Monday, January 31, 2011

sorry.. abc tak lupa, tapi tak sempat!

assalamualaikum.

cuba tengok followers abc.. ramai kan.. dah 4++

maaf-maaf-maaf

inilah kekurangan seorang kawan maya, iaitu abc
abc kata nak bagi award dekat follower ke 424.. huhu
sekarang dah berapa dah pun kan..
ada antara korang yang abc belum memfollow. sori lagi ye kawan.

+++

lagi satu. abc maseh belum dapat feed back dari cik eyqa, samada beliau dah dapat atau tidak hadiah teka karipap.. huhu.. abc nak tau, kalau belum dapat, abc akan ganti dengan topup dengan nilai yang sama.

abc dalam merangka contest yang baru =)

harap cik eyqa boleh bagi respon ye.. thanks and sorry!

berat naek 10kg!!!

aiyak!!



taknak la naek berat badan.. naya~~
ni lah kesan balik rumah.. semalam sampai sepinggan nasik abc bedal. tengah hari tak makan dah.. sebab over kenyang huhuhu..

malam pulak, masa on the way pegi umah amir, beli nasi lemak bungkus, 2 bungkus abc bedal. malam insaflah. tak makan nasikkk.. huhuhu

pagi ni.. sebungkus setengah nasi lemak.. huaaa~~ gile gemok!!!

tak boleh jadik.. boleh naek 100kg kalau macam ni.

sedih!

+++

mama and adik kata abc dah nampak kurus sikit. so. diet lah!!!
jaga perot jangan bonciittt!!

insaf la makcik…

moga kisah dia menjadi iktibar.

taubat

makcik ni jiran tetangga abc. dulu sangat baek dengan mama. jiran yang laen dah nasihat mama, jangan rapat sangat dengan dia. mama pulak, jenis yang biar aje.. senyap aje orang kata apa. hari demi hari. tiba-tiba makcik membawa fitnah pasal mama. mama berhutang dengan dia la, ambil beras dia tak bayar (so pelikkan..)and macam-macam. anak perempuan dia yang baru 13 tahun, akan maki-maki mama bila mama keluar rumah, sampai mama dah malas nak bertentang muka dengan diorg, yelah bila nampak mama, dia akan maki-maki mama kuat-kuat, malu dekat jiran yang laen.

taubat_tasbih

(abc penah marah balik, sebab bengang bila dia tunjuk ‘fuck’ kat mama.. but later abc terasa bodoh, yelah bergaduh dengan orang bodoh! buat kita pun macam takde otak jugak)

sabar-sabar-sabar

mama sangat sabar, tapi abc tau hati dia terluka.. kadang mama marah, abc pernah tanya mama, betul ke tak apa yang diorang kata.. (walupun tau tak logik, bukannya makcik tu datin yang kaya…erm!) mama just kata, mama ada anak-anak yang jaga.. mama takde nya nak mengambil duit orang, gaji ma lagi beribu dari dia..

orang kat sini kata, makcik tu jeles.. sebab ma leh bawak kereta, hujung minggu pegi jejalan merata (along yang bawak.. kalau mama aje tak de jalannye.. huhu)

harini bila aje sampai rumah.. adik cerita.. makcik tu dah dapat balasan dia. sekarang dalam wad.. mama just kata, suruh dia muhasabah diri dia..

moga dia bertaubat.

abc ambil ni sebagai peringatan diri sendiri.

taubat2

Sunday, January 30, 2011

selamat pulang ke kedah~~

alhamdulillah.

tepat jam 8.00 pagi abc selamat sampai kedah, lega.. agak takut jugak bila nak bus. tambah-tambah malam tadi hujan tersangat lebat. tak nampak jalan, bus pulak laju. beberapa kali jugak brek mengejut.

bila dah lepas SP dah lega.. tapi 10km aje lagi before sampai alor setar, kipas bus macam tersekat something, mujur bus tak rosak apa-apa, kalau tak kena la along amek abc kat situ. =)

+++++

apa rancangan masa cuti korang?

abc taktau nak buat apa, ingat nak melepas rindu bersama famili. rupa-rupa nya famili semua busy. mama tak cuti.. angah and famili balik kelantan, adik abc ikut dia. erm. terperuk kat rumah? no way!

3hb februari. abc dah ajak kawan sekolah, siapa lagik kalau bukan AQMAR (blog nota2 hidup tu..) kami nak pergi melawat cikgu sekolah, terlantar sakit kat hospital. katanya cikgu kena kanser lidah. moudah2an cikgu sembuh. korang doakan ye. cikgu khai, walaupun tak mengajar abc, tapi dia sangat baik. =)

cikgukhai

okay. tu kisah 3hb.

ape cer ngan 31hb.. 01hb.. 02hb??

oh! tidakkkkkkkk

korang ada untuk teman abc?

Saturday, January 29, 2011

blog adik abc^^

jum follow blog adik perempuan shaye.
lagu apew yang terpasang shaye taktao.
tapi shaye cangat shuke!

http://saiamacekgyla.blogspot.com/

(abc menggunakan cara penulisan kanak-kanak remaja era 2011)

abc yang suruh dia berblogging. and hope dia aktif berblogging, sebab abc rasa berblogging is better dari main facebook yang katanya nak ditutup (cinta sangat terpengaruh dengan berita ni^^)

berblogging membolehkan kita dapat berita yang sangat pantas tau. ^^, so kita takkan ketinggalan la daripada gossip terkini dunia. hehehe

+++

follow jum!

kembali menulis...

assalamualaikum.

alhamdulillah. cuti penggal semester 1 telah bermula. walaupun hanya seminggu sahaja, tapi tetap cuti dan kita mesti la bergembira. hooooyeee!!!

abc akan kembali menjejak anda semua. tapi bukan harini sebab! abc maseh di UTM. broadband susah nak ngajak dia pegi jejalan blog orang. huhuhu so.. mama i miss ur TM broadband.. so lajuuuuu~~~

onion_gifs_emoticons-06

bila tulis tajuk entri kembali menulis. abc teringat novel dan karya amatur abc. hehehe. korang yang selalu baca blog abc mesti tau kan, abc sangat suka menulis. ada je kertas and pen. mesti nak menulis aje. minggu ni jiwa kacau, sebab nak balik rumah.. so bila kelas teori menjelma dan membosankan, abc mula la nak berkarya (sangat tak berkat! huhu maap Dr.)

~~ kadang cinta hadir bagai angin yang menyapa, tak diri sedar tapi rasa ketenangan dan kedinginnya~~

ye.. cinta datang senyap sahaja, hati berdebar, rindu mula bertamu.. bila tengok orang yang kita suka mesti nak tersenyum.. dunia rasa indah. hidup rasa terisi tak kosong. ^^,

betapa kuat penangan sebuah cinta…

DSCF2468 

*gambar cun kan.. ade gaya model tak?? hehee*

 

~~aku tak percaya cinta sejati tapi cinta ada.. itu pasti~~

cinta sejati tu bila dah kahwin eh???

abc tau cinta abadi.. CINTA ILAHI =)

+++++

kolej dah sunyi, students ramai yang dah balik. abc malam ni naek bus. kedah wait for me ya!!!

~~tak terkhabar oleh hati gambaran rindu yang bertamu~~

+++++

DSCF2421

ada tunggu sambungan LIF??

jum baca sambungan dia.. ^^,

http://www.penulisan2u.my/2011/01/novel-love-is-forever-6/

Monday, January 24, 2011

so crazy with Boys Over Flower ^^,

at first abc tak minat nak tengok pun sebab! abc dah tengok jepun nye BOF, Hana Yori Dango.. but minggu lepas abc tengok semua episod.. huwaaa.. jatuh chenta lagik!!! korang mesti dah tengok kan. tapi abc yang baru tengok ni sangat gila dengan actors yang kacak dan tampan.. and watak gaya diorang.. sangat lah suweetttt!!! jom usha si kacak yang paling abc gila =)

200px-KimBum.03

kim bum

dalam BOF dia sebagai, So Yi Jung.

geng F4, dia ada masalah family sikit. kecewa dengan cinta pertama yang dia taktau salah dia sendiri. but kawan Jan Di sangat sesuai dengan dia. diorang sangat cumel!!!

umur dia sama abc, besday die pada bulan yang sama dengan abc ^^

  • Name: 김범 / Kim Bum
  • Real Name: 김상범 / Kim Sang Bum
  • Profession: Actor, model, and singer
  • Birthdate: 1989-Jul-07
  • Height: 181cm
  • Weight: 63kg
  • Star sign: Cancer
  • Talent agency: EYAGI Entertainment
  • Family: Younger sister, brother, and cousin/singer Jini

>>>>>sebab dia dah ada awek.. so abc tak gila la sangat.. hehehe

abc gila sangat dengan Soo Woo Bin, anak ketua mafia Korea. ^^ dia takde awek dalam BOF. he so cool. and agak depress dengan menjadi anak ketua mafia. but i loike.. hehehe

KimJoon 

hensem kan3.. tapi bahagian mata die agak tak cantik (dalam BOF leh nampak)

abc terjah2 pasal dia, and dia sangat rajin belajar. dia tengah study lagi sekarang. huhuhu.

  • Name: 김준 / Kim Joon (Kim Jun)
  • Real name: 김형준 / Kim Hyung Joon (Kim Hyeong Jun)
  • Profession: Singer and actor
  • Birthdate: 1984-Feb-03
  • Height: 183cm
  • Weight: 64kg
  • Star sign: Aquarius
  • Blood type: O
  • Talent agency: 2step Entertainment

 

abc suka watak dia, walaupun tak banyak, tapi dia cool. tunggu jugak awek dia muncul. mesti ag cute kan3..

abc agak tiada kerja kut ( berlonggok tu..) sebab sempat cari pasal diorang.. hehe..

abc tengah gila dengan diorang kut.. esok2 tukar lak.. hehehe

sapa yang belom tengok leh la tengok. syiokk!!!

 

++++

 

handsome kan pelakon korea?

=)

Sunday, January 23, 2011

sedap sungguh! tapi penat...

perjalanan ke kluang dari JB memakan masa selama 1 jam. ^^
tapi diorang ni pecut gile, so kejap je la dah sampai. huhuhu
highway ke kluang ni macam dah didominasi oleh lori dan bas, so sangat banyak dan laju. bahaya siot!

++++

  • perkara pertama yang dibuat semalam lepas aje sampai kluang adalah: ROTI BAKAR! yummy! jangan lupa, nasi lemak die yang enak banget!!! air kopi ais yang...menenang jiwa. sunggoh lazat ^^
  • kemudian kitorang terus ke nursery yang ada, oh! auntie, you sungguh baek.. dapat murah and dapat pokok free.
  • kami pergi banyak nursery tapi yang best hanya 2 nursery, yang pertama and last. yang last orang melayu.. banyak jugak pokok yang kitorang beli. =) murah3..
++++

lupa lagi nak snap gambar kat kluang railcoffee, huhu.. gambar kat nursery ada la.. nanti abc upload, ^^,

Friday, January 21, 2011

cheat day! yeah!

bila sebut cheat day.. bukan bermaksud hari nak menipu sesiapa.
ia bermaksud menipu diet anda!
hehehe

sebabkan esok abc akan ke kluang, mencari pokok2 herba, kami akan terus sarapan di railway coffee.. yeah! roti bakar yang enak banget!!!

so. esok abc akan makan roti setelah sebulan lebih tak makan!!! yeahaaa!!
ini sebab roti bakar kluang yang amat sedap! pergh! tak sabar gila nak pegi esok. yum3

tujuan nak beli pokok akan terpesong 30 darjah. hehehe

semua kerana penangan ROTI BAKAR KLUANG!!!

+++

jum makan kat Kluang rail coffee. ^^,

(betui ka eja restoran tu? erk.)

Tuesday, January 18, 2011

kisah diet abc ^^

takkan habes kisah ni selagi belum dapat berat yang dimahukan! hehehe

kurus untuk sehat bukan untuk pakai ketat.huhu ada kesah tau, bukan saja tulis.^^ nanti abc kesahkan kisah tu ye.. abc tak amek nasi and roti, but ade je yang terbabas dalam mulut ni such as.. kacang (ade lagi kacang ni,,huhu) cloud9 yang enak..hehehe and pisang goreng.. and…. air soya.. but jarang la. yang selalu kacang. hehehe. takleh jadik betul! hehehe

minggu ni belum pegi timbang lagi, hope turun lagi.

rbsi0150299

abc dah terlalu excited nak kurus. sekali lagi abc cakap bukan kurus sebab nak cantik tapi nak sehat. abc mengalami beberapa masalah kesihatan dengan peningkatan berat badan, so untuk kembali sehat abc try diet dr. Atkins ni. mungkin boleh kembali macam dulu. ^^, sehat senantiasa.

jom kita kurus!!!

windu nak peluk pakwe shaye!!

tajuk entri yang hegeh.^^

my pakwe for now is my blog. hehehe. miss my blog.. muah-muah-muah.

boleh kan bercinta dengan blog?

+++

love_origami_1024x768

hati saya tak dilukai bila besama cinta dulu^^ abc yang lukakan hati dia. sori ye.

abc tak matang dalam bercinta.

=)

apa yang perlu bila bercinta?

adakah cinta itu perlu?

abc baru saja baca status kawan dekat fb. he need love. yup! every single person do need a love. tanpa cinta kita bukan lah sesiapa. betul! tapi CINTA DARI ALLAH.

abc tak dapat bayang kalau hidup abc kat dunia tanpa cinta dari Allah swt. merana. sunyi. terseksa. Ya Allah. takutnye. sekarang dunia akhir zaman. berat dugaan and ujian kita akan rasa, dan masa ini lah cinta Allah itu penting. cinta Dia menguatkan hati dan iman kita.

abc tak lari daripada ujian cinta manusia.^^ korang pun tau kan. abc penah cerita. tapi itu dulu. dan abc tak pernah lupa sedikit pun tentang ‘cinta’.=) alhamdulillah. sekarang dah takde. mungkin ini yang terbaek. ^^,

ramai yang nak mencari calon untuk abc. ye! abc dah 22th this july tau. my kawan kuliah umur 23th kawen this CNY. jeles!

so.. i should think of it.. kan3..hehehe

gatai tak?

taklah.. sesaja nak fikir. and ramai ni kawan2 nak kawen. kawan sekolah aje lom dengar kata nak kawen. hehehe

++++

bila pikir pasal calon suami.

abc dah banyak kali cerita pasal tu kan.

hahaha

ustazah abc penah kata: orang gila aje kut taknak kawen. ^^, rindu ustazah!

+++

 

pss.. ada calon untuk abc?

what a mess!

haiyak..
soli la kawan.
abc tarak tau mau tulis apa.
kalang2 abc ada itu idea jugak
tapi abc sulah malas on laptop.
abc on laptop jugak
lalu abc menuntun itu celita.

haiyak
manyak soli la kawan.
abc manyak kilija jugak.
tapi abc pun tarak buat itu kilija
abc suka tido jugak.

haiyak
apa pasat abc cakap ini macam?
satu malaysia jugak.
=P

++++

i miss my blog!!!
what to do.
my jiwa is kacau!!



Thursday, January 13, 2011

lepas LM.. LI pulak!

assalamualaikum.

apa LM apa LI?

LM ialah latihan mengajar dan LI ialah Latihan Industri^^

semester lepas, abc dah pun selesaikan LM di KLuang tu.
bulan 5 nanti, semester 3 untuk tahun 3. huhu abc akan buat LI pulak.
mana tempat yang best? semua diorang dah siapkan. hope dapat kedah la!
amin...

senang sikit. takde masalah penempatan dan transpot ke tempat LI nanti. kalau jauh.. erm...

abc sangat minat bidang pertanian. kalau boleh master nanti nak amek kursus pertanian^^
huhuhu

walupun agak terkeluar bidang (abc kan bakal cikgu^^) tapi kalau ada rezki abc nak sangat mendalami ilmu-ilmu pertanian ni.. fun!

apa-apa pun, abc sangat takut and resah selagi senarai tempat LI tak keluar.. moga-moga dapat tempat yang dekat dengan rumah, which is Kedah! dapat kedah tu dah lega walupun dekat Sungai Petani! wehuuu~~

korang doakan abc ye =.="

saya pelajar UTM

berbangga menjadi pelajar UTM Skudai.^^

pahit manis belajar banyak dah abc rasa.

gambar formal takde, taktau letak mana.hehehe.. gambar masa kelas bengkel jela eh..

ramai.. 35 orang semuanya.^^

3 SPH/PERTANIAN

DSCF0139

DSCF0135

abc belajar di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. dalam jurusan teknologi serta pendidikan (KH).

masuk pada 2008 and insyaAllah 2012 habes.

pahit? banyak kut. manis? lagi banyak. hahaha

rahasia la.. huhuhu apa-apa pun tu kenangan dan cabaran masa belajar kan.

okay. dah siap^^ jom join segmen BPM ni.

(http://blogpilihanmalaysia.blogspot.com/2011/01/pelajar-universiti-awam.html)

Wednesday, January 12, 2011

jahatnya mulut hang!

assalamualaikum.

mood sangat sakit hati.

walupun hal berlaku waktu pagi.

semangat nak belajar terbantut dek si mulut longkang!

bau20mulut_ok1

maaf. andai mereka-mereka itu ada terbaca entri ni. ada ke? mungkin.

al maklum lah ramai jugak rakan blogger kawan se ‘U”.

++++

bila rasa hormat pada mereka dipijak.

perlu ke abc spesifik kan nama mereka? tak perlu kut. abc hanya nak ambil pengajaran sebagai seorang perempuan bertudung labuh.

kemalangan jiwa ini berlaku, selepas kami dianggap salah masuk kelas. bukan!!!!. kami as a student berhak nak masuk kekelas mana2. kami pilih subjek tu sebab hanya itu aje yang tak ganggu jadual kami and subjek yang boleh kami ambil.

at first, abc dah seram dah sebab masuk kelas budak2 agama. =.=”

tapi salah seorang akak kelas cakap: “takpe, diorang dak agama, baek-baek.”

baek sehingga hati kami terluka dengan kata-kata berbau longkang dia.

bauBUSUK

niat nak kongsi ilmu. cari kawan baru. jadi terbalik. hati yang sakit ni rasa nak maki-maki, tapi bila terbaca entri seorang sahabat blogger buat tenang. ^^

subjek tahun 4 kenapa amek tahun 3?

sebab kami terlalu banyak sangat bengkel sem depan, berat. dengan PSM lagi. sebab itu, kelas teori kami amek jugak, walupun ia sepatut tahun depan.

perlu ke berkata kasar, sampai melukakan hati saudara islam sendiri wahai kakak bertudung labuh?

abc bukan pelajar jurusan agama, bukan juga bakal seorang ustazah, begitu juga dengan kawan2 abc, tapi kami tau dengan hanya melukakan hati orang lain, juga adalah berdosa.

sedar tak mulut anda tadi berbau longkang?

kamu sedar tak, betapa kami rasa terhina? malu?

seronok kan gelak-gelak sebab jatuhnya air muka kami?

salahnya kami hanya masuk kelas subjek itu yang dimonopoli oleh anda. bukan kelas anda pun kan? kelas dimonopoli oleh anda sahaja!

tiada cara lain untuk bercakap? dengan lebih berhikmah?

takut jugak abc kalau-kalau anda ade join komuniti dakwah, pandai berkata tapi tak amal. =.=”

kenapa sikap tak seiring dengan imej yang anda bawa?

malu tau. erm. moga anda sedar kesilapan anda tadi.

ada kawan abc yang kata: kalau budak kos laen aku tak terasa sangat kalau diorang kata camtu.

see.. betapa kami hormat anda semua. tapi?

abc kata? abc kata anda mempunyai mulut yang sangat busuk. ikut hati nak aje maki. tapi orang kata kalau kita balas kita dah jadik sama macam dia. so.. abc taknak mulut bau longkang!!!!!

Capture

terasa nak bagi cili. huhuhu. kami tak marah. kami terasa hati. kami dimalukan.

++++

abc tulis untuk iktibar korang kat luar sana, terutama yang bertudung labuh macam abc (bidang besar je..huhuhu), kita perlu menjaga adab kita sebab kita diperhatikan. kalau baek kita akan dicontohi, kalau tidak kita akan dimaki, =.=”

 

tiada yang lebih mulia daripada memaafkan^^.

Tuesday, January 11, 2011

inilah dunia!

dunia ini kejam?

taktahu.

dunia ini zalim?

entah.

++++

entah ape yang abc mengarut tu^^

dunia ni banyak dugaan kan? hidup ini tak selalu lancar kan. setiap hari mesti ada masalahkan. tapi orang kata “HIDUP INI TAK INDAH TANPA CINTA”^^.

dugaan and ujian tanda cinta Allah.

tak percaya?

pemahaman mudah senang aje, Allah memberi ujian demi ujian, korang tetap sabar dan terus berdoa pada Allah, mengadu pada Allah. Allah sangat suka.. DIA suka mendengar rintihan hambaNYA yang tetap sabar dan teguh imannya, berbanding permintaan2 orang yang tidak beriman kepada dia. ^^

macam abc.. ujian itu sentiasa ada, tidak pernah berhenti dan pernah abc marahkan Allah (astagfirullah!) ujian itu seakan tidak mahu berhenti. abc mintak pada Allah, hentikan! abc dah tak tahan. sampai ada yang ingatkan abc. mana iman? kenapa marahkan Allah? astagfirullah.. abc insan biasa. abc manusia penuh dosa.

:ALLAH TIDAK PERNAH MEMBERI UJIAN DILUAR KEMAMPUAN HAMBANYA:

:JANGAN PERNAH BERHENTI MENGHARAP RAHMAT ALLAH:

++++

aku kuat kernaMU Allah

aku teguh kernaMU Allah

aku gagah kernaMU Allah

kekal iman ini.

agar aku kuat meniti hari-hari.

amin!

barakallah~~

assalamualaikum.

alhamdulillah. walaupun abc kurang (tinggal) berblog ni. maseh ada yang sudi and setia menjejak kaki ke sini.

maaf tersangat maaf kawan-kawan. abc tak sempat. pening and penat memikirkan tugasan yang sedia banyak and projek2 yang perlu dijalankan setiap masa. erm. duit ptptn tu dah macam kena guna semua untuk projek aje. abc ni bukan la orang senang. bergantung 110% kepada duit pinjaman aje tau. huhu. malu la dah besar panjang gini nak mintak kat mama (akhir sem mesti mama kena hulur, kalau tak anaknye kebuluran. hua3)

susah menjadi pelajar? tidak.

penat menjadi pelajar? tak!

benci menjadi pelajar? jauh sekali.

belajar itu membahagiakan sebenarnya, tekanan and dugaan semasa belajar itu mendewasakan.^^

walaupun penat+habes duit+ tension, abc suka belajar daripada bekerja, abc suka tengok buku-buku. abc suka benda baru.

semester ni belajar perkhidmatan bangunan dan perpaipan. walaupun berat alat paip! tapi sangat teruja and syiokk!!! semua itu sebab benda-benda baru ^^

abc belajar demi memperolehi keberkatan hidup kat dunia ni.

abc tekun and rajin menimba ilmu, sebab itu semua pinjaman Allah. kenapa tak rebut?

moga kita semua terus belajar, menimba ilmu-ilmu yang ada, ikhlas dan rajin, moga memperoleh barakah dari Allah.

AMIN!

maseh slow nak load?

assalamualaikum.
harini johor cuti^^ and memang selasa takde kelas!

abc baca jejak kaki korang.
and ada yang kata blog abc maseh lambat nak load?
betul ke?
erm.. rasanya dah okay haritu.
adakah maseh lambat?

betul ke?

Saturday, January 8, 2011

abang hensem eksiden!!

si abang hensem terbaring tengah jalan. kejadian hari pertama kuliah. kesian abang hensem, erk? abang ke adik?

awas-jatuh_gede

*motor dah sama wana, thanks Mr.GOO*

hujan haritu, lebat and masih renyai masa kejadian. tak nampak how dia jatuh. just nampak dia terbaring, bangun dan jatuh semula.

tak terok, just lampu side mirror moto dia pecah berderai. maybe luka dengan lutut sebab dia tak boleh berdiri.

oh. kasihan. abc tak boleh tengok orang eksiden. mesti nak menolong..huhuhu mendalam sungguh sikap keprihatianan abc kan. cett perahsan!

but sorry abang hensem, abc takde kereta nak bawak abang hensem ke klinik, abc tolong angkat helmet abang hensem aje. kira tolong la jugak!

ada seorang PUAN hanya melihat sahaja. melihat!

beliau yang paling dekat dan ada waktu kejadian. kenapa PUAn hanya melihat? mujur pelajar foreigner tu ada, boleh tolong angkat abang hensem dan motosikalnya.

erm.. yelah PUAN nak balik dah.

++++

mungkin tak dapat nak bantu apa-apa, tapi sekadar bertanya samada orang tu okay ke tidak dah memandaikan.^^

cerita diet abc^^

assalamualaikum!

walaupun bercuti, abc tak berapa free untuk ber’internet’.

pagi tadi dah ke ladang.. membersihkan kawasan untuk buat landskap herba.

balik makan and rest (tengok movie^^)

++++

cerita diet.

abc dah turun 5 kg!!!

berjaya dah.. lagi 15kg to go. yeahh!

menu-menu abc ialah:

HARI PERTAMA: abc mula malam, so malam abc ambil

- tomyam campur (tak sedap!) and air kosong.

HARI KEDUA:

breakfast: air kosong

lunch: ikan keli goreng,sup sayur dan air kosong.

dinner: ayam penyet and teh o panas (tak leh amek gula sebenarnya^^)

HARI KETIGA:

breakfast: biskut oat 3 kpg (sepatutnya tak boleh amek oat^^)dan air kosong

lunch: ayam goreng,sayur kangkung dan air kosong

dinner: sup ayam, air kosong and pisang (terliur tengok pisang hehehe)

HARI KE EMPAT:

breakfast: biskut oat 3 kpg dan air kosong

lunch: ikan keli sambal, sayur kubis dan air kosong

dinner: telur bungkus dan air kosong

HARI KELIMA:

breakfast: biskut oat 3 kpg,air kosong

lunch: ayam goreng, sayur tauge dan air kosong

dinner: abc membeli kuih muih. +.+

HARI KEENAM (HARINI)

tak ambik sarapan, sebab makan banyak malam semalam

lunch: ayam goreng, tauge, hati+pedal goreng minyak dan air kosong.

dinner: kenyang makan kacang yang tidak boleh dimakan. hehehe

++++

hope berat akan turun lebih banyak lepas ni. sampai la dapat berat ideal^^

sokongan rakan amat menggalakkan! yeah! thanks..

Friday, January 7, 2011

entri pantas!

assalamualaikum.

salam jumaat^^

an entry before class.

dari semalam lagi, kelas dari pukul 8 sampai pukul 6. gab masa zuhur aje =.="

petang ni kelas elektrik^^
hebat la cikgu KH nih!

++++

sebenarnya terlalu banyak cerita untuk diceritakan,
contoh?

1. abang hensem eksiden, abc hero dia^^
2. myDiet.. semua bersoal la~~
3. mana cinta hati abc?
4. abc akan ke Australia?
5. pekebun herba yang berjaya^^

paling excited nak cerita pasal abang hensem tu. teeee~~~


++++

abc patut bersiap-siap ke kelas elektrik!!!

lepas ni siapa rumah dia blackout panggil abc ye^^

janji untuk setia~~

Assalamualaikum

agak berhabuk blog abc ni. mana pegi segala celoteh?

fear-equals-funding

hilang dek stress assignment minggu pertama yang sudah berlonggok!

ayuhai blogku cintaku^^

++++

1. bisnes

abc pernah nak berbisnes sambil belajar, tapi takde yang sesuai. jeles tengok kengkawan ramai yang buat bisnes sambil belajar. =.=’

mama masak nasi lemak, abc juai! (tiru ayat adik^^)

2. duit

bisnes untuk dapat duit. yela. duit asyik keluar, masuk takde. semester ni banyak pakai duit. alamak! how?

