Monday, February 28, 2011

stress + tension!

tiba-tiba internet asyik bermasalah.
wifi lembap. celcom BB yang baru dibayar bilnya asyik terputus2.

hidung pulak ter'over' air.
haiyakk!!

malam ni kena siapkan assignment konsumer.
susahnye dengan keadaan macam ni.



attention!! abc’s followers

alhamdulillah.

ramai yang bagi feedback yang baik. ^^v

korang yang nak masuk lagi pun boleh.

how?

pilih antara nama kat bloglist abc kat kiri ni.

ada kan?

pilih-pilih

+++

btw, abc tak letak yang mintak no 1 kat tempat spotlight sebab..

hehehe.. korang pun mesti ada yang korang suka and love3 nak tau apa yang diorang update kan?

so.. itu yang abc memang nak tahu. ^^v

tapi.. yang pilih no 1 abc dah buat khas punya. sebab korang sangat yakin!!

bagus-bagus. and sebab korang pun antara yang sentiasa update setiap hari kan3

okay!

THANKS!

TERIMA KASIH!

ikan keli sambal!

assalamualaikum.

harini abc makan sambal ikan keli. yum3! tapi tak puas sangat sebab sambalnye dia jirus aje kat atas ika, so rasa sambal tak berapa diserap oleh isi ikan (betui ke ayat ni?) orang timur kata tak sera!

mudah sangat kalau orang2 muda nak masak. orang muda? hehehe remaja2 la.. takkan pandai makan aje kan.

SAMBAL IKAN KELI

rs.ikan keli

(gambar dari google, sebijik macam yang abc makan tadi,hehehe)

bahan-bahan:

ikan keli yang siap digoreng.

minyak untuk memasak 3 camca besar.

cili merah, hijau dan cili padi. (bagi kaw2 sikit!)

bawang besar

bawang putih

belacan (abc suka belacan! ^^v)

jus asam jawa

bahan perasa (gula, garam dan perasa yang disuka seperti secukup rasa dan sesedap rasa)

*halia boleh ditambah, sebab abc memang suka letak halia, abc rasa lagi sedap. tapi tak semua suka.

 

cara-cara:

1. kisar semua bahan-bahan tersebut kecuali bahan perasa.

2. panaskan minyak.

3. masukkan semua bahan yang telah dikisar.biar masak dahulu.

4. masukkan jus asam jawa dan sedikit air.

5. biar sebentar, kemudian masukkan bahan perasa.

6. bila agak pecah minyak (minyak dah nampak kat tepi sambal tu) masukkan ikan.

7.gaulkan ikan bersama sambal hingga semua bercampur sebati.

8. hidang dan makan!

+++

sesenang A B C kan3?

apa lagi masaklah untuk yang tersayang!

new header lagi?


abc guna header ni kan sebelum ni.
tadi masa dok buat assignment yang memerlukan pemerahan otak.
terciptalah header baru yang abc pakai kat atas tu.
agak besar la jugak. (memang gedabak la abc!!!)

kind of.. cewi boleh guna adobe. hehehe



abc dengan kakak-kakak kelas.
(1st time boh gambar tak edit..)
abc suka gambar ni.. dunno why.. hehehe


Sunday, February 27, 2011

assignment oh assignment!

while discuss with my kawan2..
abc pulak pening and takde idea nak menggoreng.
so. pe kata update blog?
hehehe.

tugasan sangat banyak tapi taktahu tarikh nak submit.
itu membuatkan kita PENING!

kelam kabut dah ni nak siapkan semua keje dalam satu masa.
erm. what to do?
relax and cool
keje mesti siap punya kan3

(komen dan kritik memang mudahkan? ^^v)

amek 8 subjek aje sem ni, tapi keje berlonggok-longgok.
mujur dah lepas 2 presentation
agak lega dah.
tinggal lagi 2 presentatation.
fuh!

tak sabar nak sampai minggu study ^^v

cinta skodeng?

alhamdulillah.
abc dapat komen2 yang memberansangkan.

dah publish ke penulisan2u.

CINTA SKODENG


actually before publish abc dah suruh rumate and kakak2 baca.
takut tak best or terlalu syok sendiri. ^^v
even suruh Dr.Omar baca. hehehe

++

korang taknak baca?



love is forever- 14

LOVE IS FOREVER

Setelah sebulan, segala urusan penceraian kami berdua telahpun selesai. Umi marah. Baba marah. Ibu dan Ayah juga marah. Aku? Diam senyap membisu. Aku masih lagi kaget. Aku masih lagi terkejut. Cerai, bukan yang pernah aku pikirkan. Menjadi janda bukan satu keinginan. Haikal? Turut diam. Kami berdua seolah-olah berbicara dengan minda. Tunduk tak pandang muka. Segala yang berlaku disekeliling ibarat angin yang lalu menyapa. Sunyi tak nampak tapi rasa. Hati aku menangis. Aku semacam mahu menjerit. Tapi tak terdaya. Hati masih berpersoalan mengapa.

Tak terungkai segala persoalan. Tak terjawab segala pertanyaan. Aku memutuskan hubungan dengan dunia luar sebulan lamanya, terperuk di bilik. Hidupku kini ditikar sembahyang memohon kekuatan dan semangat. Bulan depan, hari konvokesyen aku. Semakin tiba hari itu semakin kuat ingatanku pada Haikal. Sungguh aku rindu.

” Abang jangan lupa... konvo Zu, Abang kena bagi a big bouquet of roses tau!” ujarku semasa mengambil angin dengan Haikal di Danga Bay. Setiap minggu itulah tempat bercinta kami. Penat nak ke tempat jauh, Danga Bay pun sesuai untuk ber’dating’, bukan aku mereka-reka, tapi itu yang Haikal kata.

” Jangankan rose, lili, kekwa, dahlia.. lavender pun abang kasi..kalau tak cukup bunga kertas pun abang bagi.. ” gurau Haikal sambil tangannya tak lepas mencubit pipiku. Makin tembam katanya, mahunya tidak, setiap minggu makan berat. Telefon aje tanya samada aku sudah makan atau belum. Kalau aku jawab belum, bernanahlah telinga nak menadah leteran Haikal yang kalah Ibu. Apatah kalau aku kata aku makan megi, diugutnya nak datang Johor malam itu juga. Serius! Haikal pernah buat. Malam itu aku tertidur selepas solat maghrib. Bangun-bangun aje dah pukul 12.00 tengah malam. hendak ke kafe, memang tidaklah. Kerja untuk kelas esok belum selesai, masih separuh jalan. Stok makanan dah habis dilantak oleh Ayuni malam semalam akibat over diet dia. Konon tak mahu makan malam, last-last kebuluran. Yang tinggal dalam simpanan aku, sepeket megi. Asal kenyang, biasalahkan bila namanya ’student’.

Nak dijadikan cerita, Haikal telefon, teringat katanya. Aku pula tengah asyik makan megi. Haikal macam pelik dengar aku makan tengah malam. Jarang, memang jarang aku makan lepas jam 9.00 malam, jaga badan katakan. Entah macam mana aku terkantoi, bila Haikal tanya aku makan apa. Dengan keasyikan melayan megi yang hanya celup air panas, aku jawab dengan selamba, ” megi,yum-yum-yum”. Terus berleter cik abang sayang. Diugut nak datang malam itu juga, nak bawa aku keluar makan. Aku pun dengan selamba ditambah bengang dengan leteran yang buat aku hilang selera, ” datang la, saya tak kisah” sakit hati mungkin, Haikal menamatkan talian, aku pula buat macam langsung tidak salah, sudah laparkan makan aje apa yang ada. Pukul 4.00 pagi, sesudah selesai semua kerja,baru aje aku nak letak kepala, telefon aku berbunyi. Haikal? Mahu apa tengah pagi buta.

” Zu baru nak tidur ni.. kenapa pepagi lagi dah call?” ujarku setelah panggilannya ku jawab.

” Siap and turun, Abang kat bawah. Cepat sikit!” arahan yang tegas dan kejutan buat aku.

Betul-betul marah. Aku turun dengan bebal dan mata yang mengantuk. Haikal diam tidak berkata sepatah pun. Sepanjang perjalanan Haikal protes untuk senyap. Aku tidak betah begitu, turun aje daripada kereta untuk ke gerai makan, aku guna taktik yang selalu aku buat. Aku kena ambil hatinya kembali, aku hulurkan tangan untuk bersalam. Setelah tangannya kukucup, dahi ku tidak akan tidak dihadiahi kucupan sayang Haikal. Itu yang membuatkan aku cukup bahagia. Haikal mencuit hidungku, manja. ”pandai ambil hati” itu kata-kata dia setiap kali aku mengalah dengan kedegilan aku sendiri. Malam tu, penuh perut aku sampai hilang semua mengantuk. Haikal pesan makanan macam makan tengah hari. Malu aku dengan budak lelaki yang ambil pesanan, terkejut dia bila Haikal memesan begitu banyak makanan. Haikal kata, itu denda sebab aku makan megi. Aku insaf! Takkan makan megi lagi.

Itu semua dulu. Kisah yang tidak akan lagi berulang. Mustahil untuk merasa semua itu kembali. Ya Allah, kurniakan aku ketabahan dan kekuatan. Berikan semangat untuk aku teruskan kehidupan. Ya Allah, andai dia bukan milikku, bukan untukku, bawalah semua ceritera tentang dia jauh dari hidupku.

+++++++++++++++++++

” sampai bila Zu, sampai bila nak macam ni? jangan buat ibu sedih sayang..” soal ibu bersama air mata. Aku memeluk ibu seeratnya. Tiada lagi air mata. Tiada lagi tangisan. Mata aku kering sudah dengan air. Hanya hati ini tetap melimpah rasa sedih dan tidak percaya. Ibu menangis dan menangis. Ayah sudah puas menasihati aku. Ayuni penat memujuk. Aku bagai menjeruk rasa. Muda. Terlalu muda untuk aku bergelar janda. Disaat aku menyulam cinta. Salah siapa? Haikal yang menduakan cinta atau aku yang tidak memberi peluang kedua?

Pelukan ibu ku lepaskan. Aku pandang Ayah. Aku pandang Ayuni. Dengan berat aku nyatakan kemahuanku. Surat tawaran melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di Universiti Louisiana State , Amerika Syarikat hujung bulan hadapan, dalam jurusan Pendidikan Teknik dan Vokasional selama 2 tahun aku serahkan kepada ayah. Ini impian aku sejak dahulu, ingin belajar di negara orang. Ini langkah pertama dan hampir kepada impian besarku untuk memegang satus doktor dihadapan nama. Aku nekad. Aku akan terima tawaran itu. Aku mahu pergi jauh dari kesedihan ini. Aku mahu luput Haikal daripada ingatan aku. Aku kecewa. Cinta ini akan ku bawa jauh daripada segala-galanya. Takkan aku biar air mata ibu terus berlinang kerana sedihku. Jika menangis, biar air mataku, bukan mereka yang aku sayangi.

++++++++++++

Walaupun sedih. Walaupun berduka. Tidak sedikit pun kesedihan ini menjejaskan kegembiraan aku dan rakan meraikan hari paling bahagia dalam hidup kami. Alhamdulillah empat tahun berhempas pulas belajar. Kami berjaya dengan jayanya mendapat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan serta Teknologi (Kemahiran Hidup). Masa terlalu pantas berlalu. Terasa seperti baru semalam kami kenal dan belajar. Aku dianugerah dua medal, aku gembira tidak terkata. Aku penerima Anugerah Dekan ( Kelas pertama dengan CGPA 3.89) dan Anugerah Naib Canselor. Ibu dan ayah paling gembira. Ini juga hadiah buat mereka. Aku usahakan buat mereka. Terima kasih buat dia juga. Dia banyak membantu aku setiap semester. Dia pembakar semangat. Dia tempat aku lepaskan stress belajar. Aku tak lupa jasa dia.

Dalam perjalanan pulang ke Kedah keesokkan harinya, umi menelefonku mengucapkan tahniah. Berita tentang Majlis Konvokesyen UTM ada dilaporkan di dalam surat khabar tempatan. Perbualan yang agak panjang menyebabkan Umi asyik menyebut nama dia, Haikal. Aku sempat berpesan pada Umi, ucapkan terima kasih pada dia, semua ini jasa dia, aku akan kenang jasa-jasa dia sepanjang perhubungan kami berdua suatu masa dulu.

Siapa kata cinta itu indah? Mungkin dia belum merasa kecewa. Siapa kata cinta itu sakit? Mungkin dia belum pernah merasa bahagia. Aku merasa kedua-duanya. Aku kecewa waktu remaja sewaktu Haikal memberi perkhabaran perkahwinannya. Aku bahagia tatkala Haikal menyayangi dan menyata cinta dia padaku. Aku bahagia pabila Haikal menjadi suamiku. Aku patah hati pabila Haikal menduakan aku, kembali pada kekasih lamanya. Aku pasrah pabila aku dan Haikal berpisah kasih akhirnya... aku redha ketentuan hidupku, aku redha.

cinta skodeng!


alhamdulillah.
abc baru selesai menulis sebuah cerpen yang syok sendiri.
naseb la kakak-kakak sekalian, abc paksa suruh baca sebab abc punya syok sendiri dengan watak Adam tu. hehehe

cerpen: Cinta Skodeng!

Syafiqah dan Adam. dipertemukan dalam keadaan yang tidak disangka. kerana malu adam memaksa syafiqah mengahwininya namun dibantah hebat oleh syafiqah.
tak lama kemudian, syafiqah yang merayu supaya adam mengahwininya.
kenapa?
mengapa?

cinta adam pada syafiqah sedari awal lagi tanpa disedari oleh syafiqah sendiri,
bagaimana nak sedar jika si adam langsung tidak dikenali.

+++

menarik? nak baca? abc akan postkan nanti =)

Friday, February 25, 2011

love is forever-13

LOVE IS FOREVER

Leka ku sendirian dibirai katil, merenung nasib aku yang tiba-tiba dirundung duka tatkala bahagia yang ku rasa. Aku lepaskan keluhku perlahan. Lantas aku bergerak mengambil wudhuk dan menunaikan solat dua rakaat. Tika ditikar sembahyang baru tenang yang aku rasakan. Tak ku sedar, ibu menghampiriku.

” Zu tak maafkan lagi Haikal? Bagilah dia peluang, sayang..” bisik ibu perlahan dan penuh kasih sayang. Aku tahu ibu juga bimbang dan sedih dengan keadaan aku sekarang. Perlahan ibu mengelus lembut jemariku. Air mataku tumpah lagi kala ini.

” Entahlah bu.. sakit hati ni.. Zu bagi 100 peratus kepercayaan Zu pada dia, tapi dia tak hargai pun.” jawabku keluh penuh kehampaan.

” cuba bagi ruang, bagi dia peluang, semua orang pernah buat salah, buat silap Haikal pun tak terkecuali kan.” pujuk ibu.

” Ibu, Zu bagi dia ruang, Zu bagi peluang tapi dia sekalipun tak pernah nak ambil semua peluang tu.. dia tak telefon Zu, dia tak datang jumpa Zu nak terang or nak bincangkan hal ni.. tak pernah bu..” air mataku kian menjadi-jadi. Esak yang ku tahan kini kian jelas.

Ibu menarikku ke dalam pelukannya. Aku sangat perlukan kekuatan. Aku perlukan!

” Haikal takut Zu marah kut..” ujar ibu

” memang patut Zu marahkan bu.. Zu nampak ibu, Zu nampak dengan mata Zu sendiri!” bentakku, penuh marah dan tangis.

” Zu dah besar, Ibu tahu Zu dapat fikir yang terbaik untuk diri Zu.” jawab ibu penuh kecewa. Ibu harap aku dapat melupakan apa yang jadi. Ibu harap anaknya ini bahagia kembali. Tapi hati anaknya ini sudah hancur dan luluh bagai tidak bisa dicantum kembali.

Perlahan ibu melepaskan pelukan dan keluar dari bilikku. Aku menangisi nasibku sendiri. Aku marah namun aku tetap rindu. Aku benci tapi aku tetap sayang. Aku tahu semua mengharapkan kemaafanku untuk Haikal, tapi hatiku terluka, sukar untuk diubati. Cinta dan sayang ku tidak dapat menyaingi sembilu yang tajam menusuk hati.

+++++++++++++++

”Assalamualaikum..” sapaan itu mengejutkan aku dari lamunan yang panjang.

”Waalaikummussalam..” jawabku seakan berbisik, terkejut dengan kehadirannya yang ku nanti sedari tadi.

”Dah lama tunggu?.. maaf.. tadi abang meeting..” ujarnya memulakan bicara antara kami, lalu mengambil tempat disisiku. Kami berdua duduk bersebelahan dibawah pohon yang rendang. Angin lalu lembut menyapa membawa pergi resah dihati kami berdua.

” sebelum sampai sini, Baba pun ada cakap abang meeting,” jawabku sekadar berbasa basi. Aku dengar keluhannya, perlahan tapi berat.

” takut betul abang dengan hari ni, keputusan abang yang akan tentukan corak perhubungan kita yang kabur ni,” ujarnya sambil pandangannya terus kedepan. Aku kerling wajahnya disisi.. penuh persoalan. Riak wajah penuh kerisauan.

Aku yang disampingnya tika ini makin berdebar-debar. Sungguh, apapun keputusan hari ini, itulah yang bakal mencorak hubungan kami.

” aku taknak kehilangan dia..” bisik hatiku

Haikal bangun dan berdiri memeluk tubuh. Pandangannya masih ke depan. Mungkin melontar jauh keresahan.

” Abang akui segala kesalahan abang. Abang taklah sempurna Zu. Tapi abang dah belajar dari kesilapan abang..” diraup wajahnya dengan kedua-dua tangannya, dan dilepaskan keluhan kecil.

” Rugi betul abangkan, kalau abang hilang Zu, abang terasa diri ni bodoh sangat, sia-siakan kasih dan sayang yang betul-betul depan mata. Abang sendiri tak faham kenapa abang buat semua tu terhadap Zu.. abang..”

Aku pintas bicaranya, hati ini tidak lagi sanggup mengenang semua yang telah berlaku.

” Cukuplah abang, tak perlu lagi nak kenang semua tu, luka yang sudah sembuh tak perlu nak tores semula..”

” Abang rasa kesal Zu. Allah dah hadirkan seorang isteri yang terbaik dan solehah tapi abang sia-siakan, I just can’t foegive myself!” ujarnya penuh kekesalan dan hampa.

” Semua dah berlalu, yang ada sekarang perlu kita hadapi dan sebab itulah Zu mahukan jawapan dari abang.. Zu taknak hidup dengan hubungan yang kabur.. cukuplah setahun Zu menderita, menanti abang...” tuturku perlahan.

“Jawapan abang mudah Zu.. abang akui abang sayangkan Zu.. abang taknak hilang Zu, tapi abang pun taknak Zu kecewa lagi.. abang tak cukup baik untuk Zu.. Zu.. you deserve better than me…”

“ maksud abang…?” aku buntu dengan jawapannya, dia menolak aku untuk hadir dalam kehidupannya lagi. Bukan ini yang aku mahukan..

” Setakat ini saja hubungan kita Zu.. Abang lepaskan Zu.. abang harap Zu dapat maafkan abang.. abang doakan zu mendapat lelaki yang lebih baik daripada abang..” Haikal telah membuat keputusan. Aku terpana. Lidah ini kelu tidak dapat lagi berkata-kata. Haikal terus berlalu meninggalkan aku dipohon itu. Awan kelabu mula berarak ke mari. Seakan mengetahui hatiku yang keliru dan bercelaru, air mata yang bergenang sedari tadi terus berlinang dipipi. Lain yang aku harapkan lain pula yang terjadi. Ya Allah.. kuatkanlah hambaMu.. Aku redha.. aku redha Ya Allah.. hujan turun membasahi bumi, bagai bersama menangisi nasibku ini. Pergilah cinta, pergilah rindu. Aku bukan lagi untuk dia, cinta hatiku.

Jom join bloglist Pak Cek Biola..

pcb1

(http://kringg.blogspot.com/2011/02/berita-baik-untuk-semua-jom-join.html)

jom kita join!

abc nak join.. =)

(Dalam entri itu,sila pilih anda ingin kategori yang mana, Blogku Hot, Blogku Chill, atau Blogku Style dan satu kategori baru ditambah atas permintaan iaitu , Blogku Comel..)

abc nak pilih mana satu eh?? huhuhu

“Blogku Chill”

sesuai tak.. hehehe

tag 3 0rang?

1. aqmar

2. fatin

3. zati

+++

follower yang laen jum join. =)

i love photoshop!

semester ni abc belajar grafik.

mula-mula Lecturer ajar maen paint jek..tension jugak la.. sebab otak excited nak maen photoshop.

hehehe

dah maen photoshop yang dah tinggal lama masa matrik dulu2.. huhuhu

sekarang dah boleh nak guna adobe photoshop, tak macam awal2 dulu.heeeee~~

KADblog

ni masa mula2 maen.. nampak macam mudah aje kan (bagi yg pro..klu abc..uhuhu)

KADblog2

ni yang baru buat.. takde la canggih manggih mana… saya budak baru belajar!

cebollita_animated_onion-06 penat tau nak buat ini pun..hohoho

atas ni kad perniagaan.. kena buat banting..

ni yang buat dekat kelas..

banting

cun la jugak kan..huhuhu

apa-apa pun.. sangat best bila mengedit-edit gambar nih… mudah aje kalau rajin.

onion_msn_smileys-24

love is forever- 12

LOVE IS FOREVER

Kami pulang ke Johor keesokan harinya, di awal pagi, aku ada kuliah yang perlu aku hadiri esoknya. Sepanjang perjalanan aku hanya mendiamkan diri. Kata-kata dan sindiran Mak Long masih terngiang-ngiang ditelinga. Haikal menggenggam tanganku, matanya masih fokus kepada pemanduan. Genggaman tangannya itu seolah memberi kekuatan kepada aku. Aku membalas, dengan mengeratkan genggaman tangan. Aku sangat perlukan dia ketika ini, dan dia ada. Dibawa tanganku ke bibirnya, ciuman hangat dihadiahkan kepadaku. Hatiku terus berdoa. Moga kami terus begini selamanya. Aku terlalu mencintai dia, sejak dulu dan kini cinta itu kian mekar dan utuh dijiwaku. Perjalanan 6 jam terasa begitu panjang, kerana kami berdua hanya melayan perasaan masing-masing. Selepas kami singgah makan tengah hari, barulah Haikal menghantarku ke kolej kediaman. Perpisahan akan berlaku. Hatiku terasa amat sayu. Seminggu bersama dia membuat aku bahagia. Ya, aku pasti merinduinya, pasti!

Haikal mengeluarkan bagasiku daripada belakang kereta. Aku cuma memerhatikan dia, tidak sanggup untuk berpisah rasanya. Keluhan Haikal kedengaran. Senyuman manis tetapi sayu dia hadiahkan kepadaku. Aku menyambutnya dengan senyuman tawar. Entah kenapa laju kakiku melangkah mendekati dia, dan terus memeluknya. Haikal tergamam sebentar dengan reaksi drastikku, lalu terus mengeratkan pelukan.

” Abang, mesti rindukan bantal peluk abang malam ni..” guraunya. Aku ketawa kecil. Aku bahagia. Tersangat bahagia. Setelah lama berkeadaan begitu. Aku leraikan pelukan. Malu juga kalau ada yang mengintai. Tanganku tetap digenggam, erat.

” Nanti abang pindah ke Johor eh, kita duduk serumah..” ujarnya. Aku tersenyum. Beria-ria dia ni.

” sabar la, tak lama dah.. biar Zu habis belajar dulu ye.” aku menolak lembut cadangan baik Haikal. Bukan tidak mahu serumah. Aku masih belajar, muda lagi. Aku masih tak boleh hendak bahagia masa kalau duduk luar kampus. Lagipun mesti susah kalau ada tugasan berkumpulan. Jawapan aku mengundang riak sedih diwajahnya walaupun dia bersetuju. Aku menyalami tangannya, masa untuk berpisah sementara. Dahiku dikucup lembut. Haikal akan terus pulang ke Kuala Lumpur malam ini. Keretanya bergerak perlahan keluar dari kawasan kolej. Aku melambai perlahan. Seminggu bersamanya seakan tidak cukup. Aku masih punya tanggungjawab sendiri. Begitu jua dengan Haikal. Perpisahan ini akan membuah rindu, memekarkan dan menyegarkan cinta kami. Mudah-mudahan.

++++++++

Kehidupan sebagai pelajar aku jalani seperti biasa, tugasan yang tertinggal selama seminggu aku kejar semampu boleh. Nota kuliah aku salin daripada Ayuni. Usikan Ayuni aku biarkan sahaja. Malu! Namun keindahan dan bahagia itu aku akui. SMS menjadi alat perhubung aku dan Haikal. Tiap malam Haikal akan menelefon aku, tiap malam juga Haikal akan mendodoikan tidur aku, al-maklum jadi pelajar ni agak memenatkan.

Hari-hari berlalu dengan terlalu pantas. Rindu dan cinta sentiasa menjadi perkara wajib hidup aku sepanjang menjadi pelajar. Kepada siapa lagi kalau bukan suami tersayang. Setiap hari aku menerima mesej cinta. Setiap hari aku mendapat panggilan rindu. Cinta kami cinta jarak jauh. Walaupun hampir setiap minggu Haikal akan datang ke Johor semata-mata hendak bertemu denganku. Aku bahagia. Tersangat bahagia. Tapi menjengah juga ke dasar hati ini rasa curiga, sampai bila? Adakah bahagia ini untuk selamanya?

+++++++

Namun keindahan dan kebahagian yang disangka berpanjangan rupa-rupanya penuh ranjau berduri. Aku sungguh tidak menyangka Haikal sanggup menodai rasa cinta aku padanya. Aku sungguh kecewa! Apa salah aku pada dia? Apa lagi yang dimahukan dia? Cinta? Apa makna cinta pada dia, sungguh aku kecewa! Persoalan-persoalan ini tidak pernah terjawab hingga kini. Kejadian yang melukai hati dan cinta aku itu berlaku terlalu pantas diakhir semester aku di UTM. Tak sangka, rasa hati aku selama ini benar belaka. Panggilan rindu setiap hari berkurang masa demi masa. Hari demi hari. Jika dulu sentiasa ada mesej cinta, tapi makin lama makin hilang, hilang bagai tiada khabar. Kadang seminggu lamanya.

Allah itu Maha Adil dan Maha Penyayang. Suatu malam Haikal menghantar mesej cinta rindunya. Aku tersenyum namun sementara. Mesej itu bukan untuk aku. Kata cinta dan rindu dalam mesej itu bukan untuk aku. Ia adalah untuk Alisya Farha, bekas tunangannya dulu. Hatiku dicarik rasa cemburu. Dihambat rasa kecewa. Namun kerana cinta, aku biarkan sahaja, mungkin Haikal sekadar menguji cintaku. Hal ini ku biar hingga aku lupa dan harap itu hanya mimpi saat mata terbuka.

Dua bulan kemudian, aku dihantar oleh Fakulti Pendidikan untuk ke Seminar Kerjaya di KLCC. Mungkin sudah takdir, sewaktu makan malam di sana, aku dapat melihat jelas, kemesraan dua merpati sejoli yang sedang menjamu selera di restoran yang sama. Air mataku mengalir laju tatkala melihat si gadis tanpa segan silu mencium mesra pipi si teruna. Lagak si teruna bagai sungguh bahagia berada disamping si gadis cantik jelita di tambah hadiah yang cukup istimewa. Tanpa sedar, laju kaki ini mengorak langkah ke arah pasangan bahagia itu. Si gadis aku tarik daripada pelukan si teruna, dan pipi si teruna menjadi habuan tamparanku.

” Zu... Zulaikha...” ucap Haikal gagap sambil memegang pipinya.

” Hah! Ini Zulaikha.. Zulaikha Azra! Sampai hati abang buat Zu macam ni, Zu percayakan abang, Zu sayang abang.. tapi apa semua ni.. apa!” jerkahku, air mata sedari tadi merembes laju. Seolah menjadi teman aku kala ini. Makin ku sapu makin laju linangannya.

”Zu.. Abang boleh jelaskan.. abang..”

” Jelas apa! Apa lagi yang nak dijelaskan?! Semua dah jelas Haikal, sangat jelas!” jawabku tegas penuh amarah yang tidak lagi mampu ku tahan. Hati ini pedih. Tak ku biar Haikal menghabiskan kata-katanya.

” Zu.. apa yang Zu nampak, apa yang Zu lihat, bukan sebenarnya sayang..”

” Sayang? Ini awak kata sayang? Sudahlah Haikal, aku bodoh percaya dengan kau dulu. Sebab sayangkan kau, aku pertaruh zaman remaja aku semata-mata untuk selamatkan maruah kau. Kenapalah aku bodoh peercaya jantan macam kau ni.”

” Zulaikha!” tengking Haikal, marah dek kekasaran bahasa yang aku gunakan, aku bukan aku saat itu. Yang ada hanyalah hati yang hancur. Segala hormat aku pada dia, hilang sekelip mata. Saat Alisya kembali memaut lengan Haikal, aku berundur. Namun sempat juga aku meminta pada Haikal, jika selama ini, semua ini hanyalah permainan darinya, berikanlah aku kebebasan. Tika itu barulah dia aku maafkan.

++++++++

Berita ini akhirnya sampai juga ke telinga orang tua kami. Ibu dan ayah sudah habis kata untuk menasihatkan aku. Kata mereka hubungan kami masih boleh diselamatkan. Yang menyentuh hatiku ialah pabila ummi dan baba sanggup turun dari jauh untuk memujuk aku. Ummi menangis semahunya meminta aku memaafkan Haikal. Menurut khabar dari Baba, keadaan Haikal sudah tidak seperti dulu, sudah tidak terurus dan sering berkurung di bilik jika tidak ke pejabat. Boleh dikatakan sebahagian besar masanya kini adalah dipejabat. Entah kenapa, hatiku seakan beku. Tiada lagi air mata untuk aku menangis, kering, seolah-olah kering nya hati aku untuk dia.

PEMBERITAHUAN- love is forever!


abc akan post kan novel tulisan abc kat dalam blog. =)
tapi abc akan sambung dari episod yang lepas2

TAK SAMA TAU EPISOD DALAM BLOG DENGAN DALAM PENULISAN2U.

kalau dalam blog, episodnya dah 11 tapi sama dengan half daripada episod 5 penulisan2u.
faham kan?

abc akan update day by day.
bagi yang mengikuti dari awal.
sangat2 terima kaseh,
komen anda sangat digalakkan.

nak ayat-ayat cinta LIF?
jum ke sini

abc sayang korang semua.

ehem! Haikal melarikan diri. siapa nak menjadi penganti??


Thursday, February 24, 2011

gelakkan diri sendiri.

perkara paling memalukan sepanjang menjadi blogger!

korang taknak eh masuk bloglist abc?

hahahaha

abc buat gak macam orang laen buat. tapi entah, takde respon.hehehe

nak tengok?

ini la iklan bloglist abc buat lepas blog abc kena malware tu (bukan makwe eh!)

http://akubersamacahya.blogspot.com/2011/02/bloglist-abc.html

+++

abc dah tau dah no respon. tapi just mencuba.

abc tak malukan.onion_msn_smilies-02

agak memalukan la.

so.. sampai sekrang belum buat lagi bloglist tu, internet pun problem aje.

huhuhu

+++

DSCF2852

abc yang gayat bila maen buaian.

hehehe.. ni waktu sebelum balik bilik lepas buat landskap. penat2 maen buaian memang syok! but i gayat la u..

DSCF2853

abc marah kak ida yang taknak stop dari tolak buaian tu bagi laju2.. GAYATTTTTT!

kecewa!

abc semangat menanti, keluaran Love Is Forever 9 dekat penulisan2u.
dah publish tapi isinya episod 8.. macamne tu?

ala.. kenapa leh jadik gitu pulak eh..
erm.
agak kecewa.

abc nak publish kembali dekat blog karya la.. huhuhu


Wednesday, February 23, 2011

semalam tanpa blog?

assalamualaikum.

semalam internet abc problem pulak. pelik + janggal rasa bila tak bukak blog and emel. 

onion_gifs_emoticons-18

 

abc dah siap buat entri tinggal nak pos aje. ingat nak pos entri tu tapi nak letak gambar sikit. hehehe. susahnya bila seorang blogger even bukanlah fulltime blogger, bila internet takde. and susah juga seorang penulis even maseh amatur untuk sehari tanpa laptop. camne nak tulis! kalau tulis kat kertas nanti malas nak salin semula.hehehe

abc macam berkira-kira nak beli laptop baru. masa pc fair aritu ada tengok laptop acer yang comel2 and warna warni. kecik + cute miut jek. ungu paling cun. hehehe.. namanya acer aspire one happy!!! nak3

onion_gifs_emoticons-06

acer

technolifestyle-Acer-Aspire-One-Happy

berangan aje kut. fulus pun asyik kering aje ni. ada hati nak beli laptop baru? hahaha

onion_msn_smilies-01

abc ni suka pulak maen katun2 ni.. hehehe. apa-apa pun, duet yang ada disimpan untuk masa depan! cececece actually simpan untuk dslr. hua3.. i want 1 lah.. ia macam dah jadik satu trend pulak kan..

d3000

semua asyik tergantung that big cam. abc pun nape tetiba nak ikut trend.

ehem! sy bukan ikut trend ek.. i love taking pictures. onion_gifs_emoticons-20  so takape la kalau sy berangan nak beli nanti ye. tak lama dah saya nak bekerja (lambat lagi la jugak!)

+++

ini impian okey! bukan angan2.. abc akan berusaha untuk dapatkan. insyaALLAH.

hehehe.

tak sabar nak bekerja. (lambat lagi…)

macam lagu ‘teringin’

(ini sepatutnya entri semalam, tapi takleh publish…jom hayati keinginan yang tidak tercapai!)

sesekali ku rasa teringin

tu baris lagu teringin, ramlah ram eh yang nyanyi? ke shima? kompius3

apa yang abc teringin mingin ni?

abc puasa harini. al maklum! onion_gifs_emoticons-08

bangun pagi bukak laptop. pastu bosan tido. masa tido tengahari tu (puasa apa byk tido kan =P) abc mimpi abc makan kari kepala ikan. pergh! sedap gila meratah kepala ikan dalam mimpi tu.. tapi sayang cuma mimpi semata-mata.

cebollita_animated_onion-07

abc nak cari mana kari kepala ikan, kalau kat grik adala kari kepala ikan salim tu, femes3! (mama kata kari kepala salim. ngeee~~)sini kat ayub tu sedap tak?? huhuhu

kecur air liur basi abc dengan mimpi tu. mainan tidur betul (dalam hati nak3)

petangnya abc and akak-akak tersayang pergi ke balai cerap.

DSCF3442

(abc sempat posing lagi..ni kat taman herba yg dah ditinggalkan kut..huhu)

konon nak masuk hutan situ2, tapi semua takut2. pegi nak cari pokok herba, yang kenal pokok senduduk and pokok taik ayam aje. hehehe

DSCF3445

(akak-akak sedang cuba nak amek pokok senduduk)

cebollita_animated_onion-15

lepas tak dapat kari kepala ikan, abc teringin nak makan ikan bakar cicah air asam. yum3 kalau arked k9 komfem takde ikan bakar ye dak. so..pergi la meranti senja2 lepas balik dari menjenguk ladang.

DSCF3456

haiyak! air asam dah habes la pulak der! sedih sungguh.

lepas tu teringin pulak nak makan sate’.. mana nak cari? taman U la jawabnye. round-round situ (tak round pun lalu jek) we’ols decide nak makan dekat kafeteria noor sebab nampak ada sate’. order kemain lagik..

DSCF3478

punya sedap juadah berbuka abc.. hehehe diet lari marathon ke mana ntah siap pas baton diet tu..

cebollita_animated_onion-06

abc pun pekena “ABC” dah lama tak pekena. boleh tahan! sedap.

order sate’

tapi sayang. teringin tinggal teringin.

DSCF3466

(ni kak farina a.k.a rumate saya. ^^v)

sebab sampai habes juadah sate’ tak sampai. perut pun dah penuh. bila tengok bil memang ‘abang’ tu tak tulis. punya semangat abc order sate’ ayoooo… onion_gifs_emoticons-10

+++

akhirnya.. segala yang abc teringin tinggak hangin. kasihan tak? kasihan tak? cecite-cecite.

cebollita_animated_onion-21

+++

abc jumpa sumting yang best tau!

DSCF3459

DSCF3465

kecap asin berjenama “abc”.. hehehe gambar abc tu edit bagi bloom sebab tak pakai pape kat muka yang terbakar tu..hehehe

kenyang3 walaupun tak dapat apa yang diinginkan. =)

Tuesday, February 22, 2011

novel alaf21

abc belum buat entri pasal review buku kan?

abc banyak baca novel aje. =)

apa-apa pun, abc nak share koleksi novel2 alaf21.

yang paling abc suka-love-like lah!

++++

kau-yg-satu

penulis: NIA AZALEA

masa abc dekat sekolah menengah dulu, buku ni antara buka yang TOP. al kisah Taufik dan Salina yang berkahwin kerana ayah taufik yang terhutang nyawa dengan ayah salina. Taufik ada kekasih sendiri begitu juga dengan salina. but cinta itu datang jua~~ Isabella kekasih taufik bangun membalas dendam..

best cerita ni. ada kes bunuh2. so.. interesting lah!

bicara-hati-newimages

(abc taktau pulak ada dua cover?)

penulis: damya hanna

buku-buku damya hanna memang best2 belaka!

al kisah bicara hati, tengku shahran dan zahlia berkahwin kerana perjanjian. bukunya tebal weh! tapi syiok habes lah, konflik yang ada membuat kita akan teruskan pembacaan. =)

tengku shahran bertemu zahlia dalam satu kemalangan kecil. masa tu tengku shahran tu tengah cari calon isteri sementara. mak dia dah desak suruh kawen. zahlia pulak perlukan duit. so.. lepas kawen banyak la konflik yang terjadi.

ABC SANGAT SUKA CERITA NI!! (novel abc yang ni hilang, rasanya adik abc bagi kat awek dia pastu tak ngaku. hampeh!)

 

sehangat-asmara

penulis: aisya sofea

novel ni novel zaman sekolah jugak, sejurus lepas bicara hati. abc tak sempat baca, just curi2 baca masa turn kawan abc (abc ada kawan yang tukang cerita pasal novel, hehehe)

al kisah, zainal areif dan kamilia najwa yang berkahwin dilondon tanpa restu keluarga. zainal tinggalkan kamilia sejak dari di london selama 9 tahun. konflik bermula bila kamilia kembali ke malaysia bersama anak mereka, misya yang tidak diketahui oleh zainal. zainal kemudian menuntut hak anaknya.

dendam rindu mengatasi dendam amarah?

haiyak! sangat hebat maa ini cinta!

ombak-rindu

ni abc tak payah story kut.

penulis: fauziah ashari

semua tau kan cerita ni, novel dia dah sambungan ke 3 kan?

cerita nya korang tengok tak? abc tak tgk.. and terasa nak tgk ni.. hehehe

selagi ada dia 

penulis: aisya sofea

ini abc dah pernah buat entrinya dulu2. abc baca masa sem 2 kalau tak salah.

tengok kat sini.

http://akubersamacahya.blogspot.com/2009/11/idris-sulaiman.html

+++

belum habes. nanti abc sambung lagi.

sumber gambar: google ^^v

 

abc sedang berusaha mengumpul novel2 yang lama. sebab bagi abc cerita2 yang lama sgt best. =)

korang pun jangan lupa menyokong LOVE IS FOREVER tau! (promote2)

kisah cinta abc.

cinta itu payah nak jelaskan maksud dia.

dalam sangat kut, sedalam lautan berapi?

erk?

kisah cinta abc sudah sampai ke garisan penamat. hati sudah melupa. hadir dia sebagai ujian dunia. benar! cinta dunia itu tidakkan kekal selamanya.

“cintakan bunga, bunga kan layu, cintakan manusia, manusia akan pergi”

benar kan?

abc hanya mampu tersenyum selepas menangis.

”CINTA ALLAH ITU YANG ABADI”

156905193_08b3471358

cinta abc untuk manusia dah habes waktu dan tempoh.

tinggal setia cinta buat MAMA tercinta, adik2 dan keluarga.

Allah cinta utama.

bukan menutup atau mengunci hati untuk mencintai atau dicintai.

cuma abc nak cinta yang diredhai.

cinta seorang suami.

cinta

takut terlalai lagi dalam dunia cinta dunia, tiada akhir selepas segala kata cinta terucap.

rugi masa + dosa free.

+++

abc juga manusia biasa

CIMG2236

( ramai kawan U dah tau belog ni. malu~~)

++

ni last kisah cinta abc ke?

bad mood!

berkisar diri abc sendiri yang tengah bad mood.

diri sendiri taktau kenapa. malas nak bercakap.

orang tanya buat dek.

kurang ajar kau ni abc!

cebollita_animated_onion-07

maaf. abc seriusly malas.

‘malas’ tahap gila2. sampai suara pun jadik mahai!

 

++++

Ya Allah, jagalah hati ini, kata2 ku serta perbuatanku, agar aku tidak melukakan insan lain.

amin.

Monday, February 21, 2011

bas berpuaka =.=”

abc maseh pening lalat!

haiyak!

onion_msn_smileys-09

pagi ni abc dan kawan2 kelas ke Semangar, Kota Tinggi Johor.

melawat sambil buat kajian tentang rawatan air di Loji Semangar.

loji tu paling maju, sebab menggunakan SCADA. apa tu?

next entri with gambar2 abc cerita pasal rawatan air. =)

lepas pegi tadi, diri sendiri sedar, jangan banyak komplen dalam hidup ni, orang buat keja tu susah sangat!!

+++

bas UTM yang kami naek tadi memening kepala. ramai gak yang pening tadi. kenapa pun taktau la.. huhu

naek2 aje dalam bas terus carik asam. pening! bau bus tu kut eh. entah la!

berpuaka kut (celupar nye!!!)

agak-agaknye, apa yang buat kitorang pening?

erm..

fear-equals-funding

malas pikir.

+++

abc dah mengundi tadi, sejurus sampai ke UTM.

siapa yang menjadi pilihan hati?

cebollita_animated_onion-137

??????

UNDI ADALAH RAHSIA

+++

pening lagi la.. malas nak pegi kelas LADANG!!!!

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders