TUAN HAJI ESMAEL (T.H.E)
Part 1
Tuan
Haji Esmael bin Tuan Haji Ebrahem, jejaka 40 tahun yang sudah lima kali
bertunang tetapi tidak jadi berkahwin akhirnya. Sebab? Orang kata Tuan Haji
Esmael garang dan tegas orangnya. Mungkin sebab itu tiada yang sanggup menjadi isteri
kepada Tuan Haji Esmael. Mungkin. Biarpun sudah lima kali tak jadi kahwin,
masih ramai mak-mak, bapak-bapak yang berkenan sangat nak jadikan Tuan Haji
menantu mereka. Manakan tidak, orangnya segak bergaya walaupun sudah cukup 40
tahun. Orangnya berada, harta warisan keluarga banyak, harta sendiri pun
banyak. Kerja kampung sahaja tapi berjaya dalam apa yang diusahakan. Ilmu agama
pula, cukuplah untuk memimpin diri dan keluarga. Sempurnakan?
Kisah
cinta Tuan Haji Esmael bermula apabila Nur Annisa pulang ke kampung setelah
tamat pengajian di Universiti. Nur Annisa sudah keluar menyambung pelajarannya
sudah lama. Sejak umur 13 tahun dia sudah belajar di asrama, sambung pula di
kolej Matrikulasi selepas SPM kemudian terus ke Universiti. Jarang nampak muka di
kampung kerana Nur Annisa lebih suka bekerja sambilan di bandar dalam tempoh
dia bercuti atau sebelum menyambung pelajaran.
Nak
jadi cerita, Nur Annisa tidak mencari kerja sambilan setelah tamat pengajian di
Universiti. Hatinya mendesak dia untuk berada di kampung sebelum dia diterima
bekerja. Tidak lebih setahun, itu katanya. Niat hati Nur Annisa cuma mahu
berbaik-baik dengan kedua-dua ibu dan abahnya. Sejak dia mendesak untuk ke
asrama walaupun sedar keluarga mereka tidak mampu, ibu dan abah mula terasa Nur
Annisa tidak memahami orang tuanya yang susah dan Nur Annisa seolah-olah
mementingkan diri. Adik beradiknya ramai, dicelah-celah ibu dan abah berbahagi
duit untuk belanja keluarga Nur Annisa meminta untuk ke sekolah berasrama. Kos
yang lebih tinggi dan perlu belanja yang banyak. Nur Annisa ada niatnya
tersendiri, lari. Ya lari dari sebuah realiti.
“Nak
ke mana lagi Nisa?” Soal ibu setelah melihat Nur Annisa siap memakai tudung
turun sarapan pagi itu. Nur Annisa hanya tersenyum. Air milo dituangkan ke dalam
cawan yang ada.
“Nisa
nak pergi memancing dekat bendang kampung belakang ni ibu. Semalam dapat 2
ekor, hari ni nak pergi awai sikit. Dapat banyak nanti boleh ibu buat pekasam.”
Ujar Nur Annisa. Ibu menggeleng kepala.
“Duduk
rumah sudahlah. Kamu anak dara, bahaya pergi sorang-sorang. Sunyi kan dekat
situ?” Ibu melarang. Nur Annisa tetap tersenyum. Abah yang sedang mengasah
parang diluar mendengus perlahan.
“Betui
cakap ibu tu Nisa, duduk rumah, belajar masak dengan ibu, belajar menjahit ada
juga gunanya” Abah juga melarang. Nur Annisa mencebik manja.
“Nisa
dah penat belajar masa dekat Universiti dulu, jadi Nisa nak rehat kejap dari
memasak dan menjahit, boleh? Nisa pergi sat ja ibu, abah. Pukul 10 nanti Nisa balik ya.
Janji.” Nur Annisa mengangkat tangan berjanji. Ibu dan abah menggeleng. Tahu
sudah, Nur Annisa degil!
Kelihatan
beberapa orang lelaki dan perempuan keluar dari surau kecil kampung. Ada yang
masih bertelekung ada yang sudah bertudung. Yang lelaki pula ada yang sudah
memecut laju pulang ke rumah dan masih ada yang berbual-bual di depan surau.
“Tuan
Haji nak balik terus ka lepas ni?” Ujar Imam Ahmad kepada Tuan Haji Esmael.
“Saya
nak singgah rumah Cik Man kejap, tiba-tiba tak datang surau pagi ni selalunya
ada.” Imam dan beberapa orang lelaki yang turut bersama-sama mereka hanya
mengangguk.
“Iyelah,
kirim salam dekat dia ye. Kalau apa-apa bagitaulah.” Ujar Imam lagi.
“InshaAllah.
Haa imam, berapa ekor lembu nak korbankan tahun ni?” Tuan Haji Esmael menyoal.
Sebagai pembekal lembu dan kambing kampung itu, dia perlu tahu. Takut tak cukup
pula nanti.
