PART AKHIR KISAH NOH DANIEL DAN NUR NADIA.
TINGGALKAN NOTA ANDA BUAT NOH DANIEL DAN NUR NADIA DI KOTAK KOMEN DI BAWAH.
TERIMA KASIH DAN ENJOY READING!
Part
20
Perjalanan
yang memakan masa lebih kurang 10 jam akhirnya tiba di destinasi. Nadia
membetulkan duduknya. Sedikit resah sebaik sahaja tiba di Tol Utara, Alor
Setar. Nafas ditarik dalam-dalam. Tiga tahun setengah tidak pulang ke sini,
beberapa perubahan kelihatan dari pandangan Nadia.
10
minit dari Tol Utara ke rumah Pak cik Salleh. Rumah kelihatan sunyi sepi
seperti tiada sesiapa. Rumah juga kelihatan seperti sudah lama ditinggalkan. Salam
diberikan beberapa kali namun tiada jawapan.
“Macam
dah tak tinggal sini je.” Suara Noh Daniel.
“Itulah.
Nadia pun dah lama tak balik, lama tak call
pak cik mak cik...” Nadia membalas dengan keluhan. Walaupun hatinya berdebar
seribu rasa, namun jauh dalam hati dia mahu bertemu empat mata dengan mereka.
“Assalamualaikum.”
Satu suara menyapa mereka. Noh Daniel dan Nadia kalih memandang sambil menjawab
salam.
“Mak
Yah!” Nadia meluru memeluk perempuan yang agak berusia itu.
“Ya
Allah Nadia, aku ingat aku dah tak boleh jumpa hang lagi dah. Hang pi mana nak
oi?” Mak Yah sudah meramu air mata. Nadia dipeluk erat.
“Nadia
sambung belajar la Mak Yah, bukan pi mana-mana pun.” Nadia menjawab dengan
senyuman.
“Ni
sapa?” Mak Yah menyoal, menunjuk kepada Noh Daniel.
“Suami
Nadia. Noh Daniel.” Noh Daniel menunduk sedikit tanda hormat.
“Allahuakbar!
Bila kahwin? Patutlah meroyan Tuan Hassan tu...” Mak Yah ketawa kemudiannya. Nadia
tersenyum.
“Dekat
5 bulan dah. Alhamdulillah.”
“Hang
cari Salleh dengan Leha ka?” Ujar Mak Yah lagi.
“Aah
Mak Yah. Mana pak cik dengan mak cik? Macam tak ada dekat rumah je...”
“Hang
tak tau ka Nadia? pak cik hang dah tak dak, bulan lepas. Leha dekat penjara. Leha
tikam Salleh.” Nadia menekup mulutnya. Kaki terasa lembik mendengar perkhabaran
itu. Mujur sahaja Noh Salleh setia di sisi, menahan Nadia yang hampir terjatuh.
“Tikam?
Kenapa Mak Yah?” Noh Daniel menyoal.
“Pasai
juai Irma dekat Tuan Hassan. Lepas tu nak juai Leha dekat Ah Long pulak. Leha marah
sangat. Salleh balik mabuk-mabuk malam tu, terus cakap yang satgi ada orang nak
ambik Leha sebab dia dah juai. Apa lagi Leha yang dok marah lagi pasai Irma
terus ambik gunting tikam Salleh.” Mak Yah menceritakan hal yang berlaku.
“Astagfirullahal’azim.”
“Irma
macam mana? Saya nak jumpa dia.” Nadia kemudian menyoal. Mak Yah berwajah
kelat.
“Tak
payahlah jumpa dia. Hang pun tau kan macam mana keadaan bila dah jadi isteri
Tuan Hassan?” Mak Yah melarang.
“Tapi
kami datang nak bawa Irma keluar dari sini.” Noh Daniel menambah.
“Jangan
buat kerja gila. Irma dah sah jadi bini dia. Hampa dah elok berdua, tak
payahlah cari bala.” Mak Yah melarang. Nadia yang memahami sekadar diam. Noh Daniel
berkerut dahi, tidak faham.
“Kalau
didera boleh buat laporan polis. Kita guna undang-undang negara.” Noh Daniel
masih mencuba. Niat dia cuma mahu membantu Irma, sebagaimana kehendak Nadia.
“Memang
ada undang-undang tapi bagi Mak Yah biarlah. Habuan dia. Satu kampung tau dah
perangai depa satu keluarga ni. Hampa anggap ja lah ini hukuman Allah buat depa
satu keluarga atas apa yang depa buat selama ni.” Mak Yah menasihatkan.
“Irma
dok rumah mana Mak Yah?” Nadia menyoal, tetap mahu bertemu Irma Hanani.
“Rumah
Iklima. Hang ingat dak?” Nadia mengangguk. Mak cik Iklima, bekas isteri Tuan
Hassan yang berjaya keluar dari genggaman Tuan Hassan. Sebelum Nadia keluar
dari kampung, rumah itu masih kosong. Kiranya jika dia tidak lari dahulu,
mungkin rumah itu menjadi penjara buat dirinya. Nadia mengucap syukur di dalam
hati.
“Siapa
Iklima? Kenapa Mak Yah cakap macam tu?” Noh Daniel menyoal dalam perjalanan
mereka ke rumah yang didiami Irma Hanani.
“Iklima
bekas isteri nombor satu Tuan Hassan. Iklima ni isteri yang paling disayangi
tapi akhirnya paling dibenci sebab lari tinggalkan dia.” Ujar Nadia.
“Kenapa
dia lari?”
“Sebab
Tuan Hassan macam gila perempuan dan gila talak. Ramai yang dia paksa kahwin
dan cerai macam tu je. Tak tahan dengan perangai Tuan Hassan yang makin pelik
tu, dia lari dan minta cerai.”
“Kat
mana Iklima sekarang?”
“Balik
kampung dia, dekat Melaka.”
“Sayang
tak jawab soalan abang lagi. Kenapa Mak Yah cakap macam tu tentang keadaan
lepas jadi isteri Tuan Hassan?” Noh Daniel menyoal banyak, ingin tahu.
“Mak
Yah ni yang suruh Nadia lari selagi boleh dari Tuan Hassan. Mak Yah bagitau
yang isteri-isteri Tuan Hassan ni tak pernah bahagia sehari pun walaupun duduk
rumah besar. Kena dera dari segi fizikal, mental dan seksual. Nak lari? Jangan harap
boleh lepas, mata-mata Tuan Hassan ni ramai, sampai ke Pekan sana. Polis? Bukan
tak ada yang buat laporan tapi isteri-isteri Tuan Hassan ni macam setia sangat
dengan dia. Ada yang kata diorang kena ugut, kalau buka mulut, family akan terima akibat. Tapi tak
tahulah betul ke tak. Tuan Hassan orang berduit, semua boleh settle dengan duit kan.” Nadia bertutur
panjang. Noh Daniel mengangguk perlahan.
“Lepas
pula Iklima tu?”
“Masa
tu Tuan Hassan kurang pengaruh lagi.”
“Jadi
macam mana dengan Irma?” Nadia mengjungkit bahu, tidak tahu jawapan untuk
soalan itu.
“Kalau
dia nak keluar dari sini, kita bawa. Kalau tak kita nak buat macam mana.” Nadia
bersuara perlahan. Dari jauh kelihatan rumah banglo setingkat yang tersergam
indah namun jelas kesuramannya. Salam diberikan beberapa kali sebelum bunyi
kunci pintu dibuka.
“Kau
nak apa?” Suara Irma dari balik pintu yang hanya dibuka sedikit.
“Irma,
aku datang nak jumpa kau.” Nadia melangkah menghampiri pintu.
“Jangan
datang dekat!” Larang Irma Hanani membuatkan langkah Nadia terhenti. Noh Daniel
hanya memerhati dari kereta.
“Aku
nak jumpa kau kejap aje Irma.”
“Kau
pergi jelah Nadia. Aku tak nak jumpa kau. Kau pergi balik.” Irma membentak. Ada
serak dalam suaranya.
“Aku
akan balik tapi lepas jumpa kau.” Nadia tetap memaksa.
“Kau
akan buat aku terseksa kalau Tuan Hassan nampak kau dekat sini.”
“Jom
ikut aku, kita keluar dari kampung ni.” Irma diam setelah mendengar kata-kata
Nadia. Pintu di buka penuh. Irma melangkah keluar, perlahan-lahan. Nadia menekup
mulutnya, air mata berjujuran mengalir melihat keadaan Irma yang lebam penuh di
mukanya.
“Kenapa
sampai macam ni?” Nadia mengongoi.
“Kau
pun tahu Tuan Hassan kan? Tak bagi apa dia nak, inilah hasilnya.” Irma mengukir
senyuman nipis namun sinis.
“Aku
minta maaf.” Nadia sedikit merintih. Terasa seakan dia yang menjadi penyebab
semua ini.
“Bukan
salah kau. Ni balasan untuk aku atas apa yang aku buat dekat kau selama ni. Tapi
sekarang kau bahagiakan?” Irma memandang ke arah Noh Daniel. Nadia mengangguk.
“Aku
bahagia. Sangat bahagia.” Ujar Nadia. Irma tersenyum.
“Alhamdulillah.
Dalam jahat yang aku buat, Allah bagi yang terbaik dekat kau. Aku minta maaf.”
Irma mengesat hujung matanya. Nadia menggenggam erat tangan Irma.
“Aku
maafkan semuanya. Aku tak simpan sikit pun. Semua tu perkara yang bawa aku
kepada siapa aku hari ni. Terima kasih Irma, kau selalu ada untuk aku selama
aku duduk dengan family kau.”
“Aku
tak pernah ikhlas pun dengan kau Nadia. Apa yang aku buat tu semuanya untuk
kebaikan aku sendiri. Sikit pun aku tak fikir nak tolong kau. Aku benci kau
sebab kau masuk dalam keluarga aku dan ambil perhatian mak dengan ayah,
walaupun perhatian itu lebih kepada kejahatan aku tetap cemburu. Aku bertambah
benci dekat kau bila kau yang dapat sambung belajar bukan aku. Sebab tu aku
perangkap engkau dengan Noh Daniel. Lelaki yang paling bencikan kau sama macam
aku.” Irma meluahkan satu persatu kejahatan yang disembunyikan.
“Dia
tak pernah benci aku Irma.”
“Aku
tahu. Kalau tak masakan korang boleh kahwin dan bahagia macam ni. Allah sayang
kau Nadia.”
“Allah
sayang kita semua Irma. Allah tak pilih kasih.” Irma mengangguk laju.
“Sebab
tu Allah basuh dosa aku dengan ujian ni. Aku terima.”
“Aku
dengan Noh nak bawa kau keluar dari sini. Kau ikut aku ya?” Nadia cuba memujuk
namun Irma menggeleng laju.
“Aku
rela macam ni. Aku mungkin akan kembali kepada aku yang lama kalau aku tak
lalui sakit ni. Aku rela. Kau pergilah. Tuan Hassan tak suka sesiapa datang
sini.” Irma bingkas bangun dan mahu masuk ke rumah.
“Takziah
atas pemergian Pak Cik dan atas apa yang berlaku kepada Mak Cik.” Ujar Nadia
sebelum Irma menutup pintu.
“Balasan
Nadia. Balasan untuk kami semua. Aku terima. Terima kasih Nadia maafkan kami
sekeluarga.” Pintu ditutup rapat. Nadia menghela nafas lemah. Langkah diatur
perlahan ke arah Noh Daniel.
“Dia
tak nak ikut?” Soal Noh Daniel sebaik sahaja masuk ke dalam kereta.
“Tak,
dia dah terima semua ni sebagai kafarah dosa dia.” Tutur Nadia perlahan.
“Kita
dah cuba kalau dia yang tak nak, kita tak boleh buat apa. Kita doakan sahaja
semua akan baik-baik sahaja.” Ujar Noh Daniel, cuba menenangkan Nur Nadia.
“Kasihan
Irma. Seksanya dia. Bibir pecah, mata lebam. Rasa nak aje report polis.”
“Macam
sayang kata, isteri-isteri Tuan Hassan yang tak nak buka mulut. Irma pula
memang tak nak keluar dari sini. Kalau nak, dia dah ikut kita sekarang.”
“Itulah.
Sayang pun tak tahu nak cakap apa. Rasa bersalah pun ada.”
“Bukan
salah sayang. Kita yang mencorak hidup kita sendiri. Baik kita corakkan baiklah
hasilnya. Allah Maha Adil, tak pernah nak pilih sesiapa. Sudahlah sayang,
jangan salahkan diri sendiri.”
“Macam
mana sekarang?” Nadia menyoal Noh Daniel, kepala berserabut.
“Macam
mana? Lupakan semuanya. Irma dah pilih jalan hidup dia. Sayang pun dah pilih
jalan hidup sayang. Pandang ke depan. Cari bahagia yang sayang nak dari dulu. Abang
akan sentiasa ada di sisi sayang untuk sokong semua yang sayang buat selagi
dalam redha Allah.” Ujar Noh Daniel. Nadia kemudian memeluk lengan Noh Daniel
dan merebahkan kepalanya.
“Terima
kasih abang untuk segala-galanya.”
“Terima
kasih juga sayang untuk segala-galanya.”
Kereta
yang dinaiki kian jauh dari kampung yang pernah di diami Nadia suatu ketika
dahulu. Mungkin, mungkin ini adalah kali yang terakhir dia kembali ke sini. Nur
Nadia mahu mencari kedamaian hati dan kebahagiaan buat dirinya. Jika semalam
dia setia mengalirkan air mata kerana sakit yang dirasa, hari ini dan esoknya
dia cuma berharap air mata yang mengalir adalah air mata yang terlalu gembira
dan bahagia. Moga indah hari ini akan kekal untuk selama-lamanya. Moga bahagia
milik mereka berdua, Noh Daniel dan Nur Nadia.
Tamat.
18 comments:
Yeah!!!
Thanks akak❤ much loves for this mini novel
I like.Tapi mcm pendek.Nak lagi nak lagi.Hehe
byk suka duka N&N ni tp berbaloi jugak akhirnya.
thanks utk cerita ni.xsabar tunggu idea baru yg lain :)
ALhamdulillah. tQ so much sebab baca dan komen. pendek sebab mini novel (rsanya dah panjang sangat hehe) korang boleh ke page abc di FB untuk undi cerita yang seterusnya ikut pilihan korang. isnin abc akan post cerita baru!
Alahai xde FB. He3
Congrats untuk N & N ni... Org kalau dah berbakat buat cerita apa pun best...
anon : its okay. isnin nanti boleh datang baca cerita baru ya.
kak id: thank you!!!! amin ya rabbal'alamin. moga terus Allah beri ilham dan bakat hehehe
Tak pernah mengecewakan.. Best sangat2..
Best sgt novel ni.tahniah sis..dlm 2 jam saja hadap novel..dah lama x baca novel sbb bz..mlm ni terbaca..mmg x leh stop...keep it up sis..
tq!!! doakan saya ya :)
Best..sy marathon baca novel ni dari awal sampai tamat. Tak sabar nak baca novel lain lagi😊😊
Bestnya. Tq ABC. BTW sy student FP utm juga. Hai senior. Tahniah best semua mini novel and cerpen.
hai cikgu awesome. hai junior. rindunyaaa UTM!!!
Best la mini novel ni 👏👏👏😄
Terima kasih. Best
tq sebab baca dan komen hehehe
Love sangat. Entah untuk sekian kali baca, tetap teruja & bahagia sorang-sorang. 🥰❣
Post a Comment