abc godek-godek laptop dan jumpa puisi ni. dah lama punya ni tapi tak post dalam blog. buat pedoman diri sendiri. sekadar perkongsian hayatilah.
Mudahnya jatuh cinta
Lagi mudah untuk merasakan kecewa
Payah.
Payah nak kenal erti setia
Payah nak faham erti bahagia
Sukar.
Sukar tuk mentafsir jiwa manusia
Sukar jua untuk kenal jujurnya dia.
Mudahnya jatuh cinta
Semua itu godaan dunia
Godaan remaja
Godaan jiwa bernafsu semata
Mudahnya jatuh cinta
Pada insan yang suka memperdaya
Pada insan yang suka memberikan kecewa
Pada insan yang bertopengkan manusia
Mudahnya jatuh cinta
Namun sukar kenal apa itu cinta
Kepada siapa perlu mencinta?
Dari siapa perlu dicinta?
Bukankah cinta hanya untuk Dia?
Bukankah enak jika Dia cinta pertama?
Bukankah manis Dia cinta selamanya?
Lumrah hidupnya seorang manusia
Allah berikan dia pasangan
Namun awalnya dia ketemu,
Saat percaya ia cinta untuknya
Dia serah jiwa dan raga
Namun!
Dia kecewa
Terserah segalanya sudah
Apa yang ada?
Diri yang ternoda
Adakah itu cinta carian hidup kita?
Adakah itu cinta yang didamba?
Renungkan.
Aku bukan sengaja menulis
Aku bukan sengaja berpuitis
Aku Cuma contohkan diriku
Aku tak mahu kau menjadi seperti aku
Nyesalnya selama-lama hayat yang ada….
No comments:
Post a Comment