Part
18
Solat
Maghrib malam itu diimamkan oleh Datuk Nour Rahman selaku tuan rumah. Rasa
seronok dan bahagia dapat berkumpul ramai-ramai dengan sanak saudara begitu.
Bagi Nadia yang tidak pernah rasa semua ini, dia bahagia. Sebenar-benar
bahagia. Kira berbaloilah semua air mata yang ditangiskan sebelum ini jika ia
adalah permulaan bagi bahagia yang akan dirasainya buat selama-lamanya.
“Alhamdulillah,
kita semua telah selesai solat maghrib berjemaah. Dah lama kita semua tak
berkumpul ramai-ramai macam ni. Alhamdulillah, Majlis Pertunangan Nuha Dania sudah
pun selesai. Yang tinggal nikah dan kenduri sahajalah. Daniel minta kenduri dia
yang tertangguh dicepatkan atas sebab apa, kita dengar sendiri dari tuan
badan.” Datuk Nour Rahman memanggil Daniel ke depan jemaah untuk menjelaskan.
“Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Terima kasih semua atas sumbangan tenaga dan lain-lain harini.
Untuk saudara mara yang belum pernah tengok isteri saya, sebelah mama tu isteri
saya, Nur Nadia Abdul Wahab.” Noh Daniel menunjukkan ke arah Nadia yang berada
ditengah-tengah antara Datin Nurlia dan Nuha Dania. Nadia menguntum senyuman
buat saudara mara yang memandang ke arahnya.
“Sepatutnya
kenduri kami harini juga tapi disebabkan saya terpaksa ke U.K selama beberapa
minggu, jadi saya tangguhkan. Saya cadang untuk adakan majlis perkahwinan kami
sebulan dari sekarang, inshaAllah jika diizinkan.” Semua sudah memandang antara
satu sama lain. Terlalu cepat. Datin Nurlia juga kelihatan terkejut, begitu
juga dengan Nadia.
“Iya,
saya tahu cepat sangat. inshaAllah semua akan dimudahkan. Saya bukan apa, kalau
lewat-lewat sangat nanti kasihan isteri saya, semua baju tak muat.” Nadia sudah
membuat muka marah. Noh Daniel sempat lagi menyakat.
“Untuk
pengetahuan Papa, Mama dan semua... Alhamdulillah isteri saya hamil empat
minggu. Masih terlalu awal jadi saya mohon semua doakan semuanya selamat.
inshaAllah.” Lebar senyuman Noh Daniel sewaktu mengumumkan kehamilan Nadia.
Semua sanak saudara menyambut dengan ucap kesyukuran. Datin Nurlia terus sahaja
memeluk erat Nadia. Mulutnya tidak putus-putus mengucap syukur. Mak Itam pula
tidak habis berkata... “Kan aku dah kata!” kiranya mata tuanya masih berbisa.
Melihat sahaja boleh meneka. Nadia memandang Noh Daniel yang melebar senyuman,
jika pagi tadi sehingga saat sebelum ini dia merasakan Noh Daniel tidak suka
dengan berita itu, kiranya dia salah. Salah 100%. Pandai Noh Daniel
menyembunyikan kegembiraannya. Sangat suka sembunyi!
Sebelum
solat Isyak, mereka semua membuat bacaan Yassin, Tahlil dan doa selamat. Semua
mendoakan kebahagiaan mereka satu keluarga. Semoga hubungan yang erat itu terus
utuh hingga ke akhirnya. Bukan mudah menjaga satu keluarga yang besar, pasti
ada pertelingkahannya. Bagi keluarga besar Datuk Nour Rahman, perbincangan
adalah rahsia hubungan baik antara mereka. Alhamdulillah.
Noh
Daniel melabuh duduk di sebelah Nadia yang sedang asyik berborak dengan
sepupu-sepupu perempuan Noh Daniel sambil menjamu selera.
“Sayang...
abang lapar.” Bisik Noh Daniel. Nadia kalih memandang Noh Daniel di sebelahnya.
Tidak tunggu lama, Nadia menyua makanan, laju sahaja Noh Daniel membuka mulut.
“Amboi,
manjanya abang Daniel.” Sepupu Noh Daniel menegur. Mereka tersipu-sipu malu
sambil ketawa kecil melihat Nadia menyuap makanan kepada Noh Daniel. Nadia cuma
tersenyum malu.
“Jangan
jealous tau. Nanti suruh Pak Cik dengan Pak Lang kahwinkan korang cepat-cepat,
boleh bermanja-manjaan macam ni.” Tutur Noh Daniel penuh lagak. Mencebik
sepupu-sepupunya mendengar. Nadia hanya ketawa kecil, Noh Daniel memang suka
menyakat.
“Sayang
ada kelas ke lusa?” Soal Noh Daniel. Nadia yang sedang mengunyah makanan hanya
menggeleng.
“Dah
mula study week.” Ujar Nadia,
menambah seketika kemudian.
“Duduk
rumah eh study week ni.” Nadia
menggeleng laju.
“Tak
nak?” Noh Daniel terkejut dengan jawapan Nadia.
“Mana
sayang tahu abang nak balik. Sayang bawak balik baju cukup-cukup je sampai esok
pagi.” Nadia bersuara, membetulkan salah faham Noh Daniel.
“Esok
pagi kita pergi kolej ambil semua barang-barang sayang.” Nadia berkerut dahi.
“Kenapa
semua?”
“Semester
depan duduk rumah, tak payah duduk kolej.”
“Susahlah
nanti, jadual kita bukan sama. Abang fakulti lain, sayang fakulti lain.” Nadia
tidak bersetuju.
“Tak
susahlah. Abang hantar dan ambil.”
“Jadual
pelajar dengan lecturer lain. Susah
nanti.”
“Cuba
dulu. Kalau rasa susah, tak apa. Cuti ni ambil lesen, nanti abang belikan
kereta untuk sayang.” Noh Daniel tetap dengan keputusannya.
“Lagi
tak setuju. Jangan membazir boleh tak?”
“Apa
pula membazir? Sayang dengar cakap abang boleh?” Noh Daniel sudah mahu
menggunakan kuasa vetonya. Nadia mencebik, terus sahaja disuap mulut Noh Daniel
dengan nasi sebelum suaminya itu mahu meneruskan kata-kata.
“Yelah
suamiku. Ikutlah. Asal kita bahagia.” Nadia malas berbalas kata lagi. Noh
Daniel tersenyum dengan mulut penuh makanan. Tangan diangkat membuat tanda
bagus.
Awal
pagi itu, selepas bersarapan Nadia dan Noh Daniel telah bersiap untuk ke kolej
kediaman Nadia dan pulang ke rumah mereka. Banyak juga pesanan penaja dari
Datin Nurlia kepada mereka berdua semasa bersarapan tadi. Kebanyakkannya
berkaitan dengan kandungan Nadia. Datuk Nour Rahman masih galak mengusik Noh
Daniel namun ada terselit nasihat untuk mereka berdua.
“Abang
pergi pejabat abang kejap. Kalau sayang dah siap kemas barang, call abang. I will come right away here for you.” Sempat lagi Noh Daniel
mencuit hidung Nadia.
“Okay.
Kejap je kut, Mashitah balik kampung. Jadi tak ada mak cik reporter yang akan sekat jalan keluar sayang.” Mashitah pulang ke
kampung beberapa hari. Bila tiba ‘study
week’ semua pelajar seakan mendapat cuti panjang yang menenangkan. Tiada
tugasan yang perlu disiapkan. Tiada kelas. Tiada tekanan!
“Ke
sayang nak abang tunggu sini je?” Nadia menggeleng.
“Abang
pun kejap je kan? Abang pergi pejabat abang dulu. Dah settle terus datang sini.” Tangan Noh Daniel dicapai. Disalam penuh
kasih dan dicium penuh hormat. Nadia terus melangkah naik ke biliknya selepas
kereta Noh Daniel meluncur keluar pagar kolej.
Nadia
mengemaskan pakaian dan beberapa buah buku dan nota untuk ulangkaji. Sempat
juga Mashitah diberitahu berkenaan ketiadaan dirinya sepanjang minggu itu dan
perancangan Noh Daniel supaya Nadia terus tinggal di rumah. Banyak yang mula
disoal Mashitah berkaitan Noh Daniel namun Nadia memutuskan untuk menceritakan
semuanya apabila mereka bertemu empat mata.
“Sayang.
Abang dekat bawah dah ni. Dah siap kemas?” Soal Noh Daniel selepas talian
bersambut.
“Dah
siap. Kejap sayang turun.”
“Banyak
tak? Nak abang naik tolong ke?” Noh Daniel mula risau.
“Janganlah
Encik Noh. Menjerit satu kolej tengok Encik Noh masuk kolej perempuan.” Nadia
sudah ketawa di hujung talian.
“Sayang
ni... betul-betullah. Sayang tak boleh angkat berat-berat tau.”
“Tak
banyak pun. Tunggu kejap ya, nak turun dah ni.” Terus Nadia memutuskan talian.
Beg baju dijinjit dan beg yang mengandungi buku-buku dan nota digalas di bahu.
“Sikitnya?”
Noh Daniel laju sahaja menyoal melihat hanya dua beg yang dibawa Nadia. Nadia
yang telah melangkah masuk ke dalam kereta hanya tersengih-sengih.
“Malas
nak kemas semua lagi. Sayang bawa balik yang penting je. Baju dan buku. Yang lain-lain
semua lepas habis exam nantilah. Banyak
masa lagi.” Nadia menjelaskan. Noh Daniel hanya mengangguk.
“Jom
kita pergi Balai Cerap kejap. Ambil angin.” Kereta Noh Daniel sudah bergerak
keluar dari kolej kediaman.
“Okay.
Seronok juga naik bukit pagi-pagi macam ni.” Nadia terus sahaja bersetuju.
Sepanjang perjalanan ke Balai Cerap mereka yang berbual kosong. Sesekali Noh
Daniel mengusik Nadia dan Nadia juga membalas. Perjalanan itu penuh dengan
gelak tawa mereka berdua.
Keadaan
di Balai Cerap sunyi. Hanya ada beberapa orang pelajar yang bersenam dan terus
turun semula. Ramai pelajar pulang ke rumah masing-masing, mengambil peluang cuti
seminggu sebelum berperang dengan peperiksaan. Noh Daniel meletakkan tikar yang
dibawa keluar dari kereta dan terus membentangkan di atas rumput menghadap ke
arah kawasan Universiti. Luas. Tenang. Nadia melabuh duduk di sebelah Noh Daniel,
lutut dipeluk. Mata dilepas pandang ke depan.
“Sayang
ingat tak abang pernah kata banyak yang sayang tak tahu tentang abang?” Noh
Daniel bersuara, Nadia dipandang.
“Ingat
dan masih ingat juga yang abang pernah kata abang benci Nadia dan masih
bencikan Nadia. I hate you dan still hate
you. Kenapa?” Nadia menyoal ingin tahu.
“I fall in love with you from the first day I
met you in the lecture hall. I can’t take my eyes over you. I hate you because
I fall in love with you sayang without knowing who you really are. Until now, I
still hate you because I fall in love with you each time I see you.” Ujar
Noh Daniel dengan senyuman yang melebar. Nadia diam. Sukar untuk dia percaya
betapa cintanya Noh Daniel buat diri dia.
“Kiranya
setiap hari jatuh cinta?” Hati Nadia kembang kucup apabila Noh Daniel
mengangguk laju.
“Mama
orang pertama yang tahu, sejak hari tu Papa asyik perli aje.” Noh Daniel ketawa
kecil.
“Dah
tu kenapa asyik nak buat sayang marah je dulu? Asyik perli-perli, bagi sakit
hati?” Nadia menyoal.
“Satu
sebab yang abang pernah kata, sayang ingatkan abang kepada Nurul Aulia. Keduanya,
sebab abang nak tutup rasa hati abang. Abang cari keburukan yang ada pada
sayang. Tapi Allah Maha Kaya, lagi cari yang buruk lagi jatuh cinta. Parah sangat!”
Ujar Noh Daniel sambil memegang dadanya. Nadia tersengih.
“Over sangat.” Nadia menolak Noh Daniel
dengan bahunya. Noh Daniel ketawa. Kemudian mereka berdua kembali melepas
pandang ke depan. Diam dalam sepoi-sepoi angin yang menyapa.
“Kenapa
sayang tipu abang tentang Irma?” Noh Daniel menyoal, serius. Nadia menghela
nafas perlahan. Wajah Noh Daniel dipandang.
“Atas
banyak sebab.” Ujar Nadia. Noh Daniel membalas pandangan.
“Explain.”
“Ingat
tak awal-awal kita kena perangkap dulu, abang betul-betul rasa musuh bisnes
abang dengan papa yang plan semua tu
dan abang jadi hairan kenapa sayang terlibat. Sayang sendiri pun hairan, dalam
hati sayang dah agak ada benda yang pelik masa tu.” Ujar Nadia berjeda. Noh Daniel
tidak menyampuk hanya menunggu Nadia menjelaskan.
“Bila
sayang buat garis masa tu dan kita dapat suspek-suspek yang mungkin terlibat
semuanya menjurus kepada diri sayang. Sayang dah tak sedap hati tapi sayang
diam aje. Sayang takut abang benci sayang. Cukuplah sayang hilang ibu abah,
sayang tak nak hilang suami.” Air mata Nadia yang mula menyapa di pipi, pantas
diseka oleh Noh Daniel.
“
Ada tiga sebab kenapa sayang tak bagitahu siapa Irma dekat abang. Sebab yang
pertama, sayang malu. Pak cik dan Tuan Hassan dah cukup malukan sayang depan
abang, depan mama papa. Malu sangat ada keluarga macam tu. Bila Irma yang
rancang semua ni, hati sayang mati. Sayang malu. Sayang fikir masa tu, kalaulah
abang tahu Irma anak pak cik mesti abang benci sayang. Sayang malu.” Air mata
Nadia makin lebat, Noh Daniel menarik Nadia ke dalam pelukannya. Beberapa minit
kemudian Nadia melonggar pelukan. Kembali meluahkan.
“Keduanya,
sayang takut bila abang tahu siapa Irma, abang mungkin akan terfikir yang
sayang rancang semua ni. Atas alasan Tuan Hassan. Betulkan? Berkemungkinan. Sayang
sendiri pun akan syak macam ni. Yang ketiga, sebab sayang sayangkan Irma. Sayang
dah anggap Irma macam kakak sayang sendiri. Irma orang yang sentiasa dengan
sayang waktu-waktu sayang memerlukan seseorang. Dia yang pujuk sayang. Dia yang
akan curi-curi bagi makan dekat sayang kalau sayang kena kurung. Dia yang akan
ubatkan sayang kalau sayang sakit kena pukul dengan pak cik dengan mak cik. Sayang
tak nak Irma kena tangkap, sayang tahu Irma marah sayang sebab tu dia buat
semua ni.” Nadia menjelaskan dalam sedu tangisan. Noh Daniel menggosok belakang
Nadia memujuk isterinya.
“Dan
sebab-sebab tu juga buat abang hilangkan diri dari sayang.”Noh Daniel kemudian
mencelah. Nadia memandang Noh Daniel dengan mata yang kabur dek air mata.
“Sayang
tak percayakan abang. Ya abang memang terfikir sayang yang rancang semua tu
tapi kalau sayang tak tipu abang mungkin abang tak fikir langsung macam tu. Bila
sayang mula tipu dan berahsia, abang pula dapat tahu Irma anak pak cik, memang
terlintas dalam kepala abang, mungkin sayang yang mahukan semua tu. Tapi abang
tak terus tuduh, abang masih percayakan sayang. Abang siasat satu persatu. End up abang tahu sayang memang tak
terlibat. Sebab tu abang pesan dari awal lagi, jangan berahsia apa-apa dengan
abang. Rahsia memburukkan hubungan suami isteri.”Noh Daniel bersuara, panjang
lebar.
“Sayang
minta maaf.” Luluhan sahaja suara Nadia.
“Abang
maafkan. Abang pun minta maaf. Kita sama-sama khilaf.”
“Megat
ada bagitahu sayang yang kes kita tu dah selesai. Macam mana abang siasat? P.I yang abang tu eh?” Nadia menyoal
ingin tahu.
“P.I pun ye. Abang dengan Megat jumpa
Suraya dan Anuar. Terus settle semua.”
Nadia menekup mulutnya yang ternganga sebab tak percaya.
“Patut
lama tak nampak Anuar. Suraya pun tak ada masa hari last perjumpaan Kelab Silat.”
“Sebab
syarat yang abang kenakan untuk diorang kalau tak nak hal ni sampai ke polis.” Noh
Daniel menguntum senyum penuh makna.
“Syarat?”
“Ya,
syarat. Syaratnya, diorang berdua tak boleh muncul depan sayang atau abang lagi
dan jangan pernah terfikir nak ganggu lagi kita berdua.” Ujar Noh Daniel penuh
bangga.
“Sampai
macam tu abang buat? Jadi, diorang extend
study?”
“Maybe,
itu lebih baik dari masuk lokapkan?”
“Habis
tu Irma?” Nadia menyoal lagi. Wajahnya ada riak risau.
“Sayang
tak tahu apa-apa tentang Irma?”
“Tak.
Sayang ada cuba call tapi nombor dah tak aktif. Sayang memang dah lama tak
jejak kaki dekat kampung. Sayang memang tak nak balik sana.” Nadia bersuara,
tekad.
“Irma
dah kahwin dengan Tuan Hassan. Suraya kata memang dia takkan boleh keluar lagi
dari rumah apatah lagi kampung.” Nadia memejam mata sesaat. Berat. Sangat berat
hukuman itu. Tuan Hassan bukan Malaikat, bukan juga adiwira, jauh sekali
kesatria. Tuan Hassan adalah iblis yang bertopengkan manusia. Sudah ramai yang
menjadi mangsanya. Memang dinikahi dengan penuh adat tetapi semuanya atas dasar
bayar hutang.
“Semua
sebab sayang kan? Kasihan Irma.” Luah Nadia.
“Mungkin.
Tapi semua sudah tertulis sayang. Allah dah lukis hidup kita dari awal lagi. Dari
kita dalam rahim ibu kita. Allah dah lukis semuanya. Kita boleh rancang apa
sahaja tapi Allah yang tentukan semuanya. Kalau sayang tak tekad lari dari
kampung, duduk belajar sini. Sayang rasa sekarang abang ada ke dekat sebelah
sayang?” Noh Daniel memujuk hati Nadia.
“Mungkin
tak ada.” Nadia membalas.
“Kalau
kita tak kena perangkap Irma, mungkin ke baby kita ada dengan kita sekarang?” Nadia
menggeleng laju, bibirnya mula terukir senyuman.
“Hidup
kita ni sayang, semua dah tertulis. Kalau kita rasa hidup kita ni kurang baik,
usahakan. Allah akan bantu dan letakkan kita di tempat yang lebih baik. Mungkin
tak seperti yang kita nak tapi lebih baik dari yang sedia ada.” Noh Daniel
menambah. Sejuk hati Nadia dengan setiap butir bicara yang Noh Daniel tuturkan.
“Sayang
hairanlah kenapa abang yang jadi mangsa perangkap Irma?” Nadia menyoal
kemudiannya.
“Sebab
Irma nak orang yang benci Nur Nadia sama macam dia.”
“Silap
besarlah kan? Sebab Encik Noh benci Nur Nadia sebab dia dah jatuh cinta. Alamak!”
Nadia ketawa. Noh Daniel juga ketawa dengan anggukan.
“Kenapa
abang pergi U.K lama? Mama kata kejap aje.”
“Dua
tahun tau abang kena study sana.” Noh
Daniel membetulkan.
“Mama
kata abang bagitahu nak pergi sebulan je. Sayang tunggu tau, hari-hari. Pergi
tak bagitahu, tak call, tak mesej,
tak emel. Tak ada apa-apa.”
“Abang
pergi betulkan hati abang. Kan dah bagitahu.” Noh Daniel ketawa kecil.
“Tak
lawak tau. Sayang hari-hari menangis. Sayang sampai fikir yang sayang ni tak
layak rasa bahagia. Sampai dah redhalah kalau tak bahagia pun.”
“Amboi
sampai macam tu? Alololo kesiannya isteri abang. Kalau sayang mengaku yang
hari-hari sayang menangis, abang pun nak mengakulah.”
“Mengaku
apa?”
“Abang
pergi tak cakap apa-apa dekat sayang sebab abang merajuk. Abang terasa hati
dengan sayang.”
“Merajuk?
Ooo... tu yang sampai lebih sebulan dekat sana?”
“Taklah.
Merajuk awal-awal tu je. Abang uruskan pengajian abang supaya boleh buat dari
sini je. Kerja sambil belajar, okay kan?” Nadia terkejut dengan kenyataan itu. Noh
Daniel sudah menguntum senyum.
“Kiranya
abang balik teruslah ni? Tak payah balik U.K?” Nadia menyoal banyak.
“Iye.
Abang akan study dari sini je tapi
adalah kena ke sana juga kalau ada masalah or
anything yang memerlukan abang ke sana.” Terang Noh Daniel. Nadia gembira.
“Sayang
minta maaf banyak-banyak ya abang. Minta maaf tentang semuanya. Banyak yang
sayang salah faham dengan abang.” Nadia memeluk erat Noh Daniel.
“Tulah
lain kali kalau sayang kata sayang. Tak bagi abang pergi cakaplah tak bagi. Ini
tak, asyik ulang benda sama. Jangan fikirkan apa-apa, teruskan apa yang
dirancang. Pirahhh” Noh Daniel membidas. Nadia mencebik dengan muka manja.
“Sayang
tak nak jadi penghalang ja. Sayang tak nak abang rasa sayang ni ganggu
rancangan hidup abang. Tu ja.” Terus sahaja Noh Daniel mengetuk perlahan kepada
Nadia beberapa kali.
“Ni
kepala ni, suka sangat fikir bukan-bukan.” Nadia mengaduh sakit, cepat-cepat
ditepis tangan Noh Daniel.
“Okaylah
okaylah, lepas ni semua dalam kepada sayang, sayang bagitahu abang eh. Jangan nak
stress pula lepas ni.” Nadia mengecilkan matanya membuat amaran.
“Bagus.
Macam tulah. Abang kalau stress, tengok muka sayang ni hilang stress abang.” Noh
Daniel memegang wajah Nadia, erat. Nadia tersenyum, bahagia.
“No
more secrets, no more run away, no more tears. inshaAllah.” Ujar Noh Daniel,
kembali merangkul erat Nadia ke dalam pelukannya. Nadia mengangguk, dalam hati
dia mengaminkan. Doa. Itu doa mereka untuk bahagia buat selamanya.
“Habis
exam nanti, jom. Kita balik kampung sayang, kita tolong Irma.” Ujar Noh Daniel
sebaik memasuki perut kereta. Nadia diam beberapa ketika sebelum mengangguk
bersetuju. Untuk apa dia takut lagi, dia sudah ada kesatria yang akan sentiasa melindungi
dirinya. Yang akan memastikan dia sentiasa selamat dan yang akan sentiasa
memastikan dia bahagia. Sentiasa. Kesatria yang bernama Noh Daniel.
to be continue...
sikit ja lagi nak habis.
kalau rajin, cuba teka orang yang asyik usha depa dua ni dari jauh. dalam part 14 and part 17.
teka tau dalam komen!
MIMPI ABC TAK MALAM TADI? YANG BACA TAPI TAK KOMEN. KALAU STILL TAK KOMEN MALAM NI ABC MAI CEKIK PULAKKKK!!!
MUCH LOVE READERS!
6 comments:
I guess nasuha kot...
Masitah
Ermm siapa ye? Pakcik Salleh kut. Nadia tu pregnant takde alah ke? Untung betul camtu.
still early. hahaha tp sy pun dua Kali prgnant xd alahan hehehe
Nasuhaaaa?
Nasuha
Post a Comment