PART 3
Rudy
sudah ketawa terbahak-bahak sedari tadi. Riak wajah Haikal yang mencemberot itu
menambahkan geli di hatinya. Hampir sahaja air yang diteguknya itu tidak
tersembur sewaktu Haikal menceritakan tentang hal itu.
“Sudahlah!
Kau bab nak gelakkan aku memang nombor satu. Macam nilah kawan!” Haikal sudah
panas hati. Gelak ketawa Rudy itu seolah-olah mempersendakan kejujuran yang
cuba diluahkan hatinya. Haikal mendengus kasar, air jus oren itu diteguknya
kasar.
“Sebab
kawanlah aku gelak, kalau tak mau aku nak gelak cerita orang entah sesiapa?”
Rudy membuat lawak agak bodoh. Haikal sudah menjeling tajam.
“Chill
man! Macam tak biasa aje dengan aku.” Rudy bersuara lagi.
“Taklah,
gelak sampai tak ingat dunia.” Rungut Haikal, Rudy masih lagi bersisa ketawa.
“Kau
yakin itu dia?” Rudy menyoal lagi. Haikal sudah panas hati dengan soalan Rudy
yang berulang-ulang.
“Kan
aku dah cakap, aku yakin dari hari pertama aku jumpa dia lagi. Kejadian pagi tu
meyakinkan lagi.” Haikal bersuara lebih jelas dan ditekan satu persatu
perkataan itu agar Rudy tidak lagi mengulang soalan yang sama. Rudy mengangguk
kepalanya tanda sudah faham.
“So,
apa pelan kau seterusnya?” Suara Rudy kemudian kembali meneguk airnya sehingga
habis. Haikal memandangnya seketika dengan riak wajah penuh makna dan senyuman
yang sinis.
“Buat
dia jatuh cinta!” Haikal kemudian ketawa besar. Rudy menggeleng laju dan
kemudian turut ketawa. Sudah faham sangat dengan setiap pelan jahat rakannya
ini. Pantang nampak perempuan cantik!
“Kau
memang jahatlah Kal!” Ujar Rudy dalam sisa tawanya. Haikal mencebik.
“Bila
masa aku baik?” Haikal menjawab dalam tawa. Mereka berdua berkongsi ketawa
bersama petang itu. Ada sahaja yang cuba dirancang mereka berdua. Bukan tiada
kerja, mereka berdua menjalankan perniagaan rangkaian komunikasi bersama-sama.
Mengganggu dan memikat wanita itu seakan hobi masa lapang mereka berdua. Rudy
masih ada hadnya, namun tidak Haikal. Perangainya semakin galak dan
menjadi-jadi selepas tamat pengajian di Universiti dua tahun lalu. Rudy sendiri
sudah puas menasihati, umur mereka sudah separuh 50 tahun. Sudah tiba masanya
mereka berfikir matang dan mencari pasangan hidup.
Suha
melangkah ke arah hentian bas berdepan KMC. Hari ini hari yang seterusnya dia
mengajar di rumah Puan Johanna. Baru sebulan namun semuanya seolah-olah setahun
lamanya. Kehadiran Haikal yang cuba merapatkan diri membuatkan Suha terasa
rimas. Namun sebaliknya pula dengan Danial. Danial lebih sopan, lebih
menghormati dirinya sebagai seorang perempuan. Sudah beberapa kali Danial
membantunya apabila diganggu oleh Haikal. Danial menjadi pelindungnya sepanjang
berada di rumah itu. Namun Haikal bukan jenis yang berputus asa, ada sahaja
yang akan dilakukan terhadap Suha setiap hari.
“Dah
lama tunggu Suha?” Ujar Danial sebaik membukakan pintu kereta untuk Suha.
