N & N
(Noh Daniel + Nur Nadia)
to be continue .....
much love readers!
leave some comments ya!
Part
15
Noh
Daniel menghubungi Harun. Penyiasat Persendirian yang diupahnya dari awal lagi.
Sejak bertemu Megat Hariz dan mendapat gambar orang yang memerangkap dia dan
Nadia, Noh Daniel merasakan Nadia menyembunyikan sesuatu. Nadia kelihatan
begitu sedih melihat gambar itu. Mustahil Nadia begitu sedih kerana Suraya, sedangkan
mereka telah pun menjadikan Suraya suspek sejak dari awal. Noh Daniel tahu,
Nadia ada menyembunyikan satu rahsia dengan dia. Malam itu dia mendengar
semuanya dan terus sahaja dia menghubungi Harun dan meminta Harun
mempercepatkan carian tentang orang yang merangka perangkap itu bersama-sama
Suraya.
“Dapat
tak?” Soal Noh Daniel.
“Dah
dapat tuan. Irma Hanani Binti Salleh. Betul seperti tuan beritahu saya tempoh
hari. Irma anak kepada Salleh, orang yang menjaga Puan Nadia. Tentang Megat
Hariz, betul seperti yang Encik Megat beritahu tuan. Dia memang tidak terlibat
dengan rancangan Irma dan Suraya.” Harun menerangkan semua maklumat yang
diperoleh. Seperti jangkaan Noh Daniel dari awal, Nadia memang mengenali Irma
Hanani! Kenapa Nadia mesti berbohong?
“Suraya
dengan Irma. Apa hubungan diorang?” Noh Daniel menyoal lagi.
“Kawan
dari kolej Matrikulasi. Suraya dan Irma berkenalan semasa di matrikulasi. Sejak
dari haritu mereka berdua memang rapat. Baru-baru ini Suraya ada pulang ke
kampung Irma.” Harun menjelaskan.
“Macam
mana dengan Puan Nadia? Kau dah siasat belum?” Noh Daniel menyoal.
“Sudah
tuan. Puan Nadia memang tidak pernah pulang ke kampung selepas mendaftar di
Universiti. Setiap cuti semester Puan Nadia akan bekerja sambilan di sebuah
kedai buku. Kalau ikut maklumat yang saya dapat, saya pasti Puan Nadia tidak
terlibat dalam hal ini. Puan Nadia juga mangsa sama seperti tuan.” Noh Daniel
mengangguk-angguk kepalanya dengan penerangan Harun. Lega betul hatinya. Talian
dimatikan. Noh Daniel punya perancangan lain. Megat Hariz dihubungi dan tempat
perjumpaan ditetapkan. Noh Daniel kecewa, kecewa dengan Nadia. Kenapa perlu
sembunyikan tentang Irma? Apa yang membuatkan Nadia berahsia? Tidak percaya
akan dirinya? Noh Daniel kecewa.
Megat
Hariz berjalan dengan pantas. Tidak biasa dengan kawasan Universiti membuatkan
dia tersesat dan lewat daripada masa yang dijanjikan.
“Sorry
bro. Sesat.” Tangan dihulurkan, mereka berjabat.
“Its okay. Aku lupa yang kita dulu bukan
study sini.” Ujar Noh Daniel.
“Ada
apa hal yang penting sangat ni?” Soal Megat Hariz.
“Aku
nak ajak kau jumpa Suraya.” Gambar Suraya ditunjukkan kepada Megat Hariz. Megat
Hariz mengangguk.
“Boleh.
Aku pun nak tolong kau selesaikan masalah ni. Tapi bukan haritu kau rahsia
sangat dengan aku ke tentang perancangan kau tu?” Megat Hariz menyoal.
“Nadia
kenal siapa orang sebelah Suraya ni. Tapi dia rahsiakan. Jadi aku kena buang
dia kejap dari perancangan ni dan selesaikan. Aku terpaksa call kau, atleast
boleh jadi teman perjuangan dan saksi kalau apa-apa berlaku.” Noh Daniel sempat
bergurau. Megat Hariz tersengih.
“Suami
isteri baru nak kenal hati budi, bergaduh kecil tu biasalah. Jangan marah
lama-lama, tak elok.” Megat Hariz yang menghidu sesuatu berlaku dalam
perhubungan Noh Daniel dan Nadia cuba menasihatkan.
“Aku
okay je. Nadia pun okay. Cuma aku terasa sikit dengan dia. Kalau dia kenal
kenapa dia rahsiakan? Dia tak percaya aku ke apa?” Noh Daniel meluahkan rasa
hatinya.
“Kau
kenal siapa orang ni?” Gambar di depan mereka ditunding. Noh Daniel mengangguk
lemah.
“Anak
kepada penjaga Nadia, Irma Hanani.” Megat Hariz mengangguk dengan jawapan Noh
Daniel.
“Ada
sebab tersendiri kut. Nadia tahu tak kau merajuk ni?”
“Mana
ada aku merajuk.” Noh Daniel cepat-cepat menepis.
“Muka
buruk macam ni tak merajuk lagi? Come on bro... Tak macho kut.” Megat Hariz
memerli. Noh Daniel menjeling.
“Aku
terasa betul. Aku pelik juga kenapa Nadia kena tipu aku. Aku tanya banyak kali,
dia tetap tak bagitahu dan menipu. Kau tahu kan, aku tak suka orang menipu.”
Ujar Noh Daniel. Megat Hariz mengangguk, kenal benar dengan Noh Daniel.
“Biarkan
sekejap. Nanti dia akan bagitahu punya. Tak pun kau bagitahu dia yang kau dah
tahu, mesti nanti dia jelaskan kenapa dia tipu kau. Kau jangan ikut hati
sangat, Nadia isteri kau. Ingat tu.” Megat Hariz tidak putus menasihat.
“Aku
tahu. Bila dia sembunyi hal sebenar, kau tahu perkara pertama yang muncul dalam
kepala otak aku ni yang dialah dalang semuanya. Aku... aku...” Noh Daniel mata
kata. Hatinya remuk rendam. Megat Hariz menggeleng laju.
“Tak
boleh macam tu. Mustahil. Mustahil perempuan macam Nadia nak buka aib dia
semata-mata nak perangkap kau. Kau lebih kenal Nadia, mustahil sangat. Bisikan
jahat semata-mata tu!” Megat Hariz langsung tidak bersetuju. Jauh benar Noh
Daniel berfikir. Noh Daniel mengiyakan dengan anggukan. Hatinya juga tidak
bersetuju. Nadia bukan begitu.
“Okaylah.
Kita proceed dengan rancangan aku
harini. Aku dah jumpa Anuar, orang suruhan Suraya untuk bawa Suraya jumpa kita
dekat sini.” Ujar Noh Daniel.
“Mau
ke dia datang? Macam tak je...” Megat Hariz ragu-ragu.
“Aku
ugut nak lapor polis. Aku bagitahu yang aku ada semua bukti untuk buat dia
dengan Suraya meringkuk dalam penjara.” Noh Daniel bersuara penuh keyakinan.
Beberapa minit kemudian Anuar dan Suraya muncul. Muka mereka berdua pucat lesi,
seperti tiada darah. Noh Daniel menyuruh mereka duduk.
“Ini
semua bukti-bukti yang aku ada, yang boleh buatkan korang berdua duduk dalam
penjara sampai tua.” Noh Daniel meletakkan semua gambar dan dokumen di atas
meja. Suraya cuak, begitu juga dengan Anuar. Sangka mereka, mereka masih
selamat. Rupa-rupanya telah terbongkar sehingga ke akar.
“Encik
Noh, saya minta maaf, saya cuma ikut apa yang Suraya minta saya buat. Saya
minta maaf.” Anuar The Nerdie mula
mengongoi menangis. Suraya masih membisu, namun riak wajahnya menunjukkan dia
sangat resah.
“Suraya...
awak ceritalah semuanya. Kita dah tak boleh nak sembunyi. Please....” Anuar merayu kepada Suraya yang masih membisu. Suraya
masih membatu. Bibirnya bagai terkunci.
“Tak
apalah Anuar, biarkan dia. Kalau awak tak nak kena tahan polis, saya nak awak
cerita macam mana Nadia boleh ada di hotel malam tu?” Noh Daniel masih menahan
sabar. Suraya dipandang tajam. Suraya sedari tadi memandang ke arah Megat
Hariz. Dia ingat, dia masih ingat wajah lelaki yang mengambil gambar dia dan
Irma serta kamera dan telefon mereka. Megat Hariz membalas pandangan dengan
senyuman sinis.
“Suraya
mesej saya dua hari sebelum tu untuk berjumpa. Saya setuju. Masa saya jumpa
Suraya ada seorang lagi dengan dia. Ni perempuan ni.” Anuar menunjukkan kepada
gambar yang di ambil oleh Megat Hariz.
“Diorang
suruh saya culik Nadia malam Khamis dan bawa ke Hotel tu tanpa sesiapa nampak.
Mula saya tak setuju sebab saya takut. Tapi Suraya janji untuk jadi kekasih
saya. Jadi saya setuju.” Noh Daniel dan Megat Hariz tersenyum sinis. Kerana
hendakkan cinta manusia jadi bodoh!
“Malam
tu, Suraya suruh Nadia balik ke Kolej Suraya sorang diri. Peluang saya untuk
menculik Nadia jadi mudah sebab jalan belakang tu gelap dan sunyi. Saya
pengsankan Nadia dan terus bawa ke hotel. Apa yang jadi dalam bilik hotel saya
tak tahu, saya balik selepas saya hantar Nadia. Tapi awal pagi tu Suraya call saya guna telefon hotel minta saya
datang ke hotel dan tunggu dilobi.” Anuar menceritakan panjang lebar.
“Kau
yang ambil gambar ni?” Megat Hariz menunjukkan gambar Noh Daniel dan Nur Nadia
di kawasan lobi hotel. Anuar mengangguk mengiyakan.
“Saya
mengaku, saya yang pengsankan Nadia dan hantar ke hotel. Saya yang ambil gambar
di lobi dan gambar-gambar dikuliah. Saya minta maaf Encik Noh, saya terlalu
cintakan Suraya. Saya terpaksa. Saya minta maaf. Jangan laporkan pada polis.
Saya minta maaf.” Anuar menangis lagi. Suraya juga sudah mengalirkan air mata,
cepat-cepat disapu dengan tangannya.
“Kau
nak diam sampai bila Suraya. Aku saksi yang kau orangnya di hotel tu.” Megat
Hariz sudah meninggi suara. Bibir Suraya bergerak-gerak mahu berkata sesuatu
tetapi lidahnya kelu.
“Kalau
kau sanggup masuk penjara disebabkan rancangan Irma, aku akan laporkan sekarang
juga. Megat dan Anuar akan jadi saksi utama dan aku akan pastikan kau akan
meringkuk dalam penjara sampai mati.” Noh Daniel mulai berang dengan kebisuan
Suraya. Noh Daniel mula menggunakan tekanan dan ugutan.
“Encik
Noh kenal Irma?” Suraya menyoal, kaget. Noh Daniel mengangguk.
“Irma
Hanani Binti Salleh. Kau kenal dia waktu belajar di Matrikulasi.” Noh Daniel
bersuara, menunjukkan dia tahu banyak tentang mereka berdua. Suraya menunduk
dan menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum bersuara.
“Irma
kawan baik saya di Matrikulasi. Kami berjanji untuk sambung belajar sama-sama.
Tapi Irma lebih bijak lebih cemerlang. Dia dapat tawaran ke luar negara.
Sayangnya, dia terkandas di kampung. Mulanya saya dah terputus hubungan dengan
dia. Dua tahun lepas dia contact
saya. Bila tahu saya belajar di sini, Irma datang jumpa saya dengan satu
perancangan. Saya mulanya berat hati tapi bila dia cerita semua kepada saya,
saya jadi setuju. Saya setuju untuk tolong dia balas dendam terhadap Nur
Nadia.” Suraya mula membuka mulut.
“Macam
mana kau boleh kenal Nur Nadia?” Noh Salleh mencelah.
“Kebetulan
kami satu kelab. Masa tu saya tak pasti, lepas saya rapatkan diri dengan dia
saya pasti dia adalah Nur Nadia yang Irma maksudkan.” Ujar Suraya. Suraya
berjeda sebelum menyambung.
“Kami
rancang sebaik-baiknya tapi tak sangka Encik ni boleh ganggu perancangan kami
malam tu. Mulanya perancangan Irma adalah buat Nadia dan Encik Noh ditangkap
khalwat, tapi dia tukar. Saya tak setuju tapi Irma merayu. Dia nak buat Nadia
kena buang Universiti dan balik ke kampung. Irma kata, Nadia layaknya di
kampung jadi orang suruhan bukan jadi pelajar yang belajar tinggi. Irma kata di
sini patutnya dia, bukan Nadia.”
“Kenapa
aku yang terlibat dalam hal ni?” Noh Daniel menyoal.
“Suraya
suruh saya cari lelaki yang paling tak suka Nadia, terus dalam kepala saya
terlintas Encik Noh.” Anuar membalas. Suraya hanya mengiyakan.
“Macam
mana kau boleh bawak aku ke bilik hotel tu? Aktiviti aku semua korang tahu?”
Noh Daniel menyoal lagi.
“Itu
semua Irma yang urusankan. Saya dan Anuar uruskan Nadia. Yang saya tahu, Irma
menyamar jadi pelayan di situ dan masukkan ubat tidur dalam minuman Encik Noh.
Lepas Encik Noh pengsan dekat situ, saya dan Irma bawa ke bilik Hotel.” Suraya
menceritakan. Noh Daniel merengus marah.
“Saya
tahu apa yang kami buat adalah satu jenayah yang besar. Saya sayang Irma, dia
kawan baik saya. Apa yang Nadia ambil daripada dia buatkan saya jadi marah.
Nadia punca semua ni. Kalau Nadia tetap di kampung Encik Noh rasa semua ni akan
berlaku?” Suraya seakan membela diri dan Irma. Noh Daniel tersenyum sinis.
“Kau
ni orang Islam. Pernah tak qada dan qadar? Apa yang berlaku ni adalah
antaranya. Kenapa Nadia yang kau salahkan akhirnya, sedangkan dia adalah mangsa
dalam hal ni?” Noh Daniel membidas. Suraya terdiam. Anuar menunduk.
“Aku
nak jumpa Irma Hanani. Bawa dia jumpa aku Rabu ni.” Noh Daniel mengarahkan
dengan tegas. Suraya menggeleng.
“Irma
tak akan dapat datang.” Suraya bersuara. Noh Daniel dan Megat Hariz saling
berpandangan.
“Kenapa?
Pastikan dia datang, kalau tak aku repot polis, biar polis yang uruskan hal
ni.” Noh Daniel mengugut. Suraya tetap menggeleng kepala.
“Dia
tak akan dapat keluar rumah pun. Irma dipaksa kahwin dengan Tuan Hassan orang
kaya kampung sebagai galang ganti tempat Nadia. Seminggu lepas saya balik
kampung dia, sebab dia minta saya bawa dia lari. Tapi saya tak dapat. Dia dah
jadi isteri Tuan Hassan. Bukan isteri tapi hamba. Semua kerana Nadia.” Air mata
Suraya merembes laju, jelas di telinganya jeritan Irma memanggil dia dari
tingkap bilik. Dia tak mampu nak membuat apa-apa.
“Bukan
salah Nadia!” Noh Daniel membela.
“Habis
tu, siapa? Sepatutnya Nadia yang jadi isteri Tuan Hassan, sebab dia lari dan
mungkir janji, Irma kena jadi galang ganti!” Suraya membalas, ada api kemarahan
dalam anak matanya.
“Bapak
dia yang salah. Kau tahu kenapa Nadia lari? Sebab dia tak nak jadi mangsa
hutang bapak Irma. Dan sekarang bapak Irma jual Irma kepada Tuan Hassan sebab
hutang-hutang dia. Suraya, kau jadi bijak sikit boleh tak? Siasat dua-dua belah
pihak baru kau tahu siapa yang salah.” Noh Daniel bersuara tegas. Suraya
terpempan.
“Macam
mana Encik Noh tahu?” Suraya menyoal. Anuar juga memandang kehairanan.
“Aku
suami Nadia. Aku tahu semua yang korang berdua tak tahu. Korang ni tak ubah
macam balaci kepada Irma. Itu yang kau kata sayang?” Noh Daniel membidas. Suraya
dan Anuar terkejut besar. Mereka saling memandang antara mereka.
“Saya...saya...”Suraya
tidak mampu berkata apa-apa. Irma sembunyikan hal sebenar? Kenapa? Suraya keliru
sendiri.
“Encik
Noh tetap nak lapor polis?” Anuar menyoal takut-takut.
“Aku
takkan buat repot tapi dengan syarat dan aku harap korang berdua ikut dengan
baik. Kalau korang langgar, aku tak agak-agak untuk ambil tindakan
undang-undang atas korang berdua. Faham?” Suraya dan Anuar mengangguk laju. Noh
Daniel dan Megat Hariz saling berpandangan dan menguntum senyum penuh tersirat
seribu makna.
to be continue .....
much love readers!
leave some comments ya!
7 comments:
Tetiba jd panjang cerita ni. Ceritanya menarik, jd tertunggu nak baca next part.
pergh ingt nk kesian kn si irma tp eii geram gak gan dia
-maya dhira-
kak Id : aah terpanjangggg hahaha inshaAllah beberapa part lagi nak habis dah. hehehe
maya: geram.tapi kesian. ermmmm
Tiap2 hari ternanti2 entry...
org lain yg buat hal,org lain yg kena tanggung.sian dorg.
xsabar tggu part seterusnya.
tq. ��
biasalah bila Mana xsedar salah sendiri. hihi tggu esok ya. tq
Post a Comment