Part
19
Nur
Nadia dan Mashitah duduk di meja kafe. Sambil makan tengah hari mereka
membincangkan soalan-soalan tahun sebelumnya. Persediaan untuk peperiksaan jam
2.15 petang nanti.
“Hah...
sini pun kau Nadia. Penat aku cari kau merata.” Hadi yang tercungap-cungap
melabuh duduk di hadapan Nadia.
“Kenapa
cari aku?” Soal Nadia.
“Ni
haa... soalan ni diorang kata keluar kejap lagi. Aku tak dapat buat, tu nak
tanya kau.” Ujar Hadi. Nadia mengambil soalan dari Hadi dan mula membaca.
“Aku
dah buat ni. Kejap aku cari... ni ha...” Nadia mula menerangkan jawapan yang
diperolehnya. Mashitah turut sama mendengar, sebelum beberapa orang rakan lain
menghampiri. Penuh meja mereka dengan beberapa orang rakan sekelas yang turut
bertanya beberapa soalan yang dijangka akan keluar.
“Apasal
aku tengok Nasuha macam nak datang sini je? Apahal muka dia macam tu?” Ujar
Hadi yang sedang mengemas buku-buku dan notanya. Nadia kalih sebentar sebelum
menjungkit bahu, malas hendak ambil tahu.
“Nadia,
aku rasa...” Belum habis kata-kata Mashitah, Nadia sudah bermandi air teh ais
dan kuah kari ayam. Nadia terkejut besar sehingga terdiri dia di situ. Nasuha
ketawa besar.
“Ni
makanannya untuk perempuan yang gatal dan tak ada maruah!”
“Nasuha,
apa ni?” Nadia menyoal dalam ketar, menahan marah dan tangisan.
“Woi!
Kau gila ke?!” Mashitah membentak, mahu sahaja dia menghentak Nasuha ketika itu
namun Nadia menghalang. Mashitah merengus marah.
“Kau
jangan nak sembunyi sangat dibalik tudung besar kau, konon sopan santun, baik,
alim tapi kau ni tak lebih macam perempuan murah!” Pekik Nasuha penuh amarah.
Tangannya mahu naik menampar Nadia sebelum ditahan dengan tempikan yang lebih
kuat.
“Nasuha!”
Noh Daniel sudah berdiri di belakang dengan renungan mata yang tajam. Tangannya
dikepal erat-erat. Kalau Nasuha lelaki tentu sahaja bersepai gigi dibuatnya.
Nadia mengalih tubuh dan pandangan ke arah Noh Daniel.
“Sayang...”
Noh Daniel melangkah laju ke arah Nadia yang sudah bermandi air mata sekarang.
“Abang...”
Nadia memanggil Noh Daniel dalam tangisan. Nasuha mencebik penuh benci dan
meluat melihat Noh Daniel mengelap wajah Nadia dengan tisu yang ada. Hadi
kemudian di arah oleh Noh Daniel untuk mencari lebih banyak tisu.
“Well, well... semua orang mari tengok,
merpati dua sejoli. Tak tahu malu. Tunjuk sangat yang korang ni buat maksiat.
Tak cukup dekat luar,sampai dalam kampus pun nak buat maksiat?” Nasuha memerli.
Ketika itu sudah ramai pelajar berkumpul di kafe dan melihat adegan itu.
“Maksiat?
What do you mean by maksiat? Nur
Nadia is my wife. So, is there any problems with it? It is
still call maksiat?” Noh Daniel memegang erat tangan Nadia. Nadia masih
dalam sendu. Mashitah sudah tersenyum lebar. Sweet sangat! Rata-rata pelajar yang melihat terkejut besar dengan
kenyataan yang diluahkan oleh Noh Daniel. Nasuha yang paling terkejut.
“Wife? Nadia... isteri... kahwin?” Nasuha
sudah tergagap-gagap.
“Yes. Nur Nadia yang awak mandikan dia
sekarang ni adalah isteri saya. Ada masalah? Kalau awak ni lelaki Nasuha,
memang esok dah pakai gigi palsu. Saya bagi amaran yang terakhir, jangan pernah
awak berani maki isteri saya lagi atau ada hati nak angkat tangan sentuh isteri
saya. Sekali lagi awak buat macam ni, saya tak akan teragak-agak untuk ambil
tindakan.” Noh Daniel memberi amaran dengan tegas. Nasuha sudah cuak.
“Saya...
saya...” Nasuha masih tidak dapat bersuara.
“No more excuses. Saya tak nak dengar
apa-apa. Bear in your mind, I won’t let
it go again next time.” Noh Daniel kemudian terus menarik tangan Nadia
keluar dari kafe dan melangkah ke kereta.
“Sayang
ada exam, macam mana ni?” Nadia sudah merengek dengan tangisan. Tudung dan
bajunya sudah basah lencun dengan kari ayam dan air teh ais.
“Exam pukul berapa?”
“2.15
kejap lagi.”
“Sempat.
Sekarang baru 1.30. Kita balik. Jom cepat.” Noh Daniel terus sahaja
menghidupkan enjin kereta. Meluncur laju pulang ke rumah. Mujur sahaja dia
cepat ke situ, niatnya hanya mahu makan bersama-sama Nadia tetapi lain pula
yang jadi. Mujur sahaja dia sempat menahan Nasuha dari naik tangan ke muka Nadia.
Nadia memang tegas tetapi dia lemah bila kejadian sebegitu berlaku di luar
jangkaannya.
Mujur
sahaja sempat Nadia sampai ke dewan peperiksaan walaupun lewat sepuluh minit.
Nadia membaca doa sebelum mula menjawab soalan. Nasuha yang duduk jauh di tepi dewan
hanya memerhati dengan ekor mata. Masih terkejut dengan kenyataan Encik Noh
Daniel pujaan hatinya adalah suami kepada Nur Nadia.
“Bukan
Encik Noh benci Nadia ke?” Soalan yang penuh di dalam whatsapp group mereka. Senang sahaja Mashitah membidas mereka yang
masih tidak berpuas hati kenapa Nadia menjadi pilihan; ‘Nadia tak busuk hati
macam korang, dari benci jadi sayang. Korang semua jealous gilakan? Nadia dah la cantik, pandai, dapat pulak Encik Noh
kegilaan ramai. Gigit kukulah korang.’ Seorang demi seorang mulai ‘left group’ selepas dibidas tajam oleh
Mashitah. Bagi Mashitah pula; ‘Ada aku kisah?’
Peperiksaan
berlangsung selama satu jam setengah sahaja. Noh Daniel sudah pun menunggu
Nadia di luar dewan kuliah. Beberapa orang pelajar yang keluar dewan, memberi
salam hormat kepada Noh Daniel.
“Sayang.”
Noh Daniel memanggil Nadia yang baru menjengah keluar dewan. Tangan sudah pun
dihulurkan. Dalam segan, Nadia tetap menyambut huluran itu.
“Kenapa
tunggu sini?” Nadia menyoal.
“Saja
nak tunjuk kita buat maksiat.” Noh Daniel masih mengusik. Kalau Nasuha dengar
mesti bengang! Nadia tersenyum dengan matanya dikecilkan.
“Nakal
Encik Noh ni.” Mereka melangkah ke kereta. Beberapa orang rakan sekelas Nadia
memandang dan tersenyum-senyum kepada Nadia. Naik segan Nadia dibuatnya.
“Amboi...
sweet-sweet pula dua orang ni.”
Mashitah menegur. Nadia menekup muka dengan sebelah tangan. Noh Daniel tidak
lepas genggaman tangannya malah dieratkan lagi.
“Mashitah,
aku balik rumah terus tau. Habis paper
last nanti baru aku balik bilik. Next
semester aku dipaksa duduk rumah.” Nadia mengerling ke arah Noh Daniel.
“Tempat
isteri di sisi suami. Suami pun kena pastikan isteri di sisi naa...” Ada
bidasan halus di situ dari Mashitah kepada Noh Daniel.
“InshaAllah
Mashitah. Nanti kenduri saya nak minta tolong awak jemput pelajar-pelajar yang
saya ajar boleh? Kad dah siap nanti saya bagi.” Ujar Noh Daniel. Faham sangat
Mashitah sayangkan Nadia.
“Boleh
je Encik Noh, tak ada hal. Tapi satu syarat, kalau bersanding saya nak jadi
pengapit, boleh?” Mashitah mengangkat-angkat kening.
“Mungkin
tak ada sanding kut, saya risau Nadia penat sangat nanti. Masjlis lebih kepada
majlis kesyukuran je.” Mashitah memandang Nadia pelik.
“Nadia
sakit ke?” Soal Mashitah risau. Nadia memandang Noh Daniel dengan senyuman
lebar. Mashitah ditarik sebelum Nadia berbisik di telinganya.
“Allahukbar.
Alhamdulillah.” Mashitah menekup mulut dengan kedua-dua belah tangannya.
“Rahsia
tau. Baru lagi. Doakan ya Mashitah, semua selamat.” Ujar Nadia. Mashitah
mengangguk perlahan.
“Eh
jomlah, kami hantar awak balik kolej. Boleh borak panjang dalam kereta.” Mereka
bertiga bergerak ke kereta yang diparkir di bawah pokok. Mashitah lega. Lega
melihat Nadia tidak lekang dengan senyuman di bibirnya. Noh Daniel sentiasa
membuat Nadia ketawa. Sesekali Mashitah mencelah dan menambah, semakin gamat
keadaan dalam kereta jadinya.
Kertas
terakhir telah pun berjaya dihabiskan. Lega. Semua kertas telah berjaya dibuat
sehabis baik. Alhamdulillah. Nadia telah pun selesai mengemas semua barangannya.
Malam ini dia akan tidur di kolej untuk terakhir kalinya. Semester depan akan
jadi semester yang mencabar buat Nadia. Semester terakhir untuk menamatkan
Ijazah Sarjana Muda. Dalam masa yang sama membawa anak dalam perut.
“Kalau
kau tak kahwin, kau nak buat apa ye habis semester tahun depan?” Mashitah yang
sedang berbaring sambil membaca novel menyoal Nadia yang baru melabuh duduk di
katilnya.
“Aku
kan kerja dekat kedai buku. Aku rancang untuk kerja situ sampai aku konvo dan
mungkin sampai aku posting.” Ujar
Nadia. Mashitah mengangguk.
“Boss
tu dah tau ke kau tak kerja cuti semester ni?” Soal Mashitah.
“Tahu.
Aku dah call dia awal haritu. Nanti
nak jumpa bagi kad kahwin.”
“Baik
eh dia?”
“Dia
janda anak tiga. Suami lari sebab hutang Ah Long. Bukan terus naik berjaya
macam tu ja. Macam-macam dia lalui sampai berjaya sekarang. Dia nak tolong aku,
sebab dia kata Allah tolong dia untuk dia tolong orang lain.” Nadia
menjelaskan. Puan Nurbaya. Orang yang sangat rendah diri dan sentiasa positif.
Bagaimana boleh kenal? Semua atas aturan Allah. Waktu itu Nur Nadia sudah
hampir putus asa dalam mencari kerja sehinggalah dia ternampak Puan Nurbaya
terkial-kial mahu mengangkat stok buku masuk ke kedainya, terus sahaja dia
menghulurkan bantuan. Dari situ Nadia diterima bekerja dengannya untuk setiap
cuti semester.
“Alhamdulillah.
Dalam susah payah kau lalui hidup kau, ramai orang baik yang kau jumpa. Salah
seorangnya, aku.” Mashitah ketawa. Nadia juga.
“Perasan
eh. Tapi betul, kau salah seorangnya. Terima kasih.”
“Sama-sama.
Dah eh, jangan nak sentimental. I don’t
like it.” Mashitah memberi amaran awal-awal. Mashitah si cengeng!
ONE MORE PART TO GO!
much love readers!
2 comments:
lepas jgk rindu kt N&N ni 😊
Bahagia sudah....😍😍😍
Post a Comment