Kesekian harinya dia menjemput Suha untuk ke rumahnya. Sudah puas Suha menolak,
namun Danial masih bertegas untuk menjemput dan menghantarnya pulang. Apabila
Puan Johanna mula masuk campur, Suha terpaksa beralah. Sejak itu juga, Haikal
semakin menjadi-jadi gilanya!
“Taklah,
Suha baru aje sampai sini.” Jawab Suha berbasa basi. Suha melangkah masuk ke
dalam kereta Danial tanpa banyak bicara. Kereta terus dipandu menuju ke destinasinya.
Di dalam kereta, Suha dan Danial sekadar berbual kosong. Adakalanya mereka
ketawa bersama-sama.
“Suha
tak kisah kawan dengan saya?” Ujar Danial suatu petang, ketika menghantar Suha
pulang ke rumah.
“Kawan
ajekan?” Ujar Suha, tidak lagi menjawab soalan itu.
“Ya,
kawan. Tak kisah?” Ujar Danial lagi. Suha sekadar tersenyum nipis dan
mengangguk perlahan. Danial membalas senyum itu.
“Kalau
lebih dari kawan?” Danial kembali menyoal, membuatkan Suha agak terperanjat.
Soalan diluar jangkaannya. Hati Suha berdetak hebat.
“Saya
tak tahu.” Suha yang sudah kelam kabut dalam perasaannya sendiri, mengambil
langkah mudah.
“Tak
tahu tu maksudnya apa?” Ujar Danial lagi, sengaja mahu mengusik gadis itu yang
mula merona merah pipinya.
“Mungkin
serah pada masa dan waktu.” Suha bermain kata sambil cuba menenangkan hatinya
yang berkocak hebat. Jatuh cintakah dia kepada Danial? Suha sendiri tidak
pasti, takut juga terperasan sendiri.
“Janganlah
takut sangat, Dan gurau aje.” Kata-kata Danial itu membuatkan Suha mengangguk
laju. Hilang terus debaran yang tiba-tiba menghempas pantai hatinya. Gurauan
sahaja sudah buat dia hilang kawalan, kalau betul-betul lamaran? Pengsan
agaknya!
“Kak
Suha, esok malam datang rumah boleh?” Imtiyazz yang sedang menyiapkan kerja
yang baru diberikan Suha, kini mula bersuara sambil tangannya masih ligat di
atas kertas putih itu.
“Ada
apa?” Balas Suha. Imtiyazz berhenti daripada menulis dan memandang tepat ke
wajah polos Suha.
“Mama
buat sambutan hari lahir Im. Akak tak payah baliklah esok petang, balik malam
terus.” Imtiyazz cuba mencadangkan. Suha mengerut dahinya, memikirkan
permintaan itu.
“Esok
mana ada tuisyen, Jumaatlah esok. Kita cuti!” Suha mencubit kecil hidung gadis
cilik di hadapannya itu. Imtiyazz menepis dan mula menggosok perlahan
hidungnya. Bibir dicebikkan.
“Akak
datanglah ye, permintaan birthday girl ni.” Imtiyazz cuba membodek.
“Susahlah
Im, akak jarang keluar malam. Lagi pun bas takde malam-malam.” Suha menjawab
sejujurnya. Lagipula dia tidak suka keluar malam, badannya cepat sahaja letih
apabila berembun malam.
“Abang
Dan ada, Abang Kal pun ada. Bolehlah akak, datang eh?” Imtiyazz terus merayu
membuatkan Suha serba salah. Susah untuk dia membuat keputusan ketika itu.
“Akak
fikirkan dulu eh, nak kena tanya ayah dan mak akak dulu. Lepas tu baru akak
bagitahu keputusannya ye? Boleh?” Suha cuba memberikan alasan. Imtiyazz sudah
mencebik bibir, namun tidak lama kemudian dia tersenyum lebar, kening sengaja
diangkat beberapa kali.
“Makna
apa tu?” Suha menyoal. Imtiyazz merapatkan tubuhnya kepada Suha.
“Im
suruh abang Dan atau abang Kal teman akak balik nanti jumpa ayah dan mak akak.”
Imtiyazz bersuara membuatkan Suha mengerut kening, hairan.
“Untuk
apa abang-abang Im kena jumpa ayah mak akak?” Suha menyoal, dia tidak faham apa
yang cuba di sampaikan Imtiyazz ketika itu.
“Bila
abang-abang Im jumpa ayah dan mak akak, mesti diorang percaya lebih lagi.
Yelah, diorang tahu siapa yang akan hantar akak malam tu. Betul tak?” Imtiyazz
menjelaskan membuatkan Suha terus sahaja tergelak kecil.
“Kenapa
akak gelak?” Imtiyazz menyoal tidak puas hati. Suha menggeleng kepalanya
beberapa kali dalam ketawa bersisa.
“Im
ni, ayah dan mak akak percayakan akak. Tak perlulah nak suruh abang-abang Im tu
jumpa ayah dengan mak akak. Nanti lain pula yang diorang fikir.” Suha menolak
baik cadangan ‘baik’ gadis cilik itu.
“Siapa
fikir? Ayah dan mak akak?” Suha mengangguk.
“Baguslah
kalau diorang fikir akak bawa balik calon menantu, Im sokong sangat akak jadi
kakak ipar Im.” Imtiyazz memeluk erat tubuh genit Suha. Suha cuma tersenyum
dengan keletah gadis cilik itu.
“Mana
boleh, entah-entah abang-abang Suha dah ada pilihan diorang.” Ujar Suha. Jauh
dilubuk hatinya, dia cuba mengorek rahsia kecil daripada Imtiyazz tentang
abang-abangnya, terutama Danial. Entah kenapa, hatinya terasa mahu tahu lebih
lagi tentang lelaki itu.
“Ah!
Abang-abang Im tu tak pandai pilih. Semua tak sama macam akak. Akak lain
sangat.” Imtiyazz mula memuji.
“Abang
Dan dah ada pilihan dia? Abang Kal pun?” Suha cuba menutup persoalan mengenai
Danial dengan turut menyebut tentang Haikal.
“Dua-dua
tu dah berpunya tapi dua-dua mama dengan Im tak setuju.” Jawapan yang merentap
tangkai hati Suha. Danial sudah punya cinta hati? Suha menyoal sendiri.
“Kecewa
ke akak?” Usik Imtiyazz melihatkan perubahan raut wajah Suha yang muram.
“Ish
taklah, Haikal?” Suha cuba menidakkan dan mula menyoal mengenai Haikal bagi
menutup resah yang bertandang secara tiba-tiba.
“Abang
Kal dengan Shaha dia tulah.” Ujar Imtiyazz. Gadis cilik itu kembali mengambil
pensil dan mula menyambung kerjanya yang masih belum disiapkan.
“Shaha?
Cantik tak....”
“Sangat
cantik.” Belum sempat Suha meneruskan soalannya, Haikal yang melintasi ruangan
itu menyampuk. Seperti selalu, matanya akan dikenyitkan kepada Suha. Membuatkan
gadis itu tidak keruan. Suha termalu sendiri, menyoal tentang kekasih lelaki
itu dibelakangnya. Suha mengetap bibirnya dengan kepala yang menunduk memandang
buku-buku di atas meja.
“Cikgu
Suha jatuh hati dekat saya ke?” Haikal menghampiri dan terus sahaja bersila di
sebelah Suha. Kedudukan mereka cuma berjarak 2 cm, membuatkan Suha sudah
merinik peluh!
“Maaflah,
saya sekadar bertanya aje. Tak ada niat apa-apa pun.” Suha cuba menafikan
sebarang salah sangka daripada lelaki itu. Haikal menjungkit bahu dan mengalih
tubuh tepat memandang ke arah Suha yang sudah tidak senang duduk.
“Kalau
suka kata suka. Kalau cinta kata cinta. Nanti lambat terlepas.” Haikal bersuara
membuatkan Suha memandang ke arah Haikal dengan penuh tanda tanya. Imtiyazz
sudah menjuih bibir, menyampah dengan kata-kata jiwang yang sentiasa ada
dibibir abangnya itu. Masak sudah dengan perangai dan sikap Haikal!
“Tak,
encik Haikal jangan salah faham. Saya tak cinta, tak suka pun dengan encik.”
Suha menidakkan apa yang Haikal sedang fikirkan. Sungguh, tiada perasaan lain
kepada Haikal selain daripada anak kepada majikannya.
“Cikgu
tak suka saya?” Haikal menyoal dengan wajah yang sengaja dikerutnya,
menampakkan dirinya tersinggung dan sedih dengan penyataan Suha itu. Suha
mengeluh perlahan, penat melayan karenah lelaki di depannya ini.
“Bukan
tak suka. Saya suka...” Belum sempat habis bersuara Haikal terus memintas.
Haikal terus sahaja berubah riak wajah.
“Heard
that adik? Cikgu Suha suka dekat abang Kal. Patutlah asyik pandang-pandang
abang Kal selama ni.” Haikal menyakat lagi membuatkan Suha sudah termati kata.
“Bukan
macam tu...” Suha cuba menafikan.
“What?
Cikgu suka dengan Kal?” Danial yang baru turun dari tingkat atas mula
menghampiri. Suha sudah bagai hilang darah di wajah. Pucat! Suha lantas
berdiri, tegak.
“Bukan!”
Suha menidakkan. Haikal sudah tersenyum lebar.
“I
win bro!” Ujar Haikal sambil matanya dikenyitkan ke arah Danial yang masih
berdiri di tangga. Danial tidak beriak. Matanya tajam sahaja memandang ke arah
Suha yang sudah serba salah. Hatinya berdetak tanpa irama.
“Tahniah!”
Danial bersuara, pendek namun jelas didengari semua. Imtiyazz sudah berkerut
dahi.
“Eh,
eh... abang Dan dengan abang Kal ni fights over kak Suha ke?” Soal Imtiyazz
membuatkan Danial dan Haikal saling berpandangan. Serentak, mereka mengangkat
bahu masing-masing sebagai jawapan kepada soalan Imtiyazz. Suha mula berfikir
sendiri.
“Apa
ni?” Suha mula menyoal. Danial memandang sekilas ke arah Suha, kemudian berlalu
tanpa memberi sebarang jawapan. Suha tersentak kecil dengan tindakan Danial,
pandangannya terus di lemparkan ke arah batang tubuh Danial sehingga kelibatnya
tidak lagi kelihatan. Haikal memetik jarinya di hadapan Suha, mematikan pandangan
gadis itu yang sedari tadi tertancap ke arah Danial. Haikal tersenyum hujung
bibir, sinis.
“Now,
you are mine!” Haikal berbisik, namun bernada tegas. Suha mengerut dahinya.
Sudahlah tadi seperti dipermainkan dua beradik itu, kini dipaksa tanpa rela
menjadi hak milik lelaki yang tidak disenanginya.
“Ehem!”
Imtiyazz mahu mencelah, namun belum sempat mencelah panjang Haikal lebih cepat
mengarahkan adiknya itu supaya berlalu dari situ. Imtiyazz menghentak kuat kaki
sebelum berlalu ke arah dapur.
“Encik
Haikal jangan nak memandai-mandai. Siapa encik nak tentukan saya ini milik
siapa? Ayah saya sendiri tak pernah memaksa saya!” Suha mengambil kesempatan
itu meluahkan segala rasa yang dipendamkannya. Haikal masih dalam lagak tidak
bersalah, dipandangnya gadis itu tajam.
“Awak
boleh cakap apa yang awak nak Suha. As I’ve said, starting this minute you are
mine. I decided it like that, so?” Suha makin bengang dengan jawapan itu.
“Siapa
awak nak tentukan hidup saya?!” Suha membentak lagi. Haikal ketawa sinis.
“Saya
Khaliff Haikal!” Ujar Haikal, jarinya laju sahaja mencuit hidung kecil Suha,
kemudian mula melangkah pergi. Suha terpempan, tindakan luar jangkaan. Jantung
Suha berdegup laju, selaju Hussin Bolt! Haikal berlalu seolah tiada apa yang
berlaku, Suha masih terpempan lama.
Imtiyazz
tersenyum-senyum memandang Suha yang sedang memakai sandalnya di pintu rumah.
Suha yang mula mengangkat wajah, berkerut melihat riak wajah Imtiyazz yang
tersengih-sengih sendiri.
“Kenapa?”
Suha menyoal. Imtiyazz menggeleng laju.
“Akak
ingat tau, esok datang sini.” Imtiyazz menyoal tanpa menjawab soalan daripada
Suha. Suha tersenyum serba salah. Sikap abang-abang gadis kecil di hadapannya
ini membuatkan Suha serba salah untuk berada lama di rumah ini.
“InsyaAllah.”
Ujar Suha, jawapan paling selamat untuk masa ini.
“Akak
tak tunggu abang Dan?” Imtiyazz menyoal, sebaik sahaja Suha sudah mahu
melangkah pulang.
“Tak
apalah, akak balik...”
“Jom!”
Danial memintas Suha yang baru hendak bersuara. Laju sahaja Danial membuka
kunci kereta dan menghidupkan kereta. Suha serba salah.
“Takpelah
Dan, saya balik dengan bas.” Suha menghampiri pintu bahagian pemandu dan
bersuara.
“Get
in!” Danial yang langsung tidak memandang wajah Suha, bersuara senada. Suha
menelan liurnya, keras!
“Saya
balik sendiri aje. Terima kasih.” Suha yang tidak mahu terkurung dalam keadaan serba
salah, tetap menolak walaupun Danial kedengaran begitu bertegas ketika itu.
Danial merengus kasar.
“I
said, get in!” Danial membentak, kuat dan penuh amarah. Suha tersentak sehingga
terhinjut kedua-dua belah bahunya.
“Danial?”
Bibir mungil Suha berbisik perlahan. Danial merengus lebih kasar, tangannya
dihentak ke atas stereng kereta. Suha tersentak kesekian kalinya. Danial
menolak daun pintu, sekali menolak tubuh Suha yang berdiri di luarnya. Suha
terdorong ke belakang. Tanpa sebarang kata, Danial mencengkam kuat lengan Suha
dan terus ditarik ke kereta. Suha cuba merentap kembali lengannya itu, namun
tidak berdaya.
“Danial!”
Suha meninggi suara, sambil tangannya cuba direntap daripada cengkaman Danial
yang sudah menggila. Danial kemudiannya melepaskan cengkaman tangannya pada
Suha. Sebaik sahaja lengannya sudah terlepas daripada cengkaman itu, Suha terus
menjauhkan diri daripada Danial yang masih dengan wajah yang bengis dan
menakutkan.
“Gila
ke?” Suha melawan, tangannya menggosok lengannya yang masih terasa sakit.
“Yes
I am and let me show you how mad am I!” Danial menarik Suha sekali lagi dan
terus menolaknya ke dalam kereta. Tanpa sempat untuk bertindak apa-apa Suha
terpaksa mengikut Danial yang sudah mula menekan pedal minyak kereta
serapatnya. Kereta yang dipandu itu meluncur laju seolah-olah tiada perhentian.
Suha sudah resah dan gelisah, ke mana Danial mahu membawanya pergi? Suha
bersoal sendiri. Jauh di sudut hati yang resah, dia berdoa agar Allah
melindunginya. Allah!