Friday, April 13, 2018

Mini Novel 2018: Tuan Haji Esmael (THE) - Part 10


Part 10

Tuan Haji Esmael bingkas bangkit dari pembaringannya. Panggilan telefon yang diterima sebentar tadi begitu mengejutkan dia di tengah-tengah malam itu. Hilang terus rasa mengantuk.

            “Awat?” Nur Annisa yang turut terkejut dengan panggilan yang tiba-tiba itu menyoal apabila melihat riak wajah Tuan Haji Esmael yang serius dan kelam kabut bersiap.

            “Lembu dengan kambing saya kena racun. Saya nak kena pi tengok.” Nur Annisa terpempan. Racun?

            “Saya ikut.” Tidak sempat untuk Tuan Haji Esmael bersuara Nur Annisa lebih laju mengambil baju dan tudung. Tuan Haji Esmael tidak menunggu lama, kunci kereta di ambil dan terus ke bawah.

            Sebaik sahaja Nur Annisa masuk ke perut kereta, Tuan Haji Esmael terus memandu laju ke ladang yang hanya 5 kilometer sahaja.

            “Siapa yang telefon tadi?” Soal Nur Annisa di dalam kereta.

            “Aiman. Dia kata dia baru sedaq. Ada orang pengsankan dia dengan Pak Man. Bila depa sedaq depa tengok ada lembu dan kambing dah mati.” Tuan Haji Esmael beristighfar panjang. Otaknya berserabut.

            “Mungkin ka yang ini juga antara rancangan depa?” Nur Annisa menyoal. Tuan Haji Esmael sekadar menggeleng. Tidak mahu membuat telahan awal takut kelak menjadi fitnah.

            “Aiman, berapa ekoq mati? Ada ka yang okay?” Tuan Haji Esmael terus menyoal sebaik sahaja keluar dari kereta. Nur Annisa hanya mengikut di belakang Tuan Haji. Beberapa orang pekerja sudah pun tiba lebih awal.
           
            “Pak Man kira tadi dekat 50 ekoq jugak Tuan Haji. Ada yang dok nyawa-nyawa ikan. Mana yang kami tengok okay kami dah asingkan. Ni depa semua baru sampai, sat gi kami kira lain.” Aiman melaporkan.

            “Siapa punya kerja ni?” Tuan Haji Esmael menyoal. Mukanya kelat dan serius. Nur Annisa tidak pernah melihat wajah Tuan Haji Esmael sebegitu. Hal ini benar-benar menampar Tuan Haji Esmael.

            “Tak tau nak kata Tuan Haji. Malam tadi Pak Man dok kira lembu kambing semua. Saya tunggu lama, bila saya pi kat kandang belah utagha tu, Pak Man dah pengsan. Baru nak cari nak minta tolong saya kena ketuk dekat kepala. Sedaq sedaq semua dah jadi laguni.” Aiman memberi penjelasan.

            “Okay tak ni? Pak Man? Sat lagi kita pi klinik buat check up semua. Nanti saya check CCTV, adalah tu yang dengki.” Tuan Haji Esmael bersuara sambil memeriksa kepala Aiman yang cedera dipukul.

            “Abang pasang CCTV ka?” Nur Annisa menyoal sewaktu mereka melangkah memeriksa haiwan-haiwan ternakan. Tuan Haji Esmael kalih memandang Nur Annisa yang sedang menekup mulut, menguap besar.
           
            “Pasang. Dah lama. Dulu pernah jadi sekali tapi tak adalah banyak ekoq kena. Annisa mengantuk ni, tu lah kalut nak ikut.” Tuan Haji Esmael menarik hidung Nur Annisa sehingga Nur Annisa menjerit kecil.

            “Nisa risau abang mai sini sorang-sorang. Mengantuk satgi boleh lena. Kita nak buat apa ni?” Nur Annisa mula menyoal, mahu membantu apa yang boleh.

            “Tak payah buat apa. Dok tengok saja. Biaq pekerja abang yang buat.” Tegas Tuan Haji Esmael melarang.

            “Lah awatnya. Boleh juga ringankan mana yang patut.” Ujar Nur Annisa. Tuan Haji Esmael menarik Nur Annisa rapat ke tubuhnya.

            “Tak payahlah. Nisa baru nak baik kaki tu. Abang tak mau Nisa sakit lagi. La ni kita pi pejabat, check CCTV. Jom.” Tuan Haji Esmael memeluk erat pinggang Nur Annisa, kemudian melangkah ke pejabat.

            Komputer dihidupkan, dengan beberapa klik sahaja video CCTV ladang ditunjukkan. Jari jemari Tuan Haji Esmael laju memetik papan kekunci, mencari video malam tadi. Beberapa jam sebelum Aiman menghubunginya.

            “Allahuakbar.” Nur Annisa menekup mulutnya. Terkejut dan tidak sangka melihat gerangan orang yang meracuni haiwan ternakan Tuan Haji Esmael.
           
            “Kenapa?” Nur Annisa yang berdiri di belakang Tuan Haji Esmael menyoal. Tuan Haji Esmael memusing kerusi ke arah Nur Annisa. Tangan Nur Annisa dicapai dan digenggam.

            “Mungkin ini semua ujian untuk kita. Ujian jatuh cinta.” Ujar Tuan Haji Esmael dengan senyuman tidak lekang. Nur Annisa mengerut dahinya.

            “Boleh dok buat lawak pulak. Betui-betui la.”

            “Betui dah ni. Depa dua ni memang tak akan berhenti selagi tak kantoi dan tak dapat Nur Annisa. Jadi, ini ujian kita sebab kita jatuh cinta.” Tuan Haji Esmael menegaskan, senyuman setia di bibirnya.

            “Ish... depa dengki sungguh noh dengan kita. Ingat senang ka nak buat Tuan Haji jatuh cinta dengan Nur Annisa yang senget ni. Adeh. Kita nak buat apa ni?” Nur Annisa menyoal lagi. Tuan Haji Esmael menarik Nur Annisa duduk di pangkuannya.

            “Cerah satgi ni abang pergi buat laporan polis. Hal ni melibatkan periuk nasi ramai orang. Bukti dah ada, jadi mudahlah. Lain-lain hal kita tunggu nanti saja.”

            “Tak boleh pi lapor la ni ka?”

            “Tunggu cerahlah. Ni dah dekat subuh. Abang nak pi surau. Nak maklum imam pasai hal ni.” Nur Annisa mengangguk sahaja. Tubuh Tuan Haji Esmael dirangkul.

            “Nisa minta maaf. Mungkin semua ni berpunca dari Nisa. Maaf ya abang.”

            “Tak ada langsung salah Nur Annisa. Manusia. Biasalah, dengki sangat.”

            “Kadang-kadang Nisa rasa apa yang ibu selalu kata selama ni ada betulnya. Satu persatu benda buruk jadi.” Nur Annisa melepaskan rangkulannya. Dia menunduk menekur lantai. Keluhan berat dilepaskan.

            “Ibu kata apa?”

            “Masa kecik-kecik dulu, kalau ada benda buruk jadi dalam keluarga kami ibu akan tunding jari dekat Nisa dan kata Nisa punca semua tu. Ibu kata Nisa ni pembawa sial kepada keluarga.”

            “Sudahlah. Abang tak nak dengar pasai tu. Ingat, qada dan qadar Allah. Takdir. Allah tak menjadikan seseorang itu buruk untuk orang lain melainkan dia memilih sendiri untuk menjadi buruk. Ingat tu.”

            “Kiranya abang tau pasai hal tu?” Tuan Haji Esmael mengangguk.

            “Bila?” Nur Annisa menyoal lagi.

            “Annisa. Abang tak pernah percaya hal macam tu. Dah-dah, tak ada kaitan ya. Jom balik. Abang nak pi surau.” Tuan Haji Esmael menolak lembut Nur Annisa yang sedari tadi duduk di pangkuannya.

            “Nisa nak pi surau jugak.”

            “Yalah-yalah. Jom.” Tuan Haji Esmael melangkah menutup suis lampu dan kipas.

            “Awat jalan terjungkit-jungkit?” Soal Nur Annisa sewaktu mereka melangkah ke kereta.

            “Kebas.” Ujar Tuan Haji Esmael dengan sengihan.

            “Alamak. Nisa lupa Nisa naik 3 kilo dah.” Nur Annisa ketawa besar sebelum memicit-micit paha Tuan Haji Esmael yang kebas. Mengaduh sahaja Tuan Haji Esmael sepanjang berjalan. Nur Annisa apa lagi, lagilah nakal!

            Imam Ahmad memaklumkan hal yang berlaku kepada jemaah usai tazkirah Subuh. Nur Annisa yang tersangat mengantuk menekup muka ke sejadah untuk memejam mata beberapa minit. Namun, perbualan beberapa orang jemaah wanita membuatkan rasa mengantuknya hilang serta merta.

            “Tengok, betui dak apa kita kata. Tuan Haji dah kena tempis sial si Nisa tu. Ishhh! Dari dulu aku dah habaq kat Tuan Haji toksah dok pi kahwin dengan Nisa tu. Budak sial. Ingat dah habis sial dia tapi makin menjadi-jadi”

            “Patut Hanem dulu bagi ja Nisa tu kat orang lain payah sangat buang ja. Dok pukui budak tu bukan boleh buang sial dia. Tengok, tak pasai-pasai Tuan Haji merana. Rugi beribu tu. Lepaih ni apa lagi tak tau la.”

            Nur Annisa memejam matanya erat-erat. Marah? Tak. Nur Annisa terluka. Selama ini dia berlari jauh untuk meninggalkan gelaran paling hina dia rasakan. Budak sial. Kiranya mereka masih memanggil dia begitu. Allah, betulkah aku sehina itu? Nur Annisa menangis sendirian.

            “Awat ni?” Tuan Haji Esmael menyoal Nur Annisa sewaktu di dalam kereta. Nur Annisa tidak bersalaman dengan jemaah wanita, dia terus keluar tanpa membiarkan ada antara jemaah menyedari kehadirannya.

            “Betullah apa Nisa kata. Semua yang berlaku ni semua sebab Nisa. Kenapalah ibu tak buang saja Nisa dulu? Kenapa biaq Nisa hidup?” Nur Annisa mengongoi menangis. Tuan Haji Esmael terkejut dengan tangisan Nur Annisa dan kata-kata yang dituturkan.

            “Mengucap sayang. Allahuakbar, kenapa ni? Ada orang kata apa-apa dekat Annisa ka?” Tuan Haji Esmael menarik Nur Annisa ke dalam pelukannya.

            “Nisa ni pembawa sial ke abang?” Soalan yang membuatkan Tuan Haji Esmael mengucap panjang.

            “Nur Annisa. Abang dah katakan, toksah dok ungkit hal tu.”

            “Tapi depa dok kata Nisa yang buat abang hilang lembu kambing tu semua. Nisa bagi sial Nisa dekat abang. Lepas ni entah apa pula akan jadi dekat abang.” Nur Annisa bersuara dengan tangisan yang tiada perhentian.

            “Annisa, dengaq sini. Dengaq betui-betui. Kita dah tengok pun CCTV tu. Abang dah habaq kan dekat ladang. Depa dengki dengan kita. Ini ujian untuk kepercayaan dan kesetiaan kita. Sikit pun abang tak pernah percaya Allah lahirkan manusia dengan sifat sial atau yang buruk-buruk. Annisa toksah dok dengaq mak cik bawang tu semua. Depa dengki dengan kita.” Tuan Haji Esmael memujuk lagi. Dahi Nur Annisa dikucup penuh kasih.

            “Nisa tak kira!” Nur Annisa menolak Tuan Haji Esmael. Tuan Haji Esmael memandang Nur Annisa kehairanan.

            “Apa?”

            “Nisa nak mandi bunga.”

            “Tak payah dok gatai. Mandi bunga buat apa?”

            “Buang apa yang tak elok.”

            “Toksah dok pulun lagutu. Annisa ni dah segak elok, satgi mandi bunga makin ramai orang dok ekoq ikut belakang. Tak payah naa. Sat gi abang kurung dalam rumah baru tau.” Tuan Haji Esmael mula memandu pulang ke rumah. Nur Annisa mencebik apabila cadangannya ditolak mentah-mentah.

            “Alah... mana tau. Orang tua-tua kata mandi bunga boleh buang benda hat tak elok.”

            “Abang pun tua, abang tak kata lagutu pun. Annisa tak ada hat tak elok. Semua elok saja.”

            “Saja la tu. Dengki.” Nur Annisa memeluk tubuhnya, merajuk manja.

            “Tak dengki. Abang cemburu. Annisa la ni pun ramai dok kejaq. Sat gi lepaih mandi bunga, abang takut pak cik pakcik hat tua dari abang dok lingan. Aishhh! Jenuh-jenuh.” Tuan Haji Esmael mengusik.

            “Awat ingat orang tua saja ka yang suka dekat Nisa?”

            “Yalah, orang segak memang ramai suka.” Ujar Tuan Haji Esmael dengan nada cemburu.

            “Tapi Nisa sayang orang tua ni saja.” Lengan Tuan Haji Esmael dipeluk erat. Tuan Haji Esmael tersenyum lebar.

            “Tapikan abang...” Nur Annisa berjeda.

            “Apa?”

            “Abang mana ada tua pun. Elok ja, segak bergaya.”

            “Lah baru tau ka? Memang muda ja. Nisa ja yang dok buat abang macam orang tua.” Tuan Haji Esmael meninggi diri.

            “Perasan teruih. Payah!” Tuan Haji Esmael ketawa. Nur Annisa juga.

            “Nak beli nasi lemak Mak Cik Husna dulu dak?” Tuan Haji Esmael menyoal.

            “Takyah. Nisa nak masak.”

            “Kata tak pandai?”

            “Belajaq la. Nanti Bang Aji kita dok puji orang lain masak sedap.”

            “Jealous la tu.”

            “Mestilah. Nisa sayang Bang Aji kut.” Tuan Haji Esmael tersenyum lebar. Ada sahaja yang dilakukan Nur Annisa yang membuatkan dia tersenyum dan terus tersenyum. Terima kasih Allah.

to be continue...
komen tau!

11 comments:

Siti said...

Dah bahagia.....😘😘😘

Rararawr said...

Awwss so sweet😋😍

Anonymous said...

Bahagiaaanyaaaaa

Anonymous said...

Alahai seronoknya... romantiklah deorang ni tapi dugaan juga sudah sedia menunggu. Janganlah nak mandi bunga nanti lebah pula yg datang... menambah bala lagi.

Kak min

akubersamacahya said...

Komen kak min buat abc gelak ja. betui noh nnt lebah tebuan penyengat semua Mai.

bahagia depa punya tapi nak dok bahagia tu payah, hat dengki banyak

aTie said...

Moga bahagia X tergugat dek had a day denki depa tuh..

Unknown said...

Finally. Selepas 3 jam marathon dari muka akak buat comeback. Keep on berkarya akak!. Saya follow akak since 2012 lagi. Dari 2 tahun lepas dk check blog akak kot ada entry baru. Huhu

Unknown said...

Mula* typo. X sabar na baca sambungan. 😁

akubersamaCahya said...

Tq! Really appreciate kesetiaan awak. Tq ya. InshaAllah akan terus berusaha utk sentiasa ada cerita. Sabtu ahad je susah nak post sbb ms bersama keluarga.

Anonymous said...

ade satu cite tu sy bace kt sini. x igt dh tajuk ape. lame sgt dh. pas bce tu sokmo ternanti karya akak yg baru. hehe

Siti said...

Lama pulak nak tunggu abc update part 11....

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders