N & N
(Noh Daniel + Nur Nadia)
Part 11
Nadia
kalut menjengah ke luar kereta, kiri dan kanan. Beg kuliahnya dipeluk erat.
Bibirnya digigit-gigit beberapa kali. Resah!
"Kenapa
dengan awak ni? Kepala tu sikit lagi je nak sama dengan angsa." Noh Daniel
menegur, sambil memarkir kereta di ruang Fakulti Kejuruteraan Elektrik. Noh
Daniel keluar dari kereta dan terus membuka pintu kereta untuk Nadia seperti
biasa, cuma pagi tadi Nadia lebih pantas sebab mahu lari daripada pandangan orang
lain. Noh Daniel mengambil beg galas dari kerusi penumpang belakang dan terus
digalas. Gayanya bersahaja tetapi kemas dan segak. Mahu tidak menjadi tumpuan
mahasiswa dan mahasiswi.
"Nadia...
cepatlah. Dekat pukul 12 dah ni." Nadia masih tidak keluar dari perut
kereta.
"Awak
naik dulu boleh? Kejap lagi saya naik. Tak naklah secret admirers awak nampak. Habis saya nanti." Nadia mencari
alasan. Fakulti ini terasa menakutkan untuk dia.
"Mengarut.
No. I wont go without u." Noh
Daniel berdegil. Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar, tegak berdiri di
depan Nadia. Nadia mencebik. Noh Daniel selalu tak bagi kerjasama!
"Awak
ni..." Nadia akhirnya keluar dan menutup pintu kereta. Noh Daniel
tersenyum hujung bibir. Kereta dikunci. Mereka berdua berjalan masuk ke dalam
bangunan fakulti. Nadia melangkah perlahan-lahan supaya tidak beriringan dengan
Noh Daniel. Noh Daniel menggeleng kepala melihat perlakuan Nadia yang
keanak-anakan. Noh Daniel berhenti di depan lif yang terbuka. Di dalam lif ada
beberapa orang pelajar. Noh Daniel tidak masuk, menunggu Nadia yang masih jauh
di belakang.
"Encik
tak nak masuk?" Soal salah seorang pelajar setelah Noh Daniel hanya tegak
berdiri di depan lif dan membelakangi mereka. Noh Daniel kalih memandang dan
menggeleng dengan senyuman. Beberapa minit kemudian baru Nadia datang
menghampiri. Nadia mencuka.
"Kenapa
tak naik lif tadi?" Soal Nadia.
"Tak
nak. Kita naik sekali. Sengaja jalan macam kura-kura kan?" Noh Daniel
membalas. Mata ditajamkan memandang Nadia. Nadia mengeluh perlahan.
"Kura-kura
jalan empat kaki. Saya dua je." Nadia menjawab balas. Noh Daniel
mengecilkan matanya. Laju sahaja jarinya mengepit hidung Nadia. Terjerit Nadia
dibuatnya.
"Awak!"
Nadia memegang hidungnya yang sakit dan sudah merah.
"Menjawab lagi. Awak jangan buat perangai. Karang saya peluk awak dekat
sini baru tau." Noh Daniel mengugut.
"Kenapa
nak tunjuk sangat kat orang yang kita ni bersama? Segan la..."
"Apa
yang segan? Awak yang perasan. Tak ada orang nak tengok sangat kita ni. Kalau
buat perangai macam awak ni, lagilah orang tengok." Noh Daniel bersuara
sedikit tegas. Tangannya laju menekan butang lif naik ke tingkat atas. Nadia
diam, ada betul juga... hatinya berbisik sendiri.
"Okaylah.
Sorry. Tak buat perangai dah."
Nadia menguntum senyum.
"Haa bagus. Selepas ni kita kena tunjukkan dekat pelajar lain yang kita
rapat dan biar diorang gosip pasal kita." Nadia sudah pelik.
"Ini
antara rancangan awak?" Noh Daniel mengangguk.
"Kita
kena tunjuk yang kita ni ada sesuatu. Macam bercinta. Biar Anuar bagitahu dekat
Suraya. Tak mustahil Suraya akan tanya awak khamis nanti waktu perjumpaan
kelab." Noh Daniel menerangkan. Nadia mendengar dan mengangguk.
"Kita
tak bercinta eh sekarang?" Entah kenapa soalan itu terpancul keluar dari
mulut Nadia. Noh Daniel yang sedang membuka kunci pintu, berkerut dahi dengan
senyum aneh di bibir memandang Nadia.
"Awak
cintakan saya?" Nadia yang sedang asyik memandang sekeliling Fakulti itu
terus sahaja mengangguk. Soalan Noh Daniel tidak didengari sepenuhnya
membuatkan dia kembali menyoal.
"Eh...Apa
awak tanya tadi?"
"Awak
cintakan saya ke yang awak tanya saya kita tak bercinta ke sekarang?" Noh
Daniel kembali menyoal. Nadia sudah tergagap-gagap. Sekejap menggeleng sekejap
mengangguk.
"Eh
eh tak tak... saya tak... saya." Nadia gelabah sendiri.
"Saya
terima jawapan yang awal." Ujar Noh Daniel sebelum duduk di kerusinya.
Nadia mengambil tempat di hadapan Noh Daniel. Wajah Nadia sudah memerah. Apalah
yang aku fikir tadi, kan dah termalu sendiri! Nadia memarahi diri sendiri.
"Apa
salahnya Nadia, cintakan suami sendiri? Tak berdosa langsung." Noh Daniel
memandang wajah Nadia tidak lepas. Nadia sudah malu, pipinya terasa panas.
"Jangan
salah faham. Saya tak dengar soalan awak tadi sebab tu saya angguk." Noh
Daniel tersenyum meleret. Tubuh disandar ke kerusi.
"Okay. Tapi kenapa awak tanya saya soalan
macam tu?"
"Saja.
Nak tahu." Nadia menjerat diri sekali lagi.
"Kalau
saya kata ya?"
"Maksudnya
awak cintakan saya." Laju sahaja Nadia menjawab. Jawapan yang membuat dia
terperangkap tidak boleh terlepas lagi. Nadia menggigit lidah sendiri.
"Dan
awak pun cintakan saya."Noh Daniel tersenyum melebar. Nadia menekup
wajahnya ke meja.
"Okay-okay.
Kita nak bincang plan kita kan? Dah 12.15 dah ni. Saya
ada kelas pukul 2." Nadia cepat-cepat mengubah topik. Mukanya sudah panas,
hampir meletus! Malu!!!
Satu
persatu perancangan dibincangkan. Nadia yang suka menyoal soalan yang sudah ada
jawapan membuatkan perbincangan itu dipenuhi gelak ketawa dan pergaduhan kecil
antara mereka. Sesekali Noh Daniel mengacah untuk mengepit hidung dan mengetuk
kepala Nadia. Nadia seperti biasa hanya mencebik dan menarik muka.
"Eh
awak... dah 1.15. Saya nak kena pegi MSI. Solat dan
terus pergi kelas." Ujar Nadia setelah melihat jam di dinding. Noh Daniel
membelek jam tangannya.
"Saya
hantarlah kejap lagi. Dekat fakulti kan?"
"Ya.
Tapi nak solat dulu. Dekat je. Saya ikut tangga tinggi tu." Nadia merujuk
kepada tangga di depan kafe di kawasan pejabat Universiti.
"Solat dalam bilik saya pun boleh. Saya
hantar kejap lagi. Pergi ambik wudhuk."
"Saya nak singgah bank sekali. Satu
jalan."
"Kenapa nak singgah bank?"
"Beli
tudung." Nadia ketawa. Noh Daniel mengecil matanya.
"Cepat sangat tiru cara saya ye.
Betul-betullah."
"Tau pun. Sakit hatikan. Lain kali jangan
buat. Saya nak ambil duit sikit. Dah kering."Nadia sempat memberi amaran. Noh Daniel
mengeluarkan dompet. Beberapa not 50 diambil dan dihulurkan kepada Nadia.
"Eh...
tak payahlah. Dalam bank ada lagi. Dalam beg duit yang dah kering." Nadia
menolak.
"Ni
tanggungjawab saya juga. Ambil. Guna."
"Tapi..."
Nadia tidak biasa. Kali terakhir yang dia ingat menerima duit belanja adalah
daripada abah beberapa jam sebelum abah pergi buat selama-lamanya.
"Nadia...
duit awak ni." Nadia menggeleng lagi. Air matanya bergenang. Noh Daniel
memberikan dia terlalu banyak kebaikan. Perlakuan Noh Daniel banyak
mengingatkan dia dengan ibu dan abah. Noh Daniel bangun dari duduk dan terus
menghampiri Nadia. Beg Nadia di ambil. Duit dimasukkan terus ke dalam beg duit.
Tidak semena-mena, Nadia menekup muka dan menangis. Noh Daniel terkejut.
"Eh...
kenapa Nadia? Saya... saya buat apa?" Noh Daniel gelabah. Apa yang telah
dia buat sampai Nadia menangis tiba-tiba? Noh Daniel hairan. Kedua-dua bahu
Nadia dipegang. Nadia terus sahaja memeluk pinggang Noh Daniel. Terkejut besar
Noh Daniel dibuatnya.
"Kenapa
ni Nadia?" Noh Daniel menggosok perlahan belakang Nadia.
"Kenapa awak baik sangat dengan
saya?" Soal Nadia dalam tangisan.
"You are my wife. Apa yang baik sangat
saya buat Nadia? Saya buat apa yang seorang suami patut buat untuk
isterinya."kata-kata yang membuatkan Nadia semakin kuat menangis. Noh
Daniel membiarkan Nadia dalam perasaannya. Biarkan Nadia mengeluarkan semua
yang terpendam dalam hatinya.
"Nadia. Dah lewat ni. Nanti lambat masuk
kelas." Ujar Noh Daniel apabila jam sudah menunjukkan jam 1.35 petang.
Nadia masih kaku. Pelukan tidak dilepaskan. Noh Daniel mengerut dahi. Kenapa
senyap aje ni?
"Nadia?"
"2
minit. Saya malu." Nadia membalas jujur. Noh Daniel ketawa. Patutlah!
Tangan Nadia ditarik supaya melepaskan pelukan. Muka Nadia pegang dengan
kedua-dua tangannya.
"Malu
letak belakang. Awak dah lewat sayang. Cepat pergi basuh muka awak yang penuh
hingus ni, lepas tu ambik wudhuk." Nadia cuba menguntum senyum dalam riak
wajah menahan segan. Malu sungguh! Apasal kau pergi peluk Encik Noh!" Hati
Nadia mengutuk sendiri. Cepat sahaja dia bangun dan terus keluar dari bilik Noh
Daniel. Menapak ke bilik air. Noh Daniel ketawa. Rasanya selepas menjadi suami
Nadia, sudah banyak kali dia ketawa dengan tingkah Nadia. Ada sahaja yang
mencuit hati lelakinya.
Seperti
yang dijanjikan, Noh Daniel menghantar Nadia ke Fakulti Pendidikan. Sebagai
pensyarah Noh Daniel mempunyai akses untuk memasuki kawasan Fakulti Pendidikan.
"Seronoknya...
kalau boleh sampai depan kelas ni suami kau tu nak hantar kau kan?"
Mashitah mengusik Nadia yang baru mengambil tempat di sebelahnya. Nadia
menjelir lidah. Malas hendak menjawab usikan itu. Nanti semakin panjang
jadinya. Nadia mengeluarkan telefonnya dan membuka whatsapp group yang sudah
menunjukkan ada 100 lebih mesej yang belum dibaca. Seperti yang dia agak,
gambar Noh Daniel dan dia menjadi topik perbualan. Ramai pula yang kongsi.
Anuar tidak pula berkongsi gambar tetapi telah melihat semua gambar yang
dikongsi di dalam group itu. Nadia
membaca satu persatu mesej yang dibincangkan sehinggalah hatinya terusik.
+Tak sepadan langsung Nadia dengan Encik Noh. Macam enggang dengan pipit.+
+Takkanlah encik Noh suka dengan
Nadia. Tak ingatkan ke Encik Noh pernah kutuk Nadia dulu+
+Betul. Macam kari makan dengan
bubur nasi..mana padan..hahaha+
+En.Noh makan semeja dengan Mashitah sekali. Bukan
dating dengan Nadia. Mustahil!+
Nadia
membaca satu persatu mesej yang berlawan balas di dalam whatsapp group. Mereka berbalas mesej seperti dia tiada di dalam whatsapp group itu. Mashitah yang
menyedari perubahan Nadia menegur.
"Tak
payah baca Nadia. Buat sakit hati. Biarkan jelah." Mashitah menyentuh
lembut lengan Nadia. Nadia melepas keluhan perlahan. Hanya ada beberapa orang
sahaja yang tidak memburukkan dia di dalam mesej itu. Rakan satu kelas. Yang
lain hanya rakan sekuliah. Tidak dia sangka ramai yang tidak suka dengan
dirinya.
"Ramai
yang tak suka aku rupanya." Ungkap Nadia. Telefon ditutup.
"Diorang
dengki. Kau pandai. Rajin. Setiap sem kau dekan. Pointer kau mana pernah 3.6 ke bawah. Biar jelah." Mashitah
cuba memujuk dengan caranya. Nadia menekup wajahnya seketika.
"Apa
pulak pandai. Aku usaha ja. ALLAH bagi semua." Mashitah menepuk bahu Nadia
agak kuat. Menyentakkan Nadia.
"Sebab
sikap kau ni lah buat diorang lagi dengki. Sangat optimis." Mashitah
mengenyit mata. Sekadar gurauan supaya Nadia tidak terlalu terasa dengan
mesej-mesej tentang dia.
"Sakit
kau tak tau. Boleh lebam!" Nadia menggosok bahunya yang ditampar. Ketika
itu beberapa orang pelajar perempuan masuk ke kelas dan duduk di belakang Nadia
dan Mashitah.
"Excuse me..." suara dari belakang
membuatkan Nadia dan Mashitah sama-sama kalih memandang. Nasuha.
"Ya?" Nadia bersuara.
"Kau
suka Encik Noh eh?" Nasuha menyoal dengan riak wajah yang tidak senang.
Nadia hanya mengerut dahi.
"Kenapa?"
Nadia membalas dengan soalan.
"Kau
dah baca kan semua mesej dalam group?
Aku tahu kau dah baca." Nasuha menambah dengan soalan.
"Jadi?"
"Jangan
berangan eh. Encik Noh tu aku dah booked!
Jangan kacau daun ya." Nasuha memberi amaran.
"Booked?
Kenapa aku tak tahu pun?" Nadia menyoal kembali, tidak berapa faham apa
yang hendak disampaikan.
"Apa
yang kau tau, semua hal kuliah mana kau ambil tau. Macam biawak banyak
tempurung."Nasuha sengaja mahu menjengkelkan Nadia.
"Bukan
katak ke yang bawah tempurung?" Mashitah menekup mulut menahan ketawa.
Padan muka Nasuha!
"Ish!
Kau jangan main-main eh. Ingat dalam kepala kau, Encik Noh sesuai dengan orang
macam aku. Kau jangan berangan." Nasuha sekali lagi memberi amaran. Nadia
sekadar mengangguk.
"Kau
yang berangan Nasuha." Mashitah mencelah. Nasuha menjeling tajam. Mashitah
mencebik mengejek. Nadia menggeleng, tidak mahu Mashitah memanjangkan perkara
itu lagi. Sedikit sebanyak apa yang rakan-rakan katakan mengganggu Nadia.
Seakan semua yang dikatakan benar belaka. Nasuha seorang yang cantik, pandai
bergaya. Betul, sesuai dengan Noh Daniel yang segak bergaya. Nadia? Budak
kampung yang sentiasa berbaju kurung. Nadia mengeluh panjang. Hatinya berbolak
balik. Nadia mengeluarkan telefonnya. Menghantar mesej kepada Noh Daniel.
NADIA: kita ni sesuai
ke?
ENCIK NOH: maksud awak?
Kenapa?
NADIA: macam tak sesuai
je kan?
ENCIK NOH: why are you
asking me that?
Nadia
membiarkan mesej itu tidak berjawab. Dia sekadar meluah rasa. Hatinya terusik.
Payahnya nak bahagia.
to be continued ...
much love readers!
leave some comments ya!
6 comments:
Eh...mcm x boleh nak tamat je ni....
Oo...sampai 15 bab😍😍
Tak follow di fb eh? Kat fb abc ada maklumkan yang cerita ni panjang sikit daripada jangkaan abc sendiri haha mungkin 15 mungkin 20 huhuhu
Jarang bukak fb
best sngt2.. akk, ape eh nama fb? huhuhu
di tepi Kiri blog no kan Ada dik... klik je.. hehe
Post a Comment