Part 10
Tuan Haji Esmael bingkas bangkit
dari pembaringannya. Panggilan telefon yang diterima sebentar tadi begitu
mengejutkan dia di tengah-tengah malam itu. Hilang terus rasa mengantuk.
“Awat?” Nur
Annisa yang turut terkejut dengan panggilan yang tiba-tiba itu menyoal apabila
melihat riak wajah Tuan Haji Esmael yang serius dan kelam kabut bersiap.
“Lembu dengan
kambing saya kena racun. Saya nak kena pi tengok.” Nur Annisa terpempan. Racun?
“Saya ikut.”
Tidak sempat untuk Tuan Haji Esmael bersuara Nur Annisa lebih laju mengambil
baju dan tudung. Tuan Haji Esmael tidak menunggu lama, kunci kereta di ambil
dan terus ke bawah.
Sebaik sahaja Nur
Annisa masuk ke perut kereta, Tuan Haji Esmael terus memandu laju ke ladang
yang hanya 5 kilometer sahaja.
“Siapa yang
telefon tadi?” Soal Nur Annisa di dalam kereta.
“Aiman. Dia kata
dia baru sedaq. Ada orang pengsankan dia dengan Pak Man. Bila depa sedaq depa
tengok ada lembu dan kambing dah mati.” Tuan Haji Esmael beristighfar panjang.
Otaknya berserabut.
“Mungkin ka yang
ini juga antara rancangan depa?” Nur Annisa menyoal. Tuan Haji Esmael sekadar
menggeleng. Tidak mahu membuat telahan awal takut kelak menjadi fitnah.
“Aiman, berapa
ekoq mati? Ada ka yang okay?” Tuan Haji Esmael terus menyoal sebaik sahaja
keluar dari kereta. Nur Annisa hanya mengikut di belakang Tuan Haji. Beberapa
orang pekerja sudah pun tiba lebih awal.
“Pak Man kira
tadi dekat 50 ekoq jugak Tuan Haji. Ada yang dok nyawa-nyawa ikan. Mana yang
kami tengok okay kami dah asingkan. Ni depa semua baru sampai, sat gi kami kira
lain.” Aiman melaporkan.
“Siapa punya
kerja ni?” Tuan Haji Esmael menyoal. Mukanya kelat dan serius. Nur Annisa tidak
pernah melihat wajah Tuan Haji Esmael sebegitu. Hal ini benar-benar menampar
Tuan Haji Esmael.
“Tak tau nak kata
Tuan Haji. Malam tadi Pak Man dok kira lembu kambing semua. Saya tunggu lama,
bila saya pi kat kandang belah utagha tu, Pak Man dah pengsan. Baru nak cari
nak minta tolong saya kena ketuk dekat kepala. Sedaq sedaq semua dah jadi
laguni.” Aiman memberi penjelasan.
“Okay tak ni? Pak
Man? Sat lagi kita pi klinik buat check up semua. Nanti saya check CCTV, adalah
tu yang dengki.” Tuan Haji Esmael bersuara sambil memeriksa kepala Aiman yang
cedera dipukul.
“Abang pasang
CCTV ka?” Nur Annisa menyoal sewaktu mereka melangkah memeriksa haiwan-haiwan
ternakan. Tuan Haji Esmael kalih memandang Nur Annisa yang sedang menekup
mulut, menguap besar.
“Pasang. Dah
lama. Dulu pernah jadi sekali tapi tak adalah banyak ekoq kena. Annisa
mengantuk ni, tu lah kalut nak ikut.” Tuan Haji Esmael menarik hidung Nur
Annisa sehingga Nur Annisa menjerit kecil.
“Nisa risau abang
mai sini sorang-sorang. Mengantuk satgi boleh lena. Kita nak buat apa ni?” Nur
Annisa mula menyoal, mahu membantu apa yang boleh.
“Tak payah buat
apa. Dok tengok saja. Biaq pekerja abang yang buat.” Tegas Tuan Haji Esmael
melarang.
“Lah awatnya.
Boleh juga ringankan mana yang patut.” Ujar Nur Annisa. Tuan Haji Esmael
menarik Nur Annisa rapat ke tubuhnya.
“Tak payahlah.
Nisa baru nak baik kaki tu. Abang tak mau Nisa sakit lagi. La ni kita pi
pejabat, check CCTV. Jom.” Tuan Haji Esmael memeluk erat pinggang Nur Annisa,
kemudian melangkah ke pejabat.
Komputer
dihidupkan, dengan beberapa klik sahaja video CCTV ladang ditunjukkan. Jari
jemari Tuan Haji Esmael laju memetik papan kekunci, mencari video malam tadi.
Beberapa jam sebelum Aiman menghubunginya.
“Allahuakbar.”
Nur Annisa menekup mulutnya. Terkejut dan tidak sangka melihat gerangan orang
yang meracuni haiwan ternakan Tuan Haji Esmael.
“Kenapa?” Nur
Annisa yang berdiri di belakang Tuan Haji Esmael menyoal. Tuan Haji Esmael
memusing kerusi ke arah Nur Annisa. Tangan Nur Annisa dicapai dan digenggam.
“Mungkin ini
semua ujian untuk kita. Ujian jatuh cinta.” Ujar Tuan Haji Esmael dengan
senyuman tidak lekang. Nur Annisa mengerut dahinya.
“Boleh dok buat
lawak pulak. Betui-betui la.”
“Betui dah ni.
Depa dua ni memang tak akan berhenti selagi tak kantoi dan tak dapat Nur
Annisa. Jadi, ini ujian kita sebab kita jatuh cinta.” Tuan Haji Esmael
menegaskan, senyuman setia di bibirnya.
“Ish... depa
dengki sungguh noh dengan kita. Ingat senang ka nak buat Tuan Haji jatuh cinta
dengan Nur Annisa yang senget ni. Adeh. Kita nak buat apa ni?” Nur Annisa
menyoal lagi. Tuan Haji Esmael menarik Nur Annisa duduk di pangkuannya.
“Cerah satgi ni
abang pergi buat laporan polis. Hal ni melibatkan periuk nasi ramai orang.
Bukti dah ada, jadi mudahlah. Lain-lain hal kita tunggu nanti saja.”
“Tak boleh pi lapor
la ni ka?”
“Tunggu cerahlah.
Ni dah dekat subuh. Abang nak pi surau. Nak maklum imam pasai hal ni.” Nur
Annisa mengangguk sahaja. Tubuh Tuan Haji Esmael dirangkul.
“Nisa minta maaf.
Mungkin semua ni berpunca dari Nisa. Maaf ya abang.”
“Tak ada langsung
salah Nur Annisa. Manusia. Biasalah, dengki sangat.”
“Kadang-kadang
Nisa rasa apa yang ibu selalu kata selama ni ada betulnya. Satu persatu benda
buruk jadi.” Nur Annisa melepaskan rangkulannya. Dia menunduk menekur lantai.
Keluhan berat dilepaskan.
“Ibu kata apa?”
“Masa kecik-kecik
dulu, kalau ada benda buruk jadi dalam keluarga kami ibu akan tunding jari
dekat Nisa dan kata Nisa punca semua tu. Ibu kata Nisa ni pembawa sial kepada
keluarga.”
“Sudahlah. Abang
tak nak dengar pasai tu. Ingat, qada dan qadar Allah. Takdir. Allah tak
menjadikan seseorang itu buruk untuk orang lain melainkan dia memilih sendiri
untuk menjadi buruk. Ingat tu.”
“Kiranya abang
tau pasai hal tu?” Tuan Haji Esmael mengangguk.
“Bila?” Nur
Annisa menyoal lagi.
“Annisa. Abang
tak pernah percaya hal macam tu. Dah-dah, tak ada kaitan ya. Jom balik. Abang
nak pi surau.” Tuan Haji Esmael menolak lembut Nur Annisa yang sedari tadi
duduk di pangkuannya.
“Nisa nak pi
surau jugak.”
“Yalah-yalah.
Jom.” Tuan Haji Esmael melangkah menutup suis lampu dan kipas.
“Awat jalan
terjungkit-jungkit?” Soal Nur Annisa sewaktu mereka melangkah ke kereta.
“Kebas.” Ujar
Tuan Haji Esmael dengan sengihan.
“Alamak. Nisa
lupa Nisa naik 3 kilo dah.” Nur Annisa ketawa besar sebelum memicit-micit paha
Tuan Haji Esmael yang kebas. Mengaduh sahaja Tuan Haji Esmael sepanjang
berjalan. Nur Annisa apa lagi, lagilah nakal!
Imam Ahmad
memaklumkan hal yang berlaku kepada jemaah usai tazkirah Subuh. Nur Annisa yang
tersangat mengantuk menekup muka ke sejadah untuk memejam mata beberapa minit.
Namun, perbualan beberapa orang jemaah wanita membuatkan rasa mengantuknya
hilang serta merta.
“Tengok, betui
dak apa kita kata. Tuan Haji dah kena tempis sial si Nisa tu. Ishhh! Dari dulu
aku dah habaq kat Tuan Haji toksah dok pi kahwin dengan Nisa tu. Budak sial.
Ingat dah habis sial dia tapi makin menjadi-jadi”
“Patut Hanem dulu
bagi ja Nisa tu kat orang lain payah sangat buang ja. Dok pukui budak tu bukan
boleh buang sial dia. Tengok, tak pasai-pasai Tuan Haji merana. Rugi beribu tu.
Lepaih ni apa lagi tak tau la.”
Nur Annisa
memejam matanya erat-erat. Marah? Tak. Nur Annisa terluka. Selama ini dia
berlari jauh untuk meninggalkan gelaran paling hina dia rasakan. Budak sial.
Kiranya mereka masih memanggil dia begitu. Allah, betulkah aku sehina itu? Nur
Annisa menangis sendirian.
“Awat ni?” Tuan
Haji Esmael menyoal Nur Annisa sewaktu di dalam kereta. Nur Annisa tidak
bersalaman dengan jemaah wanita, dia terus keluar tanpa membiarkan ada antara jemaah
menyedari kehadirannya.
“Betullah apa
Nisa kata. Semua yang berlaku ni semua sebab Nisa. Kenapalah ibu tak buang saja
Nisa dulu? Kenapa biaq Nisa hidup?” Nur Annisa mengongoi menangis. Tuan Haji
Esmael terkejut dengan tangisan Nur Annisa dan kata-kata yang dituturkan.
“Mengucap sayang.
Allahuakbar, kenapa ni? Ada orang kata apa-apa dekat Annisa ka?” Tuan Haji
Esmael menarik Nur Annisa ke dalam pelukannya.
“Nisa ni pembawa
sial ke abang?” Soalan yang membuatkan Tuan Haji Esmael mengucap panjang.
“Nur Annisa.
Abang dah katakan, toksah dok ungkit hal tu.”
“Tapi depa dok
kata Nisa yang buat abang hilang lembu kambing tu semua. Nisa bagi sial Nisa
dekat abang. Lepas ni entah apa pula akan jadi dekat abang.” Nur Annisa
bersuara dengan tangisan yang tiada perhentian.
“Annisa, dengaq
sini. Dengaq betui-betui. Kita dah tengok pun CCTV tu. Abang dah habaq kan
dekat ladang. Depa dengki dengan kita. Ini ujian untuk kepercayaan dan
kesetiaan kita. Sikit pun abang tak pernah percaya Allah lahirkan manusia
dengan sifat sial atau yang buruk-buruk. Annisa toksah dok dengaq mak cik
bawang tu semua. Depa dengki dengan kita.” Tuan Haji Esmael memujuk lagi. Dahi
Nur Annisa dikucup penuh kasih.
“Nisa tak kira!”
Nur Annisa menolak Tuan Haji Esmael. Tuan Haji Esmael memandang Nur Annisa
kehairanan.
“Apa?”
“Nisa nak mandi
bunga.”
“Tak payah dok
gatai. Mandi bunga buat apa?”
“Buang apa yang
tak elok.”
“Toksah dok pulun
lagutu. Annisa ni dah segak elok, satgi mandi bunga makin ramai orang dok ekoq
ikut belakang. Tak payah naa. Sat gi abang kurung dalam rumah baru tau.” Tuan
Haji Esmael mula memandu pulang ke rumah. Nur Annisa mencebik apabila
cadangannya ditolak mentah-mentah.
“Alah... mana
tau. Orang tua-tua kata mandi bunga boleh buang benda hat tak elok.”
“Abang pun tua,
abang tak kata lagutu pun. Annisa tak ada hat tak elok. Semua elok saja.”
“Saja la tu.
Dengki.” Nur Annisa memeluk tubuhnya, merajuk manja.
“Tak dengki.
Abang cemburu. Annisa la ni pun ramai dok kejaq. Sat gi lepaih mandi bunga, abang
takut pak cik pakcik hat tua dari abang dok lingan. Aishhh! Jenuh-jenuh.” Tuan
Haji Esmael mengusik.
“Awat ingat orang
tua saja ka yang suka dekat Nisa?”
“Yalah, orang
segak memang ramai suka.” Ujar Tuan Haji Esmael dengan nada cemburu.
“Tapi Nisa sayang
orang tua ni saja.” Lengan Tuan Haji Esmael dipeluk erat. Tuan Haji Esmael
tersenyum lebar.
“Tapikan
abang...” Nur Annisa berjeda.
“Apa?”
“Abang mana ada
tua pun. Elok ja, segak bergaya.”
“Lah baru tau ka?
Memang muda ja. Nisa ja yang dok buat abang macam orang tua.” Tuan Haji Esmael
meninggi diri.
“Perasan teruih.
Payah!” Tuan Haji Esmael ketawa. Nur Annisa juga.
“Nak beli nasi
lemak Mak Cik Husna dulu dak?” Tuan Haji Esmael menyoal.
“Takyah. Nisa nak
masak.”
“Kata tak
pandai?”
“Belajaq la.
Nanti Bang Aji kita dok puji orang lain masak sedap.”
“Jealous la tu.”
“Mestilah. Nisa
sayang Bang Aji kut.” Tuan Haji Esmael tersenyum lebar. Ada sahaja yang
dilakukan Nur Annisa yang membuatkan dia tersenyum dan terus tersenyum. Terima
kasih Allah.
to be continue...
komen tau!
11 comments:
Dah bahagia.....😘😘😘
Awwss so sweet😋😍
Bahagiaaanyaaaaa
Alahai seronoknya... romantiklah deorang ni tapi dugaan juga sudah sedia menunggu. Janganlah nak mandi bunga nanti lebah pula yg datang... menambah bala lagi.
Kak min
Komen kak min buat abc gelak ja. betui noh nnt lebah tebuan penyengat semua Mai.
bahagia depa punya tapi nak dok bahagia tu payah, hat dengki banyak
Moga bahagia X tergugat dek had a day denki depa tuh..
Finally. Selepas 3 jam marathon dari muka akak buat comeback. Keep on berkarya akak!. Saya follow akak since 2012 lagi. Dari 2 tahun lepas dk check blog akak kot ada entry baru. Huhu
Mula* typo. X sabar na baca sambungan. 😁
Tq! Really appreciate kesetiaan awak. Tq ya. InshaAllah akan terus berusaha utk sentiasa ada cerita. Sabtu ahad je susah nak post sbb ms bersama keluarga.
ade satu cite tu sy bace kt sini. x igt dh tajuk ape. lame sgt dh. pas bce tu sokmo ternanti karya akak yg baru. hehe
Lama pulak nak tunggu abc update part 11....
Post a Comment