Part 8
Akibat
lewat menerima rawatan dan tidak mengehadkan penggunaan kaki yang sakit telah
menyebabkan kaki Nur Annisa di simen. Puas Nur Annisa menolak, sukar untuk dia
bergerak nanti. Kedegilan yang membuatkan doktor lagi bersungguh-sungguh mahu
kaki di simen. Jika tidak mungkin kaki itu akan mengalami masalah di masa
hadapan. Apabila Tuan Haji Esmael masuk campur Nur Annisa hanya mampu diam
membatu.
"Biaq
saya jalan sendiri." Nur Annisa menolak lagi saat Tuan Haji Esmael mahu
memberikan pertolongan kepadanya keluar dari kereta.
"Doktor
tak bagi gerak banyak guna kaki tu Annisa. Untuk kebaikan awak jugak."
Suara Tuan Haji Esmael sedikit tegas.
"Biaq.
Saya boleh. Takat kaki yang sakit ni, tak setanding sakit dekat hati saya. Dah,
Tuan Haji tak payah risau. Saya akan pastikan Tuan Haji tak perasan pun saya
ada dalam rumah Tuan Haji. Tuan Haji tak payah pening kepala, serabut kepala
nak pikir pasal saya. Saya boleh buat sendiri." Ujar Nur Annisa sedikit
membidas sinis kepada Tuan Haji Esmael.
Dengan
payah Nur Annisa berusaha untuk bangun berdiri di sisi kereta sebelum berusaha
untuk berjalan masuk ke rumah. Payah! Kakinya terasa dua kali berat dan masih
terasa sakit. Nur Annisa memaut segala apa yang ada di sisinya.
Tuan
Haji Esmael tidak berkata apa, pintu rumah dibuka dan terus masuk ke dalam
rumah meninggalkan Nur Annisa yang masih terkial-kial berjalan.
Nur
Annisa sekadar memandang langkah Tuan Haji Esmael. Sedih. Pedih. Tetapi jika
ini yang membuatkan semua orang yang disayanginya bahagia, dia terima.
"Saya
keluar pi reja. Nanti saya suruh mak cik Sabariah mai rumah masak. Apa-apa
bagitahu saya." Ujar Tuan Haji Esmael kepada Nur Annisa yang baru sahaja
melabuh duduk di sofa.
"Tak
payah suruh mak cik Sabariah mai. Saya boleh urus sendiri makan minum
saya." Nur Annisa menolak lagi. Tuan Haji Esmael menggeleng.
"Dari
semalam tak makan, hari ni jangan tahan lapar lagi."
"Pandailah
saya Tuan Haji. Saya bukan budak kecik."
"Iyalah.
Makan ubat. Apa-apa bagitau ya." Malas berlawan kata. Tuan Haji Esmael
masuk ke dalam kereta dan terus memandu pergi. Hatinya risau dengan keadaan Nur
Annisa.
'Ah!
Patutnya haritu aku sabar, kenapalah aku bertindak bodoh?!"
Hati Tuan Haji Esmael bertekak sesama sendiri.
Di
rumah, Nur Annisa cuba untuk membiasakan diri dengan kaki 'robot' nya itu.
Payah. Mujur sahaja ada tongkat yang diminta dari doktor. Mujur juga duit di
dalam simpanannya mencukupi untuk membayar kos rawatannya. Tuan Haji Esmael
mahu membayar tetapi cepat sahaja Nur Annisa menolak dan terus membuat bayaran.
Nur
Annisa mengeluh kuat. Penat! Jenuh dia berusaha untuk berjalan untuk ke tandas.
Mahu solat juga terasa sukar. Perut yang berkeroncong sedari pagi membuatkan
Nur Annisa semakin letih. Kini sudah hampir ke lewat petang. Lapar!
Bunyi
kaca pecah membuatkan Tuan Haji Esmael yang sedang membuka kasut di depan terus
berlari masuk ke dapur.
"Awat
ni Annisa. Annisa okay ka?" Soal Tuan Haji Esmael sebaik melihat Nur
Annisa berpaut di kabinet dapur dan gelas kaca berterabur pecah di lantai.
"Okay."
Ujar Nur Annisa dengan suara serak menahan tangisan.
"Nak
minum ayaq ka?" Soal Tuan Haji Esmael sambil menyapu kaca yang
berteraburan.
Nur
Annisa sekadar mengangguk perlahan. Masih berpaut pada kabinet dapur. Selesai
mengemas kaca, Tuan Haji Esmael memeluk pinggang Nur Annisa dan memimpin ke
kerusi meja makan. Kali ini Nur Annisa tidak menolak bantuan suaminya.
"Dah
makan belum?" Tuan Haji Esmael menyoal lagi, sambil menghulurkan air sejuk
kepada Nur Annisa. Nur Annisa mengangguk perlahan, membuatkan Tuan Haji Esmael
berkerut memandang dapur yang seakan tidak digunakan.
"Makan
apa?" Soal Tuan Haji Esmael lagi.
"Biskut."
Nur Annisa menunjuk kepada balang biskut marie yang ada di atas meja. Tuan Haji
Esmael menggeleng kepala. Baju t-shirt lengan panjang disinsing ke siku. Bersedia
untuk memasak.
"Saya
masak mee goreng ya. Dah Asar, solat belum?"
"Belum."
"Solat
dulu, lepas solat kita makan." Nur Annisa kemudian terus berdiri dan mahu
bergerak ke bilik. Laju sahaja Tuan Haji Esmael memaut pinggang Nur Annisa membantu
dia bergerak ke bilik.
Sampai
di bilik Tuan Haji Esmael membantu menyediakan tempat solat Nur Annisa serta
membantu Nur Annisa mengambil wudhuk. Semua terasa mudah dengan bantuan Tuan
Haji Esmael.
"Solat
zuhur macam mana?"
"Duduk
dekat katil." Nur Annisa menjawab perlahan, tangan laju menyuap mee goreng
hasil air tangan Tuan Haji Esmael.
"Wuduk?"
"Jalan
slow-slow."
"Lain
kali tak boleh toksah kata boleh. Annisa, Annisa..." Nur Annisa mengerling
sekilas. Mulut terus menyuap mee goreng.
“Sama
juga macam Tuan Haji, kalau tak percaya cakap tak percaya, tak payah dok diam
saja.” Nur Annisa membidas. Tuan Haji Esmael terdiam seketika.
"Saya
minta maaf sebab cakap macam tu dekat Annisa. Saya tahu saya tak patut. Saya
minta maaf naa."
"Tak
apalah Tuan Haji, saya memang salah. Kalau tak, takkanlah ibu dengan abah mai
sini tibai saya. Saya dah biasa. Dah nak lali dah rasanya."
"Awat
dok panggil Tuan Haji? Saya suka Annisa panggil saya pak cik dari dok panggil
Tuan Haji. Rasa jauh sangat kalau panggil Tuan Haji." Sejak di ladang
tempoh hari Nur Annisa mula memanggil dirinya dengan gelaran Tuan Haji.
Janggal.
"Lebih
sesuai. Tak akan sakitkan hati Tuan Haji. Tanda saya hormat Tuan Haji."
"Atau
Annisa terasa dengan saya? Saya minta maaf sebab merajuk tiba-tiba. Terasa sikit
tapi Annisa tentu terasa lagi banyak kan?" Nur Annisa yang sudah habis
makan hanya memandang kosong ke arah Tuan Haji Esmael.
"Jangan
dok diam saja. Saya tak boleh kalau tak dengar suara Annisa, gurauan Annisa.
Boleh sasau saya rasa." Tuan Haji Esmael menambah. Senyumannya terukir di
bibir. Memancing dengan gurauan. Namun tiada balasan. Dingin sahaja Nur Annisa.
"Penatlah.
Saya nak masuk bilik." Nur Annisa bingkas bangun dan cuba ke sinki dengan
pinggan kotor. Tuan Haji Esmael menahan.
"Selagi
kaki Annisa tak baik, selagi itulah semua saya akan uruskan." Tuan Haji
Esmael mengambil pinggan kotor di tangan Nur Annisa dan terus dibawa ke sinki.
Kemudian Nur Annisa dipimpin ke depan.
"Nak
tengok tv dulu?"
"Tak
nak. Nak masuk bilik." Terus sahaja Nur Annisa dibawa ke bilik. Nur Annisa
terus menyandar ke kepala katil.
"Apa-apa
panggil. Saya ada kat luaq ja." Pesan Tuan Haji Esmael, Nur Annisa sekadar
mengangguk kepala.
"Saya
keluar dulu. Ingat ya, panggil saya kalau ada apa-apa." Nur Annisa sekadar
memandang kosong. Hilang sahaja Tuan Haji Esmael dari bilik, Nur Annisa
menghela nafas kuat. Penat. Penat untuk terus menahan ego begitu. Cuma hatinya
terluka dengan hilangnya kepercayaan Tuan Haji Esmael kepada dirinya.
Malam
itu sebelum ke Surau, Tuan Haji Esmael membantu Nur Annisa untuk membersihkan
diri dan bersedia untuk solat. Mulanya Tuan Haji Esmael mahu solat bersama-sama
Nur Annisa tetapi Nur Annisa berkeras mahu Tuan Haji Esmael ke surau. Tidak
mahu orang kampung mula membuat cerita yang bukan-bukan tentang dia.
“Pi
ja surau. Saya okay."
"Takkan
saya nak tinggai gutu ja. Bukan wajib pun."
"Pi
jalah. Esok dengaq orang kampung kata saya menghambakan Tuan Haji sampai tak pi
surau. Nanti Tuan Haji serabut pula." Nur Annisa masih membidas.
"Takdaklah
sampai lagutu."
"Pi
ja lah. Nanti saya juga jadi mangsa. Saya tak nak taik kat badan saya tercalit
dekat Tuan Haji. Cukuplah setakat apa yang orang kata."
"Annisa."
Tuan Haji Esmael menggeleng. Nur Annisa terlalu berjauh hati.
Di
surau, Tuan Haji Esmael bertembung dengan Sulaiman. Jika selalu, Tuan Haji
Esmael akan menegur dengan penuh mesra. Kali ini, Tuan Haji Esmael sekadar
memandang sahaja. Tiada reaksi. Sulaiman menjadi malu alah. Keterlanjuran
perbuatannya memburukkan hubungan mereka. Sepatutnya semakin akrab tetapi kini
lain pula.
Usai
solat isyak, Tuan Haji Esmael bertemu imam Ahmad. Dia perlukan nasihat. Soal
perkahwinan dan soal fitnah dan tohmahan ke atas Nur Annisa. Tuan Haji Esmael
mahu bersihkan kembali nama dan maruah Nur Annisa di mata dan mulut orang
kampung. Kebenaran perlu di ungkapkan.
“Awat
muka chom saja pengantin baru ni?” Imam Ahmad bergurau. Sengaja mengusik Tuan
Haji Esmael, membuatkan Tuan Haji Esmael menguntum senyuman tawar.
“Banyak
sangat ujian Allah dekat saya. Saat saya mula sayangkan seseorang, hebat dugaan
datang. Rasa resah tak tenang dekat sini.” Tuan Haji Esmael menunjukkan ke
dadanya. Imam Ahmad mengangguk, tanda mengerti apa yang ingin disampaikan Tuan
Haji Esmael.
“Inilah
perkahwinan. Ada manis. Ada pahit. Apa yang penting adalah kepercayaan dan
kesetiaan.” Tutur kata Imam Ahmad mengingatkan Tuan Haji Esmael kepada
kata-kata Nur Annisa. Kepercayaan.
“Saya
percaya Nur Annisa isteri yang baik. Perempuan yang baik. inshaAllah solehah.”
“Dah
tu apa yang buat Tuan Haji rasa tak tenang, rasa resah?”
“Bolehkah
saya lindungi dia dari fitnah yang datang bertalu-talu. Tak tahu kenapa orang
kampung ni macam tak suka Nur Annisa. Ibu dengan abah mertua saya tu pun tak
suka Nur Annisa. Pelik juga saya.”
“Dah
tanya Nur Annisa?” Imam menyoal.
“Sudah.
Tapi dia pun tak tahu.” Imam Ahmad sekadar mengangguk perlahan. Air kopi yang
disediakan isterinya disisip perlahan.
“Kisah
dari dia kecik lagi Tuan Haji. Mungkin Tuan Haji pernah dengaq kisah ni. Kisah
lama. Ada yang masih ingat, ada yang dah lupa dan ada yang tak nak ambil tau.
Yang kecohnya, yang masih dok ingat nilah. Depa ni lah yang bawa mulut.
Allahuakbar.” Imam Ahmad berjeda.
“Kisah
apa? Pasai Nur Annisa?” Tuan Haji Esmael menyoal. Imam Ahmad terus sahaja
mengangguk.
“Kisah
pasal budak sial.” Imam Ahmad membuka cerita. Tuan Haji Esmael mengerut kening.
Budak sial?
“Ingat
tak lama dulu, rasanya masa Tuan Haji belasan tahun kampung kita kecoh ada bayi
dilahirkan pada malam 10 orang nelayan kampung sebelah mati pasai ribut dekat
laut?” Tuan Haji Esmael mengangguk laju.
“Bayi
tu Nur Annisa?” Tebak Tuan Haji Esmael, Imam Ahmad mengangguk.
“Orang
mula kata, siallah siapa yang lahir malam tu. Apa lagi kena tempiaslah Sulaiman
dengan Hanem sebab Nur Annisa lahir malam tu. Tak ada kaitan pun sebenaqnya
tapi biasalah manusia suka percaya karut semua ni. Orang kampung makin percaya,
bila Sulaiman mula jatuh susah, mak ayah Sulaiman dengan Hanem pun kemalangan
maut. Satu kampung hampir percaya yang Nur Annisa membawa sial atau malang.
Sejak tu Hanem tak berapa suka Nur Annisa.” Tuan Haji Esmael menggeleng kepala.
“Nur
Annisa ni budaknya baik, bijak dan sangat hormatkan orang. Tengoklah belajaq
sampai Universiti. Budak kampung kita boleh kiralah siapa saja yang keluar
kampung sebab pi belajaq. Kesian kalau Tuan Haji tengok dia membesaq. Ada
sahaja tak kena dekat mata Hanem pasai Nur Annisa, sampai Nur Ain pun tak suka
dekat dia.” Imam Ahmad menambah.
“Sebab
tu saja? Tapi memang saya pernah dengaq hal tu. Masa tu tak ambik port sangat.
Muda lagikan. Yang Nur Ain macam beria-ria tak suka kenapa pulak?” Tuan Haji
Esmael menyoal lagi.
“Sebab
Nur Annisa ni cantik. Bijak. Hanem pula sayangkan Nur Ain lebih dari anak-anak
yang lain. Itu saja.”
“Tapi
takkanlah soal budak sial tu sampai la orang kampung tak suka dekat dia?” Tuan
Haji Esmael menyoal lagi.
“Tuan
Haji ni buat tak faham ka apa?” Imam Ahmad ketawa membuatkan Tuan Haji Esmael
hairan.
“Apa
dia? Memang tak faham.” Jujur sahaja Tuan Haji Esmael membalas.
“Nur
Annisa ni dari dulu orang dok kata dia. Kata hat buruk tapi ada hat syok kat
dia juga. Omar tulah. Tapi Nur Annisa ni tak layan. Memang dia jaga diri dia
elok. Bukan Omar saja yang syok dekat dia, Hussin tu pun sama.” Tuan Haji
Esmael terkejut besar. Patutlah!
“Ramai.
Nur Annisa tu paling lawa dalam kampung kita. Belajaq tinggi. Lepas tu pulak,
Nur Annisa ni pi reject depa pula.
Mau tak marah. Sekarang ni orang kampung jadi bertambah panas hati sebab Tuan
Haji Esmael pi kahwin dengan Nur Annisa pulak dah.” Imam Ahmad ketawa lagi.
Membuatkan Tuan Haji Esmael hairan. Awat dok gelak?
“Apa
pasai pulak? Rasanya orang tau kut sebab apa saya kahwin dengan Annisa.”
“Awat
nak kata pasai fitnah Omar tu ka?”
“Iyalah.
Saya cuba selamatkan Nur Annisa dari fitnah tu.”
“Saya
tau, Tuan Haji memang suka Nur Annisa. Dah lama saya tau.” Imam Ahmad
mengangkat keningnya. Mengusik Tuan Haji Esmael yang sudah malu-malu.
“Pasai
apa orang panas hati saya kahwin dengan Nur Annisa?” Tuan Haji Esmael
cepat-cepat menyoal, menukar topik.
“Awat?
Gabra ka?” Imam Ahmad ketawa lagi.
“Tuan
Haji saja noh buat tak tau, satu kampung ni dok tunggu siapa Tuan Haji nak
jadikan isteri, semua yang ada anak dara dok pi melayuq depan Tuan Haji takkan
tak sedaq?” Tuan Haji Esmael sekadar tersengih.
“Hussin
antaranya. Sebab tu dia yang paling banyak nak cari kesalahan Nur Annisa.”
“Kiranya
Hussin ni syok dekat Annisa dan nak saya jadi menantu dia? Lagutu?” Imam Ahmad
mengangguk.
“Patutlah,
beria-ria dia burukkan Annisa. Sebab cinta tak kesampaian saja, dia sanggup
burukkan isteri saya.” Tuan Haji Esmael menggeleng.
“Manusia.
Biasalah. Bila hati ni dah ada satu titik hitam, syaitan yang dok sedia ada
akan berusaha nak tambah titik hitam tu. Sabaq. Doa banyak-banyak. inshaAllah.”
Imam Ahmad menasihat.
“Saya
ni dah tua, beza banyak sangat dengan Nur Annisa. Bila orang dok mai kata
macam-macam, saya kadang jadi nak percaya dengan depa. Entahlah.” Tuan Haji
Esmael meluahkan rasa hati.
“Awat?
Nur Annisa merajuk ka? Biasalah, isteri ni fitrah dia, manja. Depa nak manja
dengan sapa lagi kalau bukan suami. Jadi, suami kena sabaq. Layan saja.
inshaAllah. Nur Annisa kurang dicurahkan kasih sayang tapi hati dia penuh kasih
sayang. Tuan Haji akan bahagia.” Kata-kata Imam Ahmad yang membuatkan Tuan Haji
Esmael tersenyum lebar.
“InshaAllah.
Terima kasih imam. Kurang sikit rasa tak senang.”
“Alhamdulillah.
Sabaq saja. Beza umuq tu bukan penghalang. Nur Annisa tu dengaq kata,
inshaAllah merajuk dia tak lama.”
“Imam
kenai sungguh Nur Annisa. Banyak cerita pasai Annisa Imam tau.”
“Awat
hang cemburu ka?” Imam Ahmad mengusik. Tuan Haji Esmael tersengih, ada terselit
rasa cemburu setelah banyak cerita yang Imam Ahmad tahu tentang Nur Annisa.
“Nur
Annisa masa dia sekolah rendah mengaji dengan isteri saya. Masa sekolah
menengah dia dok asrama, cuti sekolah dia mesti mai. Mengadu dengan isteri
saya. Kami ni tak ada anak perempuan, jadi bila dia dok mai, rasa kosong tu
jadi penuh. Kesian dia, Hanem suka pukul dia. Kadang datang sini sambil dok
teriak-teriak.”
“Imam
tak ada bincang dengan Cik Man?”
“Puas
dah. Cik Man belahkan Hanem. Katanya betui apa Hanem buat. Buang sial yang ada.
Saya pun tak tau dah Tuan Haji. Bila habis sekolah, Nur Annisa ada habaq dia
nak pi belajaq jauh, mungkin bila jauh ibu dengan abah dia akan rindu.
Sayangnya, depa suka dia pi jauh-jauh. Tengok saja Tuan Haji menikah kalut-kalut
sebab Hanem halau dia keluaq. Tak tau nak kata lah Tuan Haji.”
“Sampai
macam tu sekali.”
“Kami
laki bini sujud syukur bila Tuan Haji ambil Nur Annisa jadikan isteri. Hati ni
rasa bahagia, Allah Maha Baik, Maha Penyayang lagi Maha Pengasih. Terima kasih
noh Tuan Haji. Jaga Nur Annisa baik-baik. inshaAllah, saya jamin Tuan Haji
takkan rasa sunyi dah lepas ni.”
“Awat
kata lagu tu. Saya biasa-biasa saja. inshaAllah amin. Doa juga Annisa lembut
hati. Saya tak pandai pujuk perempuan. Tambah-tambah umuq macam Annisa, rasa
payahnya.”
“Betui
noh, orang lama ni bagi ayat-ayat bunga dah kena gaya. Budak muda, jenuh! Apa
pun good luck la noh.” Imam Ahmad
ketawa lagi. Seronok mengusik Tuan Haji Esmael yang sudah tergaru-garu kepala.
Haa... sudah!
to be continue!
TUAN HAJI ESMAEL BOLEH KA PUJUK ANNISA?
CER KOMEN SIKIT.
4 comments:
Amboii...imam, siap good luck...
THE boleh....hihi..X lama Annisa merajuk tu
jenuh garu kepala la THE tu,dok pikiaq cmna nk pujuk bini.haha
Annisa kan dah merajuk jenuhlah abang aji nak pujuk. Tapi orang lamakan mesti ada cara...mesti boleh...chaiyok...chaiyok
Kak min
Boleh punya... Cayalah THE
Post a Comment