ENTRI KE 3 UNTUK THE.
maaf ya, abc guna loghat utara. memang rancang dari awal nak guna loghat kedah dalam cerita ni, tapi dua part awal terlupa dan ada sikit-sikit ja. part 3 dan seterusnya akan banyak. harap faham. tak faham tanya kat box komen tau.
T.H.E - PART 3
Part 3
Nur
Annisa termenung jauh. Pancing yang dipacakkan ke tanah dibiarkan sahaja.
Langsung tidak tertarik lagi untuk memancing. Kejadian yang berlaku semalam
memenatkan kepalanya untuk berfikir.
“Kak
Nisa, ikan tarik tu.” Ahmad Atif terus berlari mengambil pancing Nur Annisa
yang mengena. Nur Annisa hanya memandang tiada berperasaan. Dia kemudian bangun
dan berlalu ke pondok kecil di tepi sawah itu. Ahmad Atif hanya menggeleng
kepala. Ahmad Aish yang memancing di tengah sawah padi itu hanya memandang
kehairanan.
“Kenapa
tak mengail?” Suara itu mengejutkan Nur Annisa yang sedang termenung jauh. Nur
Annisa pantas memandang ke arah suara yang menyoal. Dia buat apa dekat sini?
“Assalamualaikum
Tuan Haji.” Ahmad Atif berbahasa sebelum melangkah ke arah Ahmad Aish di tengah
sawah.
“Waalaikummussalam.
Hati-hati mengail dekat tengah tu.” Sempat lagi Tuan Haji Esmael berpesan
sebelum melabuh duduk di batang kelapa yang sudah ditebang dan dijadikan
bangku.
“Annisa
okay ke? Saya tengok dari jauh macam termenung jauh sangat ja.” Nur Annisa
sekadar mengangguk kepala. Kakinya menguis-nguis ranting-ranting pokok di
tanah. Tuan Haji Esmael tersenyum melihat tingkah Nur Annisa.
“Masih
dok pikir pasai hal semalam ka?” Tuan Haji Esmael menyoal lagi. Nur Annisa
mengangguk lagi. Masih tidak bersuara.
“Terok
sangat pikir noh, sampai sakit tekak. Sora pun tak dengaq.” Tuan Haji Esmael
cuba menceriakan suasana. Nur Annisa menjeling sekilas sebelum mengeluh
perlahan.
“Tak
baik mengeluh Annisa. Cuba cerita dekat saya apa yang dok pikir sangat tu?”
Tuan Haji Esmael bersuara lagi. Mengajak Nur Annisa untuk berkongsi.
“Bukan
saja-saja nak mengeluh. Penat. Saya balik kampung sebab hati saya kata dok
kejap dekat kampung ni walaupun saya sebenaqnya tak mau langsung duduk
lama-lama. Tak sangka akan jadi hal buruk macam ni. Entahlah. Jodoh kita la kut
noh.” Nur Annisa mula bersuara. Ayat yang akhir itu mengukirkan senyuman di
bibir Tuan Haji Esmael.
“Kalau
dah terima jodoh kita, awat yang dok pikir terok-terok lagi?” Nur Annisa
memandang lelaki yang 17 tahun lebih tua daripadanya. Masih kacak. Sentiasa
menawan dengan senyuman manis. ‘Apa hang melalut ni Nisa?’ soal hati Nur Annisa
mematikan lamunannya.
“Kenapa
Omar fitnah saya? Kenapa ibu abah percaya? Kenapa kak Ain sanggup kata saya
macam-macam? Yang paling teruk saya rasa abah tampaq saya dan hampir nak pijak
saya sebab hal yang muhong semua tu. Sakit. Sakit sangat.” Nur Annisa mengesat
air mata yang mula mengalir di pipi. Tuan Haji Esmael mengangguk kepala,
memahami apa yang Nur Annisa rasai. Dia saksi semua yang berlaku kepada Nur
Annisa semalam.
“Saya
ada semalam. Saya dengaq dan nampak semuanya. Saya pun tak tahu nak cakap apa,
saya tak tahu apa yang ada dalam hati ibu dengan abah Annisa. Tapi hal Omar tu,
saya rasa dia memang dah lama suka dekat Annisa kan?”
“Ya,
dia ada masuk meminang saya tahun lepas. Saya tolak. Bukan tak tau dia macam
mana. Kalau jadi suami, buat merana ja.” Nur Annisa mengepal penumbuk apabila
bercakap tentang Omar. Omar sudah tergila-gilakan Nur Annisa sejak dari sekolah
rendah. Nur Annisa memang tidak layan, langsung tidak diendahkan lelaki bernama
Omar itu.
“Tak
baiklah. Mungkin sekarang dia macam tu, esok-esok mungkin lebih baik.” Tuan
Haji Esmael menasihat. Tidak suka berkata buruk tentang orang lain.
“Awat?
Pak cik nak saya kahwin dengan dia pulak ka? Tak jadi nak kahwin dengan saya? Pak
cik mesti dah menyesai cakap nak kahwin dengan saya semalam kan? Takpa saya
faham. Orang fitnah saya macam-macam. Saya ni buruk sangat untuk jadi isteri
kepada sesiapa, apatah lagi isteri Tuan Haji Esmael. Saya rela aih jadi andartu
dari jadi isteri Omar.” Nur Annisa meluah rasa dalam senafas. Tuan Haji Esmael
sudah tergaru-garu kepala.
“Dak
aih. Annisa dah salah faham ni. Saya nak kahwin dengan Annisa. Tak dak menyesai
apa aih. Tak sabaq lagi adalah.” Nur Annisa mencebik.
“Gatai
aih Pak cik.” Balas Nur Annisa sebaik mendengar kata-kata akhir Tuan Haji
Esmael. Tuan Haji Esmael ketawa.
“Saya
tak suka cakap buruk orang, Annisa. Ya , semua orang tau Omar tu budak dia lagu
mana. Tapi siapalah kita nak cakap tentang orang lain. Kita pun tak tau kita
nanti ke depan macam mana. Betul tak?” Tuan Haji Esmael menjelaskan duduk
perkara yang sebenar yang ingin dia sampaikan.
“Baik
sangat Pak cik ni. Saya bukan nak burukkan dia tapi dia fitnah saya berzina
dengan dia. Oh please! Saya pun ada taste okay. Hat depa pun percaya, pelik
betui. Kalau saya nak dekat Omar tu mestilah saya dah terima lama pinangan dia
dulu. Geram betui.” Nur Annisa mengetap giginya menahan marah.
“Ujian
buat Annisa. Sabaq ja lah.”
“Sabaq
dah ni. Kalau tak sabaq dah pecah muka Omar tu saya kerja kan. Sia-sia saya
masuk kelab Judo kalau tak guna.”
“Awat
ganas sangat. Risau saya.”
“Awat
Pak cik nak risau pulak?”
“Takut
malam pertama mata dah lebam.”
“Sungguh
noh, pak aji ni gatai.” Nur Annisa membidas, namun Tuan Haji Esmael hanya
ketawa.
“Cik
Man ada tanya saya bila nak langsung. Sebab tu saya datang nak tanya Annisa
sendiri. Bila?” Tuan Haji Esmael mula bicara perkara yang ingin dibincangkan.
Nur Annisa menghela nafas perlahan.
“Saya
sebenarnya langsung tak fikir nak kahwin dalam masa terdekat. Kalau kita
bertunang saja dulu boleh?” Permintaan yang membuatkan Tuan Haji Esmael
terdiam. Hanya kepala diangguk-anggukan. Keadaaan sunyi buat seketika.
“Annisa
tentu pernah dengaq pasai saya kan…” Tuan Haji Esmael berjeda sebelum
meneruskan kata-kata.
“Saya
kalau boleh tak mau bertunang. Nikah terus. Cukuplah lima kali saya bertunang
dengan lima orang berbeza. Saya tak mau ada yang ke enam.”
“Saya
baru 22 tahun.” Ujar Nur Annisa, mahu Tuan Haji Esmael memahami kehendaknya.
