N & N
(Noh Daniel + Nur Nadia)
Part
16
Noh
Daniel termenung di depan kolam. Malam ini dia tidur di rumah mama dan papa
kerana esok awal pagi dia akan berangkat ke U.K untuk menyambung pengajiannya
di peringkat lebih tinggi. Perancangan untuk sambung belajar diteruskan tanpa
bertangguh.
“Kenapa
tak bawak Nadia balik sekali?” Soal Datin Nurlia, menghampiri Noh Daniel yang
berdiri berpeluk tubuh di depan kolam.
“Danny
nak tetapkan hati. Betul-betul tetapkan hati. Takut nanti Danny berubah hati
bila Nadia dekat dengan Danny.” Ujar Noh Daniel.
“Nadia
tahu Danny nak fly esok pagi?” Datin
Nurlia menyoal lagi. Noh Daniel menggeleng perlahan.
“Kasihan
dia Danny... jangan sisihkan dia macam ni.” Datin Nurlia cuba menasihatkan.
Datin Nurlia telah mengagak sesuatu berlaku antara mereka berdua kerana Noh
Daniel kelihatan begitu muram.
“Bukan
sisihlah mama. Danny nak tetapkan hati Danny. Nadia tak kisah pun Danny pergi,
sebab banyak kali dia pesan supaya Danny tak tangguhkan pengajian ni.” Noh
Daniel seakan jauh hati.
“Memang
dia tak kisah. Nadia pun ada cakap dengan mama yang dia tak kisah kalau Danny
nak sambung bila-bila. Dia tak nak jadi penghalang. Cuma jangan pergi tanpa
bagitahu. Hati perempuan ni rapuh Danny.” Datin Nurlia menasihatkan. Noh Daniel
menghela nafas perlahan.
“Sebulan.
Danny nak hilang dari dia sebulan. Selepas Danny dapat jawapan hati Danny,
Danny akan terus terang dengan Nadia.” Noh Daniel membuat permintaan. Datin
Nurlia mengeluh perlahan.
“Kalau
Danny rasa itu yang terbaik, mama ikut sahaja. Apa-apa yang berlaku mama harap
Nadia tak terluka. Dia anak yatim piatu, tak pernah tahu apa itu bahagia. Mama
harap Danny tahu apa yang Danny buat. Mama doakan yang terbaik untuk Danny dan
Nadia.” ujar Datin Nurlia sebelum melangkah masuk ke rumah. Noh Daniel
memandang langkah Datin Nurlia masuk ke rumah sebelum kembali merenung langit
kelam.
Bukan
marah, bukan kecewa. Noh Daniel hanya perlukan ruang dan masa. Menetapkan
hatinya kembali pada paras cinta. Agar selepas ini hatinya kembali berbunga dan
Nadia akan sentiasa bahagia bila bersamanya.
Nadia
memerhatikan telefonnya, tidak berkelip. Sesekali dia mengubah kedudukan
pembaringan. Resah. Sudah empat hari Noh Daniel tidak menghubunginya. Puas
Nadia menghantar mesej dan membuat panggilan tetapi tiada balasan. Noh Daniel
seperti hilang dari radar. Sepatutnya malam ini dia sudah berada di rumah
mereka seperti selalunya. Paling mengejutkan Nadia, kuliah pagi tadi. Hatinya
begitu mengharap dapat bertemu empat mata dengan lelaki itu tetapi hanya
kecewa. Kelas dibatalkan. Hari Isnin juga kelas dibatalkan. Nadia kecewa. Nadia
resah. Dia sedar, Noh Daniel mula berubah sikap sejak dia menghubungi Irma
Hanani. Jauh dalam hatinya mengatakan Noh Daniel tahu dia berbohong, namun laju
dia menafikan. Takut, kebenaran itu menyakitkan.
Telefon
yang tiba-tiba menyala dan berdering membuatkan Nadia bingkas bangun dari
pembaringan dan terus menjawab panggilan.
"Assalamualaikum
awak! Awak pergi mana?" Laju sahaja Nadia menyoal.
"Waalaikummussalam. Kak Nadia... Nuha
ni." Suara yang menjawab di hujung talian bukanlah insan yang diharapkan.
Nadia terkesima. Hatinya hampa.
