Part 4
“Pak cik awak
tak benarkan kita kahwin.” Ujar Noh Daniel dalam talian. Nadia sudah tahu,
semalam lagi dia sudah terima caci maki dari pak ciknya. Nadia memejam mata,
air mata mengalir laju.
“Kita tak
perlu izin mereka, saya 22 tahun. Saya setuju berkahwin dengan Encik Noh.”
Nadia memberikan kata putus. Noh Daniel dihujung talian terangguk sendiri.
“Kalau itu
yang awak cakap dan putuskan. Saya terima. Nanti saya uruskan semuanya dengan
mama dan papa. Nadia, awak jangan terlalu fikirkan. Jaga kesihatan awak.” Kedengaran
terlalu halus, sehalusnya kata-kata itu sehingga menyusup lembut ke dalam hati
Nur Nadia. Pertama kali, pertama kalinya ada insan yang bimbang akan dirinya.
“Terima
kasih Encik Noh.” Nadia begitu menghargai kesudian Noh Daniel menerima dia
dalam masa singkat dan sanggup bersusah payah untuk menyelamatkan maruah mereka
berdua. Maruah Nur Nadia lebihnya.
“Untuk?” Noh
Daniel menyoal.
“Apa sahaja
yang telah Encik lakukan demi saya.”
“Untuk saya
juga Nadia.” Noh Daniel membalas.
“Ya saya
tahu.”
“Masih ada
banyak yang awak belum tahu.”
“Apa?”
“Satu hari
nanti awak akan tahu.” Balas Noh Daniel, sekadar meninggalkan tanda tanya.
Nadia membiarkan sahaja. Lagi disoal nanti lagi banyak dalihnya. Encik Noh
Daniel, tidak sinis seperti selalu tapi penuh misteri.
Nur Nadia
tekad. Kali ini demi masa depannya, dia perlu bertegas. Biarlah digelar kacang
lupakan kulit atau lupa daratan, maruah dirinya, nama baik ibu dan ayah perlu
dijaga. Nombor pak cik di dail.
“Haa kau nak
apa lagi?” Jerkah pak cik sebaik sahaja talian bersambung.
“Saya akan
bernikah hujung minggu ni.” Ujar Nadia senafas, jemarinya digenggam erat.
“Kau memang
tak guna. Tak kenang budi! kau nak nikah kau pergilah, aku tak halal satu pun
yang kau telan selama aku kutip kau! Bodoh!” Talian terus diputus. Nadia
memejam mata rapat-rapat, menelan semuanya biar kelak semua itu hanya menjadi
satu igauan buruk semata.
Tiga hari
selepas semuanya diuruskan. Tibalah hari yang dinantikan penuh debaran. Majlis
pernikahan Noh Daniel dan Nur Nadia. Tiada seorang kawan pun yang diberitahu
termasuklah Mashitah. Itu permintaan Noh Daniel. Katanya terlalu awal, ini
adalah antara rancangan untuk menangkap pemerangkap mereka berdua. Nadia hanya
turutkan, asalkan kelak maruahnya terselamat.
Nur Nadia
membelek wajahnya yang telah siap disolek. Seakan tidak percaya dia boleh
secantik itu. Kali pertama dia mengenakan solekan. Selama ini hanya menggunakan
bedak bayi sahaja, bibir tak pernah dioleskan dengan apa-apa. Nur Nadia budak
kampung yang tidak tahu apa-apa. Kalau tahu pun, dia tidak mampu membeli
walaupun harga pelembap bibir tidak sampai sepuluh ringgit. Dia lebih rela
membeli makanan yang lebih mengenyangkan!
“Aku terima
nikahnya Nur Nadia Binti Abdul Wahab dengan mas kahwinnya RM22.50 tunai.”
Dengan hanya sekali lafaz, Nur Nadia menjadi isteri yang sah kepada Noh Daniel,
lelaki yang sering menyakitkan hati dia dan lelaki kedua selepas pak cik yang
pernah membuatkan dia menitiskan air mata. Hari ini air matanya menitis lagi,
entah air mata kesedihan atau pun gembira. Kalau gembira untuk apa? Walaupun
Noh Daniel bersikap baik dengan dia belakangan ini tetapi itu bukan bermakna
dia sudah jatuh cinta.
“Nadia dah
makan?” Soal Datin Nurlia apabila melihat Nadia hanya tercegat di meja dapur
dengan masih dalam persalinan nikah. Nadia menggeleng kepala. Datin Nurlia
mengeluh perlahan dengan senyuman.
“Nadia
kenapa tak makan? Danny mana?” Soal Datin Nurlia.
“Borak
dengan saudara mara rasanya.” Ujar Nadia sambil tangan menunjuk ke arah taman
di luar rumah.
“Ambil
pinggan, isi nasi dan lauk. Makan dekat sini.” Arah Datin Nurlia. Nadia tidak
membalas, hanya bergerak mengambil pinggan dan terus ke bahagian bufet. Mama
hanya mampu tersenyum. Nadia, terlalu naif.
Baru
beberapa suap, Noh Daniel menghampiri dia yang berada di dapur. Noh Daniel
mengambil beberapa ketul isi ayam goreng dari pinggan Nadia terus ke mulutnya.
“Kenapa
makan tak tunggu saya?” Soal Noh Daniel. Nur Nadia tersedak, mujur tidak
tersembur. Air yang dihulurkan Noh Daniel terus diteguk. Datang tak bagi salam!
“Eh, saya
tanya tu je dah tersedak?” Nadia hanya menggeleng dan terus menyuap makanan.
Kepala masih berputar mencari topik untuk berbual. Terasa begitu janggal bila
hanya berdua dengan Noh Daniel, lagi-lagi selepas sah menjadi isteri kepadanya.
“Nadia?”
Panggil Noh Daniel, melihat Nur Nadia hanya membatu. Nadia memandang Noh Daniel
di depannya.
“Ya?” Noh
Daniel berkerut, kena sampuk ke bini aku ni?
“Saya tanya,
kenapa tak tunggu saya makan sama?”
“Mama suruh
saya makan dulu, Encik seronok sangat berborak tadi, malas nak kacau. Saya pun
dah lapar sangat.” Nadia menjawab dengan jujur. Noh Daniel tersenyum.
“Encik? Dah
jadi suami awak Encik ni Nadia.” Ujar Noh Daniel. Nadia memandang sekilas.
Kunyahannya terhenti seketika.
“Tak boleh
ke?” Jujur sahaja Nadia membalas.
“Boleh. Tapi
masa di kuliah or depan kawan-kawan awak dan saya. Dekat rumah tak perlu saya
rasa. Nanti mama dan papa kata apa pula.” Noh Daniel membalas.
“Okay.”
Balas Nur Nadia dan kembali menyuap makanan. Noh Daniel menarik kerusi dan
duduk menghadap Nadia. Pinggan Nadia ditarik sedikit ke arahnya, kemudian turut
makan makanan yang sama. Nadia kaget.
“Sunnah.”
Ujar Noh Daniel apabila perasan isterinya itu sedang memerhati tingkahnya penuh
kehairanan dan terkejut.
“Saya
tambahkan nasi dan lauk.” Nadia yang sudah merah muka, bangun menambah. Noh
Daniel tersenyum, Nadia memang begitu sikapnya. Selagi dia boleh turutkan, dia
hanya buat tanpa soal. Sekembali Nadia ke meja, mereka menyambung makan. Mama
dan papa yang memerhati tersenyum lebar. Kiranya Noh Daniel sudah menemui
pengganti, Nur Nadia sudah temui perisai yang akan sentiasa melindungi. Selepas
ini, mereka hanya perlu mencari siapakah dalang yang memerangkap mereka dan
mengembalikan semula maruah mereka yang kini hanya tergantung entah pada siapa.
“Lepas ni,
saya akan duduk kolej macam biasakan?” Ujar Nadia, air dihulurkan kepada
suaminya.
“Yup. Tapi
weekend balik rumah kita.” Noh Daniel membalas. Nadia berkerut.
“Rumah
kita?”
“Rumah saya,
rumah dekat dengan Universiti. Sekarang rumah tu jadi rumah saya dengan Nadia
la. Rumah kita.” Terang Noh Daniel. Nadia mengangguk faham.
“Rajin-rajinlah
balik sini. Mama bosan sorang-sorang.” Datin Nurlia yang baru masuk ke dapur
mencelah. Nadia hanya tersenyum.
“Mama
suruhlah anak dara mama tu tinggal sini. Kenapa nak menyewa rumah lain? Bukan
jauh sangat pun.” Ujar Noh Daniel. Datin Nurlia mencebik.
“Mama yang
suruh Nuha sewa rumah asing. Tak lama lagi dia dah nak kahwin, mama nak train dia jadi isteri yang terbaik buat
suami dia. Kalau dekat sini, malas!” Datin Nurlia bercerita penuh semangat.
Nuha Dania, adik Noh Daniel. Kecil molek dan ramah. Baru semalam Nadia
berkenalan dengannya.
“Mana ada
Nuha malas? Mama yang halau Nuha.” Nuha yang berada di luar dapur menyampuk
apabila namanya disebut-sebut. Datin Nurlia tersengih.
“Adik memang
malas, bangun lambat. Manja. Cengeng.” Noh Daniel menambah-nambah. Nuha geram!
“Kak Nadia,
tengok suami akak tu. Eii!” Nuha mengadu. Nadia hanya ketawa. Belum biasa
dengan keluarga itu untuk dia mencelah apa-apa. Mereka tak pernah buat dirinya
terasa asing dalam keluarga. Mereka terlalu baik sehinggakan Nadia sangat merasa
diterima, disayangi. Perasaan yang tidak pernah dirasakan selepas ibu dan ayah
tiada. Allah itu Maha Penyayang. Walaupun hubungan itu dihubungkan dengan satu
peristiwa hitam, akan tetapi kini hatinya rasa berbunga. Rasa tenang dan
bahagia. “Maka, nikmat Tuhanmu yang mana yang kau dustakan?”
to be continued ...
much love readers!
please leave some comments ya guys!
No comments:
Post a Comment