N & N
(Noh Daniel + Nur Nadia)
Part
14
Malam
itu Noh Daniel merehatkan dirinya. Hari ini hari yang begitu panjang. Seharian
masa dihabiskan dengan Nur Nadia. Noh Daniel berbaring di atas katil sambil
membaca novel kegemarannya. Nadia yang baru selesai mengemaskan dapur turut
merehatkan diri di sisi Noh Daniel. Melihat Noh Daniel begitu khusyuk membaca
novel membuatkan dia mulai meloloskan diri di antara lengan dan badan Noh
Daniel lalu merebahkan kepalanya ke dada Noh Daniel.
“Awak
cuba goda saya ke?” Noh Daniel menyoal, hairan melihat Nadia manja sebegitu.
Nadia cuba buat selamba walaupun jantungnya juga berdegup laju. Dia cuba untuk
membiasakan diri dengan Noh Daniel.
“Mana
ada. Saya pun nak baca apa awak baca.” Ujar Nadia sambil mengawal nada suaranya
agar tidak jelas yang dia berdebar.
“Ingat
nak goda. Saya on je.” Noh Daniel mengusik. Jujurnya hati lelakinya agak tertarik
dengan tingkah Nadia. Manja dan menggoda!
“Jangan
mengada eh. Baca cerita ni.” Nadia menunjuk ke arah novel yang dipegang Noh
Daniel. Buat beberapa ketika mereka hanya diam dan membaca setiap aksara yang
ada.
“Siapa
Nurul Aulia?” Nadia menyoal, tiba-tiba.
“My
ex-girlfriend.” Ujar Noh Daniel, bersahaja.
“Isteri
Megat Hariz?” Nadia menyoal lagi.
“Ya.
Cerita lama. Kenapa?”
“Dia
ke yang buat awak benci saya tu? Orang yang awak sayang sangat and buat sayang
jadi benci amat tu?” Nadia teringat Noh Daniel pernah memberitahu tentang seseorang
yang seperti diri dia, yang membuatkan Noh Daniel melepaskan kebencian dan
kemarahannya kepada Nadia.
“Erm...”
“Oh...
sebab tu awak tumbuk dia malam tu? Marahnya. Berapa lama awak bercinta?” Nadia
menyoal lagi. Soalan-soalan yang disimpan dari kedai makan siang tadi. Mahu
bertanya semasa mereka makan tengah hari tetapi tidak mahu bertanya di depan
Megat Hariz.
“Dari
sekolah menengah sampai habis degree.”
“Lamanya.
Macam mana boleh jadi isteri Megat?” Nadia menyoal lagi.
“Jodoh
kut.” Noh Daniel membalas pendek.
“Kalau
awak kata jodoh kenapa awak tumbuk Megat?” Nadia tidak berlapik, selalunya
begitu.
“Saya
tumbuk dia sebab masa tu saya masih marah dan kecewa.” Ujar Noh Daniel, tenang
sahaja.
“Sekarang?”
“Saya
dah ada Nur Nadia. Buat apa nak ingat lagi Nurul Aulia.”
“Kiranya,
kalau saya tak ada awak ingat lagi kat dia?”
“Mungkin.”
“Erm...”
Nadia cemburu.
“Jealous
la tu. Siapa suruh tanya?” Noh Daniel membalas.
“Tak
cemburu pun.”
“Siapa
first love awak Nadia?” Noh Daniel
menyoal. Nadia ketawa, membuatkan Noh Daniel berkerut di belakang Nadia.
“Tanya
lagi?” Nadia membalas dengan soalan.
“Kenapa?”
Soal Noh Daniel.
“Saya
tak pernah bercinta Encik Noh. Encik Noh lah cinta pertama saya.” Jujur, begitu
jujur Nadia membalas. Kenyataan yang membuatkan Noh Daniel tersenyum lebar.
Terus sahaja satu ciuman diberikan di belakang kepala Nadia. Membuatkan Nadia
mengangkat kepala dan memandang Noh Daniel sekilas sebelum kembali membaca
novel yang dipegang Noh Daniel.
Nadia
mengalih pandangan, memandang tepat ke arah Noh Daniel. Kepala masih diletakkan
di atas dada Noh Daniel. Nadia memandang Noh Daniel tidak berkelip. Noh Daniel
menutup novel dan meletakkannya di sisi. Dia membalas pandangan Nadia.
“Kalau
Encik Noh sambung study nanti, saya
macam mana?”
“Awak
macam mana, macam mana?” Ujar Noh Daniel.
“Saya
mesti rindu awakkan?” Noh Daniel mengusap pipi Nadia lembut.
“Awak
yang suruh saya jangan tangguh study.
Sekarang awak buat saya berat hati nak pergi.”
“Awak
memang akan pergi kan?” Nadia mengecilkan matanya. Noh Daniel ketawa dan
mengangguk.
“Jangan
tangguh. Pergi sekarang. Kalau nanti lagi payah.” Ujar Nadia. Noh Daniel tidak
faham.
“Kalau
awak pergi sekarang, atleast apa yang
kita rasa masih di peringkat awal. Kalau apa-apa jadi masa ni, mungkin kita tak
akan rasa teruk sangat.” Nadia cuba menjelaskan.
“Apa
akan jadi Nadia? InshaAllah. Semua akan baik-baik aje. Apa, awak ada plan nak
lari dari saya ke?” Noh Daniel cuba untuk membuang semua yang negatif daripada
fikiran Nadia.
“Tak
adalah, mana tahu awak pergi sana jumpa cinta hati baru. Saya kat sini tak adalah makan hati sangat bila awak bawa
balik madu untuk saya.” Ujar Nadia dalam nada bergurau.
“Doalah.
Doa. Saya okay je.” Noh Daniel membalas sedikit marah. Nadia tersenyum. Pipi
Noh Daniel dicubitnya perlahan.
“Comel
juga Encik Noh bila marah eh? Dulu nampak macam monster tapi sekarang.....” Nadia berjeda.
“Sekarang
macam apa?”
“Shrek.”
Nadia ketawa besar. Noh Daniel yang geram dengan jawapan Nadia membuatkan dia
mencubit kedua-dua pipi Nadia. Nadia mulalah meronta minta dilepaskan pipinya.
Malam berlalu dengan senda gurauan mereka. Lupa seketika masalah yang
menyelubungi mereka beberapa minggu ini. Hati mereka bersatu, sama-sama
memenuhi kekosongan yang ada dalam hati masing-masing. Lengkap menjadi satu jiwa
yang penuh cinta.
Lewat
tengah malam itu, Nadia bangun daripada pembaringan setelah melihat Noh Daniel
telah nyenyak tidur. Telefon di ambil dan Nadia terus melangkah turun ke dapur.
Nombor Irma Hanani dihubungi. Tidak tunggu lama, talian terus bersambut.
“Pandai
pun kau telefon aku. Kenapa aku call sebelum ni kau tak angkat ha!” Irma
menghambur kemarahan. Nadia menggenggam telefonnya erat. Disabarkan sahaja
hatinya. Irma perlu disoal, Nadia perlukan jawapan segera.
“Aku
cuma nak tahu, kenapa kau buat semua ni?” Soal Nadia. Irma dihujung talian
ketawa besar.
“Padan
muka kau!”
“Kenapa
Irma, apa salah aku?”
“Banyak
salah kau. Terlalu banyaklah perempuan!” Irma menempik.
“Apa
aku buat dekat kau? Aku ingat kita baik-baik aje. Kau dah macam kakak aku
Irma?” Nadia sukar nak percaya Irma yang mendalangi semua ini. Irma ketawa
lagi.
“Bodoh
betul! Aku baik dengan kau sebab aku nak gunakan kau! Takkan kau tak nampak.
Bodoh!”
“Tapi
kenapa sampai macam ni kau buat dekat aku?”
“Kau
tak boleh bahagia!” Nadia memejam mata, air matanya mengalir laju. Sampai
begitu sekali Irma membenci dirinya.
“Tapi
kenapa? Aku tak faham, kenapa mesti kau buat semua ni?”
“Nadia,
kau bodoh ke? Sejak kau masuk dalam keluarga aku, mak ayah aku asyik utamakan
kau. Sikit-sikit Nadia-Nadia-Nadia. Semua benda mesti kau dulu, sedangkan aku
ni anak diorang! Sampailah aku nak belajar pun tak boleh!” Irma begitu
berdendam. Sejak dari tadi, suaranya tinggi.
“Tapi
aku belajar dengan duit aku. Aku yang selalu jadi mangsa amarah ayah.” Nadia
membela diri.
“Ayah
pukul kau sebab tak dapat nak ratah badan kau bodoh! Ya kau belajar dengan duit
kau. Sepatutnya itu untuk aku. Aku lebih berjaya dekat sekolah berbanding kau
tapi kenapa aku tak boleh nak sambung belajar? Kenapa!!!!”
“Aku....”
Nadia tidak boleh bersuara, Irma terus memotong kata.
“Sebab
kau beralasan Tuan Hassan dengan ayah. Kahwin dengan Tuan Hassan konon!
Sekarang ni aku yang kena gantikan kau perempuan tak guna! Aku jadi mangsa
untuk gantikan kau! Aku benci kau!” Irma menempik lagi, dalam tangisan yang
jelas kedengaran.
“Maksud
kau? Aku... aku.” Nadia sukar untuk percaya.
“Betul
kata ayah, kau memang bodoh! Sebab kau aku terkandas dalam kampung ni. Aku
patutnya dekat luar negara sekarang ni. Budak cemerlang tapi kerja kilang? Kau
buat aku jadi hina Nadia! Sekarang ni kau buat aku jadi isteri ketiga Tuan
Hassan? Gembiralah kau kan. Aku benci kau Nadia!!!”
“Kenapa
kau tak lari?” Soal Nadia. Hatinya luluh. Kasihan Irma. Nadia dirundung rasa
bersalah.
“Macam
kau?” Irma ketawa besar.
“Kau
tahu aku terpaksakan? Kau dah lama tahu kan?” Nadia meminta sebuah pengertian
tentang apa yang telah dilakukan beberapa tahun sebelum ini. Irma masih ketawa.
“Kau
tinggal aku macam tu je Nadia. Aku tanggung semua kesan tindakan kau!” Marah
Irma Hanani.
“Tapi
mak dan ayah kau sayang kau. Aku tempat diorang lepaskan amarah diorang. Kau
tahu. Kau nampak tapi kenapa kau masih marah aku? Kenapa kau salahkan aku?”
Nadia membela diri.
“Sayang?
Kau nampak diorang sayang aku? Aku pun mangsa Nadia! Lagi teruk, aku mangsa mak
ayah aku sendiri dan juga kau!”
“Irma...
aku minta maaf.”
“Dah
terlambat Nadia. Aku benci kau sampai mati! Kau simpan dalam kepala otak kau
yang aku akan pastikan setiap saat hidup kau hanya derita!”
“Irma...
aku sayang kau.”
“Pergi
mampus dengan sayang kau! Aku akan buat kau terus menderita Nadia!” Talian
diputuskan. Irma Hanani seakan bersumpah dan tekad untuk terus menyiksa Nur
Nadia. Nadia memandang sepi telefonnya. Air mata masih setia mengalir. Kenapa
Irma? Kenapa?
“Siapa
Irma?” Suara Noh Daniel di muka pintu dapur mengejutkan Nadia. Cepat-cepat air
mata disapu. Suara yang masih tersisa tangisan dikawal sebaiknya.
“Tak.
Tak ada sesiapa. Awak nak minum ke?” Nadia cepat-cepat menidakkan. Noh Daniel
menghampiri. Telefon di tangan Nadia terus di ambil. Nadia kaget.
“Irma
Hanani. Who is she? Kenapa telefon
dia malam-malam buta macam ni?” Noh Daniel masih menyoal. Nadia tunduk ke
lantai mencari jawapan yang boleh membuat Noh Daniel tidak terus menyoal. Noh
Daniel tidak boleh tahu tentang Irma.
“Kawan
lama. Tiba-tiba teringat dekat dia.” Nadia cuba menipu.
“You are lying, right? Tell me, who is she?”
Noh Daniel menekan. Nadia cuak.
“Kan
saya kata kawan lama. Kawan masa sekolah dulu.” Nadia masih menipu.
“Dia
ke orang dalam gambar tu?” Noh Daniel menebak. Jantung Nadia berhenti berdegup.
Ligat akal mencari jalan keluar.
“Bukanlah.
Kenapa tanya macam tu?” Nadia cuba senyum dalam keketaran yang dirasainya. Noh
Daniel memandang Nadia. Nadia tidak pandai menipu, Nadia juga tidak tahu yang
dia mendengar setiap butir bicara Nadia sejak awal lagi. Noh Daniel tidak mahu
terus menekan. Telefon diserahkan kembali kepada Nadia.
“Okay.
Tak nak bagitahu yang betul. I will find
out about it my self.” Noh Daniel bersuara, bersahaja namun cukup
membuatkan Nadia kecut perut.
“Buatkan
kopi, bawa naik atas.” Ujar Noh Daniel sebelum naik ke atas. Nadia menghela
nafas, lega. Bukan masanya lagi. Jika Noh Daniel tahu siapa di dalam gambar
bersama-sama Suraya pastinya Noh Daniel akan terus membuat laporan polis. Irma
Hanani, sudah seperti kakak buat Nadia walaupun mereka sebaya. Sejak hari ibu
dan abah pergi, Irma Hanani banyak memujuk dia dari terus menangisi pemergian
ibu dan abah. Saat Nadia cedera dipukul Pak cik Salleh, Irma orang yang datang
meletakkan ubat pada semua luka-lukanya. Nadia masih tidak faham, kenapa Irma
berdendam dan begitu marah dengan dirinya? Kerana dia lari dan tidak lagi
pulang? Kasihan Irma menjadi pengganti dirinya menjadi isteri kepada Tuan
Hassan.
to be continued ....
much love readers!
komen di bawah ya!
2 comments:
mcm biasa.. best, tk prnh mengecewakn.. sukanyaaa =)
👍👍👍
Post a Comment