lesu di atas katil. Tidur nyenyak seperti bayi kecil, ujar hatiku membuatkan aku tersenyum nipis. Aku duduk di sisinya, aku lihat wajahnya. Kelihatan wajah yang sangat kepenatan. Sempurna, wajahnya sempurna. Kacak. Aku tak nafikan. Suamiku sememangnya kacak, jika tidak masakan aku menyukai dia sangat aku belasan tahun. Ayuni juga pernah menyatakan yang sama. Kening yang lebat dan terlukis cantik menambahkan kekacakan Haikal. Wajah mulus. Berkulit putih. Berbeza dengan aku. Mungkin sebab itu juga aku selalu berasa rendah diri bila masa aku disampingnya. Aku memberanikan diri menyentuh rambutnya. Aku sayang. Makin sayang saat ini. Aku takut untuk kecewa buat kedua kalinya dengan dia. Aku lantas bangun daripada sisinya, saat ini hati ku merombak penuh perasaan. Belum sempat aku melangkah pergelangan tanganku dicapai Haikal dan dierntap membuatkan aku jatuh ke pembaringan betul-betul disebelahnya.
”tidur sebelah abang....”ujarnya perlahan. Tubuhku dipeluk erat. Aku tergamam dan tidak dapat mengeluarkan walau sepatah kata.

dah tiba~


salam ramadhan.. dan salam lebaran yang akan menjelang lusa nih.. alhamdulillah.. aku maseh sempat untuk sambut lebaran tahun ni... alhamdulillah.

baru je selesai kemas rumah... rumah nih kena kemas last minit,, kalau tak jadi sia-sia.. paham-paham la.. =) mujur rumah kecik je.. kalau besar.. myb dah mintak PR dari mama...
tak larat cheq! tadi dah abes mama siap dah bagitau dah.. " kejap je tu iqah..." =) its oke mama.. at least rasa la nak sambut raya...

mama maseh demam.. erm.. hope mama sembuh,, i already told mama.. mama, you should be okay this lebaran.. if not we can't eat rendang this year.. =( yela sape nak masak... saya tak pandai! waaa~ mama will be fine tomorrow..(DOA banyak2) =)

esok last untuk shopping raya.. kasut raya and barang-barang untuk buat kek.. =)

esok jugak kena mop rumah.. tugas nih dah serah kepada adik Ku.. hehehe.. al naseb lah.. i nak buat kek u.. =) she said 'ok'.. easy rite? adik-adik yang solehah....





reminder: tak sabar nak raya... nak makan rendang!

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders