Wednesday, March 28, 2018

Mini Novel 2018: Tuan Haji Esmael (T.H.E) - Part 3

ENTRI KE 3 UNTUK THE.
maaf ya, abc guna loghat utara. memang rancang dari awal nak guna loghat kedah dalam cerita ni, tapi dua part awal terlupa dan ada sikit-sikit ja. part 3 dan seterusnya akan banyak. harap faham. tak faham tanya kat box komen tau. 


T.H.E - PART 3

Part 3

Nur Annisa termenung jauh. Pancing yang dipacakkan ke tanah dibiarkan sahaja. Langsung tidak tertarik lagi untuk memancing. Kejadian yang berlaku semalam memenatkan kepalanya untuk berfikir.

“Kak Nisa, ikan tarik tu.” Ahmad Atif terus berlari mengambil pancing Nur Annisa yang mengena. Nur Annisa hanya memandang tiada berperasaan. Dia kemudian bangun dan berlalu ke pondok kecil di tepi sawah itu. Ahmad Atif hanya menggeleng kepala. Ahmad Aish yang memancing di tengah sawah padi itu hanya memandang kehairanan.

“Kenapa tak mengail?” Suara itu mengejutkan Nur Annisa yang sedang termenung jauh. Nur Annisa pantas memandang ke arah suara yang menyoal. Dia buat apa dekat sini?

“Assalamualaikum Tuan Haji.” Ahmad Atif berbahasa sebelum melangkah ke arah Ahmad Aish di tengah sawah.

“Waalaikummussalam. Hati-hati mengail dekat tengah tu.” Sempat lagi Tuan Haji Esmael berpesan sebelum melabuh duduk di batang kelapa yang sudah ditebang dan dijadikan bangku.

“Annisa okay ke? Saya tengok dari jauh macam termenung jauh sangat ja.” Nur Annisa sekadar mengangguk kepala. Kakinya menguis-nguis ranting-ranting pokok di tanah. Tuan Haji Esmael tersenyum melihat tingkah Nur Annisa.

“Masih dok pikir pasai hal semalam ka?” Tuan Haji Esmael menyoal lagi. Nur Annisa mengangguk lagi. Masih tidak bersuara.

“Terok sangat pikir noh, sampai sakit tekak. Sora pun tak dengaq.” Tuan Haji Esmael cuba menceriakan suasana. Nur Annisa menjeling sekilas sebelum mengeluh perlahan.

“Tak baik mengeluh Annisa. Cuba cerita dekat saya apa yang dok pikir sangat tu?” Tuan Haji Esmael bersuara lagi. Mengajak Nur Annisa untuk berkongsi.

“Bukan saja-saja nak mengeluh. Penat. Saya balik kampung sebab hati saya kata dok kejap dekat kampung ni walaupun saya sebenaqnya tak mau langsung duduk lama-lama. Tak sangka akan jadi hal buruk macam ni. Entahlah. Jodoh kita la kut noh.” Nur Annisa mula bersuara. Ayat yang akhir itu mengukirkan senyuman di bibir Tuan Haji Esmael.

“Kalau dah terima jodoh kita, awat yang dok pikir terok-terok lagi?” Nur Annisa memandang lelaki yang 17 tahun lebih tua daripadanya. Masih kacak. Sentiasa menawan dengan senyuman manis. ‘Apa hang melalut ni Nisa?’ soal hati Nur Annisa mematikan lamunannya.

“Kenapa Omar fitnah saya? Kenapa ibu abah percaya? Kenapa kak Ain sanggup kata saya macam-macam? Yang paling teruk saya rasa abah tampaq saya dan hampir nak pijak saya sebab hal yang muhong semua tu. Sakit. Sakit sangat.” Nur Annisa mengesat air mata yang mula mengalir di pipi. Tuan Haji Esmael mengangguk kepala, memahami apa yang Nur Annisa rasai. Dia saksi semua yang berlaku kepada Nur Annisa semalam.


“Saya ada semalam. Saya dengaq dan nampak semuanya. Saya pun tak tahu nak cakap apa, saya tak tahu apa yang ada dalam hati ibu dengan abah Annisa. Tapi hal Omar tu, saya rasa dia memang dah lama suka dekat Annisa kan?”

“Ya, dia ada masuk meminang saya tahun lepas. Saya tolak. Bukan tak tau dia macam mana. Kalau jadi suami, buat merana ja.” Nur Annisa mengepal penumbuk apabila bercakap tentang Omar. Omar sudah tergila-gilakan Nur Annisa sejak dari sekolah rendah. Nur Annisa memang tidak layan, langsung tidak diendahkan lelaki bernama Omar itu.

“Tak baiklah. Mungkin sekarang dia macam tu, esok-esok mungkin lebih baik.” Tuan Haji Esmael menasihat. Tidak suka berkata buruk tentang orang lain.

“Awat? Pak cik nak saya kahwin dengan dia pulak ka? Tak jadi nak kahwin dengan saya? Pak cik mesti dah menyesai cakap nak kahwin dengan saya semalam kan? Takpa saya faham. Orang fitnah saya macam-macam. Saya ni buruk sangat untuk jadi isteri kepada sesiapa, apatah lagi isteri Tuan Haji Esmael. Saya rela aih jadi andartu dari jadi isteri Omar.” Nur Annisa meluah rasa dalam senafas. Tuan Haji Esmael sudah tergaru-garu kepala.

“Dak aih. Annisa dah salah faham ni. Saya nak kahwin dengan Annisa. Tak dak menyesai apa aih. Tak sabaq lagi adalah.” Nur Annisa mencebik.

“Gatai aih Pak cik.” Balas Nur Annisa sebaik mendengar kata-kata akhir Tuan Haji Esmael. Tuan Haji Esmael ketawa.

“Saya tak suka cakap buruk orang, Annisa. Ya , semua orang tau Omar tu budak dia lagu mana. Tapi siapalah kita nak cakap tentang orang lain. Kita pun tak tau kita nanti ke depan macam mana. Betul tak?” Tuan Haji Esmael menjelaskan duduk perkara yang sebenar yang ingin dia sampaikan.

“Baik sangat Pak cik ni. Saya bukan nak burukkan dia tapi dia fitnah saya berzina dengan dia. Oh please! Saya pun ada taste okay. Hat depa pun percaya, pelik betui. Kalau saya nak dekat Omar tu mestilah saya dah terima lama pinangan dia dulu. Geram betui.” Nur Annisa mengetap giginya menahan marah.

“Ujian buat Annisa. Sabaq ja lah.”

“Sabaq dah ni. Kalau tak sabaq dah pecah muka Omar tu saya kerja kan. Sia-sia saya masuk kelab Judo kalau tak guna.”

“Awat ganas sangat. Risau saya.”

“Awat Pak cik nak risau pulak?”

“Takut malam pertama mata dah lebam.”

“Sungguh noh, pak aji ni gatai.” Nur Annisa membidas, namun Tuan Haji Esmael hanya ketawa.

“Cik Man ada tanya saya bila nak langsung. Sebab tu saya datang nak tanya Annisa sendiri. Bila?” Tuan Haji Esmael mula bicara perkara yang ingin dibincangkan. Nur Annisa menghela nafas perlahan.

“Saya sebenarnya langsung tak fikir nak kahwin dalam masa terdekat. Kalau kita bertunang saja dulu boleh?” Permintaan yang membuatkan Tuan Haji Esmael terdiam. Hanya kepala diangguk-anggukan. Keadaaan sunyi buat seketika.

“Annisa tentu pernah dengaq pasai saya kan…” Tuan Haji Esmael berjeda sebelum meneruskan kata-kata.

“Saya kalau boleh tak mau bertunang. Nikah terus. Cukuplah lima kali saya bertunang dengan lima orang berbeza. Saya tak mau ada yang ke enam.”

“Saya baru 22 tahun.” Ujar Nur Annisa, mahu Tuan Haji Esmael memahami kehendaknya.

“Saya tau, Annisa muda banyak dari saya. Habih tu, Annisa nak kahwin dengan saya waktu saya umur berapa?” Tuan Haji Esmael cuba bergurau. Gurauan yang menjadi apabila Nur Annisa mengukir senyuman.

“Betui juga. Pak cik takdaklah tua mana. 40 kan? Sedang elok. Saya pun tak adalah rasa berat nak terima Pak cik jadi suami saya. Cumanya, saya baru daftar nak sambung mengaji lagi, sebab tu berat sikit nak nikah cepat-cepat ni.” Nur Annisa menjelaskan.

“Kira Annisa terima saya jadi suami seikhlasnya?”

“Abah suka sangat dengan Tuan Haji Esmael, ibu pun. Cuma ibu nak Pak cik jadi suami kak Ain, bukan saya.” Nur Annisa berjeda.

“Tapi dari saya kena kahwin dengan entah sesiapa, baik saya terima lamaran express Tuan Haji Esmael. Betui dak?” Jawapan yang menyenangkan.

“Betui sangat.” Tuan Haji Esmael memberikan dua ibu jari tanda bagus. Nur Annisa ketawa.

“Pasai tarikh tu, bila Pak cik rasa okay dan baik?”

“Dua minggu lagi. Boleh?” Nur Annisa mencongak tarikh sebelum mengangguk kepala tanda setuju.

“Nanti saya habaq dekat abah. Tapi saya nak bagitau siap-siap dekat Pak cik.”

“Apa dia?”

“Saya ni memang belajaq tinggi. Nampak macam cerdik sikitlah, tapi sebenaqnya banyak sangat benda saya tak tau. Terutamanya masak.” Nur Annisa membuat riak muka serba salah. Comel!

“Takpa. Saya boleh masak.”

“Saya tak reti hal-hal urus rumah ni.”

“Tak apa saya boleh uruskan.”

“Kira saya boleh goyang kaki ja la noh.” Nur Annisa ketawa. Sudah semua yang dia tidak tahu Tuan Haji Esmael boleh lakukan. Apa yang dia nak buat?

            Tuan Haji Esmael tersenyum. Hatinya senang melihat Nur Annisa kembali ceria. Kalau tidak muka sudah sama buruk dengan zink pondok yang mereka berteduh. Buruk!

            “Patut orang kampung berkenan dengan Pak cik.”

            “Pasai pa cakap lagutu?”

            “Pak cik punya senyuman manaihhhh, melecih! Bergetaq habih tulang rusuk.”

            “Hah?” Tuan Haji Esmael tidak faham. Berkerut keningnya dengan ayat yang dituturkan Nur Annisa. Nur Annisa ketawa lagi, besar jarak umur mereka, mana mungkin Tuan Haji Esmael faham dengan istilah orang muda sekarang!

            “Kak Nisa jom balik.” Ahmad Atif dan Ahmad Aish sudah pun berdiri di depan pondok bersama-sama kail dan hasil tangkapan mereka. Nur Annisa turun dari pondok dan memakai seliparnya.

            “Saya balik dulu Tuan Haji. Nanti apa-apa Tuan Haji bincang dengan abah ya. Saya okay ja.” Ujar Nur Annisa sebelum melangkah menyaingi adik-adiknya di depan. Tuan Haji Esmael memandang langkah Nur Annisa sehingga hilang dari pandangan matanya. Bibirnya terukir senyuman. Hatinya berbunga. Kiranya pilihan yang dibuat benar belaka. Alhamdulillah.

to be continue ...
komen ya!



4 comments:

Siti said...

Yeah....ingatkan xde entry dah hari ni....😘😘😘
Sy pun dah berbunga2 juga haha

akubersamaCahya said...

sejam lagi part 4. abc post siap2. nak balik kg. dalam dua minggu baru ada entri baru. sorry! rindulah korang nnt dgn THE hehe

Rararawr said...

Thanks you kak Abc💕 can't wait for it😍😍

Unknown said...

buat2 comei plak annisa nih..haha

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders