Part
17
Noh
Daniel menyembunyikan senyumannya. Apabila Nadia memandang ke arahnya dia
seriuskan kembali wajahnya. Apabila Nadia tidak pandang, senyuman kembali
terukir. Hatinya terlalu gembira, gembira dengan berita itu!
“Awak
tak perlu risau, awak jangan fikirkan pun. Saya boleh uruskan.” Nadia bersuara
setelah lama mendiamkan diri. Nadia takut, takut melihat wajah Noh Daniel
begitu. Marah? Tertekan? Nadia tidak dapat mentafsirkan.
“Boleh
tak kalau awak yang jangan fikir lebih-lebih?” Nadia terdiam. Serius dan tegas
sahaja suara Noh Daniel. Seperti Noh Daniel yang pertama kali dia kenal dahulu.
Noh Daniel yang melihat Nadia melangkah lambat-lambat di belakangnya membuatkan
dia menarik tangan Nadia dan terus menggenggam erat. Noh Daniel menarik Nadia
supaya berjalan seiring dengannya.
“Awak
fikir terlalu jauh untuk orang lain sampai awak lupa nak fikir tentang diri
awak sendiri.” Tutur Noh Daniel membuatkan Nadia memandang tidak berkelip. Apa
yang dimaksudkan Noh Daniel? Kata-kata itu terlalu dalam untuk Nadia fikirkan
ketika itu. Genggaman tangan dieratkan. Mereka berdua berjalan seiringan ke
kereta. Tiada bicara. Tiada kata. Hanya hati yang menuturkan segala-galanya.
Ketika itu ada mata yang memandang, penuh kebencian dan marah. “Jaga kau Nadia!”
Usai
solat Jumaat di Masjid berdekatan, Noh Daniel memandu kereta pulang ke rumah.
Banyak yang didoakan sepanjang di dalam rumah Allah. Semuanya untuk dia dan
Nadia.
“Ya Allah, kiranya
keputusan yang aku putus dengan petunjuk Engkau berikan adalah keputusan yang
terbaik yang pernah aku lakukan. Terima kasih Allah. Semoga aku mampu
menyinarkan bahagia buat Nur Nadia, isteri yang Engkau hadirkan dalam hidupku.
Amin Ya Rabbal’alamin.”
Nadia
mencari-cari beg pakaian yang diletakkan di penjuru dapur pagi tadi. Jam sudah
menginjak ke jam 4 petang tetapi dia belum lagi bersiap. Periuk-periuk
diangkat, mencari begnya yang tidaklah besar mana. Sesekali Nadia mengeluh.
“Cari
apa?” Noh Daniel yang telah lengkap berbaju melayu ungu menegur, setelah
melihat Nadia terbongkok-bongkok di dapur.
“Beg
baju saya.” Ujar Nadia.
“Abang
dah bawa naik ke bilik.” Nadia memandang dua kali ke arah Noh Daniel. Seakan
tidak percaya dengan apa yang didengar. Silap kut?
“Dah
pergi naik cepat. Dah lewat ni.” Tegur Noh Daniel setelah Nadia masih tercegat
di situ memandangnya tidak berkelip mata.
“Okay,
saya... saya naik dulu.” Nadia sudah gagap-gagap, tertangkap asyik memandang
suaminya. Laju sahaja kaki di atur naik ke bilik. Hampir dua bulan tidak ke
mari. Sepanjang Noh Daniel tiada, Nadia mengelakkan diri untuk datang ke sini.
Kalau datang pun dia tidak masuk ke bilik Noh Daniel lebih selesa bersama Nuha
dibiliknya. Masuk sahaja ke bilik, mata Nadia tertancap ke arah jubah Abaya
yang tergantung di bidai tingkap. Ungu berbunga merah jambu. Kakinya terus
sahaja melangkah mendapatkan jubah itu. Tangannya menyentuh perlahan. “Cantik.”
Detik hatinya sehingga sebuah senyuman terukir di bibir.
“Pakailah.
Untuk sayang.” Suara yang menjengah di bilik itu mengejutkan Nadia yang berada
dalam lamunan. Nadia kalih memandang. Tak salah telinganya mendengar? Sayang?
“Untuk
saya?” Tangan Nadia menunjuk ke dirinya. Takut tersalah mendengar.
“Ya.
Abang beli untuk sayang. Pakailah. Tudung ada dalam almari. Abang tak pandai
gosok tudung tu sebab tu tak gantung sekali.” Ujar Noh Daniel dalam senyuman
tak lekang. Nadia dihampirinya. Pandangan Nadia ketika itu telah kabur dek air
mata. Betul, telinganya tidak salah mendengar. Tapi kenapa? Hati Nadia masih
meragui. Setelah sebulan lebih tidak bertemu dan berhubung, kolam hatinya sudah
kering.
“Lah...
kenapa diam pulak ni? Sayang?” Noh Daniel menarik tubuh Nur Nadia supaya
memandang ke arahnya. Air mata Nadia sudah mengalir laju sebaik sahaja Nadia
memejamkan matanya. Tubuhnya terhenjut-henjut dek tangisan yang kian menjadi-jadi.
Noh Daniel kaget namun terus sahaja tubuh Nadia ditarik ke dalam pelukan.
Rindu. Noh Daniel rindu akan Nur Nadia. Pelukan kian erat dan hangat dengan
kerinduan. Nadia menangis lagi.
“Shhhh....
Jangan menangis lagi sayang.” Noh Daniel cuba memujuk.
“Kenapa?
Kenapa awak buat saya macam ni?” Soal Nadia dalam sedu sedan. Noh Daniel
melonggarkan pelukan. Bahu Nadia dipegang. Wajah Nadia dipandang.
“Abang
buat semuanya kerana terlalu sayangkan Nur Nadia. Percayalah, tak ada satu hari
pun yang abang tak rindukan sayang. Setiap masa abang ingatkan sayang.” Luah
Noh Daniel. Nadia membalas pandangan mata Noh Daniel.
“Terlalu
sayang sampai tinggalkan saya tanpa cakap apa-apa? Hilang macam tu aje.”
“Ada
sebab. Semuanya bersebab. Abang boleh jelaskan satu persatu tapi bukan
sekarang. Malam nanti. Selepas majlis selesai kita selesaikan masalah antara
kita. Okay?” Noh Daniel menyeka air mata Nadia dengan jari. Dahi Nur Nadia
dikucup penuh kasih sayang. Nadia memejam matanya rapat-rapat. Hangat kucupan
itu menyejukkan hatinya.
“Sayang
pergi siap. Nanti teman Nuha. Tadi dia cari sayang. Abang pergi tolong apa
patut dekat bawah.” Nadia sekadar mengangguk dan sedu yang bersisa. Sebaik
sahaja Noh Daniel menghilangkan diri di balik pintu, Nadia terus ke bilik air.
Membersihkan diri dan bersiap untuk majlis Nuha Dania.
Nadia
membetulkan tudung yang dipakai. Mujur instant
shawl, kalau shawl biasa mahu
berjam-jam baru dia selesai pakai. Bibir dioles sedikit dengan pemerah bibir.
Baru belajar-belajar bersolek ringkas dengan Nuha, kalau tidak memang tak
adalah dia mahu memakai itu semua.
“Dah
siap sayang?” Soal Noh Daniel sebaik masuk ke bilik. Nadia pusing ke arah Noh
Daniel yang melangkah menghampiri. Nadia melebarkan senyuman di bibir.
“Okay?” Soal Nadia sambil menunjuk ke
arah dirinya. Noh Daniel memandang atas bawah. Senyuman tidak lekang.
“Perfect!” Ujar Noh Daniel, pinggang
Nadia dipegang. Wajah Nadia dibelek dengan kerutan di dahi.
“Dah
pandai bersolek... Impressive.” Nadia
ketawa.
“Tak
over sangat kan?” Noh Daniel
menggeleng dengan senyuman.
“Sayang
tolong pakaikan butang ni. Sakit jari abang dari tadi tak boleh-boleh.” Noh
Daniel menunjukkan butang baju melayunya yang separuh siap di butangkan. Noh
Daniel sengaja, sengaja hendak bermanja-manja. Nadia tidak membantah malah
terus sahaja memakaikan butang dengan sempurna.
“Sayang,
pasal klinik tadi tu. Sayang rahsia dulu ya dari semua.” Ujar Noh Daniel
sewaktu Nadia sedang memakaikan butang baju melayunya.
“Kenapa?
Mama berharap sangat tu.” Soal Nadia.
“Biar
abang yang bagitahu nanti. Selesai semua abang akan bagitahu ya. Rahsia tau.”
Noh Daniel bersungguh-sungguh. Nadia sekadar mengangguk mengiyakan sambil
tangannya masih lincah mengemaskan butang baju melayu suaminya. Dalam hati
Nadia resah, mungkinkah dia tidak suka? Namun Nadia pendamkan sahaja.
“Okay
abang. Sayang ikut aje apa yang abang buat. Tapi satu je sayang minta.” Nadia
berjeda dalam malu-malu membahasakan dirinya sayang dan memanggil Noh Daniel
abang.
“Sayang
harap abang tak pergi macam tu lagi. Jangan hantar pesan melalui orang lain
kecuali terpaksa. Sayang sedih, sayang terasa macam orang asing.” Nadia
meluahkan sedikit rasa hatinya.
“Abang
mintak maaf. Abang tak akan tinggalkan sayang lagi. Abang janji. Kali ni,
inshaAllah janji ditepati bukan capati.” Noh Daniel sempat bergurau. Nadia
mencubit kedua-dua pipi Noh Daniel, geram. Terjerit Noh Daniel dengan cubitan
yang tidak disangka membuatkan Nadia ketawa. Hati-hati mereka berasa lega. Lega
akhirnya mereka boleh bertemu empat mata.
Selesai
bersiap dan solat Asar, semua ahli keluarga telah bersiap sedia menerima
kunjungan bakal ahli keluarga baru. Semua dipastikan telah sempurna sebelum
kehadiran tetamu yang dinantikan.
“Amboi
Kak Nadia, cantik berserinya. Kalah Nuha macam ni.” Ujar Nuha sebaik sahaja
Nadia memasuki ruang biliknya. Nuha telah siap dengan persalinan tunang yang
berona pink dan peach.
“Mana
ada. Nuha lagi cantik dan berseri-seri. Mesti Zaidi tak tidur malam tengok Nuha
kejap lagi. Entah-entah terus nak akad nikah apa.” Nadia mengusik, Nuha
mencebik dalam malu-malu. Mereka rancak mengusik dan bergurau sesama mereka
sehinggalah Datin Nurlia masuk ke bilik. Matanya memandang kedua-dua puteri
yang disayanginya. Mata Datin Nurlia mula bergenang dengan air mata.
“Cantiknya
anak-anak mama.” Ujar Datin Nurlia sebelum memeluk Nadia dan Nuha seeratnya.
Air matanya mengalir laju.
“Mama
jangan buat drama ya. Nanti habis make up
Nuha.” Nuha yang sudah mengalir air mata menyeka cepat-cepat dengan jarinya.
“Baru
bertunang tapi mama rasa sayu. Cepatnya anak manja mama jadi dewasa. Rasanya
baru semalam mama lahirkan kamu sayang.” Datin Nurlia meluah rasa. Nuha
mengetap bibir menahan tangis.
“Mama
ni.... cairlah maskara Nuha ni.” Nuha sudah lebat dengan air mata. Nadia juga
bergenang air mata. Rindu. Rindu kepada ibu tatkala melihat keletah dua beranak
ini.
“Alah...
drama sikit pun tak boleh. Nuha...”Datin Nurlia berjeda. Nuha Dania yang sedang
membetulkan solekannya memandang ke arah mama.
“Jaga
diri sebagai tunang orang dengan baik. Jaga tingkah laku. Banyak ujian
bertunang ni. Tambah-tambah kamu berdua muda lagi. Masih belajar. Kalau salah
faham perkara biasa. Bincang elok-elok. Kalau rasa tiada penyelesaian bagitahu
mama papa, inshaAllah semua akan baik-baik aje.” Pesanan dan nasihat penuh
kasih sayang dari Datin Nurlia. Nuha Dania mengangguk dengan senyuman yang
terukir di bibir. Datin Nurlia menarik Nuha ke dalam pelukannya.
“Dan
Nadia... ambil peluang untuk cari bahagia. Mama tahu Nadia kecewa, Nadia
terluka tapi andai itu semua jalan untuk kita bahagia, kita kena redha. Allah
tak uji kita saja-saja. Nadia tahu kan? Mama sayang anak-anak mama.” Tangan
Nadia digenggam erat. Nadia mengangguk dalam senyuman yang diukir seikhlasnya.
‘Ya mama, Nadia takkan lepaskan cinta Nadia lagi.’hatinya tekad.
Majlis
berjalan lancar seperti yang dirancang. Nuha dan Zaidi akan diikat dengan
pertunangan selama satu tahun atas persetujuan bersama. Zaidi dan Nuha masih
berbaki satu tahun pengajian. Hubungan mereka akan dihalalkan sebaik sahaja
mereka berdua tamat pengajian. Tiada bantahan. Dua-dua keluarga bersetuju atas
permintaan Zaidi dan Nuha sendiri.
Nadia
membersihkan pinggan mangkuk yang sudah penuh sampai ke luar sinki dapur.
Lengan jubah disinsing bagi memudahkan kerjanya. Noh Daniel juga sibuk di luar
dapur membersihkan periuk belangan yang digunakan.
“Dua
orang ni macam pengantin baru. Selalunya lepas kenduri pengantin yang kena dera
basuh periuk belangan. Tak gitu yang?” Datuk Nour Rahman yang masuk ke dapur
bersama-sama Datin Nurlia mengusik. Nadia cuma tersenyum mendengarnya.
“Baru
lagi apa Pa. Baru 3 bulan tau. Kenduri pun belum.” Noh Daniel membalas usikan.
Datuk Nour Rahman tidak tunggu lama untuk membalas.
“Baru
3 bulan dah tinggal isteri....” Datuk Nour Rahman membidas. Terdiam Noh Daniel
menelan pahit tekak sendiri. Nadia menahan ketawa.
“Abang
ni...” Datin Nurlia menegur lembut.
“Betul
apa. Tak macho langsung kan Nadia.”
Datuk Nour Rahman menambah. Nadia mengangguk laju. Mengusik. Noh Daniel
mencebik bibir.
“Mana
ada Danny tinggal Nadia. Danny pergi uruskan study Danny jelah. Sayang jangan nak geng Papa sangat eh.” Noh
Daniel membela diri, sempat memberi amaran kepada Nadia. Nadia menjelir lidah.
Sengaja memanaskan hati Noh Daniel.
“Iyelah
tu. Dah buat tak nak mengaku.” Datuk Nour Rahman sengaja mengusik. Noh Daniel
membungkam. Matanya tajam memandang Nadia yang hanya ketawa dengan usikan Papa.
“Dahlah
bang oi... Tadi kata nak mandi. Lia dah siapkan semua dalam bilik. Nadia,
Danny. Cepat sikit. Tak siap sambung kejap-kejap lagi. Dah nak maghrib ni, kita
nak jemaah ramai-ramai. Layan papa kamu buat sakit hati je.” Datin Nurlia mula
bersuara. Nadia cepat-cepat menyiapkan basuhannya. Pinggan yang telah disiap
dibasuh diletakkan di dalam besen besar. Selepas solat baru akan diterapkan.
Noh Daniel yang sudah selesai membasuh periuk di luar mengelap tangan dengan
tuala kecil yang diberikan Nadia.
“Suka
ya gelakkan abang.” Hidung Nadia dipicit perlahan. Nadia menepis lembut.
“Gelak
aje, bukan apa-apa pun.” Nadia membela diri.
“Sukalah
tu Papa bela dia.” Noh Daniel masih tidak puas hati.
“Mestilah
suka Papa sayang saya.” Ujar Nadia mengiyakan.
“Abang
bukan tinggal dengan maksud tak sayang tau. Abang pergi betulkan paras cinta
abang dalam hati. Haritu meter rosak, jammed.
Sebab tu sampai ke U.K abang pergi cari mekanik yang boleh repair tapi alih-alih mekanik depan abang ni juga yang hebat.
Tengok aje terus meter okay. Makin laju pula naik paras cinta ni.” Pinggang
Nadia dirangkul. Nadia sudah tersenyum dengan wajah yang memerah. Hatinya yang
retak seribu terasa bagai telah ditampal. Makin bercantum satu persatu. Hampir
sempurna.
“Ehem!
Nak jama’ isyak terus ke berdua ni?” Datin Nurlia sudah bercekak pinggang di
belakang. Laju Noh Daniel menarik tangan Nadia berlari naik ke atas. Datin
Nurlia menggeleng laju, namun wajahnya terukir senyuman bahagia. Bahagia
melihat anak-anaknya bahagia dengan cinta mereka.
to be continue....
much love readers.
do leave some comments.
sapa baca tak komen, malam ni dia mimpi
abc mai jadi hantu!!! hahaha
7 comments:
Happy....haha
Tp tak settle lg ke kes diorg ni...
kenapa best sangat nii.. buat kita senyum sorang2.. ><
Best..
Best haha.
Yeay sambung lg dan lg dan lg....
suka sangattt!comei dorg ni
SEBAB TU ABC TAKLEH TULIS THE END SAMPAI LAAAA... I LOVE BOTH OF THEM!!!
Post a Comment