Wednesday, June 29, 2011

countdown~~~ 22 tahun kehidupan.


tak salah bukan untuk abc menunggu hadirnya hari kelahiran abc sendiri? ^^v
insyaAllah, andai umur ini panjang.
abc akan menyambut hari kelahiran abc yang ke 22 tahun pada JUMAAT ini

1st July 1989

tanggal kelahiran gadis; SITI NUR WATHIQAH BT MOHD MAHLIL
ke dunia. hasil jagaan mama, abc sehat sejahtera. alhamdulillah.

abc sangat excited menunggu hari lahir ke 22 ni.
mungkin sudah terasa tua. mungkin sudah terasa abc dah 'dewasa'.

mungkin juga, takut. sebab ibadah selama 22tahun ni tak seberapa.
terlalu banyak silap, terlalu banyak kurangnya.

mungkin sebab abc masih sendiri? hehehehe
doa yang terselit sepanjang penantian umur 22 tahun.

'moga Allah hadirkan imam yang dapat memimpin abc menuju Jannah Allah"

bukan gatal ke gedik ke.
i'm 22th years old. sudah kena fikir kan.. ^^v

kita hanya berdoa. Allah yang menentukan segalanya kan?

+++

mama dah bagi hadiah. telekung.
ada makna kata tersirat. abc faham ^^v
insyaAllah, abc akan lebih dekatkan diri dengan Allah. lebihkan ibadah.
lebihkan sujud disejadah.

+++

mungkin disaat 22 tahun ni. hadirnya imam yang dinanti? =)








Sunday, June 26, 2011

lihat diri dalam dunia yang sesak!

dengan penuh syukur, abc mulakan tulisan dengan
'bismillah'

mungkin penulisan kebelakangan ni more kepada feeling2.
i'm very sure that i am not feelingless person. hehehe

i was sat at the bus stop, waiting for Along to come and pick me.
pukul 5, jalan akan penuh dengan kenderaan.
semua kelam kabut nak balik rumah (termasuk abc!)



abc tengok banyak karenah orang. dan kadang2 ianya membuat kita ni bersyukur.
bersyukur dengan apa yang kita miliki.
kadang kita rasa kurang
tetapi tak sedar kita ada lebih sedikit dari yang laen.

kenderaan yang bersesak.
ada yang sabar
ada yang memekak dengan hon.
bodoh! tak faham makna sabar.
kenapa nak kelam kabut, hon?
don't u see? semua orang tengah bersesak, membunyikan hon hanya menambah geram anda!

masa ni kesabaran kita teruji kan?
masa ni la kita kena banyak zikrullah.
sabarkan hati.
semua ada hala tuju yang sama yakni: RUMAH!

dalam masa ini, abc juga sedar. penting nye kenderaan awam.
jika semua orang naek bus, tentunya kesibukan di jalan ni tak macam yang abc nampak.
mungkin kita masih belum ada kesedaran, dan mungkin juga kenderaan awam tu tak begitu menyenangkan sesetengah orang ^^v

dan dalam kesibukan ni juga kita boleh lihat satu benda.

kita semua setaraf. tak kesah kereta kecik besar
kereta lama atau mewah
motor kapcai atau motor jaguh.

semua melalui kesibukan yang sama
dan tak pulak yang kereta mewah diberi laluan tersendiri (layanan special!)

dari sini kita boleh ingat diri kita masing2, kita tetap sama.
tinggi mana kedudukan kita, kita tetap sama
sama pada siapa?
tentulah pada DIA

+++

hidup ni perlu belajar pada Alam kan?
lihatlah dunia, dan muhasabah diri.

kita semua sama sahaja. insyaAllah.




window live writer!

wlw mcm problem jek.
menyusahkan abc untuk update blog =.="


please help me huhuhu

Friday, June 24, 2011

sudah-sudah la abc =.="



abc gila kembali dengan bloglist ^^v

seperti sebelum2, abc akan ada masalah bila buat bloglist.
dah siap, tapi belum ada semua lagi.

kawan2 yang selalu abc jenguk belum letak.

korang nak masuk bloglist? jum!

film's review: RASUK


Along belanja abc tengok wayang harini.
along nak tengok 3 2 1 Cinta but abc taknak, coz takde sambutan kan filem tu, (kurang sambutan)

so apa kata tengok filem terbaru.

