N & N
(Noh Daniel + Nur Nadia)
Part 3
“Awak ada
terima mesej or apa-apa?” Soal Noh setelah beberapa minit mereka di dalam
kereta.
“Tak ada,
kenapa?” Ujar Nadia tidak sabar.
“Lepas
hantar awak, saya dapat mesej ni.” Telefonnya dihulurkan kepada Nadia. Nadia ambil
tanpa membuang masa. Nadia mengucap panjang.
“Encik tahu
siapa yang hantar?” Ada getar dalam suara Nadia. Mesej ugutan dan gambar
mereka.
“Private
number. Saya dah upah orang untuk siasat hal semalam. Sekarang saya nak awak
cerita dekat saya apa yang berlaku sebelum awak sedar pagi semalam.” Nadia
menggenggam erat jemarinya.
“Saya ada
latihan silat. Habis dalam 11 malam. Saya nak balik kolej tapi kawan saya ajak
minum dekat cafe kolej dia. Dia suruh saya pergi dulu. Saya lalu jalan belakang
Fakulti Awam, ada orang tegur saya, lelaki macam pernah dengar suara tu. Tapi
selepas tu saya dah tak tahu. Saya bangun pagi tu, kita dah macam tu.” Nadia
menerangkan semuanya. Itu sahaja yang dia ingat, apa yang berlaku di situ dia
tak dapat nak jelaskan. Noh Daniel yang mendengar terangguk-angguk.
“Encik Noh
pula?” Soal Nadia.
“Saya makan
malam dekat hotel tu. Saya ada meeting
dengan client di situ. After that, kawan saya datang untuk dinner. Dia balik dulu kemudian saya
sedar-sedar saya ditendang sampai nak jatuh katil.” Noh Daniel tersenyum hujung
bibir.
“Saya minta
maaf, if you are my husband takkan
saya tendang. Kita tiada apa-apa ikatan. Itulah pertama kali saya berada dengan
lelaki asing dalam bilik berdua-duaan. Tindakan tu lebih kepada melindungi diri
saya.” Nadia membela diri.
“Saya faham.
Kita akan selesaikan hal ni. Saya risau kita dah terlanjur malam semalam, saya
risau ada kesannya kepada kita nanti. Awak fahamkan?” Nadia mengangguk perlahan,
malu benar bila perkataan ‘terlanjur’ itu keluar daripada mulut lelaki itu..
Tak lama kemudian telefon Nadia berbunyi.
“Encik...”
Nadia menunjukkan telefonnya. Noh Daniel memandang sekilas sebelum memandang ke
depan.
“I’m driving Nadia, bacakan.” Arah Noh
Daniel.
“Masih
bergembira atau sudah jatuh cinta? Senyumlah sebelum semua gambar kau dengan
dia tersebar.” Nadia membaca satu persatu aksara yang diterimanya. Seketika
kemudian satu gambar diterimanya. Nadia terlopong. Gambar dia dan Noh Daniel di
kereta sebentar tadi.
“Dia dekat
dengan kita Encik Noh.” Ujar Nadia, gambar ditunjukkan kepada Noh Daniel. Noh
Daniel bengang, tangan dikepalkan dan dihentak kuat ke stereng. Nadia terkejut sehingga terjungkit bahunya.
“I’m sorry. Complicated. Kenapa awak?
Saya boleh faham kenapa saya diperangkap. Mungkin musuh bisnes saya yang dengki
dengan saya, tapi awak? Awak ada musuh?” Nadia menggeleng dan kemudian
menjungkit bahu. Siapa? Dia tahu dia tiada kawan yang ramai tapi takkanlah
sampai ada yang mahu dia terperangkap sebegitu. Ada?
“Kita akan
jumpa mama dan papa saya, be ready.”
Nadia terkejut, menelan air liur yang terasa kelat dan berpasir. Mama dan papa?
Kereta Noh
Daniel memasuki kawasan perumahan. Hon dibunyikan dua kali dihadapan sebuah
rumah banglo 3 tingkat dihujung kawasan itu. Pintu pagar terbuka dan terus
sahaja Noh Daniel memasuki kawasan rumah.
“Jom.” Noh
Daniel keluar dari perut kereta. Beg galasnya yang diletakkan di but diambil
dan digalasnya. Nadia turut keluar. Debaran kian deras setelah kelibat wanita
yang agak berusia namun masih bergaya tiba di muka pintu. Nadia membontoti
langkah Noh Daniel mendekati wanita itu.
“Mama, ini
Nur Nadia.” Ujar Noh Daniel setelah menyalami mamanya. Nadia tak tunggu lama,
tangan wanita itu diraihnya.
“Assalamualaikum
mak cik.” Ujar Nadia. Noh Daniel yang memandang dan mendengar menahan tawa. Mak
cik? Seriously? Datin Nurlia tersenyum lebar. Gadis itu dipandang atas bawah
kiri kanan. Baju kurung, tudung besar, stokin kaki tangan semua lengkap.
Siapalah yang dengki dengan kamu nak? Datin Nurlia bermonolog sendiri.
“Waalaikumussalam.
Cantik orangnya. Marilah masuk rumah mama.” Tangan Nadia digenggamnya dan terus
ditarik masuk ke dalam rumah.
“Ini ke
Nadia?” Suara lelaki menegur mereka yang baru sahaja melabuh duduk di ruang
tamu. Noh Daniel bingkas bangun dan menyalami lelaki yang dipanggil papa.
“Saya Nadia,
Pak Cik.” Nadia hanya menunduk sedikit tanda hormat. Datuk Nour Rahman juga
berbuat yang sama. Sekali lagi Noh Daniel menahan tawa. Pak cik kau panggil
papa Nadia? Datuk Nour Rahman tu. Bisik hati nakal Noh Daniel. Nadia mengerut
dahi melihat telingkah Noh Daniel sedari tadi. Adalah tu nak mengata aku! Marah
Nadia dalam hati.
“Danny dah
cerita semuanya dekat Papa dan Mama semuanya yang berlaku. Sebab itulah, papa
dan mama suruh Danny bawa Nadia datang rumah hari ni.” Datuk Nour Rahman
memulakan bicara tengah hari itu.
“Mama dan
papa nak Danny bertanggungjawab atas apa yang berlaku.” Ujar Datin Nurlia
mencelah. Noh Daniel hanya mendiamkan diri namun matanya tetap memerhati Nadia.
“Bukan Encik
Noh yang buat semua tu kan?” Ujar Nadia, keliru sebenarnya dengan apa yang cuba
disampaikan papa dan mama Noh Daniel.
“Bukan. Tapi
mama dan papa risau, kalau-kalau kamu berdua dah... Nadia faham kan apa mama
nak sampaikan?” Nadia mengangguk perlahan, perkara yang sama dikatakan oleh Noh
Daniel.
“So, mama dan papa suruh kita kahwin.”
Celah Noh Daniel, tenang sahaja dia mengujarkan kata-kata itu. Nadia menelan
liur. Kahwin? Dengan Encik Noh? Semua itu berlegar-legar dalam kepalanya.
“Mama dan papa risau dengan
semuanya. Danny dah setuju. Jadi, Nadia macam mana?” Soal Datin Nurlia. Semua
mata memandang Nadia.
“Encik Noh bukan ke tak suka saya?”
Soal Nadia, dalam banyak-banyak persoalan hanya itu yang mampu diungkap ketika
itu. Datuk Nour Rahman dan Datin Nurlia tersenyum. Datin Nurlia mahu bersuara
namun Noh Daniel lebih cepat memotong.
“Ya memang saya tak suka awak, tapi
kalau esok-esok awak terbuncit macam mana?” Noh Daniel tidak berlapik langsung.
Nadia menelan air liur, kesat! Datuk Nour Rahman dan Datin Nurlia hanya
menggeleng kepala. Tahu sangat perangai Noh Daniel.
“Hal nikah kamu berdua kena
cepatkan. Kami cadang hujung minggu depan kamu nikah. Esok mama dan papa akan
jumpa ibu ayah Nadia, boleh?” Nak jumpa ibu ayah? Nadia menunduk mencari
kekuatan.
“Saya anak yatim piatu. Pak cik dan
Mak cik yang jaga saya sejak ibu dan ayah saya meninggal masa saya umur 10
tahun.” Ujar Nadia, cuba untuk mengukir senyum. Namun getar bibir melihatkan
hatinya menangis. Sungguh pemergian ibu dan ayah amat perit nak di terima
dengan sikap Pak cik dan Mak cik yang umpama ibu dan ayah tiri baginya.
Bahagian tubuh mana yang tak pernah berbirat dek libasan objek kepadanya. Namun
dia tak lupa, kerana pak cik dan mak cik dia masih boleh belajar sehingga ke
Universiti.
“Mama minta maaf, Danny tak beritahu
mama pula tentang tu. It is okay, mama dan papa akan jumpa pak cik dan mak cik
Nadia. Kiranya pak cik la akan jadi wali?” Soal Datin Nurlia. Nadia menggeleng
lagi.
“Bukan?” Soal Noh Daniel. Papa, mama
dan Noh Daniel saling berpandangan. Dalam senyuman yang diukirkan dalam kelat,
Nadia bersuara menjelaskan.
“Pak cik cuma kawan baik ayah. Ayah
dan ibu sebatang kara. Tiada saudara mara.” Nadia menjelas. Noh Daniel meraup
wajah, kiranya selama ini dia menyeksa jiwa Nur Nadia tanpa dia tahu siapa
sebenarnya gadis itu.
“Tak apalah. Kira Pak cik dan mak
cik penjaga Nadia. Kami akan berjumpa dengan mereka dan berbincang. inshaAllah
semua dimudahkan.” Ujar Datuk Nour Rahman, tenang dan bersahaja. Nadia hanya
mengangguk perlahan, ada gusar dalam hatinya. Bolehkah pak cik dan mak cik
terima dengan baik?
Seusai makan tengah hari dengan mama
dan papa Noh Daniel, Nadia di hantar pulang ke kolej. Sepanjang perjalanan
Nadia hanya mendiamkan diri. Fikirannya hanya berputar-putar tentang apa yang
akan berlaku esok, mampukah pak cik dan mak cik terima dengan tenang? Boleh ke
mereka benarkan aku berkahwin? Hanya itu persoalan yang timbul.
“Saya tahu awak tak setuju, tapi ini
sahaja caranya untuk bersihkan nama kita kalau orang yang buat semua ni mula
sebarkan gambar kita. Masa tu, awak tak perlu risaukan apa-apa. I’ll always
with you. Kita lawan bersama-sama.” Noh Daniel bersuara. Nadia hanya mendengar
tanpa riak. Di telinga Nadia yang didengarinya hanya “ I’ll always with you”,
kata-kata itu menggetarkan jantungnya. Kali pertama Nadia merasakan Noh Daniel
yang dikenalinya itu umpama dewa yang menjaganya bukan seperti sebelumnya, tak
ubah macam syaitonnirrojim!
“Terima kasih.” Hanya itu sahaja
yang mampu diungkapkan sebelum kereta Noh Daniel meluncur laju keluar daripada
kawasan kolejnya. Derap langkahnya lemah longlai, Nadia perlu menghubungi pak
cik dan mak ciknya sebelum papa dan mama Noh Daniel tiba esok ke rumah.
to be continued ...
much love readers!
jangan lupa! komen sikit!
1 comment:
yeyyy kawinnn
Post a Comment