Friday, January 13, 2012

aku dan cinta, bagai tak bisa dipisahkan.

Assalamualaikum w.b.t

satu entri sebelum masuk tidur. ;)
tengah pagi, memang banyak nak diperkatakan.
inilah waktu memuhasabah diri yang banyak compang campingnya.

abc sekadar berkongsi jiwa dan hati
berkongsi juga entri-entri lama.

waktu mematangkan diri kita.

abc percaya pernyataan di atas.
sebab itulah abc. kesilapan demi kesilapan abc buat dalam hidup dan ia sangat memberi pengajaran kepada diri abc. sehingga membina kembali diri yang sebenar-benarnya.

abc dan kisah cinta. memang tak dapat dipisahkan.
ada sahaja dramanya. entah kenapa, abc tidak mengelakkan diri daripada 'cinta yang tak matang!'
jujur abc katakan. abc menjebakkan diri kerana ingin 'rasa' apa nikmatnya 'cinta remaja'.

dan JUJUR dan IKHLAS abc katakan. 'SAYA SANGAT MENYESAL!'

orang tua selalu kata; sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna.

yes, abc dah rasa diri macam tak guna ;(

bukan abc riak nak cakap pasal diri. sekadar berkongsi. (abc tekankan di sini sekelian kalinya)

dalam kehidupan remaja yang abc lalui. cukuplah 4 tahun abc membuang masa dengan kisah cinta yang tiada kesudahannya. bagi yang berjaya ke jinjang pelamin, tahniah abc ucapkan ;)

kenapa abc menyesal?
kecewa sangat. frust menonggeng. poyo????
apa pun persoalan dan jawapan, biar abc dan Allah yang tahu.

apa yang buat abc sedar?
Allah itu Maha Penyayang. DIA yang sedarkan abc tentang 'sebuah kehilangan'
abc hilang sesuatu, yang hingga kini abc tidak ketemu kembali Allahuakbar!


dan mujur ada KAWAN yang kembali membuka jalan untuk abc kembali menjadi diri sendiri. saat hilang pedoman, saat ketandusan pintu keluar, KAWAN datang dengan menyuluh jalan keluar buat diri. Alhamdulillah. ;)

cukuplah abc menulis tentang 'penyesalan'. abc tahu, ada yang bermonolog dalaman saat ini dengan ayat "POYO AJE!" ^^, aku cuma mahu sedarkan diri, dia dan sahabat-sahabat yang aku cintai.


abc kongsikan di sini, beberapa entri KISAH CINTA abc. (abc tak pernah delete post lama-lama, tak malu ke tak delete? Ah.. malu? kenapa tak difikirkan dari dulu???huhuhu)

bukan kisah apa pun. kisah kecintaan abc kepada manusia bernama lelaki..(ayat berani mati aje kan?)
abc banyak sangat tulis pasal cinta. kadang termalu sendiri. sebab rasa macam..... er.... macam... terhegeh, tergedik, dan "BIANG"! ;p





masuknya abc ke dalam usia 23 tahun, buat abc terasa lebih sukar hendak menegur salahnya satu perkara. diri terasa tak layak, diri terasa malu sendiri. nak membincangkan sesuatu, terasa tiada teman. moga Allah kembalikan aku ke jalanNYA, penuh barakah penuh redha.

apa yang abc mahu? menjadi diri sehebat yang mampu, kerana sekarang aku terlalu malu untuk menghadap DIA.




p/s: menulis ceritera cinta, kadangkala buat aku termalu sendiri. aku angankan yang sempurna tapi diri penuh cacat cela!


No comments:

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders