N & N
(Noh
Daniel + Nur Nadia)
Part 5
“Okay, hari
ini kita akan sambung chapter 5. Cuba baca dan faham soalan, saya bagi kamu
semua tiga minit dan nanti saya akan panggil seorang daripada kamu untuk
tunjukkan jalan kerjanya. Your time start now!” Seminggu selepas majlis
perkahwinan Noh Daniel dan Nur Nadia, mereka kembali seperti sebelumnya.
Belajar dan mengajar. Tiada mesej yang di terima. Situasi seakan diam seketika.
Terkutik juga di hati Nur Nadia mungkin ini semua helah Noh Daniel untuk
menjerat dia ke dalam hidupnya. Tapi cepat-cepat dihapuskan pemikiran itu,
takkanlah kerana benci dan meluat Noh Daniel kepada dirinya Noh Daniel sanggup
melibatkan keluarganya sekali. Lagi pula penerimaan Noh Daniel selepas Nur
Nadia menjadi isterinya amat berbeza. Sangat berbeza!
“Okay masa
dah tamat. Who is the lucky one?”
Soal Noh Daniel dan seperti biasanya jawapan yang paling kuat dijeritkan dalam
dewan kuliah adalah NUR NADIA. Nadia mengeluh perlahan mengangkat wajahnya
memandang tepat ke arah Noh Daniel yang hanya tersenyum di depan.
“I am very sure yang semua dalam ni suka
sangat dengan Nur Nadia. Why?”
Persoalan yang hanya mengundang kebisingan. Satu kuliah bising dengan soalan
itu.
“Alahhh
Encik Noh pun sukaaaa sangat Nur Nadia, Why?”Hadi
si becok mengembalikan soalan yang sama.
“Why? Because she is so lovely.” Laju
sahaja Noh Daniel menjawab dan apa lagi, makin pecah dewan kuliah itu dengan
tepukan dan sorakan. Noh Daniel hanya ketawa dan Nur Nadia menekup wajahnya
yang merona merah. Kenapalah Noh Daniel melayan? Bentak hati Nur Nadia.
“Okay class, back to our lesson. Nur
Nadia pleasa come forward.” Masih ada
siulan dan sorakan namun tidak segamat tadi. Boleh pula Noh Daniel menjadi baik
dan sopan. Rasanya ini kali pertama Noh Daniel begitu sopan dengan diri Nadia
di dalam dewan kuliah. Masih segar dalam ingatan Nur Nadia bagaimana Noh Daniel
memerli dan memalukan dirinya. Cepat benar lelaki ini berubah watak?
“Encik Noh,
tak ada komentar pasal Nur Nadia ke kali ni?” Mashitah menyampuk, laju sahaja
Nadia mengerling tajam. Apa hal pulak dengan Mashitah tiba-tiba menyampuk
begitu? Nadia bengang!
“Komentar
ya?” Noh Daniel tersenyum. Microfon di tangannya digoyang-goyangkan seakan
mencari idea untuk ‘komentar’ seperti selalunya.
“I bet all of you thinks that saya ni tak suka Nur Nadia kan?” Semua di dalam kuliah
mengangguk laju. Semestinya! Noh Daniel mengkritik semua yang ada pada Nur
Nadia. Baju yang dipakai, tudung, kasut dan termasuklah beg yang dibawa serta
tulisan Nadia juga tidak terkecuali. Semua seperti tidak kena di mata Noh
Daniel.
Nadia yang
sedang menulis jawapan di papan putih turut mendengar apa yang hendak dikatakan
Noh Daniel. Hatinya sudah biasa, air matanya juga sama. Dengar dan menangis.
Setiap kalinya begitu.
“Saya hanya
komen. Nur Nadia tipikal gadis melayu tapi sedikit berbeza. Sebab tu saya suka
beri komen. I know she hate all those
comments.” Noh Daniel ketawa kecil, seisi kuliah juga. Mereka semua kini
khusyuk kepada Noh Daniel bukan kepada jawapan yang ditulisnya di papan putih
ketika itu.
“Gadis
melayu dalam kuliah ni ramai. Cuba tengok. Ramai kan? Tapi ada tak yang macam
Nur Nadia?” Soalan diberikan, semua memandang sesama sendiri. Nur Nadia yang
berada di depan terasa semua mata memandang ke arahnya. Menelek dari kaki
hingga kepala.
“Tak ada
kan. Pakai baju kurung. Baju kurung pula coraknya old school which is sesuai dengan dia. Tudungnya
sama aje, tak ada berbelit-belit. Kasutnya bertutup kemas kena dengan peraturan
yang sepatutnya. Sebab itulah saya suka beri komen.” Semua di dalam kuliah
terangguk-angguk kepala mendengar penjelasan yang entah betul atau tidak dari
Noh Daniel.
