Wednesday, March 7, 2018

Mini Novel 2018 : N&N (Part 11)




N & N

(Noh Daniel + Nur Nadia)


Part 11

Nadia kalut menjengah ke luar kereta, kiri dan kanan. Beg kuliahnya dipeluk erat. Bibirnya digigit-gigit beberapa kali. Resah!

"Kenapa dengan awak ni? Kepala tu sikit lagi je nak sama dengan angsa." Noh Daniel menegur, sambil memarkir kereta di ruang Fakulti Kejuruteraan Elektrik. Noh Daniel keluar dari kereta dan terus membuka pintu kereta untuk Nadia seperti biasa, cuma pagi tadi Nadia lebih pantas sebab mahu lari daripada pandangan orang lain. Noh Daniel mengambil beg galas dari kerusi penumpang belakang dan terus digalas. Gayanya bersahaja tetapi kemas dan segak. Mahu tidak menjadi tumpuan mahasiswa dan mahasiswi.

"Nadia... cepatlah. Dekat pukul 12 dah ni." Nadia masih tidak keluar dari perut kereta.

"Awak naik dulu boleh? Kejap lagi saya naik. Tak naklah secret admirers awak nampak. Habis saya nanti." Nadia mencari alasan. Fakulti ini terasa menakutkan untuk dia.

"Mengarut. No. I wont go without u." Noh Daniel berdegil. Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar, tegak berdiri di depan Nadia. Nadia mencebik. Noh Daniel selalu tak bagi kerjasama!

"Awak ni..." Nadia akhirnya keluar dan menutup pintu kereta. Noh Daniel tersenyum hujung bibir. Kereta dikunci. Mereka berdua berjalan masuk ke dalam bangunan fakulti. Nadia melangkah perlahan-lahan supaya tidak beriringan dengan Noh Daniel. Noh Daniel menggeleng kepala melihat perlakuan Nadia yang keanak-anakan. Noh Daniel berhenti di depan lif yang terbuka. Di dalam lif ada beberapa orang pelajar. Noh Daniel tidak masuk, menunggu Nadia yang masih jauh di belakang.

"Encik tak nak masuk?" Soal salah seorang pelajar setelah Noh Daniel hanya tegak berdiri di depan lif dan membelakangi mereka. Noh Daniel kalih memandang dan menggeleng dengan senyuman. Beberapa minit kemudian baru Nadia datang menghampiri. Nadia mencuka.

"Kenapa tak naik lif tadi?" Soal Nadia.

"Tak nak. Kita naik sekali. Sengaja jalan macam kura-kura kan?" Noh Daniel membalas. Mata ditajamkan memandang Nadia. Nadia mengeluh perlahan.

"Kura-kura jalan empat kaki. Saya dua je." Nadia menjawab balas. Noh Daniel mengecilkan matanya. Laju sahaja jarinya mengepit hidung Nadia. Terjerit Nadia dibuatnya.

"Awak!" Nadia memegang hidungnya yang sakit dan sudah merah. 

"Menjawab lagi. Awak jangan buat perangai. Karang saya peluk awak dekat sini baru tau." Noh Daniel mengugut.

"Kenapa nak tunjuk sangat kat orang yang kita ni bersama? Segan la..."

"Apa yang segan? Awak yang perasan. Tak ada orang nak tengok sangat kita ni. Kalau buat perangai macam awak ni, lagilah orang tengok." Noh Daniel bersuara sedikit tegas. Tangannya laju menekan butang lif naik ke tingkat atas. Nadia diam, ada betul juga... hatinya berbisik sendiri.

"Okaylah. Sorry. Tak buat perangai dah." Nadia menguntum senyum. 

"Haa bagus. Selepas ni kita kena tunjukkan dekat pelajar lain yang kita rapat dan biar diorang gosip pasal kita." Nadia sudah pelik.

"Ini antara rancangan awak?" Noh Daniel mengangguk.

"Kita kena tunjuk yang kita ni ada sesuatu. Macam bercinta. Biar Anuar bagitahu dekat Suraya. Tak mustahil Suraya akan tanya awak khamis nanti waktu perjumpaan kelab." Noh Daniel menerangkan. Nadia mendengar dan mengangguk.

"Kita tak bercinta eh sekarang?" Entah kenapa soalan itu terpancul keluar dari mulut Nadia. Noh Daniel yang sedang membuka kunci pintu, berkerut dahi dengan senyum aneh di bibir memandang Nadia.

"Awak cintakan saya?" Nadia yang sedang asyik memandang sekeliling Fakulti itu terus sahaja mengangguk. Soalan Noh Daniel tidak didengari sepenuhnya membuatkan dia kembali menyoal.

"Eh...Apa awak tanya tadi?"

"Awak cintakan saya ke yang awak tanya saya kita tak bercinta ke sekarang?" Noh Daniel kembali menyoal. Nadia sudah tergagap-gagap. Sekejap menggeleng sekejap mengangguk.

"Eh eh tak tak... saya tak... saya." Nadia gelabah sendiri.

"Saya terima jawapan yang awal." Ujar Noh Daniel sebelum duduk di kerusinya. Nadia mengambil tempat di hadapan Noh Daniel. Wajah Nadia sudah memerah. Apalah yang aku fikir tadi, kan dah termalu sendiri! Nadia memarahi diri sendiri.

"Apa salahnya Nadia, cintakan suami sendiri? Tak berdosa langsung." Noh Daniel memandang wajah Nadia tidak lepas. Nadia sudah malu, pipinya terasa panas.

"Jangan salah faham. Saya tak dengar soalan awak tadi sebab tu saya angguk." Noh Daniel tersenyum meleret. Tubuh disandar ke kerusi.

 "Okay. Tapi kenapa awak tanya saya soalan macam tu?"

"Saja. Nak tahu." Nadia menjerat diri sekali lagi.

"Kalau saya kata ya?"

"Maksudnya awak cintakan saya." Laju sahaja Nadia menjawab. Jawapan yang membuat dia terperangkap tidak boleh terlepas lagi. Nadia menggigit lidah sendiri.

"Dan awak pun cintakan saya."Noh Daniel tersenyum melebar. Nadia menekup wajahnya ke meja.

"Okay-okay. Kita nak bincang plan kita kan? Dah 12.15 dah ni. Saya ada kelas pukul 2." Nadia cepat-cepat mengubah topik. Mukanya sudah panas, hampir meletus! Malu!!!

Satu persatu perancangan dibincangkan. Nadia yang suka menyoal soalan yang sudah ada jawapan membuatkan perbincangan itu dipenuhi gelak ketawa dan pergaduhan kecil antara mereka. Sesekali Noh Daniel mengacah untuk mengepit hidung dan mengetuk kepala Nadia. Nadia seperti biasa hanya mencebik dan menarik muka.

"Eh awak... dah 1.15. Saya nak kena pegi MSI. Solat dan terus pergi kelas." Ujar Nadia setelah melihat jam di dinding. Noh Daniel membelek jam tangannya.

"Saya hantarlah kejap lagi. Dekat fakulti kan?"

"Ya. Tapi nak solat dulu. Dekat je. Saya ikut tangga tinggi tu." Nadia merujuk kepada tangga di depan kafe di kawasan pejabat Universiti.

 "Solat dalam bilik saya pun boleh. Saya hantar kejap lagi. Pergi ambik wudhuk."

 "Saya nak singgah bank sekali. Satu jalan."

 "Kenapa nak singgah bank?"

"Beli tudung." Nadia ketawa. Noh Daniel mengecil matanya.

 "Cepat sangat tiru cara saya ye. Betul-betullah."

 "Tau pun. Sakit hatikan. Lain kali jangan buat. Saya nak ambil duit sikit. Dah kering."Nadia sempat memberi amaran. Noh Daniel mengeluarkan dompet. Beberapa not 50 diambil dan dihulurkan kepada Nadia.

"Eh... tak payahlah. Dalam bank ada lagi. Dalam beg duit yang dah kering." Nadia menolak.

"Ni tanggungjawab saya juga. Ambil. Guna."

"Tapi..." Nadia tidak biasa. Kali terakhir yang dia ingat menerima duit belanja adalah daripada abah beberapa jam sebelum abah pergi buat selama-lamanya.

"Nadia... duit awak ni." Nadia menggeleng lagi. Air matanya bergenang. Noh Daniel memberikan dia terlalu banyak kebaikan. Perlakuan Noh Daniel banyak mengingatkan dia dengan ibu dan abah. Noh Daniel bangun dari duduk dan terus menghampiri Nadia. Beg Nadia di ambil. Duit dimasukkan terus ke dalam beg duit. Tidak semena-mena, Nadia menekup muka dan menangis. Noh Daniel terkejut.

"Eh... kenapa Nadia? Saya... saya buat apa?" Noh Daniel gelabah. Apa yang telah dia buat sampai Nadia menangis tiba-tiba? Noh Daniel hairan. Kedua-dua bahu Nadia dipegang. Nadia terus sahaja memeluk pinggang Noh Daniel. Terkejut besar Noh Daniel dibuatnya.

"Kenapa ni Nadia?" Noh Daniel menggosok perlahan belakang Nadia.

 "Kenapa awak baik sangat dengan saya?" Soal Nadia dalam tangisan.

"You are my wife. Apa yang baik sangat saya buat Nadia? Saya buat apa yang seorang suami patut buat untuk isterinya."kata-kata yang membuatkan Nadia semakin kuat menangis. Noh Daniel membiarkan Nadia dalam perasaannya. Biarkan Nadia mengeluarkan semua yang terpendam dalam hatinya.

 "Nadia. Dah lewat ni. Nanti lambat masuk kelas." Ujar Noh Daniel apabila jam sudah menunjukkan jam 1.35 petang. Nadia masih kaku. Pelukan tidak dilepaskan. Noh Daniel mengerut dahi. Kenapa senyap aje ni?

"Nadia?"

"2 minit. Saya malu." Nadia membalas jujur. Noh Daniel ketawa. Patutlah! Tangan Nadia ditarik supaya melepaskan pelukan. Muka Nadia pegang dengan kedua-dua tangannya.

"Malu letak belakang. Awak dah lewat sayang. Cepat pergi basuh muka awak yang penuh hingus ni, lepas tu ambik wudhuk." Nadia cuba menguntum senyum dalam riak wajah menahan segan. Malu sungguh! Apasal kau pergi peluk Encik Noh!" Hati Nadia mengutuk sendiri. Cepat sahaja dia bangun dan terus keluar dari bilik Noh Daniel. Menapak ke bilik air. Noh Daniel ketawa. Rasanya selepas menjadi suami Nadia, sudah banyak kali dia ketawa dengan tingkah Nadia. Ada sahaja yang mencuit hati lelakinya.

Seperti yang dijanjikan, Noh Daniel menghantar Nadia ke Fakulti Pendidikan. Sebagai pensyarah Noh Daniel mempunyai akses untuk memasuki kawasan Fakulti Pendidikan.

"Seronoknya... kalau boleh sampai depan kelas ni suami kau tu nak hantar kau kan?" Mashitah mengusik Nadia yang baru mengambil tempat di sebelahnya. Nadia menjelir lidah. Malas hendak menjawab usikan itu. Nanti semakin panjang jadinya. Nadia mengeluarkan telefonnya dan membuka whatsapp group yang sudah menunjukkan ada 100 lebih mesej yang belum dibaca. Seperti yang dia agak, gambar Noh Daniel dan dia menjadi topik perbualan. Ramai pula yang kongsi. Anuar tidak pula berkongsi gambar tetapi telah melihat semua gambar yang dikongsi di dalam group itu. Nadia membaca satu persatu mesej yang dibincangkan sehinggalah hatinya terusik.

+Tak sepadan langsung Nadia dengan Encik Noh. Macam enggang dengan pipit.+
+Takkanlah encik Noh suka dengan Nadia. Tak ingatkan ke Encik Noh pernah kutuk Nadia dulu+
+Betul. Macam kari makan dengan bubur nasi..mana padan..hahaha+
+En.Noh makan semeja dengan Mashitah sekali. Bukan dating dengan Nadia. Mustahil!+

Nadia membaca satu persatu mesej yang berlawan balas di dalam whatsapp group. Mereka berbalas mesej seperti dia tiada di dalam whatsapp group itu. Mashitah yang menyedari perubahan Nadia menegur.

"Tak payah baca Nadia. Buat sakit hati. Biarkan jelah." Mashitah menyentuh lembut lengan Nadia. Nadia melepas keluhan perlahan. Hanya ada beberapa orang sahaja yang tidak memburukkan dia di dalam mesej itu. Rakan satu kelas. Yang lain hanya rakan sekuliah. Tidak dia sangka ramai yang tidak suka dengan dirinya.

"Ramai yang tak suka aku rupanya." Ungkap Nadia. Telefon ditutup.

"Diorang dengki. Kau pandai. Rajin. Setiap sem kau dekan. Pointer kau mana pernah 3.6 ke bawah. Biar jelah." Mashitah cuba memujuk dengan caranya. Nadia menekup wajahnya seketika.

"Apa pulak pandai. Aku usaha ja. ALLAH bagi semua." Mashitah menepuk bahu Nadia agak kuat. Menyentakkan Nadia.

"Sebab sikap kau ni lah buat diorang lagi dengki. Sangat optimis." Mashitah mengenyit mata. Sekadar gurauan supaya Nadia tidak terlalu terasa dengan mesej-mesej tentang dia.

"Sakit kau tak tau. Boleh lebam!" Nadia menggosok bahunya yang ditampar. Ketika itu beberapa orang pelajar perempuan masuk ke kelas dan duduk di belakang Nadia dan Mashitah.

"Excuse me..." suara dari belakang membuatkan Nadia dan Mashitah sama-sama kalih memandang. Nasuha.

 "Ya?" Nadia bersuara.

"Kau suka Encik Noh eh?" Nasuha menyoal dengan riak wajah yang tidak senang. Nadia hanya mengerut dahi.

"Kenapa?" Nadia membalas dengan soalan.

"Kau dah baca kan semua mesej dalam group? Aku tahu kau dah baca." Nasuha menambah dengan soalan.

 "Jadi?"

"Jangan berangan eh. Encik Noh tu aku dah booked! Jangan kacau daun ya." Nasuha memberi amaran.

 "Booked? Kenapa aku tak tahu pun?" Nadia menyoal kembali, tidak berapa faham apa yang hendak disampaikan.

"Apa yang kau tau, semua hal kuliah mana kau ambil tau. Macam biawak banyak tempurung."Nasuha sengaja mahu menjengkelkan Nadia.

"Bukan katak ke yang bawah tempurung?" Mashitah menekup mulut menahan ketawa. Padan muka Nasuha!

"Ish! Kau jangan main-main eh. Ingat dalam kepala kau, Encik Noh sesuai dengan orang macam aku. Kau jangan berangan." Nasuha sekali lagi memberi amaran. Nadia sekadar mengangguk.

"Kau yang berangan Nasuha." Mashitah mencelah. Nasuha menjeling tajam. Mashitah mencebik mengejek. Nadia menggeleng, tidak mahu Mashitah memanjangkan perkara itu lagi. Sedikit sebanyak apa yang rakan-rakan katakan  mengganggu Nadia. Seakan semua yang dikatakan benar belaka. Nasuha seorang yang cantik, pandai bergaya. Betul, sesuai dengan Noh Daniel yang segak bergaya. Nadia? Budak kampung yang sentiasa berbaju kurung. Nadia mengeluh panjang. Hatinya berbolak balik. Nadia mengeluarkan telefonnya. Menghantar mesej kepada Noh Daniel.

NADIA: kita ni sesuai ke?
ENCIK NOH: maksud awak? Kenapa?
NADIA: macam tak sesuai je kan?
ENCIK NOH: why are you asking me that?

Nadia membiarkan mesej itu tidak berjawab. Dia sekadar meluah rasa. Hatinya terusik. Payahnya nak bahagia.

to be continued ...
much love readers!
leave some comments ya!

6 comments:

Yasmin Syamimi said...

Eh...mcm x boleh nak tamat je ni....

Yasmin Syamimi said...

Oo...sampai 15 bab😍😍

akubersamaCahya said...

Tak follow di fb eh? Kat fb abc ada maklumkan yang cerita ni panjang sikit daripada jangkaan abc sendiri haha mungkin 15 mungkin 20 huhuhu

Yasmin Syamimi said...

Jarang bukak fb

Nur Adibah said...

best sngt2.. akk, ape eh nama fb? huhuhu

akubersamacahya said...

di tepi Kiri blog no kan Ada dik... klik je.. hehe