Wednesday, July 17, 2013
Ashraf Muslim kahwin dua?
Monday, January 28, 2013
Sekadar Picisan?
Alhamdulillah, lama benar abc tak menuliskan?
bercuti dihujung minggu hehehe
kekangan masa buat abc tak dapat nak siarkan cerpen abc minggu lepas.
maaf ye! :)
Janji Terpateri 10 sudah abc pos, dan harap maklum setakat itu sahaja bab di blog.
insyaAllah, abc sedang cuba nak habiskan novel tu. doakan abc ye ^^
Picisan?
abc sendiri kurang faham erti sebenar picisan, kalau sekali dengar dan faham macam tak berguna, sia-sia dan mungkin tidak memberikan makna.
Picisan ni hal berkaitan dengan novel. akibat banyak sangat drama yang diadaptasi daripada novel, timbul isu novel picisan ni. Boleh baca dekat SINI
Akibat kurang arif dalam ilmu bahasa, abc pun mencari makna picisan, adalah beberapa makna yang abc dapat.
1. Picisan bermakna tidak berharga atau rendah mutunya. Contoh, majalah picisan bermaksud majalah yang rendah mutunya dari segi isi ( kepentingan) dan bahan yang dimuatkan. (PRPM)
2. Picisan bermaksud sesuatu yang rendah mutunya.(tutor.com)
Adakah karya-karya abc sekadar karya picisan? oh! sedihnya. abc tegas katakan, TIDAK! ada sesuatu yang abc cuba sampaikan. ya, mungkin ayat/perkataan abc guna ayat biasa, pasar atau yang digunakan seharian, namun isinya jelas dan mungkin sampai kepada pembaca (dari komen yang abc terima).
abc memang tidak menggunakan ayat-ayat sastera dan berbunga, ada juga abc tersalah tatabahasa atau susunan struktur ayat yang salah. abc masih belajar dan akan terus belajar. ayat sastera? abc perlu ke kelas dan banyak membaca. Tapi takkan kerana 'tidak formal' karya abc dalam blog ini juga dikategorikan sebagai picisan. oh! sedih!
isu novel/karya picisan ini boleh kita kategori sebagai suatu isu yang lapuk dan akan terus kedengaran dari masa ke semasa. Tak percaya? boleh klik link di bawah ni.
2008 dan 2010
Mungkin ada yang sekadar mencari nama dalam penulisan, mungkin juga yang mahu mengembangkan bakat yang terpendam dan mungkin juga ada yang mahu menggunakan masanya yang banyak dengan sesuatu yang lebih baik (abc la tu ngeh3). Menulis adalah satu hobi bagi abc. Hobi yang dilakukan pada waktu-waktu lapang dan waktu untuk menenangkan fikiran. :)
Bagi abc tak ada karya yang boleh kita kategorikan sebagai picisan. Hasil usaha seseorang perlu dihargai dan dihormati. Biarlah apa jua yang ditulis atau dikaryakan, itu hasil usahanya dari kotak fikiran dan dirinya. Siapa kita untuk melabel/mengkategorikan?
Ini hanya pandangan abc, ya sedikit terguris dan 'down' bila baca berita tu. abc sedang cuba mencari jalan untuk kongsi kehidupan dengan orang lain. Dalam hiburan kita isi dengan pengajaran. Mungkin hanya 10% yang tersampai, tapi lebih baik dari tidak menyampaikan apa-apa. :)
Salam Kasih Sayang buat semua;
nurwateeqa_abc
Tuesday, December 25, 2012
UPdate Blog : sepanjang minggu lepas ^^
Tuesday, December 11, 2012
hilang mood menulis.....
Wednesday, October 17, 2012
Teringin....
Sejuk aje malam nih. Mungkin sisa-sisa hujan petang tadi.
Alhamdulillah, masih basah bumi ditimpa hujan :)
teringin? bukan lagu Shima tu. lagu yang kadang2 jadi pilihan waktu berkaraoke dengan kawan2. hehehe
teringin untuk entri ni adalah tentang teringin atau keinginan abc dalam menulis. ^^
sepanjang menulis cerpen2 cinta ni. novel cinta. abc sebenarnya teringin nak tulis cerita seram, cerita misteri.
cerita-cerita gelap dan hitamlah kononnya... tapi, abc mengalami satu masalah iaitu; penakut!
alamak! abc memang penakut, tak nafi. bila ter'over' berimaginasi abc mudah membayangkan sesuatu yang tak wujud.
kalau korang cerita dekat abc cerita hantu, senang aje bulu roma nak tegak. sebab abc imagine every words yang korang cakap. huuuuu~~~ kalau abc imagine untuk menulis pulak macam mana???
ini buku feveret abc waktu sekolah rendah. kelebihan menjadi pengawas perpustakaan membolehkan abc mencari lebih banyak buku2 siri salma dalam perpustakaan sekolah :) really miss to read it! :( siri salma sangat best! sangat exciting dan sangat mendebarkan.
masuk sekolah menengah. al maklum umur meningkat, jadi novel-novel jadi pilihan. sampailah sekarang. tapi masa tingkatan 2 abc mula berjinak-jinak baca komik, semestinyaaaaaaaaaa.....
sekarang ni dah maju. ada movie dan kartun dekat tv3. heeeee~~~
abc dah melalut dah. cukuplah rasanya entri ni. karang berjela-jela abc melalut. asalnya nak tulis 'abc teringin nak tulis horror story' aje hehehe.
abc tiada idea untuk menulis. idea abc join konvokesyen haritu :) tunggu beberapa hari ye. insyaAllah sebelum raya haji abc post cerita baru. tunggu, baca dan komen ye.
much love readers!
Saturday, September 8, 2012
Mungkin?
ini hari yang seterusnya, masih bisa bernafas dibumi Allah.
Alhamdulillah.
sekian harinya, abc tidak meng'update' blog.
entahlah, terasa bosan jugak mengadap Mr.Lappy ni 24/7 =='
untuk beberapa hari rehat ni, abc mencari jiwa menulis abc yang sudah tandus.
abc kacau adik2 abc yang nak exam UPSR dan PMR study... hehehehe
bila mama berleter, habes la dengar semua keluar ^^
![]() |
takde kena mengena dengan entri ^^v KHJ |
abc kebosanan beberapa hari ni, terasa jemu dengan apa yang abc asyik buat beberapa minggu ni.
nak baca novel takde mood, nak tengok cerita korea pun takde mood. mood abc entah ke mana :(
mungkin.
inilah simptom2 orang yang cuti lama dan menganggur.
asyik buat kerja sama setiap hari, kan?
mungkin la~~~
nak kerja, tapi masih ada hal yang kena uruskan.
takut pulak susah nak amek cuti bila dah start kerja.
asyik tengok iklan jawatan kosong aje =.=
mungkin, belum sampai rezkikan?
mungkin la~~~
entri ni tajuknya mungkin.
jadi mungkin aje la semua hehehehe
abc sentiasa cuba untuk keluar daripada 'kebosanan' yang abc sendiri cipta.
jadi, mungkin dengan cara atasi penyakit 'malas' yang kian menular dalam diri ni, boleh menghilangkan simptom2 kebosanan yang terjadi. ^^
MUNGKIN DENGAN MENULIS DUA TIGA CERPEN BOLEH TAMATKAN RIWAYAT 'BOSAN' TU KAN? mungkin la~~~
p/s: edit mengedit jom?!
Friday, January 13, 2012
aku dan cinta, bagai tak bisa dipisahkan.
satu entri sebelum masuk tidur. ;)
tengah pagi, memang banyak nak diperkatakan.
inilah waktu memuhasabah diri yang banyak compang campingnya.
abc sekadar berkongsi jiwa dan hati
berkongsi juga entri-entri lama.
abc percaya pernyataan di atas.
sebab itulah abc. kesilapan demi kesilapan abc buat dalam hidup dan ia sangat memberi pengajaran kepada diri abc. sehingga membina kembali diri yang sebenar-benarnya.
abc dan kisah cinta. memang tak dapat dipisahkan.
ada sahaja dramanya. entah kenapa, abc tidak mengelakkan diri daripada 'cinta yang tak matang!'
jujur abc katakan. abc menjebakkan diri kerana ingin 'rasa' apa nikmatnya 'cinta remaja'.
dan JUJUR dan IKHLAS abc katakan. 'SAYA SANGAT MENYESAL!'
orang tua selalu kata; sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna.
yes, abc dah rasa diri macam tak guna ;(
bukan abc riak nak cakap pasal diri. sekadar berkongsi. (abc tekankan di sini sekelian kalinya)
dalam kehidupan remaja yang abc lalui. cukuplah 4 tahun abc membuang masa dengan kisah cinta yang tiada kesudahannya. bagi yang berjaya ke jinjang pelamin, tahniah abc ucapkan ;)
kenapa abc menyesal?
kecewa sangat. frust menonggeng. poyo????
apa pun persoalan dan jawapan, biar abc dan Allah yang tahu.
apa yang buat abc sedar?
Allah itu Maha Penyayang. DIA yang sedarkan abc tentang 'sebuah kehilangan'
abc hilang sesuatu, yang hingga kini abc tidak ketemu kembali Allahuakbar!
dan mujur ada KAWAN yang kembali membuka jalan untuk abc kembali menjadi diri sendiri. saat hilang pedoman, saat ketandusan pintu keluar, KAWAN datang dengan menyuluh jalan keluar buat diri. Alhamdulillah. ;)
cukuplah abc menulis tentang 'penyesalan'. abc tahu, ada yang bermonolog dalaman saat ini dengan ayat "POYO AJE!" ^^, aku cuma mahu sedarkan diri, dia dan sahabat-sahabat yang aku cintai.
abc kongsikan di sini, beberapa entri KISAH CINTA abc. (abc tak pernah delete post lama-lama, tak malu ke tak delete? Ah.. malu? kenapa tak difikirkan dari dulu???huhuhu)
bukan kisah apa pun. kisah kecintaan abc kepada manusia bernama lelaki..(ayat berani mati aje kan?)
abc banyak sangat tulis pasal cinta. kadang termalu sendiri. sebab rasa macam..... er.... macam... terhegeh, tergedik, dan "BIANG"! ;p
Friday, November 18, 2011
getting stress... getting tired!
Friday, October 28, 2011
copy-cat! nasihat untuk newbie!
hilang nyawa sekejap. bila terbaca email yang dikirimkan. aish.. tak sangka "bodo" abc dulu. membuat sesuatu sesuka hati.. aish.. ni lah akibat tak dengar nasihat mr.Ben! (masa tu tak reti lagi berblog, mr.ben pun abc tak kenal =.=")
email daripada blogger.com, abc ada satu entri yang copy dari satu laman web, and terus post dalam blog abc. mujur2.. kalau terus kena terminate blog macam ne? aiyakk.. nak sampai tahap lemas-lemas hidung ni pun payah!
fuhh.. mujur-mujur! lepas ni beringat. apa pun kita copy, mesti letak dari mana kita ambil. (abc selalu post gambar and tak letakpun dari mana abc dapatkan.. =.=') serik kut!
Sunday, September 18, 2011
Filem Malaysia 2011.
Salam Syawal.
semalam (sabtu) abc dan kawan-kawan berfoya-foya menghabiskan duit yang memang tak ada
planning abc nak beli kasut and survey cermin mata aje. tapi dah jauh perginya, but tak apa, beli untuk guna jugak.
kami dah plan nak tengok ‘Raya tak jadi”. memang tengok la. but, tak lah seronok sangat. tapi.. boleh lah.. gelaklah jugak dengan gelagat apek and johan, cuma part Pakcik yang diculik dan bini dia tu, macam tak berapa nak faham sangat.
after keluar wayang, abc mesej BFF.
“ this is the 2nd time tengok wayang, and keluar dengan rasa hampa..”
he replied: “ 1st time dengan I kan..”
we laughed!
sepanjang wayang2 yang abc tengok, dua movie dah yang keluar dengan rasa hampa. kita imagine yang besar tapi dapat kecik, it’s something like that!
filem yang abc tengok dengan BFF,
abc adalah penulis amatur. abc penyokong novel-novel yang ada. and lagik excited bila filem di adaptasi dari novel. jujurnya abc belum lagi membaca novel Karipap2 Cinta which is orang kata best and menarik, so tanpa rasa kecewa, instead of choosing Hantu Bonceng, abc pilih untuk tengok Karipap-karipap cinta.
bosan. bila balik rumah adik abc sound direct aje, “ cerita tu memang tak best” if just I know ‘bout that before I bought the tickets!”
hantu bonceng jugak abc tak tengok2 lagik, dah berjuta orang pegi tengok, Kak Ida (mybestie) dah dua kali tengok =.=” oh! jeles. pakwe I berlakon I tak tengok, setia sungguh I dengan novel!
semalam, masa beratur nak beli tiket, abc ada cakap, ha.. jom tengok.. mrBean ( Johnny English Reborn) tapi akak-akak jawab dengan pantas, “kan kita nak tengok raya tak jadi!”
kecewa kali kedua.
bukan tak seronok. lawak. cuma ada part yang tak best and tak faham, and rasa tak lawak pun. after all, boleh la nak tengok…
abc dengan tak sabar nya nak tunggu filem-filem Sam Saheizy keluar.
tak sabar-sabar… ^^v
tak sabar jugak nak tunggu filem Mail Lambung..hehehe katanya ada nak dibuat, betul? tunggu ajelah
hope filem-filem lepas nih yang abc tengok tidak menghampakan..huhuhu..
++
semua kisah wayang. abc bukan kaki wayang okei. kadang-kadang jek..
note: semua gambar abc google
Wednesday, August 17, 2011
emosi itu biasa
sementara ini, abc sudah hilang semangat untuk menulis. tapi jangan risau LIF SE sudah hampir siap semuanya. insyaAllah, dalam minggu ini abc akan selesaikan semuanya dan hidangkan buat bacaan anda semua. harap ia tidak mengecewakan pembaca. ^^v
semangat menulis yang abc katakan, adalah untuk berblog. entah. idea tiada, ilham apatah lagi. resah andai penulisan abc hanya sia-sia, tiada kebaikan tiada hiburan tiada isi kandungan. erm! abc mahu dapat walaupun sedikit kebaikan dalam setiap penulisan abc untuk yang membaca. bila dia membaca, dia dapat sedikit baiknya entri abc itu, dan menjadikan hari2nya lebih bermakna. walaupun hanya sebagai penghilang bosan. =)
buat apa ramai followers, buat apa trafik berjuta, namun tiada apa2 yang kita sajikan buat mereka yang membaca. mesti yang mengikut itu kecewa, yang datang itu hampa. abc mahu kesemuanya, entri penuh makna, rakyat berjuta, trafik sesak berjela-jela, manfaatnya? kita kongsi bersama2. ^^v
namun apa daya. abc juga seakan, blogger jalanan, masih banyak perlu dibaiki lagi. ilmu masih banyak belum dipenuhi. masih mencari identiti sendiri. abc masih cuba melakukan pelbagai benda, untuk menarik lebih pembaca dan memberikan satu makna selepas mereka menjengah ke sini. ^^v
+++
2 entri yang penuh dengan huruf! sengaja mencuba. try and error. ^^b
seronok jugak, tak payah mencari rajah. tapi abc tahu pembaca tak suka bila ada karangan. ini cuma bila emosi itu terlalu biasa menjengah dalam hari2 abc, hati ini terlalu mau untuk berbicara kadang mahu pula bersyarah.^^v
rindu zaman sekolah. rindu mahu menulis karangan tidak kurang 350 patah perkataan. dulu terseksa, sekarang mahu semahu-mahunya.
with love.. nur wateeqa
Sunday, July 10, 2011
what happen with my sakit?
pelbagai nikmat dunia telah aku kecapi dan rasai.
dalam jarak waktu perjalanan kehidupanku
sedikit demi sedikit, nikmat dunia yang dipinjamkanNYA, diambil semula.
siapalah aku untuk memarahi atau meraung hiba.
itu semua milik DIA.
aku hanya meminjamnya buat sementara.
jadi aku perlu redha bila ia diambil semula.
nikmat apa itu?
itulah nikmat kesihatan
juga nikmat kebahagiaan.
bermula sekolah menengah, abc dah mula sakit-sakit.
bermula dengan kepala yang asyik pening.
akibatnya abc rabun.
kemudian, badan yang mudah letih dan lemah,
abc cepat penat!
akibat daripada tekanan darah rendah dan jenis/nilai hemoglobin yang rendah
abc tak berapa tahu yang ni, tak faham sangat, yang abc tau, sebab darah abc terlalu cair
9.6 gitu, sepatutnya 12.5
makin meningkat dewasa.
abc disahkan mengalami PCOs
masalah wanita.
1/10
doktor kata " nothing to worry"
doktor taktahu, i risau selalu =.="
dan i sendiri tak sedar, bila risau lagilah jadi penyebab!
bila nak gembira sedikit.
abc disahkan mengalami asthma
selepas muntah lendir
batuk sebulan tak berhenti.
dari kecik, abc mengalami alahan kulit
kulit abc tak boleh kena habuk or serangga
nanti naik gatal-gatal and tinggallah parut.
=.="
sampai sekarang. kat opis kawan tanya
"tangan ni sebab demam campak ke?"
malu!
alahan tu makin teruk, bila ada resdung
resdung pun makin teruk.
susah abc nak kemas even suatu ruang dalam bilik
bila berhabuk. habes!
hidung berair. asyik bersin. mata gatal dan mula bengkak.
it's take few days to recover!
+++
banyak bukan.
nikmat yang dulu abc tak hargai dah diambil semula,
abc pernah dengar.
makin hilang nikmat manusia itu, makin dekat dia dengan ajalnya.
abc takut mati! andai dosa-dosa belum diampuni.
abc mahu pergi ke sisi DIA, bila diri ini suci dari sekelumit dosa.
+++
Alhamdulillah, abc dikurniakan kulit muka yang licin dan susah nak naek jerawat!
thanks mama, genetik mama la ni ^^v
apa pun yang terjadi, berlaku dengan kehendakNya.
hamba redha Ya Allah
segalanya pasti ada hikmahnya. amin!
Sunday, June 12, 2011
sayangnya… anak bangsaku~2
bismillahirrahmanirrahim.
dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
ini kali kedua, naluri tanggungjawab dan kasih abc pada anak bangsa abc tercuit.
alahai anak bangsaku. apa kamu nak jadi di masa tua mu kelak?
+++
kejadian ini berlaku pada hari khamis minggu lepas.
abc turun ke kedai makan yang paling murah dan sedap dipekan Alor Setar. ( Alor setar dah mahal makanannya!)
kami tak dapat elaun untuk LI, jadi kena la pandai jimat duit mama.
alhamdulillah, harini dapat makan free di opis. jadi turun minum2 ajelah.
sedang asyik bersembang. tumpuan kami dicuri oleh 6 orang budak lelaki yang baru berusia antara 11 hingga 13 tahun.
susuk tubuh yang kecil dan suara yang masih belum pecah, memang mencuit hati abc, sebab abc terkenang adik bongsu abc dirumah.
kenapa mereka ada disini? kemana mereka pergi?
mereka bukan berduit, takde duit pun.
hati abc sedih sangat bila mereka berenam berdiskusi tentang duit masing2, bukan tanya berapa ringgit, hanya bertanya
“ berapa kupang hang ada?”
jelas nyata, mereka bukan dari golongan berada atau ber’ada’
sedih lagi bila mereka hanya memesan air kosong (RM0.20)
lagi sedih bila melihat mereka disitu.
mana ibu bapa mereka? kenapa dibiarkan mereka disitu tanpa pengawasan? tahukah ibu bapa anak anda disitu?
abc ujarkan apa yang abc rasa pada kawan2, mereka kata, apa nak dikesiankan?
kami turut terbawa untuk berdiskusi, kenapa dan kenapa?
salah siapa sebenarnya?
abc tak ada jawapannya. balik cerita pada mama, mama juga sedih!
kawan bertanyakan umur mereka, jawapan yang keluar agak kasar.
dah mula nampak bagaimana mereka 2 3 tahun kelak jika tak terus diawasi.
mungkin jadi seperti remaja yang abc kisahkan sebelum ini
+++
abc sedih:
1. apa akan jadi pada mereka?
2. apa akan jadi pada masa depan mereka?
3. boleh tercapai cita-cita sewaktu naifnya mereka?
4. kenapa hal ini boleh berlaku?
+++
buat ibu bapa:
1. salahkan diri andai anak anda diantara mereka.
2. jangan salahkan mereka, tapi diri anda wahai ibu bapa! anda yang mencorak mereka.
3. penuhkan diri anak anda dengan ilmu dan agama, moga mereka tahu buruknya jika mereka antara mereka2 itu.
+++
buat anak bangsa dan juga diri ini:
1. akal kita ada. kenapa perlu dipersia?
2. akal kita Allah kurnia. kenapa tak guna?
3. Ilmu Allah itu luas, seluas semesta, kenapa tak endahkannya?
4. Pandanglah terus ke depan, indah atau buruk masa depanmu?
5. ingatlah ibu dan bapa, dalam setiap tindakkan kita.
++
teringat kata2 seorang, andai diri kita lemah dan tidak mahu mengingat DIA. ingatlah ibumu yang melahirkan.
: gambar hanyalah hiasan sahaja, dari mr.Goo
Friday, June 3, 2011
Ingin memilikinya,biar payah.
ayat over aje kan.
ni sekadar meng’update’ blog yang bersawang ^^v
nak tahu apa yang abc nak sangat2?
mungkin orang lain dah ada, tapi abc belom.
abc taknak la mintak kat mama, nak ada benda2 ni dengan keringat abc ^^v
my car, abc paling minat KENARI, taktahu nape, tapi minat, bila dah besar sikit ni, otak pikir famili.
so, abc terjatuh hati dengan MPV. Alza paling oke and jimat yang abc survey. (sebab abc minat cherry!)
kat UTM ada student dah pakai, jeles, tapi its oke nanti abc pakai gak hehehe
dslr, Nikon la paling best. ramai kawan dah ade, abc? huhuhu one day, ada lah kan3
abc suka bergambar dan amek gambar. ^^v
abc tak minat sangat dengan handset a.k.a telefon bimbit, even iphone4 mengujakan!
but abc lai suka HTC kut ^^v
yang ni orang bagi hadiah pun wokeh gak.
yang ni abc nak, dia kecik and comel. abc sayang Mr.Dell abc, tapi Dell utk kerja buruh, yang ni utk kerja2 santai, senang nak usung. abc dah tengok masa PC fair,^^v nak! khas untuk menulis karya2 abc dan blogging!
ini yang paling nak! abc nak satu famili abc ada kat situ. nak pergi satu famili. ^^v
yang lain2 tak dapat xpe, asal yang ini dapat. Allah daku mahu ke sana!!!
+++
abc tak semaju orang lain dalam teknologi, mungkin kurang mendedahkan diri kepada teknologi, mungkin juga abc susah nak dapat, so sebab tu abc malas nak amek tahu. hehehe
dunia-dunia
hehehe
Monday, May 30, 2011
sayangnya… anak bangsaku..
bismillahirrahmanirrahim.
dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.
+++
abc sedih dengan melihat perlakuan dan tingkah laku anak bangsa kita, melayu.
apa nak jadi dengan generasi muda kita? layakkah mereka nanti memimpin sebuah negara yang aman dan sedang membangun ini?
kenapa abc emo? kenapa tiba-tiba patriotik?
Nilai Patriotik perlu ada dalam hati setiap anak Malaysia. biarpun sikit sangat, asala ada, dan itu akan cukup buat dia sedar pentingnya negara yang aman dan membangun kepada dia dan anak-anak dia nanti.
al kisah bermula:
semalam abc pergi lunch dengan kawan-kawan LI kat opis. pergilah kat satu gerai. almaklum cuti sekolah ramai sangat budak-budak muda. mak tak masak kat rumah ke dik.. erm.. tak kesahlah.
yang kesah sangat tu.. tahap KESO-SIALAN mereka.
lelaki perempuan, takde batas! mungkin itulah zaman era kemajuan kut.
si perempuan merokok!!! Ya Allah, apa nak jadi dengan anak melayu? kecik lagi. masih bersekolah kalau lihat gaya diorang.
mencarut jangan cakaplah. macam perkara yang biasa dan tak salah.
si lelaki pula. muka pun nampak tak berapa baligh lagik, merokok. asap kepul2,
dik.. mana dapat duit beli rokok tu? duit belanja sekolah adik menabung ye?
abc memang cuba tak ambil kesah, tapi hati kata abc ada tanggungjawab.
abc bakal seorang guru kelak, tak mustahil antara mereka-mereka itu ada yang bakal menjadi anak didik abc.
Allah!
+++
teringat dengan Dr.Rohana, kuliah PTV.
memang kuliah Dr jauh dari isi kandungan, beliau lebih kepada pengisian rohani untuk anak didiknya. dan salah satu perkara yang melekat dalam hati abc tentang satu isi dalam kuliah dan nota.
tugas seorang guru:
bukan hanya menyampaikan pengetahuan dan isi ilmu dunia akan tetapi mendidik jiwa mereka terhadap apa yang bakal mereka lalui dalam kehidupan mereka. apa yang boleh mereka gunakan dengan ilmu yang mereka belajar itu.
kalau kenal abc, pastinya tak boleh ditipu orang lain
kalau tahu 123, pastinya tak dikelentong harga barang.
kalau tahu sejarah negara, pastinya kisah lama takkan pernah berulang lagi.
++++
abc sentiasa berdoa pada DIA, moga adik2 abc dijauhakan dari segala tipu daya dunia.
moga adik2 abc tidak jadik salah seorang seperti mereka. amin!
Sunday, April 3, 2011
apa khabar saudara kita?
walupun letih, abc cuba ruang sedikit waktu untuk check FB dan blog.
sekarang masa abc terhad untuk online.
ada yang lebih penting, walupun hati ni nak sangat berblog.
ikut hati mati.
+++
melihat blog2 yang update.
hinggalah abc membaca satu entri dari kawan lama abc masa sekolah merangkap KP sekolah, untuk batch abc.
entri yang sangat membuat abc tersedar dari kelekaan abc sendiri.
baca dan fahami juga ambil tahu.
10 minit: apa khabarmu sahabat?
+++
abc baru sedar. abc sangat tak ambil tahu tentang dunia.
tahu ada pergolakan diLibya. tapi abc tak terus ambil tahu
sekadar membaca tajuk utama
setiap orang itu ada kelemahan. dan kelemahan abc ni sangat memalukan.
abc menulis disini bukan nak publisiti.
tapi sekadar nak ingatkan yang lupa macam abc.
pergolakan diLibya, sepatutnya kita mengambil sedikit iktibar dan ingat dalam sedar.
kita mungkin tidak terasa getarnya, tapi bagi mereka, saudara kita di sana, macam mana?
abc mungkin tidak ada sahabat seperti mana kawan abc, tapi mereka saudara kita kan.
abc doakan moga mereka dalam keadaan selamat.
dan moga Allah melindungi mereka.
mungkin ada yang akan kata,
buat apa nak ambil tahu.
kita bukan boleh buat apa2..
siapa kata?
doakan senjata orang mukmin.
doakan mereka.
moga mereka merasa sebagaimana kita.
aman kita ini suatu nikmat.
dan tak mustahil Allah akan menarik nikmat ini
sekelip mata, andai kita terus leka, lupa dan alpa.
+++
sekadar renungan buat diri abc sendiri.
abc sendiri selalu ambil mudah dan tak endah.
moga ini pengajaran terbaek buat diri abc sendiri.
+++
buat saudara-saudaraku disana.
aku doakan kesejahteraan kalian.
bersabarlah.
Allah sentiasa bersama anda
doa kami sentiasa mengiringi kalian.
amin.
Saturday, March 5, 2011
1997? tak pernah terfikir!
assalamualaikum.
selamat pagi korang-korang. erm.. apa yang 1997 ek?
masa 1997 korang umor berapa? abc masa tu darjah dua. baru belajar pakai tudung. pendek+ketot lagi.^^v
mari-mari abc tunjuk apa yang 1997 dan tak terfikir tu.
ini resit pinjaman buku dekat PSZ, perpustakaan sultanah zanariah UTM. kalau pinjam dan pulang dapat resit. masa abc mencari-cari buku paip, jumpa resit ni dalam buku. memang students UTM ni suka menyelit-nyelit ketas resit ni dalam buku yang diorang pinjam, abc pun..hehehe
cuba tengok tarikh pinjaman!
1997.
lama dah. ejaan Skudai pun Sekudai.
resit tu dah terkoyak tepi sebab kawan tarikkan, dah melekat macam jadi sebahagian buku dah. dah 14 tahun!
1997, abc 8 tahun. tak pernah terfikir lagi yang abc akan masuk UTM. tak terfikir masa depan nak jadi apa lagi pun. masih suka-seronok-main2 lagi. terlalu kecik nak fikir tentang dunia!
cuba tengok rapat-rapat, abc baru perasan sumting bila abc scan malam tadi.
yang abc kotakkan ia warna biru. ABC!!! banyak sangat jumpa ABC kebelakangan ni, dekat kedai makan, kicap nama ABC.. hebat-hebat!
ini tahun 2006, ejaan Skudai dan betul and macam sekarang. resit masih macam resit pasaraya.hehehe
2006?
abc amek SPM. masih tak terfikir akan jejakkan kaki ke UTM, SKudai. just dan fikir and boleh fikir tentang masa depan.
2006.
banyak peristiwa yang abc nak lupakan. sedih. ujian terbesar buat abc.
ini yang latest, 2011. abc punya resit. satu buku satu resit. ini resit hantar, so satu2, kalau pinjam sekali gus. tak panjang dah resitnya, pendek jek.
dunia makin maju, dengan resit2 ni pun boleh nampak kemajuan dunia kita kan. nanti 2030, agak2 cam mana resit dia eh??
erm.. pikir-pikir..
Wednesday, March 2, 2011
shamsul yusof Vs liyana Jasmay
plus makan megi telur panas2
thanks to kak ida yang rajin masak. ^^v
makan and chatting
and tengok KHURAFAT,
aiyooo
seram woo..
tahniah buat Shamsul Yusof Haslam.
i like his father and him jugak. hehehe

agak cute tengok muka dia yang specky (erk! betui ka eja ni?) tu.,hihihi
liyana jasmay?
she's cute lah.

watak tu macam tak bape sesuai sebab dia muda ag, berlakon watak agak wanita2.
but isteri solehah ni memang boleh dibuat eh.. ayus aje.
masa tengok liyana jasmay tu, nampak dia ayus aje.
memang pandai la dia berlakon!
abc teringat dia berlakon cerita Ponti-anak remaja and duhai sipari-pari.
dia memang hebat kan?
++
nak tengok Haq pulak!
Saturday, February 19, 2011
kisah kena kawen kat UTM!
alhamdulillah.
abc dah daftar and bayar untuk pergi kursus kawen. =)
pergi kursus kawen bukan bermakna abc nak kawen oke!
kawan2 yang anjur kan. RM90 ringgit sahaja!
murah la sikit dari MSI anjur(RM100) hehehe.
student UTM yang berminat?
ini iklan dia.
klik untuk rajah yang besar. ^^v
++++
al kisah, jiran yang ditangkap khalwat. Mama kata dah dijamin. mama kata kesian jugak tapi pengajaran buat diorang. seminggu sebelum tu. dah pun kena tegur dengan orang2 surau, atas laporan berdua-duaan dalam rumah.
alahai. amek mudah aje kan. erm..
lepas tu, sehari sebelum kejadian, diorang buat benda yang sama, depan rumah! masyaAllah. mama kata hari tu Maulud Nabi, hujan lebat sangat2, jadiknya orang semua dalam rumah, paham2 je la rumah taman. buat drama asmaradana, siam depan umah diorang terjenguk2 and gelak. kebetulan mama keluar angkat baju depan rumah.. si siam pun tunjuk2 dekat mama, mama tak nampak sebab umah selang sebuah. erm…
keesokkan harinya yang diorang ditangkap waktu basah2 (opss..hehehe)ada jiran yang report.
kecoh la satu taman tu. macam-macam, mujur waktu abc kat rumah takde, kalau tak dah lama jadi wartawan tak bertauliah. =P tak benci dan tak marah. cuma sakit hati bila diorang fitnah mama. and at last.. diorang dah dapat balasan dari ALLAH.
Allah tu Maha Kaya, Maha Melihat. Siapa yang buat jahat, dia akan rasa akibatnya. =)
Moga Allah menetapkan hati-hati kita dengan iman. insyaAllah.
Friday, February 11, 2011
fobia dengan hari lahir?
malam ni sempat meraikan besday@birthday@burfday akak kelas. kak ida the garangz! hehehe
u know what, her pet is Harimau! mau tak garang..hahaha
+++
apa-apa pun. i wish her the best. in all kinds of thing. especially in love ^^v. she already 2+ lah! kak ida sangat lengkap pakej seorang isteri mithali! kena cecepat kahwin!!!
moga kak ida berjaya dunia dan akhirat. dan jangan lupa pikir nombor untuk ika ye. (bukan nombor ekor, nombor untuk cantikkan perkahwinan, which is mean, tarikh kawen ke, nilai duet ke, dia pandai adjust nombor.) =)
+++
fobia dengan hari lahir? ada ke? mungkin la~ maybe orang tu melalui sangat menakutkan dalam hidup dia pada tarikh hari lahir dia. selalunya, orang sambut birthday dengan tepung ann telur. (abc tak pernah lagik kena macam ni! fuhh!)
korang pernah rasa yang lagi ekstrem??
masa semester satu, kawan abc kena, air kopi + telur + macam3 sampai bau longkang. hahaha. kesian gile lah!
+++
abc tak pernah sambut hari lahir kat UTM sebab, bulan 7 mesti cuti sem!
sangat jeles dengan orang laen!
tapi tahun depan, semester ke 8 yakni sem akhir akan tamat pada 01 July 2012. which is mean on my birthday. but, mesti kami semua dah balik masa tu, SPH mesti habes awal punya exam!!!
tak suka-tak suka-tak suka
++++
korang kena lagi terok ke?
FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA
FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way. jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders
-
Alhamdulillah. dah tengah hari. 16hb Februari 2012 abc dah janji nak post cerpen kedua untuk Februari kan? baca dan komen yek! ...
-
Sekuat mana hati wanita, tatkala sang lelaki menidakkan haknya sebagai isteri? Inilah kisah Shadha Shadiqah, yang berusaha menamba...
-
maaf kerana mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan cerpen ini ^^v enjoy and comment! +++ Panggilan telefon dari mama petang t...