RASUK 2011

gandingan iqram dan fauziah gous.

lakonan fauziah as dirasuk mantap. walupun bila tengok diorng berdua macam tak caya diorang just kawan baek. hehehe

kisah suami isteri, baru masuk umah warisan hak milik isteri.
rumah tu dijaga oleh pak mail.
rasukan tu disebabkan dendam seorang tentera jepun kepada melati ( fauziah gous).
tapi bukan melati yang fauziah gous, melati moyang fauziah gous dulu2.

tentera jepun kan jahat, so melati ni perangkapla si ketua jepun ni (suka menoda anak dara kampung)

kisah ni banyak dedahkan ketinggian dan indahnya ayat2 dalam al quran.

best la, sedap nak tengok dan dengar bila part ayat quran tu.

cerita nya simple, okay la nak tengok.
macam ada sambungan sebab last dia macam tergantung ag, ^^v

+++

yang kurang cuma part berubat (keluarkan rasukan tu).
perlu lagi mantap ^^v

but cerita tu memang buat abc tutup telinga sepanjang masa. seram seh!!!

+++

tak sabar nak tengok transformer dan sekali lagi!!! next week!

sam banyak berlakon filem aksi, nak tunggu 8 jam ^^b


Thursday, June 23, 2011

senyap bukan lari.

maaf.
maaf buat kalian yang menunggu LIF ^^v

bukan sengaja
bukan mengada-ngada
betul2 takde masa

LIF masih dikarang
cuma sekarang abc rasa terlalu merapu.
entah bagaimana nak tamatkan kisah haikal dan zulaikha.

maaf ya?

Wednesday, June 22, 2011

senyap bukan lena.

ika

its been a while i didn't update my blog.

bukan sengaja, bukan dipinta tapi terpaksa.

dalam ketandusan idea dan ilham.

dalam kesibukan dunia yang terasa tak pernah habis.

Alhamdulillah, abc kembali menguntai kata dan bicara.

Alhamdulillah abc masih bernyawa untuk meneruskan penulisan di blog ABC ini.

+++

senyap bukan bermakna abc lena.

lena dari mengamati dunia, karenah dunia.

banyak yang hendak dikongsikan, tapi masa seakan mencemburui abc.

tapi mungkin kali ini akan dipautkan sedikit kesah sepanjang kehilangan abc.

+++

Alhamdulillah, abc berkesempatan bertemu rakan sekolah lama (SAINA) hujung minggu lalu.

sangat hepi, sangat seronok. rindu pada mereka terubat!

insyaAllah, abc akan update beserta gambar.

tak berani nak janji takut macam dulu, tak dapat nak tepati.

+++

AKU SENYAP BUKAN LENA

syukur-allah

abc kebetulan melihat satu nikmat syukur seorang insan.

sangat kebetulan. Allah yang telah tentukan.

abang abc nak keluarkan duit. CIMB yang dekat ada aje masa dia nak ambil abc dekat pekan rabu.

tapi sebab silap jalan, kami terpaksa ke tempat yang jauh.

dan di situ abc melihat seorang hamba Allah yang sangat mensyukuri nikmat Allah.

hamba Allah itu, mengeluarkan duit dari ATM, tak seberapa, hanya RM40 sahaja.

dikucupnya resit ATM, mungkin masih ada lagi wang di dalam bank. mungkin bersyukur masih ada lagi simpanannya.

abc terfikir sendiri, abc sentiasa mengaduh sedih bila rasa kesempitan.

melihat si hamba Allah tersebut, abc malu sendiri.

abc patut bersyukur. abc masih senang ke mana-mana, tak perlu payah berjalan seperti dia.

kenapa abc masih perlu mengaduh bila terasa tersempit sedikit??

Allah masih sayang abc dengan menyedarkan abc, betapa abc patut bersyukur.

abc masih ada apa yang patut ada. ada lagi yang merana dan terseksa.

masih ada lagi yang teruk diduga. abc patut bersyukur!

