N & N
(Noh
Daniel + Nur Nadia)
Part 6
Hujung
minggu pertama bagi Nur Nadia untuk pulang ke rumah suaminya. Baru seminggu
menjadi isteri dan tidak membawa perubahan besar kepada diri Nadia. Semua masih
sama. Ini kali pertama dia akan hilang dari bilik dan Mashitah telah pun
menyoal macam-macam.
“Ke mana?”
Soal Mashitah laju sahaja setelah melihat Nadia sibuk mengemas beg baju.
“Balik
kejap. Isnin aku sampai terus ke kelas tau, jangan tunggu aku pula.” Nadia
membalas dan terus meninggal pesan.
“Balik
kampung? Pelik.” Mashitah menyoal lagi.
“Taklah.
Balik area sini juga. Apa yang pelik? Semua pelik aje kau ni kan.”
“Yelah, kau
juga yang cakap dekat aku dulu Pak cik dengan Mak cik kau tak bagi balik kalau
bukan cuti panjang. Ni balik weekend. Lagi pelik bila kau kata balik area sini?
Skudai ni? Kau balik rumah mana? Kau bukan tak ada saudara mara ke?” banyak
soalan terus menerus dari mulut Mashitah. Nadia berhenti mengemas beg dan
menghela nafasnya perlahan. Nadia faham, memang pelik. Dia tiada sesiapa selain
Mashitah yang setia di sisinya.
“Kalau aku
cakap aku dapat keluarga angkat kau jangan pelik pulak. Aku balik rumah
keluarga angkat aku. Area sini je. Diorang suruh aku balik setiap hujung
minggu. Sunyi katanya dan boleh eratkan hubungan kami sebagai satu keluarga.”
Ujar Nadia penuh yakin dalam pembohongannya. Dapat jalan untuk elakkan Mashitah
menyoal.
“Keluarga
angkat? Macam mana boleh dapat keluarga angkat?” Nadia tersenyum sendiri. Lupa
Mashitah ni bukan orang yang mudah terima jawapan selagi dia rasa ada sesuatu
yang dia tak tahu.
“Panjang
ceritanya. Dah lah, banyak pulak kau tanya. Yang penting, aku tak buat benda
yang bukan-bukan. Kau jangan risau ya Mashitah.” Tangan Mashitah digenggam
erat. Mashitah mencebik dan mengangguk.
“Sorry kalau
aku tanya banyak. Kau kawan aku, aku cuma tak nak kau susah belakang hari. Jadi,
ada apa-apa yang aku patut tahu, kau bagitahu jangan berahsia.” Ujar Mashitah
sebelum bangun dan kembali ke meja belajarnya. Nadia mengangguk dengan
senyuman.
“Terima
kasih Mashitah.”
“Yelah
yelah.” Nadia ketawa. Mashitah tak suka perkara sentimental, dia cengeng!
Seperti yang
dijanjikan, selepas selesai solat Asar, Nadia telah pun siap untuk pulang ke
rumah Noh Daniel buat pertama kali. Berdebar juga hatinya kerana selepas hari
pernikahan minggu lalu mereka tidak berjumpa selain di kuliah sahaja. Noh Daniel
juga tidak menghubunginya. Baru semalam Noh Daniel menghantar mesej menyuruh
dia bersiap untuk pulang ke rumah petang ini.
“Assalamualaikum.
Dah siap dah. Kat mana?” Laju sahaja Nadia mengangkat panggilan Noh Daniel.
“Kat foyer pagar depan kolej awak. Cepat.”
“La... kan
saya kata tunggu dekat bus stop. Orang perasan nanti macam mana?” Nadia mula
membebel sambil menjinjit beg baju dan memakai kasut.
“Turun je la
cepat, saya tunggu.” Talian terus dimatikan. Nadia berdebar. Kalau ada
mamarazzi macam haritu mati dia nak menjawab dengan Mashitah. Mujur sahaja sekarang
Mashitah masih tidur, kalau tidak banyak juga soalan yang akan disoal. Mujur!
Nur Nadia
menapak laju menuruni tangga dan terus melangkah ke foyer utama. Tercari-cari
kereta Noh Daniel tapi tidak kelihatan. Hanya ada beberapa kereta lain yang
tidak dikenali. Telefon dalam beg di ambil dan nombor Noh Daniel dihubungi.
“Mana awak
Encik Noh?” Nadia berdiri di depan pejabat kolej. Matanya meliar mencari Noh Daniel.
“Dah tadi cakap
dekat bus stop, lepas tu tanya lagi.”
“Tadi kata foyer. Kejap saya datang.” Nadia
melangkah laju mahu keluar dari pagar utama.
“Haa nak
pergi mana pula tu?” Soal Noh Daniel yang masih ditalian. Nadia berhenti
langkah dan berkerut dahi.
“Dah kata
dekat bus stop.”
“Tak. Pusing
belakang. Kereta Honda CRV Hitam.” Nadia kalih dan mencari. Noh Daniel
tersengih di dalam kereta. Talian terus dimatikan.
“Main-main.”
Nadia merungut setelah masuk ke dalam kereta.
“Assalamualaikum.”
Noh Daniel masih tersenyum. Tangan dihulurkan kepada Nur Nadia. Nadia terdiam dan
keras seketika. Otaknya memproses laju sebelum membalas huluran tangan Noh
Daniel dan menunduk mencium tangan suaminya.
“Waalaikumussalam.”
Nur Nadia membalas salam dengan gagap-gagap. Malu! Noh Daniel masih setia
tersenyum. Kereta menyusur keluar daripada perkarangan kolej. Nadia diam, tidak
tahu mahu berkata apa. Sesekali dia kalih memandang Noh Daniel yang sedang
memandu.
“Kenapa
Nadia? Pandang-pandang lepas tu diam. Ada apa?” Noh Daniel bersuara setelah
memerhati tingkah Nadia sedari tadi.
“Tak ada
apa-apa. Tak tahu nak cakap apa.” Jujur sahaja Nadia menjawab. Noh Daniel masih
tersenyum.
“Belum
biasa. Sebelum ni jumpa dalam kuliah je sekarang kena jumpa selalu.”
“Macam pelik
pun ada.”
“Pelik?”
“Yalah...
untuk 2 bulan sebelum ni, Encik Noh Daniel memang terkeluar terus daripada
carta lelaki calon suami.” Nadia menekup mulutnya mengelak letusan ketawa
besar. Noh Daniel tersenyum senget.
“But why? Orang lain semua letak saya
sebagai calon utama suami diorang.” Nadia mencebik.
“Jangan nak
perasan. Why? Encik Noh Daniel sangat
tak suka Nur Nadia si budak kampung.” Perlahan sahaja perkataan akhir itu
disebut. Noh Daniel mengangguk mengiyakan.
“Yes. I hate you. Still hate you.”
Kata-kata itu sedikit sebanyak mengguris hati Nadia.
“Tapi
kenapa? Kita tak pernah kenal. Saya pelajar kuliah awak aje.” Soal Nadia,
sangat-sangat ingin tahu. Wajah Noh Daniel yang sedang memandu dipandang.
“Awak
mengingatkan saya kepada seseorang. Seseorang yang sangat saya sayang. Tapi
seseorang itu membuatkan saya dari sayang sangat kepada benci yang amat.” Dalam
tenang Noh Daniel menerangkan.
“Tapi bukan
saya.”
“Iye bukan
awak. Tapi cara awak sedikit sebanyak mengingatkan saya kepada dia. Diam awak
buat saya lagi bengang dan entah kenapa saya jadi macam tu.”
“Melepaskan
kepada orang yang tiada kena mengena.”
“Saya dah
minta maaf kan?”
“Bila?”
“Masa kuliah
haritu.” Noh Daniel tersengih. Nadia mencebik.
“Awak
menangis sebab saya suka komen awak dalam kuliah?” Noh Daniel menyoal lagi. Nur
Nadia berpaling memandang Noh Daniel sebelum memandang terus ke depan dan
mengangguk perlahan.
“Bila dan
apa yang saya cakap buat awak menangis?” Soal Noh Daniel lagi.
“Bila awak
kata saya selekeh macam tak pernah bertukar baju. Duit PTPTN masuk beribu
takkan tak boleh beli baju yang elok atau ikut trend sekarang.” Nadia berjeda
sebelum menyambung.
“Itu yang
buat saya tersinggung dan malu. Cara awak cakap tu sangat buat saya sakit hati.
Saya jadi tertanya, siapa awak? Awak kenal ke saya? Apa salah saya?” Nadia
menarik nafas panjang. Noh Daniel mencapai tangan Nur Nadia dan menggenggamnya
erat. Bagi Noh Daniel, dia cakap dan lupa tapi dia terlupa mangsanya Nur Nadia,
dengar dan terus semat dalam kepala.
“Saya tahu
saya banyak salah dengan awak Nadia. Saya minta maaf. Saya akan tebus kesalahan
saya. Lagi pun, saya dah jadi suami awak dan awak isteri saya. I won’t make my dear wife hurt and cry
again. I promise.” Jujur sahaja kata-kata itu, membuatkan Nadia tersenyum
dan mengangguk kepala.
Selepas 15
minit perjalanan, mereka sampai ke destinasi. Rumah Noh Daniel. Seperti
selalunya, Noh Daniel keluar dari kereta dan terus membuka pintu kereta untuk
Nur Nadia. Nadia yang ketika itu sudah pun bersedia untuk keluar terkejut juga
dengan tindakan Noh Daniel. Noh Daniel hanya tersenyum sebelum mengambil beg
baju Nadia dan beg galasnya di but kereta.
“Awak memang
suka bukak pintu kereta eh?” Soal Nadia membuatkan Noh Daniel ketawa
kehairanan.
“Why are you asking me that?”
“Tak adalah.
Saya boleh aje buka pintu sendiri tapi tak pernah sempat. Awak laju aje buka
pintu. Ke takut pintu saya rosakkan?”
“Awak perli
or awak memang suka tanya that kind of
silly questions?” Soal Noh Daniel sambil membuka pintu rumah. Nadia sekadar
menjungkit bahu.
Noh Daniel
membawa semua barang masuk ke rumah dan menjemput Nadia masuk. Nadia kagum
melihat rumah Noh Daniel. Sederhana besar tetapi kemas dan teratur. Tapi tidak
hairan, dari peribadi Noh Daniel terlihat yang dia adalah seorang yang kemas
dan teratur.
“Buat macam
rumah sendiri ya.” Ujar Noh Daniel.
“Boleh?” Nur
Nadia menyoal.
“Apa yang
boleh?”
“Buat macam
rumah saya sendiri?” Noh Daniel sudah berkerut dahi.
“Awak ni
kan... tanya lagi soalan macam tu.”
“Tak adalah,
saya mana pernah ada rumah sendiri. Sebab tu saya tanya, boleh ke saya buat
macam rumah saya sendiri?” Jujur sahaja Nadia menerangkan.
“Adeh... just make yourself comfortable okay. Ini
rumah kita. Kita.” Noh Daniel membalas dan menekankan perkataan ‘KITA’. Nur
Nadia tersenyum dan mengangkat tangan tanda okay.
“Haa... one more thing. Saya dah beli
barang-barang dapur. Awak masak ya malam ni.” Ujar Noh Daniel sebelum menaiki
tangga. Nur Nadia yang sedang ‘menjelajah’ rumah itu hanya mengangguk. Tidak
tunggu lama, langkah terus di atur ke dapur.
“SubhanaAllah...”
Perkataan pertama yang muncul apabila melihat dapur rumah Noh Daniel. Cantik
dan kemas. Nur Nadia selalu melihat dapur begini di dalam majalah dan
televisyen sahaja, tidak sangka dia akan merasa memasak di dapur begini. Terus
sahaja dia membelek setiap satu kabinet dan setiap bahagian yang ada. Akhir
sekali barulah Nadia melihat barang-barang yang ada di dalam peti untuk
memikirkan menu makan malam pertama dengan suaminya, Noh Daniel.
to be continued ...
much love readers!
tinggalkan komen sepatah dua kata. thanks!
4 comments:
Nice...hubungan suami isteri yg baru nak dibina...
Bila nak sambung?
Dah sambung sebelum awak komen lagi anon... part 8 pukul9 karang. Tq sebab bc karya saya.
Thanks... ��
Post a Comment