"Nuha...
maaflah akak ingat abang Danny tadi. Ada apa Nuha?" Nadia mengawal suara
agar kekecewaan yang dirasakan tidak begitu ketara.
"Kak Nadia nak balik rumah mama papa tak?
Kalau nak balik Nuha ambil akak esok, awal pagi."
"Rumah mama papa? Ada apa ye?" Nadia
hairan, kenapa mesti Nuha yang ambil, Kenapa tidak Noh Daniel sahaja?
"Tak ada apa-apa pun. Nuha terlupa
sebenarnya. Abang Danny dah pesan suruh ambil akak bawak balik rumah mama papa
petang ni. Sorry kak." Ujar Nuha
serba salah.
"Abang
Danny pesan? Kenapa dia tak bawak akak sendiri je pergi rumah mama papa? Kenapa
suruh Nuha pulak?" Soal Nadia bertubi-tubi. Nuha ketawa di hujung talian.
"Kak
Nadia ni confirm lupa. Abang Danny
kan dah fly? Lupa eh kak?" Ujar
Nuha dalam sisa ketawa namun tidak lama, ketawanya terhenti. Kebisuan Nadia di
hujung talian membuat dia mula syak sesuatu.
"Oh my god... akak tak tahu abang Danny
dah fly pagi tadi? Ya Allah..."
Nuha menekup mulutnya. Dia rasa bersalah. Noh Daniel tidak memberitahu apa-apa
melainkan pesanan supaya setiap minggu bawa Nadia pulang ke rumah orang tua
mereka.
"Abang Danny dah fly pagi tadi? Berapa lama dia pergi?" Soal Nadia,
gagap-gagap. Hatinya berkecamuk dan remuk. Sebegitu sekali marah Noh Daniel
kepada dirinya?
"Kalau tak silap abang Danny kata dua
tahun. Maaflah Nuha tanya, akak dengan abang ada masalah eh? Kenapa akak macam
tak tahu abang nak fly?" Nuha
hairan. Air mata Nadia menitik satu persatu ke pipi.
"Mungkin dia dah bagitahu tapi akak yang
lupa kut. Tak apalah, nanti akak contact
dia." Nadia berpura-pura, tidak mahu Nuha menghidu yang bukan-bukan antara
dia dan Noh Danial.
"Okaylah kalau macam tu, so nak balik tak?" Nuha kembali
menyoal.
"Tak
dapatlah Nuha. Akak ada discussion."
Nadia menolak. Dalam talian dia dapat mengelak dan mengawal diri. Jika berdepan
dengan keluarga Noh Daniel, dia risau dirinya tidak kuat.
"Okay
akak. If akak nak balik, bila-bila
je, call aje Nuha ya. Bye akak,
Assalamualaikum." Sebaik sahaja talian dimatikan, Nadia menangis
semahu-mahunya. Mashitah yang kebetulan baru masuk bilik kehairanan.
"Kenapa ni Nadia?" Soal Mashitah.
Nadia terus merangkul Mashitah dan memeluknya erat.
"Dia tinggal aku." Nadia menjawab
pendek. Tangisannya menjadi-jadi.
"Encik Noh? Kira betul dia dah ke U.K?"
Mashitah kembali menyoal. Nadia mengangguk.
"Kau
tahu? Kenapa aku aje yang tak tahu? Kena dia pergi macam tu je?" Nadia
menyoal, lagi dan lagi.
"Aku ada dengar hal ni dari Hadi. Kan
kelas kita dah dua kali batal. Hadi kata Encik Noh nak fly oversea. Aku tak berani nak bagitau kau, takut salah."
Terang Mashitah. Belakang Nadia ditepuk-tepuk perlahan.
"Aku
mungkin salah, tapi kenapa dia buat aku macam ni? Siapa aku bagi dia?"
Nadia menyoal, Mashitah tiada jawapan. Jawapan itu hanya ada pada Noh Daniel.
Hanya dia yang dapat menjawabnya.
Enam Minggu kemudian ...
Nadia
mengemas pakaiannya. Cukup untuk dua hari. Hari ini hari pertunangan Nuha
Dania. Datin Nurlia sudah menelefon Nadia minggu lepas lagi, mengingatkan dia
supaya pulang ke rumahnya. Nadia berat hati, Noh Daniel adakah nanti? Sudah sebulan
lebih Noh Daniel di U.K tanpa sekali pun menghubungi Nadia. Nadia sudah puas
menangis sehingga hatinya rasa tawar. Mungkin, mungkin dia memang tak boleh rasa
bahagia di dunia. Nadia redha.
