Sunday, April 22, 2018

Mini Novel 2018 : Tuan Haji Esmael (T.H.E) - Part 11


Part 11

Nur Annisa menghidangkan nasi lemak hasil air tangannya. Dia masih tidak membongkarkan penipuannya sebelum mereka berkahwin. Sengaja membiarkan Tuan Haji Esmael tidak tahu.

“Bau sedap sangat ni. Aish… tak sabaq nak rasa ni.” Ujar Tuan Haji Esmael sewaktu melabuh duduk di kerusi meja makan. Nur Annisa mencedok nasi ke pinggan Tuan Haji Esmael.

“Cubalah, nanti bagi bintang naa…” Nur Annisa tersenyum sahaja. Harap-harap sedap, sudah lama tidak memasak sejak kakinya sakit tempoh hari.

“SubhanaAllah… sedapnya. Betui ka tak pandai masak ni?” Tuan Haji Esmael menyoal. Nur Annisa cuma menjungkit bahu.
“Hat mana sedap lagi? Nasi lemak Nisa atau Mak cik Husna?”

“Annisa la menang. Sambal Annisa ni cukup rasa. Sedap sangat sayang.” Belakangan ini Nur Annisa perasan, Tuan Haji Esmael kerap membahasakan diri Nur Annisa dengan sayang.

“Kalau sedap, jangan pi beli dah naa… nak makan nasi lemak habaq ja, Nisa buatkan.” Ujar Nur Annisa sebelum turut menikmati sarapan mereka pagi itu. Sedang asyik menjamu selera pintu rumah diketuk dari luar. Terdengar suara memberi salam. Nur Annisa bingkas bangun.

“Waalaikummussalam. Imam, Ustazah!” Nur Annisa terus memeluk Ustazah Mastura yang amat dirinduinya.

“Eh, imam… ustazah. Jemputlah masuk. Annisa ni rindu sangat ka sampai tak jemput masuk ni.” Tuan Haji Esmael yang baru sampai ke muka pintu menjemput masuk, sambil sempat mengusik Nur Annisa.

“Rindu sangat. Lama kut tak jumpa. 5 bulan ada kut Ustazah?”

“Lima bulan saja Nur Annisa, malu aih dok peluk ustazah depan Tuan Haji lagu ni.” Ustazah Mastura memicit hidung Nur Annisa. Dia juga rindu anak angkatnya itu.

“Abang okay ja, sempoi.” Nur Annisa mengusik, ibu jari diangkat. Tuan Haji Esmael ketawa.

“Ada apa imam datang, dengan ustazah sekali ni?” Nur Annisa berlalu ke dapur membuat air.

“Saya yang ajak imam datang. Pagi tadi dekat surau, saya ada dengaq orang dok mengata Nur Annisa. Saya nampak dia nangis, terus laju keluaq surau. Saya risau sebab tu saya datang sini.” Ustazah Mastura bersuara. Suaminya dipandang sekilas.

“Annisa memang menangis tadi. Dia pun ada bagitau saya hal tu. Terima kasih ustazah ambik berat hal Annisa.” Ujar Tuan Haji Esmael. Nur Annisa tiba dengan sedulang air.

“Ni Nur Annisa okay ka?” Imam Ahmad menyoal Nur Annisa yang sedang menuang air.

“Okay saja. Alhamdulillah. Ada suami yang rajin pujuk, rasa senang hati ja lah.” Nur Annisa memandang Tuan Haji Esmael dengan senyuman melebar.

“Alhamdulillah. Ustazah tak berkenan apa depa dok kata. Hal lama. Hal yang tak patut nak disebut lagi. Nak buat lagu mana pun tak tau.” Ustazah Mastura meluahkan rasa hatinya.

“Tak apalah ustazah. Nisa okay. Kalau dulu mungkin Nisa akan lari lagi. Sekarang Nisa dah ada hero Nisa. Orang yang akan selalu lindungi Nisa.”

“Alhamdulillah. Lega hati ustazah Nur Annisa bahagia macam ni. Pipi pun makin tembam.” Ustazah Mastura sempat mencubit manja pipi Nur Annisa. Nur Annisa mencebik.

“Makan banyak dia ni. Kalau tak buat apa, reja mengunyah saja.” Tuan Haji Esmael mengusik. Nur Annisa mencerlun mata.

“Abang yang masak sedap sangat. Abang juga yang tak bagi Nisa buat apa-apa naa.”

“Yalah-yalah… kami mai ni nak tanya hal semalam sama. Bila nak pi lapor polis? Saya nak ikut sama.” Imam Ahmad mencelah.

“Lepas ni nak pi. Dok makan tadi. Jom lah makan sekali, Annisa masak nasi lemak. Sedap betui.” Tuan Haji Esmael menjemput.

“Nur Annisa ni kalau masak apa pun sedap. Lagi-lagi sambal udang dengan keli salai masak cili padi. Boleh bertambah banyak kali, orang azan pun tak dengaq.” Imam Ahmad bergurau. Tuan Haji Esmael berkerut dahi. Nur Annisa mula cuak. Kantoi sudah….

“Jom kita makan dulu, satgi abang dengan imam boleh pi balai polis buat laporan. Jom ustazah.” Nur Annisa cepat-cepat bergerak ke dapur.

Nur Annisa menghidangkan nasi kepada Imam Ahmad dan Ustazah Mastura. Dalam masa yang sama, dia mencuri pandang ke arah Tuan Haji yang memandangnya tajam. Nur Annisa takut. Marahkah dia?

Kerusi di sebelah Tuan Haji Esmael ditarik sebelum dia melabuh duduk. Jari Nur Annisa mencuit badan Tuan Haji Esmael. Curi-curi, Nur Annisa membisikkan kata-kata maaf kepada Tuan Haji Esmael.

Tuan Haji Esmael langsung tidak mengendahkan Nur Annisa. Dia buat-buat sibuk berborak dengan Imam Ahmad. Merajuk. Nur Annisa mencebik. Ustazah Mastura memandang pelik kepada kedua-duanya.

“Tak payah angkat, saya boleh bawa ke sinki.” Ujar Tuan Haji Esmael kepada Imam Ahmad dan Ustazah Mastura yang mahu bangun mengangkat pinggan kotor ke sinki. Nur Annisa menuangkan air kopi kepada Imam Ahmad dan Ustazah Mastura sebelum menghampiri Tuan Haji Esmael yang merajuk dengannya.

“Abang… sorry. Tak ada niat pun nak tipu.” Nur Annisa memintal-mintal lengan baju Tuan Haji Esmael. Imam Ahmad dan Ustazah Mastura saling berpandangan dengan senyuman. Dua-dua manja!

“Abang… tak mau la lagu ni. Tak sayang Nisa ka?” Nur Annisa bersuara lirih. Tuan Haji Esmael yang sedang membasuh pinggan mengeluh kuat sebelum kalih memandang Nur Annisa yang sudah mendung dan hampir hujan.

“Apa lagi Annisa tipu abang?” soal Tuan Haji Esmael. Suara sengaja ditegaskan.

“Hat semua Nisa kata kat pondok tu. Hat yang last tu ja, Nisa reti buat semua tu. Kan Nisa dok asrama mestilah tau.” Nur Annisa takut memandang mata Tuan Haji Esmael yang tajam memandang ke arahnya.

“Kenapa tipu?”

“Nisa ingat kita kahwin lambat lagi masa tu. Nisa saja nak tengok abang ni ikhlas ka dak nak kahwin dengan Nisa. Nisa ingat nak tipu sat ja, tak sangka kena kahwin malam tu jugak. Sorry. I love you.” Nur Annisa menjelaskan.

“Kiss pipi abang dulu. Baru abang maafkan.” Tuan Haji Esmael sengaja mengenakan Nur Annisa.

“Satgi imam dengan ustazah nampak, malu.” Ujar Nur Annisa sambil mengisyarat kepada Imam Ahmad dan Ustazah Mastura yang sejak dari tadi memandang ke arah mereka. Walaupun ruang makan agak jauh sedikit dan terlindung tetapi masih boleh nampak.

“Kalau malu takpalah.” Tuan Haji Esmael menutup pili air dan mengelap tangannya. Baru hendak melangkah pergi, Nur Annisa menahan. Terus sahaja pipinya terasa lembut dicium Nur Annisa. Bibirnya terus sahaja terukir dengan senyuman lebar.

“I love you too.” Baru hendak merangkul Nur Annisa ke dalam pelukan, terdengar deheman panjang Imam Ahmad dan suara ketawa Ustazah Mastura. Tuan Haji Esmael mula tergaru-garu kepala.

“Eh, imam jom kita pi balai. Sat gi lewat, lambat balik pula.” Tuan Haji Esmael cepat-cepat mengajak Imam Ahmad.

“Memang dok tunggu dari tadi, tapi biasalah orang baru-baru kahwin ni, drama banyak sangat. Jomlah.” Sempat lagi Imam Ahmad mengenakan Tuan Haji Esmael yang sudah memerah muka.

Nur Annisa menekup mulutnya menahan ketawa. Malu juga, tapi ditahan sahaja. Suami dia, malu apa!

“Hari tu ada Tuan Haji datang rumah jumpa Imam. Minta nasihat sebab Annisa merajuk, tapi Ustazah tengok, bukan main manja hampa dua ni.” Ustazah Mastura mengusik. Nur Annisa yang sedang mengemaskan meja makan tersipu-sipu malu.

“Merajuk sat ja. Biasalah baru nak kenai siapa Tuan Haji tu sebenaq-benaqnya.”

“Dah kenai ka?”

“Alhamdulillah. Allah jodohkan Nisa dengan seorang lelaki yang sangat sabar dan sayangkan Nisa. Syukur sangat.”

“Allah Maha Baik Nur Annisa… Tuan Haji pandai pujuk noh, Nur Annisa yang Ustazah kenai payah betui nak okay kalau merajuk.” Ustazah Mastura tersenyum penuh makna. Nur Annisa tersenyum besar.

“Tuan Haji layan saja perangai Nisa. Masak semua yang Nisa nak makan sepanjang Nisa sakit kaki. Setiap hari ada saja lawak yang dia buat, walaupun tak lawak tapi senang hati jugalah. Yang paling menyejukkan hati, setiap selepas solat Tuan Haji sentiasa doakan untuk Nisa. Jadikan isteriku, bidadari syurga buatku. Sejukkkk hati dengaq ustazah.”

“Alhamdulillah. Kamu dua-dua dah lama mencari kebahagiaan. Ustazah harap, Nur Annisa berusaha untuk terus jadi bidadari syurga buat Tuan Haji Esmael. inshaAllah, bahagia dunia dan akhirat.”

“Amin.”

“Ibu Nur Annisa macam mana?”

“Dah lama tak jumpa Ustazah, last ibu mai dia tibai Nisa dengan batang paip. Ibu tak pernah nak percaya yang Nisa tak pernah buat perkara yang bukan-bukan. Tak pernah.” Nur Annisa duduk bertentangan dengan Ustazah Mastura di meja makan.

“Ibu tetap memegang syurga buat seorang anak walaupun anak dah berkahwin.”

“Nisa tau tapi Nisa tak tau nak buat lagu mana lagi bagi ibu percaya dengan Nisa.”

“Buat biasa sahaja Nur Annisa, lambat laut ibu akan tahu perkara yang sebenar-benarnya. Ibu akan kenal siapa Nur Annisa sebenarnya macam mana.” Ustazah Mastura memujuk hati Nur Annisa yang jauh berlari dari ibunya, Hanem.

to be continue...
maaf ya seminggu baru boleh post!
komen juga ya.

4 comments:

Anonymous said...

Tq atas n3 baru ni masalah dah selesai ke?...
Alahai merajuk manja pulak abang aji ni...dapat suami tua pun takpalah tapi hati senang.

Kak min

Siti said...

Makin sweet....

Anonymous said...

Sweet..

Anonymous said...

Kenapa bab 12 x boleh baca lagi..huhu

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders