Tuesday, April 10, 2018

Mini Novel 2018: Tuan Haji Esmael (THE) - Part 7




Part 7

Malam itu Sulaiman datang bersama-sama Hanem ke rumah Tuan Haji Esmael. Salam diberikan bertalu-talu. Tinggi sahaja nadanya. Saat pintu rumah dibuka dari dalam, terus sahaja mereka menerpa.

"Awat lambat sangat nak buka pintu?!" Marah Sulaiman.

"Kaki Nisa sak..." baru hendak menjawab, Hanem terus menampar muka Nur Annisa sehingga Nur Annisa terjelepok jatuh ke tanah.

"Awat ibu tampaq Nisa?" Nur Annisa terkejut besar. Tiba-tiba sahaja dia ditampar oleh Hanem, ibunya. Hanem memandang dengan penuh kebencian.

"Kalau abah tampaq lagi terok kamu Nisa. Tak reti ka jaga ayaq muka aku dengan ibu hang? Tak reti jaga ayaq muka laki hang? Baru sehari hang nikah hang dah menggatai dengan laki lain? Apa terok sangat hang ni Nisa?" Sulaiman menjerkah, menempik kuat.

"Nisa mana ada buat apa? Fitnah apa pulak dah ni? Abah ibu, Nisa mungkin bukan anak yang baik buat ibu dengan abah tapi Nisa tak jahil nak buat dosa dan tambah dosa ibu dengan abah atau suami Nisa. Apa lagi yang orang fitnah Nisa sampai ibu dengan abah langsung tak boleh percaya dengan Nisa?"

"Hang memang la... suka berlakon. Suka buat tak tau. Hang memang anak tak guna." Hanem mencelah. Panas hatinya mendengar Nur Annisa menjawab setiap persoalan. Paip air di ambil dan terus badan Nur Annisa menjadi sasaran.

"Ibu!… sakit. Abah tolong Nisa." Nur Annisa menjerit dengan tangisan akibat bilasan paip getah ke tubuhnya.

"Allahuakbar! MAK CIK HANEM!" Tuan Haji Esmael yang baru pulang dari surau terkejut besar melihat Nur Annisa yang sudah terbaring di depan rumah. Laju sahaja dia melangkah mendapatkan Nur Annisa.
"Abah minta maaf Tuan Haji. Nisa ni kena ajar lagu ni. Buat malu kita saja. Tak habis habis nak baling taik dekat kita." Sulaiman seolah olah membela perbuatan isterinya melibas Nur Annisa dengan paip getah.

"Apa pulak dah yang Cik Man mengarut ni!" Tuan Haji Esmael menempelak. Dia membantu Nur Annisa untuk berdiri. Nur Annisa memegang erat Tuan Haji Esmael.

"Takkan Tuan Haji tak dengaq cerita lagi? Habih satu kampung dok cerita pasai Nisa dengan si Aiman tu." Hanem mencelah. Matanya masih mencerlun marah.

"Ya saya dengar tapi saya dah tau duduk perkara sebenaq. Depa tak dak buat apa yang orang kampung dok canang. Dah kenapa Cik Man percaya sangat? Ini Annisa ni anak Cik Man, patut Cik Man tau macam mana dia sebenaqnya."

"Sebab tau kami mai nak ajaq dia." Sulaiman masih membela diri.

"Nur Annisa isteri saya. Hak saya sepenuhnya. Cik Man dah serah dia dekat saya. Jadi kenapa ambik tindakan tanpa keizinan saya?!"

"Kami malu dia..."

"Dah tak payah cakap apa dah. Lepaih ni toksah mai sini kalau setakat nak sakitkan Annisa. Saya suami dia, pandailah saya jaga dia." Tuan Haji Esmael memotong kata-kata Hanem yang masih mahu memarahi Nur Annisa. Nur Annisa memandang ke arah Tuan Haji Esmael dengan pandangan yang kabur dengan air mata.

"Tapi Tuan Haji.…"

"Tak perlu kata apa dah. Kalau mai setakat nak sakitkan Annisa, saya minta Cik Man dengan isteri tak datang rumah kami." Tuan Haji Esmael memimpin Nur Annisa masuk ke dalam rumah tanpa mempedulikan Sulaiman dan Hanem yang terkesima dengan kata kata Tuan Haji Esmael yang seakan menghalau mereka berdua pergi.
Nur Annisa melabuh duduk di sofa. Dia menyapu air mata yang bertakung di pipi dengan tangan. Tuan Haji Esmael duduk bertentangan.

"Buat lagi perangai. Tengok kesan dia sekarang ni." Tuan Haji Esmael bersuara, tegas.

"Perangai? Apa maksud pak cik?" Nur Annisa hairan dengan perubahan sikap Tuan Haji Esmael malam ini.

"Jenuh nak tepis satu kampung dok mengata. Hat lama tak habih depa dok kata, dok tambah yang baru. Kenapa Annisa?" Muka Tuan Haji Esmael serius.

"Kiranya selama ini Tuan Haji tak percaya dekat saya kan?"

"Kenapa tak buat bagi saya percaya? Kenapa mesti tambah tohmahan orang?"

"Terpulang. Ceraikan saya kalau saya ni menyusahkan."

"Tak semudah tu Annisa."

"Kenapa? Apa guna perkahwinan ni kalau langsung tak ada kepercayaan." Nur Annisa bingkas bangun dengan kaki yang terasa amat sakit. Sakit di kaki mampu ditahan, sakit dihati lebih parah dirasakan.

"Cuba jangan tambah kusut kepala saya."

"Tak pernah pun nak buat Tuan Haji kusut kepala pikir pasai saya. Tak perlu pikir apa-apa. Anggap saja saya ni kain buruk yang Tuan Haji kutip dalam kandang lembu Tuan Haji. Yang dah terpalit tahi lembu, kalau basuh pun tetap orang geli nak guna." Ayat akhir sebelum Annisa menutup pintu bilik. Bilik tetamu. Bilik yang diduduki sejak pulang dari ladang lembu dan kambing. Kaki yang sakit membuatkan dia tidak mampu untuk menaiki tangga.

Tuan Haji Esmael mengeluh perlahan. Sikit-sikit kata-kata orang kampung membuatkan hatinya berbolak balik. Ya, dia tahu cerita sebenar yang membuatkan orang kampung kecoh dengan kisah Nur Annisa,isteri Tuan Haji Esmael. Aiman sudah ceritakan hal sebenar kepada Tuan Haji Esmael lebih awal dari dia mendengar cerita tambahan dari Hussin.

“Tuan Haji, awat dok biaq Nisa dok bonceng motor dengan Aiman lagutu?” Hussin terus menerpa ke arah Tuan Haji Esmael sebaik sahaja terlihat lelaki itu melangkah naik ke surau. Tuan Haji Esmael berkerut kening.

“Aiman tolong Annisa. Kaki Annisa terseliuh dekat ladang tadi.” Tuan Haji Esmael menjelaskan.

“Tapi takkan sampai biaq depa dua lagutu?” Hussin menambah lagi.

“Tak adalah. Saya ada hal tadi, sebab itu Aiman tolong. Aiman saja, inshaAllah tak ada apa-apa.”

“Aiman tu tetap lelaki Tuan Haji. Nisa pun muda lagi. Tak boleh dok biaq lagutu. Jadi apa-apa lagu mana cerita nanti?” Hussin seakan mahu membakar hati Tuan Haji Esmael. Telinga Tuan Haji Esmael berdesing, namun hati ditahan supaya sabar.

“Lagu nilah Hussin, saya tau Annisa macam mana dan Aiman macam mana. inshaAllah tak ada apa-apa.”

“Huh! Saya bagi nasihat saja. Jangan sampai hat dah busuk pun dok kata wangi sudahlah. Saya masuk dulu.” Tuan Haji Esmael masih teringat perbualan antara dia dan Hussin yang menyebabkan dia terlepas kata dengan Nur Annisa. Panas. Hilang sabar dengan kata-kata yang tiada punca. Ada sahaja yang mahu memburukkan Nur Annisa. Kenapa?

Pintu bilik yang Nur Annisa berkurung diketuk perlahan. Tiada jawapan.
"Annisa, esok pagi Mak Wan nak datang urut kaki. Dalam pukul 9." Tuan Haji Esmael memberitahu dari balik pintu. Tetap tiada jawapan. Diam. Sunyi.

"Kalau ada apa-apa panggil saya ya. Saya tidur di luar ni saja." Tuan Haji Esmael memberitahu lagi. Risau. Kalau tidur di atas takut tidak mendengar jika Nur Annisa memerlukan apa-apa. Akhirnya, tidur sahaja di sofa.

Pagi itu, Nur Annisa keluar dari bilik. Tuan Haji Esmael sudah tidak ada di sofa. Malam tadi, saat dia buka sahaja pintu bilik, kalut sahaja Tuan Haji Esmael bangun dari pembaringan dalam mamai-mamai. Laju sahaja Nur Annisa menutup kembali pintu bilik. Dia masih terasa dengan kata-kata Tuan Haji Esmael yang mula percaya dengan cerita orang kampung. Sakit hati!

"Annisa nak sarapan ka? Tunggu ja dekat bilik, nanti saya hantaq. Kaki tu dah teruk sangat saya tengok, jangan dok jalan banyak sangat." Tuan Haji Esmael menegur semasa terpandang Nur Annisa yang masuk ke dapur. Dia sedang menyiapkan sarapan pagi ketika itu.

Nur Annisa terhenti langkah sewaktu terpandang Tuan Haji Esmael di dapur. Tidak mengendahkan kata-kata Tuan Haji Esmael, Nur Annisa terus sahaja ke peti sejuk dan mengeluarkan sebotol air mineral sebelum melangkah balik ke bilik. Langsung tidak memandang Tuan Haji Esmael. Benar-benar merajuk!

Tuan Haji Esmael menghela nafasnya. Payahnya nak pujuk isteri. Salah sendiri. Pandai-pandailah pujuk!

Jam 9.00 pagi. Mak Wan yang diupah untuk mengurut kaki Nur Annisa sudah datang. Terus sahaja Tuan Haji Esmael mengetuk pintu bilik memaklumkan kepada Nur Annisa. Laju sahaja Nur Annissa membuka pintu membenarkan Mak Wan masuk ke bilik.

"Tak boleh dah ni. Bengkak. Kena pi klinik, xray. Kalau tak ada apa baru Mak Wan boleh urut." Ujar Mak Wan selepas memeriksa kaki Nur Annisa. Sudah bengkak dan biru.
"Teruk ka Mak Wan? Rasanya terseliuh ja." Balas Nur Annisa.

"Teruk ka tak tu Mak Wan tak tahu nak cakap sebab dah bengkak. Tak berani nak pegang sangat ni. Risau retak atau lari."

"Siap-siap Annisa saya bawa ke klinik." Terus sahaja Tuan Haji Esmael memberi arahan kepada Nur Annisa. Tuan Haji Esmael terus ke bilik menukar pakaian.

"Sayang Tuan Haji dekat kamu. Semalam dia kalut cari Mak Wan dekat rumah kata kamu jatuh dekat ladang. Mak Wan ada reja masa tu, Mak Wan habaq kata petang sikit baru Mak Wan free. Pi ladang kamu dah tak ada. Nak mai rumah Tuan Haji malam-malam, segan pulak Mak Wan." Ujar Mak Wan sewaktu mengemas beg untuk pulang. Nur Annisa sekadar tersenyum tawar.

"Terima kasih Mak Wan." Ujar Nur Annisa sebelum Mak Wan beransur pulang. Tudung dicapai dan terus di sarung ke kepala.

"Lah... cuba dok diam. Dah teruk kaki tu. Kena potong macam mana?" Tuan Haji Esmael yang baru turun dari atas dengan baju untuk Nur Annisa menegur.

"Cacat lagi baguih. Senang tak payah pi mana." Bidas Nur Annisa. Tuan Haji Esmael yang mulanya tersenyum terus hilang kata-kata.

"Saya melawak saja."

"Kalau diri sendiri tak suka orang buat lawak jangan dok buat melawak tak tentu hala."

"Tak apalah. Tukar baju dulu tak?" Tuan Haji Esmael menghulur pakaian kepada Nur Annisa. Nur Annisa hanya mengerling, endah tak endah.

"Cukup macam ni. Saya sedar siapa saya, pakai macam ni cukup untuk saya." Nur Annisa merujuk kepada baju t-shirt lengan panjang dan seluar track yang dia pakai.
"Tak apa aih. Annisa pakai apa pun cantik." Nur Annisa mengerling sekilas. Langsung tidak berminat dengan pujian atau gurauan itu.

Tuan Haji Esmael terus mengambil kunci kereta di meja setelah Nur Annisa laju melangkah dengan terhenjut-henjut ke kereta. Tuan Haji Esmael yang mahu memimpin jalan ditepis laju oleh Nur Annisa. Tuan Haji Esmael hanya mampu menggeleng dengan penolakan Nur Annisa. Salah dia, salah dia sendiri.

to be continue...
TUAN HAJI ESMAEL NI GARANG DAK HAMPA RASA?

#muchlovereaders

7 comments:

Nur Adibah said...

bestttttt

MY WORLD said...

Lg...nak lagii

akubersamaCahya said...

Maaf ya ada salah nama watak hahaha mak jah dlm part 6 mak wan dalam part 7 nnt abc edit bagi betui maafin ya

Khairun Najwa said...

THE tak garang tapi tegas.Cehh betul tak?Haha.

Anonymous said...

THE tak garang tapi termakan hasutan,huru haralah rumah tangga nampaknya.

Kak min

Yasmin Syamimi said...

Tak garang pun...

akubersamaCahya said...

THE tak garang. betui tegas. sangat tegas. cuma dengan Annisa dia berlembut sikit.