Saturday, February 24, 2018

Mini Novel 2018 : N&N (Part 6)



N & N
(Noh Daniel + Nur Nadia)



Part 6

Hujung minggu pertama bagi Nur Nadia untuk pulang ke rumah suaminya. Baru seminggu menjadi isteri dan tidak membawa perubahan besar kepada diri Nadia. Semua masih sama. Ini kali pertama dia akan hilang dari bilik dan Mashitah telah pun menyoal macam-macam.

“Ke mana?” Soal Mashitah laju sahaja setelah melihat Nadia sibuk mengemas beg baju.

“Balik kejap. Isnin aku sampai terus ke kelas tau, jangan tunggu aku pula.” Nadia membalas dan terus meninggal pesan.

“Balik kampung? Pelik.” Mashitah menyoal lagi.

“Taklah. Balik area sini juga. Apa yang pelik? Semua pelik aje kau ni kan.”

“Yelah, kau juga yang cakap dekat aku dulu Pak cik dengan Mak cik kau tak bagi balik kalau bukan cuti panjang. Ni balik weekend. Lagi pelik bila kau kata balik area sini? Skudai ni? Kau balik rumah mana? Kau bukan tak ada saudara mara ke?” banyak soalan terus menerus dari mulut Mashitah. Nadia berhenti mengemas beg dan menghela nafasnya perlahan. Nadia faham, memang pelik. Dia tiada sesiapa selain Mashitah yang setia di sisinya.

“Kalau aku cakap aku dapat keluarga angkat kau jangan pelik pulak. Aku balik rumah keluarga angkat aku. Area sini je. Diorang suruh aku balik setiap hujung minggu. Sunyi katanya dan boleh eratkan hubungan kami sebagai satu keluarga.” Ujar Nadia penuh yakin dalam pembohongannya. Dapat jalan untuk elakkan Mashitah menyoal.

“Keluarga angkat? Macam mana boleh dapat keluarga angkat?” Nadia tersenyum sendiri. Lupa Mashitah ni bukan orang yang mudah terima jawapan selagi dia rasa ada sesuatu yang dia tak tahu.

“Panjang ceritanya. Dah lah, banyak pulak kau tanya. Yang penting, aku tak buat benda yang bukan-bukan. Kau jangan risau ya Mashitah.” Tangan Mashitah digenggam erat. Mashitah mencebik dan mengangguk.

“Sorry kalau aku tanya banyak. Kau kawan aku, aku cuma tak nak kau susah belakang hari. Jadi, ada apa-apa yang aku patut tahu, kau bagitahu jangan berahsia.” Ujar Mashitah sebelum bangun dan kembali ke meja belajarnya. Nadia mengangguk dengan senyuman.

“Terima kasih Mashitah.”

“Yelah yelah.” Nadia ketawa. Mashitah tak suka perkara sentimental, dia cengeng!

Seperti yang dijanjikan, selepas selesai solat Asar, Nadia telah pun siap untuk pulang ke rumah Noh Daniel buat pertama kali. Berdebar juga hatinya kerana selepas hari pernikahan minggu lalu mereka tidak berjumpa selain di kuliah sahaja. Noh Daniel juga tidak menghubunginya. Baru semalam Noh Daniel menghantar mesej menyuruh dia bersiap untuk pulang ke rumah petang ini.

“Assalamualaikum. Dah siap dah. Kat mana?” Laju sahaja Nadia mengangkat panggilan Noh Daniel.

“Kat foyer pagar depan kolej awak. Cepat.”

“La... kan saya kata tunggu dekat bus stop. Orang perasan nanti macam mana?” Nadia mula membebel sambil menjinjit beg baju dan memakai kasut.

“Turun je la cepat, saya tunggu.” Talian terus dimatikan. Nadia berdebar. Kalau ada mamarazzi macam haritu mati dia nak menjawab dengan Mashitah. Mujur sahaja sekarang Mashitah masih tidur, kalau tidak banyak juga soalan yang akan disoal. Mujur!

Nur Nadia menapak laju menuruni tangga dan terus melangkah ke foyer utama. Tercari-cari kereta Noh Daniel tapi tidak kelihatan. Hanya ada beberapa kereta lain yang tidak dikenali. Telefon dalam beg di ambil dan nombor Noh Daniel dihubungi.

“Mana awak Encik Noh?” Nadia berdiri di depan pejabat kolej. Matanya meliar mencari Noh Daniel.

“Dah tadi cakap dekat bus stop, lepas tu tanya lagi.”

“Tadi kata foyer. Kejap saya datang.” Nadia melangkah laju mahu keluar dari pagar utama.

“Haa nak pergi mana pula tu?” Soal Noh Daniel yang masih ditalian. Nadia berhenti langkah dan berkerut dahi.

“Dah kata dekat bus stop.”

“Tak. Pusing belakang. Kereta Honda CRV Hitam.” Nadia kalih dan mencari. Noh Daniel tersengih di dalam kereta. Talian terus dimatikan.

“Main-main.” Nadia merungut setelah masuk ke dalam kereta.

“Assalamualaikum.” Noh Daniel masih tersenyum. Tangan dihulurkan kepada Nur Nadia. Nadia terdiam dan keras seketika. Otaknya memproses laju sebelum membalas huluran tangan Noh Daniel dan menunduk mencium tangan suaminya.

“Waalaikumussalam.” Nur Nadia membalas salam dengan gagap-gagap. Malu! Noh Daniel masih setia tersenyum. Kereta menyusur keluar daripada perkarangan kolej. Nadia diam, tidak tahu mahu berkata apa. Sesekali dia kalih memandang Noh Daniel yang sedang memandu.

“Kenapa Nadia? Pandang-pandang lepas tu diam. Ada apa?” Noh Daniel bersuara setelah memerhati tingkah Nadia sedari tadi.

“Tak ada apa-apa. Tak tahu nak cakap apa.” Jujur sahaja Nadia menjawab. Noh Daniel masih tersenyum.

“Belum biasa. Sebelum ni jumpa dalam kuliah je sekarang kena jumpa selalu.”

“Macam pelik pun ada.”

“Pelik?”

“Yalah... untuk 2 bulan sebelum ni, Encik Noh Daniel memang terkeluar terus daripada carta lelaki calon suami.” Nadia menekup mulutnya mengelak letusan ketawa besar. Noh Daniel tersenyum senget.

But why? Orang lain semua letak saya sebagai calon utama suami diorang.” Nadia mencebik.

“Jangan nak perasan. Why? Encik Noh Daniel sangat tak suka Nur Nadia si budak kampung.” Perlahan sahaja perkataan akhir itu disebut. Noh Daniel mengangguk mengiyakan.

Yes. I hate you. Still hate you.” Kata-kata itu sedikit sebanyak mengguris hati Nadia.

“Tapi kenapa? Kita tak pernah kenal. Saya pelajar kuliah awak aje.” Soal Nadia, sangat-sangat ingin tahu. Wajah Noh Daniel yang sedang memandu dipandang.

“Awak mengingatkan saya kepada seseorang. Seseorang yang sangat saya sayang. Tapi seseorang itu membuatkan saya dari sayang sangat kepada benci yang amat.” Dalam tenang Noh Daniel menerangkan.

“Tapi bukan saya.”

“Iye bukan awak. Tapi cara awak sedikit sebanyak mengingatkan saya kepada dia. Diam awak buat saya lagi bengang dan entah kenapa saya jadi macam tu.”

“Melepaskan kepada orang yang tiada kena mengena.”

“Saya dah minta maaf kan?”

“Bila?”

“Masa kuliah haritu.” Noh Daniel tersengih. Nadia mencebik.

“Awak menangis sebab saya suka komen awak dalam kuliah?” Noh Daniel menyoal lagi. Nur Nadia berpaling memandang Noh Daniel sebelum memandang terus ke depan dan mengangguk perlahan.

“Bila dan apa yang saya cakap buat awak menangis?” Soal Noh Daniel lagi.

“Bila awak kata saya selekeh macam tak pernah bertukar baju. Duit PTPTN masuk beribu takkan tak boleh beli baju yang elok atau ikut trend sekarang.” Nadia berjeda sebelum menyambung.

“Itu yang buat saya tersinggung dan malu. Cara awak cakap tu sangat buat saya sakit hati. Saya jadi tertanya, siapa awak? Awak kenal ke saya? Apa salah saya?” Nadia menarik nafas panjang. Noh Daniel mencapai tangan Nur Nadia dan menggenggamnya erat. Bagi Noh Daniel, dia cakap dan lupa tapi dia terlupa mangsanya Nur Nadia, dengar dan terus semat dalam kepala.

“Saya tahu saya banyak salah dengan awak Nadia. Saya minta maaf. Saya akan tebus kesalahan saya. Lagi pun, saya dah jadi suami awak dan awak isteri saya. I won’t make my dear wife hurt and cry again. I promise.” Jujur sahaja kata-kata itu, membuatkan Nadia tersenyum dan mengangguk kepala.

Selepas 15 minit perjalanan, mereka sampai ke destinasi. Rumah Noh Daniel. Seperti selalunya, Noh Daniel keluar dari kereta dan terus membuka pintu kereta untuk Nur Nadia. Nadia yang ketika itu sudah pun bersedia untuk keluar terkejut juga dengan tindakan Noh Daniel. Noh Daniel hanya tersenyum sebelum mengambil beg baju Nadia dan beg galasnya di but kereta.

“Awak memang suka bukak pintu kereta eh?” Soal Nadia membuatkan Noh Daniel ketawa kehairanan.

Why are you asking me that?”

“Tak adalah. Saya boleh aje buka pintu sendiri tapi tak pernah sempat. Awak laju aje buka pintu. Ke takut pintu saya rosakkan?”

“Awak perli or awak memang suka tanya that kind of silly questions?” Soal Noh Daniel sambil membuka pintu rumah. Nadia sekadar menjungkit bahu.

Noh Daniel membawa semua barang masuk ke rumah dan menjemput Nadia masuk. Nadia kagum melihat rumah Noh Daniel. Sederhana besar tetapi kemas dan teratur. Tapi tidak hairan, dari peribadi Noh Daniel terlihat yang dia adalah seorang yang kemas dan teratur.

“Buat macam rumah sendiri ya.” Ujar Noh Daniel.

“Boleh?” Nur Nadia menyoal.

“Apa yang boleh?”

“Buat macam rumah saya sendiri?” Noh Daniel sudah berkerut dahi.

“Awak ni kan... tanya lagi soalan macam tu.”

“Tak adalah, saya mana pernah ada rumah sendiri. Sebab tu saya tanya, boleh ke saya buat macam rumah saya sendiri?” Jujur sahaja Nadia menerangkan.

“Adeh... just make yourself comfortable okay. Ini rumah kita. Kita.” Noh Daniel membalas dan menekankan perkataan ‘KITA’. Nur Nadia tersenyum dan mengangkat tangan tanda okay.

“Haa... one more thing. Saya dah beli barang-barang dapur. Awak masak ya malam ni.” Ujar Noh Daniel sebelum menaiki tangga. Nur Nadia yang sedang ‘menjelajah’ rumah itu hanya mengangguk. Tidak tunggu lama, langkah terus di atur ke dapur.

“SubhanaAllah...” Perkataan pertama yang muncul apabila melihat dapur rumah Noh Daniel. Cantik dan kemas. Nur Nadia selalu melihat dapur begini di dalam majalah dan televisyen sahaja, tidak sangka dia akan merasa memasak di dapur begini. Terus sahaja dia membelek setiap satu kabinet dan setiap bahagian yang ada. Akhir sekali barulah Nadia melihat barang-barang yang ada di dalam peti untuk memikirkan menu makan malam pertama dengan suaminya, Noh Daniel.


to be continued ...
much love readers!
tinggalkan komen sepatah dua kata. thanks!

4 comments:

Kak Id said...

Nice...hubungan suami isteri yg baru nak dibina...

Anonymous said...

Bila nak sambung?

akubersamaCahya said...

Dah sambung sebelum awak komen lagi anon... part 8 pukul9 karang. Tq sebab bc karya saya.

akubersamaCahya said...

Thanks... ��

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders