Tuesday, February 27, 2018

Mini Novel 2018 : N&N (Part 7)



N & N

(Noh Daniel + Nur Nadia)


Part 7

Noh Daniel membaca doa selepas solat. Untuk pertama kalinya, doanya begitu panjang. Banyak yang dipanjatkan kepada Yang Maha Esa dan banyak antaranya untuk mereka suami isteri. Masalah yang menyebabkan mereka bernikah masih belum selesai, siapa dan kenapa masih belum terurai. Nur Nadia mengaminkan doa yang dibaca Noh Daniel sebelum bergerak sedikit merapati Noh Daniel untuk bersalam.

“Terima kasih kerana terima saya sebagai isteri dalam benci awak tu.” Ujar Nadia tanpa melepaskan genggaman tangannya. Noh Daniel ketawa kecil.

“Awak yang merayu sakan.”

“Tapi masa tu tak fikir pun pasal kahwin. Cuma entah, terkejut sangat.”

“Terima kasih sebab maafkan saya.” Nadia berkerut.

“Bila saya maafkan?”

“Bila awak sentiasa senyum depan saya.” Nadia melepaskan genggaman tangannya. tersenyum dengan wajah yang merah, malu!

“Satu sahaja saya minta...” Noh Daniel berjeda, membuatkan Nur Nadia berdebar.

Please... jangan berahsia. Jangan menangis sorang-sorang. Kan saya dah cakap dekat awak sebelum ni, kita akan lalui semua ni sama-sama. Sebagai suami, izinkan saya jadi pelindung awak, dunia akhirat.” Jujur, kata-kata yang terlalu jujur. Nur Nadia menarik tangan Noh Daniel dan menggenggamnya erat dan mengangguk dengan lelehan air mata.

“Sekarang bagitahu saya, kenapa awak menangis selepas jawab telefon petang tadi.” Nur Nadia kaget. Macam mana Noh Daniel boleh perasan?

“Pak cik saya telefon.”

“Jadi?”

“Dia nak saya bayar semua duit yang dia pernah keluarkan untuk saya.”

“Berapa?”

“Lima puluh ribu. Tak logik, saya tak rasa sebanyak tu. Ibu dengan abah saya ada tinggalkan duit untuk saya. Saya bukan terlalu kecik nak faham keadaan. Saya sambung belajar ni pun saya keluarkan duit yang abah carumkan untuk saya dari saya bayi. Bila saya cakap macam tu, pak cik maki saya. Cakap saya ni tak kenang budi.” Nadia mengeluh lemah. Noh Daniel hanya mengangguk mendengar. Dia belum kenal Nur Nadia, latar belakangnya dan cerita disebalik Nur Nadia.

“Nanti kita cari jalan untuk bayar...”

“Eh, tak. Tak perlu. Saya yakin sangat yang saya tak perlu bayar semua tu.” Nadia tegas memotong kata.

“Nanti pak cik awak akan terus kacau awak.”

“Saya akan selesaikan dengan pak cik. Awak jangan risau.”

“Jangan lupa, saya suami awak Nur Nadia. Awak yang tak perlu risau, saya yang akan cari jalan untuk selesaikan.” Noh Daniel membalas.

“Saya ingat, tak lupa. Tapi saya berkahwin dengan awak bukan untuk bebankan awak dengan masalah hidup saya. Cukuplah masalah kita yang tergantung sepi, jangan tambah lagi. Nanti awak yang stress.” Ujar Nadia panjang lebar.

“Siap lagu Haqiem Rusli masuk sekali ya?” Noh Daniel ketawa. Nadia mencebik. Tangannya laju sahaja mengemas sejadah dan telekung yang digunakan. Noh Daniel duduk di birai katil.

“Pasal masalah kita. Saya ada dapat satu gambar. Ni...” Noh Daniel menghulurkan telefon bimbitnya kepada Nadia. Nadia yang sedang mengikat rambutnya, laju sahaja mengambil dan melihat gambar diterima. Nadia terlopong.

“Kan saya kata, orang yang perangkap kita tu dekat sangat dengan kita. Seseorang yang kita kenal, mungkin.” Ujar Nadia selepas melihat gambar mereka berdua di dalam dewan kuliah tempoh hari. Gambar Noh Daniel membuat bentuk ‘love’ dengan jarinya.

“Mashitah?” Noh Daniel meneka. Laju Nadia menggeleng.

“Mashitah orang yang sangat baik dengan saya, sentiasa ingatkan saya supaya sabar dengan dunia dan jangan pernah terfikir untuk buat benda-benda bodoh dan merosakkan diri. Tak mungkin.” Nadia menggeleng.

“Siapa dalam kuliah tu tak suka dengan awak?” Noh Daniel menyoal lagi.

“Entahlah. Saya tak rapat sangat dengan diorang. Sekadar kawan-kawan macam tu aje.”

“Aik tak rapat? Kawan sekelas?”

“Ya tak rapat. Jauhkan diri. Saya ni low self-confidence. Mungkin sebab cara saya dibesarkan kut.” Ujar Nadia, jujur. Noh Daniel mengangguk sahaja. Daripada jawapan dan soalan-soalan Nadia sahaja boleh tahu. Terlalu jujur!

“Awak punya rambut macam panjang sangat je?” Noh Daniel cuba membetulkan rambut yang tidak diikat dibahagian kiri yang menutup bahagian telinga kiri dan leher Nadia. Terkejut dengan tindakan Noh Daniel, Nadia laju sahaja menjauhkan diri dan membetulkan rambutnya seperti yang telah dikemaskan awal tadi.

“Lah kenapa? Tak kemas rambut tu.” Noh Daniel berkerut dahi.

“Tak. Saya suka macam ni.” Ujar Nadia, jantungnya berdegup laju.

“Okay. Kembali kepada suspek-suspek kita. Susah juga nak cari siapa dan kenapa, awak pun tak kenal sangat kawan-kawan sekuliah awak. Saya pun pening fikir.”

“Kan haritu awak cakap awak ada upah orang siasat. Tak ada apa-apa lagi?”

“Ada sikit tapi tak dapat siapa lagi. Perlukan masa.”

“Saya ada buat satu garis masa tau. Kejap saya ambil dalam beg.” Nadia laju mengambil buku di dalam beg sebelum terus duduk bersebelahan dengan Noh Daniel.

“Kalau ikut garis masa yang saya buat, kita boleh dapat suspek pertama dengan ambil orang yang terakhir kita ingat sebelum kita tak sedarkan diri. Ni, tengok ni. Orang terakhir saya ingat adalah Suraya. Sebabnya dia yang ajak saya minum dekat kolej dia. Lepas tu saya kena pergi sendiri sorang-sorang. Lepas saya fikir, macam pelik. Kenapa dia tak pergi sekali.” Nadia menunjukkan garis masa yang telah dilakarnya. Noh Daniel melihat dan membelek. Pada garis masa Noh Daniel, Nadia mencatat orang yang terakhir dengan dia adalah kawan.

“Saya ingat orang yang terakhir saya jumpa lepas selesai bincang dengan client adalah Megat Hariz.” Noh Daniel mengetuk-ngetuk jari ke mulutnya perlahan. Berfikir beberapa saat sebelum bersuara.

“Susah saya nak kata Megat terlibat dalam hal ni. Dia kawan baik saya dari bangku sekolah.”Ujar Noh Daniel serba salah.

“Awak... kita tak tuduh dia buat atau apa-apa. Kita cuma nak cari dahulu suspek yang terlibat.” Nadia membetulkan. Noh Daniel mengangguk, mengiyakan.

“Okay saya catat dekat ni... Megat Hariz.” Nadia diam seketika sebelum bersuara.

“Suraya saya kenal masa saya masuk kelab silat. Kira baru kenal aje. Dia Fakulti Kejuruteraan Awam. FKA. Encik Noh Daniel, Fakulti Kejuruteraan Elektrik, FKE dan saya Fakulti Pendidikan, FP.” Nadia menambah catatan. Noh Daniel sekadar melihat dan memikirkan perkaitan yang ada di antaranya.

“Suraya. Dalam kuliah tu, ada yang kenal dia?” Noh Daniel menyoal. Nadia mengangguk laju dan terus menambah beberapa nama di tepi nama Suraya.

“Semua lelaki?” Soal Noh Daniel melihat tiga nama yang dicatatkan.

“Ye... ni semua kelab silat sekali dengan saya dan Suraya. Meor. Anuar dan Hisham.” Terang Nadia.

“Megat Hariz tak kerja dekat sini. Tak tahu pula kalau ada kenalan dia di sini sebab kitorang belajar tempat lain. Saya pun tak tahu.” Noh Daniel memberitahu. Nadia mengetap bibir.

“Saya pernah kenal atau jumpa tak Megat Hariz? Sebelum kita nikah.”

“Selepas pun tak pernah Nadia...” Nadia mengangguk faham. Majlis mereka tiada kawan yang hadir bagi mengelakkan orang yang perangkap mereka tahu. Mereka berdua sama-sama melihat garis masa yang dibina. Sama-sama berfikir.

“Ah! Pening betul. Hari ke 12, hari Isnin kuliah Encik Noh Daniel ada orang ambil gambar kita kat depan tu. Hari Rabu, hari ke 15 Encik Noh dapat gambar tanpa mesej. Kalau sebelum ni...” Nadia seperti dapat sesuatu. Telefonnya pula dibelek kali ini.

“Bagi kejap telefon awak.” Nadia meminta, tak banyak soal Noh Daniel memberi. Nadia membelek mesej daripada private number.

“Dapat sesuatu?” Noh Daniel menyoal, tidak sabar.

“Tengok ni... masa pertama kali kita sedar, ada gambar dalam hotel. Mungkin nak kita tahu yang dia ada ambil gambar kita. Awak dapat mesej pendek aje kan, ‘Hati-hati’ dan satu gambar masa dekat Hotel tu. Kemudian ada orang upload gambar kita berdua dalam whatsapp group kuliah. Esoknya saya dapat mesej panjang dan gambar kita berdua di luar dewan kuliah. Lepas tu diam tak ada apa-apa sampailah hari Isnin ada orang ambil gambar kita masa kuliah. Tapi hari rabu baru dia hantar dekat Encik Noh dan tiada mesej hanya gambar. Nampak tak? Dia nak bagitahu dekat kita dia dekat dan sentiasa memerhati gerak geri kita.” Nur Nadia menjelaskan panjang lebar. Noh Daniel mengangguk dan membelek garis masa dan gambar-gambar dalam telefon mereka berdua.

“Mana gambar whatsapp group?” Soal Noh Daniel.

“Dalam whatsapp, kejap saya buka...” Nadia ternganga seolah-olah mendapat sesuatu.

“Pengirim gambar dalam whatsapp group tu boleh jadi suspek kita.” Mereka berdua memikirkan perkara yang sama. Laju sahaja jari Nadia skroll gambar dalam whatsapp dan mencari gambar mereka berdua. Nadia menekup mulutnya dan terus mencatat sesuatu di garis masa.

“Anuar?” Noh Daniel juga terkejut.

“Kalau tak salah saya, hanya seorang Anuar dalam kuliah kita. Anuar Hakim Bin Hidhir. The Nerdie.” Nadia mengangguk laju. Mereka berdua terdiam sendiri. Mustahil tapi mungkin ada perkaitan.



to be continued!
much love readers!

2 comments:

Kak Id said...

Dah mcm detective conan lak depa ni

akubersamaCahya said...

kan... nak buat cerita detektif pulak lepas ni hehehe

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders