(Noh
Daniel + Nur Nadia)
Part 10
Pagi Isnin.
Noh Daniel dan Nadia kelam kabut dari rumah mama dan papa balik ke rumah mereka
dan bersiap untuk kuliah awal pagi. Kuliah Encik Noh Daniel. Kalau lewat nanti
ramai pula akan nampak mereka berdua naik satu kereta.
“Kenapa
perlahan sangat awak bawak kereta?” Nadia sudah berdebar. Risau.
“Lah...
perlahan apa. Okay la ni. Bukan lewat pun. Baru 7.30.”
“Kalau bawa
macam ni, penuh la gambar kita berdua dalam whatsapp kejap lagi.” Nadia sudah
membentak marah.
“Haa...
pagi-pagi dah nak marah-marah. Negative vibe
betul.” Noh Daniel membalas sedikit tegas. Nadia mencebik.
“Patah jari
baru tau.” Noh Daniel memerli setelah melihat Nadia asyik mematah-matahkan
jarinya sejak tadi. Nadia mencuka. Jantungnya berdegup laju, berdebar betul!
“Kita
berhenti beli kuih dulu. Laparlah. Kuliah 2 jam.” Noh Daniel terus sahaja
memelok ke Arked Meranti.
“Awak.....
apa ni... dah lewat ni. Awak...” Nadia sudah hampir nak menangis. Noh Daniel
hanya buat tak tahu. Nadia habis kata. Nampak sengaja tapi betul juga, tadi
pagi tak sempat nak makan. Terlewat bangun dan kelam kabut nak balik rumah,
bersiap ke kuliah. Noh Daniel keluar dari kereta tanpa sepatah kata,
meninggalkan Nadia yang sudah cuak separuh mati.
“Nah... ni
awak punya. Makan dalam kuliah pun boleh. Encik Noh Daniel tak kisah.” Noh
Daniel yang baru masuk menyerahkan satu plastik kuih-muih kepada Nadia. Nadia ambil
dan simpan dalam beg kuliahnya. Nadia diam tanpa sepatah kata, langsung tidak
memandang Noh Daniel. Sakit hati.
“Janganlah
diam macam ni. Pagi-pagi kena ceria. Cuba senyum sikit.” Noh Daniel bersuara,
mata masih fokus memandu.”
“Saya tahu
awak lapar. Tapi tepi dewan kuliah pun ada kafe. Kenapa nak singgah Arked
Meranti juga? Sengaja!” Nadia membentak perlahan.
“Kuih yang
sedap ada dekat Meranti. Tak lewat lagi. Pukul 7.55 kita akan masuk kuliah.”
Noh Daniel membalas, sengaja mengusik isterinya.
“Awak
sengajakan. Sengaja nak bisingkan kuliah tu tengok kita.” Nadia bersuara, serak
menahan tangis. Marah sangat sampai rasa nak menangis!
“Memang
sengaja pu tapi balik karang saya bagitahu kenapa. Kita dah sampai. Habis kuliah
nanti tunggu kejap. Saya jelaskan.” Noh Daniel selesai memarkir kereta. Nadia
sudah sedia menggalas beg kuliah. Tudung dibetulkan sebelum sedia untuk keluar.
Pintu kereta dibuka namun ada tangan menahan.
“Marah saya
pun, salamlah dulu. Ambil berkat nak belajar.” Tangan sudah siap Noh Daniel
hulurkan. Nadia memandang Noh Daniel dengan wajah yang mencuka. Laju sahaja
Nadia mencapai tangan Noh Daniel, salam dan terus keluar daripada kereta. Noh
Daniel tersenyum. Noh Daniel parkir di belakang dewan, jadi mungkin tiada yang
perasan. Laju Nadia melangkah supaya tidak dilihat bersama-sama dengan Noh
Daniel.
“Woi Nadia! Datang
dari mana?” Nadia yang sudah berlari-lari anak dari anak tangga ke arah kuliah mereka
terhenti. Mashitah! Baru hendak buka mulut, suara Noh Daniel kedengaran
menyapa. Alamak!
“Hai
Mashitah, Nadia. Cepat masuk kuliah.” Sapa Noh Daniel. Mashitah dan Nadia
sekadar mengangguk dan menunduk mengiyakan juga tanda hormat. Lajunya dia
jalan! Bisik hati Nadia. Noh Daniel sempat mengenyit mata kepada Nadia sebelum
melintasi Nadia dan Mashitah. Nadia mengetap bibir. Sengajalah tu!
“Hah! Kau datang
dengan Encik Noh eh?” Mashitah sekadar serkap jarang membuatkan Nadia yang
sudah sedia gelabah terlepas kata.
“Kau nampak
ke? Siapa lagi nampak?” Nadia memandang sekeliling. Mashitah ternganga.
“Seriuslah
weh! Kau memang datang dengan Encik Noh?” Nadia menekup mulutnya. Sendiri buka
rahsia sendiri!
“Jom masuk
kuliah jom. Nanti kena perli pula dengan Encik Noh.” Nadia cepat-cepat
melarikan diri walaupun dia tahu dia tak akan dapat lari daripada soalan-soalan
Mashitah!
“Kau hutang
aku jawapan ya. Jangan ingat boleh lepas!” Tegas Mashitah walaupun dalam nada
bergurau. Mereka berdua mengambil tempat yang biasa mereka duduk tanpa membuang
masa. Encik Noh Daniel telah pun siap sedia dengan kuliahnya pagi itu.
Satu jam
kuliah berlalu pantas. Sekarang para pelajar diberikan dua soalan untuk
diselesaikan dalam tempoh 20 minit. Nadia mengambil kesempatan itu untuk
menjamah kuih yang Noh Daniel belikan tadi. Popia goreng pedas dijamah sambil
tangannya ligat menyelesaikan soalan. Telefon di dalam beg berbunyi menandakan
ada mesej yang masuk. Telefon diambil, mesej dibaca.
ENCIK NOH: comotnya makan. J
Nadia
tersedak membaca mesej itu. Terus sahaja dia memandang ke arah Noh Daniel yang
bersandar di meja di depan sana. Nadia terbatuk-batuk kecil. Pedih hidungnya.
“Kenapa
Nadia? Pedas ke soalan saya tu?” Noh Daniel bersuara dengan mikrofon dari
depan. Semua mata memandang ke arah Nadia yang masih mengunyah dan
terbatuk-batuk kerana tersedak. Laju sahaja jarinya membalas mesej kepada Noh Daniel.
NADIA: Sengaja! Bencinya!
ENCIK NOH: Benci nanti sayang.
NADIA: Dahlah awak. Dari pagi cari pasal je. Tak
sukalah.
ENCIK NOH: Saya suka.
NADIA: TAK SUKA!!!!!!!!!!!
Mesej terakhir
sudah tak berbalas. Nadia memandang ke arah Noh Daniel yang juga memandang ke
arahnya. Noh Daniel tersenyum penuh makna, dari pandangan Nadia, Noh Daniel
mesti ada merangka sesuatu untuk mengena dia.
“Saya suka.”
Noh Daniel menggunakan mikrofon dan membalas mesej akhir Nadia secara terus. Nadia
mengetap gigi dan mengerut dahinya, geram! Satu kuliah kehairanan. Apa yang
Encik Noh Daniel suka? Semua pelajar terpinga-pinga.
“Saya suka
mengatakan yang masa sudah pun tamat.” Pandai pula Noh Daniel menutup
kenakalannya mengenakan Nadia tanpa ada yang sedar. Nadia geram tapi Noh Daniel
seronok. Seronok tengok Nur Nadia gelabah dan tak tentu arah. Wajah kelam kabut
Nadia buat Noh Daniel rasa gembira dan seronok untuk mengusik.
NADIA: Bencinya!!!!!!
ENCIK NOH: Sukanya!!!!!!
Nadia
memandang tajam dengan muka tidak puas hati kepada Noh Daniel yang
tersengih-sengih di depan. Nadia langsung tak dapat fokus kepada penerangan
rakan-rakannya yang membentangkan jalan penyelesaian bagi soalan-soalan yang
diberi. Nadia asyik berlawan pandang dengan Noh Daniel yang sentiasa senyum
sepanjang pagi ini. Apalah rancangan dia sampai seronok benar pagi ni? Soal hati
Nadia, marah!
Nadia masih
sebal. Disebabkan itu, dia terlupa pesanan Noh Daniel untuk tunggu selepas
selesai kuliah. Nadia terus sahaja mengikut Mashitah makan di kafe tepi dewan. Sedang
Nadia khusyuk berborak dan makan dengan Mashitah, Noh Daniel datang menghampiri
tanpa Nadia sedar. Kerusi di sebelah Nadia terus ditarik dan terus sahaja dia
duduk dan mengambil air minuman Nadia dan diminum. Mashitah tercengang. Nadia terkejut
sehingga terasa jantungnya terhenti sesaat.
“Awak!”
Nadia menahan suara, mengelak beberapa rakan kuliah yang turut makan di situ
sedar. Noh Daniel yang sedang asyik membasah tekak dengan air minuman Nadia
hanya mengangkat kening. Isyarat Nadia ke arah Mashitah membuatkan Noh Daniel
tersenyum sebaris sebelum terus menghirup air tanpa rasa bersalah.
“Apa awak
buat ni?!” Suara Nadia perlahan. Mashitah masih terdiam dan hanya memerhati
mereka berdua yang seperti ada sesuatu.
“Saya dahaga
sangat-sangat. Dapat minum teh o ais ni rasa, lega!” Selamba Noh Daniel
membalas. Nadia sudah mengetap gigi dan menggenggam tangannya, geram!
“Encik Noh
minum air Nadia.” Mashitah bersuara, teragak-agak.
“Oh air
Nadia eh. Tak apalah. Sharing is caring.” Noh Daniel menjawab dengan senyuman
yang tak lekang. Mashitah mengerut kening, tak faham!
“Awak ni kenapa?”
Soal Nadia dengan suara menekan.
“Lain kali
bila saya kata tunggu, tunggu. Ni sedap aje makan. Saya pun lapar.” Noh Daniel
bersuara dengan muka tegas. Nadia mencuka.
“Saya terlupa.
Awak pergi dulu, kejap lagi saya datang.” Nadia cuba menolak supaya Noh Daniel
bangun dan bergerak pergi. Sudah ada beberapa mata yang memerhati. Telefon Mashitah
sudah berbunyi banyak kali. Bunyi yang sama. Mungkin berita sudah tersiar dalam
Whatsapp group mereka.
“Tak naklah.
Saya lapar, saya nak makan. Ambilkan. Nasi separuh, ayam goreng, sayur campur
dan kuah sikit. Teh o ais.” Noh Daniel memesan kepada Nadia. Nadia geram. Dia menggeleng
laju.
“Pahala tau.
Buat ikhlas banyak pahala. Tak ikhlas dan kutuk-kutuk dalam hati akan dapat
dosa je.” Pandai pula Noh Daniel menambah. Nadia memandang Noh Daniel dengan
rasa geram. Lagi geram bila Noh Daniel hanya membuat muka selamba. Nak tak nak,
Nadia tetap bangun dan mengambil makanan untuk Noh Daniel seperti yang dipesan.
Mashitah sedari tadi memandang tak berkedip. Dia tercengang!
“Encik Noh dengan
Nadia ada apa-apa ke?” Soal Mashitah. Hairan dengan perlakuan mereka berdua
yang jelas ada sesuatu.
“Nadia
isteri saya.” Ujar Noh Daniel tanpa berselindung. Makin terkejut Mashitah
dibuatnya.
“Tapi...
tapi...” Mashitah yang kepoh boleh jadi gagap dengan pernyataan yang yang tidak
dijangka dan begitu mengejutkan.
“Rahsiakan dahulu
daripada sesiapa. Nadia ada sebab tak bagitahu awak.” Mashitah terangguk-angguk
dengan pesanan Noh Daniel. Kepalanya masih memproses semua maklumat yang
diterima.
“Kenapa
mulut kau ternganga macam tu?” Nadia yang siap mengambil makanan menegur
Mashitah yang ternganga dengan muka blur. Mashitah memerhati gerak geri Nadia.
“Thank you.”
Ujar Noh Daniel dengan senyuman tak lekang di bibir.
“Puas hati?”
Soal Nadia sebelum menyambung menghabiskan makanannya. Noh Daniel mengoyakkan
sedikit ayam goreng dan meletakkannya di pinggan Nadia. Nadia memandang Noh
Daniel dengan kerutan di dahi. Laju kepalanya digelengkan. Jarinya mengisyaratkan
ke arah Mashitah yang sudah tersenyum-senyum sendiri.
“I’ve told her about us.” Ujar Noh Daniel
tanpa memandang langsung ke arah Nadia. Mashitah mengangkat-angkat keningnya,
bibir menguntum senyuman senget yang sinis sekali.
“Hah! Awak....”
Nadia begitu geram dengan Noh Daniel hari ini.
“Apa? Dari pagi
tadi asyik, awak-awak-awak. Apa, saya ni burung wak-wak ke?” Noh Daniel
menjawab, sarkastik sangat!
“Sorry
Mashitah.” Ujar Nadia dengan muka serba salah. Bukan cara ini dia nak ceritakan
tentang perkahwinannya dengan Noh Daniel kepada Mashitah. Tak mahu rakan
baiknya itu terasa hati.
“Kau hutang
aku banyakkkkk sangat Nadia.”
“Aku akan explain. Tak sangka dia ni boleh senang
hati je bukak rahsia. Geram betul!” Noh Daniel yang mendengar sekadar menjungkit
bahu. Lagi bengang Nadia dibuatnya!
“Patutlah
semacam aje kau dengan Encik Noh. Rahsia besar rupanya.” Mashitah mencuka. Terkejut
adalah perasaan pertama dirasainya selepas Noh Daniel memberitahu yang dia dan
Nadia sudah berkahwin. Kecil hati perasaan kedua. Nadia rakan baik yang
dijaganya sepanjang mereka berkawan. Hal besar itu sepatutnya dia tahu sebelum
mereka berkahwin.
“Aku akan
jelaskan semuanya Mashitah, promise! Awak ni, bincang dengan saya dulu boleh
tak? Selamba je buat macam ni.” Nadia membentak kecil, rasa begitu bersalah
dengan Mashitah.
“Inilah
antara rancangan saya yang saya nak bagitahu awak. Tapi siapa yang tinggal saya
dalam kuliah? 20 minit tau saya duduk dalam kuliah sejuk tu.” Noh Daniel membalas.
Nadia mencebik.
“Antara
rancangan? Yang lain apa?”
“Kejap lagi
saya bagitahu. Ada kelas tak lepas ni?” Noh Daniel menyoal.
“Lepas ni
tak ada. Kelas petang, penuh.”
“Ikut saya,
pergi ofis saya. Kita bincang kat sana.”
“FKE? Tak naklah.
Lagilah banyak mata yang pandang pelik. Ni pun, tengok kiri kanan kita. Mujur ada
Mashitah tak adalah gosip sangat.” Terus sahaja Noh Daniel memandang
sekeliling. Beberapa pelajar perempuan memandang dan berbisik. Terus sahaja Noh
Daniel memberikan senyuman kepada mereka.
“Perasanlah
tu.” Nadia mencebik.
“Killer smile tau. Awak je tak suka.”
“Nadia ni
hati dia beku sikit Encik Noh, ambil masa nak cair. Rasanya macam ice berg dekat kutub utara. Orang bagi
surat cinta, depan-depan orang tu dia koyak-koyak lepas tu pijak-pijak. Nampak aje
macam sopan santun lemah gemalai tapi hampeh.” Mashitah menokok tambah. Noh
Daniel ketawa besar.
“Saya
setuju. Ingat ayu tapi kayu.” Mashitah pula ketawa besar. Nadia menjeling tajam
kedua-dua mereka.
“Amboi...
sedap mulut aje.” Marah Nadia.
“Tapi Encik
Noh, Nadia ni kebluran dan kelurusan dia tahap dewa. Jadi, sabar jelah ye.”
Nadia bengang. Mashitah bukan main mengenakan dia di hadapan Noh Daniel. Noh
Daniel pun melayan.
“Tu saya
tahu. Memang jenuh.”
“Ish...
sudahlah. Mengata orang depan-depan. Sakit hati betul.”
“Sakit
hatilah sangat. Ni hukuman untuk kau sebab tak bagitahu aku yang korang dah
....” Mashitah membuat isyarat tangan. Nadia mencebik, manja.
“Sorry...” ujar
Nadia.Noh Daniel ketawa. Patutlah kawan baik, Mashitah seperti kakak dan Nadia
seperti adik yang sangat manja. Dimanjakan!
“Mashitah,
rahsiakan ya. Nanti Nadia jelaskan kenapa. Saya nak bawa Nadia ikut saya. Kami ada
hal sikit. Terima kasih sebab jaga Nadia selama ni.” Mashitah mengangguk
perlahan dalam senyuman. Entah kenapa, mulanya Mashitah berang juga kerana
Nadia berkahwin tanpa memberitahu kepadanya. Tapi apabila melihat Noh Daniel
dan Nadia seperti sangat mesra walaupun cuba disembunyikan dan jelas di mata
Nadia yang dia bahagia di sisi Noh Daniel, membuatkan hati Mashitah menjadi
sejuk sahaja. Nadia sudah bertemu kesastria yang bakal melindungi diri dia!
“Nak kena
ikut juga ke?” Nadia berat hati.
“Iye kena
ikut. Cepat.” Noh Daniel sudah bangun dari kerusinya. Nadia masih berat hati
dan kaki.
“Aku pergi
kejap eh. Kalau aku tak balik bilik maksudnya aku terus pergi kelas tau. Jangan
tunggu. Thanks Mashitah.” Ujar Nadia
sebelum membontoti langkah Noh Daniel yang sudah jauh di depan. Sengaja dibiar
berjarak. Masih risau orang memandang dan bergosip. Biarpun hubungan itu halal
namun masih perlu dirahsiakan. Masalah belum selesai!
to be continued ...
much love readers!
leave your comments ya!
5 comments:
Sweet je en. Noh...
lajuuu je baca xsangka xabiss lg aduiii cpt sambung heheh =)
Kan... hahaha 👍
Hehe sorry my bad. Mmg target awal nak habis part 10 tapi termeleret. Tapi abc dah set kat tepi blog ni sampai part 12.
its okay kita tunggu jelaa hahahha
- maya dhira-
Post a Comment