“Saya
tau, Annisa muda banyak dari saya. Habih tu, Annisa nak kahwin dengan saya
waktu saya umur berapa?” Tuan Haji Esmael cuba bergurau. Gurauan yang menjadi
apabila Nur Annisa mengukir senyuman.
“Betui
juga. Pak cik takdaklah tua mana. 40 kan? Sedang elok. Saya pun tak adalah rasa
berat nak terima Pak cik jadi suami saya. Cumanya, saya baru daftar nak sambung
mengaji lagi, sebab tu berat sikit nak nikah cepat-cepat ni.” Nur Annisa
menjelaskan.
“Kira
Annisa terima saya jadi suami seikhlasnya?”
“Abah
suka sangat dengan Tuan Haji Esmael, ibu pun. Cuma ibu nak Pak cik jadi suami
kak Ain, bukan saya.” Nur Annisa berjeda.
“Tapi
dari saya kena kahwin dengan entah sesiapa, baik saya terima lamaran express Tuan Haji Esmael. Betui dak?”
Jawapan yang menyenangkan.
“Betui
sangat.” Tuan Haji Esmael memberikan dua ibu jari tanda bagus. Nur Annisa
ketawa.
“Pasai
tarikh tu, bila Pak cik rasa okay dan baik?”
“Dua
minggu lagi. Boleh?” Nur Annisa mencongak tarikh sebelum mengangguk kepala
tanda setuju.
“Nanti
saya habaq dekat abah. Tapi saya nak bagitau siap-siap dekat Pak cik.”
“Apa
dia?”
“Saya
ni memang belajaq tinggi. Nampak macam cerdik sikitlah, tapi sebenaqnya banyak
sangat benda saya tak tau. Terutamanya masak.” Nur Annisa membuat riak muka
serba salah. Comel!
“Takpa.
Saya boleh masak.”
“Saya
tak reti hal-hal urus rumah ni.”
“Tak
apa saya boleh uruskan.”
“Kira
saya boleh goyang kaki ja la noh.” Nur Annisa ketawa. Sudah semua yang dia
tidak tahu Tuan Haji Esmael boleh lakukan. Apa yang dia nak buat?
Tuan Haji Esmael tersenyum. Hatinya
senang melihat Nur Annisa kembali ceria. Kalau tidak muka sudah sama buruk
dengan zink pondok yang mereka berteduh. Buruk!
“Patut orang kampung berkenan dengan
Pak cik.”
“Pasai pa cakap lagutu?”
“Pak cik punya senyuman manaihhhh,
melecih! Bergetaq habih tulang rusuk.”
“Hah?” Tuan Haji Esmael tidak faham.
Berkerut keningnya dengan ayat yang dituturkan Nur Annisa. Nur Annisa ketawa
lagi, besar jarak umur mereka, mana mungkin Tuan Haji Esmael faham dengan
istilah orang muda sekarang!
“Kak Nisa jom balik.” Ahmad Atif dan
Ahmad Aish sudah pun berdiri di depan pondok bersama-sama kail dan hasil
tangkapan mereka. Nur Annisa turun dari pondok dan memakai seliparnya.
“Saya balik dulu Tuan Haji. Nanti
apa-apa Tuan Haji bincang dengan abah ya. Saya okay ja.” Ujar Nur Annisa
sebelum melangkah menyaingi adik-adiknya di depan. Tuan Haji Esmael memandang
langkah Nur Annisa sehingga hilang dari pandangan matanya. Bibirnya terukir
senyuman. Hatinya berbunga. Kiranya pilihan yang dibuat benar belaka.
Alhamdulillah.
to be continue ...
komen ya!
4 comments:
Yeah....ingatkan xde entry dah hari ni....😘😘😘
Sy pun dah berbunga2 juga haha
sejam lagi part 4. abc post siap2. nak balik kg. dalam dua minggu baru ada entri baru. sorry! rindulah korang nnt dgn THE hehe
Thanks you kak Abc💕 can't wait for it😍😍
buat2 comei plak annisa nih..haha
Post a Comment