“Sama
macam tahun lepas rasanya, 10 ekor. Kalau lebih atau kurang bulan depan saya
maklumkan semula boleh?” Tuan Haji Esmael mengangguk.
“Okaylah
kalau macam tu, saya balik dulu.” Tuan Haji Esmael mengundur diri. Disalami
semua yang ada sebelum memecut dengan motor kesayangannya.
“Tuan
Haji tu kaya, masih setia dengan motor Honda petak arwah ayah dia ye.” Ujar
salah seorang daripada mereka.
“Banyak
kenangan la tu. Lagi pun masih elok, nak buat apa cari baru.” Ujar Imam.
“Imam,
Tuan Haji tu tak nak kahwin ke?” Imam menggeleng, selalu sangat soalan itu dia
terima sedangkan Tuan Haji Esmael bukannya ada pertalian darah dengannya. Tuan
Haji Esmael banyak habiskan masa di surau. Lima waktu di surau.
“Usahlah
tanya saya. Soal jodoh, ajal maut kerja Allah. Kita doakan dicepatkan jodoh
buat dia, InshaAllah.” Semua mengangguk perlahan.
Nur
Annisa mempersiapkan semua kelengkapan untuk memancing. Umpan yang telah dicari
semalam diperiksa, cacing ni bukan boleh kira, suka lari masuk tanah semula.
Setelah berpuas hati, dia meletakkan semua ke dalam bakul basikalnya.
“Assalamualaikum.”Suara
dari depan rumah. Nur Annisa yang siap berkemas mahu menjawab salam dan melihat
siapa yang datang namun abah lebih pantas.
“Waalaikummusalam,
Tuan Haji ke. Allah, ingatkan siapa tadi.” Jawab abah, ramah.
“Saya
la Cik Man, harini saya cari Cik Man dekat surau takde sebab itu saya ke mari.”
Tuan Haji Esmael membalas. Nur Annisa yang curi-curi dengar menjungkit bahu,
tidak mahu mendengar lebih-lebih apatah lagi melibatkan lelaki pujaan ibu abah.
Sejak pulang ke kampung, nama itu sering meniti di bibir ibu abah. Pilihan
menantu untuk kak Ain.
“Ini
ke Annisa?” Soal Tuan Haji Esmael kepada abah setelah Nur Annisa melintasi
mereka berdua di depan rumah. Nak tak nak Nur Annisa terpaksa menghentikan
langkah dan menunduk hormat sebagai tanda sapaan. Kalau terus pergi tak ke
namanya sombong?
“Iyelah,
ini Nisa. Nak pergi dah ke Nisa? Ingat pukul 10 balik.” Pesan abah.
“Okay
abah. Pukul 10 Nisa balik.”
“Nak
ke mana Annisa?” Soal Tuan Haji Esmael tiba-tiba. Nur Annisa terkaku seketika.
Suaranya menggetar jiwa! Patutlah ramai tangkap cintan. Nur Annisa bermonolog
sendiri.
“Memancing
dekat bendang.” Jawab Nur Annisa ringkas dan padat.
“Banyak
ke dapat?” Soalnya lagi. Nur Annisa sudah tidak senang duduk, banyak pula
soalannya.
“Semalam
dapat dua ekor je, sebab tu harini keluar awal sikit.” Tuan Haji mengangguk
perlahan.
“Saya
gerak dulu ye pak cik, abah.” Abah berdecit perlahan, mata membuntang memandang
Nur Annisa. Nur Annisa mengerut dahi, kenapa? Tuan Haji hanya tersenyum
meleret. Adeh! Manis.
“Kalau
esok pergi lagi saya ikut boleh?” Nur Annisa menelan air liur, ikut pulak?
“Haaa…
terpulanglah, saya pancing pun bendang orang bukan saya punya. Saya gerak dulu
ye pak cik, abah.” Terus Nur Annisa mengayuh laju basikalnya. Sempat memandang
abah yang merah muka, marah? Betullah pak cik. Tua dah tu…
“Maaflah
Tuan Haji, Nisa ni bukan kenal siapa.” Abah malu-malu.
“Eh,
kenapa pula nak minta maaf?”
“Nisa
panggil Tuan Haji pak cik tadi.”
“Ya
Allah, betullah tu. Annisa muda lagikan Cik Man. Saya ni dah cukup 40 tahun,
pak cik la tu. Tak payah minta maaflah.” Tuan Haji Esmael ketawa. Abah
tersipu-sipu malu dan ada sikit marah buat Nur Annisa.
to be continue ...
please leave some comments ya!
much love readers!
10 comments:
Ehem...ehem...menarik intro
tq! ��
Best ada cite lg
Nampak menarik... Terima kasih terus berkarya..
tq! abc tengah usahakan yang terbaik utk korang and abc jugak!
macam best je..nak lagi
dh bc part 2???
Sekejap je tak jenguk sini dah ada cerita baru. Bagus3...akak suka penulis yg rajin ni😍😍
Tq! Isnin depan sambung lg ya
Post a Comment