Wednesday, December 11, 2013

Sibuk dengan Majlis :)

Maaf.
Blog tergendala.
abc sibuk dengan Majlis.
Majlis Tahlil dan Kesyukuran serta cukur jambul baby boy and girl yang dah masuk 3 bulan.

Tak besar majlisnya, tapi disebabkan di campur dengan kehadiran 'VVIP' untuk berjumpa famili abc.
jadi majlis jadi besar :)

Nervous tapi bahagia.

abc akan uploadkan gambar-gambarnya nanti :)

kalau sudi follow instagram abc @nurwateeqa

dekat situ banyak gambar-gambar terkini hiburan sensasi abc semasa ke semasa :)

okay, bye!

Thursday, November 21, 2013

Kembali seperti sebelumnya :)

Assalamualaikum.
Selamat Malam.

Alhamdulillah, keadaan masih sama. cuma kadang2 rasa terkilan itu datang dengan sendirinya. Kenangan, pasti menggamit rasa. Doakan dan jangan lupa :)

abc belum dapat post Pengganti 5 dan CAP. Tunggu sekejap lagi ye. hehehe Masih banyak nak diperbetulkan. CAP tu kalau betulkan, dah kena betulkan bab yang belakang-belakang, jadi nak bagi kesenimambungan yang sesuai agak susah. sabar ye. InshaAllah janji akan ditepati.

rindu sangat nak keluarkan cerpen baru, cuti ni sangat 'free'. asyik mengadap laptop aje. tambah-tambah hujung bulan. 'cash' dah 'kredit' kekekeke jadi memerap ajelah di rumah.

abc nak kembali ke zaman 'gila menulis'. menulis dalam satu malam dah dapat satu cerpen. seminggu dapat 22 bab. hebat! sekarang ni lain, sebab mood 'swing to the moon' huh!

orang kata nak berjaya dalam sesuatu bidang tu kena rajin dan usaha. abc usaha tapi kurang rajin hehehe. menulis ni sebahagian (suku) diri abc, yang utama adalah yang 'utama'. :) sebagai guru dalam era sekarang, terlalu banyak kerja yang perlu dilakukan. (sampai cuti sekolah pun pikir PBS ;'( ) tapi, selagi minat tak terkubur, selagi itu abc akan menulis.

yang risau, penulisan jadi macam budak baru pandai mengarang huhu!

doakan abc ye, doakan semua baik-baik aje :)

Sunday, November 3, 2013

Doakan Ayah abc.

Maaf abc lama tidak update.
Mungkin abc akan berhenti menulis hingga habis sesi persekolahan.

banyak yang abc lalui minggu ini.
kesibukan di sekolah
dan pemergian ayah yang mengejut.
sesungguhnya ajal itu tidak lambat sesaat dan cepat sesaat pun.
bila mana Allah sudah menetapkan saat dan waktunya, kita sebagai hamba perlu menerima sebaiknya.
mohon ketabahan Ya Allah.

abc mohon doakan ayah abc, moga Allah mengurniakan kebahagian di syurgaNya buat ayah.
abc tahu dan yakin, ayah sedang bergembira di syurga Allah.

Al-Fatihah.

note: ayah meninggalkan dunia sementara ini pada jam 7.45petang 30 oktober 2013. sebab kematian: hanya Allah yang tahu, sudah tiba masanya ayah kembali kepadaNya.


Thursday, October 10, 2013

berhenti seketika ~~ CAP

Assalamualaikum.
Selamat hari khamis!

Alhamdulillah, sokongan anda tidak pernah putus.
tapi tajuk entri macam MENGECEWAKAN betul tak?

terpaksa berhenti sekejap.
sebelum kembali pos part 5 CAP.
bukan lama, sekejap aje.

abc nak mengolah sedikit.
sebab dari komen 'happy mind' buat abc kembali berfikir laju.
hanya satu kata aje masa baca komen tu " kan dah kata!"
yes, adra macam syok kena culik. hahaha
actually, abc nak buat dia macam confius, stress atas semua benda
yang berlaku secara tiba-tiba. so kiranya, mesej tak sampai.
sekejap ye, I edit sikit, nanti u'olss akan lebih 'syiok' baca hehehe

hari ni abc busy, busy nak kemas baju nak balik raya!
lama woo tak balik Kedah! :)
happy sangat u!

abc sedang edit semua cerpen.
bagi cukup 20 cerpen.
abc nak buat hardcopy, dan berikan kepada LIKE ke 789 dan FOLLOWER yang ke 987
kiranya sempatlah proses editing printing dan binding :)

much love readers. teruskan menyokong saya!

Sunday, October 6, 2013

Feedback Cinta Atas Paksa :)

Assalamualaikum.
Salam Asar.


okeh, abc janji kalau 10 orang komen abc akan post part 2 CAP.
Harini baru cukup 10 orang, yeahhh.

klik untuk lebih besar dan jelas hehehe
haaa. tengok cukupkan.
11 komen tapi ada seorang yang post 2 komen jadi abc kira 1
cerewet kan hahaha
yang baca banyak, yang komen 10 je
takpe SILENT READER :)

dalam pukul 5 abc akan publishkan part 2 CAP.
macam part 1.
10 komen abc post yang ke 3 :)

bukan gila komen.
abc nak kan kritikan.
yang kurang boleh ubah :)

oke, much love readers!

Thursday, October 3, 2013

Mahu ke tak mahu?????

Assalamualaikum.
Selamat Pagi.

entri pertama bulan 10. dua bulan hanya 2 entri pendek! TERBAIK!
maaf ye :'(

abc tak ada stok cerita yang dah siap.
yang ada C.A.P
C.A.P tu abc simpan untuk siapkan satu novel yang abc nak sangat hantar kepada mana-mana publisher.
yes! saya sangat mahu ada karya yang dibukukan.
bukan kejar glamor, cuma teringin. tak salahkan kan kan kan kan....

C.A.P yang belum pernah abc publish kat blog ni.
korang mahu ke?

semalam sangat teruja cerita kronologi dia dekat kawan serumah seUTM abc. kawan abc tu tak baca sangat karya abc, tapi adik dia ye. baca :)

bila cerita teruja-teruja, abc rasa rindu dengan Adra Malaeka dan ..... lupa nama heronya hak3

tiada apa nak cakap, sebab hanya kata-kata kosong aje kan.

please, teruskan mendoakan abc.
terus menyokong abc.
terus membaca karya2 abc.

terima kasih. kerana anda, abc masih di sini :)

Friday, September 27, 2013

Cari masa 'mengupdate'! phewwww~~~

Assalamualaikum.
Salam Jumaaat semua.

Ini entri pertama bulan September. September pun sudah hampir melabuhkan tirai, tapi abc masih belum sempat nak update mengikut jadual yang abc dah siapkan.
masih sibuk dengan urusan kerjaya abc hehehe
biasalah guru baru kan :)

abc nak baca novel pun tak sempat.
yang sempat?
sibuk nak kawen.
keh3
tipu ja.

dalam perjalanan (otw) untuk pos pengganti 5.
dalam perjalanan nak habiskan 40 bab cinta atas paksa.
harap di terima penerbit ye huhu
(teringin bukukan karya)

hari yang barakah ini
abc harapkan doa kalian
yang sentiasa menunggu karya abc.
doakan abc rajin menulis.
(fengshui menulis takde dekat rumah sewa :'( )

doakan semuanya ya.
hujung tahun hari bahagia.
doakan segala berjalan lancar :)

Saturday, August 31, 2013

Hari menyelongkar folder Novel!

Assalamualaikum!
Salam 1 Malaysia
Salam kemerdekaan ke 56!

semalam abc pergi menonton ELYSIUM
rupa2nya kawan2 tak tau yang kena nyanyi lagu negara sebelum tengok cerita
abc dok cakap kata kejap lagi kena berdiri nyanyi lagu negaraku, depa tak percaya.

ada yang gelak, ada yang main2 masa nyanyi dan ada yang tak berdiri.
sangatlah 'memalukan' perlakuan itu. :'(
bukan susah, berdiri aje.
mesti kat sekolah jenis tak berhenti pun bila dengar lagu Negaraku ni.

okey! cukup untuk hal semalam.

hari ini hari Merdeka
jadi abc nak merdekakan juga beberapa cerpen yang abc penjarakan selama ini.
ada banyakkkkkk
dalam buku
dalam folder (lappy)
 dalam hotakku :)

semoga terkeluar/termerdekalah mereka harini.
apa-apa pun

Selamat Hari Merdeka
Merdeka!

p/s: doakan Malaysia kembali aman dalam kucar yang kian menular :)

Friday, August 30, 2013

Kalau lah...

Oh stop!
Tak boleh berkalau la abc!

Opss.. sorry.

Assalamualaikum w.b.t
Apa khabar pembaca sekalian?

Alhamdulillah, abc masih dalam kondisi biasa. sehat sejahtera :)

lama tak update. kali terakhir update Pengganti 4. ramai yang membaca, tapi yang komen 2 sahaja ^^ takpa. abc pun kadangkadang malas nak menaip komen :)

maaf, masih tak tepati jadual. (ulang seribu kali dah kan?) tapi nak buat lagu mana pun cheq taktau.
nak bawak lappy ke sekolah, abc takde meja guru sendirian berhad lagi. nak menulis habis sekolah, errr.. selalunya my badan nak rehat (kroh3). itu yang masalah! penulis mana boleh rehat-rehat kan?

abc masih menyusun jadual diri.

jadi guru baru banyak kerja, sampai abc rasa tak terlayan. nak tak nak, semuanya amanah dan tanggungjawab :)

abc guru sejarah guru tassawur. yang mana kedua-dua ni perlukan pembacaan yang banyak. saya sayang pelajar saya, saya cuba nak bagi mereka LULUS, lulus sudah membanggakan. nanti boleh usaha nak jadikan mereka BAIK kemudian CEMERLANG :)

maaf ya, mood jiwang pun entah kemana, sekarang mood MERDEKA!

sejak pegang satu kelas, abc semangat pulak nak menghias kelas hik3

doakan abc ye. doakan abc boleh jadi pendidik yang baik dan dedikasi yang penting yang ikhlas dengan amanah Allah ni :)

doakan juga abc bahagia dalam menuju bahagia hehehe nak bahagia sahaja. insyaAllah :)

much love readers!

Thursday, August 15, 2013

Mini Novel : Pengganti 4



Pengganti 4

Haikal memandang Imtiyazz yang kelihatan begitu resah di muka pintu. Telefon bimbit ditangan beberapa kali dibelek gadis genit itu. Haikal mengerut dahinya, lalu terus melangkah menghampiri adik perempuannya itu. Bahu Imtiyazz terus dipeluk dan dia turut sama memandang keluar, mahu melihat apa yang di cari oleh adiknya itu.

“Apa yang adik cari?” Soal Haikal. Imtiyazz berdecit kecil, wajah Haikal dipandangnya sekilas. 

“Abang Dan bawak Kak Suha tadi, muka Abang Dan bengis sangat. Dah setengah jam, selalunya lima belas minit aje dah sampai balik rumah. Adik risaukan kak Suha.” Imtiyazz menjelaskan. Penjelasan yang membuatkan Khaliff Haikal terkesima. Kerutan didahinya bertambah.

“Abang Dan bawak ke mana?” Soal Haikal, kalut!

“Bawak balik rumah kak Suha la kut, entahlah!” Imtiyazz menjawab penuh gelisah. Tidak menunggu lebih lama, Haikal terus masuk ke dalam rumah dan mencapai kunci keretanya. 

“Kalau Abang Dan dah balik, give me call or just text me.” Pesan Haikal laju tanpa sempat Imtiyazz mahu bersuara. Kereta dihidupkan dan terus di bawa menyusuri jalan besar. Ke mana? Haikal hanya mengikut rasa hatinya.

            20 minit pencarian Khaliff Haikal akhirnya membuahkan hasil, susuk tubuh Suha kelihatan di hentian bas berdekatan rumahnya. Suha kelihatan menunduk menekur lantai. Tanpa membuang lebih banyak masa, Haikal terus sahaja memberhentikan keretanya betul-betul di hadapan hentian bas itu. Kelihatan Suha cuba berjalan perlahan ke arah telefon awam di sebelah hentian itu.

            Haikal memandang Suha atas bawah. Gadis itu kelihatan lain daripada hari-hari sebelumnya. Suha yang masih tidak menyedari Haikal di situ, hanya membatukan diri di belakang telefon awam. 

            “Suha?” Khaliff Haikal mula bersuara apabila melihatkan Suha yang resah memeluk tubuh sendiri di belakang telefon awam itu. Suha mengangkat wajah dengan takut-takut. Tubuhnya dipeluk erat. Haikal terpempan. Wajah gadis itu!

            “Siapa buat kau macam ni?” Haikal menghampiri Suha yang sudah bergenang air mata sebaik melihat wajah Haikal di hadapannya. Haikal menanggalkan cardigan yang dipakainya lalu membalut tubuh gadis itu yang sedang menggigil menahan tangis. Haikal jatuh sayu, di pandang gadis dihadapannya itu atas bawah. Tudung yang sudah tidak terurus dan pakaiannya yang sudah kotor dengan palitan tanah.

            “Tell me! Siapa yang buat kau macam ni?” Haikal menyoal sekali lagi dan laju sahaja Suha merembeskan semua air mata yang sedari tadi di tahan-tahan. Tubuh Suha melurut jatuh ke tanah. Haikal kalut, bahu gadis itu mahu di paut namun dia sedar, Suha masih dihormatinya.

            “Cakap dengan aku, siapa?!” Haikal meninggikan suaranya. Khaliff Haikal resah, resah melihat keadaan Suha begitu. Resah dengan tangisan Suha yang menjerut hati lelakinya. Resah kerana dia tidak mampu melakukan apa-apa untuk gadis itu. 

            Suha menggeleng beberapa kali dengan tangisan yang tidak berkesudahan. Khaliff Haikal duduk berdepan dengan Suha yang masih menangis, dia mengeluh kasar. 

            “Sekali lagi aku tanya, siapa yang buat kau macam ni?” Haikal masih belum berpuas hati selagi tidak mendapat jawapan dan mendengar suara gadis itu. Suha masih menggelengkan kepalanya. Telefon yang berdering terus sahaja di angkat panggilannya.

            “Abang Kal, abang Dan dah balik.” Imtiyazz bersuara di hujung talian.

            “Macam mana dia?” Soal Haikal.

            “Muka dia macam luka sikit.” Jujur Imtiyazz menjawab. Haikal merengus kasar. Membuat andaian yang melukakan hati lelakinya. Janganlah benar telahan ini! Jerit hatinya sendiri.

            15 minit membiarkan Suha berada dalam tangisannya, Khaliff Haikal mula bertindak seperti Haikal yang selalunya. Lengan Suha yang berlapik baju kurung yang dipakai dicapai dan direntapnya dengan sedikit kasar, sehingga menarik tubuh gadis itu supaya membuntuti langkahnya. Suha yang sudah tidak berdaya dek menangis terlalu lama hanya menuruti tanpa sebarang tentangan. Khaliff membuka pintu kereta dan menolak tubuh Suha masuk ke dalamnya. Tanpa menunggu lebih lama, Haikal terus sahaja menekan minyak dan kereta mula menyusuri jalan kelam yang hanya diterangi cahaya lampu neon. 

            “Kalau kau tak cakap sampai esok sekali pun, aku dah tahu siapa! Tapi lebih baik kau sendiri yang cakap sebelum aku apa-apakan kekasih kau tu!” Haikal yang lama mendiamkan diri akhirnya meluahkan kemarahannya. Lantang sekali suaranya sehingga menggegarkan segenap ruang kereta. Suha tersentak sehingga terjungkit kedua-dua belah bahunya. Namun, Suha masih mengunci rapat bibirnya. Tidak bersuara walau senada. Sesekali jari jemarinya mengesat air mata yang masih setia mengalir di pipi. 

            “Dia potong lidah kau ke sampai langsung tak bersuara!” Ujar Haikal lagi, bengang!

            “Hantar saya balik” Mendatar sahaja suara itu menjengah telinga Haikal yang sudah mematikan enjin keretanya di hadapan rumah yang perit untuk Suha walaupun sekadar memandang. Pandanga Haikal jatuh sebentar ke wajah gadis yang sentiasa menganggu tidur malamnya. Wajah itu kali ini kelihatan memberat dengan sesuatu yang takut untuk dia andaikan. 

            “Kenapa? Masalah kalau dibiarkan macam kanser jadinya. Makin memburuk. Selesaikan Suha, kita selesai segera.” Haikal terus sahaja melangkah keluar daripada perut kereta setelah bersuara senafas. Suha masih mendiamkan diri sehinggalah pintu kereta dibuka dari luar.

            “Aku akan sentiasa ada untuk kau.” Kata-kata yang menikam tajam lubuk hati Suha. Air mata yang kering ditubir kini kembali membasah. “Kenapa sekarang baru hati yakin yang mana intan yang mana kaca?” Suha menyoal hatinya sendiri. 

            Empat mata yang berada di ruang tamu rumah mewah itu terus memandang kea rah Haikal dan Suha sebaik sahaja mereka berdua melangkah masuk ke dalam rumah.

            “What you have done Haikal?!” Bergema suara Puan Johanna setelah melihat keadaan Suha yang sangat memberikan persoalan besar. Imtiyazz terlopong dan kemudian terus melangkah laju memeluk tubuh Suha yang sangat lemah ketika itu. Haikal tersenyum sinis mendengar persoalan itu. Haikal berpeluk tubuh.

            “What have I done? Or what Daniel did to her!” Haikal bersuara dengan suara yang tinggi, bergema seisi rumahnya. Bukan mahu bersikap kurang ajar tetapi hatinya sakit apabila soalan Puan Johanna itu seolah-olah mahu mempersalahkan dirinya. 

            “Daniel?” Puan Johanna menyoal, tak lama dia kembali bersuara.

            “Imtiyazz call your brother now!” Puan Johanna mengarah dengan begitu tegas. Wajahnya memerah menahan kemarahan. Imtiyazz melepaskan pelukannya kepada Suha dan terus melangkah menaiki anak tangga. Suha menggeletar, tidak mampu untuk berdepan dengan lelaki itu.

            Selepas beberapa minit Imtiyazz memanggil, Daniel turun dengan lagak biasa. Seolah-olah tiada apa yang berlaku.

            “Ada apa mama?” Soal Daniel, sambil melabuh duduk di sofa berdepan dengan Suha yang menundung menekur lantai.

            “Don’t pretend bro, be a man!” Haikal mengherdik. Daniel mengerling tajam.

            “Don’t act like a hero bro...” Daniel membidas. Haikal laju sahaja mencengkak kolar baju Daniel dan hampir sahaja penumbuk mengenai wajah Daniel.

            “Stop it!” Puan Johanna menempik. Geram dengan sikap anak-anak lelaki.

            “Mama nak selesaikan masalah, bukan tambah masalah.”

            “Dia punca semua ni ma, memang patut Haikal tumbuk dia.” Haikal menambah, penumbuknya sekali lagi di acu ke wajah Daniel. Daniel menepis

            “I said stop it Haikal!” Pekik Puan Johanna.

            “Daniel, bagitau mama apa kamu dah buat dengan Suha?!” Puan Johanna menyoal tegas. Daniel tersenyum sinis, matanya memandang tepat ke arah Suha yang berada di hadapannya.

            “Buat apa?” Daniel kembali menyoal tanpa menjawab persoalan Puan Johanna. Haikal menahan sabar, bibirnya diketap kuat.

            “Kamu jangan nak berdalih, kamu tengok Suha ni! Kamu jangan fikir mama tak tahu apa yang kamu dah buat dekat dia!” Puan Johanna semakin hilang kesabarannya.

            “We both want it... Isn’t it Suha?” Daniel bersuara dengan riak bersahaja dan tanpa rasa bersalah. Dengan sengaja dia cuba mempermainkan Suha. Suha menggeleng laju, wajahnya di angkat ke atas, sehingga bertemu dengan pandangan Daniel yang sedari tadi tidak berganjak daripada memanjang Suha. Pandangan yang begitu sinis!

            “Kau memang kurang ajar!” Haikal akhirnya berjaya menghadiahkan satu tumbukan ke wajah Daniel. Sabar sudah dimeter akhir, kata-kata yang keluar daripada mulut Daniel menambah bara yang sedia ada di hati Haikal. 

            “Haikal!” Puan Johanna sudah tidak tahu cara menghalang si baran Haikal.

            “Dia melampau mama! Too much!” Haikal menolak jatuh Daniel yang masih boleh ketawa. Bibir yang berdarah dikesat dengan jari, langsung tidak membalas tetapi hanya ketawa. Ketawa yang sengaja dibuat-buat untuk menambah sakit hati kepada orang lain.

            “Daniel, kenapa teruk sangat perangai kamu ni? Mama tak pernah ajar kamu macam ni! Mama tak kira, kamu mesti bertanggungjawab!” Tegas Puan Johanna. Namun Daniel masih dengan sisa tawanya.

            “Bertanggungjawab? Mama.. Mama... Why should I?” Daniel kembali menyoal tanpa sedikit riak bersalah. Haikal panas telinga, panas hati.

            “Daniel! Kamu yang buat semua masalah ni, jadi kamu mesti bertanggungjawab!” Puan Johanna mulai bengang!

            “Buat apa? Tell me, what have I done?” Daniel menyoal lagi. Suha sudah kembali bermain air mata.

            “Jangan berdalih!” Haikal menempik. Matanya seolah berapi mencerlun memandang ke arah Daniel.

            “Ask her, what I have done to her? What?!” Daniel bersuara lagi, cuba mempertahankan dirinya. Suha menggenggam kuat jemarinya. Pandangannya masih ditundukkan, seakan mahu menjauhi segala apa yang berada di hadapannya.

            “Suha, bagitau auntie apa yang berlaku...” Puan Johanna menyoal dalam nada yang dikendurkan, takut untuk memberi tekanan kepada gadis itu. Suha mendiamkan diri. Gerak tubuhnya juga kaku. Keadaan senyap beberapa ketika.

            “See? Even she can’t tell us what have I done, couse I did nothing!” Daniel merengus marah, lalu terus melangkah ke biliknya kembali.

            “Daniel, I’m not done talking!” Puan Johanna memanggil.

            “Apa lagi mama... Daniel tak buat apa-apa, I’ve told you we both want it.” Daniel tersenyum sinis. Puan Johanna beristighfar sendiri.

            “Demi maruah awak sendiri awak sanggup berdiam diri?” Haikal mula bersuara memarahi sikap Suha. Suha menyapu air mata yang mengalir di pipi. Tidak menjawab persoalan Haikal, Suha bingkas berdiri.

            “Saya minta maaf menyusahkan keluarga Puan. Saya minta diri. Apa sahaja yang berlaku saya akan lupakan, saya minta halal semuanya. Saya minta maaf.” Tidak menunggu lama, Suha terus sahaja melangkah keluar. Namun langkahnya tersekat.

            “Nak lari? Nak lari daripada masalah yang tak selesai?!” Haikal menyoal lagi dengan nada yang sama, tinggi!

            “Masalah apa? Biar saya selesai sendiri!” Suha mula bersuara melawan kata dengan Haikal. 

            “Macam mana nak selesai sendiri kalau masalah ni melibatkan orang lain?! Cuba cerdik sikit Suha!” Haikal membidas.

            “Saya nak balik.” Suha cuba menarik tangannya yang masih dicengkam erat oleh Haikal.

            “Im, bawa Kak Suha tukar baju.” Haikal menolak tubuh Suha ke arah Imtiyazz yang sedari tadi menjadi pemerhati. Puan Johanna menggeleng kepalanya laju. Tanpa menyoal banyak, Imtiyazz menarik tangan Suha supaya mengikut langkahnya.

            “Apa yang kamu cuba buat Haikal?” Puan Johanna menyoal.

            “Haikal tahu Daniel dah rosakkan Suha. Kalau Daniel tak nak mengaku, Suha tak nak cakap. Haikal sanggup ma, Haikal sanggup bertanggungjawab untuk semua ni.” Suara Haikal, membuatkan Puan Johanna mengerut dahinya.

            “Maksud kamu?” Soal Puan Johanna seakan tidak mengerti.

            “Haikal akan kahwin dengan Suha.”

Jam sudah menunjukkan angka 11 malam. Ayah dan Ibu sudah mundar mandir di hadapan rumah. Risau akan anak gadis mereka yang belum lagi pulang. Tidak pernah anak gadis mereka itu pulang selewat ini. Sudah berkali-kali mereka cuba menghubungi anak mereka itu namun tidak berangkat.

“Saya risau la bang... Mana Suha ni pi...” Mak cik Raudhah bersuara lagi. Sudah beberapa kali soalan itu terpacul dari mulut tua itu. Pak cik Sulaiman sekadar menggeleng kepala. Hati tuanya sangat risau, namun tidak mahu menambah kerisauan isterinya, dia sekadar mendiamkan diri.

Cahaya lampu kereta yang berhenti di hadapan rumah mereka membuatkan kedua-duanya bingkas berdiri.

“Suha ke bang, siapa punya kereta tu...?” Mak cik Raudhah bersuara lagi, sambil kakinya laju menyaingi langkah Pak cik Sulaiman ke arah pagar rumah.

“Ayah, Ibu...” Laju sahaja Suha mendapatkan kedua-dua ibu bapanya. 

“Hang pi mana Suha, lama ayah dengan ibu hang tunggu...” Soal Ayah sebaik anak gadisnya itu menyalami tangan tuanya.

“Maaf pak cik, saya ada hal sikit nak bincang dengan Suha, jadi saya tahan dia dari balik rumah.” Belum sempat Suha menjawab, Haikal lebih pantas bersuara. Ayah memandang Suha sebelum kembali memandang ke arah anak muda di hadapannya ini.

“Saya Haikal, abang kepada pelajar Suha.” Haikal memperkenalkan diri setelah melihat pandangan ayah Suha yang penuh persoalan. Pak cik Sulaiman hanya mengangguk kepala.

“Masuklah dulu nak...” Mak cik Raudhah bersuara, setelah melihat suaminya hanya berdiam diri.

“Takpelah mak cik, dah lewat sangat.” Haikal menolak baik.

“Hal apa yang dibincangkan dengan Suha?” Ayah kemudian menyoal, dalam hatinya penuh keraguan. Suha mula tidak keruan. Haikal masih dengan lagak tenang. Ibu mula menggeleng kepala dengan sikap terburu-buru suaminya. Suha ditarik supaya melangkah menyainginya masuk ke dalam rumah.


“Saya nak melamar Suha jadi isteri saya pak cik.” Lembut sahaja suara itu menutur kata-kata. Suha terpempan. Mak cik Raudhah tersenyum, sudah di agak sedari tadi. Pak cik Sulaiman tersenyum kecil terus sahaja dipelawa Haikal masuk ke rumah.

“Esok saya bawa mak dan wakil saya untuk bincangkan hal ni, itu pun kalau pak cik dan mak cik izinkan.” Suara Haikal lagi.

“Benda yang baik jangan lengahkan.” Jawapan Ayah bagai halilintar yang menyambar tubuh Suha. Suha terkaku, terkedu. Allah dugaan apa lagi!


+++++++++++++++

sorry!
maaf ye lewat sangat sambung.
lagi dua episod, untuk tamat!

tunggu ye. :) 
jangan lupa komen kat bawah.

much love readers!

Kahwin :)

Jam 1.16 A.M 15 Ogos 2013

Alhamdulillah. masih boleh menulis di sini.
Maaf, adik abc pun dah bising "bila nak sambung cerita?"
"lama dah tak post cerita" "Dugun2 tu macam mana"
abc membalas dengan "ermmm tau... ahhh dah la"
Yes I know Im giving to many reasons huhuhuhu
Maaf kan abc. mood menulis ada, tapi kakak tuan empunya badan mula kena penyakit M
Malasssssssssssss memanjang! ^^v

kembali ke tajuk entri : Kahwin.

menulis cerita cinta, tak pernah baca pulak baca dalam novel orang tulis persediaan nak kahwin.
baca-baca, jumpa terus kahwin. mudahnya NOVEL! kalau realiti... pecah kepala wooo..

ehem-ehem *blush* yes, niat di hati abc mahu menukar status remaja kepada dewasa ahaks.
tetapi kita merancang Allah jua menentukan. banyak perkara perlu dipertimbangkan, terutama CIK PUAN MAMA.

Masih belum serius berbual dengan mama, masih dalam nada gurauan. Sebab? Si dia pun belum bersedia, abc lagiiiiiiii la... (tulis cerita mudah berbanding hal sebenaq woo) berkahwin bukan macam main pondok-pondok. bukan macam main kahwin-kahwin dan penting sekali (I simpan ni dalam hati I dan minda I) kahwin bukan macam dalam novel. happy after a few conflict. Its never like fairy tales, happy ever after.

Pengalaman insan-insan disekeliling buat abc sangat berfikir panjang dalam soal ni. Kawan-kawan ramai dah menukar status, abc taknak sebab itu abc pun 'rush' nak tukar status. Kenapa abc tetiba berfikir soal nikah kahwin? sebab tak mahu berkawan terlalu lama. :) abc nak CINTA LEPAS NIKAH. abc nak rasa apa yang Allah janjikan kepada kita, Cinta yang halal itu sangat indah :) (bercinta sebelum kahwin bagai nak rak, macam mana nak rasa kan3?)

Dulu meremang bulu roma bila soal nikah kahwin timbul untuk diri sendiri. Sekarang? Biasa-biasa, sebab dah terlalu biasa dengar orang tanya "bila nak kahwin?" tambah-tambah bila adik kita dah nak timang anak. huwaaa~~~

0249 PM 15 ogos 2013

semalam mengantuk sangat jadi, tulisnya separuh terus log off :)
jadi abc sambung siang-siang pulak hehehe

taktahu nak sambung apa, idea semua takde, keluar dengan 'bersin' yang tak berhenti-henti.
oh! alah sungguh dengan habuk dan bulu kucing (I'm a cat lover!)

abc harap doa dari kalian semua. moga-moga sempat habiskan beberapa cerpen yang tergendala selama beberapa bulan :'(

doakan kesihatan abc
doakan juga kebahagiaan abc. (doa cepat tukar status hehehe)

sayang korang semua ^^v
love: abc_nurwateeqa




Saturday, August 10, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Terlalu pantas masa berlalu,
baru sahaja nak berusaha dalam mengerjakan ibadah puasa agar lebih baik.
tup-tup dah habis tempoh sebulan ramadhan!
berangan nak tulis cerpen raya, tapi dah habis dah. hik3

Di kesempatan ini, abc nak memohon BERJUTA KEMAAFAN kepada semua readers
yang menanti karya2 abc.
maafkan abc, masih kekangan waktu untuk menulis.
gian memang gian
jeles sangat2 bila orang dah post cerita baru
sangat jeles bila orang dah keluar buku di pasaran.
abc masih ditakuk lama.
orang kata, nak seribu daya, taknak seribu dalih.
yes! I am giving a ton of reasons huhuhu

bagi abc beraya, kemudian bercuti seminggu sebelum pulang ke Ipoh.
doakan abc rapat balik dengan Mr.Dell, Mr. M. Word dan Mrs Blog.
bila ukhwah kami baik. keluarlah cerita baru hik3

Syawal kali ini, berbeza sedikit dari sebelumnya.
mencuba untuk memberi cinta
mencuba untu menerima cinta
membuka peluang kepada yang menghulurkan :)
moga Allah redha.
moga Allah permudahkan
harap abc dengan dia, dihalalkan dalam sedikit tempoh masa.
Ameen.
doakan :)

Monday, July 29, 2013

Doktor Cinta : Jujur!

Assalamualaikum!
Salam penuh kecintaan buat anda semua :)
ewahhh.. mengada pulak rasa hehehe

bukan menggedik menjadi doktor cinta
bukan nak menjawab soalan cinta
sekadar berkongsi satu perkara penting dalam soal cinta.
eh.eh.eh! cinta yang halal :) insyaAllah.

sebab apa ye?
sebab abc TIDAK MAHU lagi terlibat cintan cintun nyet2 nih.
insaf-insaf-insaf

apa yang pentingnya dalam soal CINTA?
KEJUJURAN
yes indeed!
kalau nak sesuatu hubungan tu berterusan, berpanjangan.
silalah berlaku jujur, jujur dalam apa jua perkara.

kadang-kadang isteri ni, suka benor menyimpan perasaan.
konon nak buat tacing-tacing
last-last makan diri.
lelaki suka isteri dia berterus terang
tapi ada caranya
sebab lelaki suka meradang
(kebenarankan pahit seperti hempedu, hehehe)

jangan terlepas cakap!
terlepas cakap tu, choii!
memang la jujur, tapi siat hati laki hang satgi!
cuba cakap dalam gurauan.
dalam masa suami mood baikkk punya.
barulah dia boleh terima kejujuran kata-kata kita kekekeke

untuk lelaki
sila JUJUR
kalau ada simpanan tayar (wanita)
sila beritahu, hati anda yang kononnya dulu semua untuk isteri
kini sudah terbagi dua :'(
 Jujur, walaupun isteri anda akan mengamuk, kejar anda sekeliling dunia
hehehe
kadang-kadang, berterus terang/jujur ni lebih baik daripada bocor dari mulut orang lain :')

Yes, I am not married yet.
insyaAllah, kalau sudah sampai jodohnya.
kalau anda rasa abc tak layak beri nasihat seperti di atas.
boleh 'tidak pedulikan' atau beri kritikan :)
abc berkongsi pengalaman sendiri dan orang lain.

kenapa tiba-tiba jadi Doktor Cinta memalam buta?
sebab abc suka banget lagu Repvlik: Sandiwara Cinta ^^b

Lirik Lagu Republik - Sandiwara Cinta

Aku tahu ini semua tak adil
Aku tahu ini sudah terjadi
Mau bilang apa aku pun tak sanggup
Air mata pun tak lagi mau menetes

Alasannya seringkali ku dengar
Alasannya seringkali kau ucap
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa yang telah kau lakukan kepadaku

Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas telah berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati

Mungkin ini jalan yang engkau mau
Mungkin ini jalan yang kau inginkan
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa, ceritanya apa, aku tahu

Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas telah berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati

Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas telah berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati
Ku terima walau sakit hati


Saturday, July 20, 2013

Ajal itu Allah sahaja yang tahu!

Alhamdulillah.
Hari ke sebelas.
Tak lama lagi sudah dipertengahan ramadhan.
Moga kita diizinkan Allah untuk menyempurnakan ramadhan kali ini dengan baik.

Soal Jodoh, Ajal dan Maut itu
kita siapa untuk mempersoalkan?
Kuasa apa kita ada untuk tentukan?
Walaupun si pemegang ijazah perubatan dan kedoktoran 
menjangkakan tempoh hayat kita atas kajiannya.
dia tidak dapat menghalang, andai Allah memanjangkan usia kita
hingga ke seratus tahun lama.
kerana kita cuma MANUSIA BIASA.

Selepas kecoh isu Dayana dan Ashraf Muslim yang bernikah kali kedua
timbul pula, kisah si ibu yang merupakan seorang guru menyebabkan kematian anaknya.
Tegar kah seorang ibu membiarkan anak kecilnya mati dalam keseksaan?
Pinta diakah anaknya pergi sebegitu?
Ibu mana?
Jika ada, ibu itu sememang tidak layak dipanggil ibu, hanya meminjam rahim
dan melahirkan untuk menyeksa.

Kasihan ibu itu terus dipersalahkan.
dituduhnya dia CUAI dia ABAI
siapa kita untuk menuduh dia begitu?
Bukankah dia cuma manusia biasa, dan kita tentunya juga seorang manusia.
jadi mengapa menuduh menfitnah dia atas kematian anaknya yang telah Allah tentukan begitulah caranya.
terima.
Allah tidak lakukan saja-saja
Allah punya rencana.
maka siapa engkau mahu menuduh ibu itu sebegitu rupa??

Dia ibu
Dia guru

Tugasnya besar
Tugasnya mulia

atas salahnya yang terlupa
atas salahnya yang sibuk memikir kerja
dia ditindas kerana kematian anaknya

ajarkan ibu itu redha
ajarkan ibu itu sabar
ajarkan ibu itu terima

bukan menambah sakitnya menangis
bukan membeban menambah salah
bukan mencaci menambah tuduhan
bukan menuding mahu menjatuhkan hukuman!
BUKAN!

Jadikan ini satu teladan.
kembali kepada fasa satu langkah ke depan.
fikirkan.
salah ibu?
salah kerjaya ibu?
salah yang memberi kerja kepada ibu?
salah siapa?
bukan, bukan sesiapa.
sudah ketentuan.
jika anaknya tidak menemui Allah begitu.
mungkin cara lain.
telah gugur nama si kecil itu dari tangkai pohon di syurga.
maka tetap pergilah dia menemui Allah Yang Esa.

ingat, Ajal itu tidak LAMBAT sesaat
tidak CEPAT sesaat.
itu tepat dan ia PASTI. 

Wallahualam

Al fatihah.
Salam Takziah buat keluarga sikecil
Ibu, cikgu, teruslah bersabar, redha dengan ketentuan Allah.
anakmu sudah berbahagia di sana, insyaAllah

Friday, July 19, 2013

Juadah Berbuka.

Alhamdulillah!
harini selesai hari ke 10 kita berpuasa.
cepat sungguh masa terbang pergi.
masih belum puas merasai nikmat puasa.
(er... tertinggal banyak muka Quran!)

 ni la juadah abc harini.
tapi ni gambar abc ambil dari google image 
(masakanmaksaya.blogspot.com)

abc dah taktau nak makan apa.
oh! i'm on diet (diet atkins lagi!)
hehehehe
so dah rasa makan semua jenis lauk pauk.
sekarang dah taktau nak makan apa
huk-huk-huk

apa yang abc nak sangat tapi tak dapat-dapat ialah....

popia basah!
masa balik kedah aritu
pakcik yang selalu jual masa bazar dekat rumah abc tu dah takde jual
sedihhhhh, kempunan chek!  mujuq chek tak mengandung, kalau dak
meleleh habih la ayaq liuq anak chek!
kekekekeke

esok punya menu:
1. sup sayur
2. terung sambal bilis
3.telur dadar/ikan keli

boleh la kannnn~~ :)

korang masak mesti best kan?

Wednesday, July 17, 2013

Ashraf Muslim kahwin dua?

Haaa... bergosip!!
MasyaAllah.
Bulan Puasa kenapa bergosip???

okeh! Saya mengaku saya pos status di FB tentang perkahwinan kedua Ashraf Muslim.
Nak tau cerita sila ke Beautiful Nara ye :)
Tak pun Murai.com

Apa yang abc boleh kata, abc sebagai wanita (eceh, mentang2 sudah 20-an) abc terkilan.
kenapa perlu kahwin di Thailand?
ya, mungkin Ashraf ada alasannya.
Dayana mungkin sudah tahu.
Dayana mungkin setuju.

terkilan. kalau abc yang berada di dalam situasi itu, macam mana?
Allah, sangat tak kuat!

abc tidak menolak poligami.
namun poligami itu bukan semudah 'a b c'
poligami kerana???
perlu ada sebabnya.

Apa-apa pun.
abc doakan Dayana tabah dan sabar.
Allah sentiasa bersama orang-orang yang bersabar.
Buat Ashraf Muslim, tahniah! semoga anda bahagia dengan pilihan anda.
Buat Sakinah, berbahagialah.

keluarga abc pun ada yang berpoligami,
tetapi abc bersetuju 100% 
kerana, dia ada alasannya dan semua jelas akan alasan itu :)
malah semua menyokong.

abc tidak menolak poligami
kerana poligami itu di izin Allah.

namun... abc mahu menjadi Saidatina Khadijah, yang tak dimadukan Rasulullah.
Malah menjadi isteri yang paling disayangi Rasulullah :)

Cintailah dia kerana Allah
pasti kau takkan pernah merasa lelah
 Cintailah dia kerana Allah
pasti kau akan merasa cukup,
Cintailah dia kerana Allah
pasti kau bahagia hingga ke syurga.

Allah,
bahagiakan dia, cinta yang kau hadirkan untukku
Allah,
lindungilah dia, cinta yang kau izinkan buatku
Allah,
kasihi dia, cinta yang kau berikan kasihnya buatku.

nurwateeqa@abc/17.7.2013



Tuesday, July 16, 2013

Salam Ramadhan :)


Alhamdulillah, sudah 6 hari kita berpuasa :)
Syukur!
macam mana puasa kalian?
masih penuh? hehehe

Berapa banyak sudah Quran di baca?
Terawih pergi ke tidak?
Amalan-amalan lain?

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
abc pun masih mencuba untuk memberi yang terbaik untuk Ramadhan kali ini
moga-moga tercapai, insyaAllah.

Ingat, bulan puasa ada bulan beribadah!
bukan bulan makan-makan! :)
makan biar berpada-pada
cukuplah untuk sekadar berbuka, bukan membuncitkan ^^

bagi yang nak berdiet (macam abc) boleh la mula berdiet masa bulan puasa ni.
bulan yang terbaik. seminggu ni abc pun terfikir, turun ke tidak berat badan abc ni 
heeeeeee~~~

okay la, abc nak berehat-rehat sebelum menanti waktu berbuka.
Selamat Berpuasa!

Sunday, July 7, 2013

Persediaan Menyambut Ramadhan.

Alhamdulillah.
Syukur, hari ini, ketika ini abc masih lagi bernafas.
Masih di izinkan Allah untuk meneruskan kehidupan di bumiNya ini.

Abc harap, abc di izinkan Allah untuk menyambut ramadhan kali ini. Ameen.
Dua hari lagi, Isnin Selasa dan Rabu ( 1 Ramadhan 1434)

apa persediaan anda?

Ramadhan kali ini abc tidak dapat berpuasa dekat dengan mama dan adik-adik.
menjauh lagi, tapi itulah nikmat, rindu yang mengerat hubungan kasih sayang sesama keluarga :)

persediaan abc?

abc tak buat banyak persiapan, melainkan siapkan diri untuk berpuasa
dan terawih.
azam nak terawih penuh di masjid.
sebab sebelum-sebelum, penuh terawih tapi banyaknya buat sesorang huhuhu!

esok baru nak beli barang dapur, memandangkan peti sejuk dah dapat! ^^
Alhamdulillah, rezeki ramadhan, ada orang bagi peti sejuk free d^^b

Tak sabar nak Ramadhan!!

apa persiapan korang?

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders