Monday, April 30, 2012

Sushi Sandwich ^^v


sedap.
Alhamdulillah, 1st time buat dan jadi ^^

mungkin niat untuk kenyang perut kawan2 sama kut.

nak resipi?

coming soon.

Thursday, April 26, 2012

Pesta Konvo datang lagi!!


kenapa takde yang best??

jemput Ustaz Azhar Idrus dengan Ustaz Don lagi best! ^^v

Sunday, April 22, 2012

cerpen + novel = ABC Page

Assalamualaikum.

hai. lama tak update. sebab bercuti kan heeeeeee~~

kalau nak tahu perkembangan novel dan cerpen abc, boleh terus klik page abc dekat FB ye.
insyaAllah.. setia meng'update' dekat situ ;)

itu aje. bye!

much love readers ^^

The "Last day" will come


mengumpulkan sebanyak mungkin memori indah bersama 
masa mungkin panjang
namun entah bila kita akan bertemu dan bersama sebegini lagi

namun JODOH ditangan Tuhan ^^

Monday, April 16, 2012

Berhenti la dulu~~~

Assalamualaikum w.b.t

sekadar entri pendek.
abc tidak mampu lagi hendak membahagi masa-masa abc kepada beberapa bahagian utama
fokus abc semua lari merata.

jadi, dalam usaha mencari Ijazah kelas pertama,
mencari tangisan bahagia mama
pelajaran abc utamakan dahulu,
blog, facebook, cerpen, novel = K.I.V dulu ^^

KIV??? cikgu sekolah selalu guna dulu. hehehehe

........

semoga dalam percutian panjang ini,
blog abc kelak akan jadi lebih ILMIAH untuk semua ;)
lebih banyak cerpen terhasil, novel akan siap semua episod (sempat jugak!)
insyaAllah!

.........

kalau ada pun entri, mungkin sekadar, entri cuci sawang ^^v

jumpa lagi kepada readers yang setia menjengah blog tidak seberapa abc nih.
doakan kejayaan abc dalam semua bidang yang abc ceburi. ameen!



p/s: takutnya... 2 bulan lagi dah habes semester akhir, PSM belum siap! =.="

Saturday, April 7, 2012

Kedah, here I am!!!

Assalamualaikum w.b.t

baru beberapa bulan di UTM, tapi rasa macam duapuloh tahun! hehehe

rindu sangat dengan Kedah.. wee~~~~

jom, balik Kedah jom!

...................

doakan perjalanan abc selamat.
kali ni lambat balik sebab cuti God Friday, tiket naek berganda! OMG!! =.="
demi menjimatkan duit, abc dan rumate balik lewat sikit >.<

UTM sudah sunyiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii~~~~~~~

buat yang tak balik, cepat-cepat la balik, mak ayah dah rindu nak tengok anak dia.
moh le kita balik..

p/s: abc nak cuti daripada menulis, sampai habes belajar ;) boleh la kan?

Friday, April 6, 2012

Selamat Hari Lahir ke 3 anakku!

Alhamdulillah.
tak sangka, sudah tiga tahun umur Amir Haziq!

Full Name: Amir Haziq B. Mohd Noor Mahmuddin.

nama ayah lagi panjang ^^v

what to do, nama adik beradik abc semua panjang-panjang. sangat kontroversi bila nama amir mama paksa letak Muhammad sebagai pangkal nama, angah refused!

alasan angah munasabah la jugak, takut nanti anak dia ketinggalan dalam kelas sebab asyik menulis nama penuh tak habes-habes. hahahaha

Amir sehat dan semangat!
 Mak Lang doakan amir akan membesar dengan baik, kuat pegangan agama dan insyaAllah menjadi 'amir' dalam memperjuangkan agama Allah, ameen!

Amir Haziq = pemimpin yang bijaksana. Ameen. moga terhasil insan seperti namanya.

# amir bercakap macam orang besar, takde petah/pelat budak-budak. Alhamdulillah, berkat diajar sebegitu!

.......................

beberapa bulan lagi, Amir akan dapat adik! hoooyeahhh! buat adik, semoga sehat dalam rahim umi, dan keluar dalam keadaan cukup sifat dan sehat. kami semua menanti kehadiran kamu ^^v


p/s: kechomelan amir, membuatkan abc tak sabar nak timang anak sendiri! hehehe

Tuesday, April 3, 2012

cerpen bulan 4.

Assalamualaikum.

sekarang tengah hujan. guruh ada jugak. berani pulak abc main laptop kan. huuuu~~~

penat ber'camping' belum habes. tapi tugasan dan tanggungjawab sebagai seorang pelajar mesti diteruskan. Alhamdulillah. masih kuat dan sehat! ^^

sudah masuk bulan April. jujurnya, abc belum mulakan lagi apa-apa cerpen untuk bulan ni.
masih ketandusan idea, dan masih merehatkan diri.
takut jugak nak terus menulis, taknak PISANG BERBUAH DUA KALI. nanti masuk mastika hehehe ;)

abc tengok penulis-penulis tengah rancak menulis manuskrip2 cerita baru.
hebat! so, terfikir untuk hanya membaca karya orang lain.
mungkin berehat daripada menulis sementara waktu.

rindu nak menulis Melodi Cinta, yang lebih kepada diari hati abc ^^

adik abc membawa khabaran mendebarkan.
tapi hanya khabaran, belum ada kesahihan, menunggu mama yang sampaikan.
andai benar, degupan pasti lebih laju daripada biasa ^^

baru begini, sudah terasa nikmatnya.
jika benar, rasa itu pasti terlalu bermakna, bukan?
akan abc kongsikan kelak, insyaAllah.
apa-apa pun. doakan abc ya.

much love readers!

Monday, April 2, 2012

Terjengket-jengket aku berjalan...

Dalam jengket dan perit yang terasa ditapak kaki,
abc gagahkan juga menulis. ^^

Alhamdulillah. syukur yang tidak terhingga ke Hadrat Ilahi.
abc sudah selesai menyertai Kem Bina Insan Guru.
sangat membina!

selsema agak teruk semasa pergi Jumaat lalu.
tapi dek kerana kelam kabut, banyak kerja
abc fokus hanya kepada B.I.G
so sakit pun macam tak sakit.

Alhamdulillah
semua aktiviti abc buat
termasuk Night Walk!!! night walk kat Kem Dayang ni memang lain dari lain
panjat bukit weh sorang-sorang dalam hutan tengah malam. =.=
tapi ^^v bangga! sebab selamat sampai. (waktu siang daki tempat sama, rasa tak percaya!)

banyak sangat aktiviti yang best dan mencabar.
insyaAllah next entry abc masukkan gambar ^^

abc nak merawat kaki yang terluka
tak teruk tapi berair, mungkin sebab kaki berendam dalam kasut basah hehehe

doakan abc sehat ye
much love readers!

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders