Part 6
Nur
Annisa mengikut Tuan Haji Esmael ke ladang milik lelaki itu. Mahu melihat
tempat kerja suaminya. Selama ini dia hanya mendengar cerita dari abah dan
orang - orang kampung berkenaan ladang milik Tuan Haji Esmael. Luas. Jumlah
ternakan melebihi 400 ekor,
baik kambing atau lembu. Jadi, pagi ini Nur Annisa mahu melihat sendiri dengan
matanya.
"Tudia!
Macam ladang lembu dekat New Zealand!" Nur Annisa begitu terpesona melihat
ladang ternakan Tuan Haji Esmael yang luas dan sangat cantik pemandangannya.
"Aik
pernah pi New Zealand ka?"
"Dak...
tapi pernah tengok dalam tv ja la." Nur Annisa tersengih-sengih.
"Alhamdulillah.
Bukan saya punya. Arwah mak dengan ayah saya punya. Saya cuma usahakan dan
majukan ja. Alhamdulillah." Tuan Haji Esmael merendah diri.
"Saya
nak kena buat apa harini? Nur Annisa menyoal semasa Tuan Haji Esmael sedang
menukar sandal kepada kasut 'Phua Chu Kang'.
"Annisa
tengok sajalah saya buat kerja. Busuk sat gi. Jenuh nak tonyoh." Tuan Haji
Esmael seolah tidak membenarkan Nur Annisa menyusahkan diri di ladang.
"Lah.
Saya mai bukan nak dok saja. Selfie
bagai ka. Saya mai nak tolong pak cik reja. Nak kasut butt jugak." Nur
Annisa sudah siap menanggal seliparnya. Tuan Haji Esmael menggeleng namun tetap
memberikan sepasang butt kepada Nur Annisa.
"Buat
reja yang ringan saja na. Bagi makan kambing dalam kandang sana nu... Aiman,
hang mai tunjuk Annisa ni sat. Apa hat senang dia boleh buat." Tuan Haji
Esmael memanggil seorang anak muda yang bekerja dengannya untuk membantu Nur
Annisa.
"Pak
cik buat macam saya budak pekan hat tak reti apa noh. Abah pernah bela lembu
kambing la. Ayam pun dok banyak belakang rumah nu." Nur Annisa mencebik.
"Dak
aih, Annisa pengantin baru. Mana boleh buat kerja berat-berat lagu ni."
"Pak
cik kahwin dengan Nisa tau, sama-sama pengantin baru. Jangan dok buat alasan
tak munasabah sangat aih." Terus melangkah ke arah Aiman yang sudah
berjalan di depan dengan menjinjit tong berisi makanan. Tuan Haji Esmael hanya
tersengih-sengih sahaja dengan tingkah Nur Annisa yang menyenangkan hatinya.
Nur
Annisa membuat beberapa kerja yang diberikan Aiman kepadanya. Aiman pekerja
Tuan Haji Esmael yang berpengalaman. Sejak dari umur 10 tahun dia sudah bekerja
di situ. Tidak bersekolah kerana masalah keluarga dan dia juga seorang lembam.
Jadi dia tidak disekolahkan oleh ibu bapanya.
"Tak
pergi sekolah khas? Belajar kemahiran?" Nur Annisa menyoal.
"Tak.
Kat kampung kita ni takdak sekolah khas. Kena pi pekan sana. Pak sakit takleh
nak pi hantaq. Man reja sajalah kak Nisa." Aiman menjawab dengan
gagap-gagap.
"Reti
baca? Kira?"
"Sikit
sikit."
"Habih
lembu kambing ni sapa dok kira setiap hari, kut hilang ka orang curi ka?"
"Bukan
reja Man. Man reja bagi makan dengan cuci kandang ja."
"Kak
Nisa ajaq nak? Kena tau baca dengan kira, baru orang takleh muhong kita."
Nur Annisa membuat tawaran. Aiman sekadar tersengih sahaja.
"Kalau
nak, time Man dok reja ni Kak Nisa boleh ajaq. Tak kacau reja pun. Sambil reja
sambil belajaq. Mau?"
"Nanti
Tuan Haji kata apa pulak. Saya segan."
"Kira
jadi ya. Pasai Tuan Haji, kak Nisa bagitau kat dia nanti. Kak Nisa nak tolong
cuci sekali boleh?" Aiman kemudian menunjuk cara mencuci kandang seperti
yang selalu dilakukan. Nur Annisa kemudian mengambil alih.
"Annisa..."
Tuan Haji Esmael mula mencari Nur Annisa setelah dua jam berlalu. Nur Annisa
yang sedang mencuci kandang kambing menjenguk dari atas kandang.
"Pak
cik!" Nur Annisa bertempik dari atas sambil melambai tangannya. Beberapa
pekerja Tuan Haji Esmael yang mendengar panggil Nur Annisa kepada Tuan Haji
Esmael menahan ketawa. Tuan Haji Esmael yang perasan reaksi mereka, mula berdehem.
Senyap semuanya, terus membuat kerja masing-masing tanpa mempedulikan mereka
berdua.
"Jom
rehat dulu. Banyak dah reja Annisa buat. Kita rehat dulu. Turun cepat."
Laju sahaja Nur Annisa berlari turun.
"Jangan
lari Annisa..." baru sahaja melarang, Nur Annisa sudah pun terduduk di
tangga kandang.
"Aduh!"
Nur Annisa mengaduh sakit sewaktu hendak bangun berdiri.
"Okay
tak Annisa? Kan dah kata jangan lari. Dah tau licin kenapa nak lari? Boleh
jalan elok-elok pi lari." Tuan Haji Esmael berleter.
"Pak
cik nak tolong saya bangun ka tak? Dok bising lagu tu tak boleh buat saya
bangun jalan pun." Nur Annisa yang sedang menahan sakit, sedikit berang
mendengar leteran Tuan Haji Esmael.
"Dak...
pi lari dah tau licin. Yalah-yalah." Tuan Haji Esmael terus membantu Nur
Annisa untuk bangun berdiri.
"Orang
patut risau tapi dok berletiaq." Nur Annisa menambah sewaktu dia berpaut
di bahu Tuan Haji Esmael.
"Sebab
risau jadi lagutu. Nak jatuh jantung tengok Annisa tergelincir tadi tau."
Tuan Haji Esmael kemudian tersenyum saat Nur Annisa memeluk pinggangnya, erat.
"Senyuman
pak cik ja pun dah buat saya rasa nak luruh jantung ni." Nur Annisa
mengusik. Tuan Haji Esmael mengerling sahaja.
"Boleh
jalan dak ni?"
"Kalau
boleh, cheq tak peluk pak cik kat tengah cerah ni tau. Sakit. Terseliuh
kut."
"Saya
dukunglah." Nur Annisa menggeleng laju.
"Jangan
dok macam-macam, saya boleh tahan lagi sakit ni."
"Saya
pun tak larat Annisa. Awak macam berat ja saya tengok." Tuan Haji Esmael
menguntum senyum. Nur Annisa melopong mulut.
"Saya
ringan ja eh. Awat? Risau tulang rapuh eh." Tuan Haji Esmael mencuka. Nur
Annisa diletakkan di sofa di dalam pejabatnya.
"Yalah.
Saya dah tua." Ujar Tuan Haji Esmael berjauh hati.
"Ala...
saya gurau ja. Sorry."
"Takpa,
saya memang tua pun."
"Laaa...sorry.
Tak tau pulak tak boleh melawak." Tuan Haji Esmael mendiamkan diri. Nur
Annisa mengeluh perlahan.
"Saya
minta maaf. Lepas ni saya jaga kata-kata saya."Ujar Nur Annisa setelah
Tuan Haji Esmael hanya diam sahaja seperti berjauh hati dengan kata-kata Nur
Annisa.
"Kat
sini tak ada minyak panas. Lepas saya siapkan kerja sikit kita pergi klinik.
Tunggu sat na." Ujar Tuan Haji Esmael sebelum keluar dari pejabat
meninggalkan Nur Annisa bersendirian.
"Kut
la nak tengok kaki aku ni dulu. Salah hang sendiri Nisa. Mentang-mentang dia
layan hang baik, hang pakai cakap ja apa dalam kepala hang tu. Padan muka hang!"
Nur Annisa bercakap sendiri.
Nur
Annisa menahan sakit kaki yang semakin terasa. Menyucuk sehingga sakit satu
badan. Terjenguk-jenguk dia melihat keluar pejabat kalau-kalau Tuan Haji Esmael
sudah datang. Tiada. Cuba menelefon tetapi telefon Tuan Haji Esmael ada di meja
pejabat. Tertinggal.
Nur
Annisa menunggu lagi sambil menahan sakit yang semakin kuat terasa. Satu jam
penantian penuh penyeksaan. Apabila merasakan Tuan Haji Esmael mengambil masa
terlalu lama, Nur Annisa tekad untuk pulang ke rumah sendiri.
"Aiman.
Tuan Haji mana ya?" Soal Nur Annisa sebaik terlihat Aiman melalui kaki
lima pejabat.
"Tuan
Haji pergi kawasan ragut. Ada lembu cedera. Kak Nisa okay ke tak ni?"
Aiman menyoal setelah melihat wajah Nur Annisa yang kerap berkerut-kerut.
"Okay
ja. Kaki ni sakit sikit. Akak nak balik rumah dulu. Nanti Aiman bagitau Tuan
Haji akak balik dulu ya."
"Boleh
ka nak balik? Macam tak boleh nak jalan betui ja ni. Saya nak pi kedai sat ni,
saya boleh hantaq kalau Kak Nisa nak." Aiman mempelawa.
"Aiman
naik motor kan? Tak apalah. Satgi orang nampak kesian Tuan Haji pulak."
"Aiman
tau kak, mulut orang kampung kita ni bisa. Tapi kak Nisa terhenjut-henjut. Kaki
pun dah biru sangat tu."
"Tak
pa. Bukan jauh pun. Tadi pun mai jalan ja."
"Lagu
ni. Kak Nisa dok ja atas motor. Aiman tolak." Nur Annisa yang tidak lagi
mampu menahan sakit hanya menurut seperti yang dikatakan. Walaupun tidak
secerdik manusia lain, tapi akalnya lebih bijak dan waras berbanding mereka
yang lain. Masih boleh membezakan yang baik dan buruk.
Tuan
Haji Esmael berlari-lari anak ke pejabat. Hampir sahaja dia terlupa akan Nur
Annisa. Mak Wan, bidan urut tradisional telah pun dihubungi tetapi hanya boleh
datang ke ladang waktu petang sedikit. Sibuk, ramai pelanggan.
“Tuan
Haji, Kak Nisa dah balik tadi. Saya hantar.” Aiman menegur sebaik sahaja
bertembung dengan Tuan Haji Esmael.
“Hang
hantaq naik motor ka?” Soal Tuan Haji Esmael, tersirat nada cemburu.
“Ya
tapi Tuan Haji jangan salah faham ya. Memang naik motor tapi Kak Nisa sorang
saja. Saya tuntun motor. Saya kesian tengok Kak Nisa macam sakit sangat saja.”
Aiman menjelaskan tidak mahu sebarang masalah dengan Tuan Haji Esmael. Orang yang
menjaga dia dan keluarga sejak dari dulu.
“Tak
apalah. Terima kasih banyak-banyak. Saya balik dulu. Nanti pastikan kunci pagar
depan. Apa-apa terus telefon saya ya.” Tuan Haji Esmael masuk ke dalam pejabat
mengambil telefonnya. Terlihat ada satu miscall
dari Nur Annisa. Mungkin sahaja isterinya mencari-cari dia. Hati Tuan Haji
Esmael diserbu rasa bersalah.
Sampai
sahaja di rumah, Tuan Haji Esmael terus mencari Nur Annisa. Nama Nur Annisa
dilaung beberapa kali. Tiada jawapan. Tiada di bilik tidur. Tuan Haji Esmael
kemudian ke bilik tamu di bahagian bawah. Nur Annisa nyenyak tidur.
Tuan
Haji Esmael mendekati Nur Annisa yang kelihatan pucat. Kaki Nur Annisa
dipandang. Minyak panas yang sedia di tangan terus dibuka tudungnya dan dituang
sedikit di telapak tangan. Perlahan-lahan disapu ke bahagian kaki Nur Annisa
yang mula kelihatan membiru dan bengkak. Tuan Haji Esmael mengeluh perlahan,
kenapalah boleh terlupa isterinya sakit? Hatinya berbisik sendiri.
“Aduh…”
Nur Annisa mengaduh perlahan. Terjaga dari lenanya.
“Sakit
ke, maaf-maaf. Saya sapu minyak panas sikit saja.” Tuan Haji Esmael bangkit
dari duduknya. Membetulkan kedudukan Nur Annisa yang mula bangun dan menyandar
di kepala katil.
“Sakit
sangat. Dah bengkak.”
“Mak
Wan tak boleh nak mai….”
“Tak
apa, tak perlu. Esok okay.” Nur Annisa memotong kata. Tuan Haji Esmael
memandang Nur Annisa yang masam wajahnya, langsung tiada baris senyuman di
bibir seperti selalunya. Langsung tidak memandang atau mencuri pandang ke
arahnya. Tuan Haji Esmael hairan. Kenapa?
“Mana
boleh okay? Kena urut juga tu.” Tuan Haji Esmael bersuara lagi.
“Tak
payah susah-susah. Elok la esok-esok. Tuan Haji tak payah nak risau.”
“Awat
ni?”
“Tak
ada apa.”
“Dah
tu… aw…”
“Nak
maghrib dah, tak nak pi surau? Saya nak mandi dan solat.” Nur Annisa memotong
kata-kata sekali lagi. Tuan Haji Esmael terdiam. Sedikit, hatinya terusik. Tuan
Haji Esmael keluar dari bilik tamu selepas Nur Annisa menolak dia daripada
membantunya bangun dan ke tandas. Tuan Haji Esmael tahu Nur Annisa berjauh hati
tapi sebab apa? Sebab dia merajuk di ladang? Atau terlupa Nur Annisa menunggu
dia di pejabat dengan kaki yang sakit? Tuan Haji Esmael tiada jawapan, lelah
terasa. Penat ya jaga hati orang?
to be continue...
komen ya!
much love readers!
2 comments:
Amboi annisa.Dah pandai merajuk dah.haha
Haha...masing2 dah pandai merajuk & terasa hati
Post a Comment