“duhai hamba Allah, abc doakan moga kehidupan anda sentiasa dipermudahNya, dipermurahkan rezki kepadamu. Amin”

++++

ika2

kadang manusia(abc) mudah lupa. bila senang, susah nak syukuri nikmat.

bila susah tercari-cari mananya rahmat. Allahuakbar!

kadang terlalu gembira, kita terlupa Tuhan yang memberikan.

bila kesedihan melanda, kita persoalkan mananya kebahagiaan.

kenapa ya?

+++

andai diberikan kesempatan, abc nak berbual dengan hamba Allah tu.

jauh dia berjalan melintas jalan, geraknya tak seberapa sempurna tapi gagah dalam payah.

hendak abc tanya, bahagiakah dia?

apakah rahsia?

abc mahu sedarkan diri ini yang lena dalam nikmat yang penuh, tak sedar diri bertuah!

 

+++

indah bila kita bersyukur ^^v

 

p/s: moga diri ini mensyukuri apa yang ada!

Sunday, June 12, 2011

sayangnya… anak bangsaku~2

bismillahirrahmanirrahim.

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

ini kali kedua, naluri tanggungjawab dan kasih abc pada anak bangsa abc tercuit.

alahai anak bangsaku. apa kamu nak jadi di masa tua mu kelak?

+++

remaja

kejadian ini berlaku pada hari khamis minggu lepas.

abc turun ke kedai makan yang paling murah dan sedap dipekan Alor Setar. ( Alor setar dah mahal makanannya!)

kami tak dapat elaun untuk LI, jadi kena la pandai jimat duit mama.

alhamdulillah, harini dapat makan free di opis. jadi turun minum2 ajelah.

sedang asyik bersembang. tumpuan kami dicuri oleh 6 orang budak lelaki yang baru berusia antara 11 hingga 13 tahun.

susuk tubuh yang kecil dan suara yang masih belum pecah, memang mencuit hati abc, sebab abc terkenang adik bongsu abc dirumah.

kenapa mereka ada disini? kemana mereka pergi?

mereka bukan berduit, takde duit pun.

hati abc sedih sangat bila mereka berenam berdiskusi tentang duit masing2, bukan tanya berapa ringgit, hanya bertanya

“ berapa kupang hang ada?”

jelas nyata, mereka bukan dari golongan berada atau ber’ada’

sedih lagi bila mereka hanya memesan air kosong (RM0.20)

lagi sedih bila melihat mereka disitu.

remaja3

mana ibu bapa mereka? kenapa dibiarkan mereka disitu tanpa pengawasan? tahukah ibu bapa anak anda disitu?

abc ujarkan apa yang abc rasa pada kawan2, mereka kata, apa nak dikesiankan?

kami turut terbawa untuk berdiskusi, kenapa dan kenapa?

salah siapa sebenarnya?

abc tak ada jawapannya. balik cerita pada mama, mama juga sedih!

kawan bertanyakan umur mereka, jawapan yang keluar agak kasar.

dah mula nampak bagaimana mereka 2 3 tahun kelak jika tak terus diawasi.

mungkin jadi seperti remaja yang abc kisahkan sebelum ini

SINI

+++

abc sedih:

1. apa akan jadi pada mereka?

2. apa akan jadi pada masa depan mereka?

3. boleh tercapai cita-cita sewaktu naifnya mereka?

4. kenapa hal ini boleh berlaku?

+++

remaja2

buat ibu bapa:

1. salahkan diri andai anak anda diantara mereka.

2. jangan salahkan mereka, tapi diri anda wahai ibu bapa! anda yang mencorak mereka.

3. penuhkan diri anak anda dengan ilmu dan agama, moga mereka tahu buruknya jika mereka antara mereka2 itu.

+++

buat anak bangsa dan juga diri ini:

1. akal kita ada. kenapa perlu dipersia?

2. akal kita Allah kurnia. kenapa tak guna?

3. Ilmu Allah itu luas, seluas semesta, kenapa tak endahkannya?

4. Pandanglah terus ke depan, indah atau buruk masa depanmu?

5. ingatlah ibu dan bapa, dalam setiap tindakkan kita.

 

++

 

teringat kata2 seorang, andai diri kita lemah dan tidak mahu mengingat DIA. ingatlah ibumu yang melahirkan.

 

 

: gambar hanyalah hiasan sahaja, dari mr.Goo

Saturday, June 11, 2011

hilang.

abc dah lama tak update.
pe cer?

banyak cerita nak story ni. tapi tak berkesempatan
balik keje penat aje. huhuhu

LIF? kenapa tak publish lagi kat penulisan2u ye?
erm...


takpe lah. tunggu ye ^^v

Monday, June 6, 2011

cuak + tenang?

cuak?

lecturer mesej kata nak menyelia tadi.
abc dalam meeting. setengah jam kemudian baru baca.
cuak weh!

tapi oke je. Dr Khata kan sporting ^^v

hope he enjoying his visit at Kedah today!

tenang?

he said that, "tenang je kedah ni."

yup, kedah and johor sangat berbeza.
kedah tak sebizi johor
dan jalan kedah tak seluas or panjang (like highway) macam JB.
^^v

tapi makanan kedah sama je mahal macam johor. =P

+++

harini banyak kerja!

Sunday, June 5, 2011

hidung kegedikkan!


alamak!
apasal pulak idung ni.. tersumbat.
gatal-gatal

tadi makan nasi lemak ayam n milo ais aje.
mesti kes ayam tak sehat ni.

aduh! kalau kat rumah it is okay la.
but now i'm at the ofis!

hidung-hidung-hidung
kenapa engkau gedik?

atoi!

Love is forever ~ 24i

LOVE IS FOREVER

“ Sedap jugak tomyam tadi kan..” Kami duduk ditepi kereta sambil melihat beberapa keluarga asyik mengambil gambar dipokok-pokok yang ada lampu tu. Malam-malam depan masjid Zahir ramai sangat orang. Bukan ke Masjid tapi ke depan masjid. Erm..

“ Sayang masak lagi sedap” Aku mencebik. Pandai sungguh ambil hati. Haikal memeluk pinggang aku disisinya.

“ B semua sedap..” Haikal ketawa kecil.

“ Asal isteri B masak, pergh! Tip-top!” Ujar Haikal dengan gaya yang menunjukkan bahawa masakan aku memang sedap sangatlah. Aku hanya ketawa kecil.

“ So.. Zu dah tak sabar ni..” Haikal memandang aku yang tersenyum sendiri.

“ Tak sabar apa?”

“ Hey.. kan kita keluar ni sebab B nak bagitau semua kan.. kan.. kan..” Aku memandang wajahnya penuh mengharap.

“ Okay-okay.. ehem.. test mic 1 2 3..” Haikal cuba bergurau. Aish!!..

“ Ala..cepat la..”

“ Sayang, mikrofon rosak la..” Ujar Haikal selamba, sambil tersengih.

“ B ni.. tadi siang cakap nak cerita. Tak nak sudah! Jom balik..” Aku tak suka dipermainankan seperti itu. Aku melangkah masuk ke dalam kereta. Hilang terus mood aku yang okay. Haikal masuk ke kereta. Kami senyap. Aku tak mahu pandang dia, aku rasa benci! Tanganku ditariknya, digenggam erat.

“ Sayang ingat tak waktu sebelum kejadian yang memisahkan kita? KLCC..” Haikal mula bersuara. Tanganku yang didalam genggamannya dikucup mesra.

“ Ingat.. sangat ingat.. B curang dengan Zu.. B dengan Alisya.” Aku cuba menarik tanganku yang berada dalam genggamannya.

“ Zulaikha sayang, how many time i have told you, B tak curang, tak pernah! Semua tu salah faham.” Haikal menegaskan kebenaran, aku mengeluh. Aku pandang wajah Haikal, dari matanya aku tahu dia berkata benar.

“ Okay-okay, sorry for that, now explain the whole things and don’t even miss a thing.” Haikal mengangguk.

“ Masa tu Zu merajuk dengan B, Zu mula bersikap dingin, B tak tahu kenapa, dan B rasa Zu dah mula tahu tentang B dengan Alisya, sebab waktu tu Alisya mula mengganggu hidup kita. Zu dah tau eh?” Haikal mengeluh perlahan. Bukan mudah kita nak merungkai kisah sedih dan duka lama, seksa!

“ Masa tu Zu dah banyak kali bukak handphone B, banyak mesej dan call dari Alisya. Zu, pikir B sayangkan Zu, rupanya B masih sayangkan tunang lama B. Zu terasa dipermainkan, rasa diperbodohkan.” Masih aku ingat mesej-mesej Alisya dalam inbox mesej Haikal. Hati aku remuk, aku terlalu mencintai suami aku,tapi dia...

“ Tapi Zu tak pernah tanya B pun..”

“ How? Macam mana Zu nak tanya, Zu sendiri sedar diri Zu ni siapa disisi B, Zu hadir terlalu pantas, dan Zu tahu cinta pertama B Alisya, dan entah ada sayang B untuk Zu ke tak Zu pun tak pasti..” Haikal memusingkan tubuhnya menghadap aku yang mula tertunduk di sisinya.

“ You’re my precious wife. I love you with all my heart. B ingat Zu tahu tentang tu, Alisya dah takde dalam hati B. Yes she is my first love, but Zu cinta paling berharga bagi B, cinta terakhir B, cinta syurga B..” Aku terus memeluknya setelah kata-kata itu keluar dari bibirnya. Haikal tersenyum. Kalau isterinya percaya dan yakin cinta dia dari dulu, mungkin mereka tak terpisah. Allah ada rancanganNya sendiri.

“ I’m sorry… tapi kenapa B sendiri tak cerita kat Zu? Kenapa abang teruskan sampai lepaskan Zu?” begitu banyak persoalan aku lemparkan padanya. Haikal mengusap belakangku perlahan. Ditolaknya tubuhku perlahan, air mata dipipi disapunya dengan jemarinya yang kasar.

“ I’ve tried. But I’m not too brave to facing you about this matter. Ingat tak, masa Zu pergi KLCC, B ada call, tapi sayang tak jawab, B mesej, B suruh balik rumah kita kat KL tu. B tunggu Zu tak balik. Zu balas Zu kata Zu nak balik Kedah terus. B tak tahu nak buat apa, B ingat kalau Zu balik, B akan cerita semua tapi tak sempat, Zu dah Nampak B dengan Alisya. B takut sangat waktu tu, B tau B akan hilang sayang dan ia berlaku.” Haikal meraup wajahnya. Begitu beratkah?

“ What matter? Zu tak jelas ni..”

“ Alisya kembali pada B sebab dia pregnant. Mula dia tak cakap. Then bila B tak nak dia kacau B dan sayang, dia mula buat macam-macam, sampailah dia merayu-rayu dan cakap dia pregnant. B tolak juga, B takde kena mengena dengan baby yang dia kandung tu, dia marah, dia kata kalau B tak nak kembali dekat dia, dia akan gugurkan baby ni. Mula B buat dek aje dengan ugutan dia, tapi bila balik rumah, B jadi terfikir-fikir baby tu. B macam resah semacam. B nak cerita dekat sayang, tapi B taktau macam mana.” Haikal mengeluh lagi.

“ Ada hikmahkan.. kalau B cerita mungkin Zu akan halang B kembali pada Alisya sebab baby tu. Kita takkan ada Asyaaf.” Aku tahu, aku pasti akan menghalang Haikal dari jadi pak sanggup. Haikal mengangguk perlahan.

“ Zu betul takkan bagi B kembali pada Alisya walaupun sebab baby tu?” soalnya.

“ Mungkin, kalau ikut kewarasan fikiran remaja berumur 20 tahun that time, Zu mesti tak bagi B jadi pak sanggup, Ummi pun mesti tak bagi jugakkan?”

“ Mungkin..” Balasnya ringkas. Aku menyandarkan tubuhku.

“ B… Kenapa B sampai ke US?”

“ Alisya betul-betul penipu. B bawak dia jumpa Ummi dan Baba. B cakap B nak kahwin dengan dia lepas dia selamat bersalin. Ummi marah sangat. Ummi kata dia dah tak kenal anak dia, Haikal dah hilang. B diam aje. B tak pernah tengok Ummi semarah tu. Baba senyap tapi B tau Baba marah. Seminggu kemudian, Alisya lari ke rumah kakak dia kat US. B mintak izin Ummi dan Baba, B taknak menyesal kemudian hari, B takut Alisya gugurkan baby dia kat sana. Tapi bukan Alisya yang B jumpa, tapi Zulaikha Azra, pemegang cinta Haikal. Setia melindungi hati Haikal sampai ke US.” Haikal mengucup pipiku, aku terkedu dengan perbuatannya yang pantas.

“ Ibu ada cerita yang Zu menangis dan murung lepas penceraian kita, B tahu Zu terseksa. B tersilap langkah, B buat silap paling besar dalam hidup. Masa kat US, B dah nampak kelibat Zu, tapi takut salah, tiba-tiba nampak Zu jatuh, B terus meluru pergi dan betul memang Zu. Zu pucat sangat. B dakap Zu erat-erat. B salahkan sayang, B lepaskan sayang.. Sayang marah B, Sayang benci B.. B tahu salah B, dan masa B peluk Zu, B janji yang B akan buat Zu kembali pada B dan takkan menangis lagi.” Tangannya yang berada dipipiku aku genggam.

“ Zu sayang B…” Air mata ini sungguh murah buat dirinya. Haikal menyeka air mataku dari mengalir.

“ B suruh Dr.Hafizah kuatkan hati Zu. Suami Dr.Hafizah, Daniel kawan B, Dr. Hafizah sekampung dengan B, sebabkan fitnah dia dibuang orang kampong. Daniel kebetulan dating homestay kat situ tolong selamatkan Hafizah, dia larikan Hafizah ke US.” Patutlah dulu Dr.Hafizah kata kisah dukanya lebih kurang sama. Sama-sama larikan diri kerana terluka.

“ What happen to Alisya and Asyaaf kat sana?” aku soal kembali setelah lama kami melayan rasa.

“ A week after B kat sana, kakak Alisya call dan cakap Alisya selamat bersalin. B pergi hospital, hanya ada Asyaaf. Alisya dah lari sebaik bersalin. Lari bersama kekasih baru yang dia kenal dekat airport. Kakak Alisya kata, Alisya tak susukan Asyaaf pun. Alisya just pesan, kalau Haikal tak nak jaga, bagi aje anak dia dekat siapa yang nak..”

“ Jahatnye… poor Asyaaf. But luckily he has you as his father.”

“ And you as his mama…” Kami ketawa.

“ B sayang sangat dengan Asyaaf ye..”

“ Yup. Masa pertama kali B sentuh dia, terasa something yang sejuk macam angin menghembus dekat hati ni. B azan dekat telinga dia, tapi B dengar gema azan B macam untuk semua. B tau, Allah telah hadiahkan sesuatu yang tak ternilai dekat B, dan B dah dapat hikmahnya kehadiran Asyaaf.” Haikal tersenyum.

“ Hikmah? Apa?”

“ You.. sebab Asyaaf kita kembali bersama.. kita kembali menguntum cinta lama.” Haikal merapatkan wajahnya dengan aku. Bibirku yang kering disentuhnya dengan bibirnya yang basah. Aku terkejut dengan reaksinya, tapi aku terbuai dengan tindakannya. Lama.

“ B.. dalam kereta ni..” aku mula menjauhkan wajahku. Haikal ketawa kecil.

“ Eleh, sayang suka je.” Aku merona merah. Haikal ketawa lagi.

“ B memang nak kembali pada Alisya?” Aku soal lagi.

“ sayang.. tak habis lagi..?”

“ Nak tahu.. last-last..” ujarku dengan menunjukkan peace.

“ erm… bukan kembali sebab dia tapi baby. Bukan kembali tapi tolong. B takkan kembali pada dia. B tak bodoh dengan cinta dia. Tapi dengan Zulaikha Azra, B jadi gila.” Haikal sekali lagi nak menciumku. Aku halang dengan menekup bibirnya dengan tanganku.

“ B!.. ngada-ngada!..” Haikal ketawa besar. Aku cuba cubit lengan dia, dia tepis, aku cuba cubit paha dia, dia tepis. Aku merajuk, Haikal cubit pipiku, kuat!

“ B!! sakit tau tak..” aku pura-pura menangis. Haikal kalut.

“ Sayang.. sorry.. its hurt you?” aku tundukkan muka. Haikal cuba menarik mukaku untuk dilihatnya. Aku elak. Bila dapat peluang, yahhhh! Aku dapat cubit perut Haikal!

“ Aduh..”

“ See my pipi, dah merah. Padan muka B..” aku menjelir.

“ Zulaikha Azra, jarimu ibarat pedang. Macam kena tusuk pedang je ni..” Aku ketawa. Over!

“ Siapa suruh cari pasal.?”

“ Sayang yang mula… dah ni, B takleh drive dah..” Haikal merungut. Buat comel boleh!

“ Eleh.. tak mati pun la.. over la B ni..” Haikal mencebik. Aku ketawa. Kini kami kongsi bahagia. Tapi mungkinkah bahagia ini selamanya? Masihkah ada ribut duka tika panas bahagia ini?

Saturday, June 4, 2011

cinta si LIDI ^^v

sorry sangat-sangat kepada pembaca setia LIF.

abc ada masalah sikit dengan novel tu, insyaAllah, dalam minggu ni abc akan post episod terbaru. =)

jom usha, cerpen baru ebc, i’ll post it soon!!

abc ter’rajin’ sikit, cerpen ni ala-ala komik sikit.

+++

watak-watak utama cerpen: CINTA SI LIDI

lilly

NORLAILI BT MURAD

diddy

MUHD ZAIDI BT OTHMAN

+++

abc dah siap melukis. tak sabar nak post ^^v

LOVE U’OLS!

Friday, June 3, 2011

aku jatuh cinta!

maaflah, abc jatuh cinta lagi.

meet him who make me smile to the ears!

i can’t stop myself from smiling. i laugh alone when i see his pictures!

i love u lah…

^^v

jom tengok pakwe abc <3

siwon4

your smile. ^^v

siwon2

your face. ^_^

siwon

your happiness ;)

siwon3

your coolness =)

u make me love u more and more!

+++

ni kerja orang takde kerja.

but, apa yang abc tulih tu betul, tengok siwon, abc akan tersenyum aje. why?

he so handsome.

p/s: lelaki korea memang ensem, tapi tak cebok. =.=”

Ingin memilikinya,biar payah.

ayat over aje kan.

ni sekadar meng’update’ blog yang bersawang ^^v

nak tahu apa yang abc nak sangat2?

mungkin orang lain dah ada, tapi abc belom.

abc taknak la mintak kat mama, nak ada benda2 ni dengan keringat abc ^^v

nak1

my car, abc paling minat KENARI, taktahu nape, tapi minat, bila dah besar sikit ni, otak pikir famili.

so, abc terjatuh hati dengan MPV. Alza paling oke and jimat yang abc survey. (sebab abc minat cherry!)

kat UTM ada student dah pakai, jeles, tapi its oke nanti abc pakai gak hehehe

nak2

dslr, Nikon la paling best. ramai kawan dah ade, abc? huhuhu one day, ada lah kan3

abc suka bergambar dan amek gambar. ^^v

nak3

abc tak minat sangat dengan handset a.k.a telefon bimbit, even iphone4 mengujakan!

but abc lai suka HTC kut ^^v

yang ni orang bagi hadiah pun wokeh gak.

nak4

yang ni abc nak, dia kecik and comel. abc sayang Mr.Dell abc, tapi Dell utk kerja buruh, yang ni utk kerja2 santai, senang nak usung. abc dah tengok masa PC fair,^^v nak! khas untuk menulis karya2 abc dan blogging!

naksangat

ini yang paling nak! abc nak satu famili abc ada kat situ. nak pergi satu famili. ^^v

yang lain2 tak dapat xpe, asal yang ini dapat. Allah daku mahu ke sana!!!

+++

abc tak semaju orang lain dalam teknologi, mungkin kurang mendedahkan diri kepada teknologi, mungkin juga abc susah nak dapat, so sebab tu abc malas nak amek tahu. hehehe

dunia-dunia

hehehe

kering otak.

no idea
no idea
no idea
no idea

my brain dah kering. drying!

tolong basahkan?
pleaseeeeeeeeeeeeee

Haikal dah merajuk. Zulaikha lari. Asyaaf asyik menangis.
pening!

+++


reminder: ni gara-gara, LIF tak kuar ag kat Penulisan2u. =.="

Thursday, June 2, 2011

teruskan berkarya, walau kalah!

hai guys!

tau tak abc pernah tandingkan cerpen " CINTA SKODENG" dalam satu contest blogger anjur.

tapi kalah =.="

dia kata karya, tapi yang menang sajak je (ayat org kecewa, hehehe)

it is okay. ^^v

adat pertandingan.

tadi abc join lagi. yang ni baru buat, puisi je, puisi seminit.
sebab idea nak buat tu abc amek masa seminit. (pakai tulis.hihihi)

bukan cincai. karya mana leh cincai, tak jadi punya.
abc taknak tangguh, nanti lupa nak join. mana tau ada rezeki =)

+++

korang nak join?

klik sini

AIEN

+++

ni puisi yang abc tandingkan. (sesuai sebab tengah kecewa)

MAAFKAN AKU KERANA MENCINTAIMU

nasib kau MAKCIK TUA je!

sabar manusia ada hadnya.
dah lama tak rasa bengkek macam ni.

nak tau abc marah macam mana. (kalau kenal rapat^^v)
abc akan terdiam untuk suatu tempoh masa. hinggalah marah tu padam dengan sendirinya
diam. sebab pikir ayat yang patut keluar masa tu tapi kita senyapkan.

al kesahnya:

mak cik a.k.a tuan rumah sebelah.
tetiba pulak kata pokok mempelam kat depan umah dia punya.
that time adik abc atas pokok, ambil

bayangkan dah bape tahun kami dok umah ni.
dah bape tahun makan mempelam tu.
boleh arini dia kata " tak mintak izin, tak baek makan"

setiap umah ade pokok mempelam, selamba dek kata pokok dia
dia tanam? dia siram? dia yang sapu daun2 gugur?
semua orang yang dok dekat umah ni dok makan buah tu gak.

MAKCIK CAKAP MACAM MAKCIK YANG DOK JAGA POKOK TU

geram!
lepas tu pegi jaja satu taman. eleh MAKCIK, orang yang makcik dok kepoh bagitau tu, dia lagi awai lahap semua buah. apa kami tanam dia lahap.

abc benci semua orang dekat taman ni.
TALAM TAK CUKUP MUKA.

+++

call mama:

" Ma, dia kata tu pokok dia, tak mintak izin, takleh makan."

Ma: amboi sedap dia ja. ada la tu dok kepoh ngan dia. biaq ja.

" Ma, cepat balik, kita TEBANG pokok tu!"

Ma: Okay2, memang nak tebang pun.

^^v
+++

dah lama suh ma tebang, banyak semut dan dahan dah buruk.

macam nak campak aje semua buah tu kat muka dia. macam lahap sangat! kami yang jaga, bukan dia yang dok mai sapu petang2 pun.

makcik tu jeles, sebab takleh panjat pokok dan dapat buah besar.



why?: pakcik (laki makcik senget) tu diam aje, nampak sgt dia malu ngn kata2 makcik senget tu. =P


kalau pisah kena nangis?

*mood: sejuk gila aircond opis!*

+++

abc just nak bertanya. kalau kita berpisah, dengan bf or gf. perlu kah kita menangis?

kalau perlu kenapa?
mengapa?

tolong bagitau saya ^^v


Wednesday, June 1, 2011

Ukiss?




a Kpop group.
pasti akan menggegarkan malaysia.

dengar Hotfm ni, banyak benda2 yang berlaku kat malaysia abc tau.
hehehe
ni pun sebab dok opis, baru dgr radio, kalau kat umah tgk tv aje.

lagu2 baru pun abc tau bila dgr hotfm.

++

UKISS

abc suka tengok dramo korea, tapi tak kenal sangat actors and actress nye.
^^v

lagu2 diorang?
dengar yang best okay la.

haa..yang best. lagu Ukiss ni sedap didengar.

jom layan..






FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders