Friday, January 13, 2012

Hari Jumaat. terisi kisah Yusuf a.s ;)

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah. abc masih dipanjangkan usia hingga ke hari ini.
terasa panjang hari ini, seawal jam 6.30 pagi sudah bangun setelah tidur di jam 4.45 pagi.
abc terleka dengan dunia, hingga tidak sedar jam sudah menginjak ke waktu dini. Allahuakbar.

*maaf kiranya sudah Asar, abc solat sebentar ;)

Alhamdulillah. abc sambung penulisan yang tertangguh tadi. (menulis macam ada naik waktu aje dekat ayat2 atas hehehe)

Alhamdulillah. tak terucap rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T atas nikmat hari ini yang penuh makna. moga pengakhiran hari beberapa jam nanti turut terisi dengan pekara-perkara baik, insyaAllah.


jangan risau, korang tak tersalah blog, masih di akubersamacahya.blogspot.com. asyik bersembang soal dunia, sekali dua kala, kita kembalikan diri kepada sesuatu yang lebih penting dan bermakna. isi jiwa, penuhi dada, dengan sedikit ilmu yang ada.

Rasulullah bersabda; sampaikanlah walau sepotong ayat.

dalam leka abc menyiapkan cerpen abc untuk bulan Januari 2012, abc secara kebetulan telah masuk ke surah yang berikutnya selepas asyik dengan surah Hud, yakni surah Yusuf.

abc teruja. ya, sangat teruja sewaktu menyelak helaian Kitab Suci Al-Quran (beserta terjemahan), selepas tamat Surah Hud, diikuti Surah Yusuf pula. sangat teruja dengan Surah Yusuf. (abc tidak hafal urutan surah-surah dalam Al-Quran, dan bila menyata ayat ni, buat abc rasa kerdil)

teruja dengan Surah Yusuf. Ya. sangat! sebab, abc sejak dari darjah 3 kalau tak silap ada dengar kata-kata orang, (Wallahualam kebenarannya.) Ibu yang hamil jika perbanyakkan surah Yusof, kelak dapat anak yang cantik/kacak rupa parasnya. waktu itu, mama sedang hamil adik yang bongsu ;) abc kept pushing mama too read Surah Yusuf.

kekacakan Baginda, Nabi Yusuf ada dinyatakan dalam Surah Yusuf, ayat ke 31:
"....Ketika perempuan-perempuan itu melihatnya, mereka terpesona dengan keelokan rupanya, dan mereka (tanpa sedar) melukai tangan sendiri. seraya berkata; Mahasempurna Allah,ini bukanlah manusia. ini benar-benar Malaikat yang mulia."

tapi bila besar abc sedar. amalkan pembacaan Al-Quran, kerana mendidik anak itu adalah bermula daripada sebelum dia di lahirkan, insyaAllah.

okey berbalik kepada kisah Yusuf a.s

dalam Al-Quran (terjemahan) yang abc baca, Surah Yusuf, telah menyatakan kisah Nabi Yusuf, bermula dari saat Baginda mendapat mimpinya, bagaimana dia boleh dipenjarakan akibat fitnah Zulaikha yang menggoda baginda sehingga baginda menjadi Bedaharawan Mesir. kisah penilikan baginda dan kisah disebalik mimpi baginda.

Apa mimpi Nabi Yusuf?

baginda bermimpi:

"Wahai ayahku, sungguh! aku telah (bermimpi) melihat sebelas bintang, matahari dan bulan;
ku lihat semuanya sujud kepadaku"
Surah Yusuf:ayat 4


dalam ayat ke 100 Surah Yusuf; baginda sendiri menyatakan kepada Nabi Yaakub, mengenai makna mimpi baginda itu.


"Dan dia menaikkan kedua orang tuanya ke atas singgahsana. dan mereka semua tunduk bersujud kepadanya (Yusuf). dan dia (Yusuf) berkata: Wahai ayahku! inilah takwil mimpiku yang dahulu itu. dan Sesungguhnya Tuhanku telah menjadikannya kenyataan......"



Alhamdulillah, terjemahan Al-Quran abc ni, mudah nak faham ayat dia, tapi kalau secara mendalam tu kena lah bertanya pada yang lebih 'alim. insyaAllah. bahasa Al-Quran sangat tinggi sasteranya, terlalu indah. bukan mudah nak jelaskan kalau tiada ilmunya. 

dalam surah Yusuf ini, ada beberapa ayat yang berupaya doa, yang boleh kita ambil dan tanamkan dalam diri sebagai panduan dalam kehidupan harian kita. Antaranya;

".....hanya kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku."
Surah Yusuf: ayat 86

"....(Wahai Tuhan) Pencipta Langit dan bumi, Engkaulah pelindungku di dunia dan di akhirat, wafatkanlah aku dalam keadaan muslim dan gabungkanlah aku dengan orang yang saleh."
Surah Yusuf: ayat 101


sekadar pengisian petang ini. ;) moga sama-sama kita dapat sedikit daripada sedikit ilmu yang abc kongsi kan. insyaAllah. abc tak pandai menulis soal agama, takut ada kurang dan cacat celanya. hanya sekadar perkongsian ringkas sebegini. insyaAllah, ada manfaatnya biarpun kecil. Ameen.


p/s: andai ada salah dan silap dalam penulisan , harap diperbetulkan.

No comments:

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders