Showing posts with label resipi simpel dan enak. Show all posts
Showing posts with label resipi simpel dan enak. Show all posts

Tuesday, December 25, 2012

UPdate Blog : sepanjang minggu lepas ^^

hai-hai-hai
ASSALAMUALAIKUM!

menulis pun kering idea hui3
so update blog kejap.


tiga hari tak tido (tido lepas subuh) sebab tengok drama ni
mak pun sampai kata, boleh tak tidur tengok cite Korea
hehehe kan nak cari menantu Korea dekat mak ^^

King 2 Heart.
best-best-best
sama best macam Nice Guy!

menitis air mata sikit, dan sangat stress!
tapi sangat belajar macam mana nak kenakan orang gila! ^^
tak rugi kalau tengok
rugi kalau tak tengok (bagi yang minat K-Drama la)

sekarang satu lagi drama Korea yang abc tengok, 
I MISS YOU
baru 13 episod, lagi 7 episod lagi.
best jugak ^^ 

hut-hut
abc dah berjaya buat kimchi
gambar abc dah share dalam instagram (@nurwateeqa)
nanti abc post sekali gambar dan resipi ye ^^

dukbokki tak buat lagi, cari rice cake tak jumpa hui3

++++

tak banyak yang buat last week, selain mengguling2kan diri atas tilam
dari semalam abc berusaha siapkan cerpen dan novel.
penulisan dah agak kaku sebab lama tak menulis.

okaylah, nak sambung tulis cerita cinta ^^ much love readers! 

Monday, December 17, 2012

abc nak ______ tapi _____, ????

Assalamualaikum :)



rindu nak jadi blogger, yang malam2 cari isi nak update entri.
kadang-kadang blogwalking sampai 2 3 pagi, masuk give a away, kuiz, tag tagging.
bestnya. tapi ermmm, sekarang sudah kurang rajin, kalau update entri pun mesti pasal masak, cerita korea dan apa yang abc buat aje :)



nak menulis cerita bagi habis tapi erm... mood entah ke mana, ilham langsung tak datang.
harap-harap minggu ni habis la taip cerita baru ye. mungkin kena pi bercinta kejap kut, tak pun layan jiwang karat. tak pun usha abang hensem... hahahaha




teringin nak makan kimchi tapi esok baru nak pergi beli barang. haaa... dukbokki sekali. insyaAllah abc confident boleh buat dua makanan Korea yang femes tuh! ^^v banyak kali dah tengok kat youtube, harap2 jadi dan sedap (dulu selalu sangat buat sushi hahahaha)

abc nak buat semua benda, tapi abc bukan jenis orang yang boleh buat dua kerja satu masa. nanti satu apa pun tak jadi =="

maaf ye belum update cerita, harap sabar menunggu dengan setia :)
much love readers!


Friday, December 14, 2012

Resipi : Sotong masak stim

Jumaat 1 Safar 1434
1.2.34 lagi comey tarikh ni dari semalam kan ^^v

abc cuti menulis lama sangat, bila mula menulis mulala ter'stuck' sana sini.
sebab dah terhenti henti.
nak update entri pun jadi tak reti.
so, masuk dapurlah!

resipi2 abc kongsi mungkin biasa2, 
sebab abc kongsi resipi untuk orang2 bujang yang beralasan tak reti masak
hehehehe

okay terus kepada resipi ;)

+++++


sotong abc perapkan dulu, sebab nak bagi rasa lebih kepada sotong

bahan-bahan perapan:

1. halia 
2. garam
3. bawang putih
4. lada hitam
5. air asam jawa (pekat)

perap untuk 15 minit.
 
bahan- bahan stim:
 
kisar : bawang putih,lengkuas,serai, cili merah dan asam jawa.

mayang : bawang merah, halia, karot, daun bawang dan daun sup.

cara masak:

1. sediakan air untuk stim sotong.
2. sotong yang sudah siap perap, masuk ke dalam pelengat (untuk stim), lepas tu tuangkan bahan kisar dan tabur bahan mayang.
3. tengok gambar macam mana jadinya ^^
4. bila air dah mendidih, mulalah stim sotong tu.

dalam 15minit, siap masak!

boleh la makan panas-panas. ^^ adik2 abc suka berkuah, so memang banyak kuahlah sotong masak
stim ni. kalau korang tak suka kuah banyak, kurangkan kuantiti air masa kisar atau pun tumbuk bahan2 tu :)
sebab sotong keluarkan banyak air 

selamat mencuba!



Monday, December 3, 2012

Resipi : Telur rebus goreng ala dukbokki!

Assalamualaikum.
dah lama tak share resipikan? ^^
tadi abc search resipi2 nak buat dukbokki, mudah aje tengok. cuma bahan2 dia tu ada ke tak dekat pasaraya kita hehehehe

lepas tengok tu dapat la inspirasi nak menyedapkan telur rebus yang banyak dalam peti tu.
tak mau cakap banyak, meh kita masak!

++++++







bahan-bahan bater:
tepung jagung
tepung gandum
lada hitam
telur sebijik
garam
kunyit

bahan-bahan kuah:
cili giling+kicap (gaulkan bersama)
bawang putih
halia
cili merah besar
garam dan gula

CARA PENYEDIAAN:

1. Telur mesti rebus dahulu. belah dua.
2. siapkan bater, goreng seperti goreng pisang :)
3. panaskan minyak, masukkan bawang putih dan halia.
4. masukkan cili giling yang siap dicampur dengan kicap (2cmb) - biarkan cili masak (klu tak masak nnt sakit perut)
4. masukkan bahan perasa dan gaul.

siap! hiaskan dengan daun bawang ^^

SELAMAT MENCUBA DAN MENJAMU SELERA.




Monday, April 30, 2012

Sushi Sandwich ^^v


sedap.
Alhamdulillah, 1st time buat dan jadi ^^

mungkin niat untuk kenyang perut kawan2 sama kut.

nak resipi?

coming soon.

Sunday, February 12, 2012

Resipi : Ikan Tamban masak pindang





hari ni abc tak tahu nak masak apa.

 dalam peti ada ikan tamban.
malam dah tanya mama, ikan ni sedap masak apa.

pagi ni, bangun aje, terus cari resipi
masak pindang ^^

abc tak pandai memasak. tapi ada resipi jadiklah. insyaAllah.

++++

abc dapat resipi ni dari internet. lupa pulak laman webnye. huhuhu
ada beberapa cara nak masak dan bahan tapi abc guna apa yang ada kat dapur.

BAHAN-BAHAN:


  1. ikan tamban 7 ekor
  2. bawang merah 3 ulas
  3. bawang putih 2 ulas
  4. satu batang serai
  5. halia 2 cm
  6. bendi
  7. cili padi
  8. lada hitam 
  9. asam keping
  10. garam
  11. kunyit

CARA-CARA:

  1. ikan tamban dilumurkan dengan kunyit dan garam. asingkan.
  2. tumbuk lumat bawang merah dan putih dan halia.
  3. masukkan air 2 1/2 cawan dalam periuk, didihkan.
  4. masukkan bahan yang ditumbuk, asam keping, serai dan ikan. biarkan mendidih
  5. bila dah mendidih, masukkan bendi dan cili
  6. perasakan dengan garam secukupnya ^^

mudah sangat nak masak ni. yang kurang dalam resipi tu ialah lengkuas, tak jumpa lengkuas hehehe
kalau suka, boleh tambahkan kunyit hidup. tumbuk bersama bawang dan halia.^^

tak ada alasan perempuan tak pandai masak, dunia dah maju. nak masak apa pun klik aje. dihujung jari!
SELAMAT MENCUBA!!




p/s: sedap makan dengan nasi panas tambah kicap... perghh!




Wednesday, February 8, 2012

Resipi : Spaghetti Bolognese!

Yummy!

bertahun tak kongsi resipi yang simple tapi enak banget! ^^
weekend yang lalu abc sempat, buat spaghetti buat famili.
abc memang jadik chef cuti semester ni, tapi weekend kena buat special sikit la kan ;)

.......

BAHAN-BAHAN:

sepeket perencah sos Spaghetti Bolognese Maggi
daging kisar
bebola daging
carrot
spaghetti

CARA-CARA:

masak sos spaghetti:

  1. panaskan 2 camcam minyak dalam periuk.
  2. kalau suka menumis, tumis bawang putih dan merah. kalau malas, terus masukkan daging kisar.
  3. tunggu daging masak, kemudian masukkan air 1 1/2 cawan. kemudian masukkan perencah sos maggi tu.
  4. biar merenih. kemudian masukkan bebola daging.
  5. biarkan dalam 5 minit. kemudian masukkan carrot. and siap!
note: nak bagi pekat dan terasa, tambah sos cili or tomato. ikut sesedap hati.
dan jangan lupa, garam dan bahan perisa ^^

spaghetti:

mudah aje kan?
didihkan air dalam periuk. 
kemudian genggam spaghetti, biar lembut sedikit demi sedikit baru biar direbus hingga lembut.
kemudian nak tahu dan lembut or masak,
ambil seurat, kemudian gigit. kalau tak kenyal dah bolehlah angkat dan tos! ^^


taraaaa!


sedap. cuba lah!




p/s: abc kena buat bengkang roti petang ni... feveret orang kampung... hahaha bangga sekejap!

Friday, August 19, 2011

puding triffle + oreo.

salam ramadhan al mubarak.

Alhamdulillah. sudah masuk hari yang ke 19. 10 hari lagi untuk kita meninggalkan bulan yang penuh barakah.

Tapi! masih sempat kita nak buat juadah yang simple sangat macam PUDING TRIFFLE OREO nih. ^^v

P8170448 P8160447

Bahan-bahan:

  1. kek swiss roll (boleh guna lebih2 kek yang dijual dekat kedai kek, or kek span)
  2. oreo
  3. koktel buah-buahan
  4. susu penuh krim (300ml)
  5. telur (sebijik)
  6. tepung kastad (1 sudu besar)
  7. gula pasir (80gm)
  8. serbuk jelly
  9. air

Cara-cara:

  • Masak Kastad
  1. masukkan susu, telur, tepung kastad dan gula dalam periuk.
  2. kacau bahan2, dan guna api perlahan. (masak kastad kena selalu kacau, takut berketul2)
  3. masak sampai likat.
  • Masak Jelly
  1. masukkan jelly dan air dalam periuk hingga mendidih
  • Masuk ke dalam bekas
  1. bekas diisi isi siap dengan kek dan oreo yang dihancurkan. (buat lebih awal, before masak kastad)
  2. masukkan kastad yang siap dimasak tadi.
  3. sudukan koktel buah-buahan
  4. tuangkan jelly yang telah siap dilarutkan
  5. sejukkan.

+++

SIAP!

mudahkan? dulu abc pun ingat susah ^^v, okay jangan lupa untuk mencuba ye.

Thursday, August 18, 2011

Biskut Chip Coklat Badam!

salam ramadhan.

abc bukanlah jenis yang suka buat biskut raya nih. entah kenapa, mood nak buat dan semangat itu datang ^^v

biskut chip coklat

sangat mudah nak buat biskut ni. tambahan buat orang yang malas macam abc nih. ^^v jom kita tengok, macam mana abc buat biskut nih.

bahan-bahan:

  1. tepung gandum 200gm
  2. serbuk koko 20gm
  3. serbuk vanilla 1camt
  4. badam 50gm
  5. coklat chip (hershey’s kalau nak nampak ketul2) 50gm
  6. mentega 150gm
  7. gula perang 150gm

cara-cara:

mentega

campur mentega dan gula pasir, pukul hingga kembang

tepung koko

sementara tu, ayak tepung gandum, serbuk koko dan serbuk vanilla.

badam

apabila mentega dan gula dah kembang, masukkan bahan2 ayak ke dalamnya, dan akhir sekali masukkan badam dan coklat chip.

biskut raya

kemudian, bentuk2kan biskut raya anda! ^^v

bakar dalam ketuhar bersuhu 180’c selama 20 minit.

+++

senangkan? jadi gadis2 dan jejaka2 bujang tiada alasan untuk tidak mencuba! hehehe

anak2 dara bolehlah mencuba, mana tau leh menambat hati mak mentua waktu raya nanti =)

p/s: satu adunan boleh dapat 100 biji.

Wednesday, August 17, 2011

Puding Triffle, enak!

salam ramadhan.

semalam abc terajin sedikit untuk buat puding triffle untuk famili.

ini first time buat tau. Alhamdulillah, jadik! ^^v

P8160447

comot sket, hehehe..

P8170448

after makan, abc tau, yang sepatutnya lapisan bawah kena tebal sikit lagi.

over all. ^^b enak!

abc tambah oreo, sebab masa praktikal cikgu tu buat letak oreo. hehehe

+++

sedap-sedap-sedap

(puji diri sendiri)

nanti abc kongsi resipi okei!

orang bujang memang boleh buat punya!

Saturday, March 5, 2011

piza telur made by Follower!

masih ingat resipi simplenak abc? Piza telur?

tak ingat? klik sini: http://akubersamacahya.blogspot.com/2011/02/resipi-simplenak-pizza-telur.html

one of my follower, ada try buat piza telur tu. ^^v kemudian dia emelkan gambar hasil tangan beliau!

IMG000041

IMG000042

sedap katanya, but nasihat dia, kuantiti sos and perasa kena sesuai dengan cara kita makan, samada nak makan dengan nasi or makan macam tu sahaja.

komen dari ABC:

1. telur tu nipis, kena cari pan yang kecik sikit. or tambah kuantiti telur.

2. kuah macam cair sikit, pekatkan dengan tepung jagung.

rasa? takleh komen. sebab tak dapat rasa. hehehe

apa-apa pun, thanks kepada beliau, sebab try resipi abc.

abc pun ada la gambar nak tunjuk kat followers lain.

korang taknak cuba??

Monday, February 28, 2011

ikan keli sambal!

assalamualaikum.

harini abc makan sambal ikan keli. yum3! tapi tak puas sangat sebab sambalnye dia jirus aje kat atas ika, so rasa sambal tak berapa diserap oleh isi ikan (betui ke ayat ni?) orang timur kata tak sera!

mudah sangat kalau orang2 muda nak masak. orang muda? hehehe remaja2 la.. takkan pandai makan aje kan.

SAMBAL IKAN KELI

rs.ikan keli

(gambar dari google, sebijik macam yang abc makan tadi,hehehe)

bahan-bahan:

ikan keli yang siap digoreng.

minyak untuk memasak 3 camca besar.

cili merah, hijau dan cili padi. (bagi kaw2 sikit!)

bawang besar

bawang putih

belacan (abc suka belacan! ^^v)

jus asam jawa

bahan perasa (gula, garam dan perasa yang disuka seperti secukup rasa dan sesedap rasa)

*halia boleh ditambah, sebab abc memang suka letak halia, abc rasa lagi sedap. tapi tak semua suka.

 

cara-cara:

1. kisar semua bahan-bahan tersebut kecuali bahan perasa.

2. panaskan minyak.

3. masukkan semua bahan yang telah dikisar.biar masak dahulu.

4. masukkan jus asam jawa dan sedikit air.

5. biar sebentar, kemudian masukkan bahan perasa.

6. bila agak pecah minyak (minyak dah nampak kat tepi sambal tu) masukkan ikan.

7.gaulkan ikan bersama sambal hingga semua bercampur sebati.

8. hidang dan makan!

+++

sesenang A B C kan3?

apa lagi masaklah untuk yang tersayang!

Wednesday, February 16, 2011

resipi simplenak: pizza telur!

abc tengah berpuasa ni.

teringat-ingat pizza telur abc masak dekat rumah.

actually nak masak telur bungkus, tapi tak berapa cekap membungkus ni.hehehe

gambar takde, tapi nanti akan diupload.. oke?

+++

bahan-bahan

2-3 biji telur (terpulang, untuk ketebalan)

daging/ayam/sotong/udang – segenggam (ayam/dgg cincang.. kalau bkn yg cincang korang leh dadukan)

bawang besar

bawang putih

cili merah

kacang panjang

bunga kobis

tepung jagung

sos cili + sos tomato + sos tiram

bahan perasa!

cara-cara:

>>isi pizza telur<<

1. tumis bawang merah, bawang putih, cili. pastu masukkan semua sos.

2. tambah air sikit. pastu masukkan dgg/ayam/sotong/udang.

3. bila dah agak masak. masukkan sayur2an.

4. tambah perasa.

5. masukkan air tepung jagung, untuk pekatkan.

6. ketepikan.

 

>>pizza telur<<

1. panaskan minyak dalam pan bulat.

2. telur ditumbuk sampai kembang dan diletakkan perasa.

3. masak seperti masak telur dadar.

4. bila bahagian bawah dah masak (kering jangan garing!) atas mesti basah2 lagi kan? tuangkan isi pizza atas nye.

5. tutup seminit. kemudian siap!

+++

sedap tau! try la. =)

Sunday, February 13, 2011

resipi simplenak: terung telur dadar!

abc ubah suai sikit nama entri nye, semalam cakap resipi unik kan, tapi tak best plak sebab tak berapa unik resipi2 abc ni, so abc boh la nama dia, resipi simple + enak = simplenak!

sesuai untuk remaja atau anak gadis yang masih amatur memasak macam abc. hehehe

yummy!

abc sangat suka memasak. but abc tak suka nak buat kek or biskut2 raya. mungkin abc rasa nak buat tu leceh sikit kut.hehehe.

pernah makan terung telur dadar?

pernah takpe, tak pernah tu kena try =)

ini resipi akak kelas, masa kat Kluang (time LM) dia ada cerita pasal menu ni. then bila kat rumah, abc try. (pepagi buta mesej kak ida mintak resipi!)

jom memasak!

bahan-bahan:

terung panjang (yang bulat tu pun boleh.^^v)

telur 2biji

bawang putih- tumbuk atau hiris

bawang merah- tumbuk atau hiris

cili-tumbuk atau hiris

bahan perasa (garam, gula, sesedap rasa or cukup rasa)

cara-cara:

  1. bakar terung dahulu, kemudian siat2 kan kulit dia. ikut selera, samada nak hancur2 kan atau tak.
  2. tumiskan bawang merah dan putih bersama cili.
  3. masukkan terung, kemudian tambah perasa.
  4. kemudian, masukkan telur macam masak telur dadar.
  5. biar telur masak.

boleh hidang!

+++

mudah kan?

memang simplenak lah!

actually ni masakan orang2 sarawak kut, kalau tak salah la~~

hehehe

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders