N & N
(Noh
Daniel + Nur Nadia)
Part 8
Malam dirasakan berlalu sangat panjang. Lewat
mereka tidur malam tadi hanya kerana mencari seseorang yang bertanggungjawab
atas apa yang telah berlaku kepada mereka berdua. Namun ayat akhir Noh Daniel
masih terngiang-ngiang di telinga Nur Nadia sehingga dia tersenyum sendiri.
“Tapi bila
kita tangkap orang yang buat semua ni, jangan marah dulu tapi terima kasih.”
“Terima
kasih?”
“Yalah.
Terima kasih sebab cepat temukan jodoh kita berdua.”
‘Ceh!”
Telefon yang
berdering sejak awal pagi tadi dibiarkan sahaja berdering. Malas nak dijawab.
Pak cik. Entah apa lagi yang diinginkan. Duit? Tak cukup lagikah semua harta
ibu dengan abah dihabiskan? Tidak cukup lagikah barang kemas Nadia dijualnya.
Nadia bersyukur, sangat bersyukur berkahwin dengan Noh Daniel. Walaupun pada
awalnya dia gementar dan takut kerana Noh Daniel yang dulu sangat membenci Nur
Nadia. Lelaki itu bengis dan sinis sekali apabila berdepan dengan Nur Nadia.
Tetapi Allah itu Maha Pengasih Lagi Penyayang. Apa yang dijangkakan dari Noh
Daniel meleset. Lelaki itu bahkan seluruh keluarganya juga menerima Nur Nadia
dengan penuh kasih sayang. Terasa kasih sayang yang diberikan itu begitu jujur
dan ikhlas. Kasih sayang yang dirindukan sejak ibu dan abah pergi buat
selama-lamanya.
“Kenapa tak
angkat call tu?” Noh Daniel yang
masuk ke dapur menegur. Sedari tadi dia mendengar bunyi telefon, berulang kali.
“Malas.”
Balas Nadia pendek.
“Dah
kenapa?” Noh Daniel hairan. Telefon Nur Nadia di ambil.
“Pak cik
yang telefon. Biarlah.” Nadia membalas. Noh Daniel mengeluh perlahan. Tahu
benar Nadia tertekan. Biarpun Noh Daniel tidak begitu mengenali siapa Pak cik
Nur Nadia tetapi dari apa yang papa pernah beritahu dan reaksi Nadia, Noh
Daniel boleh mengagak lelaki itu bukanlah lelaki yang baik. Entah bagaimana Nur
Nadia lalui hidup dengan keluarga itu selama ini? Hati Noh Daniel menyoal
sendiri.
Dalam diam
mereka berdua, telefon Nadia yang dipegang Noh Daniel berdering lagi. Kali ini
tiada nama.
“Ni siapa
pula? No name...” Noh Daniel
menunjukkan telefon itu kepada Nadia. Nadia menjungkit bahu setelah nombor yang
naik di skrin telefon tidak dikenalinya.
“Angkatlah...
mana tahu orang yang perangkap kita ke...” Noh Daniel menghulurkan telefon itu
kepada Nadia setelah berdering buat kali kedua. Nadia menghela nafasnya berat.
Talian disambungkan.
“Assalamualaikum...
siapa ya?” Suara Nadia sebaik sahaja talian bersambung.
“Waalaikummussalam.
Ni aku. Tuan Hassan.” Jantung Nadia bagai terhenti mendengar suara dan nama
itu.
“Aku nak
tuntut janji empat tahun dulu. Kau jangan main-main dengan aku.” Terus sahaja
Nadia mematikan talian. Badannya menggigil. Kaki terasa lemah untuk berdiri.
Mujur sahaja dia sempat memaut meja di tepi, jika tidak sudah terjelepok jatuh
ke lantai. Noh Daniel laju sahaja mahu menyambut Nadia dari terjatuh.
“Eh... awak
kenapa ni? Siapa yang telefon?”
“Nadia...
siapa?” Noh Daniel menyoal lagi dan lagi. Risau melihat Nadia yang hampir jatuh
selepas menjawab telefon. Siapa? Apa yang terjadi? Nur Nadia sudah mengalirkan
air mata. Nadia tidak bersuara dan hanya
menggelengkan kepala.
Bengang
soalan tidak berjawab. Noh Daniel mengambil telefon Nadia dan terus menghubungi
nombor tadi. Nur Nadia cuba mengambil kembali telefonnya namun ditepis kuat
oleh Noh Daniel.
“Hello... siapa ni? Apa kau cakap dengan
Nadia?” Noh Daniel bersuara tegas. Nur Nadia cuba menghalang Noh Daniel
daripada terus di talian dengan Tuan Hassan. Noh Daniel tak boleh tahu, lagi.
Belum masa untuk Noh Daniel tahu.
“Aku Tuan
Hassan. Tunang Nur Nadia.” Noh Daniel terkejut besar. Nur Nadia dipandang
tajam.
“What? Tunang?” Kuat suara Noh Daniel,
matanya tajam menikam wajah Nadia. Terkejut dan tidak pernah disangka. Nur
Nadia mengongoi menangis. Lebih lebat air mata yang mengalir sekarang ini. Apa
yang patut dia lakukan sekarang? Rahsia yang belum dibongkarkan, terbongkar
sendirinya dan disaat dia belum bersedia untuk bercerita. Nadia tertekan!
“Now Nadia, tell me now! Kenapa awak tak
cakap yang awak dah bertunang? Who is
Tuan Hassan?” Bertalu-talu soalan Noh Daniel berikan kepada Nur Nadia yang
masih menangis di sisi meja. Noh Daniel meraup mukanya kasar. Mundar mandir di
dapur itu. Nur Nadia masih tidak menjawab satu pun soalan Noh Daniel. Dia hanya
menangis dan menangis. Baru sahaja hendak menyoal lagi, telefon Noh Daniel pula
berdering. Terus sahaja talian disambungkan.
“Waalaikummusalam.
Ya pa?”
“Datang
rumah papa sekarang. Pak cik Nadia dan tunang Nadia ada di sini.”
“What???!!!”
“Jangan nak
terkejut or get angry. Just come. Now.”
Datuk Nour Rahman sempat berpesan sebelum mematikan talian. Noh Daniel menarik
nafas sedalam-dalamnya. Apa yang berlaku sekarang terlalu diluar jangkaannya.
“Nadia... look at me. Look at me, now.” Noh Daniel
memegang muka Nadia dan memandang tepat ke matanya.
“Tell me now, everything that I should know.
Please. Bagitahu saya semua. Segala-galanya tentang awak.” Ujar Noh Daniel
sedikit menekan dan memaksa.
“Semua ni
bukan macam yang awak sangka. Semua ni diluar kawalan saya waktu tu. Saya tak
mampu nak lalui sekali lagi kepahitan dan terus dalam kepahitan hidup. Saya nak
bahagia. Sebab itu saya lebih rela berkahwin dengan awak.” Nadia cuma
memahamkan Noh Daniel agar perkara ini tidak menjadi sesuatu yang memburukkan
diri dia dan juga hubungan mereka yang baru hendak dibina.
“Jadi, awak
yang merangka semua ni?” Nadia berkerut dan menggeleng laju.
“Saya tak
sehina itu!” Noh Daniel menghela nafasnya kasar. Ya, menuduh Nadia yang
merangka memang begitu kejam. Otaknya serabut.
“Okay. Sorry. Habis tu awak ambil
kesempatan atas apa yang berlaku hari tu?”
“Tak! Mama
dan papa yang cadang kita kahwin kan?” Nadia cuba membela diri.
“Tapi kenapa
awak tak cakap awak dah bertunang?” Noh Daniel sudah mahu marah. Namun masih
mengawal emosinya.
“Saya tidak pernah bertunang. Saya
17 tahun masa tu. Apa yang awak jangka saya mampu lakukan? Saya menumpang rumah
orang yang tiada hubungan saudara dengan saya. Saya kena pukul kena tampar
hampir setiap hari setiap masa. Apa yang saya mampu buat masa tu?” Nadia menolak
tangan Noh Daniel yang memegang mukanya tadi yang semakin longgar pegangannya.
Noh Daniel terdiam.
“Ya. Saya mungkin bertunang tapi
mana tandanya? Cuma janji. Janji untuk berkahwin dengan Tuan Hassan sebaik
habis belajar nanti.”
“Kenapa awak berjanji macam tu?”
“Itu adalah keputusan paling baik yang
saya mampu lakukan waktu tu. Saya rasa keputusan terbaik, sebab saya dah tak
perlu kahwin dengan dia. Saya berjaya bebaskan diri saya daripada mereka
semua.” Nadia cuba menguntum senyum dalam tangisannya, membuatkan Noh Daniel
memandang pelik.
“So
it is true awak memang ambil kesempatan atas apa yang berlaku?” Noh Daniel
menyoal lagi. Nadia menyapu air matanya dan terus melangkah naik ke atas. Noh
Daniel membuntuti langkah Nadia.
“Nadia, answer me!” Noh Daniel menarik tangan Nur Nadia agar isterinya
memandang ke arahnya.
“No!
Kalau pun kita tak berkahwin. Saya tak akan kembali kepada kehidupan seperti
hamba yang saya lalui hampir 10 tahun. Ni ... duit yang saya simpan selama saya
sedar yang saya perlu lari daripada kehidupan penuh seksaan tu.” Buku bank
ditunjukkan kepada Noh Daniel. Jumlah yang agak besar dilihat tercatat di dalam
buku itu.
“Saya tak faham sekarang. You know what Nadia. You have to tell me every single thing that
I should know. Tunang awak tu dan pak cik awak ada di rumah papa sekarang
dan kita kena ke sana sekarang juga.” Nur Nadia terkaku. Perlukah dia berdepan
sekali lagi dengan mereka? Nadia menggeleng laju. Terus sahaja dia mengemas
barangannya.
“Apa yang awak buat sekarang ni
Nadia?!” Noh Daniel mula bengang.
“Saya tak nak jumpa dengan diorang.
Dah empat tahun saya lari daripada bertemu dengan diorang. Saya tak akan
korbankan masa depan saya lagi.” Ujar Nadia, tangannya masih laju mengemas
barang yang ada. Noh Daniel berang. Nadia ditarik daripada terus mengemas
barang.
“Stop
it Nadia! Kita kena jumpa mereka semua. Selesaikan semua masalah awak tu,
segera.” Noh Daniel bersuara tegas.
“Tak! Saya tak nak! Saya tak mampu
nak berdepan lagi semua tu.” Nur Nadia merintih memohon sedikit kefahaman daripada
Noh Daniel.
“Awak lupa? Awak ada saya. I’m your husband Nadia. Kalau pun tunang
awak tu nak awak balik, dia kena berdepan dengan saya dulu!”
“Tapi diorang tu....”
“Tak ada tapi-tapi... pergi siap.
Dalam kereta awak kena cerita dari awal sampai habis semuanya. Don’t hide even a single word.” Tegas
Noh Daniel. Nadia tidak mampu berbuat apa, hanya ikut sahaja apa yang Noh
Daniel lakukan. Dalam hati Nadia berdoa agar semua yang ditakuti tidak akan
berlaku. Jauhkan segala keburukan dan datangkanlah kebaikan. Jangan sampai
dirinya kembali terkorban.
to be continued ...
much love readers!
leave your comments please!!!
2 comments:
Adooii....dah abes lak,
Best2...
Tak sabo nak tau...byk lak konfliknya...
haaa kan... dah post part 9. enjoy!
Post a Comment