3. stress

boleh abc tangani stress belajar? erm.. sudah seteress la.. memikirkan kebolehan atau tak nak bawak subjek semester ni. moga dipermudahkan segala urusan,amin!

4. cuti

hujung bulan ni cuti sem. nanti cuti yang sepatut sebulan lebih jadik 4 bulan. dari konvo bulan 9 2012 jadik 2013. alamak. bila nak kawen???

5. adik

so happy bila dia excited belajar di KOlej Risda.^^ moga dia berjaya dengan impian nya. and sokong dia 100% dalam apa jua yang dia buat. chaiyokk!!!

6. kereta

bila nak pakai kereta sendiri. agak segan nak tumpang kawan ke kelas. huhuhu and nak mintak tolong ke mana-mana. patah kakiku disini. bila nak pakai? ada yang nak sponsor tak?

7. novel

mendapat permintaan hangat dari kakak-kakak^^ abc akan sambung secepatnya LIF.

++++++

sehari 7 cerita. amacam? hebat? esok abc cerita hal diet pulak^^ ada kejayaan!

Wednesday, January 5, 2011

sesak nafas!

assalamualaikum.

traffic makin jatuh, =.=’ salah abc yang tak dapat nak blogwalking ke blog kawan2.

tapi.. thanks bagi yang datang and follow. abc tak dapat nak follow, kalau sempat memang abc akan jejalan semua blog yang singgah.^^

kelas dah mula. jadual pack sangat sampai takleh bernyawa!

mampu ke abc nak harungi? huhuhu

assignment dah ada. bila nak buat? last minit? ^^

++++

kenapa cuti sem nanti lama sangat. konvo yang 2012 jadik 2013. huh!

sedih!

nak cepat habes..

Monday, January 3, 2011

biarkan mereka membenci.

perjumpaan dengan PA memang best.^^

bukan pe, orangnya banyak cerita, cerita semua berkisar tentang beliau dan hidup beliau.

mudah mesra and mudah tolak ansur.

mungkin abc patut bahasakan beliau sebagai Dr atau Prof.

menghargai usaha dia.

apa beza Dr. P.Madya and Prof?

itu kesah Dr tadi.

dan diselit dengan nasihat.

Dr kata beliau tak pernah tak suka orang, even orang tu benci dengan beliau.

tetap dilayan sama^^

kenapa perlu membenci? kita kan sama. mungkin sikap itu yang membuat beliau berjaya kan?

dalam kata-kata beliau, buat abc sedikit terasa, seperti yang abc maklum kan dulu, abc dulu-dulu tidak boleh menerima teguran dan kritikan. sekarang dah boleh. dan bila Dr, cakap-cakap tadi… buat abc sedar, kenapa abc bersikap bodoh dulu. kenapa abc tak macam Dr? erm.. lemah jati diri. terlalu rendah diri. malu menguasai lebih dari keyakinan.

dari kata-kata Dr. buat abc sedar, perubahan dalam diri ni perlu dilakuakan secepatnya. biar disayang dan disenangi, bukan bodek! hahaha.

membenci orang takkan bawak kita ke mana-mana.^^

++++

apa beza Dr. PM dan Prof?

aku pun ada rasa!

semangat and agak excited bila sahabat-sahabat lama berkunjung ke sini.

seronok bila sahabat-sahabat ada minat yang sama^^

agak jeles bila mereka-mereka bisa bicara sematang-matangnya.

abc? sekadar kisah jiwa. bosan kan?

++++++

pengakuan sejujurnya.

blog ini dibuat untuk membicara soal agama. dakwah dan sebagainya.

tapi. abc maseh belum cukup apa-apa. ilmu yang ada, lama dibiar. lupa.

kesal. menyesal.yang ada cukup-cukup untuk diri.

abc buka pekung didada?

tak.

cuma berkongsi rasa.

ilmu yang ada sebar selagi bernyawa.

simpan. lapuk dan lupa.

rugi kan.

pernah dulu-dulu, kawan abc kata.

“seronok duduk dengan abc, banyak kisah dan input berguna. banyak kisah nabi-nabi abc tau”

tapi sekarang? simpan untuk diri ke?

tidak. berkongsi bila masanya.

abc maseh mencari diri sendiri. mencari apa yang hati mahu. jiwa suka.

mencari keikhlasan segala perbuatan.

pernah kecewa, mungkin itu yang membuat abc lalai.

pernah terluka mungkin itu yang membuat abc kecewa dan alpa.

tapi mana redhanya?

ada. hati bisa terima.

abc juga rindu… abc yang lama.

+++

mengenang diri atas sejadah buat abc menangis semahu-mahunya.

bila abc nak seteguh nama???

tipu semata-mata!

assalamualaikum!


kata hati abc, lepas habes kelas and bila ada gap ( balik bilik) nak online and update.^^
konon aje lah!
tak bukak pun laptop ni.
huhuhu

kepenatan hari pertama bila mula kuliah terasa.
pembahagian tugasan berkumpulan.
wah! ada lawatan.
tapi pergi loji =.="
but. new experience kan. ^^

++++

esok tiada kelas.
tapi ada kerja yang perlu dilakukan.^^

apa cerita korang?
rindu nak blogwalking.huhu

pemilik hati atau sanubari pujaan?

sehari before balik UTM singgah sekejap dekat Popular.

beli novel, adik dengan komik dia la^^

mencari buku pemilik hati seperti yang najihatussolehah review haritu kat blog dia, takde pulak. erm. so mencari kurang sebuku supaya tak la ralat sangat bila dah balik nanti. hihihi

sanubari pujaan,Afni Sari: macam best la, sinopsis menarik.

nak membaca sampai habes.

esok kelas pagi. huhuhu boleh ke bangun?

+++

petang ke ladang pulak.

aiyoo

barang bila nak pergi ambik?

cebollita_animated_onion-06

Sunday, January 2, 2011

si gemok kembali!

selepas mandi terasa lebih nyaman dan segar.^^

UTM bloggers? korang beli baju tak?
abc nak jugakkk..hehehe

++++

abc yang gemok kembali menulis tentang diet.
okeh. musim diet protein kembali. mesti lawan QMA!!
nak kebaya itu ye. =)

kebaya muslim, itu yang ditulis. ^^

sopan la sikit dari kebaya nyonya ye tak.

abc nak kurangkan 20kg dalam 2bulan. boleh?

makan tiada karbohidrat. and senaman.

boleh tak.

abc kata BOLEH!




reminder: qma ang mesti kecutkan baca entri ni?


entri kerinduan melampau!

walupun baru bangun melihat dunia selepas tido yang lena,

tanpa membasuh muka (oh! selekehnye)

abc sudah terasa kerinduan mendalam kat famili!

dah besar panjang, but maseh manja2.

oh! tidak. ini bukan manja.

cebollita_animated_onion-07

oh. mama, abc rindu sangat.

bila adik letak gambar dekat FB tadi, semacam mau menanges. bila adik cerita si bongsu menanges sepanjang jalan sampai kerumah dan peluk botol perfume yang disangka hak milik abc tapi bukan, menambahkan sedihnya hati ini. tebal rasa rindu.

cebollita_animated_onion-18

abc bakal berusia 22tahun pada 2011, boleh kah nak beraksi seperti kanak-kanak 2 tahun hilang mama?

cebollita_animated_onion-25

mungkin patut cool aje kan.

+++

bila kecewa dengan orang, buat kerinduan itu menebalkan?

sudah sampai~~

assalamualaikum.

hai. walupun patutnya entri sedih + tragis.
tapi abc nak bagitau yang abc sudah selamat sampai ke UTM Skudai.

ha.. blogger2 UTM bila mau jumpa?
hehehe ^^

tukar kolej lagi semester ni,
merasa serata cerok UTM kut. ^^

maseh mengemas. barang-barang yang kat bilik kawan belum amek lagi.
erm. malam ni ke?

+++

hoooo esok start dah kelas.
awal-awal dah masuk bengkel and ladang.

mana baju ladang abc?
alamak!

=.="

abc kena sambung kerja!

Saturday, January 1, 2011

abc tak countdown new year =.=”

entri TRAGIS

++++

lebih sehari tak jenguk blog.

mengemas baju and barang untuk pulang ke johor.

oh! sungguh sedih hati ini.

meninggal famili.

huwaaa~~

sori kepada yang datang and follow

dan kepada yang datang and menjejak.

kat UTM nanti abc balas semua ye.

not in the mood.

blog Mr.Ben pun baca tajuk aje kat bloglist..huhuhu

malam ni abc naek bus kat shahab, bus jam 10.16 malam.

agak sedih sekarang. erm!

will miss my mama and famili =.=”

onion_gifs_emoticons-10

boleh tak nak nanges macam ni.

or

jadik macam ni?

onion_msn_smileys-25

tak patut.. tak patut..

okay la. doa keselamatan abc semasa balik ke johor ni ye,

* Ya Allah permudahkan dan lancarkan perjalananku, moga selamat perjalananku untuk menimba ilmu2MU*

++++

takziah buat keluarga Faizal Yusuf, yang meninggal siang tadi. AlFatihah.

dari DIA kita datang, kepada DIA juga kita pergi.

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders