TUAN HAJI ESMAEL (T.H.E)
Part 2
Dari
kejauhan kelihatan Nur Annisa dengan kailnya. Sesekali diperbetulkan umpan.
Cubaan demi cubaan, umpannya belum mengena. Jam sudah menunjukkan jam 9.50
pagi. Teringat janjinya dengan ibu dan abah. Nur Annisa mengemas barang-barang.
Batang pancingnya diangkat dari air. Tiada rezeki. Baru sahaja hendak mengayuh
basikal pulang, ada tangan yang menarik basikalnya dari belakang, mujur sahaja
dapat dikawal basikalnya kalau tidak pasti akan terjatuh.
“Kau
nak apa Omar?” marah Nur Annisa. Omar, kutu rayau a.k.a samseng kampung. Sudah
lama menyimpan rasa terhadap Nur Annisa tetapi tiada balasan.
“Aku
nak kau la. Rindu sangat dengan awek aku ni. Dah lama tak nampak muka cantik
kau.” Omar mula mendekati dan mahu memegang bahu Nur Annisa.
“Kau
gila ke hah?! Kau jangan sampai aku tumbuk muka kau.” Nur Annisa berang. Omar
sudah melampau.
“Memang
aku gila, aku gilakan kau Nisa. Dah lama aku tunggu saat-saat macam ni.
Berdua-duaan dengan kau.” Omar semakin berani, mula menyentuh tangan dan muka
Nur Annisa. Nur Annisa melepaskan basikal yang sedari tadi dipegangnya.
“Kau
jangan cari pasal dengan aku, aku jerit baru kau tau.” Nur Annisa mula memerhati
sekelilingnya. Kenapalah tidak disedarinya kawasan itu sunyi sepi. Nur Annisa
mula berdoa dalam hati, moga-moga ada yang menghampiri mereka, Omar di depannya
sangat menakutkan.
“Tiada
siapa-siapa kat sini, kalau ada senang la. Aku dengan kau, kahwin free.” Omar
ketawa besar, ketawa penuh dengan kejahatan. Nur Annisa sudah buntu. Omar tidak
membuang masa, sudah lama Nur Annisa diidam-idamkannya. Omar meluak-luak marah
apabila teringatkan pinangannya yang ditolak oleh Nur Annisa tahun lepas.
“Kau
lepaskan aku! Tolong!” Nur Annisa mulai menjerit apabila Omar mula memeluk
dirinya. Meronta-ronta Nur Annisa apabila Omar mula bertindak lebih jauh.
“Kau
lepaskan aku! Omar kau jangan gila!” Nur Annisa berusaha melepaskan diri. Omar
sudah hilang waras. Makin Nur Annisa melawan semakin dia naik gila.
“Hoi!
Korang buat apa?!” Suara yang entah dari mana menjerkah. Jerkahan itu
membuatkan Omar cepat sahaja melepaskan Nur Annisa daripada pelukkannya.
“Cik
Hussin, tolong Nisa.” Nur Annisa melarikan diri ke arah sekumpulan lelaki yang
amat dikenalinya. Orang-orang surau dan pak Imam.
“Tolong
kamu apa? Aku dapat laporan ada orang buat maksiat dekat sini sebab tu kami
semua ni datang.” Marah Pak Cik Hussin. Imam menggeleng kepala.
“Apa
kamu buat ni Omar, Nisa?” suara Imam. Nur Annisa kaget.
“Nisa
memancing dekat sini, Omar datang nak buat bukan-bukan dekat Nisa.” Nur Annisa
mula membela diri, menceritakan hal sebenar setelah mendapati mereka yang
datang itu mencurigai dirinya.
“Sayang
sampai hati awak cakap macam tu. Kita sama-sama sukakan?” Omar pula buat hal.
Nur Annisa berang. Panas sudah mukanya, marah dan malu.
“Kau
gila omar! Kalau aku suka kau aku tak tolak la pinangan kau tu. Gila!” Marah
Nur Annisa.
“Sudah-sudah.
Kita balik rumah kamu Nur Annisa. Bincang di rumah.” Imam bersuara. Semua
bersetuju dan mula membawa haluan ke rumah Cik Man, rumah abah Nur Annisa.
“Saya
tak salah!” Tempik Nur Annisa setelah semua yang ada ketika itu mahu satukan
dia dan Omar. Gila!
“Nisa!”
Jerkah abah.
“Nisa
tak salah abah, Nisa hampir-hampir jadi mangsa Omar. Sekarang semua tuduh Nisa
berzina dengan dia dan sekarang nak suruh Nisa kahwin dengan dia?” Ujar Nur
Annisa, bengang.
“Kalau
kamu tak salah, kenapa ada yang laporkan dekat kami tentang kamu berdua?” Pak
Cik Hussin menambah lagi.
“Siapa?
Siapa yang laporkan tu?” Nur Annisa menyoal. Kemarahannya tidak dapat dibendung
lagi. Bagi dia apa nak jadi, jadilah asalkan dia tak kena kahwin dengan Omar.
“Siapa
yang lapor tu tak penting, yang penting maruah kamu tu Nisa!” Abah bersuara
lagi.
“Tak
penting? Penting abah, demi maruah Nisa yang semua orang tengah pijak-pijak
sekarang, Nisa berani junjung al-Quran yang Nisa tak bersalah. Allah saksi
Nisa.” Ujar Nur Annisa tegas. Semua yang berada di rumah Cik Man sudah berbisik
sesama sendiri.
“Jadi
macam mana sekarang ni?” Ujar ibu. Sedari tadi diam seribu bahasa, diam tidak
marah pun tidak. Tapi ibu langsung tidak memandang wajah Nur Annisa.
“Saksi
ada, cukup membuktikan yang mereka berdua ni berdua-duaan dekat hujung bendang
tu. Tapi saya lihat pun macam Annisa sedang membela diri dia. Annisa kata dia
tak bersalah, Omar ni pulak kata yang lain. Omar ni saya pun kurang percaya.
Saya serahkan dekat Cik Man, ini anak Cik Man, soal keluarga Cik Man.” Imam
tidak mahu memaksa, Nur Annisa bersungguh-sungguh menafikan. Siapa sahaja yang
tidak kenal dengan Omar, ada sahaja yang dibuatnya sehingga menyusahkan orang
lain.
“Elok
kahwinkan sahaja, esok lusa membuncit siapa nak tanggung.” Pak Cik Hussin
menambah-nambah. Nur Annisa naik berang. Kalau ikutkan fikiran yang tak waras,
sudah ditampar-tampar mulut orang tua itu.
“Cik
Hussin jangan fitnah saya, takkan membuncitlah sebab saya masih kenal halal
haram, mana dosa dan mana pahala. Saya takut lagi dengan Allah. Jangan cuba
tegakkan benda yang salah!” Nur Annisa membela dirinya. Dari awal sehingga
kini. Biarlah bertahun sekali pun, dia akan membela dirinya.
“Aku
pun tak hadaplah nak kahwin dengan kau. Ingat kau bagus sangat ke? Jangan ingat
orang tak tahu apa kau buat kat bandar. Entah-entah selama ni pergi belajar ke
cari jantan!” Omar yang berang apabila rancangannya gagal, mula mereka-reka
cerita. Ibu dan abah yang mendengar kata-kata itu mula panas telinga. Nur
Annisa mengetap giginya, fitnah lagi!
“Apa
yang Nisa buat dekat bandar? Kau jangan nak fitnah anak aku!” Abah sudah naik
berang. Satu persatu hal timbul, belum selesai satu Omar sudah menambah lagi.
“Cik
Man percaya sangat anak Cik Man yang konon pandai sangat ni. Kalau Cik Man nak
tau, Annisa ni pakwe dia mat rempit dekat bandar tu, sebab tu dia tak nak balik
kampung ni. Semua orang dah tau Annisa ni dah rosak, dah kena tebuk!” Omar
menabur fitnah. Nur Annisa terkesima. Laju sahaja dia melangkah menghampir
Omar, mahu ditampar-tampar muka lelaki itu sampai pecah! Baru sahaja beberapa
langkah tangannya direntap ibu.
“Betul
ke Nisa apa Omar cakap tu?” Jerkah ibu. Nur Annisa bingung, takkan ibu percaya?
“Tipu
ibu, Nisa tak buat semua tu. Ibu tahukan Nisa kerja, Nisa belajar. Takkan ibu
percaya dengan apa yang Omar katakana tu?” Nur Annisa membela diri.
“Cakap
betul-betul dengan ibu Nisa, betul Nisa tak buat semua tu?” Ibu menyoal lagi.
Nur Annisa mengangguk laju, air mata sudah membasahi pipi.
“Haaa,
kan dulu Ain dah cakap ibu, ibu tak nak percaya. Sekarang orang lain pun dah
tahu cerita.” Entah dari mana Nur Ain, kakak Nur Annisa menyampuk. Tak kurang
sesaat, pipi Nur Annisa ditampar kuat.
“Abah???”
Nur Annisa terjelepok jatuh ke lantai rumah.
“Aku
jaga kau, aku bela kau, ini yang kau balas dekat aku?” abah naik berang. Mahu
dipukul lagi Nur Annisa namun Tuan Haji Esmael yang turut libatkan diri dalam
perbincangan sejak awal tadi menahan.
“Sudah
Cik Man, bukan ini caranya. Nur Annisa bukan macam tu. Kita siasat betul-betul.
Cari bukti. Sekadar cakap, fitnah jadinya.” Tuan Haji Esmael cuba menenangkan
abah.
“Demi
Allah, Nisa tak buat semua tu. Nisa sayang ibu dan abah, takkan Nisa nak
malukan keluarga kita. Demi Allah, Nisa tak buat.” Nur Annisa terus membela
diri. Atas dendam apa Kak Ain sanggup berdusta sebegitu. Atas amarah apa,
sanggup berkomplot dengan Omar yang tak guna tu? Nur Annisa berbisik sendiri.
“Macam
ni lah, kita semua balik dahulu. Biar Cik Man dan keluarga bincangkan hal ni.”
Imam Ahmad mula bersuara. Ini hal maruah seorang gadis dan juga maruah sebuah
keluarga. Baik buruk, biar mereka sahaja yang tentukan. Orang lain cuma akan
memburukkan lagi keadaaan dan jika ada yang hasad dengki pastinya waktu begini
akan dinikmati mereka.
“Aku
tak kira, Omar aku nak kau kahwin dengan Nisa, malam ni jugak!” Ujar abah,
tegas.
“Abah!”
Nur Annisa sudah habis kata, sedar ibu dan abah sudah termakan kata-kata Omar
dan kak Ain.
“Cik
Man simpanlah anak Cik Man tu. Biar membusuk. Jahat-jahat aku ni, aku cari
perempuan yang masih dara.” Omar menyindir menambah bara ke atas api yang sudah
pun marak. Abah terkesima, mukanya merah menyala. Ibu juga namun sudah tiada
kata-kata, yang ada hanya air mata. Kak Ain memandang Nur Annisa dengan
senyuman sinis dan penuh makna. Adik beradik yang lain hanya membisu, ada yang
turut menangis sama.
Semua
orang beransur pulang sebagaimana yang disuarakan Imam Ahmad, namun pulang
dengan banyak cerita. Cerita yang akan dicanang seluruh pelusuk kampung. Ibu
sudah hilang bersama-sama Kak Ain.
“Kamu
dah malukan aku!” Tempik abah. Kakinya cepat sahaja mahu memijak Nur Annisa
yang sedari tadi masih terduduk di lantai.
“Allahuakbar,
Cik Man. Mengucap, Istighfar banyak-banyak.” Tuan Haji Esmael yang baru sahaja
hendak pulang terpandang akan tindakan abah kepada Nur Annisa. Nur Alia dan Nur
Aishah cepat-cepat memeluk kakak mereka.
“Allah…Allah…”Luluh
sahaja suara abah. Seketika kemudian abah terduduk dekat sahaja dengan Nur
Annisa. Tuan Haji Esmael memeluk erat orang tua itu.
“Nisa
tak buat abah. Nisa jaga diri Nisa. Demi Allah.” Nur Annisa bersuara dengan
esakkan kecil. Nur Alia dan Nur Aishah juga mengatakan yang sama, mereka
percaya. Nur Annisa kakak yang paling rapat dengan mereka, adik-adik berbanding
Nur Ameena dan Nur Ain.
“Kalau
kamu tak buat sekalipun Nisa, siapa nak percaya?” Abah bersuara lirih.
“Abah
percaya sudah cukup buat Nisa.”
“Habis,mulut
orang kampung? Kamu perempuan Nisa. Siapa nakkan kamu kalau cerita ni heboh
esok?”
“Nisa
tak kisah semua tu abah, asal keluarga Nisa percayakan Nisa.”
“Dari
dulu sampai sekarang, kamu cuma fikir diri kamu saja. Kamu ada fikir, mana ibu
dengan abah nak letak muka kami? Kamu tak nak kahwin kamu punya pasal, kamu ada
fikir kakak kamu, adik-adik kamu?” Ibu yang entah dari mana datang mula
bersuara keras.
“Tapi
ibu, Nisa tak buat.”
“Kamu
buktikan.” Nur Annisa buntu.
“Kamu
kahwin dengan Omar, esok ibu akan jumpa mak ayah Omar.” Ibu sudah membuat
keputusan.
“Nisa
tak nak!” Nur Annisa membantah.
“Habis
kamu nak kahwin dengan siapa? Tak ada siapa akan nak kamu yang entah suci atau
tak!” tempik ibu.
“Ibu
tak percaya Nisa?”
“Aku
nak kamu buktikan, baru aku percaya.”
“Kenapa
mesti kahwin?” Soal Nisa.
“Dah
itu aje jalan nak tutup mulut orang kampung.”
“Nisa
tak nak.” Nur Annisa membantah. Gila! Aku tak salah!
“Kamu
boleh tak sekali fikir ibu dengan abah yang jaga kamu dari kamu kecik? Boleh
tak sekali ni kamu jangan fikir diri kamu saja?!” jerkah kak Ain tiba-tiba.
“Nisa
tak buat, sebab tu Nisa tak nak. Memperjudikan diri Nisa untuk kahwin dengan
Omar yang jelas tak ada masa depan.” Bantah Nisa. Bengang juga dengan kak Ain
yang banyak menyokong kata-kata Omar sebentar tadi.
“Habis
kamu rela conteng arang muka ibu dengan abah? Dasar anak tak kenang budi.”
Bidas kak Ain. Nur Annisa terkedu. Sampai begitu sekali bencinya kak Ain
terhadap dirinya.
“Sudahlah,
kamu bising-bising tak jadi apa.” Abah mengawal keadaan.
“Habis
tu bang, esok ni mesti semua orang mengata kita. Nur Ameena baru nak kahwin 2
bulan lagi. Abang rasa bakal besan kita tak akan rasa apa-apa ke dengan hal
ni?” Ibu menambah lagi. Nur Annisa memejam mata, berat sungguh hati ibu untuk
percaya dengan dia.
“Aku
tengah fikir la ni. Aku pun kalau boleh elak memang nak elak Omar jadi menantu
aku. Nur Annisa ni anak aku, takkan aku nak serah dia ke mulut buaya.” Ujar
abah, sedikit melegakan hati Nur Annisa.
“Siapa
lagi nak ke dia ni bang? Buaya tu yang dia cari, buaya tu la layak untuk dia.”
Sinis sahaja kata-kata ibu.
“Ibu…
sampai hati ibu.” Nur Annisa melirih.
“Kalau
Cik Man setuju, boleh saya pinang Nur Annisa untuk jadi isteri saya?” Mereka
semua hampir terlupa yang Tuan Haji Esmael masih bersama mereka. Terkedu semua
orang mendengar cadangan yang disuarakan Tuan Haji Esmael.
“Ya
Allah, Tuan Haji. Betul ni Tuan Haji? Allahuakbar.” Abah yang masih tidak
percaya, laju sahaja memeluk tubuh Tuan Haji Esmael.
“Betul.
Saya nak pinang Nur Annisa menjadi isteri saya. Boleh Nur Annisa?” Nur Annisa
tika itu sudah kelu lidahnya. Nak ditolak, dibantah namun suaranya seakan-akan
hilang.
“Siapalah
yang tak setuju Tuan Haji… terima kasih Tuan Haji.” Abah setuju 100%. Tuan Haji
memang lelaki yang selalu dipujinya. Setiap masa.
“Tapi
bang, abang lupa ke?” Ibu memberi isyarat mata. Ibu resah, begitu juga kak Ain.
“Apa
lagi Limah? Allah dah tolong kita.” Abah kembali ceria dari wajah yang kusut
semenjak mendapat berita buruk petang tadi.
“Tapi
Cik Man, Nur Annisa setuju ke?” Tuan Haji Esmael menyoal, matanya terus sahaja
memandang Nur Annisa yang masih berendam air mata.
“Nisa
kena setuju. Ni pilihan yang terbaik.” Abah memberi kata putus. Tuan Haji hanya
mengangguk dan tersenyum. Ibu merengus kasar, ditarik tangan kak Ain masuk ke
dapur.
to be continue...
komen di bawah ya.
much love readers!
8 comments:
nnt mesti kak ain dia tu lg xsuka kt annisa ni..
xsabar tggu next part :)
itulah. ish3
Dia orang ni adik beradik kandung ke tiri.Kenapa dengki sangat.Ayo.Ceh emo.Haha.
Tasabar nak tunggu sambungannya.
kandung. nnt Kita tgk pasaipa Ain dengki sgt dkt annisa
Cepat THE menghantar pinangan...😊
Tak suka dengki adik beradik... Tak sabar tunggu sambungan...
tuan haji dah kenan diaaa kaannnn sebenarnya ahhahah
- Sumayyah Nadhirah-
Sambung plis 😚
Post a Comment