"Kau
pergi dengan apa ni? Nuha datang?" Mashitah menyoal setelah melihat Nadia
telah siap untuk keluar.
"Aku balik sendiri. Naik bas dulu, kejap
lagi naik teksi kut." Ujar Nadia.
"Semalam
bukan Nuha ada call ke?" Soal
Mashitah.
"Ada
tapi kesian dia, harini kan majlis dia, mesti sibuk. Tak apalah. Bukan jauh
pun." Ujar Nadia, dia tidak mahu menyusahkan sesiapa. Mashitah cuma
menggeleng. Kasihan. Kasihan Nadia, baru hendak rasa bahagia ada sahaja
halangannya.
"Kes
Irma macam mana?" Soal Mashitah membuatkan Nadia yang sedang memakai kasut
terhenti.
"Selesai.
Itu yang Megat Hariz bagitahu aku minggu lepas. Aku dah malas nak fikir hal tu.
Bila Megat sampaikan pesan dari Encik Noh yang hal tu dah selesai. Aku terima, Alhamdulillah,
tak payah nak risau apa dah." Nadia cuba tersenyum dalam payah. Matanya
bengkak. Banyak menangis.
"Macam tu je?” Soal Mashitah, hairan. Hal
itu bukannya hal kecil dan biasa-biasa, takkan semudah itu sahaja. Nur Nadia
sekadar mengangkat bahu.
“Kalau
Encik Noh ada macam mana?" Soal Mashitah lagi, Nadia menghela nafasnya.
Bahu dijungkit sedikit.
"Entah.
Aku tak boleh nak fikir dah. Biarlah. Aku terima semuanya Mashitah. Biarlah
dunia ni menghukum aku, kalau syurga Allah akan jadi milik aku." Nadia
tersenyum lagi. Ya, itu apa yang diputuskan. Redha. Dunia ini hanya sementara.
"Kuatkan
hati. Aku sayang kau. Allah sayang kau." Nadia mengangguk. Allah sayang
semua hamba-hambaNya.
Nadia
melangkah masuk ke rumah banglo 3 tingkat itu. Meriah. Sudah ramai saudara mara
yang hadir ketika itu walaupun majlisnya selepas Asar nanti. Nadia terus masuk
namun tidak menggunakan pintu depan, terlalu ramai orang. Jadi, dia terus
melangkah ke pintu dapur.
"SubhanaAllah...
Nadia, kenapa masuk ikut dapur?" Datin Nurlia yang ada di dapur dengan
beberapa orang saudara mara menegur. Terkejut melihat Nadia yang tersembul di
pintu dapur.
"Assalamualaikum…
depan ramai sangat mama. Segan." Nadia memberi salam dan menyalami Datin
Nurlia dan saudara mara yang lain. Mereka semua menyambut salam Nur Nadia.
“Nadia
datang dengan siapa? Danny ambil ke?” Datin Nurlia terjengah-jengah keluar melihat
bagaimana Nadia datang ke rumahnya. Nadia sekadar tersenyum dalam ketar apabila
nama Danny disebut.
“Nadia
datang sendiri. Harini kan Majlis, semua orang mesti sibuk.” Datin Nurlia
menggeleng laju. Nadia memang begitu sikapnya, langsung tak nak susahkan
sesiapa.
"Nadia
pergi letak beg dulu. Rehat. Nak makan pun boleh ni." ujar Datin Nurlia.
"Tak
apalah mama... Nadia nak tolong apa ni?" Nadia meletakkan beg di penjuru
dapur. Lengan baju kurung di sinsing, siap untuk membantu. Nampak banyak yang
perlu disiapkan untuk makanan petang ini. Kehebatan Datin Nurlia, suka buat
kerja sendiri. Lebih baik dari menempah katanya.
"Nadia,
rehatlah dulu. Baru sangat sampai. Tak pun pergi tengok Nuha. Kemas bilik
katanya tapi awal pagi tadi mama tengok tak kemas-kemas lagi." Datin
Nurlia tidak mahu Nadia menekan diri. Lagi pula sudah ramai yang membantu
ketika ini. Masih dalam kawalan.
"Kalau
macam tu Nadia naik atas kejap, tolong Nuha. Nanti Nadia turun balik ya."
Ujar Nadia sebelum melangkah naik ke atas. Pintu bilik Nuha diketuk perlahan, sebelum
suara di balik pintu menjerit menyuruh masuk.
"Assalamualaikum
Nuha..." Nadia memberi salam sebaik pintu dibuka. Nuha di balik pintu
tersenyum lebar.
"Wa'alaikummussalam.
Yeahhh kak Nadia dah sampai." Laju sahaja tangan Nadia di tarik masuk dan didudukkan
di katil.
"Akak... minta tolong boleh?" Nuha
merengek manja.
"Memang
akak datang nak tolong Nuha. Bagitahu akak apa kita nak kemas dulu? Akak tengok
takda perubahan pun bilik ni?" Mata Nadia meliar melihat sekeliling bilik.
Nuha tersengih-sengih.
"Nuha
tak kemas lagi. Nervous lebih."
Nadia ketawa.
"Nuha relax
je, biar akak yang buat." Nadia mula mengemas bilik itu. Tidak berselerak
atau tidak kemas, cuma perlu menukar cadar, tukar langsir dan sapu-sapu sedikit
sahaja.
"Thank you akak. Nuha lapar, Nuha turun
makan kejap ya." Nadia sekadar mengangguk dalam senyuman. Tangannya lincah
membuka sarung bantal dan cadar. Nuha cepat sahaja keluar dari bilik dan turun
ke bawah. Bukan malas, debaran buat dia susah tidur malam dan jadi tidak tahu
mahu mula dari mana. Sudah diajak Nadia sejak semalam untuk menemani dia tetapi
kakak iparnya menolak. Tambah-tambah bila di beritahu yang Noh Daniel telah
pulang untuk meraikan majlis ini. Faham situasi dan apa yang dirasai kakak
iparnya beberapa minggu ini membuatkan dia tidak memaksa.
15 minit. Nadia telah siap menukar cadar.
Langsir telah dibuka namun tidak jumpa langsir baru yang hendak dipasang.
"Nuha,
langsir mana nak ganti? Akak cari tak jumpa." Ujar Nadia sebaik sahaja ke
dapur.
"Elok
sangat kamu Nuha, patutlah senang lenang aje makan kat sini, kak Nadia kamu
yang kemaskan bilik?" Datin Nurlia sudah melenting. Nuha tersengih,
menunjuk riak tidak bersalah. Nadia cuma tersenyum.
"Takpa mama. Langsir baru ada mama? Nadia
nak ganti langsir bilik Nuha."
"Rasanya dalam bilik Danny. Mama pesan
dekat Danny beli yang baru. Semalam rasanya dia terus bawak masuk bilik. Cuba
kamu tengok dalam bilik." Senyuman Nadia termati sebaik sahaja nama itu
disebut. Riak wajah dikawal sebaiknya supaya tidak dikesan mak mertuanya. Nuha
yang sedang menyuap makanan memandang Nadia. Nuha jadi serba salah. Nuha dapat
rasakan ketidakselesaan yang dirasai Nadia sebaik sahaja nama Noh Daniel
disebut mama.
"Takpalah, Nuha ambilkan. Nuha tahu kat
mana abang Danny letak langsir tu. Semalam dia suruh ambil tapi Nuha
lupa." Nuha meletakkan pinggan kotornya di dalam sinki dan terus naik ke
atas.
"Bertuah
punya budak, macam ni perangai nak kahwin?" Datin Nurlia membebel melihat
Nuha membiarkan pinggan tidak berbasuh.
"Kejap lagi Nuha turun basuh. Mama
ni..." Nuha membalas sewaktu ditangga. Datin Nurlia menggeleng laju. Nadia
cuma tersenyum dan membasuh pinggan yang ditinggalkan sebelum melangkah naik ke
atas.
"Rajin
menantu kau Lia. Susah nak cari sekarang." Saudara mara mulai memuji. Datin
Nurlia tersenyum, bangga.
"Ringan
tulang. Kalau boleh semua dia nak buat. Samalah macam mak mertua dia ni."
Saudara yang lain menambah.
"Bila
nak kenduri diorang tu? Dah dekat tiga bulan kahwinnya kan?" Soal saudara
yang lain.
"Sepatutnya
kenduri sekali harini tapi Danny kan sambung belajar lagi. Tak tahulah bila dia
nak kenduri. Saya ikut aje." Ujar Datin Nurlia.
"Bukan
apanya... aku nengok dia macam udah berisi. Tak tahulah betul ke tidak lagi
mata tua aku ni. Kalau boleh elok le cepat kendurinya. Takut tak nyempat, anak
berderet." mereka semua ketawa mendengar kata-kata Mak Itam, Datin Nurlia sebaliknya. Dia
terdiam. Berisi? Mak Itam sudah hampir 40 tahun menjadi bidan kampung, matanya
cekap sahaja memandang hal-hal begitu. Mungkinkah?
Datin
Nurlia bingkas melangkah keluar dari ruang dapur. Baru hendak mendaki tangga,
dia bertembung dengan Noh Daniel yang sedang membawa periuk besar. Datin Nurlia
segera menahan.
“Kamu
dengan Nadia bila last bersama?”
Datin Nurlia menyoal, tidak berlapik. Noh Daniel berkerut muka.
“Dah
kenapa mama tanya soalan dalam kelambu ni?” Balas Noh Daniel.
“Sebelum
fly?” Datin Nurlia menyoal lagi. Noh
Daniel sudah memerah muka.
“Mama,
apa ni? Tak senonoh betul.” Noh Daniel membentak kecil. Mukanya memerah. Terus
sahaja dia berlalu ke dapur, tidak mahu melayan soalan pelik mama. Datin Nurlia
berdecit. Dia meneruskan langkah ke atas.
Pintu
bilik Nuha terus di buka. Ketika itu, Nadia sedang berada di atas kerusi
memasang langsir.
“Ya
Allah, Nadia... turun-turun... kalau jatuh nanti macam mana?” Datin Nurlia
menarik tangan Nadia menyuruhnya turun dari kerusi. Nadia hairan. Nuha yang
sedang memasukkan cangkuk langsir juga memandang pelik.
“Eh,
tak apalah mama. Bukan tinggi mana pun. Dah nak siap dah ni.” Nadia bersuara.
“Tak
payah, kejap lagi mama panggil Danny suruh dia yang panjat.”Ujar Datin Nurlia.
Nadia ditarik dan disuruh duduk di katil.
“Mama
nak tanya sesuatu ni... Nadia jujur dengan mama ya.” Nadia memandang Datin
Nurlia pelik.
“Ya...
okay Nadia akan jujur. Apa dia mama?”
“Nadia
pregnant?” Nadia terkejut dengan
soalan itu. Datin Nurlia dipandang lama.
“Pregnant? Taklah. Kenapa tiba-tiba mama
tanya?” Nadia kembali menyoal. Nuha juga menghampiri.
“Siapa
kata kak Nadia mengandung?” Nuha mencelah.
“Mak
Itam.” Jawab Datin Nurlia. Dia mengambil tempat di sebelah Nadia.
“Bila
last period?” Soal Datin Nurlia.
Nadia berfikir beberapa ketika.
“Kalau
ikut memang dah lewat seminggu tapi Nadia tak rasa...”
“Mama
rasa positif, esok pagi-pagi pergi klinik. Check.”
Datin Nurlia mencelah sebelum sempat Nadia menghabis kata.
“Tapi
mama, Nadia tak rasalah Nadia mengandung. Lewat period itu mungkin sebab Nadia stress
kebelakangan ni.” Nadia menafikan. Datin Nurlia seperti berharap sangat.
“Tak
apa... mama akan bagitau Danny suruh dia bawa Nadia pergi klinik esok.” Datin Nurlia
bersuara lagi. Nadia sudah resah dan gelisah. Mengandung? Biar betul?
“Nuha
jangan bagi kak Nadia panjat kerusi. Nadia, rehat. Jangan buat kerja
berat-berat.” Pesan Datin Nurlia sebelum keluar dari bilik. Wajahnya ceria
sahaja. Janganlah berharap mama, hati Nadia menjerit.
“Mak
Itam tu bidan kampung. Selalunya telahan dia betul.” Nuha bersuara setelah
Nadia dilihat termenung seketika.
“Mama
macam mengharap aje. Akak tak nak mama kecewa, akak tak rasa macam mengandung
pun.” Nadia meluahkan rasa. Nuha tersenyum.
“Macam
mana nak rasa, anak pertama kak. Tak reti lagi. inshaAllah, kalau betul,
seronoknya!” Nuha pula yang teruja. Nadia dihambat rasa resah. Nadia menghela
nafasnya seketika. Ketika itu, Noh Daniel menjengah masuk ke bilik.
“Mana
langsir yang nak dipasang?” Noh Daniel masuk dengan selamba. Langsung tiada
riak di wajahnya. Serius sahaja. Nadia pula yang gelisah dan resah. Nadia
menghulurkan langsir yang berbaki kepada Noh Daniel. Sepatah pun mereka berdua
tidak bersuara. Nuha yang memerhatikan, diam-diam melangkah keluar dari bilik,
meninggalkan Noh Daniel dan Nur Nadia berdua di dalam bilik itu.
“Mama
kata saya mengandung.” Suara Nadia. Noh Daniel yang ketika itu sedang cuba
memasang langsir terus terlepas langsir dari tangannya. Nadia dipandang tidak
berkelip. Mata mereka bersatu. Lama.
“Awak
mengandung?” Soal Noh Daniel. Barulah dia faham soalan pelik mamanya tadi.
Nadia sekadar menjungkit bahu.
“Entah.”
Jawab Nadia sepatah. Noh Daniel membelek jam ditangan. Ketika itu jam
menunjukkan hampir 12 tengah hari. Terus sahaja tangan Nadia dicengkam dan
ditariknya. Nadia yang tidak tahu apa-apa, dia menurut sahaja langkah Noh
Daniel yang sudah turun ke ruang bawah.
“Danny
nak ke mana tu?” Soal Datin Nurlia sedikit menjerit, setelah melihat Noh Daniel
menarik Nadia masuk ke kereta.
“Keluar
kejap mama. After solat jumaat kami
balik.” Jawab Noh Daniel.
“Jangan
kasar-kasar dengan Nadia, jaga dia elok-elok.” Pesan Datin Nurlia penuh makna
tersirat. Noh Daniel mengangguk dan terus masuk ke perut kereta. Nadia masih
tercengang.
“Nak
ke mana?” Soal Nadia.
“Klinik.”
Noh Daniel jawab sepatah.
“Mama
kata esok.” Ujar Nadia.
“Lagi
awal lagi bagus.” Nadia tidak membalas, mujur sahaja sempat dia menyambar
begnya bersama. Di dalam kereta mereka masih berdiam tidak bersuara. Seperti
kedua-duanya takut hendak menutur bicara.
Noh
Daniel sesekali menjeling Nadia yang diam seribu bahasa di sebelah. Cool je? Desir hati lelakinya. Pada mula
dia melangkah masuk ke bilik Nuha perasan juga air muka Nadia berubah, namun
selepas itu isterinya kelihatan bersahaja namun ada riak bersalah dan kini
isterinya hanya diam tiada kata. Wajahnya biasa, bersahaja seperti tiada
apa-apa yang berlaku antara mereka.
Nadia
memandang ke luar tingkap kereta. Dikawal sebaiknya riak wajahnya. Tak mahu Noh
Daniel rasa dia tidak selesa dan resah. Dikawal riak mukanya supaya kelihatan
bersahaja. Kepala dikosongkan supaya tidak memikirkan apa-apa yang boleh
membuat dia beremosi dan menganggu riak wajah yang dikawal sedari tadi. Kalau
dipasang pembesar suara, mahu bingit satu dunia dengan degup jantungnya yang
tidak sekata. Terasa mahu luruh dari tangkai, getar berada di sisi Noh Daniel
ketika ini selepas beberapa minggu yang menyakitkan dirinya.
20
minit kemudian mereka sampai ke klinik ibu dan anak. Nadia menarik nafas
sedalam-dalamnya. Tidak mahu berharap apa-apa. Kalau ya, dia terima. Kalau
tidak, juga dia terima. Anak? Tidak pernah terlintas lagi difikirannya.
Hubungan dengan Noh Daniel masih baru dan masih tidak utuh. Andai anak adalah
pengikat kasih mereka, kenapa tidak dia gembira?
to be continue ....
much love readers!
leave some comments ya!
4 comments:
Wow...dah ada baby..😍😍
Syahdu..kisahnya..
betul ke?
syahdu? hahaha tq sbb bc
Post a Comment