N & N
(Noh
Daniel + Nur Nadia)
Part 7
Noh Daniel
membaca doa selepas solat. Untuk pertama kalinya, doanya begitu panjang. Banyak
yang dipanjatkan kepada Yang Maha Esa dan banyak antaranya untuk mereka suami
isteri. Masalah yang menyebabkan mereka bernikah masih belum selesai, siapa dan
kenapa masih belum terurai. Nur Nadia mengaminkan doa yang dibaca Noh Daniel
sebelum bergerak sedikit merapati Noh Daniel untuk bersalam.
“Terima
kasih kerana terima saya sebagai isteri dalam benci awak tu.” Ujar Nadia tanpa
melepaskan genggaman tangannya. Noh Daniel ketawa kecil.
“Awak yang
merayu sakan.”
“Tapi masa
tu tak fikir pun pasal kahwin. Cuma entah, terkejut sangat.”
“Terima
kasih sebab maafkan saya.” Nadia berkerut.
“Bila saya
maafkan?”
“Bila awak
sentiasa senyum depan saya.” Nadia melepaskan genggaman tangannya. tersenyum dengan wajah yang merah, malu!
“Satu sahaja
saya minta...” Noh Daniel berjeda, membuatkan Nur Nadia berdebar.
“Please... jangan berahsia. Jangan
menangis sorang-sorang. Kan saya dah cakap dekat awak sebelum ni, kita akan
lalui semua ni sama-sama. Sebagai suami, izinkan saya jadi pelindung awak,
dunia akhirat.” Jujur, kata-kata yang terlalu jujur. Nur Nadia menarik tangan
Noh Daniel dan menggenggamnya erat dan mengangguk dengan lelehan air mata.
“Sekarang
bagitahu saya, kenapa awak menangis selepas jawab telefon petang tadi.” Nur
Nadia kaget. Macam mana Noh Daniel boleh perasan?
“Pak cik
saya telefon.”
“Jadi?”
“Dia nak
saya bayar semua duit yang dia pernah keluarkan untuk saya.”
“Berapa?”
“Lima puluh
ribu. Tak logik, saya tak rasa sebanyak tu. Ibu dengan abah saya ada tinggalkan
duit untuk saya. Saya bukan terlalu kecik nak faham keadaan. Saya sambung
belajar ni pun saya keluarkan duit yang abah carumkan untuk saya dari saya
bayi. Bila saya cakap macam tu, pak cik maki saya. Cakap saya ni tak kenang
budi.” Nadia mengeluh lemah. Noh Daniel hanya mengangguk mendengar. Dia belum
kenal Nur Nadia, latar belakangnya dan cerita disebalik Nur Nadia.
“Nanti kita
cari jalan untuk bayar...”
“Eh, tak. Tak
perlu. Saya yakin sangat yang saya tak perlu bayar semua tu.” Nadia tegas
memotong kata.
“Nanti pak
cik awak akan terus kacau awak.”
“Saya akan
selesaikan dengan pak cik. Awak jangan risau.”
“Jangan
lupa, saya suami awak Nur Nadia. Awak yang tak perlu risau, saya yang akan cari
jalan untuk selesaikan.” Noh Daniel membalas.
“Saya ingat,
tak lupa. Tapi saya berkahwin dengan awak bukan untuk bebankan awak dengan
masalah hidup saya. Cukuplah masalah kita yang tergantung sepi, jangan tambah
lagi. Nanti awak yang stress.” Ujar Nadia panjang lebar.
“Siap lagu
Haqiem Rusli masuk sekali ya?” Noh Daniel ketawa. Nadia mencebik. Tangannya
laju sahaja mengemas sejadah dan telekung yang digunakan. Noh Daniel duduk di
birai katil.
“Pasal
masalah kita. Saya ada dapat satu gambar. Ni...” Noh Daniel menghulurkan
telefon bimbitnya kepada Nadia. Nadia yang sedang mengikat rambutnya, laju
sahaja mengambil dan melihat gambar diterima. Nadia terlopong.
“Kan saya
kata, orang yang perangkap kita tu dekat sangat dengan kita. Seseorang yang
kita kenal, mungkin.” Ujar Nadia selepas melihat gambar mereka berdua di dalam
dewan kuliah tempoh hari. Gambar Noh Daniel membuat bentuk ‘love’ dengan
jarinya.
“Mashitah?”
Noh Daniel meneka. Laju Nadia menggeleng.
“Mashitah
orang yang sangat baik dengan saya, sentiasa ingatkan saya supaya sabar dengan
dunia dan jangan pernah terfikir untuk buat benda-benda bodoh dan merosakkan
diri. Tak mungkin.” Nadia menggeleng.
“Siapa dalam
kuliah tu tak suka dengan awak?” Noh Daniel menyoal lagi.
“Entahlah.
Saya tak rapat sangat dengan diorang. Sekadar kawan-kawan macam tu aje.”
“Aik tak
rapat? Kawan sekelas?”
“Ya tak
rapat. Jauhkan diri. Saya ni low
self-confidence. Mungkin sebab cara saya dibesarkan kut.” Ujar Nadia,
jujur. Noh Daniel mengangguk sahaja. Daripada jawapan dan soalan-soalan Nadia
sahaja boleh tahu. Terlalu jujur!
“Awak punya
rambut macam panjang sangat je?” Noh Daniel cuba membetulkan rambut yang tidak
diikat dibahagian kiri yang menutup bahagian telinga kiri dan leher Nadia.
Terkejut dengan tindakan Noh Daniel, Nadia laju sahaja menjauhkan diri dan
membetulkan rambutnya seperti yang telah dikemaskan awal tadi.
“Lah kenapa?
Tak kemas rambut tu.” Noh Daniel berkerut dahi.
“Tak. Saya
suka macam ni.” Ujar Nadia, jantungnya berdegup laju.
“Okay.
Kembali kepada suspek-suspek kita. Susah juga nak cari siapa dan kenapa, awak
pun tak kenal sangat kawan-kawan sekuliah awak. Saya pun pening fikir.”
“Kan haritu
awak cakap awak ada upah orang siasat. Tak ada apa-apa lagi?”
“Ada sikit
tapi tak dapat siapa lagi. Perlukan masa.”
“Saya ada
buat satu garis masa tau. Kejap saya ambil dalam beg.” Nadia laju mengambil
buku di dalam beg sebelum terus duduk bersebelahan dengan Noh Daniel.
“Kalau ikut garis
masa yang saya buat, kita boleh dapat suspek pertama dengan ambil orang yang
terakhir kita ingat sebelum kita tak sedarkan diri. Ni, tengok ni. Orang
terakhir saya ingat adalah Suraya. Sebabnya dia yang ajak saya minum dekat
kolej dia. Lepas tu saya kena pergi sendiri sorang-sorang. Lepas saya fikir,
macam pelik. Kenapa dia tak pergi sekali.” Nadia menunjukkan garis masa yang
telah dilakarnya. Noh Daniel melihat dan membelek. Pada garis masa Noh Daniel,
Nadia mencatat orang yang terakhir dengan dia adalah kawan.
“Saya ingat
orang yang terakhir saya jumpa lepas selesai bincang dengan client adalah Megat
Hariz.” Noh Daniel mengetuk-ngetuk jari ke mulutnya perlahan. Berfikir beberapa
saat sebelum bersuara.
“Susah saya
nak kata Megat terlibat dalam hal ni. Dia kawan baik saya dari bangku
sekolah.”Ujar Noh Daniel serba salah.
“Awak...
kita tak tuduh dia buat atau apa-apa. Kita cuma nak cari dahulu suspek yang
terlibat.” Nadia membetulkan. Noh Daniel mengangguk, mengiyakan.
“Okay saya
catat dekat ni... Megat Hariz.” Nadia diam seketika sebelum bersuara.
“Suraya saya
kenal masa saya masuk kelab silat. Kira baru kenal aje. Dia Fakulti
Kejuruteraan Awam. FKA. Encik Noh Daniel, Fakulti Kejuruteraan Elektrik, FKE
dan saya Fakulti Pendidikan, FP.” Nadia menambah catatan. Noh Daniel sekadar
melihat dan memikirkan perkaitan yang ada di antaranya.
“Suraya.
Dalam kuliah tu, ada yang kenal dia?” Noh Daniel menyoal. Nadia mengangguk laju
dan terus menambah beberapa nama di tepi nama Suraya.
“Semua
lelaki?” Soal Noh Daniel melihat tiga nama yang dicatatkan.
“Ye... ni
semua kelab silat sekali dengan saya dan Suraya. Meor. Anuar dan Hisham.”
Terang Nadia.
“Megat Hariz
tak kerja dekat sini. Tak tahu pula kalau ada kenalan dia di sini sebab
kitorang belajar tempat lain. Saya pun tak tahu.” Noh Daniel memberitahu. Nadia
mengetap bibir.
“Saya pernah
kenal atau jumpa tak Megat Hariz? Sebelum kita nikah.”
“Selepas pun
tak pernah Nadia...” Nadia mengangguk faham. Majlis mereka tiada kawan yang
hadir bagi mengelakkan orang yang perangkap mereka tahu. Mereka berdua
sama-sama melihat garis masa yang dibina. Sama-sama berfikir.
“Ah! Pening
betul. Hari ke 12, hari Isnin kuliah Encik Noh Daniel ada orang ambil gambar
kita kat depan tu. Hari Rabu, hari ke 15 Encik Noh dapat gambar tanpa mesej.
Kalau sebelum ni...” Nadia seperti dapat sesuatu. Telefonnya pula dibelek kali
ini.
“Bagi kejap
telefon awak.” Nadia meminta, tak banyak soal Noh Daniel memberi. Nadia
membelek mesej daripada private number.
“Dapat
sesuatu?” Noh Daniel menyoal, tidak sabar.
“Tengok
ni... masa pertama kali kita sedar, ada gambar dalam hotel. Mungkin nak kita
tahu yang dia ada ambil gambar kita. Awak dapat mesej pendek aje kan,
‘Hati-hati’ dan satu gambar masa dekat Hotel tu. Kemudian ada orang upload
gambar kita berdua dalam whatsapp group
kuliah. Esoknya saya dapat mesej panjang dan gambar kita berdua di luar dewan
kuliah. Lepas tu diam tak ada apa-apa sampailah hari Isnin ada orang ambil
gambar kita masa kuliah. Tapi hari rabu baru dia hantar dekat Encik Noh dan
tiada mesej hanya gambar. Nampak tak? Dia nak bagitahu dekat kita dia dekat dan
sentiasa memerhati gerak geri kita.” Nur Nadia menjelaskan panjang lebar. Noh
Daniel mengangguk dan membelek garis masa dan gambar-gambar dalam telefon
mereka berdua.
“Mana gambar
whatsapp group?” Soal Noh Daniel.
“Dalam whatsapp, kejap saya buka...” Nadia
ternganga seolah-olah mendapat sesuatu.
“Pengirim
gambar dalam whatsapp group tu boleh
jadi suspek kita.” Mereka berdua memikirkan perkara yang sama. Laju sahaja jari
Nadia skroll gambar dalam whatsapp
dan mencari gambar mereka berdua. Nadia menekup mulutnya dan terus mencatat sesuatu
di garis masa.
“Anuar?” Noh
Daniel juga terkejut.
“Kalau tak
salah saya, hanya seorang Anuar dalam kuliah kita. Anuar Hakim Bin Hidhir. The Nerdie.” Nadia mengangguk laju.
Mereka berdua terdiam sendiri. Mustahil tapi mungkin ada perkaitan.
to be continued!
much love readers!
2 comments:
Dah mcm detective conan lak depa ni
kan... nak buat cerita detektif pulak lepas ni hehehe
Post a Comment