“Tapi komen
Encik Noh sinis, Nadia sampai menangis kut.” Mashitah menambah lagi. Si pembela
ni over pulak! Nadia memberi isyarat mata dari jauh. Mashitah langsung tak
ambil peduli.
“Sinis? That bad? Erm, mungkin saya tak sedar.
Saya minta maaf ya Nadia.” Noh Daniel memandang ke arah Nadia yang sedari tadi
selesai menulis jawapannya di papan putih. Noh Daniel tidak memandang kosong,
jarinya membuat bentuk hati kecil, bibirnya mengukir senyuman. Killer’s smile. Satu kuliah menjadi
gamat dengan tepukan dan sorakan. Nur Nadia mengetap bibir geram.
“Untungkan
siapa yang jadi suami Nur Nadia ni, satu dalam seribu.” Noh Daniel menambah
lagi membuatkan kuliah itu hari ini gamat dengan tepukan dan sorakan. Mesti
whatsapp kuliah hari ini penuh dengan cerita mereka berdua. Nadia menggeleng
kepala.
“Saya rasa
cukup dah kut Encik Noh komen. Saya dah siapkan jawapan.” Nur Nadia memotong
ketika Noh Daniel mahu menambah lagi. Sudah kenapalah dengan Noh Daniel? Hati
Nadia berbisik sendiri.
“Oh okay.
Terima kasih sayang. Ops...” Sengaja. Noh Daniel sengaja membuatkan kuliah itu
menjadi gamat lagi dan lagi. Nadia bengang.
“Kenapa
Encik Noh ni...?” Soal Nur Nadia tetapi hanya cukup untuk didengari mereka
berdua.
“Adalah
sebabnya. Nanti saya cerita.” Noh Daniel masih tersengih-sengih. Seronok sangat
menyakat Nadia tapi kali ini cara lain. Kalau dulu cara kejam dan sinis, kali
ini membuat Nadia tak tentu arah.
“Sudahlah...
serabut saya!” Bentak Nadia, manja.
“Ya sayang
ya. Saya stop.” Noh Daniel membuat
gaya mulutnya dizipkan. Nadia mengerut keningnya tanda tidak suka. Mujur sahaja
kuliah itu masih bersisa ketawa dan tepukan membuatkan sayang kali kedua
diucapkan Noh Daniel itu tidak didengari oleh yang lain.
Sejam terasa
bagai satu tahun! Nur Nadia laju sahaja menapak keluar daripada dewan kuliah
itu. Penat pula rasanya kelas dengan Noh Daniel. Jika sebelum ini Nadia rasa
Noh Daniel banyak memberikan tekanan dan sekarang Nadia rasa rimas. Rimas
dengan sorakan dan tepukan yang begitu bingit ditelinga. Jika dulu ada sahaja
yang buruk di mata Noh Daniel dan kini semua yang Noh Daniel katakan di dalam
kelas semuanya mesti dikaitkan dengan dirinya.
“Kemain
Encik Noh tadi, apasal eh?” Mashitah menyoal sewaktu mereka beratur memilih
makanan di kafe.
“Entahlah
dia. Kau tu apasal tanya macam-macam? Bingit aku dengar satu kuliah bersorak.”
Mashitah ketawa. Nadia menjeling tajam.
“Aku cuma
nak tahu. Pelik sangat aku tengok kau dengan Encik Noh sekarang ni. Ada yang
aku tak tahu ke?” Mashitah cuba mengorek rahsia.
“Tak ada
apa-apa. Apa yang pelik? Sama je.” Nadia menepis laju.
“Peliklah.
Encik Noh dengan kau boleh berborak berdua, macam ada ‘something’ je.” Mashitah menjungkit kening memandang Nur Nadia.
“Tak ada
apa-apalah.”
“Tadi pun
aku nampak, kau dengan Encik Noh cakap sesuatu kat depan. Haa apa dia tu?”
Nadia mengeluh, rimas dengan Mashitah yang banyak betul soalannya.
“Kau ni...
tadi aku suruh dia berhenti dari terus buat satu kuliah tu gamat. Itu je.”
Mashitah mengangguk kepala tanda faham.
“Dahlah kau
ni macam-macam. Jangan nak tambah minyak dalam whatsapp group yang marak sangat cerita pasal aku dengan Encik Noh
ye. Aku baca tau.” Mashitah menekup mulutnya sebelum ketawa besar. Tahu Nadia
membaca semua mesej di dalam whatsapp
tetapi tak pernah nak balas atau menokok tambah. Seminggu ini hanya isu Nadia
dan Encik Noh yang hangat digosipkan. Ada sahaja gambar Nadia dan Encik Noh
dimuat naik. Kini semua orang boleh jadi wartawan tak bertauliah!
to be continued ...
much love readers!
please leave your comments below!
No comments:
Post a Comment