TUAN HAJI ESMAEL
Part 5
Lena
terasa terlalu lama. Tilam yang empuk menyedapkan lagi pembaringan. Nur Annisa
memisat-misat matanya. Saat mata terbuka, lampu yang suram itu menyenangkan dia
membuka mata. Sungguh, seperti baru terjun ke dalam syurga dunia. Rumah Tuan
Haji Esmael terlalu mewah buat Nur Annisa. Terasa dirinya begitu kerdil.
Patutlah orang kampung semua mahukan dia sebagai suami atau menantu. Orang
ada-ada.
“Awat
tak kejut Nisa solat sekali?” Nur Annisa menyoal Tuan Haji Esmael yang baru
pulang dari surau. Tuan Haji Esmael yang baru menyimpan songkoknya terkejut
dengan sapaan itu. Nur Annisa baru keluar dari bilik air, masih bertuala di
atas kepala.
“Lah…
awat terkejut? Serupa nampak hantu.” Nur Annisa ketawa kecil. Tuan Haji Esmael
termalu sendiri.
“Lupa
saya dah ada isteri. Adeh.” Tuan Haji Esmael tergaru-garu kepala.
“Biaq
betui?” Nur Annisa melabuhkan duduk di kerusi meja solek bertentangan dengan
Tuan Haji Esmael yang duduk di birai katil.
“Itu
yang saya keluar ke surau terus.”
“Seriously?” Nur Annisa berkerut kening,
namun senyuman terukir di bibirnya. Lawak sungguh pak cik ni.
“Ya.
Maaflah baru nak biasa. 20 tahun saya dok sorang dalam rumah ni Annisa. Sebelum
tu ada mak ayah saya. 20 tahun membujang. Mana nak biasa. Tak dan nak ready,
tup-tup semalam boleh isteri. Mana nak ingat pagi ni.” Tuan Haji Esmael juga
ketawa.
“Tidur
sebilik. Sekatil. Sebelah bantai ja. Boleh tak perasan? Kalau bilik asing, esok
apa baru ingat noh.” Nur Annisa masih mengusik, masih ketawa. Masih seronok
melihat Tuan Haji Esmael memerah muka menahan malu.
“Tapi
kalau isteri kita tu peluk kita, kurang-kurang peluk macam dalam kereta tu,
inshaAllah tak lupa dah kahwin.” Giliran Tuan Haji Esmael mengusik. Terdiam
terus Nur Annisa seolah-olah tertelan semua ketawanya. Nur Annisa menggigit
bibirnya. Menahan senyuman malu yang mahu terukir. Terus dia kalih pandangan ke
cermin. Rambut di sikat. Tuan Haji Esmael masih dengan senyuman.
“Dah
habih gelak? Syok kata kat orang noh.” Tuan Haji Esmael menghampiri Nur Annisa.
Nur Annisa memandang Tuan Haji Esmael dari biasan cermin. Nur Annisa hanya
tersenyum nakal.
“Gurau
ja. Bagi hilang hat sedih-sedih semalam tu.” Ujar Nur Annisa, jujur.
“Alhamdulillah.
Kita mula hari baru noh. Biaq orang nak kata kita, jangan kita kata orang.
Ingat pesan saya tu. inshaAllah. Hati akan rasa tenang ja.” Tuan Haji Esmael
menasihatkan Nur Annisa, membuatkan Nur Annisa terangguk-angguk kepala.
“InshaAllah.
Tapi, orang kampung ni mesti tunggu.” Nur Annisa tidak menghabis ayat.
“Tunggu
apa?” Tuan Haji Esmael menyoal.
“Tunggu
perut saya kembung.” Tuan Haji Esmael mengerut kening, tidak faham.
“Kan
depa kata saya ni mengandung. Mesti depa tunggu nak pastikan betui atau tak apa
depa dok canang tu. Risau pulak.”
“Jauh
sangat pikir. Sudahlah. Jom kita sarapan. Dok pikir bukan-bukan. Haishhh.” Nur
Annisa mencebik bibirnya. Tuan Haji Esmael sudah melangkah ke pintu bilik. Nur
Annisa bingkas bangun dan menyangkut tuala. Terus sahaja dia melangkah laju
menyaingi langkah Tuan Haji Esmael. Lengan suaminya it uterus dipeluk erat.
“Pak
cik masak apa pagi ni?” Soal Nur Annisa sewaktu mereka melangkah ke dapur.
“Beli
ja. Nasi lemak mak cik Husna.”
“Baru
nak rasa pak cik masak.”
“Tengah
hari nanti naa… pagi ni kita makan nasi lemak mak cik Husna masak dulu. Sedap
nasi lemak dia. Saya selalu juga beli sebelum pergi kerja.” Tuan Haji Esmael
menarik kerusi untuk Nur Annisa namun Nur Annisa menolak Tuan Haji Esmael untuk
duduk.
“Sedap
eh? Tak pernah rasa sebab ibu selalu masak dekat rumah. Kami jarang makan dekat
luaq.” Nur Annisa mengambil pinggan dan sudu. Terus menghidangkan sarapan pagi
itu untuk Tuan Haji Esmael. Tuan Haji Esmael memerhatikan tingkah Nur Annisa.
Nur Annisa mengambil teko dan membancuh air kopi.
“Kopi?
Mesti minum sebab ada kopi ja kat dapuq ni.” Nur Annisa menuangkan air sebelum
duduk bersebelahan Tuan Haji Esmael.
“Kata
tak reti urus rumah?” Tuan Haji Esmael menyoal. Nur Annisa tersedak kecil. Lupa
pula tentang penipuannya semalam. Alamak!
“Alah…
setakat buat ayaq kopi o ja. Reti la. Hat lain tak reti.” Nur Annisa menafikan.
Tuan Haji Esmael cuma tersenyum. Mereka kemudian menjamu selera pagi itu dengan
nasi lemak mak cik Husna.
“Bila
pak cik ingat yang pak cik dah kahwin?” Nur Annisa yang sudah selesai makan
kembali menyoal.
“Habis
solat orang dok ucap tahniah. Baru ingat. Saya pi lewat sikit tadi, ralit lena.
Sebab tu bangun kalut-kalut tak sedaq Annisa dok lena tepi.” Jawab Tuan Haji
Esmael, kopi yang dibancuh Nur Annisa disisip perlahan. ‘Tipu tak pandai, sedap
sangat ni.’ Hati Tuan Haji Esmael menebak.
“Jangan
lupa saya lagi tau. Kecik hati saya. Saya ada pak cik ja sekarang.”
“Lah
awat pulak. Ibu dengan abah dok ada lagi kan? Saya lain la anak yatim piatu.”
“Memang
ada tapi macam tak ada. Sejak saya mula masuk asrama. Lima tahun di sekolah
asrama sekali pun ibu dengan abah tak datang jenguk. Harap saya naik bas
lompat-lompat setiap bulan balik. Masa tahun pertama saya pikir ibu dengan abah
tak dak duit nak mai tengok. Sampai sekali tu saya balik, depa semua dok sambut
birthday kak Ain. Meriah. Saya balik
depa buat tak kisah pun. Harap adik-adik dok pujuk. Saya pikir positif ja. Bila
saya PMR dan SPM saya paling terasa. Tak kisah langsung saya dapat apa.” Nur
Annisa meluahkan rasa.
“Sebab tu Annisa terus tak lekat di
kampung? Saya jarang-jarang nampak Annisa dekat kampung ni. Pernah nampak di
pecan sekali dua.” Tuan Haji Esmael mencelah.
“Ya. Saya rasa ibu dengan abah
kurang kisahkan saya. Saya balik sehari dua ja. Saya kerja dekat bandar, dekat
pekan. Asal tak ada dekat rumah. Tapi kali ni hati saya suruh sangat saya dok
rumah lama sikit. Saya kata dekat diri saya, saya akan duduk tak lebih setahun.
Tak sangka terus kahwin.
“Annisa tak tanya abah kenapa?” Nur
Annisa menggeleng.
“Saya tak nak lukakan hati saya
dengan apa sahaja jawapan yang abah bagi. Salah saya juga, saya paksa abah
untuk masuk asrama walaupun masa tu abah tak berapa ada duit. Saya terima
semuanya sebagai satu ujian untuk saya. Saya tak marah, saya sedih sikit ja.”
Nur Annisa membuat gurauan, tidak mahu bermain air mata.
“Tak apalah. Semua tu buat Annisa
jadi Annisa yang sekarang ni. Ada hikmah semua tu.”
“InshaAllah. Salah satu hikmah dia,
saya dapat kahwin dengan Tuan Haji Esmael. Bangga woo!” Nur Annisa mula
mengusik. Pipi Tuan Haji Esmael dicuit dengan jarinya.
“Apa yang bangga sangat tu?”
“Eleh… buat tak tau konon. Pak cik
kan lelaki terhangat di pasaran. Sebab tu semua orang kampung meroyan bila pak
cik kahwin dengan saya.” Nur Annisa mencebik wajah. Tuan Haji Esmael hanya
ketawa kecil.
“Harta saya. Depa nampak harta saya
ja tu. Kalau saya ni lelaki terhangat, awat saya bertunang lima kali tak
jadi-jadi. Asyik putus tengah jalan.” Tuan Haji Esmael malu digelar sebegitu
oleh Nur Annisa.
“Saya ada dengaq pasai pak cik putus
tunang. Hat masa pak cik zaman muda saya tak tau lah. Hat latest, 5 tahun lepas kut noh dengan Zulaikha kut nama dia.” Tuan
Haji Esmael hanya mengangguk kepala.
“Masa tu saya kerja dekat restoran
nasi ayam kat pekan. Zulaikha tu kata pak cik baran. Suka marah tak tentu hala.
Sebab tu dia minta putus. Betul ka?” Nur Annisa membuka cerita.
“Tak baik burukkan orang. Biaqlah
dia kata saya lagutu. Saya terima. Saya dah kahwin la ni. Biaq isteri saya ja
tau saya macam mana. boleh?” Tuan Haji Esmael menjawab dengan selamat. Prinsip
dirinya, jangan mengata orang, biaq orang kata kita.
“Alah… sekali ni ja nak tau. Habaq
la habaq la…”
“Dia minta putus sebab saya bau
kambing.” Jawapan yang membuatkan Nur Annisa terus sahaja mendekat hidungnya
dengan badan Tuan Haji Esmael.
“Tipu! Mana ada. Wangi ja.” Nur
Annisa mengecilkan matanya. Tuan Haji Esmael ketawa.
“Ni awai pagi cheq. Tunggu tengah
hari sat lagi. Jomlah, saya dah lewat nak pi reja. Kesian kambing lembu saya,
lapaq dah tu.” Tuan Haji Esmael mula mengangkat pinggan dan cawan ke sinki. Nur Annisa pantas menahan
Tuan Haji Esmael dari membasuh semua pinggan dan cawan itu.
“Saya nak ikut boleh?” Nur Annisa
menyoal.
“Boleh, tapi busuklah sikit.”
“Mengadanya. Saya bukan budak bandar
yang masuk shopping mall dengan minyak wangi sekilo ya. Saya tetap budak
kampung hat suka terjun bendang. Saya ikut ya. Saya pakai tudung sat.” Nur
Annisa terus berlari ke bilik. Tuan Haji Esmael tersenyum lagi.
‘Allah… aku sudah jatuh cinta kepada
insan yang kau izinkan menjadi isteriku. Kau berkatilah hubungan kami, jauhkan
kami dari dengki manusia-manusia di sekeliling kami. Amin.’
to be continue...
hampa rindu THE kan? cer komen sikit!
6 comments:
Rindu sangat!Haha.Tasabarnya bab seterusnya.
Boleh lupa plak THE ye...haha
rinduuu!
lawaklah pakcik sorg nih.hehe
Laju nya komen! hahaha
Yeahhhh...finally..tqvm ABC..
Post a Comment