Thursday, April 12, 2018

Mini Novel 2018: Tuan Haji Esmael (THE) - Part 9


Part 9

            Tuan Haji Esmael memandang Nur Annisa yang sudah tertidur di sofa ruang tamu. Sudah 30 hari, tetapi kaki Nur Annisa masih berbalut. Simen telah dibuka, namun masih perlu dibalut kerana masih belum sembuh.

            “Tuan Haji buat apa ni?” Soal Nur Annisa yang terkejut apabila terasa ada orang memegang kakinya.

            “Nak boh minyak sikit. Bagi cepat baik.” Tuan Haji Esmael menyapu perlahan minyak ke kaki Nur Annisa.

            “Tak payahlah. Sat gi saya boh sendiri.” Nur Annisa segan, walaupun sudah sebulan lebih menjadi isteri, pelbagai kejadian yang berlaku membuatkan dia mahu menjarakkan diri dengan Tuan Haji Esmael.

            “Tak apa aih. Dok saja-saja ni biaq saya sapu ubat.” Tuan Haji Esmael menarik kaki Nur Annisa dan meletakkannya di paha. Nur Annisa mengetap bibir terpaksa menurut sahaja.

            “Cerita apa ni?” Tuan Haji Esmael menyoal sekadar membuang rasa janggal dan sunyi di antara mereka.

            “Drama adaptasi novel. Novel hat Tuan Haji beli dekat saya haritu.” Nur Annisa mengingatkan tentang novel yang dia minta Tuan Haji belikan.

            “Patutlah kalut suruh pi cari. Dok tengok drama rupanya.” Nur Annisa tersengih saja.

            “Syok. Sweet saja.”

            “Ni saya dok sapu minyak ni sweet dak?” Tuan Haji Esmael mengusik Nur Annisa. Nur Annisa mencebik.

            “Tak sweet tapi sawit.” Tuan Haji Esmael ketawa kecil.

            “Annisa marah saya lagi ka?” Tuan Haji Esmael yang selesai menyapu minyak, bangun dan terus melabuh duduk di sebelah Nur Annisa. Nur Annisa mengerling sekilas.

            “Bila pulak saya marah Tuan Haji?”

            “Kalau tak marah, awat dok panggil Tuan Haji?” Nur Annisa mengeluh perlahan.

            “Lebih selesa.”

            “Tapi saya suami Annisa.”

            “Suami tapi tak percaya saya buat apa. Sama jalah macam orang luaq.”

            “Kan saya dah minta maaf. Saya silap. Saya ikut hati sangat.”

            “Tak apa. Biaqlah. Okay apa panggil Tuan Haji.” Nur Annisa masih membela diri.

            “Isteri kena panggil suami dengan panggilan hormat dan menunjukkan kasih sayang.”

            “Tuan Haji. Tak cukup hormat lagi?” Bidas Nur Annisa.

            “Tak ada rasa kasih sayang.” Tuan Haji Esmael menempelak.

            “Dah tu Tuan Haji nak saya panggil pak cik macam sebelum ni? Ingat saya tak tau Tuan Haji malu saya panggil macam tu, sedangkan...” Nur Annisa mematikan kata-kata.

            “Sedangkan Annisa panggil pak cik sebab rasa sweet dan manja?” Tuan Haji Esmael menyambung. Nur Annisa diam sahaja. Dalam hati dia mengiyakan.

            “Saya minta maaf ya Nur Annisa. Khilaf saya. Saya manusia biasa. Saya hilang sabar, saya terlepas kata. Panggillah apa-apa pun kecuali Tuan Haji. Boleh?” Tangan Nur Annisa digenggam erat. Nur Annisa memandang Tuan Haji Esmael.

            “Apa-apa? Betul?” Nur Annisa memandang dengan mata yang dikecilkan. Akal nakalnya mula muncul.

            “Iya, apa-apa ja. Asal bukan Tuan Haji.”

            “Okay.”

            “Okay? Annisa nak panggil saya apa?”

            “Baby.” Tuan Haji Esmael terus terdiam. Nur Annisa menjawab dengan serius mata tidak memandang Tuan Haji Esmael. Dalam hati Nur Annisa menahan ketawa.

            “Baby? Takkanlah?” Tuan Haji Esmael menyoal, risau. Kalau orang kampung dengar, mau muntah hijau!

            “Awat? Tak boleh? Kata apa-apa pun.” Nur Annisa serius. Tuan Haji Esmael mengerut kening, bibir cuba mengukir senyum.

            “Boleh, dalam rumah ni macam okaylah. Tapi kalau dekat luaq Annisa panggil saya baby, lembu saya pun lari.”

            “Lah awat pulak?”

            “Baby apa tua lagu ni.” Nur Annisa meletus ketawanya yang disimpan.

            “Saya gurau jalah. Saya hormat suami saya. Saya akan panggil awak dengan panggilan yang sebaik-baiknya. inshaAllah.” Nur Annisa mengeratkan genggaman tangan yang tidak dilepaskan Tuan Haji Esmael sedari tadi. Jawapan yang membuatkan Tuan Haji Esmael tersenyum lebar.

            “Kira Annisa dah tak merajuk dah ni?” Terus sahaja Nur Annisa menarik tangannya laju.

            “Merajuk lagi tapi...”

            “Tapi apa?”

            “Kalau la ni Tuan Haji boleh goreng mee dekat Nisa, erm... Nisa janji tak merajuk dah lepas ni.”

            “Siap sekarang jugak!” Laju sahaja Tuan Haji Esmael berdiri dan terus masuk ke dapur. Nur Annisa tersenyum, bahagia. Terima kasih Allah. Ujian ini mengeratkan kami. Kuatkan hati hamba ini untuk menyayangi suami yang Kau hadirkan untuk hamba belajar mencintai.

Selepas dua bulan. Barulah kaki Nur Annisa sembuh dan boleh berjalan seperti biasa. Tetapi masih tidak boleh terlalu lasak. Sepanjang dua bulan ini, Nur Annisa terpaksa mengalah dengan Tuan Haji Esmael. Semua perkara diuruskan oleh Tuan Haji Esmael. Mungkin itu yang membuatkan kaki Nur Annisa cepat sembuh.

Nur Annisa berjalan mengambil angin di sekitar sawah di belakang rumah Tuan Haji Esmael. Dua bulan dia berkurung sahaja, hari ini dia mahu mengambil angin luar. Sedang asyik melepas pandang. Bunyi motor yang mematikan enjin dan  suara orang berborak membuatkan Nur Annisa tertarik untuk melihat.

"Adik hang buatpa ja dekat rumah orang tua tu?" Omar menyoal. Nur Ain yang duduk di atas batu sekadar menjungkit bahu.

"Last mak aku pi taboh dia tu mak aku kata dia sakit kaki. Dengaq Mak Wan pun ada pi urut dia."

"Hang tak jealous ke dia dok rumah besaq? Air cond penuh kut rumah tu." Omar menambah lagi. Nur Ain sekadar mencebik.

"Sakit hati tau dak. Patutnya aku kahwin dengan orang tua tu alih-alih dia pula yang dapat kahwin dengan orang tua tu. Meluat aku. Penat aku plan dari kecik tau dak." Nur Ain menyedut air kelapa yang dihulurkan Omar dengan laju. Omar ketawa besar.

"Hang buatlah bagi orang tua ceraikan dia. Lepas depa cerai hang boleh buat plan baru." Omar mencadangkan. Nur Annisa yang bersembunyi dibalik rumpun buluh menekup mulut.

"Senang la hang cakap. Salah hang la, elok-elok abah aku bagi hang kahwin dengan dia hang berlagak tak mau. Sedangkan hang dah lama dok syok dekat dia kan?" Nur Ain membidas. Omar ketawa lagi.

"Aku memang syok dekat dia tapi aku suka dengan hang. Hang best." Omar menjungkit kening penuh makna. Nur Ain mencebik.

"Apa kita nak buat lepas ni?" Nur Ain menyoal.

"Buat apa lagi, buat bodoh sajalah."

"Habih tu setakat tu ja? Hang dulu bukan main rancang macam-macam nak bagi Nisa tu keluaq teruih dari sini. Dah tu la hang nak buat bodoh ja?" Omar seakan menyindir dan menambah rasa kepada Nur Ain.

Nur Annisa yang khusyuk mendengar perbualan antara Nur Ain dan Omar terasa pinggang dipeluk erat dari belakang. Mujur sahaja dia menekup mulut kalau tidak tentu sahaja Nur Ain dan Omar akan tersedar kehadirannya.

"Abang ni!!!" Bahu Tuan Haji Esmael dipukul perlahan beberapa kali, suara masih dikawal. Baru sahaja Tuan Haji Esmael mahu menyoal, Nur Annisa terus menekup mulut Tuan Haji Esmael dengan tangan. Nur Annisa membuat isyarat kepada Tuan Haji Esmael untuk diam dan mendengar.

"Aku rasa aku akan buat depa bercerai macam hang kata tu. Tapi hang kena main peranan. Kita perangkap hang dengan Nisa. Kali ni bagi kaw-kaw punya, sampai Tuan Haji pun percaya 100%" Nur Ain mula merangka.

Tuan Haji Esmael menggeleng kepala. Gigi diketap rapat, menahan marah. Nur Annisa yang perasan kemarahan Tuan Haji Esmael itu, terus menepuk perlahan belakang Tuan Haji Esmael, menyabarkan lelaki itu.

Selepas Nur Ain dan Omar beredar dari situ, barulah Tuan Haji Esmael dan Nur Annisa pulang ke rumah. Tuan Haji Esmael meneguk laju air sejuk yang dihulurkan Nur Annisa.

"Marah nampak?" Nur Annisa menyoal dengan senyuman terukir di bibirnya.

"Mau tak marah. Kurang ajaq betui depa dua tu. Ada hati nak pisahkan kita. Apa ingat kita ni semudah tu ka nak bercerai? Geram betui. Ikut hati abang, abang nak pi tumbuk ja depa dua." Nur Annisa mendekati Tuan Haji Esmael.

"Sabar. Cepat sangat melatah. Okaylah tu kita dah tau. Kalau tak tau memang jenuh jugaklah."

"Annisa tak marah ka dengaq apa depa dua dok kata tu?" Tuan Haji Esmael menyoal melihat Nur Annisa seakan tidak terusik langsung dengan segala apa yang telah mereka dengar.
"Marah tapi lebih kepada terkejut dan kecewa. Kakak Nisa tu tu. Abang ingat apa? Kalau abang nak tumbuk Nisa rasa nak tembak terus ja. Tapi kita tak boleh melatah lagu tu."

"Sapa ja tak melatah, rupanya depa dua yang dok burukan Annisa. Berani betui depa kacau isteri abang. Haish!" Nur Annisa ketawa melihat Tuan Haji Esmael melepas marah dan geram.

"Gelak pulak."

"Comei aih dok marah lagu ni. Buat Nisa jatuh cinta." Nur Annisa mula mengusik manja.

"Serious sikit." Tuan Haji Esmael tidak mahu berharap lebih. Hubungan mereka masih baru dibina. Selepas dua bulan lebih berusaha memujuk dan merawat hati Nur Annisa yang dilukainya, Tuan Haji Esmael takut untuk berharap apa-apa.

"Abang tak boleh dok marah lagu ni. Mana entah Tuan Haji Nisa yang penyabar tu?" Nur Annisa tidak mahu Tuan Haji Esmael terus diselubungi kemarahan.

Tubuh Tuan Haji Esmael yang begitu hampir terus di peluk erat. Pelukan yang mengejutkan Tuan Haji Esmael, namun beberapa saat kemudian Tuan Haji Esmael membalas pelukan.

"Dah okay?" Soal Nur Annisa, kepala diangkat memandang Tuan Haji Esmael yang sudah tersenyum lebar. Tuan Haji Esmael mengangguk perlahan.

"Alhamdulillah kita dapat dengar semuanya. Kalau benda tu berlaku tanpa kita tau kebenarannya, Nisa pasti abang pun akan percaya. Bukan Nisa kata abang tak percaya Nisa tau. Hal-hal macam tu memang mudah hasut hati kita, walau macam mana cinta sekali pun. Jadi, Nisa cadangkan kita perangkap depa dua sebelum depa perangkap kita." Pelukan dilepaskan. Tuan Haji Esmael ditarik ke ruang tamu sebelum mereka berdua melabuh duduk di sofa.

"Macam mana kita nak perangkap?" Tuan Haji Esmael menyoal.

"Mula mula sekali, kita tunjuk dekat semua orang kampung yang kita okay-okay sahaja. Bahagia berdua."

"Awat Annisa tak bahagia ka dengan abang?" Nur Annisa berdecit kecil.

"Ish… abang ni. Dengarlah dulu."

"Jawab dulu. Bahagia ka dak." Tuan Haji Esmael menagih jawapan.

"Untuk dua bulan ni, bolehlah. Bahagia la jugak."

"Lagutu ja? Tak apalah. Apa rancangannya?" Tuan Haji Esmael bersuara mendatar. Kecewa dengan jawapan Nur Annisa.

"Merajuk eh."

"Dak aih."

"Manja." Nur Annisa mencuit hidung Tuan Haji Esmael dengan hujung jarinya, kemudian mengambil tangan Tuan Haji Esmael dan meletakkannya melingkari pinggang. Membuatkan kedudukan mereka begitu rapat.

"Kalau hari-hari macam ni, bahagia sangat." Nur Annisa membisik manja di telinga Tuan Haji Esmael membuat lelaki itu terdiam seketika sebelum senyuman terukir di bibir.

"Ops… belum-belum. Perbincangan belum selesai." Nur Annisa menahan bibir Tuan Haji Esmael yang mahu menyentuh bibirnya. Nur Annisa menahan rasa malu dengan lagak bersahaja. Jantungnya berdegup laju.

"Kata nak bahagia?" Tuan Haji Esmael menyakat.

"Sat gi - sat gi naa… nak zuhur dah ni bang aji. Tak elok. Apa kata kita bincang dulu apa kita nak buat, boleh?"

Nur Annisa memberikan beberapa cara yang mereka boleh lakukan bagi memerangkap kembali Nur Ain dan Omar sebelum mereka yang di perangkap. Tuan Haji Esmael hanya mendengar dan sesekali mencelah dan turut memberi beberapa cadangan yang bersesuaian.

"Okay kalau macam tu, kita mula dengan kenduri hujung minggu ni." Ujar Tuan Haji Esmael.

"Dan ka nak ready?" Soal Nur Annisa.

"Kita upah katering ja. Annisa pun mana sihat lagi kaki tu." Nur Annisa sekadar mengangguk, bersetuju.

"Dah nak masuk zuhur, tak mau pi surau ka?" Soal Nur Annisa sebaik sahaja melihat jam sudah menunjukkan jam 1.15 petang.

"Tak mau. Kita jemaah berdua ja dekat rumah."

"Aik… selalu pi surau?"

"Harini dok rasa nak bermanja dengan isteri." Jawapan yang membuatkan Nur Annisa menjauhkan badannya yang sedari tadi bersandar di dada Tuan Haji Esmael.

"Semacam ja tu." Tuan Haji Esmael tidak menjawab, cuma tersenyum. Tak lama kemudian Tuan Haji Esmael bangkit dan bersuara.

"Jom. Solat dan beribadat." Tangan Nur Annisa di tarik lembut. Nur Annisa cuma tersenyum dan menurut sahaja. Berpimpinan tangan mereka naik ke bilik, berselang seli dengan gurauan dan usikan. Sama sama suka mengusik, sama sama nakal!

to be continue!

MACAM MANA YA TUAN HAJI ESMAEL PUJUK ANNISA DALAM 30 HARI TU? SAPA BOLEH TEKA?

4 comments:

Siti said...

Baru nak tanya ape THE buat pujuk Annisa...hihi
Mesti byk bersabar THE layan Annisa kaan...

Khairun Najwa said...

tak nak teka.nk tahu jawapan terus.haha

akubersamaCahya said...

Hahaha entah hal suami isteri mana boleh ambil tahu hahaha boleh tak gutu

Anonymous said...

Kan sekatang maklumat dihujung jari...
Agaknya abang aji tanya makcik google hahaha...haru

Kak min

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders