Tuesday, February 27, 2018

Mini novel 2018 : N&N (part 8)


N & N
(Noh Daniel + Nur Nadia)



Part 8

 Malam dirasakan berlalu sangat panjang. Lewat mereka tidur malam tadi hanya kerana mencari seseorang yang bertanggungjawab atas apa yang telah berlaku kepada mereka berdua. Namun ayat akhir Noh Daniel masih terngiang-ngiang di telinga Nur Nadia sehingga dia tersenyum sendiri.

“Tapi bila kita tangkap orang yang buat semua ni, jangan marah dulu tapi terima kasih.”

“Terima kasih?”

“Yalah. Terima kasih sebab cepat temukan jodoh kita berdua.”

‘Ceh!”

Telefon yang berdering sejak awal pagi tadi dibiarkan sahaja berdering. Malas nak dijawab. Pak cik. Entah apa lagi yang diinginkan. Duit? Tak cukup lagikah semua harta ibu dengan abah dihabiskan? Tidak cukup lagikah barang kemas Nadia dijualnya. Nadia bersyukur, sangat bersyukur berkahwin dengan Noh Daniel. Walaupun pada awalnya dia gementar dan takut kerana Noh Daniel yang dulu sangat membenci Nur Nadia. Lelaki itu bengis dan sinis sekali apabila berdepan dengan Nur Nadia. Tetapi Allah itu Maha Pengasih Lagi Penyayang. Apa yang dijangkakan dari Noh Daniel meleset. Lelaki itu bahkan seluruh keluarganya juga menerima Nur Nadia dengan penuh kasih sayang. Terasa kasih sayang yang diberikan itu begitu jujur dan ikhlas. Kasih sayang yang dirindukan sejak ibu dan abah pergi buat selama-lamanya.

“Kenapa tak angkat call tu?” Noh Daniel yang masuk ke dapur menegur. Sedari tadi dia mendengar bunyi telefon, berulang kali.

“Malas.” Balas Nadia pendek.

“Dah kenapa?” Noh Daniel hairan. Telefon Nur Nadia di ambil.

“Pak cik yang telefon. Biarlah.” Nadia membalas. Noh Daniel mengeluh perlahan. Tahu benar Nadia tertekan. Biarpun Noh Daniel tidak begitu mengenali siapa Pak cik Nur Nadia tetapi dari apa yang papa pernah beritahu dan reaksi Nadia, Noh Daniel boleh mengagak lelaki itu bukanlah lelaki yang baik. Entah bagaimana Nur Nadia lalui hidup dengan keluarga itu selama ini? Hati Noh Daniel menyoal sendiri.

Dalam diam mereka berdua, telefon Nadia yang dipegang Noh Daniel berdering lagi. Kali ini tiada nama.

“Ni siapa pula? No name...” Noh Daniel menunjukkan telefon itu kepada Nadia. Nadia menjungkit bahu setelah nombor yang naik di skrin telefon tidak dikenalinya.

“Angkatlah... mana tahu orang yang perangkap kita ke...” Noh Daniel menghulurkan telefon itu kepada Nadia setelah berdering buat kali kedua. Nadia menghela nafasnya berat. Talian disambungkan.

“Assalamualaikum... siapa ya?” Suara Nadia sebaik sahaja talian bersambung.

“Waalaikummussalam. Ni aku. Tuan Hassan.” Jantung Nadia bagai terhenti mendengar suara dan nama itu.

“Aku nak tuntut janji empat tahun dulu. Kau jangan main-main dengan aku.” Terus sahaja Nadia mematikan talian. Badannya menggigil. Kaki terasa lemah untuk berdiri. Mujur sahaja dia sempat memaut meja di tepi, jika tidak sudah terjelepok jatuh ke lantai. Noh Daniel laju sahaja mahu menyambut Nadia dari terjatuh.

“Eh... awak kenapa ni? Siapa yang telefon?”

“Nadia... siapa?” Noh Daniel menyoal lagi dan lagi. Risau melihat Nadia yang hampir jatuh selepas menjawab telefon. Siapa? Apa yang terjadi? Nur Nadia sudah mengalirkan air mata.  Nadia tidak bersuara dan hanya menggelengkan kepala.

Bengang soalan tidak berjawab. Noh Daniel mengambil telefon Nadia dan terus menghubungi nombor tadi. Nur Nadia cuba mengambil kembali telefonnya namun ditepis kuat oleh Noh Daniel.

Hello... siapa ni? Apa kau cakap dengan Nadia?” Noh Daniel bersuara tegas. Nur Nadia cuba menghalang Noh Daniel daripada terus di talian dengan Tuan Hassan. Noh Daniel tak boleh tahu, lagi. Belum masa untuk Noh Daniel tahu.

“Aku Tuan Hassan. Tunang Nur Nadia.” Noh Daniel terkejut besar. Nur Nadia dipandang tajam.

What? Tunang?” Kuat suara Noh Daniel, matanya tajam menikam wajah Nadia. Terkejut dan tidak pernah disangka. Nur Nadia mengongoi menangis. Lebih lebat air mata yang mengalir sekarang ini. Apa yang patut dia lakukan sekarang? Rahsia yang belum dibongkarkan, terbongkar sendirinya dan disaat dia belum bersedia untuk bercerita. Nadia tertekan!

Now Nadia, tell me now! Kenapa awak tak cakap yang awak dah bertunang? Who is Tuan Hassan?” Bertalu-talu soalan Noh Daniel berikan kepada Nur Nadia yang masih menangis di sisi meja. Noh Daniel meraup mukanya kasar. Mundar mandir di dapur itu. Nur Nadia masih tidak menjawab satu pun soalan Noh Daniel. Dia hanya menangis dan menangis. Baru sahaja hendak menyoal lagi, telefon Noh Daniel pula berdering. Terus sahaja talian disambungkan.

“Waalaikummusalam. Ya pa?”

“Datang rumah papa sekarang. Pak cik Nadia dan tunang Nadia ada di sini.”

What???!!!”

“Jangan nak terkejut or get angry. Just come. Now.” Datuk Nour Rahman sempat berpesan sebelum mematikan talian. Noh Daniel menarik nafas sedalam-dalamnya. Apa yang berlaku sekarang terlalu diluar jangkaannya.

“Nadia... look at me. Look at me, now.” Noh Daniel memegang muka Nadia dan memandang tepat ke matanya.

Tell me now, everything that I should know. Please. Bagitahu saya semua. Segala-galanya tentang awak.” Ujar Noh Daniel sedikit menekan dan memaksa.

“Semua ni bukan macam yang awak sangka. Semua ni diluar kawalan saya waktu tu. Saya tak mampu nak lalui sekali lagi kepahitan dan terus dalam kepahitan hidup. Saya nak bahagia. Sebab itu saya lebih rela berkahwin dengan awak.” Nadia cuma memahamkan Noh Daniel agar perkara ini tidak menjadi sesuatu yang memburukkan diri dia dan juga hubungan mereka yang baru hendak dibina.

“Jadi, awak yang merangka semua ni?” Nadia berkerut dan menggeleng laju.

“Saya tak sehina itu!” Noh Daniel menghela nafasnya kasar. Ya, menuduh Nadia yang merangka memang begitu kejam. Otaknya serabut.

Okay. Sorry. Habis tu awak ambil kesempatan atas apa yang berlaku hari tu?”

“Tak! Mama dan papa yang cadang kita kahwin kan?” Nadia cuba membela diri.

“Tapi kenapa awak tak cakap awak dah bertunang?” Noh Daniel sudah mahu marah. Namun masih mengawal emosinya.

            “Saya tidak pernah bertunang. Saya 17 tahun masa tu. Apa yang awak jangka saya mampu lakukan? Saya menumpang rumah orang yang tiada hubungan saudara dengan saya. Saya kena pukul kena tampar hampir setiap hari setiap masa. Apa yang saya mampu buat masa tu?” Nadia menolak tangan Noh Daniel yang memegang mukanya tadi yang semakin longgar pegangannya. Noh Daniel terdiam.

            “Ya. Saya mungkin bertunang tapi mana tandanya? Cuma janji. Janji untuk berkahwin dengan Tuan Hassan sebaik habis belajar nanti.”

            “Kenapa awak berjanji macam tu?”

            “Itu adalah keputusan paling baik yang saya mampu lakukan waktu tu. Saya rasa keputusan terbaik, sebab saya dah tak perlu kahwin dengan dia. Saya berjaya bebaskan diri saya daripada mereka semua.” Nadia cuba menguntum senyum dalam tangisannya, membuatkan Noh Daniel memandang pelik.

            So it is true awak memang ambil kesempatan atas apa yang berlaku?” Noh Daniel menyoal lagi. Nadia menyapu air matanya dan terus melangkah naik ke atas. Noh Daniel membuntuti langkah Nadia.

            “Nadia, answer me!” Noh Daniel menarik tangan Nur Nadia agar isterinya memandang ke arahnya.

            No! Kalau pun kita tak berkahwin. Saya tak akan kembali kepada kehidupan seperti hamba yang saya lalui hampir 10 tahun. Ni ... duit yang saya simpan selama saya sedar yang saya perlu lari daripada kehidupan penuh seksaan tu.” Buku bank ditunjukkan kepada Noh Daniel. Jumlah yang agak besar dilihat tercatat di dalam buku itu.

            “Saya tak faham sekarang. You know what Nadia. You have to tell me every single thing that I should know. Tunang awak tu dan pak cik awak ada di rumah papa sekarang dan kita kena ke sana sekarang juga.” Nur Nadia terkaku. Perlukah dia berdepan sekali lagi dengan mereka? Nadia menggeleng laju. Terus sahaja dia mengemas barangannya.

            “Apa yang awak buat sekarang ni Nadia?!” Noh Daniel mula bengang.

            “Saya tak nak jumpa dengan diorang. Dah empat tahun saya lari daripada bertemu dengan diorang. Saya tak akan korbankan masa depan saya lagi.” Ujar Nadia, tangannya masih laju mengemas barang yang ada. Noh Daniel berang. Nadia ditarik daripada terus mengemas barang.

            Stop it Nadia! Kita kena jumpa mereka semua. Selesaikan semua masalah awak tu, segera.” Noh Daniel bersuara tegas.

            “Tak! Saya tak nak! Saya tak mampu nak berdepan lagi semua tu.” Nur Nadia merintih memohon sedikit kefahaman daripada Noh Daniel.

            “Awak lupa? Awak ada saya. I’m your husband Nadia. Kalau pun tunang awak tu nak awak balik, dia kena berdepan dengan saya dulu!”

            “Tapi diorang tu....”

            “Tak ada tapi-tapi... pergi siap. Dalam kereta awak kena cerita dari awal sampai habis semuanya. Don’t hide even a single word.” Tegas Noh Daniel. Nadia tidak mampu berbuat apa, hanya ikut sahaja apa yang Noh Daniel lakukan. Dalam hati Nadia berdoa agar semua yang ditakuti tidak akan berlaku. Jauhkan segala keburukan dan datangkanlah kebaikan. Jangan sampai dirinya kembali terkorban.



to be continued ...
much love readers!
leave your comments please!!!

2 comments:

Yasmin Syamimi said...

Adooii....dah abes lak,
Best2...
Tak sabo nak tau...byk lak konfliknya...

akubersamaCahya said...

haaa kan... dah post part 9. enjoy!