Tuesday, March 13, 2018

Mini Novel 2018 : N&N (Part 15)


N & N

(Noh Daniel + Nur Nadia)


Part 15

Noh Daniel menghubungi Harun. Penyiasat Persendirian yang diupahnya dari awal lagi. Sejak bertemu Megat Hariz dan mendapat gambar orang yang memerangkap dia dan Nadia, Noh Daniel merasakan Nadia menyembunyikan sesuatu. Nadia kelihatan begitu sedih melihat gambar itu. Mustahil Nadia begitu sedih kerana Suraya, sedangkan mereka telah pun menjadikan Suraya suspek sejak dari awal. Noh Daniel tahu, Nadia ada menyembunyikan satu rahsia dengan dia. Malam itu dia mendengar semuanya dan terus sahaja dia menghubungi Harun dan meminta Harun mempercepatkan carian tentang orang yang merangka perangkap itu bersama-sama Suraya.

“Dapat tak?” Soal Noh Daniel.

“Dah dapat tuan. Irma Hanani Binti Salleh. Betul seperti tuan beritahu saya tempoh hari. Irma anak kepada Salleh, orang yang menjaga Puan Nadia. Tentang Megat Hariz, betul seperti yang Encik Megat beritahu tuan. Dia memang tidak terlibat dengan rancangan Irma dan Suraya.” Harun menerangkan semua maklumat yang diperoleh. Seperti jangkaan Noh Daniel dari awal, Nadia memang mengenali Irma Hanani! Kenapa Nadia mesti berbohong?

“Suraya dengan Irma. Apa hubungan diorang?” Noh Daniel menyoal lagi.

“Kawan dari kolej Matrikulasi. Suraya dan Irma berkenalan semasa di matrikulasi. Sejak dari haritu mereka berdua memang rapat. Baru-baru ini Suraya ada pulang ke kampung Irma.” Harun menjelaskan.

“Macam mana dengan Puan Nadia? Kau dah siasat belum?” Noh Daniel menyoal.

“Sudah tuan. Puan Nadia memang tidak pernah pulang ke kampung selepas mendaftar di Universiti. Setiap cuti semester Puan Nadia akan bekerja sambilan di sebuah kedai buku. Kalau ikut maklumat yang saya dapat, saya pasti Puan Nadia tidak terlibat dalam hal ini. Puan Nadia juga mangsa sama seperti tuan.” Noh Daniel mengangguk-angguk kepalanya dengan penerangan Harun. Lega betul hatinya. Talian dimatikan. Noh Daniel punya perancangan lain. Megat Hariz dihubungi dan tempat perjumpaan ditetapkan. Noh Daniel kecewa, kecewa dengan Nadia. Kenapa perlu sembunyikan tentang Irma? Apa yang membuatkan Nadia berahsia? Tidak percaya akan dirinya? Noh Daniel kecewa.

Megat Hariz berjalan dengan pantas. Tidak biasa dengan kawasan Universiti membuatkan dia tersesat dan lewat daripada masa yang dijanjikan.

“Sorry bro. Sesat.” Tangan dihulurkan, mereka berjabat.

Its okay. Aku lupa yang kita dulu bukan study sini.” Ujar Noh Daniel.

“Ada apa hal yang penting sangat ni?” Soal Megat Hariz.

“Aku nak ajak kau jumpa Suraya.” Gambar Suraya ditunjukkan kepada Megat Hariz. Megat Hariz mengangguk.

“Boleh. Aku pun nak tolong kau selesaikan masalah ni. Tapi bukan haritu kau rahsia sangat dengan aku ke tentang perancangan kau tu?” Megat Hariz menyoal.

“Nadia kenal siapa orang sebelah Suraya ni. Tapi dia rahsiakan. Jadi aku kena buang dia kejap dari perancangan ni dan selesaikan. Aku terpaksa call kau, atleast boleh jadi teman perjuangan dan saksi kalau apa-apa berlaku.” Noh Daniel sempat bergurau. Megat Hariz tersengih.

“Suami isteri baru nak kenal hati budi, bergaduh kecil tu biasalah. Jangan marah lama-lama, tak elok.” Megat Hariz yang menghidu sesuatu berlaku dalam perhubungan Noh Daniel dan Nadia cuba menasihatkan.

“Aku okay je. Nadia pun okay. Cuma aku terasa sikit dengan dia. Kalau dia kenal kenapa dia rahsiakan? Dia tak percaya aku ke apa?” Noh Daniel meluahkan rasa hatinya.

“Kau kenal siapa orang ni?” Gambar di depan mereka ditunding. Noh Daniel mengangguk lemah.

“Anak kepada penjaga Nadia, Irma Hanani.” Megat Hariz mengangguk dengan jawapan Noh Daniel.

“Ada sebab tersendiri kut. Nadia tahu tak kau merajuk ni?”

“Mana ada aku merajuk.” Noh Daniel cepat-cepat menepis.

“Muka buruk macam ni tak merajuk lagi? Come on bro... Tak macho kut.” Megat Hariz memerli. Noh Daniel menjeling.

“Aku terasa betul. Aku pelik juga kenapa Nadia kena tipu aku. Aku tanya banyak kali, dia tetap tak bagitahu dan menipu. Kau tahu kan, aku tak suka orang menipu.” Ujar Noh Daniel. Megat Hariz mengangguk, kenal benar dengan Noh Daniel.

“Biarkan sekejap. Nanti dia akan bagitahu punya. Tak pun kau bagitahu dia yang kau dah tahu, mesti nanti dia jelaskan kenapa dia tipu kau. Kau jangan ikut hati sangat, Nadia isteri kau. Ingat tu.” Megat Hariz tidak putus menasihat.

“Aku tahu. Bila dia sembunyi hal sebenar, kau tahu perkara pertama yang muncul dalam kepala otak aku ni yang dialah dalang semuanya. Aku... aku...” Noh Daniel mata kata. Hatinya remuk rendam. Megat Hariz menggeleng laju.

“Tak boleh macam tu. Mustahil. Mustahil perempuan macam Nadia nak buka aib dia semata-mata nak perangkap kau. Kau lebih kenal Nadia, mustahil sangat. Bisikan jahat semata-mata tu!” Megat Hariz langsung tidak bersetuju. Jauh benar Noh Daniel berfikir. Noh Daniel mengiyakan dengan anggukan. Hatinya juga tidak bersetuju. Nadia bukan begitu.

“Okaylah. Kita proceed dengan rancangan aku harini. Aku dah jumpa Anuar, orang suruhan Suraya untuk bawa Suraya jumpa kita dekat sini.” Ujar Noh Daniel.

“Mau ke dia datang? Macam tak je...” Megat Hariz ragu-ragu.

“Aku ugut nak lapor polis. Aku bagitahu yang aku ada semua bukti untuk buat dia dengan Suraya meringkuk dalam penjara.” Noh Daniel bersuara penuh keyakinan. Beberapa minit kemudian Anuar dan Suraya muncul. Muka mereka berdua pucat lesi, seperti tiada darah. Noh Daniel menyuruh mereka duduk.

“Ini semua bukti-bukti yang aku ada, yang boleh buatkan korang berdua duduk dalam penjara sampai tua.” Noh Daniel meletakkan semua gambar dan dokumen di atas meja. Suraya cuak, begitu juga dengan Anuar. Sangka mereka, mereka masih selamat. Rupa-rupanya telah terbongkar sehingga ke akar.

“Encik Noh, saya minta maaf, saya cuma ikut apa yang Suraya minta saya buat. Saya minta maaf.” Anuar The Nerdie mula mengongoi menangis. Suraya masih membisu, namun riak wajahnya menunjukkan dia sangat resah.

“Suraya... awak ceritalah semuanya. Kita dah tak boleh nak sembunyi. Please....” Anuar merayu kepada Suraya yang masih membisu. Suraya masih membatu. Bibirnya bagai terkunci.

“Tak apalah Anuar, biarkan dia. Kalau awak tak nak kena tahan polis, saya nak awak cerita macam mana Nadia boleh ada di hotel malam tu?” Noh Daniel masih menahan sabar. Suraya dipandang tajam. Suraya sedari tadi memandang ke arah Megat Hariz. Dia ingat, dia masih ingat wajah lelaki yang mengambil gambar dia dan Irma serta kamera dan telefon mereka. Megat Hariz membalas pandangan dengan senyuman sinis.

“Suraya mesej saya dua hari sebelum tu untuk berjumpa. Saya setuju. Masa saya jumpa Suraya ada seorang lagi dengan dia. Ni perempuan ni.” Anuar menunjukkan kepada gambar yang di ambil oleh Megat Hariz.

“Diorang suruh saya culik Nadia malam Khamis dan bawa ke Hotel tu tanpa sesiapa nampak. Mula saya tak setuju sebab saya takut. Tapi Suraya janji untuk jadi kekasih saya. Jadi saya setuju.” Noh Daniel dan Megat Hariz tersenyum sinis. Kerana hendakkan cinta manusia jadi bodoh!

“Malam tu, Suraya suruh Nadia balik ke Kolej Suraya sorang diri. Peluang saya untuk menculik Nadia jadi mudah sebab jalan belakang tu gelap dan sunyi. Saya pengsankan Nadia dan terus bawa ke hotel. Apa yang jadi dalam bilik hotel saya tak tahu, saya balik selepas saya hantar Nadia. Tapi awal pagi tu Suraya call saya guna telefon hotel minta saya datang ke hotel dan tunggu dilobi.” Anuar menceritakan panjang lebar.

“Kau yang ambil gambar ni?” Megat Hariz menunjukkan gambar Noh Daniel dan Nur Nadia di kawasan lobi hotel. Anuar mengangguk mengiyakan.

“Saya mengaku, saya yang pengsankan Nadia dan hantar ke hotel. Saya yang ambil gambar di lobi dan gambar-gambar dikuliah. Saya minta maaf Encik Noh, saya terlalu cintakan Suraya. Saya terpaksa. Saya minta maaf. Jangan laporkan pada polis. Saya minta maaf.” Anuar menangis lagi. Suraya juga sudah mengalirkan air mata, cepat-cepat disapu dengan tangannya.

“Kau nak diam sampai bila Suraya. Aku saksi yang kau orangnya di hotel tu.” Megat Hariz sudah meninggi suara. Bibir Suraya bergerak-gerak mahu berkata sesuatu tetapi lidahnya kelu.

“Kalau kau sanggup masuk penjara disebabkan rancangan Irma, aku akan laporkan sekarang juga. Megat dan Anuar akan jadi saksi utama dan aku akan pastikan kau akan meringkuk dalam penjara sampai mati.” Noh Daniel mulai berang dengan kebisuan Suraya. Noh Daniel mula menggunakan tekanan dan ugutan.

“Encik Noh kenal Irma?” Suraya menyoal, kaget. Noh Daniel mengangguk.

“Irma Hanani Binti Salleh. Kau kenal dia waktu belajar di Matrikulasi.” Noh Daniel bersuara, menunjukkan dia tahu banyak tentang mereka berdua. Suraya menunduk dan menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum bersuara.

“Irma kawan baik saya di Matrikulasi. Kami berjanji untuk sambung belajar sama-sama. Tapi Irma lebih bijak lebih cemerlang. Dia dapat tawaran ke luar negara. Sayangnya, dia terkandas di kampung. Mulanya saya dah terputus hubungan dengan dia. Dua tahun lepas dia contact saya. Bila tahu saya belajar di sini, Irma datang jumpa saya dengan satu perancangan. Saya mulanya berat hati tapi bila dia cerita semua kepada saya, saya jadi setuju. Saya setuju untuk tolong dia balas dendam terhadap Nur Nadia.” Suraya mula membuka mulut.

“Macam mana kau boleh kenal Nur Nadia?” Noh Salleh mencelah.

“Kebetulan kami satu kelab. Masa tu saya tak pasti, lepas saya rapatkan diri dengan dia saya pasti dia adalah Nur Nadia yang Irma maksudkan.” Ujar Suraya. Suraya berjeda sebelum menyambung.

“Kami rancang sebaik-baiknya tapi tak sangka Encik ni boleh ganggu perancangan kami malam tu. Mulanya perancangan Irma adalah buat Nadia dan Encik Noh ditangkap khalwat, tapi dia tukar. Saya tak setuju tapi Irma merayu. Dia nak buat Nadia kena buang Universiti dan balik ke kampung. Irma kata, Nadia layaknya di kampung jadi orang suruhan bukan jadi pelajar yang belajar tinggi. Irma kata di sini patutnya dia, bukan Nadia.”

“Kenapa aku yang terlibat dalam hal ni?” Noh Daniel menyoal.

“Suraya suruh saya cari lelaki yang paling tak suka Nadia, terus dalam kepala saya terlintas Encik Noh.” Anuar membalas. Suraya hanya mengiyakan.

“Macam mana kau boleh bawak aku ke bilik hotel tu? Aktiviti aku semua korang tahu?” Noh Daniel menyoal lagi.

“Itu semua Irma yang urusankan. Saya dan Anuar uruskan Nadia. Yang saya tahu, Irma menyamar jadi pelayan di situ dan masukkan ubat tidur dalam minuman Encik Noh. Lepas Encik Noh pengsan dekat situ, saya dan Irma bawa ke bilik Hotel.” Suraya menceritakan. Noh Daniel merengus marah.

“Saya tahu apa yang kami buat adalah satu jenayah yang besar. Saya sayang Irma, dia kawan baik saya. Apa yang Nadia ambil daripada dia buatkan saya jadi marah. Nadia punca semua ni. Kalau Nadia tetap di kampung Encik Noh rasa semua ni akan berlaku?” Suraya seakan membela diri dan Irma. Noh Daniel tersenyum sinis.

“Kau ni orang Islam. Pernah tak qada dan qadar? Apa yang berlaku ni adalah antaranya. Kenapa Nadia yang kau salahkan akhirnya, sedangkan dia adalah mangsa dalam hal ni?” Noh Daniel membidas. Suraya terdiam. Anuar menunduk.

“Aku nak jumpa Irma Hanani. Bawa dia jumpa aku Rabu ni.” Noh Daniel mengarahkan dengan tegas. Suraya menggeleng.

“Irma tak akan dapat datang.” Suraya bersuara. Noh Daniel dan Megat Hariz saling berpandangan.

“Kenapa? Pastikan dia datang, kalau tak aku repot polis, biar polis yang uruskan hal ni.” Noh Daniel mengugut. Suraya tetap menggeleng kepala.

“Dia tak akan dapat keluar rumah pun. Irma dipaksa kahwin dengan Tuan Hassan orang kaya kampung sebagai galang ganti tempat Nadia. Seminggu lepas saya balik kampung dia, sebab dia minta saya bawa dia lari. Tapi saya tak dapat. Dia dah jadi isteri Tuan Hassan. Bukan isteri tapi hamba. Semua kerana Nadia.” Air mata Suraya merembes laju, jelas di telinganya jeritan Irma memanggil dia dari tingkap bilik. Dia tak mampu nak membuat apa-apa.

“Bukan salah Nadia!” Noh Daniel membela.

“Habis tu, siapa? Sepatutnya Nadia yang jadi isteri Tuan Hassan, sebab dia lari dan mungkir janji, Irma kena jadi galang ganti!” Suraya membalas, ada api kemarahan dalam anak matanya.

“Bapak dia yang salah. Kau tahu kenapa Nadia lari? Sebab dia tak nak jadi mangsa hutang bapak Irma. Dan sekarang bapak Irma jual Irma kepada Tuan Hassan sebab hutang-hutang dia. Suraya, kau jadi bijak sikit boleh tak? Siasat dua-dua belah pihak baru kau tahu siapa yang salah.” Noh Daniel bersuara tegas. Suraya terpempan.

“Macam mana Encik Noh tahu?” Suraya menyoal. Anuar juga memandang kehairanan.

“Aku suami Nadia. Aku tahu semua yang korang berdua tak tahu. Korang ni tak ubah macam balaci kepada Irma. Itu yang kau kata sayang?” Noh Daniel membidas. Suraya dan Anuar terkejut besar. Mereka saling memandang antara mereka.

“Saya...saya...”Suraya tidak mampu berkata apa-apa. Irma sembunyikan hal sebenar? Kenapa? Suraya keliru sendiri.

“Encik Noh tetap nak lapor polis?” Anuar menyoal takut-takut.

“Aku takkan buat repot tapi dengan syarat dan aku harap korang berdua ikut dengan baik. Kalau korang langgar, aku tak agak-agak untuk ambil tindakan undang-undang atas korang berdua. Faham?” Suraya dan Anuar mengangguk laju. Noh Daniel dan Megat Hariz saling berpandangan dan menguntum senyum penuh tersirat seribu makna.


to be continue .....
much love readers!
leave some comments ya!

7 comments:

Kak Id said...

Tetiba jd panjang cerita ni. Ceritanya menarik, jd tertunggu nak baca next part.

Anonymous said...

pergh ingt nk kesian kn si irma tp eii geram gak gan dia

-maya dhira-

akubersamaCahya said...

kak Id : aah terpanjangggg hahaha inshaAllah beberapa part lagi nak habis dah. hehehe

maya: geram.tapi kesian. ermmmm

Siti said...

Tiap2 hari ternanti2 entry...

Unknown said...

org lain yg buat hal,org lain yg kena tanggung.sian dorg.
xsabar tggu part seterusnya.

akubersamacahya said...

tq. ��

akubersamacahya said...

biasalah bila Mana xsedar salah sendiri. hihi tggu esok ya. tq

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders